Anda di halaman 1dari 2

Pengharaman Daging Haiwan Liar

Islam mengharamkan umatnya memakan daging haiwan liar. Berhubung dengan ini, Bukhari melaporkan nabi saw berkata yang
bermaksud, “ Rasulullah melarang umat Islam memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang
mencengkam.”

Yang dimaksudkan dengan binatang buas yang bertaring adalah binatang yang menangkap dan memakan bangkai binatang lain
seperti singa, manakala, yang dimaksudkan dengan burung yang memiliki kuku yang mencengkam adalah jenis burung yang
melukai dan memakan bangkai haiwan lain seperti helang.

Amalan memakan daging binatang liar berbahaya kerana kajian terkini menunjukkana besar kemungkinan wabak AIDS berpunca
daripada amalan ini. Pakar melaporkan, virus HIV pada asalnya menjangkiti haiwan liar daripada jenis monyet. Virus ini kemudian
menjangkiti cimpanzi selepas mereka memakan daging monyet ini. Manusia yang ghairah memburu dan memakan daging haiwan
liar seperti cimpanzi menerima padahnya apabila mereka juga dijangkiti virus ini.

Pengharaman Babi

Dalam surah Al-Baqarah ayat 173, Allah menjelaskan, “sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah, dan daging
babi.”

Babi pembawa virus berbahaya

Berdasarkan kajian, babi mempunyai virus berbahaya yang disebut sebagai retroviruses PERV. Virus ini membiak dalam tabung uji
yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia.

Tambahan pula, virus daripada keluarga HIV juga wujud dalam babi dan tenyata virus tersebut tidak dapat dipisahkan apabila
ternyata virus ini wujud dalam DNAnya sendiri.

Sistem dalam babi mengubah virus

Dalam Journal of Virology 1997, dinyatakan bahawa kerongkong babi disebut sebagai mixing vessel kerana padanya terdapat sel-
sel yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya . virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain
dan babi adalah satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada yang lebih berbahaya. Paling membimbangkan, system
pertahanan pada manusia tidak mampu menangkis serangan virus-virus ini.

Cara Penyembelihan Islam

“Sesungguhnya Allah menuntut keelokan dalam setiap perkara. Apabila kamu menyembelih, elokkanlah sembelihanmu. Maka
tajamkanlah pisaumu dan rehatkanlah binatang sembelihanmu.”begitulah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Muslim.

Prosedur sembelihan dalam Islam

Sembelihan dalam Islam perlu dilakukan dengan memutuskan saluran pernafasan (trakea), saluran penghadaman (osefagous),
pembuluh darah arteri carotid dan saluran darah jugular pada haiwan yang disembelih. Yang tidak boleh dipotong ialah saraf
tunjang yang terletak di belakang leher haiwan itu.

Pemotongan saluran pernafasan dan pembuluh-pembuluh darah ini menyebabkan darah terus melimpah keluar sekali gus
menuunkan tekanan darah secara mengejut di samping menjadikan system otak terputus daripada bekalan oksigen dan glukosa.
Keadaan ini menyebabkan haiwan itu terus pengsan tanpa menderita sakit diikiuti dengan gelupur beberapa saat selepas itu.
Haiwan ini menggelupur disebabkan otaknya kehilangan oksigen dan bukannya disebabkan sakit. Walau bagaimanapun, jantungnya
masih terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya yang mengawal system denyutan jantung masih berada dalam keadaan
yang elok kerana ia tidak dipotong semasa penyembelihan.

Penyembelihan islam saintifik

Lord Horder GCVO, MD, FRCP, berkata, “ oleh kerana cara sembelihan sebegini tidak menyakitkan di samping menyebabkan
kematian yang cepat, susah hendak kita temui pendekatan yang lebih baik daripada ini. Deria rasa juga turut hilang sejak haiwan
itu tidak sedarkan diri di peringkat awal lagi.”
Cara Penyembelihan di Barat

Sebahagian golongan di barat menganggap cara penyembelihan yang dilakukan oleh umat Islam adalah kejam. Justeru mereka
mengetengahkan pendekatan baru yang dikenali sebagai stunning sebelum melakukan penyembelihan. Stunning bermaksud haiwan
yang disembelih akan melalui prosedur yang menyebabkan ia pengsan terlebih dahulu supaya ia tidak berasa sakit semasa proses
penyembelihan. Benarkah pendekatan seperti ini tidak kejam?

Cara penyembelihan yang dipopularkan di Barat adalah dengan menggunakan konsep Captive Bolt Pistol Stunning (CBP) iaitu
dengan menggunakan sejenis pistol yang diisikan dengan peluru berbentuk besi pengancing (bolt) yang ditembak di bahagian dahi
binatang. Bagi binatang biasa, peluru ditembak pada kelajuan 55 meter per saat, manakala binatang yang besar pula adalah selaju
75 meter per saat. Terdapat dua jenis peluru. Pertamanya, besi pengancing yang merosakkan bahagian utama otak dan keduanya
besi yang sekadar member gegaran kuat kepada otak. Selepas ditembak, peluru akan masuk semula ke dalam pistol. Pendekatan
ini menyebabkan binatang jatuh pengsan agar tidak merasa sakit semasa penyembelihan.

Dalam kajian, perubahan-perubahan yang berlaku kepada otak dan jantung haiwan diukur dengan menggunakan mesin EEG
(electroencephalogram) dan ECG (electrocardiogram).

Semasa penyembelihan secara Islam dilakukan, pada tiga saat pertama, , EEG menunjukkan otak binatang yang disembelih berada
dalm keadaan tidur nyenyak (deep sleep). Hal ini disebabkan pendarahan yang berlaku. Selepas enam saat, bacaan EEG menjadi
sifar yang membawa maksud haiwan yang disembelih tidak merasai sebarang kesakitan. Namun, jantung haiwan masih terus
berdenyut mengepam darah sekali gus mengeluarkan saki baki darah yang masih berada dalam badan haiwan. Keadaan ini
menyebabkan daging haiwan yang disembelih secar Islam menjadi lebih segar dan tidak memudaratkan.

Haiwan yang dikenakan CBP, walaupun pengsan, namun EEG menunjukkan ia berada di tahap kesakitan yang tinggi. Jantung
haiwan ini berhenti mengepam darah lebih awal dan menyebabkan banyak darah bertakung dalam daging sekali gus menjadikan
daging binatang yang berkenaan kurang berkhasiat.

Bahaya stunning

Penggunaan pistol bagi menembak besi ke kepala haiwan diikuti tindakn mengenakan tekanan setinngi 150 paun menyebakan otak
haiwan pecah berkecai dalam badan.

Selain CBP, terdapat pendekatan lain iaitu mengenakan kejutan elektrik ke dalam otak haiwan sebelum disembelih. Namun,
terdapat bukti-bukti sains yang menunjukkan haiwan yang dikenakan elektrik sedar semula sebelum sembelihan. Hal ini
mengakibatkan haiwan berkenaan mengalami kelumpuhan tetapi masih sedar dan boleh merasa kesakitan.

Sesetengah haiwan seperti itik, ayam dan angsa dikenakan kejutan elektrik dalam tangki air. Bagi tujuan ini, haiwan-haiwan akan
digantung melalui kakinya dan kemudian kepalanya dicelup ke dalam air bagi menerina kejutan elektrik. Berdasarkan kajian, satu
pertiga daripada haiwan ini mati menjadi bangkai selepas menerima kejutan dan sepertiga yang lain masih sedar dan merasai
kesakitan.

Nyata, penyembelihan secara Barat merupakan satu bentuk penyeksaan yang kejam, berbeza dengan sembelihan secara Islam
yang saintifik dan berperikemanusiaan.

Anda mungkin juga menyukai