Anda di halaman 1dari 5

JAMBANGAN BUDI, RIMBUNAN BAKTI

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH MARIAM BINTI SALLEH

PERKARA UCAPAN
PENGUMUMAN
PERTAMA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
(BERI
Mohon perhatian, saya minta jasa baik hadirin untuk senyap dan bersedia
PERINGATAN
kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi. Terima kasih
KEPADA
HADIRIN)
Mengumumkan ketibaan
Yang Diraikan, Puan Hajah Mariam binti Salleh diiringi dif-dif kehormat dan
tetamu jemputan masuk ke perkarangan majlis.
PENGUMUMAN
KETIBAAN VIP,
(VIP naik ke dalam dewan)
DIF-DIF
KEHORMAT
Persembahan silat pembukaan itu tadi ditarikan oleh pesilat-pesilat dari
DAN TETAMU
Persatun Sila Seni SMK Sungai Rambai yang diketuai oleh Fatin Nadhirah
JEMPUTAN.
daripada Tingkatan 5 al-Farabi

PERSEMBAHAN
Majlis mempersilakan, Yang Dihormati, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan,
SILAT
Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyarungkan selempang
persaraan kepada Yang Diraikan sebagai simbolik persaraan. Dipersilakan
PEMAKAIAN
SELEMPANG
Majlis mempersilakan Puan Hajah Mariam binti Salleh untuk duduk di
PERSARAAN
pelaminan. Dipersilakan

Hadirin dipersilakan duduk.


SALUTASI Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Diraikan, Puan Hajah Mariam binti Salleh


Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah, Pengetua SMK
Sungai Rambai
Yang Dihormati, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran
Puan Norini binti Hashim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Hajah Siti Maslahah binti Omar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Hajah Halizah binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Barisan guru kanan mata pelajaran,
Guru-guru yang dikasihi, dan
Anak-anak murid SMKSR yang dirahmati Allah sekalian

Kapur gambir dalam puan,


Menggobek sirih tepi serambi,
Selamat datang hadirin dan taulan,
Tambah sempurna majlis kami.

UCAPAN ALU- Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan
ALUAN kurnia-Nya dapat lagi kita bersua dalam Majlis Jambangan Budi, Rimbunan
PENGACARA
MAJLIS Kasih khas buat Puan Hajah Mariam binti Salleh yang akan bersara pada hari
ini, 16 November 2022.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti


mengundang perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada hari ini adalah untuk
meraikan Puan Hajah Mariam binti Salleh yang bakal meninggalkan jejak
kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.

Gosok tembaga sampai berkilat,


Nampak cahayanya semakin hebat,
Majlis kita insya-Allah berkat,
Bersulam dengan rahim dan rahmat.

BACAAN DOA Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Azmi bin
Md Yusof untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Aamiin Aamiin Aamiin YRA.


Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azmi bin Md Yusof atas bacaan doa
sebentar tadi.

UCAPAN TUAN
PENGETUA Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai bin


Abdullah, Pengetua SMK Sungai Rambai untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai


bin Abdullah, Pengetua SMK Sungai Rambai atas ucapan beliau sebentar
tadi.
TAYANGAN Sidang hadirin, marilah sama-sama kita alihkan pandangan kita ke layar putih
MULTIMEDIA untuk menyaksikan bingkasan memori Puan Hajah Mariam binti Salleh.

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi,
Duhai puan pendidik srikandi,
Hulurkan madah kata bersakti.

UCAPAN YANG
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, pihak majlis dengan sukacitanya
DIRAIKAN
menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan, Puan Hajah Mariam binti
Salleh untuk menyampaikan bingkisan nasihat beliau. Majlis dengan
takzimnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan, Puan Hajah Mariam binti
Salleh atas bingkisan nasihat beliau sebentar tadi.
Tidak lengkap majlis persaraan tanpa acara memotong kek. Terlebih dahulu,
majlis menjemput barisan pentadbir untuk berada di atas pentas bersama
Yang Diraikan bagi acara memotong kek. Dipersilakan

POTONG KEK Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu ucap selamat kepada Puan Hajah
Mariam binti Salleh kerana pada hari ini, beliau telah genap berumur 66
tahun.

(Jemput anak-anak Cikgu Mariam)


PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
HADIAH Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah. Majlis menjemput Yang
Berusaha, En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah, Pengetua SMK Sungai
Rambai untuk tampil ke atas pentas bagi mengiringi Yang Diraikan, Puan
Hajah Mariam binti Salleh untuk menerima hadiah tanda kenang-kenangan
daripada warga SMK Sungai Rambai. Dipersilakan

Acara penyampaian hadiah pada pagi ini, akan mulakan dengan hadiah dari
…..
(Rujuk senarai hadiah - Kak Asma)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan, Puan Hajah Mariam binti
Salleh atas kesudian menerima hadiah daripada kami.
PERSEMBAHAN Hadirin yang dirahmati Allah,
Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan.

1) Persembahan pertama merupakan tayangan video daripada rakan-rakan


guru khas buat Puan Hajah Mariam binti Salleh. Saksikanlah Cikgu
Mariam sebagai tatapan untuk mengisi kerinduan di hati.

2) Seterusnya, saya menjemput murid-murid 1 Tun Perak untuk


menyampaikan nyanyian nasyid yang bertajuk Doa Perpisahan.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid 1 Tun Perak atas


persembahan nyanyian nasyid sebentar tadi.

3) Majlis diteruskan lagi dengan persembahan puisi yang bertajuk Bak Air
yang Mengalir.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Kilawani binti Hamat Shafie dan
Puan Noor Adilah binti Othman atas persembahan puisi sebentar tadi.

4) Kini, saya menjemput Puan Norfaizzan binti Madam untuk berduet


dengan Puan Rodziah binti Ismail bagi persembahan nyanyian yang
bertajuk Gurindam Jiwa.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rodziah binti Ismail atas


persembahan nyanyian duet sebentar tadi.

5) Saya menjemput sekali lagi Puan Norfaizzan Binti Madam untuk nyanyian
solo yang bertajuk Akulah Bidadari Syurgamu.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Norfaizzan Binti Madam atas


persembahan nyanyian sebentar tadi.
Dengan berakhirnya persembahan tadi, kini kita tiba di penghujung acara.
Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya untuk membacakan sedikit
kalimat ini.

Terima kasih cikgu Mariam atas segala jasa, budi, pengorbanan dan
kemajuan yang telah cikgu sumbangkan sepanjang berkhidmat genap 30
tahun. Saya selaku warga SMK Sungai Rambai memohon kemaafan kepada
cikgu jika ada gurisan di hati. Maafkan kami cikgu.

Semoga Cikgu Mariam binti Salleh sentiasa berada dalam lindungan Yang
Maha Esa, dipermudah segala urusan, dikurniakan kesihatan yang
berkekalan, dilimpahkan segala rezeki dan sentiasa ceria selalu.

SEND OFF
Pahat papan serupa dulu,
MAJLIS
Bawah kain daun cermai;
BERSURAI
Rehatlah cikgu di dunia baru,
Ukhuwah terjalin usah terurai.

Pandai terbilang putera perkasa,


Tengok puteri akar dicari;
Andai ada ruang dan masa,
Jenguklah kami bugarkan memori.

Saya minta jasa baik semua murid lelaki dan perempuan untuk berdiri
dengan senyap. Sama-samalah kita melambaikan tangan kepada Cikgu
Mariam binti Salleh.
Murid-murid juga diminta untuk berarak keluar sambil melambaikan tangan
kepada Cikgu Mariam binti Salleh.

Anda mungkin juga menyukai