Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERSARAAN PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

25 MAC 2022 (JUMAAT)

ATURCARA TEKS

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan,


Puan Hajah Norhayati binti Abdul Rahman.

KETIBAAN YANG DIRAIKAN


Selamat datang ke Majlis Persaraan Puan
Hajah Norhayati binti Abdul Rahman,
Pengarah Kolej Vokasional Shah Alam.

Bismillahirahmanirahim,

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam


sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

SALUTASI 1. Yang berusaha, Cikgu Muhammad


Radzi bin Abdullah.
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling
Perdana

2. Yang berusaha, Mohd Salleh bin Salehin


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Petaling Perdana
3. Yang diraikan, Puan Hajah Norhayati
binti Abdul Rahman
Pengarah Kolej Vokasional Shah Alam

4. Yang berbahagia, Datin Salmah Binti


Alighor
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

5. Dif-dif jemputan

6. Para guru dan murid

7. Seterusnya hadirin yang dimuliakan.

Hadirin yang dikasihi,.

Pakat bersama menunggang kuda,


Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,


Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Puan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.
KATA ALUAN PENGACARA

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan,


setiap pertemuan pasti mengundang
perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada
hari ini sama ada secara nyata mahupun
maya adalah untuk meraikan Yang
berusaha, Puan Hajah Norhayati binti Abdul
Rahman yang bakal meninggalkan jejak
kenangan serta taburan budi yang tidak
terkira di sekolah ini.
Andainya bintang di angkasa tidak mampu
dikira begitulah juga besarnya jasa Puan
sehingga tidak mampu untuk kami
membalasnya. Sekalung penghargaan
diucapkan buat pengarah yang diraikan atas
kesudian menghadirkan diri. Tidaklah
seberapa majlis ini untuk meraikan Puan
yang hebat dan megah kewibawaannya.

Hadirin para jemputan yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan


BACAAN DOA
mempersilakan, Al- Fadhil Ustaz Hafiz untuk
memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

– Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih.

Para tetamu yang dihormati,

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
UCAPAN ALUAN TIMBALAN PENGARAH
Kata azimat pembuka kalam.
SOKONGAN AKADEMIK

Pihak majlis dengan penuh takzimnya


menjemput dan mempersilakan, Yang
berusaha, Yang berbahagia, Datin Salmah
Binti Alighor, Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik untuk tampil menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas kesudian Yang berbahagia, Datin
Salmah Binti Alighor atas kesudian
menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar
tadi.

Hadirin yang dikasihi,

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati.

Untuk itu, majlis menjemput dan


mempersilakan, Yang berusaha, Cikgu
Muhammad Radzi bin Abdullah, Pegawai
UCAPAN PEGAWAI PPD PETALING
Pendidikan Daerah Petaling Perdana untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan


ucapan terima kasih atas kesudian Yang
berusaha Cikgu Muhammad Radzi bin
Abdullah menyampaikan ucapan sebentar
tadi.

Hadirin yang dikasihi,

Jangan tertawan alpa duniawi,


UCAPAN YANG DIRAIKAN Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
Hulurkan madah kata bersakti.
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.
Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput
dan mempersilakan Yang Diraikan, Puan
Hajah Norhayati binti Abdul Rahman,
Pengarah Kolej Vokasional Shah Alam
untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas kesudian puan yang diraikan
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Para tetamu yang dihormati,

Atur cara majlis diteruskan lagi dengan


menjemput dan mempersilakan, Cikgu
Muhammad Radzi bin Abdullah, Pegawai
Pendidikan Daerah Petaling Perdana untuk
menyampaikan watikah persaraan. Majlis
mempersilakan.

PENYAMPAIAN WATIKAH PERSARAAN


Majlis menjemput dengan penuh takzimnya
OLEH PPD PETALING PERDANA
Yang diraikan, Cikgu Muhammad Radzi bin
Abdullah untuk menerima watikah
persaraan daripada Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah Petaling Perdana.
Dipersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima


kasih kepada Cikgu Muhammad Radzi bin
Abdullah.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput


PENYERAHAN SURAT PERTUKARAN
dan mempersilakan Yang berusaha, Tuan
MASUK PENGARAH BAHARU
Haji Yahya bin Shefee untuk tampil bagi
menerima surat pelantikan sebagai
Pengarah Baharu Kolej Vokasional Shah
Alam. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin yang dihormati,

Menggamit rindu datang ke mari,


Waktu bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata


secantik bahasa untuk menggambarkan
PENUTUP beratnya hati melepaskan pergi. Namun,
yang tersirat telah pun tersurat. Kami
mendoakan semoga Puan Hajah Norhayati
binti Abdul Rahman akan sentiasa sihat dan
menikmati hari-hari bahagia bersama
keluarga tercinta.

Selamat bersara cikgu. Segala kenangan


akan terpahat menjadi memori sepanjang
zaman.

Anda mungkin juga menyukai