Anda di halaman 1dari 7

BABI: HIKMAH PENGHARAMANNYA

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan
dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Ia juga dikenali sebagai khinzir
(perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan
dilaporkan lebih pintar dan lebih mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan
kucing.
Dalam al-Quran dinyatakan bahawa babi adalah najis yang haram jika disentuh dan
haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga turut diharamkan dalam agama
Yahudi dan Gereja Masehi Advent di kalangan penganut Kristian. Kajian tentang
DNA babi mendapati bahawa struktur genetik babi adalah terhampir dengan
struktur genetik manusia berbanding haiwan-haiwan lain.
PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI DAGING BABI
Dr Murad Hoffman, Daniel S.Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology
Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan penolong
Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of
Medicine, Massachusetts, Amerika Syarikat menyatakan terdapat lebih dari 25
penyakit yang boleh berpunca dari babi. Di antaranya:
*Anthrax *Ascaris suum *Botulism *Brucella suis *Cryptosporidiosis *Entamoeba
polecki *Erysipelothrix shusiopathiae *Flavobacterium group IIb-like bacteria
*Influenza *Leptospirosis *Pasteurella aerogenes *Pasteurella multocida *Pigbel
*Rabies *Salmonella cholerae-suis *Salmonellosis *Sarcosporidiosis *Scabies
*Streptococcus dysgalactiae (group L) *Streptococcus milleri *Streptococcus suis
type 2 (group R) *Swine vesicular disease *Taenia solium *Trichinella spiralis
*Yersinia enterocolitica *Yersinia pseudotuberculosis.
(http://id.wikipedia.org/wiki/Babi)
MENGAPA BABI HARAM?
Islam melarang segala jenis darah. Analisis kimia dari darah babi menunjukkan
adanya kandungan asid urik yang tinggi, suatu adunan kimia yang berbahaya bagi
kesihatan manusia yang bersifat racun. Dengan kata lain, asid urik adalah sampah

dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang
diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia,
senyawaan ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari asid urik dalam tubuh,
dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.
Islam mempunyai peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu dengan
menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat hirisan untuk memotong urat
nadi leher haiwan, tanpa menjejaskan urat-urat dan organ-organ yang lain. Dengan
cara ini, kematian haiwan adalah disebabkan kehabisan darah dari tubuh, bukannya
kerana kecederaan pada organ asasnya. Jika organ-organ misalnya jantung, hati
atau otak dirosakkan, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan
menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan
daging haiwan akan tercemar oleh asid urik, sehingga menjadikannya beracun. Kini,
para ahli makanan telah mula menyedari akan perkara ini, Subhanallah.
Apakah kita tahu bahawa babi tidak dapat disembelih di leher? Ini kerana babi tidak
memiliki leher. Bagi orang Islam beranggapan kalau babi memang boleh dimakan
dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah SWT akan menciptakan haiwan ini
dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi adalah perumah
(host) kepada berbagai macam parasit dan penyakit berbahaya. Sistem
biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid uriknya,
sedangkan 98% bakinya kekal tersimpan dalam tubuhnya.
Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi di dalam ayat-ayat berikut:
a. Al-Baqarah 173
b. Al-Maidah 3
c. Al-Anam 145
d. An-Nahl 115
KEBURUKAN DAGING BABI
Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor. Ia suka memakan bangkai,
kotorannya sendiri serta kotoran manusia. Ia sangat suka berada pada tempat yang
kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi adalah haiwan yang
pemalas dan tidak suka bekerja, tidak tahan terhadap panas terik matahari, tetapi
makan dengan rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan yang paling rakus di
antara spesies haiwan-haiwan jinak. Jika bertambah umurnya, ia menjadi semakin
malas & lemah. Suka dengan sejenis dan tidak cemburu. (Petikan dari Adaptive
Physiology on Mammals and Birds).
Pengguna daging babi sering mengeluh tentang bau busuk pada daging babi
(menurut penelitian ilmiah, hal tersebut disebabkan kerana pundi najis babi sering
bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Babi juga memiliki lemak punggung
yang sangat tebal. Pemakan babi sering memilih daging babi yang nipis lemak

punggungnya, kerana semakin tipis lemak punggungnya, kualitinya dianggap lebih


baik.
Babi adalah sejenis haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi
haiwan2 lain. Ia makan semua makanan yang ada di hadapannya. Jika perutnya
telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan semula isi
perutnya dan memakannya semula, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan
berhenti makan, bahkan memakan muntahnya. Ia memakan semua yang mampu
dimakan di hadapannya. termasuklah najis manusia, haiwan atau tumbuhan,
bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di
hadapannya.
Kadangkala ia kencing pada najisnya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan
sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah satu-satunya haiwan mamalia yang
memakan tanah, memakannya dalam jumlah yang besar. Dalam waktu yang lama
jika dibiarkan kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.
Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur & Barat, iaitu China dan Sweden
menyatakan bahawa daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon.
Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi,
meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di
negara-negara Asia (seperti China dan India). Sementara di negara-negara Islam,
peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986,
dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang
diadakan di Sao Paulo, Brazil.
Babi banyak mengandungi parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya,
sehingga dikatakan sebagai reservoir (takungan) penyakit. Antara virus berbahaya
berpunca dari babi adalah H1N1. Virus normal Al (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan
menular secara langsung kepada manusia. Virus Al mati dengan pemanasan 60C
lebih-lebih lagi apabila dimasak sehingga mendidih. Apabila melibatkan babi, virus
AI dapat melakukan mutasi & boleh berkembang sehingga menjadi H5N1. Virus AI
Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini telah menyerang Hong Kong
pada tahun 1968 dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).
Meskipun empuk dan kelihatan begitu enak dan lazat, daging babi adalah daging
yang sangat susah untuk dihadamkan kerana ia mengandungi banyak lemak.
Dagingnya ibaratnya racun, begitu juga kolesterol!
Pada tahun 2001, para doktor Amerika Syarikat berjaya mengeluarkan cacing yang
berkembang di otak seorang wanita, setelah beberapa waktu mengalami gangguan
kesihatan yang ia rasakan setelah memakan hamburger (ham = babi). Wanita
tersebut menegaskan bahawa dia merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun
setelah makan daging babi.

PENGHARAMAN BABI
Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, mahupun bahagianbahagian yang lain. Ini dinyatakan dengan jelas melalui firman Allah SWT dalam
ayat-ayat di atas.
Al-Quran menggunakan kata lahma (daging) kerana sebahagian besar
pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu
terdapat lemak. Al-Quran menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan
hanya dagingnya, tetapi keseluruhan tubuh babi.
Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali
disanggah oleh para ahli perubatan moden. Mereka mengatakan bahawa cacing
tersebut mudah dihilangkan, bahkan dengan teknik masakan yang paling
sederhana. Pandangan ini sungguh luarbiasa kerana babi itu sendiri menjijikkan
bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT telah mengharamkan babi sejak masa
silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.
Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian
jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang
menganggap bahawa peralatan masak moden telah mengalami kemajuan,
sehingga ada yang menerima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan
bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan
makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.
Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan
waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang
dapat menjamin bahawa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang
terkandung di dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syariat yang jauh lebih
mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai
sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syariat. Kita menghalalkan apa
yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah
Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala makhluk-Nya.
Munculnya penyakit Japaneese Encephalitis (JE) di Malaysia suatu ketika dulu, telah
kembali membuka mata. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan
bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali
lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali
bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun setakat ini manusia tetap
nekad memakannya.
BABI DALAM DUNIA PERUBATAN MODEN

Bagi pengguna Muslim, babi adalah antara bahan yang diharamkan untuk diproses
dan dimanfaatkan. Namun, babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang
berkaitan dengan manusia, kerana kemiripan sistem penting dalam tubuhnya.
Penggunaan bahagian-bahagian babi dalam industri farmaseutikal ternyata cukup
besar. Beberapa bahagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan
peranannya dalam industri farmaseutikal adalah sebagai berikut :
Kelenjar adrenalin babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang
disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh
kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk
mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.
Kelenjar pankreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh pancreas babi adalah insulin. Insulin
digunakan ke atas pesakit-pesakit diabetes (kencing manis). Insulin berfungsi untuk
mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah
tidak asing lagi digunakan dalam dunia perubatan adalah insulin babi. Sebanyak 60
ribu ekor babi diperlukan untuk menghasilkan 1 paun insulin dari yang mampu
merawat pengidap diabetes seramai 750-1000 orang selama setahun, jumlah yang
cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang
walaupun lebih mahal sedikit, ternyata mendapat permintaan yang tinggi dari
pesakit-pesakit Muslim untuk mengganti hormon insulin babi.
Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bahagian ini secara
komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan
(digestive aids).
Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemui secara eksklusif pada dinding dalam usus halus
babi. Heparin diklasifikasikan sebagai salah satu produk farmaseutikal yang penting.
Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberapa bahagian jantung manusia yang
sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian jantung babi yang digunakan pada manusia,
ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa banyak
kemiripan pada sistem penting antara manusia dan babi.
MENGAPA BABI HARAM UNTUK UMAT ISLAM?
Ada seorang ilmuwan bertanya kepada seorang Ulama mengenai babi:
Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat Muslim adalah disebabkan kerana

banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu
kedoktoran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus
dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan
menjadi halal?
Ulama : Haramnya babi bukan kerana sebab itu saja. Tetapi ada sifat babi yang
sangat diharamkan untuk umat Islam.
Ilmuwan : Apakah itu?
Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang diisi dengan 2 ekor ayam
jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi diisi dengan 2 ekor babi jantan dan 1
ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah
anda menekanya?
Ilmuwan : Tidak boleh!!!!
Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama di mana
ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina, 2 ekor ayam jantan tersebut
berkelahi dahulu untuk merebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang
menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan
Allah SWT.
Ilmuwan : Pada kandang babi?
Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi
jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk
memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi 2 ekor babi jantan tersebut malahan
menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi
hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si
betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana
umat Islam ikut-ikutan memakan babi, maka ditakutkan umat Islam akan
mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.
MENINGGALKAN LARANGAN TUHAN
Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya
terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan
sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah
dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan
perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.
Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya,
mengapa dia solat? Maka jawapannya adalah bahawa kerana Allah SWT telah

memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan
atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas
solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.
Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan
babi, niatnya semata-mata kerana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari
Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak
meminum arak bukan kerana sekadar memabukkan, tetapi semata-mata kerana
mematuhi larangan Allah SWT. Menghindari zina bukan kerana takut terkena HIV,
tetapi kerana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak memakan babi
bukan kerana takut pada cacing pita, tetapi kerana Allah SWT sudah
mengharamkannya.
Sebenarnya masih banyak lagi rahsia dan hikmah di balik larangan memakan babi.
Namun semua itu sekadar menambahkan lagi keyakinan yang sudah ada di dalam
diri kita. Ianya bukan sebagai landasan utama. Yang penting, kita meninggalkan
tegahan Allah SWT untuk mencapai keredhaanNya.
Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai