Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN

1. Kegemilangan kerajaan abbasiyah

• Sistem pentadbiran :
i. Kerajaan ini mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang sistematik
dan mantap yang diketuai oleh seorang khalifah
ii. Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa ke semasa
iii. Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk melicinkan lagu pentadbiran
negara
• Ekonomi :
i. Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama ; pertanian, perindustrian dan
perdagangan.
ii. Banyak usaha-usaha untuk memajukan sektor ini dilakukan agar ia tetap
memberi hasil kepada negara dan rakyat
iii. Infrastruktur fizikal dan intelektual diberi kepada rakyat seperti hospital,
sekolah, perpustakaan, pusat perniagaan dll
• Pertahanan
i. Perubahan drastik dilakukan dengan memberi peluang kepada orang
bukan arab menyertai pasukan ketenteraan
ii. Dasar pertahanan diubah daripada hanya memberi tumpuan kepada
perluasan kuasa kepada aktiviti membendung pemberontakan dari dalam

2. Faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah

• Kestabilan politik
- Dengan memberi perhatian sirius kepada pembasmian pemberontakan
dan perbalahan puak
• Dasar politik kerajaan abbasiyah
- Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa
dan keturunan
- Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar
• Kedudukan baghdad yang strategik
- Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat
- Ia menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur
dan barat
• Perpaduan antara kaum
- Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti turki, parsi dan
arab
- Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam negara
- Orang bukan islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak
mengkhianati kerajaan islam dengan cara bebas mengamalkan ajaran
agama masing-masing
• Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat
- Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat
menurut islam
- Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari
cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam
dalam konsep muamalat
3. Faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah

• Kelemahan pemerintah
- Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang
pembaharuan.
- Beliau hanya berghantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk
mentadbir negara
- Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan
cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa
campur tangan pegawai berbangsa turki dan parsi
- Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi
begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah
• Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan abbasiyah
- Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas
- Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa turki dan parsi
- Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendir
- Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa abbasiyah
• Perebutan kuasa
- Putera-putera al-mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan
kelemahan pentadbiran kerajaan abbasiyah
• Kegawatan ekonomi
- Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman
kegemilangan abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi
kerajaan abbasiyah
- Para pedagang tidak lagi berkunjung ke baghdad menyebabkan dana
yang tersimpan di baitul mal semakin merosot berbanding peruntukan
yang dikeluarkan
• Perselisihan aliran fahaman keagamaan
- Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij sering mengganggu
pentadbiran kerajaan abbasiyah
- Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang
oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja
- Keadaan ini mengganggu keamanan negara
• Serangan dari luar
- Kerajaan abbasiyah di akhir zamannya diserang oleh musuh-musuh dari
utara ( gorgia & arminia ), barat( tentera salib ) dan timur ( kerajaan
monggol )
- Banyak kawasan-kawasan islam diserang serta umat islam dibunuh
dengan kejam semasa serangan ini.
- Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari
jajahan abbasiyah
- Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan
serangan-serangan tersebut dan ramainya pejuang-pejuang islam yang
terkorban.
4. Iktibar sejarah kegemilangan kerajaan abbasiyah

• Banyak kemajuan sains dan teknologi eropah di ambil


dari zaman kegemilangan abbasiyah melalui tentera
salib
• Ciri-ciri kubu pertahanan dan ketenteraan eropah
banyak diambil oleh orang eropah

5. Iktibar sejarah kemerosotan kerajaan abbasiyah

• Pentingnya nilai perpaduan


• Peranan khalifah semasa mentadbir negara perlu
ditingkatkan dan bukan berharap kepada orang
bawahan semata-mata.