Anda di halaman 1dari 9

En.

Muhammad Radhi bin Amir (K)


Pn. Hjh. Juriah binti Judin

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH


PERSARAAN
TN. HJ. ISMAIL HASBULLAH
GKMP BAHASA SMK KLEBANG BESAR
TARIKH : 12 JANUARI 2024
HARI: JUMAAT
TEMPAT : KANTIN SMK KLEBANG BESAR, MELAKA

KETIBAAN YANG DIRAIKAN


Orang ke laut menjala udang,
RADHI Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba.

Mengumumkan ketibaan

Yang diraikan
Tn Hj. Ismail Hasbullah
GKMP Bahasa
SMK Klebang Besar,
Bersama keluarga yang dicintai.

Diringi oleh:
En. Azman Harun
Pengetua SMK Klebang Besar
Dif-dif kehormat, barisan kepimpinan penolong kanan dan ketua bidang, warga pendidik SMK Klebang Besar dan
kakitangan SMK Klebang Besar yang dihormati dan disayangi sekalian.
En. Muhammad Radhi bin Amir (K)
Pn. Hjh. Juriah binti Judin

WELCOMING ADDRESS Seuntai kata selaut bicara

*Salutasi Yang Berbahagia


............................................................
JURIAH ............................................................
...........................................................

Yang Berusaha,
En. Azman bin Harun,
Pengetua SMK Klebang Besar

Yang Berusaha,
En. Zamri bin Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran SMKKB

Pn.Rosnita Sardi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKKB

Pn Azizah Ahmad
Penolong Kanan Kokurikulum SMKKB

Pn Rahidah Rahim
Penolong Kanan Pendidikan Khas SMKKB

Yang Diraikan
Tn Hj Ismail Hasbullah
Ketua Bidang Bahasa SMKKB
En. Muhammad Radhi bin Amir (K)
Pn. Hjh. Juriah binti Judin

Ketua-ketua bidang, Ahli Jawatankuasa pengelola Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Tn Hj Ismail Hasbullah,
Guru-guru, Kakitangan Sekolah, tetamu-tetamu jemputan, hadirin dan hadirat yang dimuliakan serta anak didik
kesayangan SMKKB sekalian.

PERMULAAN Apa tanda orang berilmu,


JURIAH bersopan santun ianya tahu.
Apa tanda orang terpuji,
pantang baginya berlaku keji.
Apa tanda orang beriman,
sopan santun jadi pegangan.
Apa tanda melayu yang bijak,
jiwanya kukuh adatnya tegak.

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..........
Tersusun indah kias dan pantun,
Luahan jujur pendita geliga,
tirai majlis dibuka santun,
salam dihulur tertib dijaga.
bismillairrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t
En. Muhammad Radhi bin Amir (K)
Pn. Hjh. Juriah binti Judin

Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam Melakaku Maju jaya Rakyat Bahagia Menggamit Dunia
Salam Pendidikan berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT
Klass Kebersamaan Memacu Kecemerlangan
#JPNMelakaJenamaKerajaanno1

Alhamdullilah, pertama-tamanya bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana pada pagi yang indah penuh ceria serta penuh
bermakna ini dapat kita bersama-sama dalam meraikan Majlis Persaraan

Tn. Hj. Ismail Hasbullah


Ketua Bidang Bahasa.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau atas kesudian hadir mewarnai majlis pada pagi ini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Tn. Hj. Ismail Hasbullah
sepanjang perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Ketua Bidang Bahasa SMK Klebang
Besar Melaka. Seperti yang sedia maklum Tn. Hj. Ismail Hasbullah akan bersara dalam bidangnya. Majlis ini dibuat
sebagai kenang-kenangan kepada beliau untuk bersama-sama kita abadikan bersama.
En. Muhammad Radhi bin Amir (K)
Pn. Hjh. Juriah binti Judin

BACAAN DOA Menetuk pinang dilantaian,


Menari sirih dihujungan,
RADHI Mulakan majlis penuh kesyukuran,
Mohon keberkatan Allah lanjutkan.

Bagi membuka tirai majlis pada pagi ini, majlsi dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustaz Jasmi
untuk mengetuai bacaan doa moga-moga segala yang direncanakan akan terus diberkati rabul izzati. Majlis dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.

.....bacaan doa..................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu sebentar tadi.

UCAPAN PENGETUA
Sekapur sirih,seulas pinang
RADHI Salam penghormatan sajian ungkapan,
Ucapan aluan,sumbangsih perangsang,
Pembuka majlis sebagai santapan

Seterusnya, bagi membuka kalam majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha EN. AZMAN BIN HARUN Pengetua SMK Klebang Besar untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dipersilakan………..
…..ucapan…..
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Pengetua atas ucapannya sebentar tadi.
En. Muhammad Radhi bin Amir (K)
Pn. Hjh. Juriah binti Judin

PERSEMBAHAN
Awan bersua citra berkisah,
JURIAH Ukiran sukma kilauan kelisa
Majlis ini sudah bermula
Menyusul dengan persembahan pelajar

Majlis mempersilakan….

Terima Kasih atas persembahan yang mempersonakan itu tadi.

TAYANGAN MONTAJ Hadiran, majlis akan mempersembahkan tayangan montaj yang dibuat khusus buat Tn Hj Ismail Hasbullah. Selamat
menonton…

Terima Kasih atas montaj yang bermakna itu tadi.

KHAS MC
JURIAH Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan.

izinkan saya untuk berdiri..................


Siapakah Tn Hj Ismail Hasbullah...
Bertanya pada tetamu..........................
En. Muhammad Radhi bin Amir (K)
Pn. Hjh. Juriah binti Judin

BACAAN BIODATA Bila berselisih buat tak cakna,


Sungguhpun sudah bertentang mata,
RADHI Benarlah sungguh pujangga Cina,
Jika tak kenal maka tak cinta

Meneruskan agenda majlis pada hari ini, majlis menjemput En. Shamsul Amir untuk membacakan autobiografi
empunya majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Tinggi sungguh Gunung Daik,


Mercunya Nampak terang berkilau;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.

UCAPAN YANG DIRAIKAN Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

JURIAH Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika empunya majlis tidak berbicara

Majlis seterusnya berbesar hati menjemput dan mempersilakan Tn Hj. Ismail, GKMP Bahasa untuk menyampaikan
ucapannya. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
En. Muhammad Radhi bin Amir (K)
Pn. Hjh. Juriah binti Judin

Jentayu burung jentayu


Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Terima kasih Tn Hj. Atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi.

Majlis diteruskan dengan acara memotong pulut kuning. Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
POTONG PULUT KUNING diraikan Tn. Hj. Ismail Hasbullah bersama pasangannya ………… untuk menyempurnakan acara memotong pulut
kuning.
RADHI

PENYAMPAIAN HADIAH DAN Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita
CENDERAMATA raikan pada hari ini.

RADHI Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan En. Azman bin Harun, Pengetua
SMK Klebang Besar mengiringi Tn. Hj. Ismail Hasbullah untuk menerima cenderahati sebagai lambang kenang-
kenangan tanda ingatan tulis ikhlas. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderahati daripada ................


(rujuk ajk hadiah)
En. Muhammad Radhi bin Amir (K)
Pn. Hjh. Juriah binti Judin

SESI BERGAMBAR Helang menyambar serigala gusar,


Melihat kelibat si halimunan,
JURIAH Sesi bergambar keluarga besar,
Jadi kenangan sepanjang zaman.

Untuk itu dijemput kepada para tetamu dan semu warga SMKKB untuk bersama-sama memahatkan kenangan
bergambar bersama pasangan merpati 2 sejoli ini.

PENUTUP
Tiada kata secantik bahasa,
JURIAH Hendak diluah segala rasa,
RADHI Sempurna sudah majlis bermakna,
Pasti dikenang sepanjang masa

**PENGUGUMAN Tuai Padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,’
1. Thumbprint terakhir Intai kami antara nampak,
2. Send off Esok jangan rindu-rinduan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang hadir pada majlis ini.

Tersilap tersalah harap diampun


Terkasar bahasa maaf dipohon.

Sekian. Wabillahitaufiq Walhidayah Wasalamualaikum Warhmatullahi Wabaratu. TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI.

Anda mungkin juga menyukai