Anda di halaman 1dari 25

ULUM AL-QURAN

SEJARAH DAN KEPENTINGAN DHABTUL QURAN


Mashaf Uthman ditulis tanpa baris dan titik. Oleh kerana itu, menyebabkan
kemungkinan berlakunya pembacaan dengan pelbagai cara. Namun, umat islam
pada masa tersebut, walau dimanapun jua mereka berada mereka tetap mempunyai
kefasihan semulajadi serta dapat membezakan ayat-ayatnya dan membaca dengan
betul tanpa memerlukan baris atau titik. Melalui penerangan Abu Ahmad al-Askary,
selama lebih 40 tahun umat islam membaca al-Quran berpandukan mashaf Uthman
yang tidak mempunyai baris serta titik dan ia berlarutan sehingga pada zaman Abdul
Malik bin Marwan dan sejak itu terjadilah berbagai-bagai kesalahan dan
penyelewengan dalam pembacaan al-Quran. Permasalahan ini berlaku disebabkan
oleh percampuran mereka dengan bangsa-bangsa asing. Segelintir pembesar
negeri berasa bimbang serta curiga akan berlaku penyelewengan dan kesalahan
dalam pembacaan al-Quran sekiranya mashaf tersebut masih dikekalkan dalam
keadaan yang tidak mempunyai baris dan titik. Berikutan dari faktor itu, mereka telah
memikirkan cara untuk mewujudkan bentuk baris-baris tertentu agar pembacaan alQuran tidak akan berlaku kesalahan serta penyelewengan lagi. Mereka yang terlibat
dalam usaha ini ialah Ubaidullah bin Ziad dan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi. Ziad
telah memerintahkan seorang yang berketurunan Parsi supaya menambahkan
huruh alif kepada kalimah yang telah ditulis alifnya. Contohnya perkataan
diperintahkan supaya ditulis . Manakala al-Hajjaj pula dikatakan bahawa beliau
telah membaiki tulisan al-Quran pada sebelas tempat. Oleh itu, setelah tulisan alQuran ini dielokkan, kelihatan lebih jelas dibaca serta mudah difahami.
Golongan yang terlibat dengan proses untuk menghias dan mengelokkan al-Quran.

Abu
Aswad
al-Dualy

Yahya
bin
Yamar

Nasir
bin
Asim
al-Haisy

ULUM AL-QURAN
Usaha mengelokkan tulisan al-Quran itu tidaklah selesai dan sempurna dilakukan
dengan sekaligus sahaja, tetapi usaha itu dilakukan secara berterusan dan
berlanjutan dari satu generasi kepada generasi yang lain sehinggalah tulisan itu
menjadi begitu indah pada akhir kurun ketiga Hijrah. Proses untuk menghias dan
mengelokkan al-Quran bukanlah satu perkara yang mudah, bahkan ia mengambil
masa yang panjang untuk menyelesaikannya. Maka usaha ini dipikul oleh Abu
Aswad al-Dualy, Yahya bin Yamar dan Nasir bin Asim al-Laisy. Namun diantara
ketiga-tiga nama tersebut, yang paling masyhur ialah Abu Aswad al-Dualy. Abu
Aswad al-Dualy dikenali sbagai orang pertama yang menggubal bebrapa nahu
Bahasa Arab atas perintah Saidina Ali bin Abu Talib. Jadi usaha beliau meletakkan
baris al-Quran itu mungkin merupakan lanjutan dari usahanya dalam bidang nahu
tadi. Terdapat satu kisah yang menceritakan bahawa beliau mendengar seseorang
yang sedang membaca firman Allah: " dengan membaca
baris bawah bagi huruf lam pada kalimah . Kesalahan bacaan itu
memeranjatkan Abu Aswad, lalu beliau berkata maha suci Allah dari bersikap
membiarkan Rasul-Nya bersendirian. Beliau terus menemui Ziad yang merupakan
gabenor Basrah lalu Abu Aswad mengatakan bahawa beliau sedia menjalankan
tugas dalam usaha bagi mengelokkan al-Quran. Bertitik tolak dari peristiwa itu Abu
Aswad mengorak langkah berfikir serta lebih fokus dan serius. Hasil daripada usaha
beliau itu, beliau berjaya mencipta satu kaedah bagi tanda-tanda tersebut. beliau
menjadikan satu titik diatas huruf sebagai alamat baris diatas juga dikenali sebagai
fathah. Satu titik di bawah huruf sebagai tanda baris bawah atau turut dikenali
sebagai kasrah. Manakala satu titik di celah bahagian huruf sebagai tanda baris di
hadapan juga dikenali sebagai dhommah dan dua titik sebagai alamat baris mati
iaitu sukun. Namun ada ulama berpendapat bahawa kerja Abu Aswad itu adalah
perintah dari Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Namun, amat sukar bagi kita untuk
menerima dan menentukan faktor yang sebenar yang menyebabkan Abu Aswad
melakukan tugas mengelokkan al-Quran.

Cuma satu perkara yang tidak dapat

dinafikan ialah beliau merupakan orang pertama dan pelopor dalam memikul
tanggungjawab yamg berat itu.

ULUM AL-QURAN
Seterusnya pula mengenai usaha Yahya bin Yamar . beliau merupakan orang
pertama yang melakukan perkara yang sama dengan Abu Aswad di Kota Marw.
Mengenai Nasir bin Asim al-Haisy pula adalah dipercayai bahawa usaha beliau
dalam lapangan ini merupakan sambungan dan lanjutan dari usaha yang kedua-dua
gurunya iaitu Abu Aswad dan Ibn Yamar. Sebagaimana yang telah diterangkan
dahulu bahawa beliau mempelajari al-Quran dari kedua-duanya. Dapat disimpulkan
bahawa mereka bertiga memainkan peranan masing-masing dalam usaha
mengelokkan tulisan al-Quran dan mempermudahkan jalan bacaannya kepada
orang ramai. Di samping itu, kita juga tidak boleh melupakan jasa al-Hajjaj yang
tidak kurang pentingnya dalam memainkan peranan mengawasi dan mengambil
berat tentang penyelenggaraan kerja tersebut.
Semakin jauh manusia dari zaman Rsulullah, semakin bertambah kuat minat mereka
untuk bacaan al-Quran dan memperelokkan tulisannya. Langkah-langkah yang telah
diambil kearah ini mempunyai pelbagai bentuk dan cara. Al-Khalil, umpamanya
merupakan orang yang pertama yang telah berusaha menyusun atur mengenai titiktitik di dalam al-Quran mengikut jenis-jenisnya serta sebab-sebabnya sekali di dalam
sebuah buku khas. Beliau juga merupakan orang pertama yang yang telah
meletakkan beberapa tanda di dalam al-Quran seperti huruf hamzah, alamat
tasydid, alamat rum dan alamat al-isymam. Abu Haitam al-Saijstani pula ialah
menyusun sebuah kitab mengenai titik al-Quran dan baris-barisnya. Dengan lahirnya
kitab al-Sajistani ini, maka proses memperelokkan tulisan al-Quran hampir mencapai
kemuncak kesempurnaan. Kemuncak kesempurnaan itu menjelang akhir kurun
ketiga Hijrah. Pada masa itu, tulisan al-Quran benar-benar indah dan cantik. Sejak
itu juga, orang ramai telah mula berlumba-lumba mengukir berbagai-bagai jenis khat
yang cantik-cantik serta tanda-tanda untuk membezakan tulisannya, seperti
meletakkan tanda bengkok seperti busar panah untuk membezakan huruf-huruf
yang bertasydid dan tanda baris di atas, di bawah, atau ditengah-tengah wasal
mengikut harakah huruf sebelumnya, sama ada baris bawah, baris atas, atau baris
hadapan.

ULUM AL-QURAN
Semasa proses pengelokan dan pembaharuan tulisan al-Quran diselenggarakan,
banyak halangan dan rintangan yang cuba menyekat usaha-usaha pengelokan
tulisan al-Quran. Sehingga pada kurun ketiga pun terdapat suara-suara sumbang
para ulama yang menyekat dan menentang proses meletakkan titik pada hurufhuruf al-Quran. Penentangan ini bermula sejak zaman para sahabat lagi dan
seterusnya hinggalah ke zaman tabiin. Terdapat para ulama pada masa itu yang
yang bukan sahaja tidak senang dengan pembaharuan tadi tadi malah ada pula isu
yang mereka tidak tidak membenarkan meletakkan kuntum-kuntum bunga ros di
celah-celah lipatan helaiannya. Akan tetapi apabila sampai pada zaman selepas
tabiin sikap para ulama terhadap isu itu agak liberal sedikit. Namun begitu masih
juga terdapat segolongan ulama konservatif pada masa itu yang tidak setuju dan
menentang pengelokan dan pembaharuan al-Quran. Pada mereka perkara itu
merupakan perkara yang ditegah. Selepas zaman tersebut, ramai golongan yang
berfikiran luas dan sederhana telah muncul dalam kalangan ulama. Mereka
menyokong pembaharuan dan pengelokan al-Quran kerana pada pendapat mereka
ia tidak sekali-kali menyebabkan kerosakan serta tidak juga menghilangkan
kesucian dan keaslian al-Quran. Walau bagaimanapun, mereka tidak bersetuju
dengan langkah meletakkan tanda tasyirah iaitu tanda menunjukkan sepuluh ayat,
kerana ini merupakan unsur luar yang tiada ada kaitan dengan al-Quran. Jadi dalam
pengharusan itu mereka membezakan tanda-tanda seperti titik-titik itu daripada
tanda-tanda seperti tasyirah dan sebagainya. Meletakkan titik dan baris adalah
diharuskan kerana tindakan itu bukanlah merupakan unsur-unsur yang boleh
mengelirukan diantara al-Quran dengan yang bukan al-Quran. Lagipun itu hanya
merupakan tanda-tanda yang menunjukkan cara bacaan semata-mata. Bagi mereka
yang memerlukan kepada tanda itu, perlulah digunakan untuk memudahkan lagi
bacaan al-Quran serta mengelakkan dari terjadinya sebarang masalah dan
kesilapan.
Masa berlalu, angin perubahan bertiup kencang menukar serta memperbahariu
tekad manusia sejagat. Jika diimbas kembali zaman dahulu bahawa mereka begitu
membenci dan menentang dengan keras usaha meletakkan titik dan baris pada alQuran, tetapi sekarang mereka begitu berminat sekali dengan usaha itu. Dalam hal
ini, al-Nawawi menerangkan bahawa meletakkan titik dan baris adalah diharuskan
dan patut digalakkan. Ini kerana ia dapat memlihara dan melindungi al-Quran

ULUM AL-QURAN
daripada sebarang perubahan dan kesalahan dalam pembacaan yang boleh
merosakkan makna.
Akhirnya, para ulama telah menerima serta menggalakkan menulis nama-nama
surah di setiap permulaan surah, meletakkan simbol-simbol fasilah di kepala setiap
ayat, membahagikan al-Quran kepada juzu-juzu, membahagikan juzu kepada
ahzab dan seterusnya ahzab kepada arba atau setiap unsur tadi ditanda dengan
simbol-simbol

tertentu.

Apabila

orang

ramai

telah

sampai

ke

peringkat

mengharuskan bagi diri mereka menulis lambing-lambang yang menjadi sempadan


antara ayat-ayat al-Quran dan seterusnya tidak merasa ragu lagi untuk menulis tajuk
di permulaan setiap surah, maka jalan telah dibuka luas di hadapan mereka untuk
meneruskan usaha-usaha mereka yang selanjutnya bagi mencantikkan serta
mengelokkan lagi mashaf.
Para penulis khat juga mengambil peranan mereka dalam proses mengelokkan
bentuk mashaf dan mencantikkan lagi tulisannya. Satu riwayat mengatakan bahawa
Khalifah al-Walid telah memilih seorang penulis yang terkenal dengan kecantikan
khatnya iaitu insan yang bernama Khalid bin Abu al-Hiyaj untuk menulis beberapa
mashaf. Sehingga akhir kurun yang keempat, segala mashaf ditulis oleh tukangtukang khat dengan menggunakan khat kufah. Kemudian pada awal kurun yang
kelima pula tulisan itu digantikan dengan khat nasakh yang indah. Dalam khat
nasakh ini ia lebih sempurna, lengkap dengan segala titik-titik dan tanda baris
seperti yang terdapat dalam tulisan yang kita gunakan pada masa kini.
Gerakan pencetakkan al-Quran telah melalui beberapa peringkat perkembangannya.
Pencetakkan al-Quran yang berbentuk keislaman yang tulen pertama kali lahir di
Bandar Saint-Petersbourg di Rusia yang diusahakan oleh Maulaya Uthman.
Kemudian, satu peristiwa penting dalam pencetakan al-Quran iaitu dengan lahirnya
satu cetakan al-Quran yang begitu cantik, menarik, dan halus buatannya di Kota
Kaheerah atas pengawasan dan penyeliaan dari pembesar ulama al-Azhar pada
tahun 1342 Hijrah bersamaan dengan 1923 Masihi yang dipersetujui oleh satu
jawatankuasa yang dilantik khas oleh Raja Fuad, Raja Mesir pada masa itu. Mashaf
ini dicetak mengikut bacaan riwayat Hafs bagi bagi bacaan Asim. Seluruh Negara
islam menyambut baik cetakan ini. Oleh sebab itu tidak hairanlah kalau kita dapati

ULUM AL-QURAN
setiap tahun al-Quran dicetak dan disebarkan berjuta-juta naskhah untuk digunakan
oleh umat islam sejagat.

ULUM AL-QURAN
KONSEP DAN PENGERTIAN ASBABUN NUZUL DAN PERKARA YANG
BERKAITAN DENGANNYA
Asbabun nuzul merupakan perkara-perkara atau kejadian yang menyebabkan Allah
menurunkan sesuatu wahyu al-Quran kepada Nabi Muhammad untuk menjelaskan
perkara tersebut disamping menyempurnakan takdir Allah ke atas wahyu-Nya. Ini
bermaksud apanila Baginda menghadapi masalah samada persoalan itu ditanya
kepada baginda atau bagnda sendiri yang menghadapinya, maka baginda terpaksa
menunggu turunnya wahyu bagi menyelesaikan masalah tersebut. Oleh sebab itulah
ia dikatakan asbabun nuzul.
Mengetahui sebab-sebab penurunan al-Quran amat penting kerana ia menghasilkan
banyak faedah. Melalui penurunan al-Quran ianya akan menjelaskan bahawa alQuran itu turun daripada Allah Taala. Kadang-kadang apabila Nabi s.a.w. ditanya
tentang sesuatu, Baginda tidak menjawab. Sebaliknya, Baginda menunggu
penurunan wahyu. Contohnya firman Allah Taala (al-Isra 17:85). Maksudnya: Dan
mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah roh itu termasuk urusan
Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit. Abdullah bin
Masud menerangkan bahawa:

:
:

)



)

Maksudnya:
Seorang Yahudi telah bertanya, Wahai Abu al-Qasim, apa itu ruh? Baginda diam
dan tidak menjawab. Aku dapat tahu bahawa wahyu sedang turun lalu aku terus
menunggu. Selepas selesai wahyu turun, Baginda membaca (yang bermaksud):

ULUM AL-QURAN
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah Roh itu termasuk
urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.
Ada masanya pula, Baginda tidak mengetahui sesuatu perkara yang berlaku, tetapi
wahyu turun menerangkan perkara itu. Contohnya firman Allah Taala (al-Munafiqun
63:8). Maksudnya: Mereka berkata Sesungguhnya jika kita telah kembali ke
Madinah, benar-benar orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah
daripadanya.
Zaid bin Arqam menerangkan bahawa, beliau mendengar ketua golongan munafik
iaitu Abdullah bin Ubai berkata demikian (seperti dalam ayat). Dia maksudkan dialah
yang lebih mulia dari Rasulullah serta sahabatnya yang lebih hina. Zaid
memberitahu pakciknya dan pakciknya memberitahu Rasulullah s.a.w..Baginda
memanggil Zaid dan Zaid telah menerangkan apa yang dia dengar. Baginda
memanggil Abdullah bin Ubai dan pengikutnya dan mereka bersumpah bahawa
mereka tidak mengatakan demikian dan Baginda percaya pengakuan mereka. Allah
Taala menurunkan ayat ini sebagai membenarkan kata-kata Zaid. Dengan itu
barulah jelas perkara sebenarnya kepada Rasulullah s.a.w..
Kedua, ia juga menjelaskan bahawa Allah Taala mengambil berat tentang rasulNya
dengan mempertahankannya. Contohnya firman Allah Taala (al-Furqan 25:32).
Maksudnya:
Berkatalah orang-orang yang kafir. Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan
kepadanya sekali turun sahaja?Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu
dengannya dan Kami membacakannya secara tartil (teratur dan benar).
Begitu juga ayat-ayat al-Ifk (tuduhan) yang mempertahankan dan menyucikan orang
rumah Baginda daripada usaha keji pembuat tuduhan.
Ketiga, ia menjelaskan bahawa Allah Taala mengambil berat tentang hambahambaNya dengan meleraikan musibah-musibah dan menghilangkan kesusahan
mereka. Contohnya ialah ayat tayammum. Dalam sebuah hadis diterangkan:

ULUM AL-QURAN


: ,
:( ,
)
Maksudnya:
Rantai Aisyah telah hilang semasa beliau bersama Rasulullah s.a.w. dalam satu
pengembaraan. Bagindapun tidak berganjak kerana ingin mencari rantai itu. Orang
ramai juga tidak berganjak dan bekalan air mereka sudah habis. Mereka mengadu
kepada Abu Bakar. Maka Allah Taala menurunkan ayat tayammum lalu mereka pun
bertayammum. Seorang sahabat iaitu Usaid bin Hudair berkata,
Ini bukanlah keberkatan pertama bagi kamu semua wahai keluarga Abu Bakar.
Akhir sekali ialah kefahaman ayat dengan tepat. Contohnya firman Allah Taala (alBaqarah 2:158). Maksudnya: Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian
dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke baitullah atau berumrah,
maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sai antara keduanya. Zahir daripada
perkataan ( yang bermaksud: Maka tiada dosa baginya) ialah hukum sai
antara Safa dan Marwah ialah mubah yakni harus.
Asim bin Sulaiman berkata:

:

)
( :
( : )
9

ULUM AL-QURAN
Maksudnya:
Aku telah bertanya Anas bin Malik tentang Safa dan Marwah. Beliau menjawab,
Dahulu kami menganggapnya amalan Jahiliyah. Jadi apabila datang Islam, kami
tidak bersai antaranya. Maka Allah Taala turunkan (ayat yang bermaksud):
"Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah. sehingga
firmanNya (yang bermaksud): Mengerjakan sai antara keduanya.
Dengan ini jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan tiada keberatan bukanlah
penjelasan asal hukum sai, akan tetapi yang dimaksudkan ialah penolakan rasa
berat untuk melakukan sai antara keduanya kerana menganggap sai adalah
amalan jahiliyah. Hukum sai telah dijelaskan oleh Allah Taala dalam firmanNya (alBaqarah 2:158) yang bermaksud: Sebahagian dari syiar Allah.
Terdapat cara untuk mengenal pasti asbab al-nuzul. Namun, tiada cara lain untuk
mengetahui sebab nuzul selain riwayat yang sahih. Al-Wahidi, dengan sanadnya
sendiri, meriwayatkan dari ibn Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda, Berhatihatilah (dalam meriwayatkan) hadis, kecuali yang benar-benar kalian ketahui sebab
barangsiapa mendustakan ke atas diriku secara sengaja, maka hendaklah bersiapsiap menempah neraka. Dan barangsiapa berdusta atas al-Quran tanpa ilmu, maka
(juga) hendaklah bersiap-siap menempah neraka. Oelh itu, dilarang mengatakan
sesuatu tentang asbab nuzul kecuali dengan meriwayatkan dan mendengar dari
mereka yang menyaksikan penurunan al-Quran serta mengetahui sebab-sebabnya
dan menelitinya. Apabila seorang sahabat meriwayatkan sebab nuzul maka ia boleh
diterima walaupun tidak dikukuhkan oleh riwayat lain. Hal ini kerana, pernyataan
seorang sahabat mengenai persoalan yang tidak menjadi lapangan ijtihad hukumnya
adalah marfu, kerana sangat tidak mungkin seorang sahabat menjelaskan hal itu
dari dirinya sendiri, walhal hal itu sumbernya hanya mendengar dan meriwayatkan
atau menyaksikan dan mengalihkan.
Ulama menggunakan uslub-uslub yang berbeza untuk menunjukkan sabab nuzul.
Terdapat empat uslub yang bakal kita selusuri bersama. Pertama ialah, uslub secara
terang menggunakan kata sabab. Contohnya ialah dikatakan sabab nuzul ayat ini
begini. Uslub seperti ini merupakan pernyataan yang terang dan jelas dan
menyatakan sabab serta tidak terdapat gambaran pengertian-pengertian yang
berbeza. Kedua pula, menggunakan kata fa yang termasuk ayat yang turun

10

ULUM AL-QURAN
setelah menjelaskan sesuatu peristiwa. Uslub ini sama dengan yang sebelumnya
dalam hal yang menunjukkan sabab nuzul. Seterusnya pula, pada masa lain
Rasulullah ditanya lalu wahyu turun dan beliau menjawab persoalan itu dengan
berdasarkan wahyu yang diperoleh baginda, tanpa ada uslub yang mengandungi
kata sabab juga tanpa ada fa, akan tetapi makna sababnya dapat kita fahami
daripada ayat itu. Contohnya mengenai peristiwa sewaktu nabi ditanya persoalan
mengenai roh. Ini juga mengandungi kata sabab yang tegas. Keempat, adakalanya
tidak digunakan berdasarkan uslub-uslub seperti yang dihuraikan sebelumnya, tetapi
dikatakan, Ayat ini turun mengenai masalah ini. Ia bukan merupakan uslub yang
terang dan jelas akan tetapi ia adalah menunjukkannya dan mungkin enunjukkan
yang lain, iaiatu penjelasan kandungan hukumnya dan pengertiannya.
Contohnya, riwayat yang ditakhrij oleh Imam Muslim dari Jabir katanya: Kaum
Yahudu mengatakan Siapa yang menyetubuhi isterinya dari arah belakang ke
dalam (qubulnya), maka anaknya akan juling (matanya). Lalu Allah s.w.t
menurunkan firmannya dalam surah al-Baqarah, 223:


Maksudnya:
Isteri-isteri kamu adalah seperti tanah kamu bercucuk tanam, maka datangilah
tempat bercucuk tanam itu bagaimana kamu kehendaki dan kerjakanlah amal yang
baik untuk dirimu dan taqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak
akan menemui-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.
Juga riwayat yang ditakhrij oleh Imam Bukhari dan Ibn Umar, katanya ayat di atas
diturunkan berkenaan masalah menyetubuhi isteri melalui duburnya. Yang
digunakan ketika menjelaskan sabab nuzul ayat diatas ialah riwayat Jabir, kerana
secara terang menunjukkan sebab nuzul. Manakalan riwayat Umar diertikan sebagai
penjelasan tentang hukum menyetubuhi isteri melalui dubur iaitu haram kerana
mengambil daripada pengertan itu.

11

ULUM AL-QURAN
Secara terperinci, berkaitan dengan sebab nuzul al-Quran dapat dibahagiakan
kepada beberapa bahagian iaitu:

Satu Ayat Satu Sebab Nuzul


Berlaku pada sesetengah ayat yang telah diturunkan dengan pernyataan dan
riwayat sebab nuzul yang jelas tanpa ada banyak riwayat yang menghubungkannya
dengan asbab nuzul lain.



Contohnya ketika turunnya ayat 214 surah al -Syuara, yang maksudnya :
Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Nabi
telah pergi menaiki Bukit Safa, lalu baginda berseru: Wahai kaumku sekalian! Maka
mereka semua berkumpul berhampiran dengan Nabi. Baginda berseru lagi:
Bagaimana pendapat kamu apabila aku memberitahu kepada kamu bahawa di
sebalik bukit ini terdapat pasukan berkuda yang akan menyerang kamu, percayakah
kamu terhadap kata-kataku ini? Mereka menjawab: Kami belum pernah mendapati
kamu berdusta. Lantaran itu Abu Lahab menyambung kata-kata: Celakalah
engkau: Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk urusan ini ? Maka
turunlah Surah al-Masad. Sebagaimana firman Allah:

12

ULUM AL-QURAN
Maksudnya:
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan
segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran
api neraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya seorang perempuan
pemunggah kayu api! Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal.
( Surah al-Masad ayat 1-5)
Ayat tersebut telah diturunkan untuk membalas celaan serta mencela Abu Lahab
yang mencaci dan mencela nabi.

Satu ayat beberapa sebab nuzul


Jika ada dua riwayat mengenai satu ayat yang turun dan menyebutkan sebab yang
jelas , maka kedua-duanya perlu dikaji lebih lanjut. Maksudnya terdapat beberapa
riwayat tentang sebab nuzul sesuatu ayat.Huraiannya ada 6.
Pertama, apabila riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang asbabun
nuzul, namun begitu satu daripadanya adalah riwayat yang sahih maka hendaklah
diterima riwayat yang sahih itu.
Contohnya:
Riwayat pertama iaitu , hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim
daripada Jundub al-Bajali.Terjemahannya : Nabi mengalami sakit, menyebabkan
dua atau tiga malam baginda tidak bangun sembahyang malam. Maka datanglah
seorang wanita menemui baginda dan berkata : Wahai Muhammad! Aku rasa
syaitanmu telah meninggalkanmu, sepanjang dua atau tiga malam ini ia tidak
menghampirimu lagi. Maka Allah menurunkan ayat:
Maksudnya : Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi , Bahawa tuhanmu
( Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu,
sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) .
(Surah Dhuha ayat 1-3)

13

ULUM AL-QURAN
Riwayat kedua pula , hadis riwayat daripada al-Tabarani dan Ibn Abi Syaibah
daripada Hafs Ibn Maisarah daripada ibunya, daripada budak perempuan pembantu
rumah nabi yang meriwayatkan :


:
:
.

Terjemahannya :
Bahawa seekor anak anjing telah memasuki rumah nabi lalu masuk di bawah katil
tempat tidur, lalu mati di situ. Sebab itu selama empat hari wahyu tidak turun kepada
baginda. Maka baginda bersabda : Wahai Khaulah apa yang telah terjadi di rumah
Rasulullah ini , sehingga Jibril tidak datang kepadaku ? Maka aku berkata dalam
diriku: Alangkah baiknya seandainya aku mengemas rumah ini dan menyapunya.
Lalu aku menyapu di bawah katil tempat tidur, maka aku keluarkan bangkai anak
anjing. Selepas itu nabi datang dengan janggutnya terketar-ketar. Adalah nabi
apabila turunnya wahyu, baginda terketar. Maka Allah menurunkan ayat:
Maksudnya :
Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi . Bahawa tuhanmu ( Wahai
Muhammad) tidak meningalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana
yang dituduh oleh kaum musyrik) .
(Surah Dhuha ayat 1-3)
Menurut Ibn Hajar, dalam Sahih Bukhari, tentang lewatnya datang wahyu kerana
ada bangkai anak anjing di rumah baginda adalah masyhur. Namun begitu, kisah itu

14

ULUM AL-QURAN
untuk dijadikan sebab nuzul merupakan satu yang gharib dan tidak sesuai dengan
martabat nabi.
Kita perlu mengambil riwayat pertama sebagai sebab nuzul. Riwayat pertama jelas
kesahihannya sedangkan riwayat kedua pula tidak sahih disebabkan di dalam
sanadnya terdapat perawi yang tidak diketahui namanya (rawi majhul). Pada riwayat
yang kedua ini tercium bau kepalsuannya . Selain itu , riwayat pertama diterima
kerana ia diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim.
Kedua, sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih, namun di antara keduanya masih
boleh ditarjihkan di antara salah satu daripadanya disebabkan salah satunya lebih
sahih di antara yang lain ataupun perawi pertama telah menyaksikan sendiri
kejadian tersebut, oleh itu, dalam keadaan tersebut, riwayat ini seharusnya diterima
sebagai sebab nuzul.
Riwayat pertama : Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn masud berkata :
Terjemahan : Suatu ketika aku berjalan bersama nabi di Madinah. Baginda
bertongkatkan daripada pelepah tamar. Ketika melintasi sekumpulan orang Yahudi,
salah seorang daripada mereka berkata ; Cubalah kamu tanya sesuatu kepadanya
(nabi). Lalu mereka bertanya, Ceritakan kepada kami tentang roh. Nabi berdiri dan
diam sejenak dan mengangkat kepala. Aku tahu waktu itu wahyu sedang turun
kepada baginda, hinggalah selesai penurunan wahyu. Selepas itu baginda
bersabda: Sebagaimana firman Allah :







Yang bermaksud : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang
roh. Katakanlah Roh itu dari perkara urusan tuhanku...
( Surah al Isra ayat 85 )

Riwayat kedua hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh imam al-Tirmizi
katanya : Orang-orang Quraisy berkata kepada orang Yahudi. Berilah kepada kami
sesuatu persoalan untuk kami tanya kepada lelaki ini (nabi Muhammad). Mereka

15

ULUM AL-QURAN
menjawab : Tanyalah kepadanya tentang roh. Maka mereka pun bertanya kepada
nabi. Maka Allah menurunkan ayat :







Terjemahan : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang roh.
Katakanlah Roh itu dari perkara urusan tuhanku...
( Surah al Isra ayat 85 )

Daripada kedua-dua riwayat tersebut, riwayat pertama adalah lebih rajih berbanding
riwayat kedua. Ini adalah kerana hadis pertama diriwayatkan oleh al-Bukhari.
Selain itu, Ibn Masud ada bersama nabi ketika peristiwa penurunan ayat tersebut
berlaku dan beliau menyaksikan sendiri keadaan itu. Justeru itu, riwayat pertama
diterima sebagai sebab nuzul ayat tersebut.

Ketiga, Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih dan tidak pula dapat ditarjihkan,
maka terimalah kedua-dua riwayat sebagai asbabun nuzul . Dalam konteks ini kita
hendaklah beralasan bahawa ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-dua
peristiwa atau sebab berkenaan dan dalam tempoh waktu yang berhampiran.
Riwayat pertama : Riwayat Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Ikrimah daripada
Ibn Abbas bahawa Hilal Ibn Umaiyyah telah menuduh isterinya berlaku sumbang
dengan Syuraik Ibn Shama di hadapan Rasulullah SAW lalu baginda bersabda
kepada Hilal: Bawakan bukti atau belakang kamu akan kusebat . Hilal berkata :
Wahai Rasululullah, bagaimana keadaannya kalau seseorang itu mendapati
isterinya berlaku sumbang dengan seorang lelaki, adakah ia perlu membawa
keterangan atau saksi juga ? Maka turunlah ayat kepada baginda :



16

ULUM AL-QURAN
Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka
tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri
,maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah ,
sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.
(Surah al-Nur ayat 6)
Riwayat kedua: Riwayat yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim , lafaz
hadis ini diambil dari Sahih al-Bukhari daripada Sahl bin Saad: Bahawa Umaymir
telah datang kepada Asim Ibn Adi iaitu ketua bagi suku Bani Ajlan sambil berkata :
Apa pendapat kamu seorang suami mendapati yang isterinya bersekedudukan
dengan lelaki lain , apakah patut ia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu ia
dibalas bunuh pula atau apakah yang sepatutnya dilakukan ? Tolonglah tuan hamba
bertanyakan Rasululah tentang perkara ini? Selepas itu, Asim pergi kepada
Rasulullah dan bertanya : Wahai Rasulullah (Asim bertanya tentang perkara
Uwaymir tadi), namun baginda tidak suka melayani pertanyaan seumpama itu. Lalu
baginda mengecam pertanyaan seumpama itu. Walau bagaimanapun, Uwaymir
masih tidak berpuashati , sambil beliau bersumpah: Demi Allah , aku tidak puas hati
kecuali aku sendiri bertanya kepada baginda tentang hal tersebut. Maka Uwaymir
pun datang menemui baginda sambil berkata : Wahai Rasuullah, seseorang lelaki
mendapati isterinya tidur bersama lelaki lain, adakah patut dia bunuh sahaja lelaki
itu, tetapi selepas itu, ia akan dibunuh balas pula, atau apakah yang sepatutnya ia
lakukan. Maka baginda menjawab:Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat
tentang kamu dan isteri kau kemudian nabi memerintahkan kepada suami isteri
untuk bermulaanah , sebagaimana Allah sebutkan di dalan kitabNya. Maka ia
melakukan lian dengan isterinya iaitu firman Allah :



Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka
tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri

17

ULUM AL-QURAN
,maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah ,
sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.
(Surah al-Nur ayat 6)
Kedua-dua riwayat tersebut sama-sama sahih oleh itu, kita hendaklah mengambil
kedua-dua riwayat itu sebab nuzul ayat berkenaan. Kedua-dua peristiwa itu berlaku
dalam masa yang berdekatan di mana dalam riwayat tersebut kita boleh
menyatakan bahawa orang pertama yang bertanya ialah Hilal ibn Umaiyyah ,
kemudian pertanyaan tersebut pula diikuti oleh Uwaymir sebelum jawapan
diberikan.
Keempat, sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan sama-sama sahih, dan
tidak dapat ditarjihkan antara satu sama lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkan
serentak disebabkan oleh jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa di antara
keduanya adalah jarak masa yang jauh. Kita hendaklah membuat tanggapan
bahawa ayat tersebut diturunkan berulang kali dengan berasaskan sebab
penurunannya juga lebih daripada satu.
Kita boleh melihat hal ini dengan melihat riwayat pertama iaitu hadis riwayat yang
dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan al-Bazzar daripada Abu Hurairah yang mengatakan
bahawa Rasululullah SAW berdiri di samping mayat Hamzah yang gugur syahid
dalam perang Uhud dalam keadaan tubuhnya yang dikelar-kelar lalu baginda
bersabda : Demi Allah sesungguhnya aku akan cincang 70 orang dari kalangan
orang kafir sebagai menuntut bela hak engkau. Maka di saat itu, Jibril menurunkan
ayat terakhir daripada surah al-Nahl sedang nabi masih berdiri dekat jenazah
Hamzah.
Firman Allah :

Maksudnya :
Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas
dengan kejahatan yan sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika

18

ULUM AL-QURAN
kamu bersabar , maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang
yang sabar.
(Surah al-Nahl ayat 126)
Riwayat kedua :
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ubay ibn kaab yang berkata : Ketika
berlangsungnya peperangan Uhud di mana 64 orang Ansar dan 6 orang Muhajirin
terkorban termasuk Hamzah yang dikelar-kelarkan tubuhnya, maka berkatalah
golongan Ansar : Sekiranya suatu hari nanti kami berjaya menimpakan kemalangan
seumpama ini terhadap mereka (orang kafir ) nescaya kami pasti akan akan
mengajar mereka secukup-cukupnya. Ketika hari pembukaan kota Mekah maka
Allah menurunkan ayat:



Maksudnya :
Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas
dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika
kamu bersabar , maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang
yang sabar.
(surah al-Nahl ayat 126)

Daripada kedua-dua riwayat ini kita tidak boleh mengumpulkan dan menyelaraskan
di antara kedua-dua riwayat tersebut. Ini adalah kerana jarak waktu di antara dua
peristiwa itu yang terlalu jauh.Jika dilihat , Peperangan Uhud berlaku pada tahun ke3 Hijrah manakala pembukaan Kota Mekah pula pada tahun-ke 8 Hijrah. Rumusan
yang boleh dibuat ialah ayat tersebut diturunkan sebanyak dua kali .
Dalam hal ini ternyata ada yang menganggap terdapat masalah dam penurunan
yang berulang , bahawa hal itu merupakan sasuatu yang sia-sia. Namun begitu
jawapan untuk kemusykilan itu ialah , bahawa ada hikmah lain yang sangat luhur
berkenaan dengan berulangnya nuzul iu, iaitu peringatan dari Allah kepada para

19

ULUM AL-QURAN
hambanya dan menarik perhatian mereka kepada apa yang terkandung di dalam
ayat-ayat yang diturunkan secara berulang itu , sama ada pesanan , faedah ataupun
lain yang diperlukan oleh manusia.

Kelima, apabila kedua-dua riwayat tidak tegas. Apabila perawi berkata, Ayat ini
diturunkan tentang hal ini. atau, Aku mengira ayat ini diturunkan tentang hal
ini.Dalam hal ini tiada percanggahan di antara riwayat-riwayat itu . Ia bukan
menyatakan sebab nuzul kecualilah ada qarinah yang membawa maksud
penjelasan tentang sebab nuzul.

Keenam, salah satu daripada ungkapan riwayat tidak tegas. Yang menjadi
pegangan ialah riwayat yang menyatakan sebab nuzul dengan tegas.
Contohnya riwayat berkaitan Sebab Nuzul ayat 223 surah al-Baqarah:


Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab
itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan
sediakanlah amalan-amalan yang baik untuk diri kamu . Dan bertaqwalah kepada
Allah , serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuinya (pada hari Akhirat
kelak) . Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang
beriman .
(Surah al-Baqarah ayat 223)
Menurut riwayat pertama : Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari
katanya yang bermaksud: Pada suatu hari aku membaca Surah al-Baqarah ayat
223:

20

ULUM AL-QURAN
Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab
itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai.Maka Ibn
Umar berkata kepadaku Tahukah engku tentang apakah ayat ini diturunkan? Aku
menjawab: Tidak tahu. Ibn Umar berkata : Ayat ini diturunkan berkaitan persoalan
menyetubuhi isteri dari arah belakang.
Riwayat kedua pula ialah hadis yang diterima daripada melalui Jabir yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah, Jabir
berkata yang bermaksud: Orang-orang Yahudi berkata : Apabila seorang suami
menyetubuhi isterinya dari arah belakang, maka anak yang dilahirkan bermata juling.
Dengan sebab itu, turunlah ayat 223 surah al-Baqarah.
Dalam hal ini riwayat daripada Jabir dijadikan pegangan kerana tegas manakala
riwayat ungkapan Ibn Umar diterima sebagai pentafsiran, bukan sebab nuzul.

Rumusan banyak sebab nuzul untuk satu ayat.


Menurut Ibn Hajar :

Apabila semuanya
tidak tegas,dinilai
sebagai tafsir dan
kandungan ayat.

Apabila semuanya
tegas,pilih yang lebih
sahih.

Apabila semuanya
sahih dilakukan
tarjih.jika tidak
boleh ditarjih,
dikompromikan.

21

Apabila sebahagian
tegas dan
sebahagian tidak,
yang dipegang yang
tegas.

Jika tidak boleh


dikompromikan,a
yat itu turun
secara berulang.

ULUM AL-QURAN
Satu sebab nuzul untuk banyak ayat.
Kadang kala satu kejadian menyebabkan wahyu turun dua kali atau lebih , iaitu
sesuatu yang dipanggil oleh ulama dengan istilah : Turun beberapa wahyu kerana
sebab yang satu . Ini menunjukkan permasalahan itu penting.
Contohnya :
Hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim
Katanya: Wahai Rasululah! Saya tidak pernah mendengar Allah menyebut tentang
orang perempuan sedikit pun tentang Hijrah. Maka Allah menurunkan ayat al-Quran
surah Ali Imran ayat 195.Yang bermaksud: Maka Tuhan mereka perkenankan doa
mereka (dengan FirmanNya): Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan oranorang yang beramal dari antara kamu sama ada lelaki atau perempuan
4 Pegangan ialah lafaz umum, bukan sebab khusus
Para ulama usul berbeza pendapat dalam hal yang mana mesti diperhatikan untuk
pegangan sama ada umumnya lafaz atau khususnya sebab . Adakah hukum itu
hanya berlaku atas kejadian peristiwa atau perseorangan tertentu yang di situ ayat
diturunkan atau hukum itu menjadi bersifat umum untuk kesemuanya . Menurut
jumhur ulama , bahawa yang mesti diperhatikan adalah umumnya lafaz dan bukan
khususnya sebab. Ini pendapat ynag sahih. Apabila sesuatu ayat sesuai dengan
sebab secara umum atau sesuai dengan sebab secara khusus. Maka yang umum
itu diterapkam kepada keumumannya dan yang khusus itu diterapkan kepada
kekhususannya.
Contohnya firman Allah :







Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah darah
haidh itu satu benda yang menjijikkan . Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan
diri dari perempuan (jangan bersetubuh) dalam masa datang haidh itu, dan

22

ULUM AL-QURAN
janganlah kamu menghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Kemudian apabila mereka sudah bersuci, maka datangilah mereka menurut jalan
yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orangorang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan
diri.
(Surah al-Baqarah ayat 222)
Daripada Anas bin Malik berkata yang bermaksud : Apabila setiap kali isteri-isteri
oranag yahudi berhaidh, mereka dipulau atau dikeluarkan daripada rumah tidak
diberi makan atau diberi minum dan di dalam rumah mereka tidak bersama . Dengan
itu Rasulullah ditanya tentang perkara itu, maka Allah menurunkan ayat tersebut.
Kemudian nabi bersabda :
Bersama-samalah dengan mereka di dalam rumah dan perbuatlah apa sahaja,
kecuali menyetubuhinya. Perkara yang menjadi perbincangan ialah jika sesuatu
sebab itu khusus sedangkan ayat yang diturunkan berbentuk umum. Dalam hal ini
pendapat ulama terbahagi kepada dua.
Pendapat pertama
Jumhur ulama berpendapat bahawa yang menjadi pegangan ialah lafaz umum
bukannya sebab yang khusus. Contohnya berkenaan ayat lian.Hadis daripada Ibn
Abbas yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Tirmizi dan Ibn majah di mana Ibn.
Abbas berkata yang bermaksud: Daripada Ibn Abbas katanya Hilal Ibn Umayyah
telah menuduh isterinya berzina dengan Syuraik Ibn Shama di hadapan nabi. Nabi
bersabda Hendaklah ada bukti atau saksi, kalau tidak belakang engkau akan
disebat. Hilal berkata Wahai Rasulullah! Apabila seseorang daripada kami (suami)
melihat lelaki bersama (melakukan persetubuhan ) dengan isterinya, maka adakah
seharusnya ia membawa bukti atau saksi juga ? Rasululah menjawab, Saksi atau
bukti, jika tidak belakang kamu akan disebat. Hilal berkata lagi, Demi yang
mengutuskan engkau (Allah) dengan kebenaran, sesungguhnya saya berkata benar.
Moga-moga Allah akan menurunkan ayat yang melepaskan belakang aku daripada
disebat. Maka turunlah malaikat Jibril menurunkan ayat : Surah al-nur ayat 6- 9.

23

ULUM AL-QURAN
Lafaz( ) dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina adalah
dalam bentuk lafaz umum, namun begitu hukumnya bukanlah hanya terhenti kepada
peristiwa yang khusus itu sahaja. Iaitu ia bukan hanya tertumpu kepada peristiwa
Hilal yang menuduh isterinya sahaja tetapi hukum yang dipegang ialah dengan
meliputi semua kes lain atau kes menuduh isteri untuk semua orang (suami) tanpa
perlu kepada dalil atau ayat lain.
Inilah pendapat sahih dan kukuh dan bersesuaian dengan hukum-hukum syarak
yang bersifat umum.

Pendapat kedua
Segelintir ulama mengatakanyang menjadi pegangan dan hukum yang dipegang
ialah sebab yang khusus.
Kesimpulannya, ilmu asbabun nuzul amat penting . Sebenarnya ayat al-Quran
diturunkan melalui sebab-sebab tertentu . Namun begitu , ada juga ayat yang
diturunkan tanpa sebab yang khusus .Mempelajari ilmu mengenai sebab nuzul ayat
amat penting, antaranya ialah pertama, mengetahui hikmat diperundangkan sesuatu
hukum. Kedua, mengetahuin bahawa syariat Islam memberi perhatian yang serius
terhadap kepentingan umum, terutamanya dalam menghadapi segala peristiwa,
demi umat Islam yang terhormat dan mulia. Ketiga, mengkhususkan serta
membataskan hukum yang diturunkan dengan sebab yang berlaku. Iaitu apabila
sesuatu hukum itu dinyatakan dalam bentuk yang umum. Keempat dapat membantu
seseorang dalam memahami ayat dan maksud al-Quran. Ibn Daqiq al-Id ( )
berkata : mengetahui sebab nuzul adalah jalan yang paling kuat untuk mengetahui
makna al-Quran. Ibn Taimiyah pula berkata : mengetahui sebab nuzul dapat
membantu untuk memahami ayat, kerana mengetahui sebab akan dapat
mengetahui musabbabnya. Kelima, dapat mentafsir sesuatu ayat berdasarkan kesah
dan cerita yang sebenar. Al-Wahidi berkata : tidak mungkin dapat memahami
pentafsiran ayat tanpa mengetahui kesah dan sebab nuzulnya. Keenam, membantu
dan memudahkan seseorang yang menghafaz al-Quran. Ketujuh, membantu ahli
Tafsir

dan

ahli

Fiqh

dalam

mengitimhbat

hukum.

Kelapan,

mengetahui

pengkhususan hukum. Kesembilan, mengetahui dengan jelas kepada siapa dan apa

24

ULUM AL-QURAN
sebab sebenar turunnya sesebuah ayat. Di mana dengan itu ayat tersebut tidak
dapat dinisbahkan kepada orang lain akibat dorongan atau permusuhan dan
perselisihan. Kesepuluh, memberi maklumat untuk membezakan antara ayat Makki
dan Madani. Kesebelas, untuk mengetahui dan mengenal pasti ayat nasikh dan
mansukh. Kedua belas, mengkhususkan hukum dengan sebab serta menolah
sangkaan yang tidak benartentang sesuatu batasan hukum.
Semoga kita semua dapat membaca , memahami , menghayati dan mengamalkan
al-Quran dengan baik. Quran adalah panduan utama umat manusia amnya dan
umat Islam khususnya . Islam adalah agama Rahmatan lil alamin . Justeru itulah ia
menjadi kajian bukan hanya oleh ulama Islam tetapi juga para orientalis dan pemikir
barat kerana mereka juga amat kagum dan mengakui secara senyap-senyap akan
keagungan Islam . Al-Quran adalah mukjizat yang kekal hingga hari qiamat . Allah
yang telah menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab dan Allah akan
memeliharanya hingga hari qiamat .

25

Anda mungkin juga menyukai