Anda di halaman 1dari 8

http://drishak69.blogspot.com/2008/09/larangan-memakan-haiwan-buas-yang.

html

DISEDIAKAN OLEH :
ANAS BIN ABDUL MALIK
IEJ060008

-3570‫و‬ ‫حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة وإسحق بن إبراهيم وابن أبي عمر قال إسحق أخبرنا‬
:‫قال اآلخران حدثنا سفيان بن عيينة عن الزهري عن أبي إدريس عن أبي ثعلبة قال‬
‫نهى النبي صلى هللا عليه وسلم عن أكل كل ذي ناب من السبع زاد إسحق وابن أبي عمر في حديثهما قال الزهري‬
‫ولم نسمع بهذا حتى قدمنا الشام‬

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar Bin Abi Syaibah dan Ishak bin Ibrahim dan Ibnu
Abi Umar, telah berkata Ishak bahawasanya telah berkata dua orang yang lain, bahawasanya
telah mengkhabarkan kepada kami sufyan bin Uyainah daripada Zuhri daripada Abi Idris,
daripada Abi tha’labah bahawasanya telah berkata, “Nabi s.a.w melarang dari memakan
setiap binatang buas yang bertaring”

Takhrij Hadith

Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Muslim Bin Hujjaj di dalam kitabnya sahih Muslim, di
bawah kitab binatang buruan, sembelihan dan binatang yang halal di makan, di dalam bab
haram memakan setiap binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku pencakar

Kefahaman hadith

Imam Ibnu Athir berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan haiwan buas ialah
haiwan yang menerkam dan menangkap haiwan lain serta memakannya dengan keras dan
ganas, seperti singa,harimau, serigala dan yang seumpamanya.

Menurut mazhab Ibnu Abbas: “Bahawasanya tidak diharamkan melainkan empat perkara
yang telah disebutkan di dalam al-Quran.” Jadi, seolah-olahnya, beliau melihat bahawa hadis-
hadis yang melarang memakan haiwan buas dan seumpamanya hanya membawa maksud
makruh sahaja, bukannya haram. Ataupun, barangkali tidak sampaipun ke tahap itu.

Mazhab Ibnu Abbas ini telah diikut oleh mazhab Imam Malik, di mana beliau juga telah
berpendapat bahawa haiwan buas dan sebagainya tidak diharamkan. Beliau menganggapnya
sebagai makruh sahaja Imam Syafi’e berpandangan bahawa as-siba’ yang diharamkan ialah
yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang
adalah halal.

Hujah al-Syafi’e berhubung halal makan dubuk:

1. Dubuk tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam.

2. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba’ yang disebut
di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim

Abu Hanifah pula berpendapat bahawa haiwan karnivor adalah as-sabu’ di antaranya: gajah,
dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya.

Contoh-contoh haiwan yang bertaring, bersifat ganas dan pemangsa adalah seperti berikut:

Bahaya Tabiat Memakan Haiwan Liar Menurut Penemuan Sains

Baru-baru ini di Afrika, satu kajian mendapati sejenis virus berbahaya terdapat pada binatang
liar jenis primat (primates)seperti monyet, gorila, orang utan, cimpanzi dan seumpamanya.
Kajian ini dijalankan berikutan penduduk-penduduk Afrika ghairah memburu dan memakan
daging-daging haiwan jenis ini justeru memudahkan pembiakan dan penyebaran kuman
ini.Pada tahun 2002, jurnal perubatan terkenal, iaitu Journal of the American Medical
Association (JAMA), memberi amaran monyet-monyet yang hidup di kawasan Cameroon
mengandungi virus menyerupai virus penyakit AIDS.

Virus ini dapat menjangkiti manusia yang memakan monyet-monyet ini. Pakar-pakar
daripada Universiti Nottingham di UK, Universiti Alabama di Birmingham, Universiti Duke
di Durham, Universiti Tulane di New Oreleans dan Universiti Montpelier di Perancis
melaporkan kemungkinan besar wabak AIDS yang menyerang dunia hari ini berpunca
daripada amalan memakan daging binatang liar ini
Sebenarnya, haiwan-haiwan liar mengandungi pelbagai jenis kuman yang berbahaya.
Pemakanan daging-dagingnya oleh manusia menyebabkan kuman-kuman itu membiak dan
akhirnya menyerang manusia dengan pelbagai jenis penyakit baru

Hal ini dinyatakan oleh Bushmeat Crisis Task Force (BCTF) yang berpusat di Washington
D.C., Amerika. Bagi mereka bahaya ini bukan lagi suatu andaian sebaliknya menjadi suatu
kenyataan yang menggerunkan. Justeru, pengharaman daging haiwan liar oleh Islam memang
saintifik dan relevan dengan kesejahteraan manusia sejagat pada hari ini.

Isu Semasa: Kegilaan Manusia Terhadap Makanan Eksotik

Pada 22 Julai, 2007, Berita Bernama telah mendedahkan satu isu yang agak asing bagi
penduduk di negara ini iaitu kewujudan restoran makanan eksotik yang terletak di daerah
Kahang, Johor Darul Takzim.

Pekan Kahang terletak kira-kira 40 km dari Kluang. Disebalik persekitarannya tampak seperti
pekan-pekan lain di negara ini, sebenarnya mempunyai rahsianya yang tersendiri iaitu
restoran- restoran makanan eksotik yang menyajikan haiwan yang dilindungi sebagai
menunya. Salah satu menu yang ditawarkan oleh restoran-restoran makanan eksotik terbabit
ialah hidangan daging harimau.Menurut salah seorang daripada pemilik restoran tersebut,
para pelanggan boleh memesan hidangan daging harimau itu sama ada yang digoreng dengan
tepung kari atau yang dimasak dengan pelbagai ramuan herba.

Menurut pemilik restoran tersebut yang dikenali sebagai Danny, harga bagi sepinggan daging
harimau digoreng tepung kari ialah kira-kira rm 40 dan mendakwa kononnya baik untuk
kesihatan serta dapat meningkatkan tenaga syahwat lelaki. Menurut Pengarah Perbadanan
Taman Negara Johor(PTNJ), Encik Abu Bakar Mohd Salleh, harga haiwan-haiwan eksotik
seperti harimau di pasaran haram adalah amat tinggi iaitu dari rm100,000-rm200,000.
Tetapi kebiasaanya mereka akan melapah daging harimau tersebut, dan anggota badannya
seperti daging, gigi, misai, dan alat kemaluan untuk dijual kepada pihak yang tertentu.

Labels: Hidupan Liar

Kuala Lumpur, 2008

Keinginan manusia untuk makan ada pelbagai.

Kadang-kadang, ada yang di luar jangkauan pemikiran kita.


Seperti di dalam foto-foto ini, semuanya adalah untuk dimakan.

Bukan haiwan lain yang memakannya, tetapi manusia sendiri...!!!

Rampasan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan


Liar dan Taman Negara) ini membuktikannya.
Semua haiwan ini yang dikategorikan di bawah spesis yang dilindungi atas sebab-sebab
kepupusan dan ada yang hampir pupus, diperlakukan sekejam ini semata-mata untuk
memenuhi dan mengenyangkan perut mereka yang tidak berhati perut.

Rampasan sebegini sering dilakukan membuktikan haiwan eksotik ini mempunyai


penggemarnya sendiri.

Harga bukan menjadi persoalan, kerana ada daging haiwan ini yang mencecah puluhan
ringgit untuk sekilo, malah ada yang mencapai ratusan ringgit.
Tenggiling yang masih hidup akan dikurung di dalam guni dan akhirnya akan dilapah dan
disiang kulitnya sebelum dibekukan.

Kambing gurun, ular, monyet, kongkang,


babi hutan, harimau kumbang, antara yang popular.

Bukan sahaja daging, malah hampir semua


bahagian haiwan ini dijadikan hidangan termasuk hati, perut, otak, kulit, kuku, kepala.
Dan samada ianya mitos sejak turun
temurun atau memang benar seperti didakwa, kebanyakan mereka memakan haiwan-haiwan
ini antaranya bertujuan menguatkan tenaga batin.

Adakah ianya benar, atau hanya


kepercayaan sejak berzaman...

Atau, apa kata jika anda mencubanya...!!!

Anda mungkin juga menyukai