Anda di halaman 1dari 13

BAHAYANYA BABI DALAM KAJIAN SAINTIFIK

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM (AA203)

Nama Pensyarah : Nama Pelajar :

Pengenalan
Baiklah kita lihat dalil Al-Quran yang mengharamkan khinzir ini. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Maidah :3 yang bermaksud : " Diharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, binatangbinatang yang disembelih kerana selain Allah, yang mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih........"

Itulah dalil yang jelas tentang pengharaman memakan daging khinzir.

Fakta Mengenai Pengharaman Babi

Sekarang kita lihat fakta-fakta kenapa khinzir diharamkan :

1) Kajian Saintis mendapati memakan daging khinzir boleh mendatangkan 70 kjenis penyakit kerana terdapatnya cacing yang dibawa oleh daging khinzir. Cacing ini boleh memasuki badan manusia dan membawa jangkitan seperti Trichinella Spiralis dan Teania Solium.

2) Menurut Dr Murad Hoffman (saintis Jerman), memakan daging babi yang dijangkiti cacing babi bukan sahaja merbahaya tetapi juga boleh meningkatnya kandungan kolestrol dan melambatkan proses penguraian protein dalam tubuh dan boleh mengakibatkan diserang kanser usus, iritasi kulit, eksim, dan rematik.

3) Saintis menganggap khinzir sebagai mixing vessel atau tempat kuman berkumpul untuk diubah kepada bentuk merbahaya.

4) Dr Muhammad Abdul Khair penulis buku Ijtihad fi al-Tafsir al-Quran al-Karim menyatakan bahawa daging khinzir mengandungi benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia. Cacing ini akan berpindah kepada manusia yang menghampiri dan memakan daging khinzir serta menyebarkan virus Japanese Encephalitis (JE), West Nile Encephalitis (WNE), Vesicular Stomatis (VS), kuku dan mulut, serta radang otak dan hati .

Cara Cara Ingin Mengetahui Bahawa Sesuatu Produk Itu Adalah Dari Sumber Babi

Perlu diingatkan juga pengharaman khinzir bukan sahaja dari aspek makanan bahkan juga seluruh tubuhnya adalah haram termasuk bulu , tulang dan sebagainya.Kadang-kadang kita terbeli berus yang diperbuat dari bulu khinzir. Bagaimanakah cara untuk mengenalinya?

Caranya ialah : Bagi berus lukisan, berus cat atau berus sapuan bibir dan mata bagi kegunaan kosmetik, untuk mengenali berus itu dari bulu khinzir cirinya bulu tersebut keras (stout of bristle hairs) dan terdapat cabang pada hujungnya (flagged tips).

Bagi barangan kulit seperti kasut, tali pinggang, beg tangan dan lain-lain cara nak mengenalinya ialah kewujudan lubang tiga titik atau lubang yang tidak tersusun tetapi tembus ke belakang kulit tersebut.

Demikian sedikit info tentang khinzir atau babi yang dapat kita kongsi bersama. Itulah indahnya Islam sentiasa memberi kesejahteraan buat penganutnya.

Jadi tugas kita sebagai pengguna dan orang yang kuat makan atau suka makan, berhati-hati dalam memilih makanan dan pastikan tidak membeli yang berkaiatan dengan khinzir.

Bahayanya Daging Babi Secara Saintifik


Terdapat bukti saintifik yang menerangkan tentang bahayanya daging babi yang disukai oleh segolongan tertentu. Berikut ialah daripada Dr. Lee Say Fatt, saya percaya kita patut tahu tentang ini kesedaran daging babi. Cuba ini dan lihat sama ada daging babi yang anda beli mempunyai cacing-cacing. Jika anda menuang Coke (air soda) di satu kepingan yang tebal daging babi, tunggu sedikit masa, anda akan dapat melihat cacing-cacing keluar daripada daging tersebut. Satu mesej daripada Perbadanan Kesihatan Singapura tentang kesan-kesan buruk penggunaan daging babi. Badan babi / khinzir mengandungi banyak toksin, cacing dan penyakit-penyakit tersembunyi. Walaupun beberapa serangan ini terdapat juga dalam haiwan lain, doktor haiwan moden mengatakan bahawa babi adalah jauh lebih berkecenderungan untuk penyakit ini daripada haiwan lain. Ini kerana babi suka mencari-cari dan akan makan apa-apa jenis makanan, termasuklah bangkai serangga-serangga, cecacing, bangkai reput, kumuhan termasuk yang mereka punya sendiri, sampah, dan babi lain. Influenza (selesema) adalah salah satu penyakit paling terkenal yang babi berkongsi dengan manusia. Daging babi mengandungi kuantiti berlebihan Histamine dan sebatian-sebatian Imidazole, yang boleh menjurus kepada gatal dan keradangan; hormon pertumbuhan yang memperkenalkan keradangan dan pertumbuhan; sulfur mengandungi mesenchymal mukus yang membawa ke bengkak dan menghasilkan mukus dalam tendons dan tulang rawan, mengakibatkan athritis, penyakit sendi dan sebagainya. Bantuan sulfur menyebabkan tendon dan ligamen yang kukuh manusia diganti oleh tisu lembut mesenchymal babi, dan kemerosotan cartiliage manusia Makan daging babi juga boleh menjurus kepada batu karang dan obesiti (kegemukan), mungkin disebabkan oleh kolesterol tingginya dan kandungan lemak tepu.

Babi adalah pembawa utama cacing Taenie Solium, yang ditemui dalam dagingnya. Cacing kerawit ini dijumpai dalam usus manusia dengan kekerapan lebih besar di negara-negara di mana babi dimakan. Jenis cacing pita ini dapat meresap masuk ke usus dan memberi kesan kepada banyak organ lain, dan ia tidak dapat diubati apabila telah melebihi satu tahap tertentu.

Mengapa Daging Babi Diharamkan


Allah berfirman di dalam Al-Quran: Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi. (Surah Al-Baqarah ayat 173) Dengan dalil ini jelaslah kepada kita bahawa daging babi dan produk-produknya diharamkan oleh Allah secara mutlak ke atas umat Islam. Setiap perkara yang diharamkan Allah pasti mempunyai sebab dan rahsianya. Penyakit Dan Jangkitan Daripada Babi

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. Di antaranya ialah:

Anthrax Ascaris suum Botulism Brucella suis Cryptosporidiosis Entamoeba polecki Erysipelothrix shusiopathiae Flavobacterium group IIb-like bacteria

Influenza Leptospirosis Pasteurella aerogenes Pasteurella multocida Pigbel Rabies Salmonella cholerae-suis Salmonellosis Sarcosporidiosis Scabies Streptococcus dysgalactiae (group L) Streptococcus milleri Streptococcus suis type 2 (group R) Swine vesicular disease Taenia solium Trichinella spiralis Yersinia enterocolitica Yersinia pseudotuberculosis

Kajian yang dibuat oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C. S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

Pandangan Tokoh-Tokoh Perubatan China Mengena Babi


Orang-orang Cina banyak membuat pengamatan dan kajian tentang babi dan sesetengah pandangan mereka dibukukan untuk pengetahuan umum. Sebagai contoh dalam sebuah Jurnal Kesihatan Cina yang amat terkenal suatu ketika dahulu iaitu Yan Show Tan disebutkan, Di saat kematian, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melainkan daging babi. Jangan makan dagingnya.

Di zaman Dinasti Tang terdapat seorang tabib yang amat terkenal bernama Sun See Mao. Beliau hidup sampai ke umur 100 tahun dan mengarang sebuah buku yang bertajuk Sheh Shen Lu (Catatan-Catatan Kesihatan). Di antara isi-isinya ialah, Daging babi merangsang penyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulang dan asma.

Di zaman Dinasti Ming pula, terdapat seorang tabib yang bernama Lee Shih Chen. Beliau amat dihormati dan mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Materia Medica dan berhubung daging babi beliau berkata, Ia boleh mendatangkan kesan berbahaya.

Secara umumnya tokoh-tokoh China zaman dahulu melarang seseorang memakan daging babi disebabkan pelbagai kemudaratan yang boleh menimpa ke atas manusia yang memakannya.

Virus-Virus Baru Keluaran Babi


Jangkitan kuman virus influenza pada tahun 1918 telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan epidemik ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tenteratentera Amerika pada Perang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Kajian ke atas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan, punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. Alix Fano, pengarang buku Lethal Laws Animal Testing, Human Health and Environmental Policy, merangkap Pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan, kuman-kuman virus dari babi mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya (mutations) dari masa ke semasa. Pada bulan Mac, 1997, ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERVS dari babi. Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain. Pada bulan November, 1997, Dr. Robin Weiss dari Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERV di dalam babi. Penemuan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia. Pada bulan Ogos 1997, pakarpakar sains dari Australia menemui satu lagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia. Ia amat berbahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui sebelum ini dan dikenali sebagai virus menangle dari kumpulan paramyxovirus. Secara umumnya, sejak tahun 1997, ahli-ahli sains menemui beberapa kuman virus keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,

Porcine Torovirus. Porcine Rotavirus (Variant 4F). PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus). H3N2 Swine Flu Virus.

Babi Mengubah Virus Ke Tahap Berbahaya


Dalam Journal of Virology 1997 dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel atau tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya. Mengikut kajian itu juga virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang boleh menjangkiti dan membunuh manusia, selepas melalui perubahan di dalam babi. Penemuan ini mampu memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selesema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ini. Ia bermula dengan serangan Spanish flu pada tahun 1918, diikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977. Kajian-kajian oleh ahli-ahli sains menunjukkan kumankuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya wabak pada tahun 1918.

Tambahan dari itu, BBC News Online bertarikh 29 Oktober, 1999 melaporkan virus babi menjadi punca berlakunya wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden pada tahun 1918. Ahli-ahli sains juga mendapati wabak yang menyerang Hong Kong baru-baru ini juga berkemungkinan besar berpunca dari virus babi.

Mengikut Dr. Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti WisconsinMadison, virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi merupakan satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu. Yang

membimbangkan ialah, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.

Tambahan dari itu, terdapat virus dari keluarga HIV yang wujud di dalam babi. Virus ini di bawa oleh DNAnya dan ia tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London berkata, Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV.

Lampiran

Rujukan
http://karya2.wordpress.com/category/bahaya-babi/

http://ilovesabah.forumotion.net/t720-bahaya-daging-babi-secara-saintifik

Anda mungkin juga menyukai