Anda di halaman 1dari 20

3.0 3.

Sumbangan Tokoh Islam kepada perkembangan Tamadun Dunia. Sumbangan dalam bidang falsafah.

IBN KHALDUN Ibnu Khaldun banyak menyumbang dalam perkembangan tamadun dunia. Beliau telah memberikan pandangan serta teori-teori yang berkaitan dengan peradaban manusia. Dalam bukunya yang bertajuk Mukaddimah ada menyebut bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa organisasi sosial yang mana menurut ahli falsafah diistilahkan kota (al-madinah). Itulah yang dimaksudkan dengan peradaban. Beliau juga menegaskan bahawa setiap individu itu tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa pertolongan orang lain kerana tenaga manusia itu tidak cukup untuk menjamin keselamatan dirinya. Oleh sebab itu, organisasi sosial adalah suatu keharusan bagi manusia. Tanpanya, kewujudan manusia tidak akan sempurna. Ibnu Khaldun amat cenderung terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Konsep yang diajukan Ibn Khaldun untuk memahami proses perubahan masyarakat adalah ashabiah. Ashabiah ini menyatukan orang untuk

meraih tujuan yang sama, juga untuk mengendalikan masyarakat. Ashabiah terbentuk pada awalnya dari pertalian darah. Tetapi ia juga terbentuk dari perserikatan, persekutuan dan kesetian social yang akhirnya membawa kepada pembentukan sebuah Negara yang berdaulat. Negara akan memiliki wilayah luas dan kedaulatan yang kuat jika mendasarkan pada agama. Merupakan watak yang alami, negara memusatkan kekuasaan pada tangan satu orang (golongan), juga merupakan watak alami negara menimbulkan kemewahan dan menumbuhkan sifat menurut dan malas. Pemusatan kekuasaan pada satu tangan dan meratanya kemewahan dan sifat malas merupakan indikasi kehancuran negara.

AL-KINDI Al-Kindi merupakan ahli falsafah Islam yang terkenal. Sebelum beliau melahirkan pemikiran falsafahnya, beliau terlebih dahulu mempelajari dan mendalami falsafah Yunani melalui karya-karya terjemahan ke dalam bahasa Arab. Selepas itu, barharulah beliau mengemukakan falsafahnya. Al-Quran dan Al-Sunnah dijadikan panduan sebagai sumber dan akidah serta syarak dan akhlak. Beliau dikatakan telah menghasilkan 263 karya falsafah sama ada yang besar ataupun kecil. Keagungan pemikirannya diakui oleh ahli-ahli falsafah Barat sendiri dan sebahagian karyanya diterjemah ke dalam bahasa-bahasa Eropah terutamanya Latin dalam abad pertengahan. Menurut Al-Kindi, agama dan falsafah tidak mungkin bertentangan. Agama disamping sebagai wahyu yang juga menggunakan akal, dan falsafah juga menggunakan akal. Pemikiran falsafah al-Kindi menjelaskan bahawa ; Adanya Tuhan menyebabkan adanya alam ini. Kegiatan Tuhan berkembang di antara langit dengan bumi. Jiwa bumi adalah daya pergerakan Tuhan. Jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya langit, bintang dan planet-planet diangkasa lepas. Jiwa manusia adalah pancaran jiwa bumi. Kerana itu, manusia bersifat dualisme. Selama jiwa itu masih terikat dengan tuntutan berupa kebendaan, ia dipengaruhi oleh langit dan bintang-bintang. Kalau jiwa terlepas daripada tubuhnya, ia kembali kepada temppat asalnya iaitu kepada Allah dimana ia mendapat kemerdekaan dan kebebasan. Kemerdekaan yang kekal dan abadi hanya dapat dicapai dalam dunia akal budi iaitu keamanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Orang yang hendak mencapai kemerdekaan dan kebebasan itu harus memperkembangkan kekuatan akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan iaitu akidah, dan ilmu tentang alam semesta iaitu syarak dan akhlak. Al-Kindi juga telah membicarakan tentang hal jiwa manusia. Menurut al-Kindi, jiwa manusia dikenali sebagai nafs. Ia merupakan Jauhar al-aqli, iaitu akal abadi yang dianugerahkan oleh Allah. Ia memiliki dua tarikan iatu antara kebendaan, keduniaan dan kejasmanian dan kerohanian, ketuhan dan keakhiratan. Al-Kindi membahagikan akal kepada tiga, iaitu Aql al-Huyani , Aql bi al-Fi 1 dan Aql al-Faal. Aql al-Huyani merupakan anugerah Allah s.w.t. Aristotles menggunakan common sense (akal biasa). Ia mempunyai kekuatan untuk membezakan antara yang baik dan buruk. Aql bi al-Fi 1 pula adalah kekuatan untuk

memperolehi ilmu pengetahuan. Aql al-Faal adalah kekuatan yang merangsang seseorang melakukan sesuatu. Dalam diri manusia juga ada al-nafs yang mengandungi dua kekuatan, iaitu kekuatan kebaikan dan kekuatan kejahatan. Al-nafs inilah yang akan mempengaruhi jiwa kita. Jika kebaikan yang ada lebih dominan daripada kejahatan, maka baiklah tingkah laku seseorang dan sebaliknya.

IMAM AL-GHAZALI

Keagungan Al-Ghazali dalam bidang falsafah sukar ditandingi sehingga beliau digelar sebagai Hujjatul Islam iaitu pembela Islam dan Zainuddin iaitu hiasan agama kerana hujahnya yang bernas. Dalam usia mudanya, beliau pernah dilantik menjadi professor di Akademik Nizami iaitu sebuah universiti di Baghdad dalam bidang fekah. Namun begitu, beliau sebenarnya sangat berminat lam bidang falsafah lagi. Kegigihannya dalam mempelajari ilmu falsafah akhirnya

menjadikannya seorang ahli falsafah yang dikagumi kerana kejayaan beliau menggabungkan antara falsafah dan tasauf dengan akidah, syarak dan akhlak. Beliau telah menghasilkan 70 buah kitab dalam pelbagai bidang dan kebanyakkannya dalam dalam bidang falsafah. Antara karyanya yang masyhur ialah al-Munqiz min-al Dhalal iaitu falsafah dan akidah, Tahafut al-Falasifah iaitu falsafah, Mizan al-Amal iaitu mantik, Ihya Ulumuddin iaitu tasauf dan lain-lain, al-Wajiz iaitu fekah dan Mawasid al-Faladifah. Dalam karyanya iaitu Kitab Maqasid al-Falsafiyah, beliau telah membentangkan pendapat ahli-ahli falsafah. Kitab Mieyar al-ilmi fi almantiq, beliau telah menerangkan tentang pencapaian ilmu pengetahuan. Dalam Kitab Al-Munqidh, beliau membicarakan tentang penghidupan dan kemajuan pemikiran. Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali secara ringkasnya dikategorikan kepada enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik iaitu ketuhanan, politik, logik dan etika iaitu akhlak. Malah menurutnya, Islam tidak melarang mempelajari ilmuilmu seperti falsafah Greek asalkan ia tidak ber tentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan.Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai keilmuan, namun tidak semua beliau terima kerana terdapat bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.

IBN RUSYD Ibn Rusyd sangat mahir dalam bidang ilmu fekah sehingga dilantik menjadi kadi. Namun demikian, kemasyhuran dan kepakaran beliau lebih menonjol dalam bidang falsafah lagi. Antara karya beliau yang paling masyhur hingga ke hari ini ialah Mabadi al-Falasifah iaitu membincangkan tentang falsafah. Kulliah untuk bidang perubatan, Tafsir Urjiza, Taslul iaitu ilmu kalam, Tahafut al-Tahafut untuk bidang falsafah, Muwafaqah al-Hikmah wa al-Syariah untuk bidang falsafah dan fekah. Beliau telah membuat pembaharuan dalam bidang falsafah Islam dengan membawa pandangannya yang baru berrkaitan dengan Al-Quran. Beliau

menjelaskan bahawa; Al-Quran itu diturunkan oleh Tuhan untuk seluruh manusia. Oleh kerana manusia mempunyai tingkat-tingkat tertentu, ada yang berilmu, ada yang bodoh, maka pengertian al-Quran itu pun, tentu bertingkat pula menurut tingkat mereka. Justeru, al-Quran ditujukan kepada dua golongan dalam dua bentuk yang berbeza iaitu, Mutaysabih dan Muhkam. Mutaysabih adalah untuk golongan ulama yang harus ditafsirkan secara kiasan, falsafah dan ilmu yang tinggi. Muhkam pula ditujukan untuk golongan awam yang ditafsirkan secara langsung. Beliau menjelaskan bahawa tiada satu ayat al-Quran pun yang tidak boleh ditafsir. Semua ayat ada kepentingan dan tujuan untuk manusia. Selain itu, pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah

mengemukakan idea yang bernas lagi jelas dan melakukan pembaharuan semasa dengan dimuatkan membuat huraian mengenai perkara tersebut. Hasil pemikiran yang dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah

mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya. Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

3.2

Sumbangan dalam bidang Sains dan Matematik

IBN SINA Hasil karya beliau yang terkenal dalam bidang kedoktoran ialah buku AlQanun fu al-Tibb iaitu peraturan perubatan. Buku itu mengandungi 14 jilid yang merupakan satu himpunan perbendaharaan mengenai ilmu perubatan. Dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan dalam ilmu perubatan moden pada hari ini, banyak sumber diambil daripada pemikiran Ibn Sina. Buku-buku lain hasil karya beliau dalam bidang ini ialah Al-Urjuzah fi al-Tibb iaitu puisi kedoktoran, Al-Adwiyah Al-Qalbiyah iaitu ubat-ubat jantung, Kitab AlQoulanj iaitu penyakit Colic dan Majmuah Ibn Sina Al-Kubrn iaitu cara-cara perubatan penyakit. Antara hasil karyanya ini, banyak yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan menjadi rujukan utama kepada bidang perubatan di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Karya tersebut telah disalin dan dicetak sebanyak 16 kali, iaitu 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi lagi dalam bahasa Yahudi. Penulis-penulis Barat menganggap Ibn Sina sebagai bapa kedoktoran kerana beliau telah berjaya menyatukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India, Parsi, serta pengalaman beliau sendiri. Ibn Sina telah mengembangkan ilmu psikologi dalam bidang perubatan. Beliau juga membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatiks. Beliau juga telah mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung iaitu untuk mengenalpasti dalam masa beberapa detik sahaja tentang ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim iaitu Doktor Islam di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika Syarikat 1981 melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India, dan Parsi sangat berkebolehan dalam penentuan penyakit melalui denyutan jantung. Kaedahnya bukan sahaja mengira beberapa denyutan jantung di tempat yang dirasai, tapi mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat atau tidak denyutan, masa antara denyutan, kandungan lembap dalam kulit dan sebagainya. Daripada ukuran-ukuran tersebut, seseorang hakim

mungkin mengetahui penyakit yang dihadapi dalam tubuh pesakit tersebut dengan tepat. Ibn sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru atau pulmonary tuberculosis adalah satu penyakit yang boleh berjangkit. Beliau boleh memberikan tanda-tanda atau simptom penyakit kencing manis atau lebih dikenali sebgai diabetes dan kesan atau masalah yang timbul daripadanya. Beliau juga sangat berminat dalam bahagian berkenaan dengan kesan akal ke atas jasad yang telah banyak menulis berkenaan dengan gangguan psikologi. Sepanjang hidupnya, Ibn Sina telah menghasilkan kira-kira 250 buah karya yang kekal sehingga masa ini, termasuk 116 buah karyanya dalam bidang perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bhasa Arab dan juga beberapa karya dalam bahasa Parsi. Al-Quran fi Al-Tibb merupakan karya beliau yang terkenal di Eropah dan dicetak berulangkali pada zaman Renaissance. Karya beliau ini mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman tersebut malah merupakan buku rujukan yang utama di universiti-universiti sehingga abad ke-17 Masihi.

FAKHRI AL-DIN AL-RAZI Al-Razi banyak member sumbangan dalam bisang sains. Beliau merupakan antara tokoh yang terawal menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu. Beliau juga telah banyak menghasilkan buku-buku kimia yang kebanyakannya ditulis dalam bahasa Parsi antaranya Ketabe Serr (Buku berkenaan Rahsia), Ketabe Serre Serr (Rahsia pada rahsia), Buku pertama berkenaan Ujikaji,Buku kedua berkenaan Ujikaji, Resaale'ei Be Faan, Arezooyeh

Arezookhah,Surat kepada wazir Ghasem bin Abdullah, .Ketabe Tabvib. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secar ameluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga

menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. AlRazi merupakan seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali memberikan mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran, ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar.

AL-KHAWARIZMI Al Khawarizmi adalah seorang ilmuan bijak pandai pada masa keemasan Baghdad yang sangat besar sumbangannya terhadap ilmu Algebra dan aritmetika. Al-Khawarizmi telah memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu matematik Islam apabila mengemukakan asal-usul angka. Karya-karya beliau yang

diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagni, iaitu kitab al-Jami wa al-Tafiq bi Hisab al-Hindi. Kitab ini dikatakan ditulis oleh beliau berdasarkan kepada matematik yang berasal dari India. Al-Khawarizmi juga telah memperkenalkan satu teorem baru dalam matematik iaitu Algebra. Bukunya Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah mengenai Algebra juga telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat. Di Eropah, ia dipanggil Alchwarizmi, Alkarismi, Algorithmi, Algorismi. Panggilan inilah yang kemudian dipakai untuk menyebut konsep algoritma yang diperkenalkan. Para pelajar Eropah mengaitkan Al-Khawarizmi ini dengan New Arithmetic yang pada akhirnya menjadi asas pernomboran angka, dimana penulisan angka Arab dikenal dengan Algorism atau Algoritma. Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan yang masyhur ialah Sistem Nombor, karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. Selain itu beliau juga telah menghasilkan karya Mufatih al-Ulum yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind, Al-Amal bi Usturlab, Al-Tarikh dan Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabila. Dalam bidang aritmetika, Al-Khawarizmi menulis kitab Al-Jam wal Tafriq bi Hisab al-Hid (Book of Addition Substraction by the Methode Calculation). Edisi asli berbahasa Arab telah hilang, tapi versi lainnya ditemukan pada tahun 1857 di perpustakaan Universiti Cambridge. Karya Al-Khawarizmi itu dikenal sebagai buku pelajaran pertama yang ditulis dengan menggunakan sistem bilangan perpuluhan.

3.3

Sumbangan dalam bidang politik

HASAN AL-BANNA Sumbangan Hasan Al-Banna dilihat lebih tertumpu dalam bidang politik dan ekonomi. Di antara hal yang tidak diragukan lagi ialah dawah beliau itu amat mementingkan komitmen dengan Islam, baik sebagai aqidah, syariah dan system kehidupan. Beliau menjelaskan bahawa dakwah terdiri dari pelbagai aspek seperti politik, dakwah gerakan, penyusunan strategi dan ekonomi. Orang yang mengamati apa yang telah dituliskan oelh beliau dalam risalah-risalahnya akan mendapati bahawa Imam Hasan Al Banna adalah seorang pemimpin politik yang diikuti masyarakat. Beliau memiliki pemahaman politik Islam (Fiqih Siyasi Islami) yang diambil dari pemahaman kalangan intelektual dan ulama Islam. Imam Hasan AlBanna kembali menegaskan bahwa Islam adalah agama yang komprehensif iaitu mencakupi semua aspek kehidupan umat manusia. Beliau juga mengkritik fahaman sekulerisme yang mengasingkan antara agama dengan politik dan pemerintahan. Dengan lantang beliau menyatakan bahawa gerakan Islam manapun yang tidak menyertakan permasalahan politik dan pemerintahan dalam program mereka, maka pergerakan tersebut belum layak dinamakan gerakan Islam dalam konsep pemahaman Islam yang komprehensif. Bidang politik sebagai salah satu elemen kehidupan, jelas tidak dapat dipisahkan dengan norma-norma kehidupan. Dalam Islam, kepedulian umat terhadap politik sudah muncul semenjak lahirnya Islam. Pertikaian kaum muslimin dengan kaum musyrikin mustahil mampu diatasi jika tidak menggunakan strategi politik yang jitu. Namun, politik yang dimaksudkan Islam jelas yang berperadaban, bermoral, humanis, tidak menghalalkan segala cara dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, Islam tidak menafikan agama dalam politiknya dan pemahaman secular itu adalah konsep politik barat sematamata. Islam dengan politiknya membawa misi pembahagiaan manusia di dunia maupun akhirat kelak, sebuah politik yang melindungi semua hak mereka, sehingga diharapkan pada suatu masa nanti umat Islam dan bukan Islam menggunakan etika politik Islam yang akan melahirkan kebahagiaan bagi mereka.

3.4

Sumbangan dalam bidang ekonomi

IBN KALDUN Ibnu Khaldun juga begitu arif dalam bidang ekonomi dan ianya banyak ditonjolkan melalui bukunya yang bertajuk Mukaddimah. Ibnu Khaldun menyedari bahawa ekonomi memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara tersebut. Terdapat 3 teori yang dijelaskan oleh Ibnu Khaldun berkaitan ekonomi iaitu teori pengeluaran, teori nilai, wang dan harta serta teori pengagihan. Teori pengeluaran ialah teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan

permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Teori nilai, wang dan harta pula berkaitan dengan nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. "Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun. Manakala teori pengagihan pula ialah beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam. Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.

3.5

Sumbangan dalam bidang agama

SYEIKH ABDUL QADIR AL-JALANI Beliau merupakan seorang yang alim, jujur, ikhlas dan benar. Kesemua nilainilai ini menjadi simbol kepada Tareqat Qadariah yang terus menerus berkembang hasil usaha dari pengesasnya iaitu Syaikh Abdul Qadir Jilani dan tareqat ini berdasarkan pengalaman peribadi beliau tentang Islam, Iman, dan Ihsan. Ini akan mengajar kita tentang Ikhlas, Wara , Zuhud, Taqwa, penyerahan diri sendiri, ketabahan, kehambaan kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan, menghayati kitab syariah, membersihkan hati daripada perkara yang memusnahkannya, membersihkan kata-kata, sentiasa membuat suruhan Allah atas sebab untuk mencari keredhaannya, bersungguh-sungguh dalam menentang kehendak nafsu, dan mengamalkan perbuatan yang mulia. Maksud tarikat secara umumnya ialah suatu jalan (tarikat) yang dilalui seseorang Islam itu untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Beliau telah mengkaji dan menjelaskan tariqat yang sebenar tanpa mengandungi kesesatan dan penyelewengan. Berikut ini adalah modal asa Syeikh Abdul Qadir al-Jalani merupakan prinsip tariqat dan suluknya menuju keredhaan Allah iaitu sabar, syukur, tawadhu, jujur dan ikhlas, bertawakkal kepada Allah Taala, zuhud terhadap dunia dan beramal untuk akhirat, redha, cinta, mujahadah dan kasih saying. Semua ini berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah. Syeikh Abdul qadir juga Berjaya menyatukan antara fiqh dengan Tasawwuf. Dia mendahulukan fiqh ke atas Tasawwuf, kerana fiqh adalah hakim bagi tasawwuf dan beliau sendiri adalah seorang ahli fiqh sebelum menjadi seorang sufi. Beliau juga banyak membuka kelas pengajian dan Berjaya mempersaudarakna antara ulama fiqh dengan ulama sufi serta membersihkan tasawwuf daripada bidah dan kesesatan yang menyusup kedalamnya.

SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATANI Beliau banyak memberikan sumbangan terutamanya dalam menyebarkan ilmu-ilmu berkaitan dengan Islam. Ketokohan Sheikh Daud al-Fathani dalam bidang fiqh diperakui oleh semua ulama di Asia Tenggara yang memahami dan mengkaji sejarah Islam di rantau ini. Demikian juga ketokohannya dalam bidang usuluddin, tauhid dan ilmu kalam yang kiranya tidak perlu dijelaskan lagi. Beliau merupakan antara tokoh yang memperkenal dan memperkembangkan ilmu tasawwuf serta Tarekat Syathoriyah. Beliau begitu jelas menerangkan tentang adab-adab zikir yang boelh dibahagikan kepada tiga iaitu adab sebelum melakukan zikir, adab ketika zikir dan adab selepas berzikir seperti yang dinyatakan dibawah.
Bil 1 2 Adab sebelum melakukan zikir. Taubat nasuha Menyucikan hadas badan daripada Adab ketika berzikir. Duduk di tempat-tempat suci Meletakkan kedua telapak tangan di atas kedua lutut. Adab selepas berzikir. Menahan nafas beberapa kali Jangan meminum air selepas dari berzikir hingga berselang beberapa saat, 3 Mengharumkan pakaian dengan bau-bauan dan bersiwak. Menghadap kiblat Diam beberapa ketika sesudah berzikir khusyuknya 4 Dengan niat menegakkan Memakai wangi-wangian Meniatkan bagi wirid zikir. serta dengan

perintah Allah. 5 Membesarkan Allah Ikhlas Mensyukuri akan nikmat-nikmat Allah. 6 7 Benar zikirnya pada zahir dan batin Makanan dan pakaian yang dipakai mestilah dari sumber yang halal. 8 Duduk di tempat yang kelam (tak begitu terang atau gelap) 9 10 11 Memejamkan mata Faham makna Dinafikan tiap-tiap yang maujud pada hatinya selain Allah 12 13 14 15 Ucapkan dengan nyaring Dengan kuat yang sempurna. Terkenang kepada syeikhnya Menjauhkan lafaz yang bakal

mengubah maknanya.

IBNU TAYMIYYAH Ibn Taymiyyah telah memberikan seluruh hidupnya untuk berkhidmat kepada dakwah dan ilmu pengetahuan. Di antara bidang utama yang diberikan perhatian khususnya di dalam penulisannya ialah: Tafsir, Ilmu Kalam, Falsafah dan Tasawwuf serta Fiqh.Tafsiran Ibn Taymiyyah terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah berasaskan keyakinan beliau bahawa Rasulullah S.A.W telah menyampaikan dengan lengkap segala maksud Al-Quran. Para sahabat yang menjadi saksi ketika proses penurunan wahyu itu pula lebih mengetahui maksud ayat daripada mana-mana generasi selepasnya. Justeru itu beliau menyusun kaedah bagi mentafsir Al-Quran iaitu yang pertama Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran. Ini adalah martabat tertinggi dalam pentafsiran; kerana Allah yang Maha Mengetahui maksud kalam-Nya. Kedua, tafsir ayat melalui Al-Sunnah. Ketiga, tafsiran melalui perkataan para sahabat dan yang keempat, tafsiran golongan Tabiin yang mempelajarinya dari para sahabat. Ibn Taymiyyah telah mengarang tafsiran bagi beberapa surah Al-Quran yang sempat ditulis semasa beliau berada di penjara. Ibn Taymiyyah amat menghormati keempat-empat mazhab utama umat Islam. Walaupun Ibn Taymiyyah menampilkan ijtihad-ijtihad yang kadangkala keluar daripada apa yang sudah dibiasakan oleh orang ramai, namun cara istinbat hukmumnya masih seperti para ulama lain. Sumber pengambilan hukum di sisi beliau ialah: Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak (khususnya ijmak Sahabat) dan Qias. Selain itu beliau juga berpegang kepada fatwa sahabat selagi mana tidak terdapat pertentangan terhadapnya. Melalui susunan sumber hukum ini, Ibn Taymiyyah mengorak langkah menulis dan mengeluarkan fatwa. Dalam hal ini, beliau tidak bertaqlid kepada mana-mana mazhab, bahkan berpandu terus kepada dalil-dalil yang diperolehi. Ini kerana kebenaran itu tidak hanya wujud pada imam-imam yang empat sahaja. Namun pengaruh mazhab Hanbali masih wujud sedikit sebanyak dalam cara istinbat hukumnya.

3.6

Sumbangan dalam bidang seni dan sastera

SAYYID QUTB Sayyid Qutb ialah seorang penulis yang prolific yang bukan sahaja menulis dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah ilmiyah terkemuka, malah menerbitkan majalah-majalah yang lebih berwawasan dari majalah-majalah yang wujud masa itu hingga menggugatkan pihak-pihak yang tertentu di zaman itu. Penulisan-penulisan beliau diminati ramai terutama generasi muda. Pada tahun 1945 beliau bermula menulis buku dan sehingga ke tahun 1950 beliau telah berjaya menghasilkan 26 buah buku yang bermutu dalam berbagai-bagai bidang penulisan sastera Islamiyah. Tahun 1951-1964 merupakan masa peralihan beliau kepada penulisan-penulisan Islamiyah yang serius karya agung yang menjadi buku-buku warisan Islamiyah yang penting. Dan kerya yang menjadi mercu tanda daya penghasilan intelektualnya ialah tafsir Fi Zilalil Quran dan Juzu pertama dari tafsir ini muncul pada tahun 1952 dan beliau telah menyelesaikan penulisan tafsir ini sebanyak tiga puluh Juzu pada akhir tahun lima puluhan, iaitu mengambil masa kira-kira hampir lapan tahun. Tafsir Fi Zilalil Quran adalah ditulis dengan bersandarkan kepada kajian beliau yang mendalam, yang ditimba secara langsung dari al-Quran dan as-Sunnah, di samping bersumberkan kepada kitab-kitab tafsir yang mutabar. Pada 29 Ogos 1966 beliau telah menemui syahadatnya di tiang gantung setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera yang telah ditubukan oleh kerajaan revolusi di zaman itu. Sayyid Qutb telah menghasilkan lebih dua puluh karya yang meliputi pelbagai bidang seperti sastera, pendidikan, politik, ekonomi, kemasyarakatan, falsafah dan keagamaan. Pada tahun 1940-an, beliau lebih cenderung untuk menumpukan penulisannya hanya kepada seni sastera semata-mata tanpa menghubungkannya dengan roh agama. Contohnya seperti buku Muhimmah al-Syair fi al-Hayah yang diterbitkan pada tahun 1933. Namun pada dekad 1940-an, beliau telah memiliki kesedaran kembali kepada Islam, lalu beliau mencuba untuk menyuntik unsur-unsur Islam ke dalam karya-karya sasteranya. Antara karya yang telah dihasilkannya pada ketika itu ialah seperti al-Taswir al-Fanni fi al-Quran (1945) dan Masyahid alQiyamah fi al-Quran (1947). Menjelang akhir dekad 1940-an, Sayyid Qutb menjadi lebih serius dalam kehidupannya. Beliau telah menyertai Ikhwan pada tahun 1951, beliau telah menghasilkan sebuah buku berupa kajian kemasyarakatan dan

perbandingannya dengan system iaitu al-Adalah al-Ijtimaiyyah fi al-Islam yang diterbitkan pada 1949. Selepas menganggotai Ikhwan, beliau telah diamanahkan mengetuai Lujnah Dakwah yang bertanggungjawab menyebarkan idea Ikhwan. Oleh itu, beliau berusaha menghasilkan beberapa buah buku berasaskan fikrah Islam seperti Marakah I-Islam wa I-Ras al Maliyyah (1951), Dirasat Islamiyyah(1953) dan beberapa buah buku lagi. Beliau amat menentang terhadap pemerintah yang zalim. Oleh itu, selepas beliau dipenjarakan pada tahun 1954, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku lagi yang menyeru umat Islam supaya menggulingkan pemerintah yang zalim. Kebanyakan karya yang ditulisnya adalah bercorak kritik dan ulasan beliau terhadap karya-karya yang dihasilkan oleh penulis-penulis lain, sama ada dari Mesir atau luar.

ALFARABI Al-Farabi adalah tokoh seni muzik yang terkenal pada zaman Kerajaan Abbasiyyah. Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus. Al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan notnot muzik. Perkara yang paling penting ialah mengapa al-Farabi dianggap sebagai guru kedua. Ini adalah kerana usahanya meletakkan dasar ilmu muzik itu. Aristotle telah mendapat gelaran guru pertama kerana beliau meletakkan dasar ilmu logik dalam sejarah. Begitu jugalah al-Farabi yang telah meletakkan dasar pertama ilmu muzik dalam sejarah. Ilmu muzik telah dikenali sejak zaman Pythagoreans. Pythagoras telah membuat ringkasan dan perbahasan mengenai muzik, manakala al-Farabi telah berusaha menyempurnakan ilmu muzik dan menjelaskan kekurangan perbahasan muzik Pythagoras. Al-Farabi telah mengarang buku ilmu muzik dalam lima bahagian. Kini, bukubuku ini masih dalam bentuk naskah dan belum lagi diterbitkan dalam bahasa Arab, tetapi sebahagiannya telah diterbitkan dalam bahasa Perancis oleh D.Erlanger. AlFarabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam berjudul al-Muziqi al-Kabir dan beberapa karya muzik lain yang telah diterjemahkan yang bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On the Classification of Rhythm. Buku-buku ini telah menjadi rujukan penting di Eropah dan memberikan sumbangan penting dalam penciptaan not-not muzik. Teorinya tentang harmoni dalam muzik belum lagi dipelajari secara mendalam oleh ahli muzik. Hal ini sangat penting kerana pada bahagian ini, alFarabi telah membahaskan tentang estetika dan nilai muzik dalam kedamaian serta keharmonian jiwa. Seorang sarjana Barat yang bernama Sarton telah menerbitkan buku bertajuk Introductian to the History of Science yang mengatakan bahawa alFarabi telah mempunyai pengetahuan tentang muzik mensural dan telah mengetahui tentang adanya major ketiga 4:5 dan minor ketiga 5:6 sebagai konsonan.

3.7

Sumbangan dalam bidang ilmu pengetahuan.

HARUN AR-RASYID Khalifah Harun Ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan yang terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Seseorang khalifah sememangnya seorang yang bijak dan

berpengetahuan. Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri seorang khalifah. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun lamanya. Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau seringkali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu

pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya. Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan. Sebagai kesimpulannya, Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seorang khalifah yang begitu gigih berusaha untuk keamanan dan kemakmuran Kota Baghdad. Beliau telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan dan yang paling

disebut-sebut ialah sebagai Zaman Keemasan Islam. Jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbilang ini, terutama dalam bidang ilmu pengetahuan serta perubahanperubahan yang telah dilakukan menggambarkan bahawa beliau seorang khalifah yang amat prihatin dengan keamanan negara yang tiada tolok bandingnya. Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling bermakna kerana ianya merupakan kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.

MUHAMMAD ABDUH Syeikh Muhammad Abduh banyak mengambil inspirasi daripada Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani. Kesannya, beliau lebih bersikap terbuka berbanding sebelumnya. Beliau banyak memberi saranan ke arah pembangunan rohani dan jasmani umat Islam. Saranan-saranan beliau meliputi aspek-aspek seperti akidah dan integrasi ilmu. Dari segi akidah, Syeikh Muhammad Abduh menyeru umat Islam kembali kepada ajaran agama sebenar dalam bentuk yang asal dan murni serta menyesuaikannya dengan kehendak semasa. Syaratnya, ia tidak boleh bercanggah dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah. Beliau juga telah menggabungkan kebaikan dari Barat dengan kesempurnaan Islam. Beliau tidak menolak sesuatu daripada barat dan tidak pula cepat menerimanya, sebaliknya beliau menerima barat dengan membuat beberapa pengubahsuaian yang selaras dengan kehendak Islam. Beliau menolak sekeras-kerasnya konsep Taqlid alA'ma atau taklid buta. Beliau mengajak umat Islam mempelajari ilmu-ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah untuk membina umat yang mempunyai daya fikir yang tinggi dan seterusnya mampu keluar daripada belenggu penjajahan. Selain itu, Syeikh Muhammad Abduh mendapati sisitem pendidikan pada masa itu hanya tertumpu kepada bidang-bidang agama dalam bentuk huraian kitabkitab klasik tanpa cuba disesuaikan dengan kehendak semasa. Berdasarkan pengalamannya belajar di Tanta dan Universiti al-Azhar, beliau mendapati keadaan pembelajaran di Tanta terlalu mundur, sehingga disifatkan anak muda yang suka belajar di situ sentiasa dibendung rasa putus asa. Keadaan di Universiti alAzhar juga sama lalu beliau menyarankan supaya bidang-bidang ilmu Fardu Kifayah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti. Saranan itu diterima oleh Kerajaan Mesir. Sukatan pengajian di Universiti al-Azhar diubah selaras dengan saranan beliau dan dijadikan sebagai model kepada pusat-pusat pengajian tinggi lain di seluruh dunia Islam.

Anda mungkin juga menyukai