Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan Dalam KKBI ini, saya ingin memperkenalkan apakah itu falsafah serta falsafah pendidikan kebangsaan (FPK)

dan falsafah pendidikan guru (FPG). Seterusnya, saya juga ingin menerangkan bagaimana falsafah pendidikan Timur, Islam dan barat diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia serta implikasi FPK dan FPG dalam Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Apakah itu falsafah? Menurut Socrates, falsafah ialah usaha yang menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni bagi mencapai kebijaksanaan. Menurut Plato pula, falsafah dikenali sebagai usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran. Mengikut Aristotte, definisi falsafah ialah sebagai disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda. Al-Farabi pula mendefinisikan falsafah sebagai ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenarnya. Selain itu, mengikut Al-Ghazali falsafah ialah perbincangan berkaitan soalsoal agama dan ketuhanan semata-mata dan hasil pemikiran manusia yang spekulatif yang berdasarkan ujikaji dan pengamatan yang tajam. Musa Daia (1967) menyatakan, kalimah falsafah ,merupakan suatu sebutan yang telah pun menjadi sebati dalam perbendaharaan kata dan menurut sejarah perkembangan bahasa, perkataan tersebut berasal dari bahasa Yunani iaitu philo yang bererti cinta atau kaji dan sophic bererti kebenaran dan hikmat. Justeru itu, perkataan falsafah dapat diertikan sebagai usaha mencari suatu kebenaran atau keyakinan yang berhubung dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang digubal pada tahun 1988, kini dikenali sebaga Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menggariskan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan yang dihasratkan. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Petikan di atas merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Guru digubal bertujuan untuk menjadikan panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia sebenarnya menjelaskan jenis guru yang dihasratkan oleh negara kita. Analisis Falsafah dibuat dari 2 perspektif, iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elemen yang terkandung. Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Petikan di atas ialah Falsafah Pendidikan Guru. Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melihat individu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara keseluruhan ialah berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, beragama, berketrampilan, kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan. Untuk memastikan seseorang dapat membangun secara harmonis dan seimbang , potensi individu seperti emosi, rohani, intelek dan jasmani harus memperkembangkan.

Esei akademik Falsafah pertama yang saya ingin terangkan ialah tokoh pendidikan Islam, Al Farabi. Al Farabi merupakan seorang ahli falsafah Islam yang amat terkenal pada zamannya. Beliau memberi banyak menyumbangkan pemikiran dalam bidang sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik, dan muzik. Antara sumbangan yang dihasilkan oleh Al-Farabi iaitu beliau merupakan seorang pemikir falsafah Islam beliau banyak dipengaruhi oleh tulisan daripada ahli falsafah Yunani iaitu Plato dan Aristotle. Sebagai seorang ahli falsafah, beliau digelarkan sebagai `Neoplanonist` yang telah memberi banyak menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Beliau telah menulis tentang komentar falsafah Aristotle yang mengenai dalam fizik, meteorologi, logik dan lain-lain. AlFarabi juga ada mengkaji tentang teori Socrates, Plato dan Aristotle sehingga berjaya menghasilkan suatu teori serta konsep kebahagiaan. Beliau juga pernah menulis dan mengenai tentang ilmu logik Yunani dalam bahasa Arab. Sumbangan yang sangat penting untuk Al-Farabi adalah beliau berjaya membahagikan pengajian logik dalam dua kategori iaitu idea (takhayyul) dan bukti (thubut). Seterusnya, tokoh Al-Farabi juga menceburi dalam bidang sosiologi. Beliau telah menghasilkan sebuah buku yang terkenal iaitu bertajuk Ara Ahl al-Madina alFadila. Beliau juga menghasilkan buku muzik yang dinamakan Kita al-Musiqa. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang seperti kesenian dan sains muzik. AlFarabi ialah seorang pemuzik yang bijak dan handal sehinga beliau telah merekacipta beberapa peralatan muzik yang menarik seperti gambus serta menyumbang dalam ilmu nota muzik.. Manakala, dalam bidang fizik beliau telah menunjukkan bahawa kewujudan konsep kekosongan dalam kehidupan. Dalam bidang perubatan Al-Farabi telah kecenderungan menghasilkan beberapa kajian dalam perubatan. Menurut Al-Farabi bahawa jantung adalah satu organ yang sangat penting berbanding dengan otak dalam kehidupan manusia. Hal Ini disebabkan, jantung akan memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. Tidak boleh dinafikan bahawa jantung merupakan nadi kepada jasad manusia dan jantung memberikan nyawa kepada semua manusia. Sebaliknya, otak hanya dapat berfungsi jika jantung masih lagi berdengup dan berfungsi. Jika jantung telah berhenti maka terhentilah juga otak manusia iaitu bermakna manusia telah

mengalami kematian. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Dalam sistem pendidikan Malaysia, konsep Al-Farabi telah diaplikasikan dalam kokurikulum dan sains serta matematik. Sebagai contoh, Al-Farabi menekankan bidang sosiologi dan dalam kokurikulum ia melibatkan interaksi dalam seorang individu dengan individu yang lain. Dalam permainan bola sepak, ia melibatkan kerjasama antara ahli kumpulan dan komunikasi antara pemain. Jikalau komunikasi dalam satu kumpulan tidak disampaikan dengan jelas maka ia akan menumbulkan masalah seperti membentuk strategi yang salah atau menyebabkan kekalahan dalam permainan tersebut. Manakala untuk tokoh pendidikan timur Confucius atau Kung Fu-Tze. Confucius adalah seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkenal dengan digelar mahaguru yang arif di Negara China. Beliau memberi banyak sumbangan dalam pendidikan terutamanya dalam bidang pendidikan moral. Falsafah pendidikan Confucius menjelaskan bahawa pendidikan adalah untuk semua manusia tanpa mengira status sosio-ekonomi atau kedudukan sosial dalam masyarakat. Beliau juga mengatakan bahawa pendidikan akan diberikan kepada semua manusia tanpa mengira mereka adalah berupaya atau kurang berupaya. Falsafah Konfucius amat mengutamakan tentang pemupukan diri dan mengamankan manusia sejagat. Beliau menekankan pendidikan ahlak, iaitu Ren (kemanusiaan), Li (peradaban), dan Zhong Yong (kesederhanaan).

Beliau ,menjelaskan bahawa maksud Ren (kemanusiaan) iaitu cintakan manusia. Tujuan pendidikan Confucius adalah untuk memperkembangkan sifat semula jadi manusia supaya menjadi orang yang sempurna (Jun Zi) atau orang yang budiman serta dapat menyesuaikan diri dalam menguruskan perhubungan dengan orang lain. Confucius menekankan empat aspek ilmu pengetahuan kepada anak muridnya, iaitu dalam buku klasik lama (wen), bertindak dan mempraktikkan ilmu pengetahaun yang dipelajari (xing) , ketaatan kepada orang lain (zhong) dan kepercayaan terhadap perhubungan manusia(xin). Zhong dan Xin merujukan kepada keadilan kewajaran (Yi). Keseluruhan kandungannya adalah mengenai pendidikan akhlak dan pendidikan ilmu pendidikan. Pada zaman dahulu, menulis sajak adalah salah satu cara yang akan dilakukan oleh ramai orang supaya daapt meluahkan persaan mereka serta akan

dicatatkan dalam buku klasik. Buku klasik adalah sebuah buku yang telah banyak mengumpulkan kata-kata orang dulu dan sesuai untuk menjadikan satu panduan atau memberikan pengajaran kepada masyarakat tentang perbuatan yang pernah dilakukan oleh orang-orang dulu. Melakukan sesuatu seharusnya berdasarkan pada adat (Li). Ketaatan adalah seseorang dia harus mengenali diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri. Kepercayaan merujuk kepada seseorang harus mempunyai hati yang ikhlas, melakukan janji yang dibuat kepada orang lain dan tidak mempunyai niat untuk menipu. Antara nilai-nilai yang ditekankan oleh tokoh falsafah Confucius iaitu hormat kepada ibubapa (xiao), hormat kepada orang yang lebih tua daripada tolak

kita (ti), ketekunan (min),

kesetian

(zhong),

jimat-cermat (jian),

ansur (rang), kebijaksanaan (zhi), dan keberanian (yong). Nilai-nilai ini amat penting sekali dalam kehidupan manusia tanpa nilai-nilai tersebut manusia akan menjadi sikap yang biadab hanya mementingkan diri sendiri sahaja jadi masyarakat tidak akan secara harmoni dan aman. Kesimpulannya, kedua-dua tokoh falsafah iaitu Al-Farabi dan Confucius memberi kesan yang banyak dalam sistem pendidikan dari zaman dahulu sehingga pada masa kini. Selain itu, ia juga memberi banyak sumbangan dalam pembentukan sistem Pendidikan Malaysia masa kini.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru

Institut Pendidikan Guru Malaysia memainkan peranan yang penting dalam melahirkan guru yang memegang tegas pada etika perguruan dan berkualiti kerana Institut Pendidikan Guru merupakan institusi yang melahirkan guru-guru untuk bidang pendidikan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh IPG untuk merealisasikan hasrat FPG kepada guru pelatih. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak IPG ialah Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Semasa KOT dijalankan, banyak pihak telah terlibat dan memberi sumbangan ke atas aktiviti ini supaya ia boleh diadakan dengan lebih sempurna dan baik. Sebagai contohnya, guru pelatih kursus muzik telah meluangkan masa mereka dalam membuat latihan untuk persembahan band sepanjang masa KOT dijalankan dari bahagian kawat kaki hingga ke penyampaian hadiah. Walaupun guru pelatih muzik mereka sendiri sibuk dengan kuliah dan kerja kursus mereka tetapi mereka juga memberi sepenuh perhatian dalam menjayakan KOT pada tahun ini. Ini menunjukkan mereka merupakan seorang yang berpekerti mulia kerana mereka meletakkan kepentingan kepada orang lain melebihi diri. Selain itu, guru pelatih PISMP semester 5 merupakan pihak yang bertanggungjawab menganjurkan KOT pada tahun ini juga menunjukkan sifat kepimpinan mereka dengan membahagikan semua tugasan dengan baik dan teratur supaya guru pelatih yang lain tidak berasa keliru dan boleh menjalankan tugasan mereka dengan betul dan sempurna seperti yang dirancangkan. Guru pelatih juga memastikan aspek keselamatan dan aspek lain dijaga dengan baik supaya tidak ada kemalangan yang akan terjadi. Tambahan lagi, guru pelatih PPISMP semester 2 juga memberi sumbangan dalam persembahan pembukaan majlis KOT pada hari kedua. Mereka telah menyedia persembahan gymrama dengan menggunakan pelbagai alat seperti kain, kain besar, bola besar dan sebagainya. Ini menunjukkan kreativiti mereka dalam mencipta pergerakan yang selasi dengan lagu yang dipilih. Guru pelatih pendidikan jasmani juga menyediakan satu persembahan gymnastik artistik yang melibatkan 2 orang guru pelatih masalah penglihatan. Semua guru telah memberi sumbangan sepenuhnya untuk menjayakan KOT pada tahun 2012 ini. Akhir sekali, guru pelatih yang mahir dalam bidang sukan juga memberi sumbangan mereka dengan menyertai acara-acara yang diadakan seperti lari pecut 100m, 200m, 400m, 800m, 4X100m dan sebagainya untuk menambah kecerian semasa KOT dijalankan. Guru pelatih juga diminta untuk menghiaskan khemah

untuk rumah sukan masing-masing supaya menang dalam pertandingan khemah rumah sukan tercantik dan dapat memberi sumbangan kepada rumah sukan sendiri. Aktiviti kedua yang dianjurkan oleh pihak IPG ialah Ceramah dan Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB Katogeri IPG 2012. Aktiviti ini dianjurkan dan disertai oleh semua guru pelatih PPISPM yang masih tidak mahir dalam pengurusan wang mereka kerana kebanyakkan guru pelatih PPISMP masih berada pada umur 18 atau kurang daripada umur 20. Ada juga guru pelatih yang sebelum ini tidak pernah menguruskan wang sendiri dan tidak tahu cara bagaimana menggunakan wang mereka dengan cermat dan jimat. Semasa ceramah dijalankan, ia menerangkan apakah itu pelaburan dan apa yang boleh kita lakukan untuk menyimpan wang gaji kita pada masa hadapan serta pelaburan yang boleh kita lakukan semasa kita sudah mempunyai wang gaji kita dan ingin mendapat wang yang lebih banyak. Ceramah ini akan menambah ilmu pengetahuan kita dalam bidang ekonomi dan lebih memahami apa itu pelaburan dan apakah pakej yang ditawarkan untuk seorang guru. Dengan ini, guru pelatih dapat menguruskan wang mereka dengan cara yang lebih betul dan cermat. Selepas ceramah ini dilakukan, guru pelatih diminta untuk menyertai satu pertandingan kuiz Pelaburan PNB. Untuk mendapatkan kelayakan menyertai kuiz ini, guru pelatih perlu jawab 50 soalan pilihan A,B, C, D dan mendapat markah paling tinggi dalam IPG. Antara soalan yang akan ditanya ialah Kumpulan PNB dan industri unit amanah, Perancangan Kewangan , Ekonomi, Institusi Kewangan dan Pasaran Modal. Guru pelatih akan dapat menambah lebih banyak ilmu berkaitan dengan bidang ini kerana mereka perlu membuat ulang kaji sebelum menyertai pertandingan ini. Akhir sekali, guru pelatih akan menyertai pertandingan kuiz secara antarabangsa dan berlawan dengan guru pelatih dari IPG lain untuk mendapat piala Johan dan membanggakan dan mengharumkan nama IPG dan nama diri sendiri. Aktiviti ketiga yang dilakukan ialah Kempen Lestari yang mengutamakan pembudayaan gaya hidup sihat, menjaga kebersihan alam sekitar, kitar semula bahan buangan, mengurangkan penggunaan polistrin dan plastik, pelestarian budaya serta nilai-nilai murni. Aktiviti ini mengamalkan budaya hijau dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum, dan persekitaran demi mewujudkan kelestarian alam. Sejak pada bulan Jun 2012, kafeteria IPG telah tidak menyediakan polistrin untuk guru pelatih membungkus makanan. Semua guru pelatih digalakkan

menyediakan bekas sendiri dan menggunakan bekas tersebut untuk mengisi makanan yang dibeli daripada kafeteria. Selain itu, semua jabatan dan kelas diwajibkan mengurangkan penggunaan penghawa dingin dan menutup 30 minit sebelum meninggalkan kelas atau jabatan tersebut kerana ia dapat menjimatkan tenaga. Manakala untuk guru pelatih yang tinggal di kolej kediaman diwajibkan menutup lampu besar di bilik masing-masing selepas jam 12 malam. Seterusnya untuk menghijaukan kawasan sekeliling kampus IPG, pokok kecil telah ditanam oleh pengarah, pensyarah dan guru pelatih di kawasan tepi Dewan Dato Razali dan sekeliling Jabatan Pendidikan Jasmani. Ini bukan sahaja dapat memupuk semangat cinta pada alam semua warga IPG malah ia juga dapat menyegarkan udara di kampus IPG. Ia juga memberi kesedaran alam sekitar melalui aktiviti 'hands-on yang dilakukan oleh semua warga IPG. Selepas aktivit penanaman pokok, senamrobik juga dilaksanakan oleh biro sukan IPG. Semua warga IPG termasuk pengarah dan pensyarah juga turut menyertai kerana ia merupakan salah satu aktiviti yang terdapat komponen gaya hidup sihat. Akhir sekali, selain aktiviti penanaman pokok, pensyarah-pensyarah di Institut Pendidikan Guru kampus Ilmu Khas telah mencipta satu lagu yang bertajuk IPG Lestari . Lagu ini telah memberi semangat kepada semua guru-guru pelatih di Institutut Pendidikan Guru kampus Ilmu Khas untuk bersama-sama mengaplikasikan nilai lestari dalam amalan hidup. Perkara kecil seperti tutup suis suis apabila tidak mengunakan, kongsi kereta dan 3R ( Recycle, Reuse and Reduce). Semua ini merupakan ingatan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dengan baik agar bila guru-guru berlatih keluar mengajar nanti dapat menyebarkan dan berkongsi kepada murid-murid sebagai satu pengetahuan untuk bumi kita. Aktiviti yang keempat merupakan Senamrobik serentak 1Murid 1Sukan 1 Malaysia. Program Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia tahun 2012 telah pun selesai dijalankan serentak seluruh Malaysia pada hari Selasa (10 Julai 2012) pukul 8 pagi. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session. Program ini telah disertai oleh semua guru pelatih, pensyarah, staf dan warga IPG Kampus Ilmu Khas.

Matlamat

mengadakan

aktiviti senamrobik ini

adalah

untuk melahi

rkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman seb agai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin dalam melibatkan diri di dalam aktivti cergas seperti senamrobik dan sukan. Melalui aktiviti, kita bukan sahaja dapat menyihatkan badan malahan kita juga boleh mempelajari cara bersenam dengan seronok dan tidak beban. Tambahan pula, aktiviti derma darah dilakukan separuh tahun sekali. Aktiviti ini bukan sahaja boleh menjadi satu garisan panduan untuk memastikan kesihatan semua warga IPG malahan ia juga dapat menyelamatkan orang lain atau sendiri pada masa hadapan. Baik kata pepatah Setitik Darah, Seribu Pengorbanan . Aktiviti yang akhir merupakan Karnival Inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Matematik dan Sains. Sempena karnival ini, guru pelatih diberi ruang untuk mereka satu objek atau benda yang boleh menunjukkan kreativiti mereka dan juga boleh menjadikan sebagai bahan pengajaran untuk kerjaya mereka masa depan. Semua guru pelatih diberi tanggungjawab untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu hasil kerja dari satu kelas. Guru pelatih juga memberi spenuh perhatian dan usaha dalam mereka bahan mereka dan menghasilkan untuk dipamerkan semasa karnival. Walaupun hadiah atau ganjaran untuk bukanya amat lumayan tetapi ia merupakan satu tingkahlaku yang boleh membudayakan amalan 3R. Selain daripada menyertai pertandingan, beberapa projek atau hasil kerja yang dihasilkan di kelas atas pimpinan pensyarah juga dipamerkan. Sebagai contoh, My Casa projek. Guru pelatih melukis banguan mereka dengan menggunakan bentuk poligon dan menggunakan bahan terbuang untuk membina semula bentuk yang telah mereka lukis. Ini bukan sahaja menunjukkan kreativiti guru pelatih malahan ia juga menunjukkan semangat guru pelatih dalam menjayakan satu aktivti atau karnival. Pelbagai aktiviti telah dijalan oleh Institut Pendidikan Guru bagi

merealisasikan hasrat FPG. Aktiviti-aktiviti seperti ini telah membawa implikasi yang besar bagi membina guru-guru pelatih yang seimbang, berbudi pekerti mulia dan bersedia untuk khidmat demi negara. Guru pelatih dilatih untuk menjunjung warisi dan kebudayaan rakyat Malaysia dan akan menjadi lebih berdisiplin, demokratik berpandangan progresif dan saintifik selepas melibatkan diri dalam aktiviti Institut

Pendidikan Guru.

Jelas aktiviti Institut Pedidikan Guru kampus Ilmu Khas telah

merealisasikan hasrat FPG.

Rujukan Ab. Alim Abdul Rahim & Syed Idrus Syed Mat Zin (1995), Tamadun Islam, Selangor darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Ahmad Mohd. Salleh (1997),Pendidikan Islam Falsafah,Pedagogi dan metodologi, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Lok Chong Hoe (1997), Falsafah Barat Klasik Plato dan Aristotle, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia Mohd. Yusof Hasan (2007), Teori Pendidikan Pemikiran Global, Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Tuan Haji Abu Bakar Bin Bachik, 2001, Jurnal Pendidikan Guru: Bilangan 14 (2001), Kementerian Pelajaran Malaysia

Zaini bin Abdullah& Mohmad bin Mohmad Taib & Norila binti Md Salleh, Perkembang an Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar, Perak: UPSI

Anda mungkin juga menyukai