Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)

SMK DAMAK, 27030 JERANTUT

KERTAS KERJA
Hari Tanda Kasih Peperiksaan Percubaan SPM Pelajar
Tingkatan 5

Hari:
Jumaat

Tarikh
20 September 2019

Tempat
Kelas

DISEDIAKAN OLEH:
JK UNIT KECEMERLANGAN AKADEMIK
SMK DAMAK
2019
1.0 PENDAHULUAN
Program ini bertujuan untuk memantapkan pencapaian pelajar melalui program yang dirancang
oleh pengurusan sekolah. Selain itu, sumbangan dan kerjasama ibu bapa amatlah diharapkan untuk
kecemerlangan akademik anak-anak pelajar. Kehadiran ibubapa ke sekolah untuk sama-sama
meraikan keputusan peperiksaan anak-anak diharap dapat membakar semangat anak-anak pelajar
untuk berusaha dengan lebih gigih selain dapat mengetahui kelemahan yang masih perlu
diperbaiki oleh anak-anak pelajar dalam pembelajaran.

2.0 RASIONAL
 Pemuafakatan antara guru dan ibu bapa/ penjaga dapat memberi peluang kepada penyelesaian
masalah pembelajaran pelajar.
 Menunjukkan kepekaan ibu bapa/ penjaga terhadap bidang akademik dan sahsiah anak-anak.
 Ibu bapa / penjaga sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh kepada
program sekolah.
 Kerjasama antara ibu bapa/ penjaga dan guru diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan
akademik.

3.0 OBJEKTIF
 Meningkatkan peratus keseluruhan SPM SMK Damak 2019
 Menambah bilangan murid cemerlang yang mendapat 9A di dalam SPM 2019.
 Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibubapa/ penjaga untuk memantau pembelajaran
anak-anak di rumah.
 Memastikan hubungan antara pihak sekolah dan ibubapa/ penjaga sentiasa berterusan dan
harmonis.
 Meningkatkan kemenjadian murid melalui pemuafakatan ibubapa/ penjaga dan guru.

4.0 NAMA PROGRAM


Hari Tanda Kasih Peperiksaan Percubaan SPM 2019

5.0 TARIKH DAN HARI


Tarikh : 20 September 2019
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari

6.0 TEMPAT
Kelas masing-masing

7.0 SASARAN
Semua pelajar tingkatan 5 SMK Damak
8.0 TENTATIF PROGRAM
11.00 am : Pendaftaran dan Pelaporan akademik di kelas masing-masing
Bersurai

9.0 AHLI JAWATANKUASA


Penasihat : Pn. Hasnul Shawa bt Abas (Pengetua)
Pengerusi : Pn. Fazilah bt Kamarudin (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Asian bin Abdul Wahab (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Azlan bin Aseh (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Siti Khadijah bt Rafli (Setiausaha Kecemerlangan Akademik)

Bil Jawatankuasa Kerja Peranan dan Tugas


1 Jemputan 1. Menyediakan surat makluman program kepada
Pn. Siti Khadijah bt Rafli ibubapa/ penjaga

2 Keselamatan dan Tempat Letak 1. Mengurus keluar masuk kenderaan ibubapa/


Kereta penjaga
Ust. Zainiu bin Zakaria 2. Menetapkan kawasan tempat letak kereta untuk
En. Shukri bin Ahmad ibubapa/ penjaga
Ahli Kadet Polis
3 Laporan Akademik Pelajar 1. Guru tingkatan menyediakan slip keputusan
peperiksaan UP1 bagi semua pelajar
Semua Guru Kelas Tingkatan 5 2. Membuat ulasan membina dan
menandatangani slip keputusan UP1
3. Menyerahkan slip keputusan pelajar kepada
ibubapa/ penjaga semasa slot penyerahan
keputusan di kelas masing-masing
4. Mencatat kehadiran ibubapa/ penjaga di dalam
borang kehadiran

4 Jurugambar 1. Merakam gambar sepanjang majlis


berlangsung dan menyerahkan kepada JK
Cik Siti Nurul Asikin Dokumentasi dan Pelaporan

5 Dokumentasi dan Pelaporan 1. Membuat pelaporan bergambar dan bertulis


selepas aktiviti
Pn. Cik Esah bt Che Yusoff 2. Menyerahkan satu salinan kepada Pengetua
6 Kawalan Disiplin Pelajar 1. Mengawal suasana agar tenteram semasa
aktiviti berlangsung
En. Fairul Azwar 2. Memastikan tiada pelajar merayau-rayau di
Pn. Nor Saupiah bt Sulaiman kawasan sekolah.
Guru bertugas mingguan
10.0 ANGGARAN KOS DAN SUMBER
10.1 Percetakan slip Keputusan Peperiksaan
RM 0.20 X 90 orang pelajar = RM 18.00
10.2 JUMLAH = RM 18.00

10.3 Sumber
Kecemerlangan PIBG

11.0 PENUTUP
Diharapkan program ini dapat memberi suntikan semangat kepada semua pelajar untuk
berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan
seterusnya meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

Diesediakan oleh, Disemak oleh,

................................... ...................................
SITI KHADIJAH BT RAFLI FAZILAH BT KAMARUDIN
SU Program Kecemerlangan Akademik GPK Pentadbiran
SMK Damak SMK Damak

Disahkan oleh,

...................................
HASNUL SHAWA BT ABAS
Pengetua
SMK Damak

Anda mungkin juga menyukai