Anda di halaman 1dari 3

BLHW 1811 FIQH AMALI

SEMESTER 1 2020/2021
TUGASAN FIQH AMALI

Nama: ANAS BIN FISOL


No. Matrik: B041910242
Fakulti: FKM
Program: BMCK
Q: Mengapa islam mengharamkan penggunaan babi dan keturunannya ?
A:

Pada asasnya, khinzir adalah binatang yang diharamkan dengan jelas di dalam Islam melalui al-
Quran dan al-Sunnah serta ijma’ (kesepakatan) para ulama’. (Lihat al-Ijma’ oleh Ibn al-Munzir,
hlm. 177). Antara ayat al-Quran yang menegaskan akan pengharaman ini adalah firman Allah SWT
dari Surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan
daging babi. (Surah al-Baqarah: 173)

Ibnu Kathir berkata, “Begitu juga dilarang memakan daging babi baik yang mati dengan cara
disembelih atau mati dalam keadaan tidak seperti biasanya. Lemak babi juga haram dimakan
sebagaimana dagingnya kerana penyebutan daging dalam ayat cuma menunjukkan keumuman
(aghlabiyyah) atau dalam daging juga sudah termasuk pula lemaknya, atau hukumnya diambil
dengan jalan qiyas (analogi).” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 2/36)

Ibn al-‘Arabi berkata: “Umat telah bersepakat haramnya daging babi dan seluruh bahagian
tubuhnya. Dalam ayat disebutkan dengan perkataan ‘daging’ kerana babi adalah haiwan yang
disembelih dengan maksud mengambil dagingnya. … Dan lemak babi termasuk dalam larangan
daging babi.” (Lihat Ahkam al-Qur’an, 1/94)

Menjawab persoalan di atas, pengharaman khinzir adalah disebabkan ia membawa beberapa


kemudaratan sama ada dari aspek kimia, mikrob dan sikap (psikologi), iaitu ia disebut boleh
menghilangkan perasaan cemburu serta menjadi dayus. (Lihat Tafsir al-Manar, 2/98)

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam ketika mengulas


berkenaan pengharaman daging babi menyebut: Perkara ketiga yang diharamkan Alah SWT ialah
daging babi. Ini adalah kerana tabiat yang sihat akan memandangnya kotor dan tidak akan
menyukainya. Sebab babi ini, makanan yang sangat disukainya ialah dari benda-benda yang kotor,
jijik dan najis.

Ilmu perubatan moden menetapkan bahawa memakan daging babi itu sangat berbahaya di seluruh
pelusuk dunia, khususnya di daerah yang beriklim panas. Sebagaimana yang berkaitan dengan
penyelidikan ilmiah bahawa sesiapa yang memakan daging babi itu menyebabkan lahirnya cacing
kerawit yang sangat merbahaya, dan ulat-ulat yang dapat membinasakan tubuhnya.

Justeru, dalam masa terdekat ini, ilmu moden ini akan mendedahkan banyak lagi rahsia
pengharaman itu, lebih banyak dari apa yang difirmankan Allah SWT, ketika dia mensifatkan
Rasul-Nya dalam firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) telah
mengharamkan ke atas mereka semua yang kotor.” (al-A'raf: 157)
Ada sesetengah penyelidik bependapat: Jika membiasakan diri selalu memakan daging babi,
nescaya akan menghilangkan perasaan cemburu terhadap perkara yang terlarang. (Lihat al-Halal
wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 69-70)

Dr. Joseph Mercola, pakar kesihatan terkenal Amerika Syarikat menyebut: “Kajian mendapati
daging babi boleh memberikan bahaya kepada kesihatan dalam pelbagai peringkat. Menurut kajian
oleh Consumer Reports, 69 peratus daripada sampel-sampel daging babi yang diuji mengandungi
bakteria berbahaya Yersinia enterocolitica yang boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan.”

Dr. Muhammad Abdul Khair menyebut beberapa penyakit yang disebabkan oleh daging babi:
"Daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan cacing-cacing lain. Cacing-cacing ini akan
berpindah kepada manusia yang memakan daging babi tersebut. Perlu dicatat, sehingga ini,
generasi babi belum terbebas daripada cacing-cacing ini. (Lihat Ijtihadat fi al-Tafsir al-Quran al-
Karim, hlm. 112)

Dr. Zakir Abdul Karim Naik dalam “20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam” berkata: Antara
sebab pengharaman daging babi ialah: Memakan daging babi akan menyebabkan tidak kurang
daripada 70 pelbagai jenis penyakit yang akan dijangkiti antaranya:

 Helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi.
 Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum cacing pita.
Tersimpan dalam usus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan
mampu mencapai ke semua organ tubuh. Jika ianya memasuki otak, boleh mengakibatkan
hilang ingatan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung. Jika
memasuki mata, boleh menyebabkan buta. Jika memasuki hati, akan menyebabkan
kerosakan pada hati.

Sebagai penutup, kenyataan Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menyebut: Tidak semestinya setiap
Muslim untuk mengetahui secara terperinci kesemua barangan yang dianggap rosak dan bahaya,
yang dengan sebabnya diharamkan oleh Allah SWT sesuatu barangan itu. Adakalanya, hal itu
terlindung dari kefahamannya, yang mana keadaan yang sama kelihatan pada keadaan yang lain.
Adakalanya, keburukan sesuatu barangan itu tidak jelas pada sesuatu zaman yang tertentu,
manakala ianya jelas pula pada zaman yang berikutnya. Oleh itu, sewajarnya sikap seorang
mukmin itu selalu mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.”

Tidakkah kamu lihat bahawa Allah SWT mengharamkan memakan daging khinzir? Namun tidak
seorang Muslim pun yang mengetahui apakah sebab pengharaman daging khinzir itu selain
daripada ianya adalah kotor. Setelah zaman berlalu, dan sekarang barulah ilmu moden masa kini
menyingkap hakikat kebenarannya bahawa daging khinzir penuh dengan cacing dan kuman-kuman
halus yang boleh membinasakan orang yang memakannya. (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-
Islam, hlm. 33)

Anda mungkin juga menyukai