Anda di halaman 1dari 16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(SKP 2203)
TAJUK TUGASAN :
PENYEMBELIHAN

PENSYARAH:
DR. ZULKIFLI MOHAMAD

NAMA KUMPULAN : KUMPULAN 8

AHLI KUMPULAN :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

NO. MATRIK:

NOR AMIRAH BT. MOHAMAD ZAMRI


ROZIANA BT. DAMING
WAN NUR HANANI BT. WAN ROSLAN
NURUS SAADATUL AABADIAH BT HUSSIN
SYUHADA NAJIHAH BT ZULKEFLI
NUR KHALISAH BT YAHYA
NURUL AQILAH BT MOHD SOIB

189006
186771
189920
188556
188569
190139
190507

PENGENALAN
Amalan ibadah menyembelih binatang korban ini sama ada lembu,kerbau, kambing atau unta
amat dituntut oleh Islam sejajar dengan roh pengorbanan Nabi Ibrahim yang akhirnya

menyembelih seekor kibas. Manfaat sembelihan korban ini bukan hanya kepada fakir miskin
bahkan kepada penternak, penjual atau peraih juga. Islam mengajar umatnya supaya berihsan
dengan haiwan termasuk adab dan kaedah sembelihan. Kaedah sembelihan yang betul
memberikan gambaran jelas kepada orang bukan Islam bahawa Islam itu sempurna dan
lengkap. Alangkah indahnya amalan sunat korban itu disuburkan dengan semua amalan sunat
lain dalam sembelihan korban. Ini juga memberi gambaran ibadah korban dapat menjaga adabadab dan ihsan supaya dapat melahirkan rasa syukur dan taat kepada Allah.
Namun begitu terdapat beberapa agama lain yang mengamalkan korban mengikut tujuan yang
telah ditetapkan dalam agama mereka. Contoh-contoh agama lain selain Islam yang
mengamalkan penyembelihan atau korban adalah agama Yahudi, Hindu dan Kristian.
Jadi, tujuan kami menganalisis projek ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan aktiviti korban
mengikut agama masing-masing dari segi maksud, cara-cara penyembelihan, hukum-hakam
korban dan sebagainya.
Akhir sekali, kami ingin mengucap ribuan terima kasih kepada individu yang terlibat dalam
projek kami kerana menberi kerjasama untuk menjayakan kajian kami terutamanya kepada
pensyarah Tamadun Islam dan Asia Dr. Zulkifli. Beliau telah banyak membantu kami memberi
idea dan cadangan untuk menyiapkan proposal dan isi-isi tajuk kami. Tidak lupa juga buat
rakan-rakan dalam kumpulan yang bersama-sama saling membantu menyiapkan proposal ini.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Islam adalah agama atau cara hidup yang disediakan dan ditentukan oleh Allah.Setiap orang
Islam hendaklah sentiasa akur dan taat terhadap semua hukum danperaturan yang telah ditetapkan
oleh Allah termasuklah dalam hal yang berkaitandengan makanan, minuman dan penyediaannya.

Panduan utama yang ditetapkanoleh Allah ialah makan dan minum hanya yang halal. Sesuatu
yang diharamkan oleh Allah, maka hukumnya adalah haram kecuali jika dalam keadaan
darurat.Memandangkan hampir semua penyediaan makanan harian menggunakan bahanmentah
yang datangnya dari daging binatang seperti ayam, lembu, kerbau, dankambing, maka faktor
penyembelihan adalah amat penting sama ada sesuatumasakan atau produk boleh diambil atau
sebaliknya mengikut syariat Islam.Penyembelihan yang dilakukan secara tradisi atau manual yang
diamalkan dalammasyarakat zaman-berzaman tidak begitu menimbulkan kekeliruan. Ini kerana
kerjapenyembelihan hanya melibatkan beberapa ekor binatang dan sekadar memerlukanseorang
dua tenaga manusia. Apabila penyembelihan yang melibatkan pengeluarankomersial, amalan
secara tradisi tidak lagi ekonomik, cepat dan tidak mampumenampung permintaan masyarakat,
negara malahan pengguna muslimantarabangsa.

Sungguhpun demikian keunggulan dan ketetapan syariat Islam wajib dipatuhi dandijaga.
Masyarakat Islam dan pihak yang terlibat dalam industri produk halal tidakkira sama ada muslim
ataupun bukan muslim sekarang mempunyai kesedaranterhadap sumber makanan yang
halal.Sehubungan dengan itu, konsep makanan yang tidak halal dalam Islam ialah apa jua
makanan yang diharamkan seperti anjing dan babi dan makanan-makanan yanghalal tetapi
diperolehi dengan cara yang haram seperti mencuri, rasuah, menipu,hasil perjudian dan lain-lain,
termasuk juga dalam jenis makanan yang haram ialahdaging haiwan yang tidak disembelih atau
disembelih tetapi tidak mengikutkehendak syarak oleh itu, perkara-perkara yang dibincangkan
dapat memberikan panduan dan pengetahuan dalam menangani

isu pemakanan yang halal

khususnya mengenaipenyembelihan. Apa yang menarik dalam kajian ini, ialah isu yang disentuh
adalahmenjadi topik utama dalam kemusykilan masyarakat masa kini. tujuan kajian ini juga untuk
memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyembelihan halal,yang menepati syarak dan
sebagai sumber makan yang bersih. Melalui sumber makanan yang halal dapat membentuk
peribadi yang berakhlak dan akhirnyamembentuk sebuah masyarakat yang harmoni.

OBJEKTIF KAJIAN
I.
II.

Memahami pengertian penyembelihan.


Mengetahui hukum penyembelihan dalm islam dan agama lain.

III.

Mengetahui kaedah penyembelihan haiwan dalam islam dan barat.

IV.

Memahami syarat sah sembelihan dalam islam.

V.
VI.

Dapat membezakan penyembelihan haiwan antara agama islam dan agama lain.
Mengetahui cara penyembelihan yang paling ehsan.

PERSOALAN KAJIAN
I.
II.

Apakah maksud penyembelihan haiwan?


Bagaimanakah kaedah penyembelihan haiwan dalam islam dan barat?

III.

Kaedah manakah yang terbaik bagi menyembelih haiwan?

IV.

Apakah syarat sah sembelihan dalam islam?

V.
VI.

Apakah perbezaan penyembelihan haiwan antara agama islam dan agama lain?
Bagaimanakah cara penyembelihan yang paling ehsan?

HIPOTESIS KAJIAN
Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Jabatan Perubatan Veterinar, Universiti
Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging
yang bersih dan segar.
TAJUK KAJIAN:Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah
konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah
Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.
Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan kajian
tersebut. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk
pulih selama beberapa minggu.
Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas,
memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah
barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).
Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG)
dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika
prospenyembelihan secara Islam dan kaedah CBP dilaksanakan Barat.Hasil ujian
menurut kaedah sembelihan Islam mendapati:
.

1.Tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf
sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak
berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.
2.Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini
disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.
3.Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai
sebarang kesakitan.
4.Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan
masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah
keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut
penyelidikan itu.
B. Hasil Ujian Tembakan CBP Cara Barat
1.Ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan
CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.
2.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan
yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan
ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
Kesimpulan
Daripada hasil kajian tersebut, Profesor Schulze dan Dr Hazim menyimpulkan bahawakaedah
sembelihan Islam adalah yang terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Manakala amalan
mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh
Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.
Punca Punca Wabak Penyakit Lembu Gila
Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan
bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila
daripada haiwan kepada manusia.
Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi
Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak
bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan
kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang
paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah
berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.
Malah, lebih mengejutkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang
dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.
Kaedah Islam Adalah Cara Yang Terbaik
Islam mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher,
menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.
Firman Allah :


Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan
darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatangbinatang yang disembelih atas nama selain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang
mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan
yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.(Al-Maidah, Ayat 3)
.
Fakta saintifik membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar.
Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian spinal
cord hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan
menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung
haiwan terhenti secara tiba-tiba.
Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara
yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat
kesihatan kepada manusia.
.
Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan
serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah

terbaik dan bersih. Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin
yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan.
Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.
.
Kajian lain yang dilakukan di seluruh dunia juga mendapati hasil penyembelihan Islam, daging
menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam sebagaimana
ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

PENGERTIAN PENYEMBELIHAN
Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan
dagingnya. Penyembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu mengelokkan. Pengertian kedua
adalah Tatmim membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang
diharuskan dengan cara sembelihan.Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah
bagi menghilangkan nyawa binatang.
Dari segi syara bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan
menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu
halal dimakan oleh orang Islam.
Sembelihan dalam Islam bertujuan mematikan haiwan dan menghalalkan dagingnya untuk
dimakan. Ini berbeza debgan sembelihan dalam agama lain. Sembelihan mereka juga bertujuan
untuk mematikan haiwan tetapi tidak menghalalkan dagingnya.

HUKUM PENYEMBELIHAN BAGI AGAMA ISLAM


Hukum penyembelihan adalah wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ianya
halal dimakan.
Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis.
Firman Allah subhanahu wataala:


Maksudnya:Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan
darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang
disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang
mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas,
kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) (Surah Al-Maidah 5:3)
Rukun penyembelihan untuk orang yang menyembelih haruslah orang islam sama ada lelaki atau
perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz dan ahli kitab samada Yahudi atau Nasrani . Penyembelih
tersebut juga haruslah berfikiran waras dan tidak melakukan peyembelihan di dalam ihram haji .

Untuk melukakan haiwan tersebut , Ulama membahagikan rukun ini kepada 2 mengikut jenis haiwan
yang ingin disembelih. Sekiranya haiwan tersebut mampu ditundukkan oleh tenaga manusia seperti
lembu, kerbau, ayam dan unta, maka wajib bagi si penyembelih menyembelih di bahagian leher haiwan
dengan memutuskan kedua-dua urat halqum (salur nafas) dan urat mari (salur pemakanan) cara ini
dinamakan Ikhtiyari. Bagi haiwan yang tidak mampu ditundukkan oleh manusia seperti haiwan liar
seperti burung, rusa dan kijang maka harus disembelih dengan cara melukakan mana-mana anggota
haiwan tersebut yang boleh mematikannya. Cara ini turut digunakan untuk haiwan yang terjatuh di
dalam lubang dan tidak dapt disembelih di lehernya maka memadai dengan dilukakan haiwan itu
dengan luka yang membawa maut. Cara ini dinamakan Idtirari.

Haiwan yang haram dimakan seperti babi dan haiwan beracun tidak akan berubah menjadi halal
walaupun disembelih. Setiap haiwan perlu disembelih kecuali ikan dan belalang. Maka termasuklah
dalam kategori ikan di sini, haiwan-haiwan akuatik yang lain seperti sotong, ketam, udang, kerang dan
lain-lain haiwan akuatik dikecualikan daripada kewajipan sembelihan.

Alatan dalam penyembelihan juga amat penting bagi memudahkan penyembelihan tersebut .Apa
yang dimaksudkan ialah alat yang tajam tidak kira pisau, pedang, parang, buluh mahupun kaca. Tetapi
sembelihan menggunakan gigi, kuku dan tulang adalah tidak halal.

Tidak halal sembelihan seseorang itu melainkan dia adalah seorang Islam atau setidak-tidaknya Ahli
Kitab dan semestinya berakal. Tidak disyaratkan seseorang itu lelaki atau baligh maka harus bagi
perempuan dan kanak-kanak mumayyiz untuk menyembelih.Tuntasnya , binatang yang halal itu adalah
dari segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya
seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya.

Hukum penyembelihan bagi beragama Hindu


Menurut agama hindu , penyembelihan haiwan adalah dibolehkan untuk tujuan upacara dan untuk
dijadikan sumber makanan .
Dengan syarat, terlebih dahulu mohon kepada Bhatara Brahma ijin untuk membunuh yang
dinamakan upacara pati wenang. Yang berdosa adalah membunuh binatang atau tumbuh-tumbuhan
bukan untuk keperluan makan dan upacara, tetapi untuk kesenangan, .
Sapi adalah haiwan yang sama sekali tidak boleh disembelih mengikut agama ini . Hal ini kerana ,
Sapi merupakan lambang dari ibu pertiwi bagi agama ini , Bahkan menurut mereka , Sri Krsna sendiri
lebih memementingkan sapi dari semua makhluk hidup lainnya termasuk para brahmana.
Dengan itu, konsumsi dan penyembelihan adalah satu larangan .

KAEDAH PENYEMBELIHAN HAIWAN DALAM ISLAM &


BARAT

1. Kaedah pemyembelihan di barat


ELECTRIC STUNNING
o Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik
di kepala sebelum dibunuh, kaedah ini bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit
sebelum ia mati disembelih.

IMPLIKASI

Kaedah kejutan pneumatik iaitu menembak bola besi ke otak haiwan diikuti dengan
mengenakan tekanan udara tinggi menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan
itu.

Proses stunning akan menyebabkan haiwan terkena renjatan elektrik, kaedah ini secara tidak
langsung akan melemahkan sistem saraf haiwan sebelum memasuki proses sembelihan.

Melalui Kaedah ini, banyak darah akan terkumpul di dalam badan haiwan kerana otak haiwan
tidak lagi berfungsi untuk mengepam darah.

Darah yang banyak akan memberikan kesan buruk kepada haiwan kerana darah mengandungi
asid urik yang bertoksik. Oleh hal yang demikan, kaedah in secara tidak langsung akan
menjejaskan kesegaran dan khasiat daging haiwan tersebut.

Sesetengah negara Barat yang prihatin dengan kebajikan haiwan menolak penggunaan sistem
stunning kerana proses ini mengundang penyeksaan dan tekanan ke atas haiwan sebelum
disembelih.
2. Kaedah penyembelihan haiwan dalam Islam
Konsep sembelihan dalam Islam atau Zabiha telah meletakkan garis panduan dalam
penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti.

Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting
kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.
A. Syarat Sah Sembelihan
1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah
kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam
perigi ketika disembelih.
.
.
B. Sunat Sembelihan
1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang
6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat
mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.
C. Makruh Sembelihan
1.

Menggunakan alat yang tumpul

2.

Menampakkan alat sembelihan kepada binatang

3.

Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang

4.

Tidak menyebut nama Allah

5.

Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat

6.

Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.

D. Cara Penyembelihan.
1. Memotong seluruh halkum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan
minuman). Pemotongan saluran pernafasan dan pembuluh-pembuluh darah menyebabkan
darah terus melimpah keluar sekali gus menurunkan tekanan darah secara mengejut. Keadaan
ini menyebabkan haiwan itu terus pengsan tanpa menderita sakit
2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.
3. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu
terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai
penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal
memakan daging binatang tersebut.
4. Binatang hendaklah mati

disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan

lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).
.
Binatang adalah halal apabila telah cukup rukun-rukun dan syarat-syarat sembelihan, kecuali
sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya
selain nama Allah.

PERBANDINGAN PENYEMBELIHAN HAIWAN DALAM


AGAMA ISLAM DAN AGAMA LAIN
Dalam agama Hindu,korban dimaksudkan sebagai cara menyenangkan hati para dewa untuk
memperoleh keberuntungan dari mereka.Binatang yang biasa dikorbankan adalah kambing,
domba dan sapi.Terdapat juga kuda yang dijadikan sebagai haiwan korban.

Dalam agama Yahudi,korban lebih ditujukan untuk penebusan dosa. Binatang yang
dikorbankan adalah lembu,sapi,kambing atau domba.Bila seorang imam melakukan
kesalahan,maka wajiblah ia mempersembahkan lembu jantan muda sebagai penebus
dosanya.Hal yang demikian juga berlaku apabila yang bersalah adalah jemaah Israel.Yang
membezakan hanyalah tata cara ritualnya saja.Apabila seorang pemuda yang melakukan
kesalahan,maka yang harus dipersembahkan adalah seekor kambing jantan.Tetapi bila yang
melakukan kesalahan itu seorang rakyat jelata,maka persembahannya adalah seekor kambing
betina.Kesimpulan yang dapat kita peroleh adalah korban dalam syariat Yahudi hanyalah untuk
penebusan dosa dan kesalahan.

Dalam agama Kristian,istilah korban juga sangat popular dan menjadi landasan theologis
mereka. Maksud dan tujuannya adalah sama seperti agama Yahudi,yakni sebagai penebus
dosa.Dalam syariat Yahudi yang melakukan pengorbanan adalah pihak manusia,yakni dengan
memotong haiwan ternak,tetapi dalam agama Kristian yang melakukan pengorbanan adalah
dari pihak Tuhan itu sendiri,dengan cara mengutus Anak-Nya yang Tunggal sebagai pihak yang
dikorbankan,sama seperti anak domba yang dijadikan korban penebusan dosa.Pihak Kristian
sering kali berdalih bahawa Tuhan sangat mengasihi kita.Walau bagaimana pun,Tuhan harus
tetap berlaku adil.Ia kerana kasih-Nya, ingin sekali mengampuni kita.Namun hal ini akan
disebut tidak adil bila tidak ada kompensasinya. Maka diutuslah Anak-Nya itu untuk dijadikan
korban.Agama Kristian mengajarkan bahawa pengampunan dosa berkait rapat dengan
penumpahan darah kerana tanpa penumpahan darah, mustahil pengampunan dosa bisa
dilakukan.

Dari sudut Islam,menyembelih haiwan korban itu dihubungkan dengan perbuatan


taqwa,berserah diri kepada Allah,rendah hati dan sabar dalam menghadapi kesukaran dan
perbuatan menyembelih korban,terang-terangan disebut mempengaruhi batin kerana dapat
membuat hati menjadi gementar pada waktu nama Allah disebut.Perbuatan menyembelih
haiwan korban bukanlah membuat ucapan takbir sebagai ucapan kosong,melainkan yang
dimaksud ialah,hati orang menjadi gementar pada waktu disebut nama Allah.Menyembelih
haiwan korban dan mengalirkan darahnya tidaklah membuat mereka menjadi buas atau
kejam,melainkan sebaliknya,membuat mereka merasa rendah hati.Mengapa demikian? Kerana
mereka insaf bahawa jika haiwan yang dikuasainya itu ingin mengorbankan dirinya,maka
sudah sewajarnya mereka harus mengorbankan hidupnya di jalan Allah, yang bukan saja
majikan mereka,melainkan pula Tuhan mereka yang menciptakan dan memelihara mereka,dan
Kekuasaan Allah atas mereka jauh lebih besar daripada kekuasaan mereka atas
binatang.Jadi,dalam hal menyembelih korban,Al Quran mengajarkan kaum Muslim supaya
mengorbankan hidup mereka dalam membela kebenaran dan ajaran ini dibuat secara terangterangan.Adat-istiadat korban telah dilakukan oleh sekalian umat di seluruh dunia,sekalipun
bentuknya bermacam-macam.
Secara konklusinya,bentuk korban secara Islam itu sama,akan tetapi korban secara Islam itu
tidak sama dengan agama yang lain,iaitu menurut agama terdahulu,korban itu dimaksudkan
untuk meredakan murka Tuhan atau untuk menebus dosa.Tetapi menurut ajaran Islam,korban
itu bererti pengorbanan diri sendiri,dan menjadi lambang kerelaan dirinya untuk mengorbankan
hidupnya,dan segala sesuatu yang dimilikinya diguna untuk membela kebenaran.Binatang yang
dikorbankan melambangkan sifat kebinatangan dalam dirinya,sehingga dengan menyembelih
binatang korban mengingatkan kepada manusia untuk menyembelih sifat kebinatangan dalam
dirinya.

SEMBELIHAN YANG PALING EHSAN

[Pertama] Ihsan Terhadap Haiwan Sembelihan

Di antara cara dan sikap ihsan yang disunnahkan ketika melaksanakan penyembelihan haiwan
adalah:

1. Tidak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih.

2. Tidak menyembelih haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang akan disembelih.

3. Tidak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan cara yang kasar.

4. Memilih cara paling mudah dan yang paling kurang menimbulkan rasa sakit

5.Menyembelih Dengan Alat yang Tajam Selain Kuku, Tulang, Gading, dan Gigi

6. melarang memukul muka haiwan, melarang mencaci haiwan, berlaku kasar, menyakitinya,
serta melarang melaknat atau mengejek haiwan.

7. memastikan haiwan tersebut benar- benar mati sebelu membuat proses yang seterusnya
seperti melapah

Anda mungkin juga menyukai