Anda di halaman 1dari 10

CTU 151

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

TUGASAN: ANALISA AYAT AL-QURAN

TAJUK : SURAH AL-BAQARAH AYAT 168

NAMA NO PELAJAR KUMPULAN


KHAIRUNNISA BINTI ABD AZIZ 2019241432 AAP1152L

DISEDIAKAN UNTUK
EN. PAIZ BIN HASSAN

SEMESTER MAC 2020 – JULAI 2020


AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHAN

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan
janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh
yang terang nyata bagi kamu.
TAFSIR ULAMA DAN FUQAHA

Menurut An-Nafahat Al-Makkiyah / Syaikh Muhammad bin Shalih asy-Syawi 168. Ayat ini
dialamatkan kepada seluruh manusia, baik yang Mukmin maupun yang kafir. Allah telah memberikan
karunia kepada mereka dengan memerintahkan kepada mereka untuk makan dari seluruh yang ada di
bumi seperti biji-bijian, hasil tanaman, buah-buahan, dan hewan dalam keadaan “yang halal,” yaitu
yang telah dihalalkan buat kalian untuk dikonsumsi, yang bukan dari rampasan maupun curian, bukan
pula diperoleh dari hasil transaksi bisnis yang diharamkan, atau dalam bentuk yang diharamkan, atau
dalam hal yang membawa kepada yang diharamkan, “lagi baik,” maksudnya, bukan yang kotor
seperti bangkai, darah, daging babi, dan seluruh hal-hal yang kotor dan jorok. Di dalam Ayat ini
terdapat Dalil yang menunjukkan bahwa asalnya seluruh benda yang ada itu adalah boleh, hukumnya
baik untuk dimakan maupun dimanfaatkan, dan bahwa hal-hal yang diharamkan darinya itu ada dua
macam; pertama, yang diharamkan karena dzatnya yaitu yang kotor yang merupakan lawan dari yang
baik (Thayyib), kedua, diharamkan karena dikaitkan dengan sesuatu, yaitu yang diharamkan karena
bersangkutan dengan hak-hak Allah atau hak-hak manusia, yaitu yang merupakan lawan dari yang
halal. Ayat ini juga sebagai dalil bahwa makanan dengan kadar untuk memenuhi Fitrah adalah wajib,
dan akan berdosa orang yang meninggalkannya dengan dasar makna perintah yang jelas dari ayat
tersebut. Lalu ketika Dia memerintahkan untuk mengikuti apa yang telah diperintahkan kepada-nya
yang merupakan inti dari kemaslahatan mereka, maka Dia melarang mereka untuk mengikuti,
“langkah-langkah setan,” Maksudnya jalan-jalan yang ia perintahkan, yaitu seluruh kemaksiatan, baik
kekufuran, kefasikan, dan kezhaliman, dan termasuk dalam hal itu juga adalah pengharaman unta
yang diharamkan oleh kaum jahiliyah untuk mereka, demikian juga sebaliknya menikmati makanan
makanan yang diharamkan. “Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” Maksud dari
permusuhan itu adalah tidaklah ia memerintah kalian kecuali untuk mencurangi kalian dan Agar
kalian menjadi penghuni penghuni neraka. Rabb kita tidak hanya cukup dengan melarang mengikuti
langkah-langkah setan, hingga Dia mengabarkan, dan Dia adalah yang paling benar perkataanNya
tentang permusuhannya yang harus diwaspadai, kemudian Allah juga tidak cukup sampai disitu saja,
Dia mengabarkan tentang perincian perkara yang menjadi target setan dalam godaannya, dan
bahwasanya hal itu adalah perkara yang paling buruk dan paling besar kerusakannya
RUMUSAN

Rumusan yang dapat saya buat dalam surah albaqarah ayat 168 ialah menetapkan bahawa kita perlu
makan makanan yang halal sebagai manusia makan dan minuman merupakan sesuatu yang amat
diperlukan oleh kita semua (semua makhluk yang bernyawa) iaitu manusia, haiwan, dan
tumbuhan.Dengan menfokuskan pada manusia, kita maklum bahawa tanpa makanan dan minuman,
pasti kita tidak akan dapat hidup lama di atas bumi ini.Manusia memerlukan makanan untuk
meneruskan kehidupan dan memberikan tubuh badannya bekalan nutrisi yang seimbang yang
diperlukan agar tubuh badan sentiasa cergas untuk melakukan segala macam perkejaan.Tidak ada
manusia yang sanggup menahan lapar dan dahaga selama berhari-hari.Jika ada pun, mereka pasti akan
ditimpa penyakit dan mati akibat kelaparan.

Sebagai contoh orang di barat makan roti dan ubi kentang sebagai makanan ruji yang membekalkan
kanji atau karbohidrat untuk mereka.Manusia yang hidup di Asia pula makan nasi daripada beras yang
turut membekalkan karbohidrat yang penting untuk tenaga.Begitulah indahnya aturan Allah SWT di
atas muka bumi.Mereka semuanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan khasiat
vitamin, zat besi, dan sebagainya.Setiap bangsa dan negara mempunyai makanan yang tersendiri dan
semuanya mengakui betapa pentingnya mengambil makanan yang baik dan berkhasiat.

Dalam pada itu, manusia secara tradisinya mempunyai musuh ketat.Musuh inilah yang telah
menyebabkan nenek moyang manusia iaitu adam dan hawa, diusir keluar dari syurga dan
dicampakkan ke bumi.Kerana hasutan dan godaan syaitanlah manusia hingga kini terpaksa
mengharungi kehidupan serba mencabar dan penuh ujian di dunia.Seseungguhnya Allah SWT Maha
mengetahui hikmah di sebalik segala-galanya
PENGAJARAN AYAT

Pengajaran yang terdapat pada ayat 168 dari surah al baqarah yang kita boleh kaitkan dengan
realiti masa kini ialah betapa pentingnya kita sebagai manusia untuk makan makanan yang
halal untuk tubuh badan yang sihat. Ini kerana sekiranya kita ingkar dengan larangan itu kita
akan mendapat akibat daripada itu iaitu boleh memudaratkan kesihatan badan kita dan
menyebabkan penyakit. Contoh pengajaran paling besar yang boleh kita ambil ialah apa yang
berlaku kepada dunia pada waktu kini iaitu satu wabak yang bernama koronavirus sedang
berleluasa pada hari ini. Wabak ini dikatakan berpunca dan bermula di sebuah negara yang
dikenali sebagai china..Wabak ini juga dikatakan mula aktif di pasar gelap yang terdapat di
Wuhan iaitu tempat dimana haiwan ini dijual secara haram. Para saintis yang memahami
corak wabak korona ini percaya ia datang dari virus haiwan dan dipindahkan kepada manusia
setelah dijamah sebagai hidangan eksotik Kononnya haiwan eksotik mampu memberi tenaga
dan pelbagai khasiat kepada penggemarnya namun tiada bukti sahih menyatakan sedemikian.
Tiada langsung kajian saintifik yang menyokong dakwaan bahawa haiwan eksotik mampu
memberikan khasiat yang tidak boleh didapati dalam makanan lain. Namun banyak kajian
saintifik membuktikan haiwan eksotik menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya kepada
individu yang mengambilnya sebagai makanan. Kerap makan haiwan eksotik juga bahaya
untuk kesihatan kerana haiwan itu mungkin tidak begitu bersih, malah haiwan berbisa juga
dikhuatiri menjejaskan kesihatan pengamalnya. Maka jelas kepada kita bahawa haiwan
eksotik haram dimakan kerana ia boleh merosakkan sistem biologi manusia. Banyak lagi
makanan yang halal dimakan tetapi,kenapa kita memilih makanan yang syubhah dan haram.
Ini kerana apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita sendiri kelak. Dulu
mungkin tidak ramai ambil pusing termasuk rakyat china sendiri namun apabila virus ini
dikatakan merebak daripada ular dan kelawar, ramai mula tidak senang duduk, tidak tenteram
hatinya. Larangan ini mengandungi hikmah yang begitu besar kepada kita untuk penjagaan
kesihatan diri kita dan menjaga sistem biologi manusia agar tidak rosak oleh virus yang
mungkin timbul daripada badan haiwan eksotik ini. Bahkan sehingga hari ini saintis masih
tidak lagi menemui sebarang vaksin yang boleh menyembuhkan virus ini. Ini juga
menunjukkan bahawa apa yang terkandung di dalam al quran itu benar iaitu makan makanan
yang halal sangat penting untuk mengelakkan daripada perkara sebegini berlaku. Adalah
diharapkan kekecohan yang timbul berpunca jamahan haiwan eksotik di wuhan ini akam
memberi keinsafan untuk semua, bahawa dalam dunia serba moden, terdapat amalan
tradisional yg perlu ditinggalkan kerana ia lapuk dan berisiko tinggi. Ini juga merupakan
waktu yang terbaik untuk kita sebagai hamba Allah untuk bertaubat dan berdoa kepada Allah
agar apa yang kita alami pada waktu ini akan kembali seperti biasa kerana sesungguhnya
Allah itu maha mendengar dan maha pengampun.
CADANGAN DALAM MEMPEROLEH MAKANAN YANG HALAL

Umat islam dituntut supaya mencari makanan yang halal.Mencari yang halal itu adalah
wajib.Maknanya umat islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang
benar-benar halal lagu baik, yakni suci, bersih dan berkhasiat.Halal suatu makanan dan
minuman itu adalah berkaitan dengan sumbernya, cara pemprosesan, premis atau
tempatnya.Oleh itu, cadangan saya bagi mengelakkan diri kita dari makan makanan yang
haram ialah misalnya sekiranya makanan yang kita makan itu melibatkan haiwan seperti
ayam, lembu,kambing (haiwan yang halal dimakan) kita perlulah memastikan haiwan itu
disembelih dengan prosedur yang betul yakni wajib memutuskan urat halkum dan urat
marih.Oleh itu,para pengguna adalah dinasihatkan untuk membeli ayam yang telah mendapat
pengesahan halal daripada JAKIM atau badan-badan islam luar Negara yang diiktiraf oleh
JAKIM.Pengguna juga boleh merujuk kepada label bungkusan atau penandaan yang tertera
(rujuk gambar), dan pengguna berhak menolak produk yang tiada penandaan yang jelas atau
meragukan dari sudut bekalannya.Oleh itu, sangat penting untuk kita membaca dulu perihal
tentang sesuatu produk itu sebelum membeli.Ini adalah penting terutamanya produk yang
melibatkan makanan.Ini adalah untuk mengelakkan kita daripada membeli makanan yang
mempunyai unsur khinzir atau sesuatu yang tidak baik untuk kita makan.Sebagai contoh
produk makanan marshmallow .Marshmallow adalah antara produk yang mengandungi
gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status
halalnya.Walaupun ada pengeluaran dan pemprosesan produk ini di Malaysia, namun
jumlahnya amatlah terhad.Justeru itu, bagi penggemar marshmallow terutamanya kanak-
kanak, ibubapa perlu perlu memastikan produk tersebuat mempunyai logo halal Malaysia
atau logo dari badan pensijilan halal luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Lebih
mengelirukan, ada pengusaha makanan dan minuman yang mendakwa produk mereka adalah
halal kerana tidak mengandungi unsur-unsur daging khinzir atau alkohol, namun mereka
tidak mempunyai sijil perakuan halal daripada JAKIM.Ini adalah untuk mengelakkan
daripada timbulnya perdebatan dalam kalangan pengguna di negara ini mengenai isu halal
dan haram sesuatu makanan itu.Barangan tanpa logo halal belum tetntu halal.Oleh itu, kita
tertutamanya umat islam tidak wajar membeli atau menggunakan barangan tersebut.Begitu
juga restoran atau kedai makan yang tidak mempunyai logo halal sah dan diiktiraf kerajaan
tidak sepatutnya menjadi pilihan umat islam.Sedikit tip untuk orang yang gemar melancong
ke luar Negara.Mencari kedai makan yang halal adalah wajib untuk kita.Oleh itu, kita perlu
mencari restoren dan juga tempat makan yang mempunyai logo halal oleh itu kita boleh
menggunakan internet untuk mencari restoran yang direkomendasikan sebagai tempat makan
yang halah.Selain itu, kita juga boleh mengambil langkah persediaan dengan membawa
sendiri makanan sendiri sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya tidak menemui tempat makan
yang halal.
HIKMAH MAKAN MAKANAN YANG HALAL

Antara hikmah yang boleh kita dapat daripada makan makanan yang halal ialah dapat
menyihatkan tubuh badan.Kesihatan tubuh badan termasuklah dari aspek fizikal, mental dan
rohani.Pemakanan yang baik dapat mempengaruhi pemikiran seseorang.Ianya menjadikan
seseorang itu lebih cergas, sihat dan kehidupannya lebih terjamin.Sebagai contoh sekiranya
kita mengambil langkah makan makanan sunnah rasullullah SAW seperti kismis, madu,
kurma dan sebagainya sebagai makanan harian kita.Ia akan memberi kita banyak kebaikan
kepada tubuh badan kita sebagai contoh kismis ialah buah anggur kering yang kaya dengan
pelbagai vitamin, riboflavin dan folat.Selain itu, mineral surih bernama boron membantu
meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.Kismis
juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan
peredaran darah,merawat anemia, mengutkan jantung dan menerangkan hati selain dari
terkenal dengan kelebihannya kepada otak.Tidak dapat dinafikan lagi dengan langkah kita
mengambil makanan yang halal lagi baik dapat memberikan manfaat kepada diri
kita.Seterusnya, dengan makan makanan yang halal kita dapat terhindar dari
kemungkaran.Bagi umat islam sendiri, konsep halalan toyyiban itu sendiri dapat
menghidarkan diri dari perbuatan dosa.Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh imam
Muslim, menyatakan bahawa salah satu doa yang tidak diterima Allah adalah kerana
makanan yang dimakannya ialah daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber
yang haram dan pakaiannya juga daripada sumber yang haram.Ini kerana apa yang kita
makan akan menjadi dari sebahgian darah daging kita.Oleh itu, pengambilan makanan
halalan tayibban dapat membentuk darah daging yang baik dan dapat membantu melahirkan
insan yang mempunyai sahsiah yang terpuji.dan hikmah yang paling besar dan penting oleh
semua insan ialah terhindar daripada penyakit yang memberhaya sesungguhnya Allah swt
tidak akan mengharamkan sesuatu makanan itu sekiranya ia tidak memberi kesan yang buruk
pada diri kita misalnya,Allah s.w.t telah mengharamkan daging babi kerana kajian sains
membuktikan bahawa terdapat cacing pita dan virus JE (Japanese Enceplytis) dalam
babi.Kedua-duanya dikatakan sukar untuk dibunuh.Maka dari itu, mematuhi perintah Allah
s.w.t dalam menjaga soal makanan dan minuman atau apa juga produk kegunaan umat islam
hanya yang halal amat penting supaya memberi kebaikan kepada individu itu sendiri terutama
dari segi kesihatan.
RUJUKAN

Muslim food industries, 2019, kepentingan makan makanan yang halal, daripada
https://www.meemuslim.com.my/2019/01/23/kepentingan-halalan-toyyiban/

Salamwebtoday, mencari makanan yang halal itu wajib, daripada


https://today.salamweb.com/ms/mencari-makanan-yang-halal-itu-wajib/

JAKIM Sabah, (2014), mencari yang halal adalah suatu kewajipan, di ambil pada march 8,
2018, daripada
http://jakimsabah.islam.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=84:menca
ri-yang-halal-adalah-suatu-kewajipan&catid=32:artikel&Itemid=180&lang=ms

Sinar harian, hidangan haiwan eksotik, di ambil pada Jun 11, 2020, daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/67813/ANALISIS-SEMASA/Hidangan-haiwan-
eksotik-Penguat-tenaga-atau-punca-bala-dunia

Abu Humayd Sufri Mahnud, (2015), wahai sekalian manusia, shah alam, Grup Buku
Karangkraf daripada
https://books.google.com.my/books?id=hl1wCgAAQBAJ&pg=PA14&lpg=PA14&dq=Dala
m+pada+itu,+manusia+secara+tradisinya+mempunyai+musuh+ketat.Musuh+inilah+yang+tel
ah+menyebabkan+nenek+moyang+manusia+iaitu+adam+dan+hawa,+diusir+keluar+dari+sy
urga+dan+dicampakkan+ke+bumi.Kerana+hasutan+dan+godaan+syaitanlah+manusia+hingg
a+kini+terpaksa+mengharungi+kehidupan+serba+mencabar+dan+penuh+ujian+di+dunia.Ses
eungguhnya+Allah+SWT+Maha+mengetahui+hikmah+di+sebalik+segala-
galanya&source=bl&ots=uxXsS1YtAn&sig=ACfU3U3ft74RPl4x0AQ4dQZsMIMvRX4rKQ
&hl=ms&sa=X&ved=2ahUKEwimzeWK2ffpAhU47XMBHWv_CIkQ6AEwAHoECAoQA
Q#v=onepage&q=Dalam%20pada%20itu%2C%20manusia%20secara%20tradisinya%20me
mpunyai%20musuh%20ketat.Musuh%20inilah%20yang%20telah%20menyebabkan%20nene
k%20moyang%20manusia%20iaitu%20adam%20dan%20hawa%2C%20diusir%20keluar%2
0dari%20syurga%20dan%20dicampakkan%20ke%20bumi.Kerana%20hasutan%20dan%20g
odaan%20syaitanlah%20manusia%20hingga%20kini%20terpaksa%20mengharungi%20kehi
dupan%20serba%20mencabar%20dan%20penuh%20ujian%20di%20dunia.Seseungguhnya%
20Allah%20SWT%20Maha%20mengetahui%20hikmah%20di%20sebalik%20segala-
galanya&f=false

Anda mungkin juga menyukai