Anda di halaman 1dari 80

BABI

KENAPAKAH
ENGKAU
DICIPTAKAN?










PENDAHULUAN

1.0. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik alam semestar yang
Beristawa Alal Arsy sesuai kesempurnaanNya. Selawat dan Salam
kepada Nabi s.a.w. dan keluarga baginda.
2.0. Ketika timbul polemik DNA Babi Dalam Coklat Cadbury, penulis
terfikir dek kerana babi ini, umat Islam bercakaran sesama sendiri dan
ramai pula disesatkan kerana babi.
3.0. Kerana hal yang demikian, melihat kepada kepentingan perpaduan
antara satu sama lama, penulis mengumpulkan tulisan-tulisan di laman
sesawang tentang binatang ini.
4.0. Ini merangkumi nama bintang ini dan zodiak bangsa Cina, babi dalam
Al-Quran, babi dan penyakit, babi dalam Taurat dan Injil, babi dan
hukum istihalah, babi dan hukum kenajisannya, dan lain-lain.
5.0. Tujuan penulis tidak lain untuk menjernihkan perpaduan umat Islam
dan menambah ilmu pengetahuan. Segala kekurangan penulis
dahulukan dengan permohonan maaf.
6.0. Terima kasih.




Khinzir (Zodiak)
1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Khinzir atau Babi (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ; atau
[1]
) ialah
bintang haiwan yang terakhir dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang
khinzir dilambangkan oleh dahan duniawi . Dalam budaya
Cina, khinzir dikaitkan dengan kesuburan dan kejantanan. Melahirkan anak
pada tahun khinzir dianggap amat bertuah kerana anak-anak itu akan
menjadi periang dan jujur.
Dalam versi Jepun zodiak ini, bintang zodiak ini hanya memaksudkan babi
hutan ( inoshishi
?
) sahaja dan bukan khinzir ternakan.
Tahun-tahun dan Lima Unsur
30 Januari 1911 - 17 Februari 1912: Khinzir Logam
16 Februari 1923 - 4 Februari 1924: Khinzir Air
4 Februari 1935 - 23 Januari 1936: Khinzir Kayu
22 Januari 1947 - 9 Februari 1948: Khinzir Api
8 Februari 1959 - 27 Januari 1960: Khinzir Tanah
27 Januari 1971 - 14 Februari 1972: Khinzir Logam
13 Februari 1983 - 1 Februari 1984: Khinzir Air
31 Januari 1995 - 18 Februari 1996: Khinzir Kayu
18 Februari 2007 - 6 Februari 2008: Khinzir Api
5 Februari 2019 - 24 Januari 2020: Khinzir Tanah
2031 - 2032: Khinzir Logam
2043 - 2044: Khinzir Air
Sifat
Kedudukan zodiak ke-12

1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Khinzir_(zodiak)


Waktu naungan 9 11 malam
Mata angin Barat laut-Utara
Musim dan bulan Musim sejuk, November
Bulan qamari 8 November hingga 6 Disember
Zodiak Barat yang bersamaan Scorpio
Polariti Yin
Unsur Air
Sifat positif Penyayang, bertoleransi, peka, optimis, patuh, jujur, altruistik, senang menerima tetamu
Sifat negatif Materialistik, mudah terpengaruh, mudah terpedaya, boros, ragu-ragu, naif
Paling serasi Kambing, Arnab, Anjing
Sederhana serasi Tikus, Lembu, Naga, Kuda, Harimau
Tidak serasi Monyet, Ayam, Ular





Babi
2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Babi

Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Suidae
Genus: Sus
Spesies: sila lihat bawah

[[{{{Ksubspesies}}}]]
Pelbagai spesies:

2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Babi

Sus barbatus
Sus bucculentus
Sus cebifrons
Sus celebensis
Sus domesticus
Sus heureni
Sus philippensis
Sus salvanius
Sus scrofa
Sus timoriensis
Sus verrucosus
Babi atau khinzir (b. Arab: khinzr) ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermuncung
panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor, yang bererti mereka memakan daging dan
tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan
lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.
Isi kandungan
1 Hukum babi dalam Agama Monoteistik
2 Babi dalam bangsa lain
3 Babi dari segi sains
4 Gambaran dan tabiat
5 Babi sebagai makanan
o 5.1 Gambar babi sebagai makanan
6 Babi sebagai ancaman alam sekitar dan kesihatan
7 Rujukan saintifik
Hukum babi dalam Agama Monoteistik
Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku,
sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai
atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang
dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian
sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak
melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145)
Babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Dikalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day
Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat
dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:
"Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun kukunya terbelah, ia tidak
memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."
Larangan ini juga terdapat dalam Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8, Book of
Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4: , dan Book of Isaiah, Chapter 66, Verse 17.
Babi dalam bangsa lain
Di dalam Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun
atau menghina orang lain. Dalam kebanyakan bangsa, haiwan babi diangggap hina dan gelaran
babi adalah satu gelaran buruk. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama babi turut
dianggap bernilai sebagai mata wang dalam sesetengah masyarakat seperti puak asli di Papua
New. Babi juga terkenal dalam masyarakat cina, dimana Tahun Babi dimasukkan kedalam
kalendar cina. Epik cina yang terkenal, Journey to the West juga mengandungi watak babi yang
dikenali sebagai Zh Wnng.

Selain itu, babi juga dianggap sebagai hidangan istimewa oleh Orang Cina dan Orang
Jerman yang menjadikannya sebagai hidangan istimewa. Ada pelbagai masakan
ala Jerman yang mengutamakan daging babi.
Babi dari segi sains
Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan
manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji
pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang
sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.
Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan
berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk
mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.
Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia
yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya,
kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi
menjamin keselamatan manusia sekeliling.
Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua.
Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita
kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa
penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.
Gambaran dan tabiat
Babi memiliki muncung bsebagai hidung, mata kecil, dan ekor yang kecil, yang mungkin
bergelung, berkedut, atau lurut. Ia memiliki badan yang montok, kaki pendek, dan bulu kasar.
Terdapat empat jari pada setiap kaki, dengan dua jari tengah besar yang digunakan bagi
berjalan.
[1]

Babi adalah maserba, yang bererti babi memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan. Babi akan
makan bangkai dan diketahui makan sebarang jenis makanan, termasuk serangga mati, cacing,
kulit pokok, bangkai reput, sampah, malah babi lain. Secara liar, mereka merupakan haiwan
meragut, terutamanya makan daun, rumput, akar, buah dan bunga. Kadang kala semasa dalam
kurungan, babi mungkin makan anak mereka sendiri sekiranya ia tertekan. Babi biasa memiliki
kepala yang besar dengan muncung panjang yang diperkukuhkan dengan tulang prenasal khas
dan dengan gelung rawan ("cartilage") pada muncungnya.
[2]
Muncungnya digunakan bagi
menggali tanah bagi mencari makanan dan merupakan organ deria amat sensitif.
Babi memiliki set penuh 44 batang gigi. Gigi taring, dipanggil gading, tumbuh berterusan dan
ditajamkan dengan gading atas dan bawah bergesel sesama sendiri.
[2]

Babi yang dibenarkan meragut boleh digembala oleh gebmala babi. Oleh kerana keupayaan
meragut mereka dan deria bau mmereka yang kuat, babi digunakan bagi
mencari truffle dikebanyakan negara Eropah. Babi ternakan biasanya diternak oleh peladang
bagi dagingnya (dikenali sebagai "pork"), dan juga bagi kulitnya. Bulu kasar babi juga digunakan
sebagai bulu berus. Sesetengah penternak babi, seperti babi perut buncit Asia ("Asian pot-
bellied"), dijaga sebagai haiwan peliharaan.
Pembiakan berlaku spenjang tahun di kawasan tropika, tetapi kelahiran memuncak sekitar
musim hujan. Babi betina mampu bunting sekitar usia 8-18 bulan. Ia kemudian kembali subur
setiap 21 hari jika tidak mengawan. Babi jantan menjadi aktif seksual sekitar usia 8-10
bulan.
[2]
Anak-anak babi biasanya sekitar 6 hingga 12 ekor.
[3]
Selepas anak babi berhenti
menyusu, dua atau tiga keluarga mungkin berkumpul sehingga musim mengawan berikutnya.
Babi tidak memiliki kelenjar peluh yang berfungsi,
[4]
dengan itu babi menyejukkan diri mereka
dengan berendam dalam air atau lumpur semasa musim panas. Babi juga menggunakan
lumpur sebagai satu bentuk pelindung matahari bagi mengelakkan kulit mereka dari terbakar
matahari ("sunburn"). Lumpur turut memberikan perlindungan tarhadap lalat dan parasit lain.
[3]

Babi sebagai makanan
Beberapa contoh makanan yang mengandung babi:
Babi panggang merah (manis) khas Tionghoa
Babi panggang putih (masin) khas Tionghoa
Sekba (berisi jeruk babi dengan kuah) khas Tionghoa (Jakarta, Bogor, Bandung, Tangerang)
Kitoba (hirisan bagian kepala babi yang diolah dengan cara dikukus. Untuk menikmatinya
harus dicelupkan ke dalam cuka aren yang disediakan khas Tionghoa Bogor
Sate babi khas Tionghoa: sama seperti daging sate pada umumnya namun tusukannya lebih
besar dan rasanya manis.
Ngo hiang / Go Hiong: Daging babi cincang yang dibungkus dengan kulit kembang tahu tipis.
(Jakarta, Bogor, Bandung).
Babi cin: Hidangan daging babi + minyak dengan kuah yang rasanya manis kerana kecap
manis.
Bakut: Hidangan khas Tionghoa yang merupakan paduan dari sayur jeruk masin dan kaldu
iga babi.(Terdapat di seluruh Indonesia).
Saksang: Olahan daging babi khas daerah Tapanuli
Babi rica-rica: Daging babi olahan khas Manado yang rasanya sangat pedas.
Babi guling: Olahan daging babi khas Bali
Babi putar: Olahan daging babi khas Manado yang umumnya disajikan pada hari perayaan.
Gambar babi sebagai makanan

Bakuteh


Babi guling


Casiu (babi panggang merah)


Ham babi


Iga babi dengan sayur
Babi sebagai ancaman alam sekitar dan kesihatan
Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk
sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian
babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2%
dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya,
menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor
[5]
.
Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti
Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti
sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar
[6]

[7]
. Di Australia, para
bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar.
Pakar di Queensland mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan
tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia
yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia
[8]
.
Dalam kes terbaru pada tahun 2008 yang berlaku di sebuah hospital di Washington,Amerika
Syarikat,sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak
pesakit wanita berasa amat terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing yang
keluar bersama dengan tumor lebihan dari pesakit itu.Pesakit yang merupakan warga Amerika
Syarikat yang berasal dari Arizona,Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor
otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.
Selepas melakukan ujian imbasan X-Ray,doktor pakar memutuskan untuk melakukan kerja-
kerja pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah berjaya menembusi
otak Alvarez.Para doktor juga berpendapat kehadiran cacing itu, besar kemungkinan adalah
disebabkan oleh kesan daripada makan daging babi yang tidak masak dan banyak atau
mungkin disebabkan oleh sebaran kotoran dari individu yang tidak mencuci tangan selepas
memegang najis dan selepas menggunakan tandas. Alavarez yang dijangka pulih sepenuhnya
selepas pembedahan itu berharap agar orang ramai akan mengambil iktibar dari
pengalamannya itu.
[9]
(Sumber diperolehi dari akhbar Kosmo! yang diterbitkan di Malaysia pada
hari Sabtu,22 November 2008)









Mei 10, 2011
MENGAPA UMAT ISLAM DILARANG MAKAN
BABI (KHINZIR)?
3

47 Komen




Kod mengandungi lemak babi
Semua bangsa dari seluruh dunia dari zaman dahulu kala hinggalah sekarang
menganggap BABI ialah binatang paling KOTOR dan HINA lagi menJIJIKkan. Anologinya
kebanyakkan orang di seluruh dunia akan mengucapkan kata-kata kesat apabila menyumpah
seranah dengan mereka akan berkata PIG! Rasionalnya sejak turun-temurun BABI dianggap
binatang paling hina di seluruh dunia. Islam merupakan satu agama yang benar dan mulia di
sisi Allah SWT. Sebab itulah orang-orang yang mulia tidak akan memakan binatang dan daging
yang hina lagi menjijikkan. Babi juga adalah binatang yang menjadi agen atau pembawa
kepada banyak jenis KUMAN dan VIRUS yang boleh menjadi penyakitMERBAHAYA kepada
manusia. Ia ialah pembawa sebenar cacing Pita yang boleh membawaMAUT.


3
http://apanamadotcom.wordpress.com/2011/05/10/mengapa-umat-islam-dilarang-makan-babi-khinzir/


Dr. Yoshihiro Kawaoka
Menurut kajian yang dijalankan oleh 12 Saintis yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari
Universiti Winconsin terhadap babi mendapati terdapat satu sistem di kerongkong babi yang
membolehkan perbagaiVIRUS berkumpul di dalamnya dan ianya amat merbahaya kepada
sistem badan manusia. Di akhir kajian tersebut, mereka telah mengistiharkan bahawa babi
sebagaiMIXING VESSEL atau BAHTERA PENGUMPULAN PELBAGAI
KUMANsebagaimana yang diterbitkan di dalam Journal of Virology, 1997.

Selain daripada itu, babi juga didapati tidak mempunyai leher untuk disembelih sebagaimana
haiwan-haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman dari
dalam badan haiwan itu tidak dapat dikeluarkan. Menurut ajaran Islam, darah binatang
adalah NAJIS. Kemungkinan faktor ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya VIRUS di
leher babi sebagaimana pendapat Saintis tersebut.

Agama Islam telah menerangkan bahawa babi berkait rapat dengan Iblis. Ini merupakan
kepercayaan kuno yang tidak mustahil dan ada kebenarannya. Kita ambil petikan kisah Nabi
Nuh sewaktu seluruh dunia ditenggelami banjir. Iblis turut berada dalam bahtera tersebut. Oleh
kerana terlalu lama di atas bahtera, segala kotoran haiwan, manusia dan sampah-sarap
bersepah di merata tempat. Akhirnya Nabi Nuh meminta pertolongan dari Allah SWT untuk
membersihkannya, lalu Allah SWT menyuruh Nabi Nuh mengusap kepala seekor gajah dan
terciptalah tikus yang memakan segala kekotoran tersebut. Semasa kejadian itu, Iblis pun
turut berbuat demikian lalu terciptalah BABI.


Koleksi penyelidikan Dr. Daniel S. Shapiro
Bukti kewujudan KUMAN dan VIRUS ini telah dirumuskan oleh Dr. Daniel S. Shapiro,
Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Central, Massachusetts yang
mengklasifikasikan jenis-jenis penyakit yang boleh dijangkiti dari babi seperti Anthrax, Ascaris
suum, Botulism, Brucella suis, Cryptosporidiosis, Entamoebe polecki, Erysipelathrix
shusiopathiae, Flayobacterium, Influenza, Leptopirosis, Pasteurella aerogenes, Pigbel,
Rabies, Salmonella cholerae suis, Salmonellosis, Scabies, Streptococcus milleri, Swine
vesicular disease, Taenea sollium danYersinia enterocoliticia.

Pada tahun 1997, Saintis telah menemui virus baru yang berpunca daripada kuman yang
terdapat pada babi seperti Porcine torovirus, Porcine rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine
Reproduce and Respiratory Syndrome) dan H3N2 (Swine Flu-Virus).

Berdasarkan kepada faktor sejarah, penyerangan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan
babi bermula dengan Spanish Flu (1918), Asian Flu (1957), Hong Kong Flu (1968) dan
Russian Flu (1997).

Rumusan yang boleh dibuat hasil daripada kajian mendapati VIRUS dari babi ini adalah
canggih. Ia sentiasa berubah bentuk dan menyerang manusia dalam bentuk baru (mutasi),
sekiranya manusia dapat mencari penawarnya. SAKSIKANLAH KLIP VIDEO yang
menerangkan keburukan dan kemusnahan yang dibawa oleh BABI kepada manusia.
Kepada yang beragama Islam, MARIlah kita meninggalkannya. Kepada orang bukan
beragama Islam pula, katakan TIDAK padaBABI..



Tuesday, February 28, 2012
Kenapa Islam Melarang Makan Daging Khinzir ?
4

Situasi di salah satu hotel di India pada waktu pagi. Aku turun ke coffe shop nak makam sarapan. Tiba-
tiba mata aku terpandang helaian hirisan daging becon. Nampak sedap jer...TAPI !!! ada tanda "Pork
Becon". So, aku tak ambillah.

Tiba-tiba, datanglah seorang pekerja di coffe shop tu..."Morning sir...anything that I can help you ?".
Sopan jer die bertanya. Aku balas lebih kurang sambil berborak ringkas. Dengan secara spontan juga aku
bertanya. "Errr...sorry to ask. I thought Hindu in here doesn't eat pork. Why U served this meat ?".
Menyedari mungkin aku nie seorang Muslim (dari nama aku kot) si pekerja hotel nie menjawab...sampai
sekarang aku tak boleh lupa insiden nie. Korang taw apa jawapan die ? ...

"Ooo...don't you be worry sir. This all pork meat here we import from Malaysia. Muslim country.
Everything HALAL". Terkedu sekejap aku mendengar jawapan die. Dalam hati aku, dia nie tak taw ker
aku nie orang Malaysia. Aku cuma memberikan reaksi..."Oooo...okey thanks...".


4
http://loloqxrules.blogspot.com/2012/02/kenapa-islam-melarang-makan-daging.html

Situasi lain pula. Berlaku baru-baru ini. Aku di tanya oleh seorang rakan India aku di sini..."Why in pork
meat prohibited in ISLAM ?". Kalau soalan tu yang diajukan pada korang...agak-agaknya apa jawapan
korang. Jawapan simple...kompom sebab dah agama kita larang...so, kita ikut jerlah. Atau mungkin, kita
akan jawab daging babi tu kotor...jadi sebab tulah kami Muslim tak makan. Atau pada yang ambil mudah
yang masuk akal sikit akan jawab ...Rasullullah kami mengajar kami agar menghindari binatang yang
bertabiat jijik ini dari di makan.

Apa aku jawab ?

Sebenarnya, masa nak membalas soalan tu...aku ambil masa sedikit dalam 5 saat. Cool down dulu.
Riles...ambil nafas...Then, aku jawab. Sebab, aku taw ini salah satu soalan provokasi nak menggoyangkan
pegangan fikah seorang Muslim. Aku taw, kalau aku jawab simple...akan ada 2...3...atau mungkin lebih
lagi soalan akan muncul ditanya pada aku kerana tak puas hati dengan jawapan yang aku berikan
padanya.

So, apa jawapan aku ?!!!

Alhamdulillah...Allah maha besar memberikan aku hidayahNya untuk memberikan penerangan pada si
polan yang bertanya. Aku translatekan jawapan aku dalam bahasa melayu untuk kita berkongsikan
bersama.

Aku menjawab, "Sahabatku, cuba kau beritahu padaku...dalam dunia ini...agama mana yang
MEMBENARKAN pengikutnya dari memakan hasil dari daging binatang yang kita panggil BABI (a.k.a
khinzir) nie...?". (Maaf, aku takkan sensorkan perkataan BABI nie dari penulisan aku untuk memudahkan
pemahaman yang mebaca). Sahabat India aku terus dengan spontannya mengatakan dia tak pasti. Tapi,
setakat hari nie tiada swami (sami) Hindu yang die kenali melarang penganut Hindu dari memakan hasil
dari babi.

Aku menyambung, "Tahu tak kamu bahawa, sebenarnya...TIADA mana-mana agama di muka bumi ini
yang mengatakan makanan dari sumber BABI itu boleh dimakan sama sekali !!!".

Dia agak terkejut. Tapi, sebenarnya aku taw dia sudah mula rasa soalan yang diajukan tu aku dah pusing
balik untuk provok die balik.

Aku sambung, "Aku percaya kamu sudah tahu yang Muslim tidak memakan daging BABI dan sebabnya.
Tahu tak kamu bahawa dalam agama Kristian seperti yang tercatat dikitab "Holy Bible" dalam
Deutronomy, Leviticus dan Isaiah secara terang melarang orang Kristian dari mengambil makanan dari
sumber BABI. Dalam Hindu sendiri pun kalau diperhalusi...memakan makanan dari sumber BABI itu
sepatutnya tidak boleh".


Mata kawan aku dah terbeliak...aku sambung..."Maaf, bukan aku nak tunjuk pandai...sememangnya
dalam kitab-kitab Veda. Malahan dalam manuskrip Manu sekalipun memang TIADA PERKATAAN
KHUSUS atau secara terang mencatatkan PERKATAAN "BABI" ini dilarang dari dimakan oleh pengikut
Veda. Tapi, dalam Veda banyak disebut...JANGAN memakan makanan yang merosakkan diri...JANGAN
makan makanan yang boleh membinasakan tubuh badan...JANGAN ambil BINATANG eksotik atau buas
atau liar. Malahan, umum tahu sifat BABI yang pengotor dan buas (aku maksudkan nafsu seks BABI nie
terrrlampau buas dan tak kira tempat). Dalam Hindu juga kalau aku tak silap...mana-mana binatang yang
tak senonohnya jangan dimakan kerana dikhuatiri akan mempengaruhi sifat dan perilaku kita nanti akan
jadi macam binatang tu juga selepas kita makan".

Die mula cool down agaknya dah mula nampak soalan dia makan diri. Then aku sambung, "bagi agama
Jainism dan Buddha pula...kedua-dua agama nie melarang membunuh sebarang makhluk bernyawa
(living being). Jadi, kedua-duanya secara automatik melarangg penganutnya memakan binatang apa pun.
Dengan kata lain, mereka makan sumber yang berasaskan tumbuhan (vegetarian)".

Sebagai kesimpulan perbualan kami aku konklusikan pada dia, "Agama Islam melarang pengikutnya dari
memakan makanan dari sumber babi bukan kerana mengikut ajaran agama lain. Tetapi, perintah
larangan dari memakan daging babi ini kerana...sebagai Muslim, kebersihan itu bukan hanya dari
pandangan mata semata. Namun, makanan yang akan kami kunyah dan telan masuk ke dalam perut juga
perlu dijaga demi memastikan dalaman tubuh badan dan akal jasmani menjadi sihat (aku tak kata
sucilah...nanti lagi dia hangin). Bila badan sihat, akal sihat. Baru kita cergas dan cerdas untuk
menjalankan kerja harian".

Dia menyampuk, "Tapi, badan saya tetap sihat walaupun makan daging babi !!!".

Aku respon, "Masih ingat lagi trauma dunia tentang virus demam H1N1 yang lalu ?".

Dia angguk sambil berkata, "Yaaa...". Teragak sikit jawapan dari dia.

Aku, "Pernah tak kamu terfikir kenapa negara China paling teruk kena serangan virus H1N1 tu ? di
Malaysia kami punya banyak orang Cina yang berulang alik ke negara China. Tapi, statistik di Malaysia
menunjukkan jumlah orang bukan Cina (yang tidak memakan daging babi) yang dijangkiti H1N1 boleh
dikira dengan jari dan kami mampu mengekang wabak tu dari menular. H1N1 adalah bukti paling jelas
BAHAYAnya daging babi nie kalau kita makan. Dari selsema biasa...virus boleh bermutasi menjadi satu
versi virus baru yang memeningkan saintis untuk membina vaksin penawarnya. Paling nyata,
kenapa...negara UAE langsung tak risau tentang H1N1 nie ?. Aku tak mahu ulas panjang...seeloknya kamu
google jer dan cari jawapannya sendiri...".

Tiba-tiba handphone die bunyi. Die jawab, dan minta diri.

Last sebelum dia beredar...dia berkata "seronok dapat borak dengan kamu, kamu telah memberikan
jawapan lain dari yang lain dan memberikan saya persepsi baru dalam persahabatan..."

Aku cuma jawab, "Thank you, really honored to hear that".



Al Quran & Science
5

September 3, 2012
LARANGAN MEMAKAN BABI DALAM AL QURAN

Al Quran dengan tegas melarang kita semua untuk memakan babi. Hal ini berada dalam Al
Quran Pada Surah Al-Anam ayat 145 dan Surah Al Maidah ayat 3

Surah Al-Anam ayat 145
Katakanlah: Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang
diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai,
atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor, atau
binatang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa
sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya
Rabbmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 6:145)


5
https://www.facebook.com/permalink.php?id=101247850028089&story_fbid=104104823075725

Surah Al Maidah ayat 3
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang
disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk,
dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan
(diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi
nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu
janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah
Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan
telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan
tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kenapa Al Quran melarang keras untuk memakan babi. Ternyata salah satunya adalah
penyakit flu babi.

Flu babi adalah penyakit yang disebabkan oleh virus H1N1 dan dapat ditularkan dari
orang ke orang melalui udara. Seperti halnya virus flu pada manusia, virus flu babi terus-
menerus berubah dalam tubuh babi. Saluran pernapasan babi memiliki penerima (reseptor)
yang peka terhadap virus-virus seperti flu babi, flu manusia dan flu burung. Karena alasan
itu, babi memperbesar kemungkinan virus-virus baru muncul di saat semua jenis virus itu
tertularkan secara bersamaan. Virus A/H1N1, sebuah gabungan dari virus flu manusia, babi
dan burung, hanya muncul pada penerima-penerima (reseptor) yang terdapat dalam
saluran pernapasan babi; dengan kata lain, babi berperan sebagai sarang bagi virus-virus
untuk bergabung bersama (berpadu). Karena manusia tidak memiliki kekebalan alamiah
terhadap virus tersebut dan karena penyebarannya sangatlah cepat, Badan Kesehatan
Dunia (WHO) telah memperingatkan bahwa penyakit tersebut bakal menyebar di luar
kendali sebagai sebuah wabah.

selain dari flu babi yaitu adalah cacing pita yang berada didalam daging babi. Alasan
sebagian orang bahwa diharamkannya daging babi adalah karena sebatas adanya penyakit
dan cacing pita didalamnya, sehingga jika dapat diatasi dan dihilangkan baik penyakit atau
cacing pitanya menjadikan daging babi halal boleh untuk dimakan, ini adalah alasan yang
tidak benar.

Justru memakan daging babi berdasarkan penelitian diduga kuat akan menimbulkan hal
yang disebutkan tadi, dan ini tentu menambah kuat akan keharaman memakannya.

Di dalam Al-Quran dijelaskan bahwa daging babi itu adalah rijsun (kotor) dan yang rijsun
adalah haram harus dijauhi.

PENELITIAN ADMIN TERHADAP DAGING BABI

Admin beberapa bulan yang lalu bersama teman-teman mendapatkan referensi pada
youtube, mengenai keluarnya belatung dari daging babi setelah dilakukan penyiraman
daging babi hingga lembab dengan menggunakan salah satu minuman ringan, dengan
melakukan proses berkali-kali serta menunggu waktu dalam beberapa jam,kurang lebih
sekitar 2 jam. dari dalam daging keluarlah belatung-belatung akan tampak jelas jika kita
menggunakan mikroskop.

Seperti kita ketahui minuman ringan yang ada selama ini mengandung zat asam yang
sangat tinggi, namun zat asam pada minuman ini tidak melebihi dari zat asam pada tubuh
kita. Tubuh Manusia memiliki hormon yang mempunyai tingkat keasaman yang sangat
tinggi. bayangkan jika daging tersebut berada dalam tubuh ini dengan tingkat zat asam
yang lebih tinggi dan dalam waktu yang lebih lama. Bagaimana perkembangbiakkan
belatung ini. berapa kali lipat perkembang biakkan belatung ini jika didalam tubuh ini.
Belatung adalah hewan pereduksi dalam artian ini adalah penggerogot bangkai atau
jenazah, bayangkan apa yang terjadi jika hewan pemakan bangkai dan jenazah ini
berkembang biak dengan cepatnya didalam tubuh ini.

Admin sendiri melakukan penelitian ini berdasarkan referensi tersebut.
Subhanallah....seperti yang kita ketahui sendiri.Hasilnya
Sungguh Al Quran dapat mengetahui apa yang sebelumnya manusia tidak diketahui.
Masihkah Kita meragukan Keajaiban Al Quran dalam Dunia Science ini.

semoga bermanfaat...untuk menambah wawasan dan pengetahuan kita bahwa Al Quran
dapat menjawab semua pertanyaan jika kita mau BERPIKIR....


Geng Islam Atas Talian (GIAT)
6

December 25, 2011
Kenapa anjing dan babi haram?
Kenapa anjing haram disentuh?

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau
(menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka
hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya
dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-
bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang
kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang
boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman
supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu
dibasuh dan disamak.


6
https://www.facebook.com/GengIslamAtasTalian/posts/142210575890369

Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau
menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita
akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.

Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran
tetapi disandarkan kepada sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran,
tidak akan jumpa dalilnya. Bagi orang Islam sumber syariah selain daripada al-
Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma Ulama. Sunnah
Nabawiyah adalah semua perbuatan, perkataan dan hal yang didiamkan oleh
Rasulullah SAW. Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan Al-Quran
kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt juga, Hukum yang ditetapkan
oleh al-Quran, hadis, Qias dan Ijma adalah hukum yang sah dan wajib
diterima pakai di sisi syariat Islam.

Begitulah juga di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut kewajipan solat sehari
semalam sebanyak lima kali dan 17 rakaat. Al-quran juga tidak menyebut berkaitan
dengan najis yang dimaafkan, kotoran manusia dan air kencing. Walaupun al-Quran
tidak menyebutnya, tetap kita mengatakan ianya bernajis dan tidak boleh dimakan
atau minum. Begitulah juga apabila seseorang selesai membuang air kecil atau
besar tidak terus menunaikan solat walaupun al-Quran tidak menyebut
kenajisannya. Hal ini kerana najis demikian disebut dalam sunnah Nabawiyah.
Dalam memahami syariah Islam, kita diharamkan hanya berdalil pada Al-Quran
sahaja tanpa melihat kepada sunnah Nabawiyah. Kufur kepada sunnah Nabawiyah
sama seperti kufur kepada Al-Quran. Karena sunnah Nabawiyah itu bersumber dari
wahyu Allah SWT juga.

Adapun dalil dari sunnah Nabawiyah yang telah diterima semua ulama tentang
najisnya air liur anjing adalah sebagai berikut:

Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,`Bila seekor anjing minum
dari bekas milik kalian, maka cucilah 7 kali.

Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,`Sucinya bekas kalian yang
dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali." Menurut riwayat Ahmad
dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah."

Maka seluruh ulama sepakat bahawa air liur anjing itu najis, bahkan kedudukan
najisnya adalah najis yang berat (mughallazhah), kerana untuk mensucikannya
dengan menggunakan tujuh kali air dan salah satunya dengan menggunakan air
tanah, sama seperti najis babi.

Bagi Mazhab As-Syafiiyah dan Al-Hanabilah sepakat mengatakan bahawa
bukan hanya air liurnya sahaja yang bernajis, tetapi seluruh tubuh anjing itu
hukumnya najis berat, termasuk air peluhnya. Bahkan haiwan lain yang kahwin
dengan anjing, akan ikut hukum yang sama juga (iaitu najis yang berat). Pada
pandangan Syafiiyah badan air liur dan mulut anjing adalah najis kerana
sumber air liur itu datangnya dari badan. Maka badannya itu juga merupakan
sumber kepada najis. Termasuklah air yang keluar dari tubuh badan anjing itu
sendiri seperti air kecil, air besar dan peluhnya.

Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadis lain
seperti: Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan
beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya
dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya
beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda,"Di rumah yang
kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing
itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny). Jelas kepada kita hadis ini
menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis.
Penyakit apa yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan
anjing ialah penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh
didapati melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing, virus
yang masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang sistem
saraf badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak akan
berfungsi dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor. Islam tidak
mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi
kesihatan. Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita wajib
membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah
menggunakan tanah (samak)

Kenapa babi haram dimakan?

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan
adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang
berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid
sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak
sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh
manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam
tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu
menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi
leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan
cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh,
bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya
jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya
akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging,
mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga
menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah
menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak
memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan
dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini
dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi sebagai rerumah
dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi
mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98%
sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI

a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maaidah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115

Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bahagian-
bahagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan
bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam
QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging
babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang
menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Quran menggunakan kata lahma (daging) kerana sebagian besar pengambilan
manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat
lemak. Al-Quran menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya
dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikril-juz I wa iradatil kulli.
Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya. Bahawa daging
babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah
mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi.
Lemak babi mengandungi kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak
haiwan lainnya. Darahnya mengandungi asam urat paling tinggi. Asam urat
merupakan bahan yang jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai
penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70
jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat
menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali
disanggah oleh para ahli kesihatan modern. Mereka mengatakan bahawa cacing
tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling
sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan
bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk
waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian
jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang
menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga
ada yang menerima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan
merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan
makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan
waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang
dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang
terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syariat yang jauh lebih
mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai
sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syariat. Kita menghalalkan apa
yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah
Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala
makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata
kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari
babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia
diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang
menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya


Friday, June 3, 2011
MENGAPA DAGING BABI DIHARAMKAN
DALAM ISLAM?
7

Jawapan:

Pengharaman memakan daging khinzir memang diketahui umum. Fakta berikut
menerangkan pelbagai aspek larangan ini:


7
http://layarminda2.blogspot.com/2011/06/mengapa-daging-babi-diharamkan-dalam.html

1. Al-Quran mengharamkan daging khinzir.Al-Quran melarang memakan daging
khinzir di dalam tidak kurang daripada 4 surah berlainan. Larangan tersebut terkandung
di dalam 2:175, 5:3, 6:145 dan 16:115.Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah,
daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah.
[Al-Maaidah 5:3]Ayat suci Al-Quran di atas memadai untuk meyakinkan seorang Islam
tentang pengharaman daging khinzir.

2. Daging khinzir dilarang di dalam Bible.

Orang Kristian semestinya yakin dengan kitab agama mereka. Bible melarang
pemakanan daging khinzir, did alam buku Leviticus:

Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi
binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, jangan sentuh
bangkainya.
[Leviticus 11:7-8]

Daging khinzir juga dilarang di dalam Bible menurut buku Deuteronomy:

Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi
binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan
sentuh bangkainya.
[Deutoronomy 14:8]

Larangan yang sama juga diulang di dalam Bible, di dalam buku Isaiah Chapter 65,
rangkap 2-5.7.

3. Memakan daging khinzir menyebabkan pelbagai penyakit.

Orang bukan Islam yang lain dan ateis akan hanya bersetuju jika mereka dapat
diyakinkan melalui sebab, logik dan sains. Memakan daging khinzir boleh
menybebakan tidak kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit yang pelbagai.
Seseorang itu boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti,
cacing kerawit dan lain-lain lagi. Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu
menurut istilah umum, cacing pita. Ia tersimpan di dalam uus dan sangat panjang.
Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai hampir ke semua
organ tubuh. Jika ia memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan. Jika
memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung, jika memasuki mata akan
menyebabkan buta, jika memasuki hati akan mengakibaktna kerosakan hati. Ia boleh
merosakkan hampir kesemua organ tubuh.

Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis. Tanggapan salah paling umum
mengenai daging khinzir ialah, jika ianya dimasak dengan betul, ovum-ovum tersebut
akan mati. Dalam satu projek penyelidikan yang dijalankan di Amerika, didapati
daripada dua puluh empat orang yang menghidap Trichura Tichurasis, dua puluh dua
telah memasak daging khinzir tersebut dengan betul. Ini menunjukkan bahawa ovum
yang terkandung di dalam daging khinzir tidak mati pada suhu masakan yang normal.

4. Khinzir mempunyai bahan pembina lemak.

Daging khinzir mempunyai sangat sedikit bahan membina otot dan mengandungi lemak
berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saluran dan boleh menyebabkan hipertensi
(tekanan darah yang terlalu tinggi) dan serangan jantung. Tidak menghairankan
bahawa lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.

5. Khinzir adalah antara haiwan paling kotor di bumi.

Khinzir hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan pebangkai
terbaik ciptaan Allah (S.W.T.) yang saya tahu. Di perkampungan India, mereka tidak
mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di tempat terbuka.
Selalunya najis tersebut dimakan oleh khinzir.

Mungkin ada yang akan berhujah bahawa di negara-negara maju seperti Australia,
khinzir diternak di tempat yang bersih. Sungguhpun kawasan tersebut bersih, khinzir itu
ditempatkan bersama di dalam kandang. Tidak kira bagaimana anda mencuba menjaga
kebersihan khinzir, menurut tabii, mereka merupakan haiwan yang kotor. Mereka
makan dan menikmati najis mereka sendiri serta najis khinzir lain.

6. Khinzir adalah haiwan paling menjijikkan.

Khinzir merupakan haiwan paling menjijikan di muka bumi ini. Khinzir satu-satunya
haiwan yang merelakan kawan-kawannya mengadakan seks bersama pasangannya. Di
Amerika, kebanyakan orang memakan daging khinzir. Setiap kali selepas majlis tari
menari, mereka akan bertukar-tukar isteri, dan berkata, Anda tidur bersama isteri saya
dan saya tidur bersama isteri anda. Mungkinkah budaya memakan daging khinzir
menggalakkan budaya khinzir. Kami, rakyat India menganggap Amerika sebagai
sebuah negara yang paling maju dan canggih. Apa sahaja yang mereka lakukan, akan
menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut rencana di dalam majalah Island,
amalan bertukar-tukar isteri telah mula menjadi kebiasaan di kawasan mewah Bombay.

Petikan daripada buku: 20 Persoalan Paling Lazim Tentang Islam (Tulisan Dr. Zakir
Naik)(Terbitan Saba Islamic Media 2006)







Meninjau Semula Hukum Kenajisan Khinzir
8

Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah

Pada akhir bulan March 2005 yang lalu, umat Islam digemparkan dengan tindakan
seorang wanita yang menjadi khatib dan mengimami solat Jumaat di bandar New York,
Amerika Syarikat. Oleh kerana tindakan ini adalah sesuatu yang baru di sisi umat Islam,
ramai yang menolak dan mengkritiknya secara negatif. Tidak kurang juga dicelah-celah itu,
ada yang merebut peluang daripada tindakan tersebut demi mengembangkan lagi
aliran Islam Liberal yang menjadi perjuangan mereka.
Lebih kurang pada tempoh yang sama, berlaku juga satu insiden yang menarik di
tanah air. Dua buah kilang sosej telah diserbu kerana dituduh menggunakan bahan-bahan
daripada khinzir dalam proses pembuatan sosej. Bertitik tolak daripada serbuan itu, timbul
persoalan di kalangan umat Islam tanah air, apakah hukumnya jika mereka sebelum itu
telah termakan sosej tersebut? Beberapa agamawan tanah air telah memberi jawapannya:
Hendaklah disamak mulut, gigi dan lidah untuk menyucikannya daripada kesan khinzir yang
terkandung dalam sosej tersebut. Memandangkan hukum samak terhadap najis khinzir
adalah sesuatu yang lama di kalangan umat Islam tanah air, maka tidak ramai yang
mempersoalkan hukum para agamawan tersebut.
Dalam risalah yang serba ringkas ini, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian
untuk meninjau semula, sejauh manakah kebenaran hukum tersebut. Ajakan penulis bukan
kepada mengkritik para agamawan tersebut, tetapi kepada menganalisa sesuatu yang
sudah sekian lama menjadi kefahaman kita semua. Tidaklah berlebihan jika dikatakan
bahawa majoriti umat Islam Malaysia memahami khinzir dan anjing sebagai najis yang
berat. Maka apabila sahaja bersentuhan dengan khinzir, sama ada secara keseluruhannya
sebagai seekor haiwan atau sebahagian-sebahagian seperti kulit, bulu, tulang, usus, gigi
dan sebagainya, hendaklah disamak dengan tujuh basuhan air, yang pertama disertai
tanah.


8
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Risalah4/Himpunan%20Risalah%204%20Topik%204.htm

Dalil Kenajisan Khinzir Dan Cara Menyucikannya.
Dalil yang digunakan dalam kefahaman ini ialah firman Allah Subhanahu wa Taala:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang
hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah
yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia
adalah najis. [al-Anaam 6:145]

Jika daging khinzir adalah najis, sudah tentu keseluruhan badan dan anggota khinzir
adalah najis juga. Ini kerana daging merupakan bahagian yang utama bagi seekor haiwan
sehingga jika ia najis, sudah tentu selainnya adalah najis.
Cara untuk menyucikan diri daripada khinzir ialah menyamaknya dengan tujuh
basuhan air dengan basuhan yang pertama disertai dengan tanah. Ini merujuk kepada cara
menyucikan diri daripada sentuhan anjing berdasarkan hadis:
Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada
kamu, maka basuhlah ia tujuh kali. [Shahih al-Bukhari hadis no:
172 (Kitab Wudhu, Bab jika anjing minum daripada bekas air)]

Jika anjing yang tidak disebut dalam al-Quran perlu disamak dengan tujuh basuhan,
sudah tentu khinzir yang disebut kenajisannya dalam al-Quran lebih patut disamak dengan
tujuh basuhan juga.
Demikian dalil dan hujah majoriti ahli fiqh berkenaan hukum kenajisan khinzir dan
anjing serta cara menyucikan diri daripadanya. Merujuk kepada hukum kenajisan anjing,
penulis telah menulis sebuah risalah khusus tentangnya berjudul Hukum Kenajisan Anjing:
Satu Penilaian Semula. Ia boleh dirujuk dalam buku penulis Himpunan Risalah Dalam
Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3) terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005. Maka dalam
risalah ini, penulis akan memberi tumpuan kepada meninjau semula hukum kenajisan
khinzir dan perkara-perkara berkaitan dengannya sahaja. Tinjauan adalah berdasarkan
dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.
Kemungkinan apa yang bakal dikemukakan oleh penulis dalam risalah ini adalah
sesuatu yang baru lagi ganjil kepada sebahagian pembaca. Diharapkan yang menjadi
ukuran benar atau salah ialah dalil dan hujah, bukan kebaruan dan keganjilannya.

Tinjauan # 1: Setiap Sesuatu Adalah Baik, Halal Dan Bermanfaat.
Tinjauan dimulakan dengan menjelaskan satu perkara yang amat asas lagi pokok
dalam bab ini, iaitu setiap sesuatu yang ada di alam ini adalah baik dan bermanfaat untuk
manusia. Maha Suci Allah daripada mencipta sesuatu yang buruk, rosak, dan sia-sia
sehingga tidak memiliki manfaat untuk manusia. Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya. [al-Sajdah
32:07]
Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. [al-
Baqarah 2:29]
Dan Dia (Allah) memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu,
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat
pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi
tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi
kaum yang memikirkannya dengan teliti. [al-Jatsiyah 45:13]
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa
mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan
mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-
benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari
azab neraka.[Ali Imran 3:191]

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-
Albani di dalam Shahih Sunan al-Tirmizi hadis no: 1726(Kitab al-Libas, Bab berkenaan
pakaian kulit binatang) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Yang halal adalah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabnya dan
yang haram adalah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitabnya.
Dan apa yang didiamkan oleh Allah maka ia adalah sebuah kelapangan
daripada-Nya.

Oleh itu setiap sesuatu yang ada di alam ini adalah baik dan bermanfaat untuk
manusia melainkan wujud dalil yang sahih lagi jelas (qathi) yang menerangkan sebaliknya.
Demikian juga, untuk ia menjadi baik dan bermanfaat, tentulah ianya suci bagi manusia.
Maka dengan itu setiap sesuatu yang ada di alam ini adalah suci melainkan wujud dalil yang
sahih lagi jelas yang menerangkan kenajisannya.
Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah menjelaskan dalam kitabnya Fikih
Thaharah (edisi terjemahan oleh Samson Rahman; al-Kautsar, Jakarta, 2004), ms. 14:
Dari sini lahirlah sebuah kaedah umum yang mengatakan bahawa asal dari segala
sesuatu adalah suci sehingga kita tahu kenajisannya berdasarkan dalil yang kuat. Kita tidak
boleh menganggapnya menjadi najis kecuali dengan nas syariat yang sabit dan dengan adanya
dalil yang kuat dari kitab Allah atau dari Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Dalam
hal ini tidak ada pandangan dan pendapat orang-orang tertentu dan ijtihad para mujtahid.
Dan kita yakin bahawa hukum syariat di sini adalah sesuatu yang pasti bersesuaian dengan
fitrah yang lurus dan akal yang sihat. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: Ketahuilah
bahawa asal dari segala sesuatu yang ada itu dengan segala perbezaan bentuk dan sifatnya
adalah halal secara mutlak bagi anak Adam (manusia) dan suci serta tidak diharamkan ke
atas mereka untuk menyentuh dan memegangnya.

Tinjauan # 2: Hukum Asal Bagi Khinzir.
Khinzir termasuk dalam keumuman ayat-ayat, hadis dan kaedah yang terbina
daripadanya sebagaimana yang dijelaskan di atas. Oleh itu hukum asal bagi khinzir adalah
baik dan bermanfaat bagi manusia kecuali dagingnya di mana ia tidak suci dan tidak halal
untuk dimakan. Pengecualian ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang
hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah
yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah
najis. [al-Anaam 6:145]

Secara terperinci, ayat di atas terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian Pertama adalah firman-Nya: Aku tidak dapati dalam apa yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak
memakannya Ini merujuk kepada hukum asal sebagaimana yang telah
disebut sebelum ini, bahawa segala sesuatu adalah halal dan suci untuk dimakan.
Bahagian Kedua mengecualikan keumuman Bahagian Pertama di
atas: melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir,
atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah najis. Berdasarkan
pengecualian ini, dapat diketahui bahawa yang tidak suci dan tidak halal daripada
khinzir hanyalah memakan dagingnya.

Dengan itu diulangi bahawa khinzir adalah baik dan bermanfaat bagi manusia kecuali
dagingnya dimana ia adalah tidak suci dan tidak halal untuk dimakan. Para ilmuan telah
meluaskan erti daging khinzir kepada seluruh anggota dan organ khinzir. Oleh itu kita
dilarang daripada memakan atau menjadikan bahan pemakanan apa-apa yang berasal
daripada khinzir.

Tinjauan # 3: Menganalisa Pendapat Yang Menajiskan Keseluruhan Khinzir.
Jelas dalam ayat 145 surah al-Anaam di atas bahawa yang najis hanyalah
menjadikan khinzir sebagai bahan makanan. Sesuatu yang najis untuk dimakan tidaklah
bererti najis secara keseluruhannya. Justeru pendapat yang menajiskan seluruh khinzir
adalah pendapat yang tidak tepat. Ini kerana seandainya keseluruhan khinzir adalah najis,
pasti Allah dan Rasul-Nya akan menetapkan sedemikian. Namun apabila Allah hanya
mengkhususkannya kepada kenajisan khinzir dalam konteks pemakanan, bererti Allah
sememangnya mengkehendaki pengkhususan tersebut. Tak perlu manusia bersikap lebih
bijak daripada Allah dengan meluaskannya kepada keseluruhan khinzir.

Tinjauan # 4: Menganalisa Pendapat Yang Mewajibkan Samak Apabila
Bersentuhan Dengan Khinzir.
Setelah jelas bahawa keseluruhan khinzir bukan najis kecuali dalam konteks
pemakanan, maka apakah hukum bersentuhan dengan khinzir atau perkakas yang pernah
digunakan untuk menyaji daging khinzir? Adakah ia perlu disamak dengan tujuh basuhan
air dengan basuhan yang pertama disertai tanah atau memadai dengan basuhan air seperti
biasa?
Hadis berikut yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di
dalam Shahih Sunan Abu Daud hadis no: 3839 (Kitab pemakanan, Bab makan dalam
perkakas Ahl al-Kitab) menjadi rujukan:
Abi Tsalabah al-Khusyani radhiallahu 'anh berkata, saya bertanya
kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Sesungguhnya kami
bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir
di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka
(lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas tersebut?)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: Jika kalian dapat
menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah dalamnya.
Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain maka cucilah ia dengan air
kemudian makan dan minumlah.

Jawapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menunjukkan bahawa perkakas yang
bersentuhan dengan daging khinzir tidak perlu disamak tetapi memadai dibasuh dengan air
sahaja. Berdasarkan hadis di atas maka pendapat yang mewajibkan samak sebagai metode
penyucian apabila bersentuhan dengan daging khinzir, atau keseluruhan khinzir, adalah
pendapat yang tidak tepat.

Tinjauan # 5: Kenapakah Daging Khinzir Dianggap Najis?
Ramai orang yang membuat rumusan bahawa daging khinzir adalah najis kerana ia
adalah binatang yang lazimnya memakan kotoran dan hidup di habitat yang kotor. Oleh itu
memakan daging khinzir akan membawa kesan yang negatif kepada manusia. Ini adalah
pendapat yang berdasarkan logik yang mudah serta penemuan sains yang tidak muktamad.
Sebab pada realitinya banyak manusia yang memakan daging khinzir tanpa menghadapi
apa-apa kesan negatif daripadanya. Pada waktu yang sama ada manusia yang menerima
kesan negatif kerana memakan daging lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Lalu
bagaimanakah hendak dineracai hakikat ini?
Hal ini sebagaimana pendapat sebahagian orang yang mengatakan terdapat virus
pada air liur anjing sehingga dengan itu kita diwajibkan samak daripada jilatannya. Akan
tetapi pada realitinya anjing lazim menjilat orang yang memeliharanya sebagai binatang
kesayangan dan kita tidak melihat apa-apa kesan negatif kepada mereka.
Yang benar istilah najis itu sendiri memiliki banyak maksud di dalam bahasa Arab.
Yang penting bagi kita ialah menjauhinya, bukan kerana logik atau penemuan sains tetapi
kerana Kami dengar dan kami taat terhadap perintah larangan Allah Subhanahu wa
Taala. Ini kerana perintah larangan Allah adakala memiliki alasan logik di sebaliknya,
adakala memiliki alasan ilmiah di sebaliknya dan adakala memiliki alasan ujian bagi orang
yang beriman. Bukankah Allah telah berfirman:
Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (bagi kamu) -
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara
kamu yang lebih baik amalnya. [al-Mulk 67:02]

Syaikh Yusuf al-Qaradhawi memperincikan hakikat ini:
Mungkin ada beberapa orang yang mempersoalkan, kotoran apa yang terdapat di
dalam khinzir? Sebagaimana yang kami katakan mengenai air liur anjing, maka demikian juga
kami katakan mengenai daging khinzir. Kita terikat oleh perintah larangan serta beban
syariat sama ada kita mengetahui alasannya atau tidak. Ini merupakan bentuk ujian terhadap
keimanan kita semua. Apakah kita taat kepada Tuhan kita atau kita taat terhadap akal kita?
Sesungguhnya kewajipan kita adalah mengatakan apa yang diperintahkan kepada kita
walaupun kita tidak mengerti maknanya. Kita mendengar dan kita taat. Kita meminta ampun
kepada-Mu wahai tuhan dan kepada-Mu kita kembali. [Fikih Thaharah, ms. 28]

Tinjauan # 6: Menganalisa Pendapat Yang Mengkategorikan Khinzir Sebagai Najis
Berat.
Dimaklumi bahawa pendapat yang masyhur mengkategorikan khinzir dan anjing
sebagai najis berat, dikenali juga sebagai najismughallazhah (). Sebenarnya
mengkategorikan khinzir dan anjing sebagai najis berat tidak memiliki asas daripada al-
Quran dan al-Sunnah yang sahih. Lebih berat, mengkategorikan khinzir dan anjing secara
sedemikian membuatkan umat Islam memandang mereka sebagai makhluk yang najis, jijik,
hina, buruk dan layak dizalimi. Pandangan atau sikap seperti ini adalah satu kesalahan
besar di dalam Islam.
Ketahuilah bahawa khinzir dan anjing adalah makhluk yang dicipta oleh
Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana firman-Nya:
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka
sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di
antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan
dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki
kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Nur
24:45]

Mereka termasuk para makhluk yang sujud kepada Allah:
Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada
di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang
mereka tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud
kepada-Nya). [al-Nahl 16:49]

Malah mereka juga sentiasa berzikir kepadanya:
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,
sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan
bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan
tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha
Pengampun. [al-Isra 17:44]

Habitat kehidupan khinzir yang kotor pada ukuran manusia tidak sepatutnya
dijadikan alasan untuk mengkategorikannya sebagai haiwan najis berat kerana ia pada
asalnya adalah ketentuan Allah jua:
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi
melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui
tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di
dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang
berkenaan). [Hud 11:06]

Khinzir dan anjing termasuk dalam keumuman makhluk yang disebut dan dipuji oleh
Allah Subhanahu wa Taala dalam ayat-ayat-Nya di atas. Maka siapakah manusia untuk
menyelisih ayat-ayat Allah di atas dengan mengkategorikan makhluk-Nya sebagai haiwan
yang najis, jijik, hina dan dengan pelbagai sifat lain yang buruk?
Semoga Allah Subhanahu wa Taala mengampuni kesalahan kita, amin.

Tinjauan # 7: Hukum Memanfaatkan Khinzir Selain Dagingnya.
Timbul persoalan selanjutnya, bolehkah kita memanfaatkan bahagian-bahagian
khinzir selain dagingnya seperti kulit, bulu, gigi, tulang, usus, otak, enzim dan sebagainya?
Adakah ia termasuk dalam kategori bangkai yang diharamkan dalam ayat 145 surah al-
Anaam?
Persoalan ini dijawab dari dua sudut:

Pertama: Dimanfaatkan bukan untuk tujuan pemakanan.
Perbicaraan ayat 145 surah al-Anaam merujuk kepada apa yang halal dan apa yang
haram untuk dijadikan makanan. Marilah kita merujuk kembali kepada ayat tersebut:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang
hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah
yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah
najis. [al-Anaam 6:145]

Oleh itu apa yang tidak dijadikan makanan, maka ia kembali pada hukum asal di
mana segala sesuatu adalah baik, suci, halal dan bermanfaat kepada manusia. Maka
dengan itu dibolehkan memanfaatkan apa-apa daripada khinzir yang kegunaannya bukan
untuk pemakanan. Secara lebih terperinci:
Boleh menggunakan bulu khinzir untuk dibuat berus.
Boleh menggunakan keputihan tulangnya (bone white) untuk membuat pinggan.
Boleh menggunakan usus atau enzimnya dalam kegunaan kosmetik dan kebersihan
seperti krim, sabun dan sebagainya.
Boleh menggunakan kulit khinzir untuk dibuat beg, jaket dan kasut dengan syarat ia
disamak terlebih dahulu sebagaimana kulit haiwan-haiwan yang lain. Ini berdalilkan
sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Ahmad, al-
Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah yang disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-
Jami al-Shagheir hadis no: 2711:
Kulit apa saja yang disamak maka ia adalah suci.

Kedua: Dimanfaatkan untuk tujuan pemakanan.
Jika sesuatu daripada khinzir selain dagingnya ingin dijadikan sumber makanan,
maka setakat ini penulis belum menemui mana-mana ahli fiqh dan ilmuan Islam yang
membicarakannya secara mendalam. Malah mereka meluaskan erti daging khinzir dalam
ayat 145 surah al-Anaam kepada keseluruhan khinzir dalam konteks pemakanan.
Lebih dari itu ayat 145 surah al-Anaam telah melarang kita memakan bangkai. Yang
dimaksudkan sebagai bangkai ialah semua binatang, termasuk khinzir, yang mati tanpa
disembelih seperti mati kerana sakit, tercekik, dipukul, jatuh, diterkam binatang lain dan
sebagainya. Setakat ini tidak diketahui ada khinzir yang disembelih.
Oleh itu yang menjadi pilihan ialah tidak memanfaatkan apa-apa yang berasal dari
khinzir untuk tujuan pemakanan.
Seperkara lain yang perlu ditekankan adalah, seseorang itu tidak perlu memberat-
beratkan dirinya untuk menyelidik sama ada makanan yang ingin diambilnya mengandungi
unsur khinzir atau tidak. Ini kerana syariat Islam tidak memberatkan seseorang melebihi
kemampuannya. Firman Allah:
Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan
dan susah payah dalam perkara agama. [al-Hajj 22:78]
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
(kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan)
kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya
kamu bersyukur. [al-Maidah 5:06]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan
perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan
kamu. [al-Maidah 5:101]
Oleh itu:
Jika bagi sesuatu makanan tercatit secara jelas bahawa ia mengandungi unsur
khinzir, maka jauhilah makanan tersebut.
Jika bagi sesuatu makanan tidak dicatit secara jelas mengandungi unsur khinzir,
maka dibolehkan mengambil makanan tersebut. Sebagai contoh, ada segelintir
orang yang menjadi fobia melihat makanan yang kandungannya (ingredients)
disenaraikan kod-kod kimia seperti E114, G45 dan sebagainya. Mereka membuat
andaian bahawa ia adalah sesuatu yang dibuat daripada khinzir. Selagi mana
andaian ini tidak memiliki bukti yang kukuh, maka ia tidak perlu diberi perhatian. Ini
kerana keyakinan tidak dapat diubah oleh keraguan atau sangkaan.
Jika seseorang itu tanpa disedarinya telah memakan sesuatu yang mengandungi
unsur khinzir, maka adalah memadai baginya berkumur-kumur seperti biasa. Mulutnya
tidak perlu disamak.

Kesimpulan.
Sebagaimana yang penulis sebut di permulaan risalah ini, kemungkinan apa yang
dijelaskan di atas berkenaan hukum khinzir adalah sesuatu yang baru lagi ganjil kepada
sebahagian pembaca. Akan tetapi bezakan bahawa apa yang penulis jelaskan adalah
sesuatu yang berpijak di atas dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Maka nilailah
penjelasan di atas berdasarkan dalil-dalilnya, bukan kebiasaan yang selama ini dipegang.
Ringkasnya khinzir adalah binatang yang baik dan bermanfaat bagi manusia. Kita
hanya dilarang daripada memanfaatkannya sebagai sumber pemakanan. Jika tersentuh
khinzir, memadai dengan basuhan air biasa. Lebih penting, hendaklah disedari bahawa
khinzir dan anjing adalah dua makhluk Allah. Dengan kesedaran ini, janganlah kita
mengkategorikannya sebagai makhluk yang najis, jijik, hina dan pelbagai lagi sangkaan
yang buruk.



Mengapa ini Diharamkan? Kenapa Pula ia Diciptakan? [1]
9

Rubrik: Pengetahuan | Oleh: Dr. Muhammad Widus Sempo, MA. - 10/01/12 | 12:30 | 15 Safar 1433 H
Ada 221 komentar
283.073 Hits
7 email

Ilustrasi Babi (ncbi.nlm.nih.gov)
dakwatuna.com Apakah mungkin hewan yang diharamkan punya fungsi kehidupan?
Mungkinkah mereka punya tabiat penciptaan yang berlawanan? Mereka di satu sisi haram
karena punya dampak negatif terhadap tubuh dan di sisi lain punya misi kehidupan yang
mungkin saja belum tersentuh oleh tangan dan pikiran manusia?
Hemat penulis, sebelum terlalu jauh mengais rahasia-rahasia penciptaan mereka, pemerhati
tema-tema Quran diajak menelusuri hikmah-hikmah syariat yang telah mengharamkan mereka
untuk dijadikan sebagai bahan makanan.
Pada umumnya, Islam mengharamkan daging hewan yang berkuku tajam, seperti: singa,
harimau, macan, ular, kucing, anjing, dan tikus. Tentunya, laboratorium syariat tidak
mengharamkan mereka kecuali ada sebab mendasar yang melatarbelakanginya. Olehnya itu,
wajar jika hal tersebut menjadi proyek ilmiah yang menunggu sentuhan-sentuhan dunia sains.
Mereka seakan-akan berkata kepada para saintis: aku haram dimakan karena aku berbahaya

9
http://www.dakwatuna.com/2012/01/10/18007/mengapa-ini-diharamkan-kenapa-pula-ia-diciptakan-
1/#axzz34VFU24KS

terhadap kelangsungan hidup kalian. Akan tetapi, apakah Anda telah menemukan hikmah-
hikmah syariat yang telah menjadikan aku haram untuk kalian?
Dokter Sulaeman Qsh berkata:
Medis modern melaporkan bahwa air liur, kotoran, darah, dan sel-sel tubuh hewan-hewan ini
mengandung virus yang mematikan, yaitu virus yang menyebabkan penyakit anjing.[[2]]
Jika demikian halnya hewan-hewan tersebut, bagaimana dengan babi sendiri?
Manusia cinta kebersihan dan jijik melihat kotoran. Setiap dari mereka punya fitrah penciptaan
seperti ini. Olehnya itu, bukan hanya Islam yang mengharamkan babi, tetapi juga syariat-syariat
terdahulu, seperti: Yahudi dan Nasrani.
Di dalam Taurat dikatakan:
(

) .
Hewan-hewan ini boleh kalian makan, seperti: sapi, domba, dan biri-biri, kecuali hewan-
hewan ini janganlah engkau memakannya; hewan yang mengeluarkan makanan dari perutnya
kemudian dikunyah kembali dan yang kukunya terbelah dua, seperti unta, kelinci dan wabar
(kelinci yang berbulu tebal). mereka najis untuk kalian karena tergolong spesies hewan yang
mengunyah kembali makanan setelah dikeluarkan dari perut mereka sendiri, meskipun kuku
mereka tidak terbelah dua. Demikian pula babi, ia najis untuk kalian karena kukunya terbelah,
meski tidak mengunyah kembali makanannya dari perut. Olehnya itu, jangan makan dagingnya
dan jangan pula menyentuh bangkainya![[3]]
Di Injil sendiri mengatakan:
(

: (

) .
di pegunungan sana ada sekelompok babi yang sedang digembala, maka setan pun
menginginkannya dan berkata: (izinkanlah kami bersemayam di babi-babi itu!) Yesus pun
kemudian mengizinkan mereka saat itu, sehingga ruh-ruh kotor keluar dan bersemayam di
tubuh babi-babi tersebut [[4]]
Di tempat lain diberitakan:
(

) .
Jangan berikan Al-Quds kepada anjing-anjing itu dan jangan pula meletakkan berlian-berlian
kalian di hadapan babi-babi itu supaya mereka tidak menginjak-injaknya dan kembali
mengoyak-oyak kalian.[[5]]

Hemat penulis, meskipun tidak secara eksplisit disebutkan pengharaman babi di Injil, tetapi
karena ia merupakan simbol kejahatan yang dilakoni oleh ruh-ruh jahat dan umat selain umat
Nasrani, maka ia pun dengan sendirinya mengajak fitrah mereka untuk menjauhinya. Bukan
hanya itu, di Injil sendiri terdapat beberapa teks yang menyatakan bahwa Nabi Isa as. diutus
untuk menyempurnakan syariat yang diemban Nabi Musa as [[6]] Dan karena pengharaman
babi merupakan salah satu syariat Taurat, maka babi pun diharamkan terhadap mereka. Akan
tetapi, mengapa di sana masih ada kaum yang membolehkan makan babi? Bukankah ini
menyalahi syariat dan fitrah penciptaan mereka sendiri?

Dalam hal ini, Islam pun mengharamkan babi. Ia dan syariat lain senantiasa memberikan
perhatian penuh terhadap kesehatan jasmani dan rohani manusia. Olehnya itu, semuanya
sepakat terhadap hukum ini.
Allah SWT berfirman:


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang
yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. (QS. Al-Baqarah [2]: 173)
Jika ada yang bertanya: ada apa dengan babi? Mengapa semua syariat Allah
mengharamkannya?
Kepada Anda Ustadz Muhammad Rasyid Ridha menjawab:
salah satu hikmah haramnya babi karena ia membawa virus berbahaya dan termasuk jenis
hewan yang menyukai kotoran.

Kedokteran modern telah membuktikan bahwa bahaya babi datang dari makanannya yang
kotor, sehingga di antaranya ada yang menjadi ulat, seperti: Trichinila
Spiralis (
). Ulat ini menjangkiti babi dari bangkai-bangkai tikus yang
dilahapnya. Bukan hanya itu, daging babi sangat sulit dicerna akibat gumpalan lemak di serak-
serak daging tersebut. Olehnya itu, perut terasa berat dan ingin muntah. Jika ia tidak
dimuntahkan maka penderita akan mencer

Jika Anda berkata: Ayat al-Anam menegaskan bahwa sebab daging babi diharamkan karena
ia kotor. Apakah karena ia suka kotoran ataukah di tubuhnya terdapat bahaya yang
mengancam keselamatan jiwa?

Ketahuilah! Sesungguhnya kata ( ), yang artinya: kotor, penamaan terhadap
segala sesuatu yang berbahaya dan menjijikkan, baik yang materinya nampak atau secara
maknawi saja. Olehnya itu, semua yang bernajis disebut ( ) kotoran. Dan pastinya,
penamaan Surah al-Anam ( )terhadap babi memberi indikasi kuat bahwa ia
haram dimakan karena berbahaya dan menjijikkan.[[7]]
dr. Sulaeman Qsh menegaskan pernyataan di atas pada laporannya berikut ini:

babi adalah binatang yang malas dan terlalu suka berhubungan intim. Ia tidak suka cahaya
matahari dan tidak punya semangat juang membela diri dari musuh-musuhnya.
Dia memakan semua makanan yang diberikan, bahkan kotorannya sendiri atau kotoran
manusia. Ia lebih suka menghabiskan hidupnya di tempat kotor dari tempat yang bersih.
Kerjanya makan dan tidur, serta tidak suka bepergian jauh. Jika betinanya ditunggangi oleh
jantan lain ia tidak menampakkan sedikit pun kecemburuan dan amarah terhadapnya.
Babi salah satu jenis hewan yang mengantongi pelbagai jenis virus yang mematikan. [[8]] Maka
dari itu, ia tidak layak dikonsumsi manusia.[[9]]
Jika ada yang bertanya dan berkata: Anda telah menjelaskan panjang lebar hikmah
pengharaman babi. Sekarang, tolong beberkan makna-makna kehidupan di balik
penciptaannya.
Ustadz Nursi meletakkan batu pijakan dan pondasi dalam masalah ini. Beliau berkata:
Setiap makhluk di semesta ini punya tugas masing-masing. Bukan hanya itu, setiap partikel
terkecil di kosmos ini punya fungsi tersendiri. Artinya, tidak ada makhluk di alam ini kecuali
punya misi yang mereka sedang jalani. Olehnya itu, mereka adalah petugas Rabbn yang
menjalankan misi ketuhanan.[[10]]

Berangkat dari sini, penulis melihat, sesuai dengan apa yang telah dijelaskan di atas, bahwa
babi adalahCleaning Service gratis yang membersihkan wajah bumi dari pelbagai bentuk
kotoran. Olehnya itu, dengan menyadari fitrah penciptaannya, ia melahap kotorannya sendiri
dan kotoran manusia. Andai saja tahinya yang tercecer itu tidak dilahap kembali, maka siapa
lagi yang akan memungutnya? Kotoran, sampah, dan limbah manusia merupakan isu global
yang butuh penanganan serius dan belum terpecahkan sampai pada detik ini. Olehnya itu,
wahai mereka yang lalai! Sadar dan pujilah Allah yang membantu kalian mengatasi masalah
rumit tersebut! Babi itu tahu diri, bahkan ia ikut sibuk dan turut andil mengentaskan polusi udara
oleh ulah tangan kalian sendiri.

Di lain sisi, babi telah menjadi cermin terhadap manifestasi keagungan Sang Maha Bersih,
Maha Mengurus, Menjaga keseimbangan kosmos, dan Maha Bijak. Ia mencerminkan sinar-
sinar ketauhidan yang terpadu. Ia merupakan ukiran-ukiran keagungan dan ketinggian sifat-sifat
Allah tersebut.

Hewan ini pun tidak tinggal diam untuk melukiskan makna-makna kehidupan. Ia seperti
menyapa Anda dengan begitu lembutnya dan berkata: wahai khalifah Allah! Janganlah kalian
menyerupai diriku! Jika aku malas kalian harus rajin, jika aku penakut kalian harus pemberani,
jika aku terlalu berlebihan melakukan hubungan intim maka kalian wajib menempatkan nafsu
sesuai dengan batasan-batasan syariat. Jika kalian seperti ini maka niscaya kalian menjadi
insan-insan Rabbn. Akan tetapi, jika kalian menyerupai diriku maka kalian lebih rendah dariku.
Aku menjalankan fungsi kehidupan dan ketauhidan dengan sempurna, tetapi kalian lalai dan
lupa diri oleh nafsu.

Kemuliaan hewan ini tidak terbatas sampai di sini, tetapi ia telah menjadi bahan baku celaan Al -
Quran terhadap bangsa Yahudi yang melanggar kehormatan hari Sabtu. [[11]] Olehnya itu,
mereka dilaknat Allah dengan menjadikan wujud mereka berwujud monyet dan babi
sebagaimana yang difirmankan ayat ini:

(QS. Al -
[ hadiaM 5 :] 59 )
Di penghujung tulisan singkat ini, saya mengajak pemerhati tema-tema keislaman menyuarakan
kesimpulan berikut ini:

Sebenarnya babi bukan ancaman bagi manusia. Bahaya yang datang darinya lahir dari ulah
tangan-tangan jahil. Mereka telah melanggar kesepakatan syariat-syariat Allah yang
mengharamkannya. Seandainya Anda tidak menyentuhnya maka ia pun dengan sendirinya
enggan menyakiti Anda. Akan tetapi, Anda sakit karena telah mengabaikan aturan tersebut.
Biarkan dia menjalankan misi kebersihan wajah dunia yang diemban fitrahnya! Biarkan dia
memancarkan kilau ketauhidan sebagai manifestasi keagungan dan kemuliaan Zat-Nya yang
Maha Bersih, memelihara, menjaga, dan Maha Bijak! Biarkan mereka melantunkan tasbih
ketauhidan dengan membantu Anda menjaga kebersihan dan Jangan sekali-kali menyakiti
mereka dengan menyembelih dan memakannya! Anda patut dihukum karena melanggar
larangan. Bukan hanya itu, tapi Anda telah menghapus pahatan-pahatan ketauhidan dan renda-
renda kehidupan yang tengah dilakoninya. Hematnya, Hikmah-hikmah ini menghendaki babi
tercipta. Bukankah seribu satu kebaikan lebih diutamakan penciptaannya dari satu keburukan
yang belum pasti?

Catatan Kaki:
[1] Artikel ini jawaban terhadap pertanyaan salah seorang pemerhati tema-tema keislaman
diwww.dakwatuna.com: apa manfaat babi ya? Soalnya itu jg jd pertanyaan sampai skrng sama
anakku. belum terjawab dengan ilmiah.
Sumber: http://www.dakwatuna.com/2011/12/17062/lalat-sehina-itukah-dia-atau-dia-lebih-mulia-
dari-itu/#ixzz1gbVQfmFj
[2] dr. Sulaeman Qsh, Hikmah wa Asbb Tahrm Lahmul Khinzr fi al-Ilmi wa ad-Dn, kata
pengantar oleh: Muhammad Muhyiddin al-Ashfar, Dar al-Basyir, Cairo, hlm. 17
[3] Perjanjian Lama, Kitab Bangsa Levi, Dar al-Kitab al-Muqaddas, Cairo, cet. 1, 2003, Ayat 11:
1-8
[4] Perjanjian Baru, Injil Markus, Ayat 5: 11-13
[5] Perjanjian Baru, Injil Matius, Ayat 7: 6
[6] Lihat: Ibid, Ayat: 5: 17-18
[7] Lihat: Tafsir al-Manr, vol. 6, hlm. 135-136
[8] Di dalam tubuh babi terdapat aneka ragam cacing dan virus. Di antaranya:
1. Fasciolepsis Buski ( (
Jenis cacing ini tinggal di perut babi dalam jangka waktu yang cukup lama. Ia keluar bersama
dengan kotoran dan menetap di genangan air. Jenis ini dapat menyebabkan gangguan alat
pencernaan, mencer, dan pembengkakan tubuh yang mengakibatkan kematian.
2. Round Worms ( :(
Cacing ini panjangnya 270 mm, ia disebut dengan ulat beracun karena dapat menjalar ke
seluruh tubuh. Di antara penyakit yang ditimbulkan: radang paru-paru, sesak nafas, alat
pencernaan tersumbat, dan radang pankreas.
3. Hook Worms ( :(
Cacing ini masuk ke tubuh lewat pori-pori kulit. Ia dapat menyebabkan mencer yang disertai
pendarahan kuat sehingga stamina tubuh melemah, kulit berubah, tubuh membengkak, dan
lemah jantung.
4. Paragonimus ():
Jenis ini hidup di paru-paru babi. Ia dapat menyebabkan gangguan pernafasan bagi babi sendiri
dan obatnya belum ditemukan sampai pada saat sekarang. Di antara penyakit yang
ditimbulkan: gangguan pernapasan yang mengakibatkan batuk keras dan pendarahan kuat di
paru-paru.
5. Clonorchis Sinensis ( :(
Cacing ini hidup di sekitar hati babi. Ia dapat menyebabkan gangguan hati, mencer, dan
kematian akibat kekurangan cairan.
6. Giganthorinchus ( :(
Cacing ini hidup di alat pencernaan babi dan dapat menyebabkan kekurangan darah dan
gangguan alat pencernaan. Yang demikian itu karena ia hidup di dinding alat pencernaan
manusia.
7. Trichinila Spiralis ( :(
Jenis cacing ini sulit terdeteksi, tubuhnya sangat kecil. Ia hidup di daging babi dalam jangka
waktu yang cukup lama dan belum diketahui sampai pada saat sekarang derajat panas yang
mungkin dapat melumpuhkannya di saat dimasak. Di antara penyakit yang ditimbulkan: rematik,
anggota tubuh terasa nyeri, perih, dan lambat bergerak sehingga ia tidak dapat bekerja keras.
Ia dapat menyebabkan kematian jika menyumbat saluran makanan yang menghubungkan
antara perut dan dada. Di samping itu, jika ia hidup di perut maka akan menimbulkan penyakit
perut, mencer, anggota tubuh melemah, dan pembengkakan di wajah dan mata.
8. Schistosoma Japonicum ( :(
Spesies ini sangat berbahaya. Babi salah satu hewan yang memelihara cacing ini. Ia masuk ke
tubuh manusia lewat pori-pori dan menyusut ke darah dan paru-paru. Setiap ekor dari mereka
menghasilkan 20.000 telur tiap harinya yang setiap saat menjadi ancaman berbahaya terhadap
alat pencernaan, hati, dan otak. Ia dapat menimbulkan pelbagai jenis penyakit yang dapat
mengakibatkan lumpuh dan kematian.
[Lihat: dr. Sulaeman Qsh, Op. Cit. hlm. 24-30]
Hematnya, tsunami bahaya babi bukan hal yang dapat ditutupi dan dipungkiri. Khususnya,
pasca flu babi (H1N1, atau H1N1/09) yang menggemparkan dunia pada tahun 2009. Virus ini
terdiri dari 5 jenis virus yang berbeda, yaitu: flu babi dan burung di Amerika Timur, flu manusia,
dan dua flu babi asal Asia dan Eropa. Yang jelasnya, komplikasi virus-virus ini terjadi di tubuh
babi. [Lihat: Prof. Dr. Sahar Talaat, Liqh Influensa al-Khanzr, published
by: www.islamonline.net, 1430 H/2009 M, hlm. 8]
[9] Op. Cit, hlm. 18-19, dan lihat juga pernyataan Ustadz Nursi tentang bahaya daging dan
lemak babi di:Masil ad-Daqqah fil Ushl wa al-Aqdah, hlm. 69-70
[10] Bediuzzaman Said Nursi, Haqiq al-mn, diterjemahkan ke bahasa Arab oleh: Ustadz
Qshim ash-Shlih, Szler Publications, cet. 5, 2009, hlm. 70
[11] Mereka diwajibkan tinggal beribadah di rumah mereka pada hari tersebut dan tidak
melakukan kegiatan apapun seperti hari-hari sebelumnya. Namun, mereka tidak mematuhi
kewajiban itu dan meninggalkan rumah mereka menuju pesisir laut menangkap ikan setelah air
surut. Di antara penafsir ada juga yang mengatakan bahwa yang dilaknat jadi monyet adalah
bangsa Yahudi yang melanggar kehormatan hari Sabtu dan yang dilaknat menjadi babi adalah
mereka yang mengingkari kebenaran jamuan () Allah SWT terhadap Nabi Isa As. Yang
turun langsung dari langit. [Lihat: Tafsir Syekh Abi as-Sud, vol. 2, hlm. 292]

Tentang Dr. Muhammad Widus Sempo, MA.
*B.A.Qur'an Exegesis (Tafsir), University of Al-Azhar, Cairo, Egypt. *M.A. Qur'an Exegesis
(Tafsir), University of Al-Azhar, Cairo, Egypt. *PhD. Qur'an Exegesis (Tafsir), University of Al-
Azhar, Cairo, Egypt


Sumber:http://www.dakwatuna.com/2012/01/10/18007/mengapa-ini-diharamkan-kenapa-pula-
ia-diciptakan-1/#ixzz34VFkn2Ta
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

July 21, 2008
Perumpamaan terhadap manusia dalam al-Quran
10

Filed under: General wan muhamad azmi mamat @ 10:42 pm
Bagi manusia yang lalai dan tidak bertanggungjawab terhadap potensinya serta
tidak menyedari atau memahami potensi yang diterimanya, ia akan mendapat kerugian yang besar. Di
antara akibat kelalaiannya adalah diumpamakan Allah dengan binatang dan tanaman hingga ia serupa
dengan binatang atau makhluk lainnya yang lebih rendah.
Apabila potensi ini digunakan dengan baik melalui ibadah dan amal saleh, maka ia akan berbahagia.
Sebaliknya jika potensi tersebut tidak digunakan, maka mereka akan mendapat penghinaan dan status
yang tidak bernilai di hadapan Allah SWT. Mereka diumpamakan dengan monyet, anjing, babi, kayu,
batu, labah-labah dan keldai.
Kal-Anam (Bagaikan binatang ternak)
Manusia diberi hati, mata dan telinga untuk mengenal tanda-tanda Allah tetapi jika tidak digunakannya
maka sama sahaja tidak mempunyai potensi tersebut. Binatang tidak mempunyai potensi seperti yang
dimiliki oleh manusia, maka wajar Allah berikan perumpamaan terhadap manusia seperti binatang
ternak.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka
mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka
mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan
Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat

10
http://wmazmi.wordpress.com/2008/07/21/perumpamaan-terhadap-manusia-daripada-al-quran/

Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-
orang yang lalai. (al-Araf, 7: 179 )
Manusia sering menuruti hawa nafsu sehingga menjadikan nafsu sebagai Tuhan sehingga lalai dengan
tidak mendengar dan tidak memahami firman Allah.

Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya,
maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa
kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang
ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu. (Al-Furqan, 25: 43-44)
Kal-Kalb (Bagaikan anjing)
Allah berikan hawa nafsu kepada manusia agar kehidupan manusia menjadi dinamik. Dengan nafsu,
manusia mempunyai cita-cita, keinginan untuk berkahwin, bersungguh-sungguh dalam melakukan
pekerjaan, makan dan minum dan sebagainya.
Nafsu perlu dikendalikan dan dikawal bukannya dituruti sepenuhnya seperti binatang yang tidak mampu
mengendalikan nafsu. Allah memberi perumpamaan seperti anjing apabila manusia terlalu menurut
hawa nafsu mereka.
Dan kalau Kami Menghendaki sesunggunya Kami Tinggikan derjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia
cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti
anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidah dan jika kamu biarkannya dia menghulurkan lidahnya
juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Cerita-cerita
demikian bermaksud agar manusia memikirkannya. (al-Araf, 7: 176)
Kal-Qird (Bagaikan kera)
Mereka yang tidak beramal saleh dan fasik mendapat balasan yang lebih buruk iaitu dikutuk dan
dimurkai oleh Allah. Ayat 160 daripada surah al-Maidah menyebut tentang perumpamaan terhadap
orang fasik (yang disebut pada ayat sebelumnya dalam surah tersebut) sebagai kera dan babi.

Katakanlah (Muhammad), Apakah akan Aku Beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk
pembalasannya dari (orang fasik) disisi Allah? Iaitu orang yang Dilaknat dan Dimurkai Allah, di antara
mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thagut. Mereka lebih buruk
dari tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus. (al-Maidah, 5: 60 )
Kal-Khinzir (Bagaikan babi)
Dalam ayat 160 surah al-Maidah seperti di atas juga menyebut perumpamaan seperti babi terhadap
orang-orang fasik. Babi adalah makhluk yang diharamkan oleh Allah untuk memakannya sebagai ujian
kepada manusia, dan ia memiliki berbagai karakter yang tidak baik. Manusia bagaikan babi adalah
manusia yang memiliki pelbagai karakter yang tidak baik.
Maksud hadith;
Dari ibnu masud RA beliau berkata, RasulAllah SAW ditanyai mengenai kera dan babi, apakah ia
merupakan binatang yang dialihrupakan oleh Allah? beliau menjawab, Allah tidak membinasakan
suatu kaum, atau beliau mengatakan, Allah tidak mengalihrupakan suatu kaum lalu menjadikan
mereka berketurunan dan beranak cucu dan bahawasanya kera dan babi ada sebelum itu (HR Ats-
Tsauri)
Kal-Hijarah (Bagaikan batu)
Mereka yang keras hatinya sehingga ingkar dan tidak mahu menerima perintah
Allah diumpamakan seperti batu bahkan lebih keras lagi. Perkara ini dirakamkan dalam al-Quran yang
menyifatkan sikap bani Israil yang degil dan ingkar arahan Allah melalui rasulNya, nabi Musa.
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara
batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada
yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh
kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan. (al-
Baqarah, 2: 74)
Kal-Ankabut (Bagaikan labah-labah)
Manusia sering angkuh dan sombong dengan kebolehan dan potensi yang Allah kurniakan. Mereka
berbangga dengan pencapaian dan kuasa yang mereka perolehi di dunia hingga menganggap tidak ada
perkara yang boleh membinasakan mereka.
Firaun begitu angkuh dan mendakwa dia adalah Tuhan yang boleh menentukan hidup dan mati. Namun
ternayata dia tidak dapat melindungi diri apabila ditelan oleh laut yang ketika mengejar nabi Musa.
Hanya Allah merupakan pelindung yang paling berkuasa dan tidak mampu ditandingi. Jika manusia
mencari pelindung selain Allah, ternyata ia amat sia-sia kerana makhluk tidak mempunyai kekuatan dan
amat lemah.

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-
labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah
kalau mereka mengetahui. (Al-Ankabut, 29: 41)
Kal-Himar (Bagaikan keldai)
Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah diibaratkan seperti keldai. Mereka telah
diberikan panduan tetapi tidak mengambilnya. Suatu kerugian yang besar bagi manusia yang telah
mengenal Allah tetapi kemudian mendustakannya.
Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tidak memikulnya
adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruk perumpamaan kaum yang
mendustkan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-
Jumuah, 62: 5)
Kal-Khasyab (Bagaikan kayu)
Manusia sering bersikap tidak jujur dan hipokrit. Mereka hanya mengejar dunia dengan kemewahan,
keseronokan dan kecantikan yang bersifat sementara. Nilai ini dianggap penting dan dipandang tinggi
oleh manusia tetapi ianya bukan suatu yang bermakna di sisi Allah SWT sehingga Allah umpamakan
seperti kayu.
Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka
berkata, kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar.
Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah mush
yang sebenarnya maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka.
Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan dari kebenaran? (al-Munafiqun, 63: 4)

Haramnya Babi Dalam Al Kitab dan Al Qur'an
HARAMNYA BABI DALAM ALKITAB DAN AL-
QURAN
11

Oleh: Muhammad Ilham Sayuthy
Assalamualaikum.Wr.Wb.

Setiap agama di dunia memiliki pedoman hidup yaitu kitab suci yang di percaya sebagai firman Tuhan, maka bila
kita adalah umat beragama yang baik maka kita harus mengikuti apa yang tertulis di dalam kitab tersebut. Umat
muslim di seluruh dunia berpedoman kepada Al-Quran yang merupakan wahyu ALLAH yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi terakhir, untuk menyempurnakan ajaran yang dibawa oleh para Nabi

11
http://gores-penaku.blogspot.com/2011/08/haramnya-babi-dalam-al-kitab-dan-al.html

sebelumnya, Sedangkan Umat Kristen di seluruh dunia berpedoman kepada Bible atau Alkitab yang diyakini oleh
mereka adalah firman Tuhan yang juga diturunkan kepada para Nabi.
Saya akan mengambil contoh dari Alkitab yaitu kitab Imamat yang diakui oleh umat Kristen sebagai salah satu dari
lima kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa (Moses) dalam perjanjian lama (old testament), mari kita
simak apa yang tertulis dalam Imamat 11:7-8

Imamat 11:7-8
- - , , , - ; , .
We eth hazir kimaphres persahu weshosa shesa persah we hu gerah loyigar thame hu lakhem
Demikian juga babi walaupun berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang, haram ia bagimu

, ; , .
Mibsoram lo thokhelu ukhnikhlatam lo thiga-u theme im hem lakhem
Dari dagingnya janganlah engkau makan dan jangan pula tersentuh bangkainya, haram semuanya itu bagimu.

Ayat yang memuat tentang babi juga tertulis dalam Ulangan 14:8
- - , -- , ; , .
We eth hazir kimaphres persahu wilo gerah thame hu lakhem mibsoram lo thokhelu ukhnikhlatham lo thigau
Dan juga babi walaupun ia berkukubelah namun tidak memamah biak, haram ia bagimu.

Kata yang digunakan dalam ayat ini adalah (hazir) yang berarti babi, bila kita copy lalu kita paste ke
terjemahan online ibrani-inggris maka akan muncul kata: Swine, Pork, Hog, Pig.
Bila kita artikan dalam bahasa Indonesia maka itu berarti Babi atau daging Babi.

Pesan yang sama juga tertulis di dalam Al-Quran salah satunya adalah surah Al-Baqarah ayat 173:


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika
disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia
tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Kata yang digunakan disini adalah

(Khinzir) yang berarti babi, sehingga kita sebagai umat muslim yang
berpedoman kepada Al-Quran juga diharamkan untuk memakan babi. Kecuali dalam keadaan terpaksa yaitu
bilamana dalam kondisi tidak ada makanan sama sekali dan hanya ada babi yang bisa dimakan, maka
diperbolehkan pada saat itu saja dan asalkan tidak berlebihan.

Dengan adanya ayat alkitab tersebut diatas yang telah menghalangi mereka untuk makan daging babi, maka
mereka mengadakan perubahan dalam terjemahan bahasa Indonesia pada tahun 1996 dengan kata Babi Hutan
kecuali dalam Alkitab versi Indonesian Literal Translation edisi 2006, 2008 tetap tertulis babi. Padahal bila kita lihat
bahasa asli alkitab ibrani tertulis (hazir) yang artinya babi dan bukan tertulis (hazir ver) atau
(ver hazirim) yang artinya babi-babi liar / babi hutan.

Namun umat Kristen yang sangat gemar mengkonsumsi babi (Kecuali dari sekte Advent) tidak kehabisan dalih,
mereka menjadikan babi sebagai makanan dengan dalih bahwa perjanjian lama (old testament) sudah direvisi dan
diabondement dengan perjanjian baru (new testament), yaitu dalam surat yang ditulis Paulus (St. Paul) yang
mereka akui sebagai rasul, walaupun sebenarnya dia bukan murid dari Yesus. Yaitu di dalam surat 1korintus 6:12
yang menerangkan bahwa semuanya halal bagi paulus

1korintus 6:12
, ' , ' .
Panta moi exestin all ou panta sumtherel panta moi exestin all ouk ego exousiasthesomai upo tinos
Semuanya halal bagiku namun tidak semuanya berguna, semuanya halal bagiku namun aku tidak diperbudak
suatu apapun

1timotius 4:4-5
,
.
Oti pan ktisma theou kalon kai ouden apobleton meta eucharistias laubanomenon
Agiazetai gar dia logou theou kai evteuxeos
Karena semua yang diciptakan Allah itu baik dan suatupun tidak ada yang haram, jika diterima dengan ucapan
syukur,
Sebab semua itu dikuduskan oleh firman Allah dan doa.
Mari kita lihat ayat buatan Paulus pada Timotius diatas, dengan dalih ini maka bukan hanya babi yang halal tapi
semuanya, segala sesuatu yang bisa masuk ke dalam mulut adalah halal jika dibacakan doa dan dengan rasa
syukur. Oleh karena itu dengan dalih ini maka penginjil yang taatpun seperti aktor evangelis kawakan RMS masuk
bui sampai dua kali dengan kasus yang sama, karena sebelum mengkonsumsi shabu dan narkoba mungkin
membaca doa terlebih dahulu, sehingga shabu tersebut sudah dikuduskan oleh doa. Mungkin masih banyak Kristen
taat yang lain menjadi korban yang sama dengan ayat diatas. Sangat tidak relevan bila ayat ini diterapkan di
zaman sekarang yang sudah banyak jenis Khamar/Nabidz serta semua barang konsumsi yang tidak baik bagi
kesehatan, jiwa, dan raga.

Dan juga 1korintus 10:25

Pan to en makello poloumenon esthiete meden anakrinontes dia ten suneidesin
Kamu boleh makan semuanya yang dijual di pasar daging, tanpa mengadakan pemeriksaan karena keberatan-
keberatan hati nurani
Roma 14:17
,
Ou gar estin e basileia tou theou brosis kai posis alla dikaiosune kai eirene kai chara en pneumati agio
Sebab kerajaan Allah bukanlah soal makanan dan minuman tetapi soal kebenaran, damai sejahtera dan sukacita
oleh roh kudus
Kemudian kolose 2:16

Me oun tis umas krineto en brasei e en posei e merei eortes e noumenias e sabbaton
Oleh karena itu janganlah kamu biarkan orang menghukum kamu mengenai makanan dan minuman atau
mengenai hari raya, bulan baru ataupun hari sabat

Ayat-ayat diatas sangat bertentangan jelas dengan ajaran yesus yang sebenarnya, bahwa Yesus datang bukan
untuk merubah/membatalkan hukum Taurat dan Kitab Para Nabi seperti yang dituliskan Paulus, tetapi untuk
menggenapinya. Seperti yang tertulis di Matius 5:17-20

17 .
18 , ,
.
19 ,
' , .
20 ,
.

Janganlah kau menyangka aku datang untuk meniadakan hukum Taurat dan Kitab Para Nabi. aku datang bukan
untuk meniadakannya, melainkan menggenapinya. Karena aku berkata kepadamu: sesungguhnya selama belum
lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hokum taurat, sebelum semuanya
terjadi. Karena itu siapa yang meniadakan hokum taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkennya kepada
orang lain, ia akan menduduki tepat yang paling rendah dalam kerajaan sorga;Tetapi siapa yang melakukan dan
mengajarkan segala perintah-perintah hokum taurat, ia akan mendapat tempat yang tinggi di dalam kerajaan
sorga. Maka aku berkata kepadamu: jika hidup keagamaanmu tidak lebih baik dari ahli-ahli taurat dan orang-orang
farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk kedalam kerajaan sorga.(Matius 5:17-20)

Maka bila orang Kristen yang mengaku mengikuti Yesus, seharusnya menerapkan ajaran yang dibawanya. Bukan
malah mengikuti ajaran yang melenceng dari Taurat, Kitab Para Nabi, dan Injil. Sehingga bila Umat Kristen tidak
menerapkan ajaran yang dibawa yesus, mengikuti Taurat, kitab para Nabi, dan tidak lebih baik dari Yahudi maka
mereka tidak akan masuk kedalam kerajaan sorga.
Hanya ada satu Jalan yang membuat kita lebih baik dari Yahudi dan Farisi, yaitu mengikuti ajaran yang sempurna
(Islam) dengan berpedoman kepada kitab Penyempurna (Al-Quran) dan mengikuti Utusan terakhir (Nabi
Muhammad SAW) yang menyempurnakan ajaran Nabi sebelumnya yang mengalami banyak penyimpangan oleh
umatnya.

Semoga bermanfaat bagi kita semua
Wassalamualaikum.Wr.Wb
Muhammad Ilham Sayuthy


Zaharuddin Abd Rahman
12

June 10 at 1:13pm Kuala Lumpur Edited
POLEMIK ISU ISTIHALAH DAN BABI : RINGKAS DARI SAYA
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri-negeri
perlu membuat kenyataan semula atau 'highlight' tiga perkara :-
Pertama : Keputusan hukum yang dipilih untuk rakyat Malaysia dalam hal sama ada
Istihalah item najis 'aini seperti babi adalah suci atau tidak. Ini kerana ulama Fiqh mazhab
berbeza ijtihad dalam hal tersebut.

12
https://www.facebook.com/zaharuddin.abdrahman.1/posts/723131664415142?fref=nf

Kedua : Sama ada proses istihalah (tranformasi) unsur babi boleh berlaku sebelum menjadi
gelatin di negara ini.
Ketiga : Istihalah elemen najis kepada suci dalam produk selain perubatan boleh diterima
atau tidak.
Setahu saya, Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan fatwa dalam hal ini pada
1999 mengenai barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-
teknologi DNA babi, yang diputuskan HARAM dan bercanggah dengan hukum syarak.
Apapun, badan berwajib ini perlu mengutarakannya kembali dan memberi hujjah-hujjah
ringkas. Selain itu, ada baiknya juga keputusan makmal halal berkenaan boleh
MENGESAHKAN sama ada boleh berlaku istihalah atau tidak kepada bahan berunsur babi
khususnya dalam pembuatan makanan seperti coklat. inI kerana ada sebahagian
menafikannya.
Pada asasnya, prinsip istihalah boleh berlaku dalam pelbagai jenis najis dan bangkai
binatang iaitu dengan berlakunya perubahan kimia sehingga seluruh molekul item najis
berubah kepada suatu bentuk baru. Tatakala itu, sebahagian ulama anggap ia telah suci
dan halal sama ada untuk ubatan dan makanan.
Perkara tersebut telah dibuktikan boleh berlaku oleh sebahagian besar pengkaji dan ulama
serta telah menjadi ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia OIC dalam sidang mereka
pada 18 -22 November 2013.
Menurut keputusan mereka, najis ain termasuk babi dan arak boleh menjadi harus apabila
disahkan berlakunya istihalah yang sempurna.
PANDANGAN SILAM
Manakala mazhab-mazhab Fiqh silam pula terbahagi kepada dua kumpulan besar dalam
menanggapi istihalah ini.
1. Mazhab Hanafi, sebahagian besar ulama Maliki, Ibnu Taimiyah dan Zohiri berpandangan
jika berubah zatnya kepada benda baru maka ia tidak lagi najis.
2. Mazhab Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf berpandangan istihalah tidak boleh
berlaku kepada najis ain termasuk babi.
KENYATAAN SHEIKH DR. YUSUF AL-QARADAWI
Kenyataan ulama terkenal, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menyatakan DNA babi halal
adalah telah disalah ertikan tajuknya.
Beliau sebenarnya mahu menjelaskan berlaku istihalah dalam zat babi sehingga tiada lagi
kesan babi dan yang tidak boleh lagi dikatakan wujudnya babi yang najis. Itu BUKAN
PENDAPAT beliau seorang tetapi sekumpulan ulama berautorti dari seluruh dunia melalui
PERSIDANGAN Majlis Fiqh Antarabangsa OIC.
Perlu difahami, pandangan mazhab Fiqh dalam hal melibatkan muamalat seperti ini bukan
semestinya kekal pendapat terkuat kerana fatwa terkuat masih boleh berubah mengikut
peredaran zaman khsusunya apabila adanya peralatan teknologi yang boleh mengesan
sebarang kandungan dalam sesuatu produk.
Isu ini adalah isu perbezaan ijtihad fiqh dan tidak perlu mana-mana kumpulan terlalu
menghentam pendapat yang lain. Kerana masing-masing disokong oleh hujah yang benar.
Dapatan kajian makmal pula mungkin berbeza dari satu makmal dengan yang lain
menyebabkan nasihat kepada para ulama menghasilkan pendapat yang berbeza.
AKHIRNYA
Nasihat ringkas saya kepada masyarakat,
a. Jangan mudah menghentam para ulama dan pihak berbeza pendapat kerana masing-
masing ada hujah sendiri.
b. Perbezaan pendapat jangan dicerca namun ambillah ia secara positif sebagai
keterbukaan dalam Fiqh Islam. Ini penting bagi meuwjudkan masyarakat yang berfikir,
membaca dan peka .
c. Apapun saya bersetuju jika sesiapa ingin lebih selamat dan tiada factor keterdesakan,
sebaiknya menjauhi semua produk yang terlibat dengan elemen babi walaupun sudah
berlaku istihalah khususnya yang bukan dalam bab makanan yang bukan pula makanan
asasi. Selain terdapat banyak alternatif yang lebih tidak diragui.
d. Selain umat Islam bimbang perihal babi, sehingga DNA. Lebih perlu juga umat Islam
ambil berat sumber harta yang haram seperti rasuah, tiris wang kerajaan, penipuan dan
sepertinya. Itu semua haram digunakan WALAU dibeli makanan yang mempunyai 100 logo
halal sekalipun, makanan itu juga haram akibat wang yang diperolehi cara haram.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman


DrMAZA.com
13

June 10 at 12:48pm Edited
KESIMPULAN ISU ISTIHALAH KHINZIR
Ada yang bertanya saya, setelah kita ketahui pandangan Majlis Fatwa Eropah (European
Council for Fatwas and Research), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah
Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang
terdapat bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain, sementara Majma' al-Fiqh al-
Islamiy berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama
Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan
makanan, apakah pendirian yang wajar kita ambil?
Saya ingin rumuskan seperti berikut;
1. Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang
lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja
najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak
dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafiyyah
dan Hanabilah (Hanbali). Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah
juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-
Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain
menyokong dan meneguhkan hujah bahawa proses istihalah boleh menukar najis kepada
bahan yang bersih.
2. Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, maka
bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia;
makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain. Kehidupan manusia, termasuk umat
Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram.
Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan
3. Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang membabit isu
istihalah. Berikut teks kesimpulan fatwa Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas
and Research) yang mengizinkan bahan yang berasal haram termasuk dari khinzir tapi

13
https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10152543215247990?fref=nf

telah berubah melalui proses, begitu juga alcohol yang sedikit yang terdapat dalam
makanan tertentu yang tiada kesan:
Fatwa (34)
Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter "E" and a
string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork
bone and marrow. If this is true, what is the Shari'a ruling on such foods?
A) The items which carry the letter "E" and a string of numbers are additives. Additives are
more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings,
sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin:
First: compounds of artificial chemical origin.
Second: compounds of vegetal origin
Third: compounds of animal origin
Fourth: compounds dissolved in Alcohol
The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being
Halal, due to the following:
The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and
no harm comes from using these items.
The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during
the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a
new clean and pure form through a process called "chemical transformation". This
transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original
form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient
which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to
vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of
the new product, which is Halal.
As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in
extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an
excused matter.
Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and
permissible for the Muslim's consumption. We must also remember that our religion is a
religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and
hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His
Messenger (ppbuh) ordered us to do.
Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut;
1. Professor Yusuf Al-Qaradawi, President of ECFR (Egypt, Qatar)
2. Judge Sheikh Faisal Maulawi, Vice-President (Lebanon)
3. Sheikh Hussein Mohammed Halawa, General Secretary (Ireland)
4. Sheikh Dr. Ahmad Jaballah (France)
5. Sheikh Dr. Ahmed Ali Al-Imam (Sudan)
6. Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK)
7. Ustadh Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK)
8. Sheikh Ounis Qurqah (France)
9. Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK)
10. Sheikh Dr. Abdullah Ibn Bayya (Saudi Arabia)
11. Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Spain)
12. Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania)
13. Sheikh Abdullah Ibn Yusuf Al-Judai, (UK)
14. Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar
15. Sheikh Abdullah ibn Sulayman Al-Manee (Saudi Arabia)
16. Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghudda (Saudi Arabia)
17. Sheikh Dr. Ajeel Al-Nashmi (Kuwait)
18. Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (France)
19. Sheikh Dr. Issam Al-Bashir (Sudan)
20. Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar)
21. Sheikh Dr. Suhaib Hasan Ahmed (UK)
22. Sheikh Tahir Mahdi (France)
23. Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway)
24. Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan)
25. Sheikh Muhammed Siddique (Germany)
26. Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE)
27. Sheikh Dr. Muhammed Al-Hawari (Germany)
28. Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim)
29. Sheikh Dr. Mustafa Ciric (Bosnia)
30. Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Germany)
31. Sheikh Dr. Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Saudi Arabia)
32. Sheikh Yusf Ibram (Switzerland)
4. Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala
berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu benar-benar merubah sifat bahan-
bahan najis itu ataupun tidak. Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan
tidak. Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masakini berfatwa berdasarkan
kepada taklimat saintis kepada mereka. Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah
(European Council for Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari
Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Europen Fiqh Council dan
beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah berlaku istihalah.
Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak
sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah.
5. Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat -sekalipun tidak sampai ke peringkat
haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya. Namun, dia tidak boleh
berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang
berbeza. Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap
pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan
hujah. Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang
seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya.
6. Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya
mengelakkan sumber yang syubhah. Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan
boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industry halal.
7. Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna.
Kelemahan industri umat Islam adalah punca berluasan bahan yang syubhat dan juga
mungkin haram.


Gelatin Babi dan Konsep Istihalah dalam Fiqh
14

uzair izham / 9 June 2014

By uzair izham
Nama diberi Muhammad Uzair bin
Izham. Dilahirkan pada tanggal 27
Ogos 1992 dan menetap di Sungai
Petani, Kedah. Bermula bersekolah
di Sekolah Rendah Al-Islah Sungai
Petani, Kedah (1999-2004) dan
meneruskan pengajian di Ma'had At-
tarbiyah Al-Islamiyah(MATRI), Perlis dan kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin tahun ke-4 di Universiti
Yarmouk, Jordan. Menulis dalam bidang agama di LangitIlahi.com dan bakal menerbitkan buku. Berpengalaman
mengurus dan mengendalikan program motivasi dan misi kemanusiaan bersama beberapa NGO di Malaysia dan Jordan.

Baru-baru ini Malaysia digempar dengan isu DNA khinzir yang terdapat dalam coklat
Cadbury. Namun setelah dibuat kajian dengan lebih teliti pihak berkewajipan JAKIM telah
mengesahkan bahawa ia halal dimakan. Seterusnya lebih mengejutkan masyarakat apabila
sebahagian sarjana dalam bidang agama di Malaysia mengemukan pandangan ulama-ulama
besar semisal Dr Yusuf Qardawi tentang gelatin khinzir yang halal digunakan.
Mungkin kerana tidak biasa dengan perkara khilaf natijahnya tidak sedikit yang mencaci dan
mengkeji mereka yang mengemukan pandangan tersebut walhal hanya menyatakan
pandangan ulama yang terkini. Ada yang bertindak lebih agresif dengan menanggalkan
pakaian adab dalam berbicara dengan mengatakan ulama-ulama besar ini juga ulama yang
dibayar untuk mengeluarkan fatwa seumpama ini. Bahkan ada sebahagian ilmuan agama
yang lain bertindak untuk menolak terus pandangan tersebut sedangkan ia pada asalnya
merupakan perbezaan pandangan para ilmuan. Adapun dada perbincangan fiqh sepatutnya
dilihat dalam konteks yang luas bukan terikat pada sesuatu pendapat sahaja.

14
http://langitilahi.com/16187/

Namun, tidak menafikan ada sebahagian masyarakat yang tidak terburu-buru dalam menilai
dan tidak pula meletakkan emosi sebagai akar perbincangan sesuatu masalah, bertindak
untuk mengkaji dengan lebih mendalam perihal isu ini dengan bertanyakan kepada mereka
yang lebih arif akan isu ini tentang kesahihan berita mahupun penjelasan lanjut berkenaan
fatwa yang telah dikeluarkan. Hal ini patut dipuji.

Hakikat Perbezaan dalam Berpendapat
Imam Hassan Al-Banna ada panduan yang menarik dalam hal perbezaan pendapat ini. Kata
beliau[i]:

Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada
perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau
permusuhan.

Hal ini kerana terdapat dua bentuk perbezaan:
i- Khilaf yang dilarang yakni khilaf yang boleh memecahkan ummah seperti khilaf antara
pecahan-pecahan daripada islam yang bersangkutan dengan perkara usul aqidah. Juga
kebiasaan perbezaan ini adalah berdasarkan emosi dan kurang senang dengan pihak yang
lain.
ii- Khilaf yang dibenarkan pula adalah khilaf dalam perkara cabang amalan dan juga ibadah
yang mana ia spatutnya tidak menyempitkan dada dan tidak menyakiti sesiapa. Adapun
khilaf ini berlaku adalah disebabkan berbeza cara dan tahap kefahaman, keluasan ilmu dan
suasana.
Bagi setiap mujtahid (orang yang berijtihad) ada pahalanya.

Perbezaan yang dibenarkan boleh membawa rahmat kepada manusia jika dilihat dengan skop
keluasan islam dalam kehidupan. Sebaliknya membawa bencana jika diuliti perbezaan
dengan taasub kepada sesuatu pandangan dan menafikan hak pandangan yang lain walhal ia
perkara yang boleh berbeza akannya.
Bagi mereka yang berijtihad dan mengikut pandangan ulama atau mazhab terdahulu dengan
kekuatan dalil yang digunakan maka bagi mereka pahala samada ia menghampiri kebenaran
atau tidak kerana hakikat kebenaran adalah pada sisi Allah. Nabi s.a.w bersabda:
J ika seorang hakim mengeluarkan hukum, dan berijtihad, dan benar pendapatnya maka
baginya dua pahala, jika dia berhukum dan berijtihad dan tersalah pendapatnya maka
baginya satu pahala. ( HR Muslim)[ii]
Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq(penilaian) ilmu,
penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih
sayang kerana Allah SWT, serta kerjasama dalam mencari seterusnya menyampaikan
kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang dicela serta taksub.

Kata Syeikh Waliyullah Ad-Dahlawi:

sesungguhnya taasub kepada mazhab ini merupakan faktor utama yang menyebabkan
umat islam terbelakang dalam banyak aspek (disebabkan berlaku perbezaan yang tidak
terurus), sedangkan imam-imam mazhab sendiri tidak membenarkan pengikutnya taasub
pada mazhab mereka mahupun mazhab selainya seperti tercatat dalam tulisan-tulisan
mereka sendiri.[iii]

Pengertian I stihalah dan Syaratnya

Istihalah dalam bahasa arab ada dua maksud iaitu tidak boleh yakni mustahil, juga
bermaksud berubah sesuatu daripada tabiatnya dengan berubahnya zat, sifat dan nama bagi.
Dari sudut pengertian istilahnya, istihalah merupakan perubahan sesuatu dan bertukarnya ia
dari sifatnya iaitu suatu benda yang najis menjadi suci seperti darah kijang menjadi kasturi,
arak menjadi cuka dan lemak najis menjadi sabun yang mana ianya berubah daripada zatnya
dan sifatnya secara tabie ataupun melalui perantaraan pemeraman atau pembakaran atau
bercampur dengan sesuatu yang suci.[iv]

Daripada maksud isithalah ini dapat diketahui bahawa kaedah penyucian ini mesti menepati
syaratnya iaitu berubah secara hakikat sesuatu itu dan bertukar ia menjadi sesuatu yang lain
yang berbeza dengan asalnya dari sudut namanya, atau zatnya atau ciri-cirinya atau sifatnya.
Sebagainya contoh najis yang dijadikan baja bagi anak pokok. Kemudian tumbuh dari anak
pokok itu pohon yang berbuah. Buah itu suci kerana ia berlaku proses perubahan kepada
suatu bahan yang lain bersama hilangnya sifat asal bahan tersebut seperti dalam syarat yang
telah disebutkan.

Pandangan Mazhab-mazhab berkenaan konsep istihalah

Majoriti ulama menerima konsep istihalah ini. Namun berbeza tahap capaian peenggunaan
istihalah dalam kehidupan. Ada sebahagian mazhab yang menggunakan secara meluas
aeperti mazhab Hanafi dan Maliki dan ada juga mengecilkan skop ini seperti mazhab Syafie
dan Hanbali. Terdapat juga permaslahan yang disepakati berlakunya padanya prose istihalah
dan terdapat juga permasalahan yang tidak disepakati akannya berlaku proses tersebut.
Antara perkara yang diisepkati berlakunya proses istihalah adalah arak bertukar menjadi
cuka secara tabie. Kata Dr Wahbah Zuhaili[v]:

Fuqaha bersepakat bahawa arak yang bertukar menjadi cuka secara tabie tanpa proses
pemeraman atau tambahan sumber asing dari luar atau mengubah kedudukan arak itu dari
tempat yang gelap kepada sinaran cahaya atau sebaliknya, maka ia adalah suci dan boleh
dimakan dan digunakannya. Ini berdasarkan hadis nabi s.a.w daripada Aisyah r.a:
Hidangan yang paling baik adalah cuka. (HR Muslim)[vi]

Adapun perkara yang berbeza ulama tentang aplikasi konsep ini adalah berkenaan
bertukarnya arak melalui proses tertentu seperti pemeraman dan juga pertukaran sesuatu
bahan yang tidak terdapat nas tentangnya.
i- Arak bertukar melalui proses
Mazhab Hanafi, Maliki, Zahiri bersependapat bahawa ia adalah suci dan boleh digunakan
sama ada melalui proses ataupun secara tabie. Hal ini dikuatkan dengan perbuatan
sebahgaian para sahabat seperti Saidina Ali r.a dan juga Ibn Umar r.a. dengan menggunakan
qias sucinya kulit binatang dengan samak kerana hilangnya najis pada cuka tersebut yang
menyebabkan mabuk.

Mazhab Syafie, Hanbali berpendapat bahawa arak tidak menjadi suci jika melalui proses
yang tertentu, hanya secara tabie sahaja menjadikan ia suci (seperti masalah di atas)
berdasarkan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w
bersabda:
Sesungguhnya nabi s.a.w telah ditanyakan tentang adakah arak diambil selepas diproses
(pemeraman). Jawab baginda : Tidak (HR Muslim)[vii]

ii- Perkara yang tidak terdapat dapat dalam nas akan aplikasi istihalah ke atasnya seperti
darah kijang menjadi kasturi, lemak najis menjadi sabun, tahi menjadi baja selepas dibakar,
najis yang ditanam dalam tanah dan hilang kesannya, ubat-ubatan yang bercampur asalnya
najis menjadi suci selepas proses kimia dan sebagainya.
Jumhur ulama mazhab hanafi,maliki zahiri, ibn taimiyah, ibn qayyim, assyaukani
mengatakan perkara-perkara ini menjadi suci dengan proses istihalah[viii] berdasarkan
dalil penukaran arak menjadi cuka adalah suci (seperti di atas) juga berdasarkan hadis
daripada Ibn Abbas bahawa nabi s.a.w bersabda:

Mana-mana kulit binatang yang disamak maka ia suci. (HR Tidmidzi)[ix]

Dalil-dalil ini menunjukkan bahawa sesuatu yang asalnya najis menjadi suci apabila berlaku
proses-proses yang tertentu hingga hilang sifatnyanya, ciri-cirinya dan bertukar namanya.

Manakala mazhab syafie dan hanbali berpendapat perkara-perkara ini tidak menjadikan ia
suci dengan istihalah[x]. Hali ini kerana najis seperti khinzir dan anjing itu adalah najis
dari sudut zatnya sendiri dan ia tidak boleh disucikan melalui istihalah.

Adapun pendapat mazhab syafie dan hanbali ini boleh dikonklusikan dalam penyataan[xi]:
Mazhab Syafie: Tidak menjadi suci daripada bahan yang mempunyai najis itu dengan
istihalah kecuali dalam tiga keadaan:
i) arak yang menjadi cuka dengan secara tabie
ii) kulit binatang yang mati (selain dari anjing dan babi) apabila disamak
iii) sesuatu yang berubah menjadi binatang, seperti bangkai yang bertukar menjadi ulat,
kerana wujudnya hidupan
Mazhab Hanbali: Tidak menjadi suci sesuatu yang najis dengan istihalah kerana nabi s.a.w
melarang untuk memakan sesuatu perkara yang najis, walaupun diaplikasikan proses
penukaran (istihalah) berdasarkan hadis daripada Ibn Umar r.a:
Rasulullah s.a.w melarang untuk memakan binatang yang memakan najis (al-jallalah)
dan susunya. (HR Tirmidzi)[xii]

Rumusan pendapat Mazhab dan aplikasi konsep I stihalah masa kini

Dewasa ini perindustrian makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan harian telah banyak
bercampur dengan bahan-bahan haram atau najis khususnya unsur dari khinzir dari segi
lemaknya, darah, tulang dan lain-lain.
Jika dinilai semula kepada produk-produk yang dihasilkan tersebut, secara zahirnya ia tidak
lagi mempunyai sifat-sifat atau unsur babi. Bahan- bahan dari babi seperti gelatin, lemak,
darah, tulang dan organ-organ lain telah melalui pelbagai proses secara kimia dan
menghasilkan bahan yang tidak lagi mempunyai sifat najis babi berkenaan pada pandangan
mata kasar. Apabila dicampurkan dalam bahan makanan atau ubat-ubatan untuk tujuan
pengawetan dan seumpamanya maka ia telah bercampur dengan bahan lain yang lebih
dominan dan ia tidak lagi menjadi satu bahan yang kelihatan najis pada zahirnya.

Dalam menjawab persoalan ini dengan menggunakan kayu ukur kaedah istihalah, kita
dapati bahawa jika berasaskan kepada mazhab Hanafi, Maliki, Ibn Hazm (zahiri) dan
mereka yang sependapat dengannya, kaedah istihalah ini boleh diaplikasi dan menjadikan ia
bahan yang suci dan halal dimakan atau digunakan. Ini kerana bagi mereka setiap bahan
najis yang telah bertukar sifat dan ciri-cirinya tidak lagi dinamakan dengan nama najis itu
tetapi telah bertukar menjadi satu bahan lain yang mempunyai sifat dan ciri-ciri baru dan
nama baru. Contohnya tulang babi yang asalnya najis dan haram, tetapi apabila diproses
menjadi gelatin, sifat najis tulang babi tersebut telah hilang kerana perubahan pada sifat
dan namanya. Kemudian apabila gelatin itu dicampurkan dalam bahan makanan dan
menjadi salah satu dari ingredientnya, sifatnya telah menjadi semakin jauh berubah dan ia
tidak lagi dikenali sebagai bahan tersebut, walaupun fungsinya tetap ada. Jika ia
dimasukkan dalam gula-gula, produk akhir itu dikenali sebagai gula-gula, bukannya gelatin.

Bagaimanapun, jika dinilai dari perspektif mazhab Syafie dan Hanbali yang agak ketat
penerimaan mereka terhadap konsep istihalah ini, proses perubahan bahan najis dari babi
seperti yang dinyatakan di atas kepada bahan lain seperti gelatin dan serum, tidak
semestinya sifat kenajisannya itu telah hilang, sebaliknya ia mungkin kekal bersama nama
baru yang diberikan kepadanya. Ini kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku kerana
perubahan yang berlaku mungkin tidak sepenuhnya dan sifat-sifatnya kenajisannya mungkin
kekal dan tidak mengalami sebarang perubahan. Jika setiap perubahan nama itu boleh
dikatakan telah berlaku istihalah sudah tentulah bahanbahan dari babi yang tidak begitu
jelas kenajisannya iaitu selain dari daging, tulang, kulit, bulu dan organ-organ lain itu boleh
digunakan secara meluas tanpa perlu dibimbangi kenajisannya. Ini membuka ruang kepada
penggunaan produk-produk bersumberkan babi secara berleluasa dan akan menjerumuskan
umat Islam kepada penggunaan sesuatu yang najis dan haram.[xiii]

Berdasarkan kajian ini, kita dapati bahawa sarjana feqah terdahulu berbeza pendapat dalam
mengaplikasikan konsep istihalah ini dalam kehidupan. Justeru itu, sebagai mana luasnya
dada fiqh dalam masalah ini, perlu juga bagi kita terutama masyarakat awam untuk berlapang
dada dalam menguruskan perbezaan ini.

Tidaklah pula dikeji ingin meringan-ringankan agama bagi mereka yang menerima pendapat
yang membenarkan yang mana selari dengan pendapat ulama-ulama kontemporari, dan
tidak pula dianggap jumud (tertutup) bagi mereka menerima sebaliknya kerana mungkin ia
jalan terbaik bagi sesetengah pihak untuk menghilangkan perasaan sangka-sangka dan jauhi
perkara yang dianggap syubhah.

Adapun bagi masyarakat awam yang menerima pendapat yang membenarkan tidak perlu
meneliti secara mendalam sesuatu bahan itu sama ada ia telah boleh digunakan (selepas
proses istihalah) atau tidak. Cukup sekadar keyakinan dan kepercayaan yang disandarkan
kepada badan yang berwajib untuk meniliti dan memeriksa kandungan bahan-bahan tersebut
kerana asal kepada sesuatu makanan itu adalah halal kecuali ada bukti pengharamannya.

Dr Yusuf Qardawi dan fatwa halal gelatin babi

Berdasarkan penerangan di atas dapat kita simpulkan, bahawa fatwa ini tidak menyanggahi
sebahagian pendapat ulama-ulama yang terdahulu. Fatwa ini juga dipersetujui oleh para
sarjana terkini seperti Dr Wahbah Zuhaili dan Majlis Fatwa Eropah. Bahkan ada beberapa
perkara lain yang menarik yang lain yang boleh di kongsikan bersama.

Dalam resolusi Nadhwah yang ke-8 bertajukkan Pengurusan Islam dalam Permasalahan
Perubatan yang dinaungi oleh Dr Yusuf Qardawi turut dihadiri oleh ilmuan daripada Al-
Azhar, Pertubuhan Fiqh Islami Jeddah, Maktab Iklimi dalam Pengurusan Kesihatan
Iskandariah, Kementerian Kesihatan Kuwait yang berlangsung di Kuwait bertarikh 22-24
Zulhijjah 1415 bersamaan 22-24 Mei 1995[xiv], diputuskan beberapa solusi:

1- Produk-produk makanan yang mengandungi lemak babi dalam bahan-bahannya TANPA
proses istihalah terhadapnya diharamkan secara mutlak
2- Insulin daripada khinzir untuk tujuan perubatan dibolehkan disebabkan darurat, namun
mesti mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan syara.
3. Istihalah iaitu perubahan bentuk najis itu kepada suatu bentuk yang lain yang mana
berubah sifat najisnya yang asal kepada suatu yang suci seperti:
i.Gelatin yang terbentuk daripada proses istihalah daripada tulang binatang najis, kulit dan
uratnya adalah bersih dan halal dimakan.
ii. Sabun yng dibuat melalui proses istihalah dari lemak khinzir ataupun bangkai binatang
adalah suci dan harus digunakan.
iii.Keju atau susu yang dihasilkan daripada proses abomasum[xv]/rennet[xvi] (
)[xvii]daripada bangkai haiwan yang halal dimakan adalah suci dan halal dimakan.
iv. Alat-alat solek yang mengandungi lemak khinzir tidak boleh digunakan, kecuali jika telah
pasti berlaku proses istihalah dan telah berlaku pertukaran ain atau zatnya.

Kesimpulan: Berlapang dada dan ubah yang lebih utama!

Kita dapat lihat bahawa isu ini adalah isu perbezaan pendapat sarjana dalam menilai dalil dan
nas agama berdasarkan kemahiran dan kepakaran melalui ijtihad masing-masing. Justeru itu,
apabila ia suatu bentuk perbezaan yang bukan membawa penyelewengan dan tidak berasas,
sepatutnya kita berusaha untuk menerima perbezaan tersebut dengan lapang dada dan
mengikut pandangan yang kita rasa sesuai dengan kita tanpa menyalahkan pihak yang lain
atas pegangan mereka kerana hakikat panduan islam dalam kehidupan itu amat luas melebihi
jangkauan pandangan sesetengah kita.

Adapun yang lebih utama adalah untuk kita berusaha mencegah atau meninggalkan perkara
yang sedia haram yang jelas nampak di hadapan mata kita sama ada dalam bentuk produk
seperti rokok ataupun dalam bentuk sistem seperti riba (sekadar kemampuan). Bukan
bermaksud tidak cakna kepada produk makanan ini, bahkan perlu ambil berat kerana
makanan boleh memberi kesan pada kehidupan seharian kita sama ada dari sudut kesihatan
mahupun roh kita, tetapi perkara-perkara ini kita bisa bergantung kepada pihak berwajib
untuk menentukannya sedangkan hal-hal di atas (rokok,riba) kita punyai pilihan dan
alternative lain.
Wallahualam~



[i] 55 , , , -60
[ii] 2323 , , , , ,
[iii] 5 , , ,
[iv] 228/21 , , , -823
[v] 728/21,
[vi] , , , , ,
3802
[vii] 463 , , 8
[viii] /82912, , ,
[ix] , , , ,
4943 ,
[x] 038/21, , ,
[xi] , , 438/21 ,
[xii] , , , ,
45 ,
[xiii] Kertas Kerja Pendekatan Istihalah Dalam Produk yang Berunsurkan Babi, Oleh Dr
Saadan Man, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
[xiv] 628/9 , , , -830
[xv] Kamus Dewan bahasa dan Pustaka Online: Abomasum ialah bahagian keempat dan
terakhir perut haiwan ruminan yg merupakan ruang pencernaan sebenar.
[xvi] Kamus Dewan bahasa dan Pustaka Online: Rennet adalah proses pengumpalan.
[xvii] www.almaany.com

Beberapa Hukum Berkenaan Babi
15

POSTED ON MAY 5, 2014 BY ADMIN IN FEATURED, ILMIAH, SYARIAH WITH 0 COMMENTS
(i) Hukum Memakan Daging Babi

Ijma ulama sepakat tentang keharaman memakan daging babi kecuali dalam situasi
darurat berdasarkan firman Allah SWT:


(diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan
darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-
binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang
mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan
Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu
merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah
perbuatan fasik) (Surah al-Maidah:3).

Para fuqaha dalam Mazhab Hanbali menyatakan bahawa ketika darurat, memakan daging
anjing perlu didahulukan dari memakan daging babi kerana tiada nas yang jelas mengenai
daging anjing. Begitu juga ketika darurat, memakan lemak babi, hati dan anggota
badannya perlu didahulukan sebelum dagingnya kerana pengharaman memakan
dagingnya telah turun nas al-Quran secara jelas.
[1]


15
http://muis.org.my/2014/05/beberapa-hukum-berkenaan-babi/

Para fuqaha dalam Mazhab Maliki pula berpandangan, ketika wujud daging babi dan
daging bangkai binatang yang lain, wajib memakan daging bangkai selain babi ketika
darurat.
[2]


(ii) Kenajisan Babi

Walaupun fuqaha sepakat dalam pengharaman memakan daging, lemak dan seluruh
anggota badan babi tetapi mereka berbeza pandangan dalam isu kenajisan babi. Berikut
adalah pandangan dalam isu kenajisan tubuh badan babi:
Pandangan pertama:

Babi merupakan najis ainiy (keseluruhan jasadnya adalah najis) sama ada ketika hidup atau
setelah ia mati. Ia merupakan pandangan Jumhur Fuqaha mazhab Hanafi, Syafie dan
Hanbali.
[3]
Pandangan mereka bersandarkan dalil-dalil berikut:

a) Allah menyifatkan babi sebagai al-Rijsu dan ia seerti dengan al-Nazasu (najis) dalam
Firman Allah S.W.T:

()
Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan
kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana
Sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik. (Surah al-
Anam:145).

Qias Babi dengan anjing di mana anjing telah qatie kenajisannya. Bahkan babi lebih teruk
dari anjing kerana ia tidak boleh dimanfaatkan sama sekali berbanding anjing yang boleh
dimanfaatkan untuk berburu. Maka sewajarnya babi lebih najis berbanding anjing.

Pandangan kedua:

Babi sama seperti keldai, singa dan serigala yang mana jisimnya adalah suci selagi ia
bernyawa, termasuklah badan, air mata, air liur dan peluhnya. Namun apabila ia sudah
mati maka hukumnya hukum bangkai dan ia menjadi najis seperti bangkai binatang yang
lain. Ini merupakan pandangan mazhab Maliki.
[4]


(iii) Menyamak Kulit Babi
Fuqaha berbeza pandangan mengenai kulit babi yang telah disamak, apakah ia menjadi
suci seperti kulit binatang yang lain?
Pandangan pertama:

Kulit babi tidak menjadi suci dengan menyamaknya dan ia tidak boleh diguna dan
dimanfaatkan sama sekali. Ini merupakan pandangan jumhur fuqaha yang bermazhab
Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.
[5]


Pandangan kedua:

Kulit babi menjadi suci apabila di samak. Pandangan ini merupakan riwayat dari Abu Yusuf
(Hanafi). Abdul al-Munim bin al-Ghars menyatakan bahawa ada pandangan lain dalam
mazhab Maliki yang menyatakan bahawa kulit babi boleh digunakan setelah menyamaknya
samada babi itu disembelih terlebih dahulu atau tidak disembelih.
[6]


(iv) Hukum Bulu Babi

Fuqaha berbeza pandangan mengenai kenajisan bulu babi.
Pandangan pertama:

Bulu babi adalah najis dan tidak boleh dimanfaatkan sama sekali. Ini merupakan
pandangan jumhur Fuqaha. Menurut Mazhab Syafie, apabila bulu babi melekat pada kasut
seseorang, ia tidak perlu disucikan kerana terlalu sedikit dan dimaafkan. Kenajisannya
dimaafkan jika kasut dan bulu itu kering menurut mazhab Hanafi. Menurut mereka kalau
salah satu bahagian basah ketika ia melekat, wajib disucikan tempat melekatnya bulu
babi.
[7]


Pandangan kedua:

Bulu babi adalah suci. Jika bulu babi digunting atau dicabut ketika babi itu hidup, harus
digunakan untuk tujuan yang bermanfaat seperti membuat berus. Ini kerana bulu
bukanlah tempat letaknya nyawa dan mana-mana tempat yang bukan terletaknya nyawa
tidak menjadi najis ketika ia masih hidup. Walaupun begitu sunat membasuhnya kerana
dikhuatiri bulunya telah terkena najis yang lain. Adapun apabila bulu babi dicabut setelah
ia mati, ia dianggap tidak suci kerana ia telah bercampur antara bulu dan bangkainya. Ini
merupakan pandangan mazhab Maliki.
[8]


Cara menyucikan tempat yang terkena babi:

Pandangan pertama:

Membasuh sebanyak tujuh kali basuhan dan basuhan pertama mesti dicampur dengan
tanah. Ini merupakan pandangan pertama dalam mazhab Syafie dan Hanbali.
[9]

Dalil mereka ialah mengqiaskan babi dengan anjing di mana anjing merupakan najis
seperti yang disebut dalam hadis ( ), maka babi lebih najis dari anjing kerana
keadaannya lebih buruk daripada anjing.

Pandangan kedua:

Membasuh sehingga hilang kesan babi. Tidak perlu membasuhnya sebanyak tujuh kali
atau menggunakan tanah. Ini merupakan pandangan mazhab Maliki, Hanafi dan
pandangan kedua dalam mazhab Syafie dan Hanbali.
[10]


Tarjih

Imam al-Nawawi yang merupakan salah seorang fuqaha dalam mazhab Syafie telah
mentarjih pandangan yang mengatakan bahawa cukup membasuh tempat yang terkena
kesan babi dengan air sehingga hilang kesan tersebut. Pandangan ini kuat dari sudut
dalilnya kerana sesuatu perkara (iaitu membasuh najis babi sebanyak tujuh kali dan
basuhan pertama dengan tanah) tidak diwajibkan sehingga terdapat dalil yang
mewajibkannya. Dalil tersebut tidak wujud. Apatah lagi isu hukum yang dibina atas asas
ibadah.
[11]
Mengqiaskan babi dengan anjing qias yang tidak tepat kerana hukum kedua-
duanya berbeza antaranya dibenarkan orang Islam memelihara anjing untuk berburu
sedangkan babi tidak dibenarkan memeliharanya sama sekali.

Ust Sarip bin Adul
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Rujukan
[1] Al-Rahaibani. Matolib Uli al-Nuha fi Syarh Ghayat al-Muntaha. 6/321
[2] Al-Dasuqi. Hasyiah al-Dasuqi. 2/116.
[3] Fath al-Qadir, 1/ 82. Badaie al-Sanaie, 1/ 63. Nihayat al-Muhtaj, 1/ 19. Kasyaf al-Qina,
1/ 181.
[4] Al-Syarh al-Sogir, 1/43.
[5] Al-Kasanie. Badaie al-Sanaie. 1/86. Al-Aini. al-Binayah syarh al-Hidayah. 1/419. Ibn Abd
al-Birr. Al-Kafi fi Fiqh Ahli al-Madinah. 2/676. Al-Khurasyi. Syarh Mukhtasar khalil. 1/90.al-
Muzani. Mukhtasar al-Muzani. 8/101.
[6] Hasyiah Ibn Abidin, 1/126-127. Fat al-Qadir, 1/81, Badaie al-Sanaie, 1/74. Hasyiah al-
Dusuqi, 1/54-55. Mawahib al-Jaleel, 1/101, al-Majmu, 1/217. Kasyaf al-Qina, 1/54-55. Al-
Mughni 1/66.
[7] Al-Marghinani. Al-Hidayah Syarh Bidayat al-Mubtadi. 3/46. Al-Babariti. Al-Inayah Syarh
al-Hidayah. 3/46. Al-Nawawi. Al-Majmu Syarh al-Muhazzab. 1/236. Al-Bahuti. Daqaeq Uli al-
Nuha Syarh Muntaha al-Iradat. 1/31.
[8] Ibn Abd al-Barr. Al-Kafi Fi Fiqh Ahli al-Madinah. 2/676. Al-Khurasyi. Syarh Mukhtasar al-
Khalil. 1/83.
[9] Al-Khatib al-Syarbini. Mughni al-Muhtaj. Jil. 1, hal. 240. Ibn Qudamah.al-Mughni. Jil. 1,
hal. 77.
[10] Al-Mawwaq. Al-Taj wa al-Iklil Li Mukhtasar Khalil. Jil. 1, hal. 258. Ibn AAbidin. Ras al-
Muhtar. Jil. 1, hal. 331. al-Khatib al-Syarbini. Mughni al-Muhtaj. Jil. 1, hal. 240. Ibn
Qudamah.al-Mughni. Jil. 1, hal. 77.
[11] Al-Nawawi. Al-Majmu Syarh al-Muhazzab. Jil. 2, hal. 604.


Dr. Mazslee
16

DOKTRIN BABI YANG MENYUSAHKAN Umat islam melalui
para mujtahidinnya telah berijmak bahawa daging babi
adalah haram untuk dimakan seperti yang telah dikatakan
oleh Ibn Mundhir dalam bukunya Kitab al-Ijma (Lihat : al-
Husni, Kifayatul Ahyar, Beirut : Dar al-Khayr, m.s. 70).
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T dalam al-Quran, (surah al-
Anam : ayat 145) . Ayat tersebut dengan jelas menunjukkan
bahawa daging babi adalah haram untuk dimakan. Para
ulama juga telah bersepakat bahawa anggota lain dari babi
seperti tulang, kulit, lemak dan juga darahnya adalah haram

16
Artikel lama 2011 Whatupps

untuk dimakan. Hanya Ibn Hazm al-Zahiri sahaja yang
mengatakan anggota selain daging babi adalah halal
dimakan. Pendapat ini walaubagaimanapun adalah pendapat
yang syadh (ganjil) dan tidak diterima oleh jumhur (majoriti)
umat islam. Para ulama islam juga bersepakat tentang
kenajisan daging babi dan juga segala yang bersumberkan
babi.
Walaubagaimanapun mereka berselisih pendapat dalam tiga
perkara, yang pertama dalam kategori najis apakah ia najis
mughallazah ataupun mutawasitah. Yang keduanya, cara
bagaimanakah untuk menyucikannya, dan ini bergantung
kepada kategori manakah ianya dianggap sebagai najis.
Yang ketiga , mereka juga berkhilaf samada kulit babi,
rambutnya dan juga tulangnya dan mana mana
bahagiannya adakah boleh digunakan setelah disucikan
melalui proses dibagh (samak dengan air kapur).
Jumhur ulama berpendapat ianya tegolong dalam najis
mutawasitah yang hanya memerlukan basuhan sekali sahaja
jika tersentuh dengannya. Ianya sama seperti kenajisan
darah, luka, nanah, tahi dan juga kencing. Bagi Imam al-
Syafie pula, beliau berpendapat bahawa ianya adalah najis
mughallazah yang sama sifat kenajisannya dengan anjing
yang memerlukan tujuh kali basuhan, dan sekali basuhan
dengan air tanah (al-Syarani, al-Mizan al-Kubra, Beirut : Dar
al-Kutub al-Ilmiah, Cetakan Pertama, 1998M, jil. 1, m.s. 138).
Pendapat inilah yang menjadi pegangan majoriti pengikut
mazhab Syafie, kecuali Imam al-Nawawi dan juga yang
bersependapat dengan al-Nawawi (al-Nawawi, a l-Majmu,
Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 4, m.s. 604).
Mengenai isu pengunaannya pula, jumhur ulama melarang
pengunaannya samada sebagai perhiasan, beg, kasut,
pakaian dan sebagainya kerana ianya adalah najis
(walaupun mutawasitah) . Bagi sebilangan ulama Malikiyyah,
Abu Daud al-Zahiri dan juga al-Syawkani, mereka melihat
tidak ada kesalahannya untuk menggunakannya jika ianya
telah melalui proses dibagh (ibid).
Yang menjadi pokok perbincangan di sini ialah mengenai
kenajisannya dan juga cara menyucikannya yang menjadi
satu bebanan kepada umat islam di Malaysia dan juga dalam
sesetengah keadaan menjadi benteng pemisah selamanya
antara kaum di Malaysia. Doktrin yang membebankan ini
sebenarnya hanyalah ijtihad Imam Syafie yang
mengqiyaskan kenajisan babi dengan kenajisan anjing
dengan kaedah qiyas awlanya (al-Syafie, Kitab al-Umm,
Beirut : Dar Marifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9).
Logiknya menurut beliau, jika anjing yang tidak disebut
pengharamannya secara jelas di dalam al-Quran wajib
disucikan kenajisannya dengan cara samak (tujuh kali
basuhan dengan basuhan pertamanya menggunakan tanah
berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah yang direkodkan
sahih oleh Muslim di dalam kitabnya al-Jami al-Sahih atau
sahih Muslim, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 1 m.s.
161), maka babi yang telah diharamkan secara jelas di
dalam al-Quran lebih utama untuk disucikan kenajisannya
dengan cara tersebut. Atas dasar inilah majoriti pengikut
mazhab Syafie sehingga ke hari ini menganggap kenajisan
babi adalah sama atau lebih berat dari kenajisan anjing.
Bagi jumhur (majoriti) umat islam pula hadith Abu Hurairah
yang berkaitan dengan cara menyucikan kenajisan anjing
jika anjing adalah semata mata untuk anjing dan bukan
untuk selainnya. Menurut mereka pengharaman daging babi
(surah al-Maidah (5): 5) adalah berkaitan dengan persoalan
makan dan tiada kena mengena dengan cara
menyucikannya.
Tambahan pula dalam ayat tersebut bukan hanya daging
babi yang diharamkan, bangkai dan juga darah disebutkan
bersama denganny a. Mengapa qiyas yang sama tidak
digunakan untuk menggolongkan darah dan bangkai
bersama anjing dan babi sebagai najis mughallazah ? Yang
lebih menarik lagi Abu Hurairah juga telah meriwayatkan
hadith yang menunjukkan cara menyucikan bijana yang
dijilat kucing dengan 3 kali basuhan. Mengapa tidak kucing
pun digolongkan dalam najis mughallazah juga?
Kesimpulannya ijtihad ataupun pendapat Imam Syafie dalam
persoalan cara menyucikan najis babi adalah tidak kuat dan
tidak konsisten. Terdapat juga di kalangan imam mujtahid
dalam mazhab Syafie yang menyangkal pendapat beliau dan
bertegas menyatakan bahawa cara penyucian kenajisan
babi adalah cukup sekadar basuhan sahaja sepeti najis
najis mutawasitah yang lain (kencing, tahi, darah dan
bangkai).
Antara yang terkenal dengan pendapat sedemikian ialah
Imam al- Nawawi (lihat : al-Nawawi,opcit, jil. 4, m.s. 604 ).
Pendapat beliau i

Anda mungkin juga menyukai