Anda di halaman 1dari 16

Biodata Tokoh ilmuan islam

Ibn Haitham
Kajian sainsnya digunakan oleh Barat
Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang rnundur la
Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan m
lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu buk
tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.

Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai


golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah,
sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan
sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh
ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu
tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat
menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak.
Walaupun tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains dan perubatan
tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama,
falsafah, dan se umpamanya. Salah seorang daripada tokoh tersebut
ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan
ibnu al-Haitham.
Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama
Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan
dengan 965 Masihi. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah
sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.
Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana,
beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad.
Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan
perhatian pada penulisan.
Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir.
Semasa di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan
beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta
menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak. Tujuannya adalah
untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya
di Universiti al-Azhar.
Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat mahir
dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan
falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan
yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya
mengenai perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian
perubatan moden mengenai mata.
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan.
Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli
sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta
teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui
pelbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On
Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja
dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang
bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada
di garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan
hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam
kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya
seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang
dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah
digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar
yang pertama di dunia.
Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi
padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui
perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui
kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya.
Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu
rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah
memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang
gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang
kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton
sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini.
Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah,
logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan.
Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana
terdahulu.
Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam
masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan
pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada
pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.
Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab
itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua
pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah
amat menarik untuk disoroti.
Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik,
sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus
dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan
waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat,
kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.
Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah
mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga
kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah. Antara buku
karyanya termasuk:

1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu


metametik dan metametik penganalisaannya;
2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah
kiblat bagi segenap rantau;
5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam
urusan hukum syarak dan
6. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak.
Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari
segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa
pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan
"diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang
sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih
kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka
kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan.
Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan
ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah
telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu
tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

Ibn Maskawaih
Orang yang mengasaskan teori evolusi

Ibn Maskawaih atau nama sebenarnya Abu Ali bin Ahmad bin
Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam
yang terpenting. Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak
dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan berbagai-bagai teori
falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah
tokoh-tokoh selepasnya.
Pandangannya mengenai manusia dan perkembangan masyarakat bukan
sahaja menjadi asas pemikiran kepada ilmuwan Islam yang lain seperti
Ibnu Khaldun dan Jamaluddin Al Rini tetapi juga para sarjana Barat.
Teori evolusi yang dikemukakannya telah dijadikan sebagai bahan kajian
oleh Charles Darwin yang kemudiannya menerbitkan buku Origin of
Species mengenai kejadian dan asal-usul manusia. Dalam buku
tersebut, Charles Darwin telah menyatakan bahawa manusia
berkembang secara evolusi daripada spesies hidupan yang paling
ringkas kepada yang kompleks. Perkembangan itu berlaku secara
perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.
Hasil daripada kajian dan pemerhatiannya terhadap pelbagai spesies
hidupan dan fosil di beberapa buah benua, beliau akhirnya membuat
keputusan bahawa manusia sebenarnya berasal daripada beruk melalui
proses evolusi. Teori evolusinya telah menjadi kontroversi dan
mendapat tentangan daripada pihak gereja kerana dia menafikan
peranan Tuhan dalam menjadikan kehidupan di muka bumi ini.
Namun begitu, teori berkenaan telah menjadikan Darwin terkenal dan
dianggap sebagai pelopor teori evolusi yang digunakan oleh para
sarjana dalam bidang antropologi dan sosiologi dalam menghuraikan
sejarah serta perjalanan manusia serta perkembangan masyarakat.
Padahal teori evolusi telah lama digunakan oleh Ibn Maskawaih dalam
kajiannya mengenai perabadan manusia. Menurutnya, kecerdikan
manusia tidaklah mengatasi kepintaran yang dimiliki oleh beruk. Tetapi
manusia menjadi lebih cerdik kerana pengalaman yang mereka peroleh
dalam kehidupan bermasyarakat.
Bagi Ibn Maskawaih, manusia itu ialah sebuah dunia yang kecil dan
padanya terdapat gambaran mengenai segala yang ada di dunia ini.
Setiap manusia mempunyai peranannya yang tersendiri sama ada
sebagai individu ataupun anggota masyarakat. Pendapat beliau ini
menepati "Teori Fungsi" yang dikemukakan oleh seorang ahli sosiologi
Perancis yang bernama Auguste Comte.
Sekiranya setiap anggota masyarakat melaksanakan peranan dan
fungsinya maka masyarakat itu akan berada dalam keadaan yang stabil

dan bersatu padu serta membolehkannya berkembang dengan teratur.

Manakala sebarang gangguan terhadap fungsi itu akan mengakibatkan

berlakunya konflik dan pergolakan dalam masyarakat. Secara tidak

langsung akan membawa keruntuhan kepada masyarakat tersebut.

Jadi, tidak keterlaluan kalau di katakan bahawa Ibn Maskawaih juga


merupakan pengasas kepada Teori Fungsi yang digunakan oleh para
penganalisis sosial yang menjalankan kajian tentang masyarakat kuno
dan moden. Walaupun beliau terdidik dalam bidang perubatan, tetapi
minatnya yang mendalam terhadap ilmu, telah mendorongnya
mempelajari kesusasteraan, falsafah, kimia, bahasa, dan ilmu klasik
yang lain.
Beliau menguasai dan mempunyai kepakaran setiap bidang yang
dipelajarinya. Ibnu Maskawaih juga ahli sejarah dan ilmuwan akhlak
yang handal. Semua ilmu pengetahuan itu tidak dipelajari sekali gus
seperti yang sering dilakukan oleh sarjana Islam yang lain. Beliau
mempelajarinya secara berperingkat-peringkat dan akhirnya mendapati
bidang falsafah sesuai dengan dirinya sebagai seorang pemikir.
Memulakan kerjayanya sebagai doktor sebelum dilantik menjadi
setiausaha kepada beberapa orang menteri seperti Mueiz al Daulah.
Pengalaman tersebut memberikan beliau peluang yang luas untuk
mendampingi masyarakat dan orang ramai.
Selepas kematian Mueiz, beliau dilantik oleh Menteri Ibnu Amid menjadi
ketua perpustakaan. Kesempatan ini telah digunakan untuk menelaah
berbagai-bagai buku yang ditulis oleh para ilmuwan Islam dan Yunani.
Selepas itu, beliau dilantik pula sebagai Ketua Pemegang Amanah
Khazanah yang bertanggungjawab menjaga Perpustakaan Malik Adhdud
Daulah yang memerintah dari tahun 367-372H. Dengan pengetahuan
dan pengalaman yang ada padanya, Ibn Muskawaih telah berjaya
membina ketokohannya sebagai seorang ilmuwan yang mempunyai
pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
Banyak teori telah dihasilkan oleh beliau dan tidak terbatas kepada
bidang falsafah semata-mata. Beliau menulis berbagai-bagai kitab yang
membicarakan pelbagai persoalan. Antaranya Kitab al-Fauz al-Saghir
yang menumpukan pembicaraan kepada persoalan yang berkaitan
dengan metafizik iaitu tentang Allah, kerasulan dan jiwa.
Kebanyakan pandangannya mengenai perkara ini disesuaikan daripada
pandangan ahli falsafah Yunani. Kesan pemikiran falsafah Yunani
terhadap Ibn Muskawaih dapat dilihat pada pandangannya mengenai
jiwa. Semasa mengungkap persoalan ini, beliau menyatakan bahawa
jiwa merupakan roh yang berlainan daripada tubuh dan tidak mungkin
dapat dilihat dan disentuh oleh pancaindera. Baginya jiwa sesuatu yang
dapat menerima dua perkara pada satu masa yang sama seperti
keadaan hitam dan putih pada satu waktu.
Beliau juga telah mengemukakan teori akhlak dalam kitabnya yang
berjudul kitab Tahzib al-Akhlaq. Dalam kitab itu, beliau menyebut
kemuncak akhlak ialah apabila lahirnya perbuatan-perbuatan baik yang
dilakukan secara teratur. Oleh itu, akhlak yang baik hanya akan lahir
daripada jiwa yang bersih dan begitu juga sebaliknya.
Untuk mendapat jiwa yang bersih maka anak-anak sejak kecil lagi harus
didedahkan dengan nilai-nilai yang baik. Nilai-nilai buruk pula hanya
akan mengganggu proses tumbesaran dan menyebabkan mereka
membesar tanpa menghiraukan tatasusila. Anak-anak perlu dilatih pada
peringkat awal tumbesaran supaya bersikap dan bertindak mengikut
nilai-nilai ini agar sebati dengan diri serta sanubari mereka.
Ibn Maskawaih turut menulis beberapa buah kitab yang lain seperti
al'Adwiah al-Mufra-dah tentang ubat-ubatan, Uns al'Farid sebuah
antologi cerpen, Tajarub al'Umarn sebuah catatan mengenai sejarah,
al-Tabikh mengenai kaedah memasak, al'Asyribah yang membicarakan
tentang minuman, al'Fauz al-Kabir, dan Tajrib al'Um.
Berdasarkan banyak kitab yang ditulisnya maka ketokohannya sebagai
ahli falsafah dan pengarang tidak dapat dinafikan. Idea dan
pandangannya jelas mendahului zaman menjadikannya sebagai salah
seorang ilmuwan serta sarjana Islam yang tiada tolok bandingan pada
zamannya. Sesungguhnya Ibn Maskawaih yang dilahirkan pada 330H
(941M) di Kota Rhages itu akan terus dikenang sebagai seorang ahli
falsafah yang kaya dengan teori-teorinya.

Al-Farabi
Digelar Aristotle kedua.
Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle
mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran
ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam
yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh
tersebut ialah Al-Farabi.
Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad
Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun
874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij
di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang
miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada
mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di
bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.

Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan


perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif
al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup
dalam keadaan yang serba kekurangan.

Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat
sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan
perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab
itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau
menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).

Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang
ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada
zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang
dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain
mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu
jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu
pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan
sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih
dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli
falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan


wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk
memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang
pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu
dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta
makmur.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan
Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai
kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling
memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis
mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi


beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam
kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya


daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk
menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk
diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang
tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah
yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap
melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara
kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli


falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali
sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan
harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah
negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan


ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang
tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.

Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang


mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu
merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara
manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung


dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu
falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam
karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku
itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama
Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang
diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran


dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai
sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.

Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan


kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan.
Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi
pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap
perkembangan ilmu perubatan di zamannya.

Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah
lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung
memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan
kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh.


Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan
kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik
dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari
penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

Jabir Ibn Haiyan


Bapa Ilmu Kimia
Jabir Ibn Haiyan (750-803 Masihi), yang lebih akrab
dipanggil "Si Geber dari Abad Pertengahan" juga dikenali
sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang nama
penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil
menempatkan dirinya sebagai ilmuwan terkemuka sejak
dia mengamalkan bidang perubatan dan alkimia di Kufah
(sekarang Iraq) di sekitar tahun 776 Masihi yang silam.
Pada peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan,
beliau pernah berguru pada Barmaki Vizier iaitu semasa
zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup
terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah
diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan
dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.

Beliaulah yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen


didunia alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan
ilmu kimia moden.

Jabir banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan


pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan.
Beliau mencu-rahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas
ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi,
beliau mengembangkan ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia.

Beliau menegaskan bahawa kuantiti yang tepat daripada bahan kimia saling
berhubungan dengan wujudnya tindak balas kimia yang akan berlaku. Oleh sebab
itu, bolehlah dikatakan bahawa Jabir telah meletakkan dasar ke atas hukum
nisbah tetap.
Sumbangan yang paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk juga
dalam bidang penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses
penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya
dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan serta pengembangan
terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan eksperimen itu.

Pencapaian praktis utama yang disumbangkan oleh beliau ialah penemuan bahan
mineral dan asid, yang telah pun dipersiapkan pertama kali dalam penelitian
tentang alembik (Anbique). Rekaannya terhadap alembik membuatkan proses
penyulingan menjadi lebih mudah dan sistematik.

Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah
dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir
dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada duanya
didunia.

Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia
Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max
Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu
kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir
Ibnu Haiyan.

Tegasnya, Jabir merupakan seorang pelopor dalam beberapa bidang


pengembangan ilmu kimia gunaan. Sumbangan beliau termasuk juga dalam
pembangunan keluli, penyediaan bahan-bahan logam, bahan antikarat, tinta
emas, penggunaan bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan
pengering pakaian, dan penyamakan kulit.

Sumbangan beliau juga pada menyediakan pelapisan bahan anti air pada
pakaian, serta campuran bahan cat, dan gris. Selain itu, beliau juga
mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua
regia.

Idea eksperimen Jabir itu sekarang telah menjadi dasar untuk mengklasifikasikan
unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan logam, bukan logam, dan
penguraian bahan kimia. Beliau telah merumuskan tiga bentuk berbeza daripada
bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya:

1. Cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses


pemanasan, seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan
ammonium klorida.
Logam, seperti emas, perak, timah, tembaga, besi.
Bahan campuran, yang boleh ditukar menjadi serbuk.

Pada abad pertengahan, risalah-risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia - termasuk
kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, telah
diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya telah
diterbitkan oleh orang Inggeris yang bernama Robert Chester pada tahun 1444,
dengan judul The Book of the Composition of Alchemy.
Buku kedua, Kitab Al-Sab'een diterjemahkan juga oleh Gerard dari Cremona.
Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau, yang antaranya dikenali
dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances, dan Book of Eastern
Mercury.

Berikutnya pada tahun 1678, seorang berbangsa Inggeris, iaitu Richard Russel
mengalihbahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection.
Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richardlah yang pertama kali menyebut
Jabir dengan sebutan Geber. Dialah yang memuji Jabir sebagai seorang pendeta
Arab dan juga ahli falsafah.

Buku ini kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad
lamanya dan telah member! impak dan pengaruh yang cukup besar kepada
evolusi ilmu kimia moden. Istilah alkali, pertama kali ditemukan oleh Jabir.

Sungguhpun begitu, daripada semua karyanya, hanya sedikit sahaja yang


telah diterjemahkan. Sebahagian besar karyanya tetap kekal dalam
bahasa Arab.

Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf
dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap
bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh
dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang
bergelar "hujjatui Islam".
Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh
yang dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450 Hijrah. Sejak
kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar
biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu
pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi
menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli
fikir Islam yang terulung.

Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga


mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang
lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu
berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti
Baghdad.

Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan


pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan
jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil
berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana

Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau
telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan
seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh
tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.

Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua
Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan
Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang
berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan),
Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal),
Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu
Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).

Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak


dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis
menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap
antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut
Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku
tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk
menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah.
Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak
dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.

Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali
terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu
diingat- kan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah
merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli
falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian
terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian
yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.

Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau
merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian
mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan
falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah
mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan
dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.

Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan


ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini
kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan
dengan agama.

Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari


ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak
menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu
matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh
dinafikan selepas ia difahami.

Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan


yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga
boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan
khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran.
Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logik tetapi yang menjadi
masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logik,
hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan
ketuhanan atau metafizik.

Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba
mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran
daripada ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu
Sina dan al-Farabi jelas terpengaruh akan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka
tidak hairanlah ada antara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan
ajaran Islam yang boleh menyebabkan kesesatan dan syirik.
Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat
bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan
terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap
kebangkitan jasad atau jasmani.

Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan


penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan
bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan
keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap
kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan
sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira
aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam
mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama
bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba
dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang
pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan
pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya
merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan
berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan
logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-
Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi
kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada
Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

Ibn Tufail
Ahli falsafah yang mendahului zaman.
Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat. Namun
begitu, falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang
dalam sejarah pemikiran manusia. Maka tidak hairanlah, sejarah lebih
mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan barat jika dibandingkan
dengan ahli falsafah Islam.
Walaupun beberapa tokoh falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, dan Ibn Sina
mendapat pengiktirafan dari Barat, tetapi mereka tidak mendapat tempat yang
sewajarnya jika dibandingkan dengan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan
Aristotle. Kajian-kajian mengenai tokoh berkenaan masih belum memadai dan
jauh daripada memuaskan.

Walaupun para sarjana, ilmuwan, dan ahli falsafah Islam telah menghasilkan
sejumlah karya-karya yang besar tetapi kebanyakan tulisan mereka belum
diterjemahkan.

Tidak kurang juga yang musnah disebabkan oleh peperangan dan penaklukan
yang dilakukan oleh kuasa asing. Malahan kajian yang dibuat terhadap pemikiran
falsafah beberapa tokoh terkenal seperti Ibnu Rusyd tidak diberikan penilaian
yang adil. Kajian dan terjemahan yang dibuat oleh S.Van den Berg terhadap kitab
"Lima Baida al-Thaan", tulisan Ibnu Rusyd mengenai metafizik misalnya tidak
mendapat sorotan yang meluas wahal kajian tersebut dapat membantu kita
memahami dan mendekati pemikiran ahli falsafah itu dengan lebih mendalam
lagi.

Begitu juga dengan pemikiran falsafah Ibn Tufail tidak banyak diketahui oleh
umat Islam sendiri. Ibn Tufail yang lahir pada tahun 1106 Masihi di Asya,
Granada lebih dikenali sebagai ahli hukum, perubatan, dan ahli politik yang
handal. Semasa pemerintahan al-Mu'min ibn Ali, Ibn Tufail atau nama asalnya,
Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail
al-Qisi pernah dilantik sebagai pembantu gabenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di
Maghribi.

Beliau juga pernah menjadi doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin,


Abu Ya'kub Yusuf. Selepas bersara, tempatnya digantikan oleh anak muridnya
iaitu Ibnu Rusyd. Semasa hayatnya, Ibn Tufail pernah dilantik sebagai menteri
dan merupakan ahli politik yang dihormati oleh pihak pemerintah.

Selain itu, beliau juga melibatkan dirinya dalam bidang pendidikan, pengadilan,
dan penulisan. Walaupun Ibn Tufail dikatakan telah menulis banyak buku tetapi
hanya sebuah sahaja kitab yang diwariskan kepada generasi umat Islam hari ini.
Kitab itu ialah "Hay ibn Yaqzan" yang memuatkan pandangannya secara umum,
dengan gaya bahasa yang menarik dan imiginasi yang indah. Buku ini dianggap
sebagai warisan paling unik yang ditinggalkan oleh seorang ahli falsafah Islam.

Buku ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa dunia.


Yang menarik dalam buku itu, Ibn Tufail berusaha menerangkan bagaimana
manusia mempunyai potensi untuk mengenali Allah. Katanya, semua ini dapat
dilakukan dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya.

Menerusi buku itu, Ibn Tufail cuba merangka satu sistem falsafah berdasarkan
perkembangan pemikiran yang ada pada diri manusia. Beliau berusaha
mengungkap persoalan serta hubungan antara manusia, akal, dan Tuhan. Untuk
itu, beliau telah menggunakan watak Hayibn Yaqzan yang hidup di sebuah pulau
di Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam
kehidupan iaitu panas, sejuk, kering, dan basah dengan tanah. Watak itu hidup
terpencil dan dapat mempertahankan kelangsungan hidupnya dengan pimpinan
akal dan bantuan pancaindera. Langkah Ibn Tufail menggunakan analog! watak
tersebut dalam bukunya dianggap sebagai suatu perkara yang luar biasa dalam
penulisan karya yang berbentuk falsafah.

Watak itu tidak pernah mengenali kedua-dua ibu bapanya. Tetapi alam telah
memberinya seekor kijang yang menyusu dan memberinya makan. Setelah
dewasa, dia mengarahkan pandangannya terhadap perkara yang ada di
sekelilingnya. Di sini dia mulai membahaskan tentang kejadian dan rahsia
perubahan yang berlaku disekelilingnya. Pada anggapannya di sebalik alamnya
terdapat sebab-sebab yang tersembunyi yang mentadbir dan membentuknya.
Hay bin Yaqzan selalu membahas dan menganalisa sesuatu perkara sehingga dia
mampu mengetahui bahawa kebahagian dan kesengsaraan manusia itu
bergantung kepada hubungannya dengan Allah. Dengan watak "Hay" itu, Ibn
Tufail berjaya membuat huraian yang menarik sekaligus membantu kita
memahami pemikiran falsafahnya.

Buku itu juga mengandungi pengamatan Ibn Tufail mengenai ilmu metafizik,
matematik, fizik, dan sebagainya. Ibn Tufail melihat alam ini sebagai baru dan
ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa penuh. Dalam diri manusia pula
terdapat roh yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi ini.
Falsafah Ibn Tufail bukan sekadar menyentuh perkara yang berkaitan dengan
metafizik tetapi juga sains tabii seperti fizik. Ibn Tufail mendapati bahawa lapisan
udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah. Hal ini
disebabkan kepanasan berlaku di permukaan bumi bukannya di ruang dan
lapisan udara.

Beliau juga mendapati bahawa kepanasan boleh dihasilkan melalui geselan,


gerakan cahaya sama ada daripada apt ataupun matahari. Meskipun pandangan
itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini tetapi pandangan ini
sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan
kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengannya.
Pemikiran falsafah Ibn Tufail juga meliputi perkara yang berhubung dengan
masyarakat. Beliau menyifatkan masyarakat terdiri daripada sebahagian besar
anggota-anggota yang malas. Lantaran itu, mereka mudah terpengaruhi dan
terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu memperbahaskannya.

Ibn Tufail hidup hampir sezaman dengan Ibnu Bajjah. Maka sebab itu beliau
mudah menerima pandangan falsafah Ibnu Bajjah, al-Farabi, dan beberapa ahli
falsafah Islam yang lain dengan baik. Menurut sesetengah pengkaji dan pemikir,
Ibn Tufail banyak dipengaruhi oleh falsafah Ibnu Bajjah sebagaimana yang dapat
diperhatikan pada pertengahan buku Hay bin Yaqzan yang banyak membawa
saranan yang terdapat dalam kitab "al-Mutawwahid". Dalam buku itu, Ibnu
Bajjah telah melakukan pembelaan terhadap tulisan-tulisan al Farabi dan Ibnu
Sina.

Namun begitu, Ibnu Tufail tidak menerima sarangan itu bulat-bulat melainkan
selepas dibahaskan secara kritis. Selain itu beliau seorang yang berpegang
kepada logik dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.

Barangkali bertitik tolak daripada sikapnya itu, beliau tidak menyepi dan
mengasingkan diri seperti mana yang dilakukan oleh segelintir ahli falsafah lain.
Sebaliknya beliau bergiat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan
dan mengambil bahagian secara aktif dalam urusan pemerintahan serta
kenegaraan. Kegiatan ini dilakukannya sehingga beliau menghembuskan nafas
yang terakhir pada 1185 Masihi.

Al-Razi
Karyanya menjadi rujukan dunia Eropah.
Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang
banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu
falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung
kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno
seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli
falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak
setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-
platonisme.
Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai
ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang
besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi
selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar
dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral, dan kenabian dengan cara
rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli
falsafah yang rasional dan murni.

Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, lahir
pada tahun 236H bersamaan 850M. Sesetengah pendapat mengatakan yang
beliau lahir pada 1 Sya'ban 251H bersamaan 865M. Beliau anak kelahiran bum!
Iran iaitu di Ray dekat Tehran merupakan seorang tokoh falsafah yang masyhur
pada kurun ke-3 Hijrah.

Beliau pada zaman mudanya menjadi pemain gambus (rebab, rebana) sambil
menyanyi, kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang
perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-
Thabari (192 - 240H bersamaan 808-855M) dan belajar ilmu falsafah dengan al-
Balkhi. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi,
sastera, dan kimia.

Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, al-Razi
diberi kepercayaan memimpin rumah sakit (hospital) selama enam tahun (290-
296H bersamaan 902 - 908M). Pada masa ini juga al-Razi menulis buku al-Thibb
al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad. Kemudian
al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi (289 - 295H
bersamaan 901 - 908M), yang berkuasa pada waktu itu.

Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang


pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada orang-orang
miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Hitti menyifatkan
al-Razi sebagai seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim
dan juga seorang penulis yang produktif.

Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di
barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-
Muktafi wafat, al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban
313H (Oktober 925M).

Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan


kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat
ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak.

Dalam dunia keilmuan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak zaman
dahulu bahkan sehinggalah ke hari ini. Demikianlah pada zaman al-Razi, beliau
tidak terlepas daripada ditentang oleh para ilmuwan sezamannya.

Penentang al-Razi yang dapat dikenal pasti oleh para sarjana dan ilmuwan Islam
ialah Abu Qasim al-Balkhi. Beliau banyak menulis penolakan terhadap buku-buku
al-Razi, terutama buku 'Ilm al'Ilahi. Begitu juga dengan Syuhaid ibn al-Husain al-
Balkhi, beliau mempunyai banyak perbezaan dengannya al-Razi terutama tentang
teori kesenangan. Teorinya tentang kesenangan itu
dijelaskan dalam kitabnya Tafdhil Ladzdzat al-Na^s, yang ditulis kembali oleh
Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sajistani dalam Siwan al-Hikmah.

Karya-karya dan sumbangan

Al-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini
terbukti dengan banyak hasil karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang.
Tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-
surat telah dihasilkan oleh al-Razi dicatatkan para pengkaji. Karya-karya beliau
banyak membincangkan persoalan falsafah, perubatan, sains, ketuhanan, al-
Quran, ilmu kalam, bahasa Arab, fiqh dan usul fiqh, geometri, dan sejarah.

Kemasyhuran al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam


malah ketokohan dan kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini
terbukti dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan
dunia barat terutamanya dalam bidang perubatan. Sehingga kini karya-karya al-
Razi masih diguna.

Kitab al-Hawi (Liber Contines) merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan


terapeutik yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah. Minat yang
mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10kg ini terbukti
dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12M lagi sehingga abad ke-
17M.
Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak
biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut
diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M. Kedua-dua karya ini
juga merupakan sumber kurikulum tradisional di kalangan para pengamal
perubatan Islam.

Kitab al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem) juga karya agung al-Razi


dalam dunia perubatan. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di
Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini
terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sent dan sains perubatan.
Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan
dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan moden.

Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan
yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit. Satu
falsafah yang terpenting dalam karya al-Razi ini ialah kebenaran dalam ilmu
perubatan merupakan suatu yang amat sukar diperoleh dan walaupun banyak
tersedia rujukan namun kurang juga nilainya sekiranya dibandingkan dengan
amalan seorang doktor yang sentiasa menggunakan kuasa pemikiran dan
logiknya.

Al-Razi menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan


dalam amalan perubatan. Padanya penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan
dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua
pendekatan iaitu rohani dan jasmani terus digemblengkan.

Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan
terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia
sehingga abad ke-14M. Antara lain kejayaan al-Razi dalam dunia perubatan ialah
penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam
penghasilan antiseptik.

Sumbangan al-Razi dalam bidang falsafah tidak kurang hebatnya, dengan


terhasilnya banyak karya tentang falsafah sudah cukup untuk membuktikan
minat yang mendalam al-Razi dalam bidang falsafah. Karya beliau dalam bidang
falsafah yang berjudul Al'Thib al-Ruhani merupakan karya teragung beliau dalam
bidang falsafah. Karya ini berkisar tentang cara pengubatan penyakit jiwa dan
pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan.

Antara karya utama yang membincangkan persoalan falsafah ialah al-Sirah


al'Falsafiyyah, Amarah al-lqbal aI'Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Kitab al-llmi al-Ilahi,
Maqalah fi ma baid al'Thabiiyah, dan al-Syukuk 'ala Proclus.

Alt Sami al-Nasysyar telah mengesan sebanyak 97 buah buku yang telah
dihasilkan oleh al-Razi yang merangkumi bidang-bidang al-Quran (tafsir) lima
buah, Ilmu kalam 40 buah, Falsafah 26 buah, Bahasa Arab tujuh buah, Fiqh dan
Usul Fiqh lima buah, Perubatan tujuh buah, Geometri lima buah, dan Sejarah dua
buah.

Brockelman seorang pengkaji biografi orientalis pula membahagikan penulisan


tokoh ini kepada 13 bidang dengan hanya menemui 38 buah karya sahaja,
antaranya History dua buah, Fiqh tiga buah, Quran tiga buah, Dogmatics 13
buah, Philosophy lapan buah, Astrology satu buah, Cheiromancy satu buah,
Rhetoric satu buah, Encyclopedia satu buah, Medicine satu buah, Physionomy dua
buah, Alchemy satu buah, dan Mineralogy satu buah.