Anda di halaman 1dari 18

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS
SEMESTER 2
TAHUN 2

NAMA PELAJAR: NURUL FAQIHAH BINTI AHMAD SHOHAIMI

ANGKA GILIRAN: 2018142340077

NOMBOR KAD PENGENALAN: 99101206-6286

KUMPULAN/UNIT: PISMP SEJARAH JUN 2018

KOD DAN NAMA KURSUS: SJHK3083/ SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABASSIYAH

NAMA PENSYARAH: PN SARINA BINTI BAHARUDIN

TARIKH HANTAR: 27 MAC 2020

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja


NO. TUGASAN MARKAH
Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Markah Akhir
(Selepas
Moderasi)
1

Jumlah
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : NURUL FAQIHAH BINTI AHMAD SHOHAIMI Angka Giliran : 2018142340077

Kod Kursus: SJHK 3083 Nama Kursus : SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH
ABASSIYAH
Pensyarah : PN SARINA BINTI BAHARUDIN
Tarikh Hantar : 27 MAC 2020 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah) :
Pengakuan Pelajar

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan
sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : _____________________________ Tarikh : ______________________


( )

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa Moderator (Jika Berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


MEMBANDING BEZA PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN ISLAM PADA ZAMAN
DAULAH KHULAFA AR-RASYIDIN DENGAN KHALIFAH DAULAH UMAIYAH

1.0 PENGENALAN

Khulafa ar-Rasyidin merupakan empat khalifah yang menerajui kepimpinan negara Islam
selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Empat khalifah ini adalah Khalifah Abu Bakar as-
Siddiq yang memerintah dari 632-634M kemudian diteruskan oleh Khalifah Umar al-Khattab yang
memerintah dari 634-644M dan diteruskan pula oleh Khalifah Uthman bin Affan dari tahun 644-
656 M dan berakhir dengan Khalifah Ali bin Abi Talib yang memerintah pada 656-661M (Yazid
Haji Maarof & Kamil Majid, 2019). Keempat-empat Khalifah ini menerajui tampuk kepimpinan
dengan meneruskan dakwah Rasulullah SAW dengan meletakkan al-Quran dan al-Sunnah
sebagai sumber utama pemerintahan dan pentadbiran. Banyak perkembanyak dan pencapaian
yang telah dilakukan oleh keempat-empat khalifah ini bagi mengembangkan dan memajukan
Islam.

Daulah Bani Umaiyyah adalah pewaris pertama yang menerajui tampuk kepimpinan Islam
setelah Khulafa ar-Rasyidin. Bani ini terdiri daripada keluar di dalam kaum Quraisy Makkah. Bani
Umaiyyah ini berkuasa pada tahu 661M sehingga 750M. Asal nama Bani Umaiyyah ini diambil
sempena nama datuk khalifah pertama bani ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams, seorang
pemimpin kaum Quraisy yang kaya dan berpengaruh. Kaum Bani Umaiyyah ini pernah menjadi
musuh ketat Islam dan menetang Nabi Muhammad SAW seperti Abu Sufyan sebelum mereka
memeluk Islam. Kemunculan bani Umaiyyah ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu bani
Umaiyyah di Damsyik (661M-750M) dan di Cordoba (756M-1031M) (Hawting. G. R., 2002).
Peringkat pertama di Damsyik lebih kepada perluasan kuasa dan pengukuhan dari segi ekonomi
manakala peringkat kedua di Cordoba lebih kepada penyebaran ilmu pengetahuan.
Memperlihatkan kepada Bani Umaiyyah yang memerintah dengan lama ini, tentunya banyak
perkembangan dan pencapaian Islam yang telah mereka lakukan.

Oleh itu, objektif kajian kes ini adalah untuk menganalisis dan meneliti aspek banding
beza perkembangan dan pencapaian Islam pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan Daulah Bani
Umaiyyah dengan menggaris aspek politik, ekonomi, ketenteraan, perluasan kuasa serta
pengumpulan dan pemeliharaan al-Quran.
2.0 ASPEK BANDING BEZA PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN ISLAM

2.1 SISTEM POLITIK PEMILIHAN PEMIMPIN

Aspek perbezaan amat ketara melalui perkembangan sistem politik yang


digunakan untuk melantik pemimpin negara. Perkara ini dapat dilihat pada zaman Khulafa
Ar-Rasyidin, sistem syura dan baiah digunakan untuk melantik pemimpin. Kaedah ini
digunakan untuk melantik Saidina Abu Bakar di mana Saidina Umar al-Khattab
mencalonkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah dan disokong oleh Abu
Ubaidah. Cadangan tersebut disokong oleh umat Islam dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq
dibaiah dalam musyawarah atau syura sebagai khalifah pertama memerintah negara dan
umat Islam bagi menggantikan Nabi Muhammad SAW. Perlantikan secara syura dan
baiah ini juga terjadi ketika pemilihan Saidina Umar al-Khattab sebagai pengganti kepada
Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Bagi memastikan masalah politik negara terjamin, Khalifah
Abu Bakar telah membentuk majlis syura yang lebih sistematik dimana peranan majlis
Syura adalah membincangkan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman,
hubungan luar dan pemilihan khalifah. Keputusan dalam pemilihan khalifah perlulah
mengambil kira suara majoriti (Yazid Haji Maarof & Kamil Majid, 2019). Disini dapat dilihat
betapa Khalifah Umar mengangkat sistem syura ini.

Akan tetapi, berlaku perkembangan sistem politik pemilihan pemimpin ketika


Daulah Umaiyyah dimana pemerintahan secara sistem monarki telah banyak berbeza
dengan sistem syura yang menggunakan suara majoriti. Perkara ini dilakukan oleh
Khalifah Muawiyah yang merupakan khalifah pertama Bani Umaiyyah yang melantik
anaknya Yazid bin Muawiyah begitu juga dengan Abdul Malik bin Marwan yang melantik
anaknya al-Walid Abd Malik sebagai khalifah selepasnya (Tim Dar, 2010). Melalui cara
monarki ini, banyak perpecahan antara masyarakat berlaku atas dasar tidak puas hati
dengan cara Bani Umaiyah yang mementingkan keturunan mereka. Sistem monarki ini
seterusnya berkembang ke negara-negara lain dan masih ada negara yang
mengamalkan sistem monarki seperti Thailand pada masa kini.

Maka dapat dilihat perbezaan dari aspek ini adalah sistem politik pemilihan
pemimpin yang berbeza iaitu sistem syura dan baiah digunakan ketika zaman Khulafa Ar-
Rasyidin manakala sistem monarki digunakan bagi Daulah Bani Umaiyyah.
2.2 EKONOMI

Bagi aspek ekonomi, persamaan dapat dilihat bahawa kedua-dua zaman ini
menggunakan baitulmal sebagai insitutsi kewangan dan pengumpulan sumber ekonomi.
Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan
harta-harta umum atau tempat menyimpan barangan yang berharga seperti wang, emas,
perak, batu permata dan barang perhiasan yang berharga. Baitulmal secara rasmi
diwujudkan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Persamaan penggunaan baitulmal ini
adalah pertamanya dari segi pengurusan baitulmal. Kedua-dua zaman ini melantik
seorang wakil untuk menguruskan dan mengendalikan insititusi Baitulmal ini. Bagi zaman
Khalifah Umar al-Khattab, beliau melantik Uqail b. Abu Talik, Makhramah b. Naufal dan
Jubair b. Mu’tam untuk mengendalikan Baitulmal (Mahamad & Mohd Farihal Osman,
2009). Yang keduanya, baitulmal ini merupakan insitusi penting bagi kedua-dua zaman
sebagai pusat menyimpan hasil pendapatan dan pembendaharaan negara. Semua
pendapatan negara seperti kutipan cukai dan pungutan zakat akan dimasukkan ke dalam
Baitulmal. Yang ketiga, pengurusan harta Baitulmal bagi kedua-dua zaman ini banyak
dibelanjakan untuk kepentingan rakyat dan negara. Misalnya, pada zaman Khalifah Umar
b. Abd Aziz, harta baitulmal yang disumbangkan daripada kekayaannya telah berjaya
mewujudkan beberapa projek besar ekonomi bagi faedah rakyat seperti pembukaan
ladang-ladang baru, pembaikian dan pembinaan saluran air serta pembinaan jalan raya
yang dapat memudahkan aktiviti perdagangan dan pengangkutan (Mahamad & Mohd
Farihal Osman, 2009). Seterusnya, persamaan dalam Baitulmal bagi kedua-dua daulah
ini dapat dilihat daripada sumber ekonomi Baitulmal yang dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu harta masyarakat seperti zakat fitrah, zakat harta, sedekah dan wakaf,
harta negara seperti harta rampasan (ghanimah dan al-fay), cukai (kharja, jizyah dan
usyur) dan harta karun serta harta umum seperti hasil perlombongan, perniagaan dan
pertanian. Namun, terdapat juga perbezaan dalam pelaksanaan baitulmal bagi Daulah
Umaiyah di mana pelaksanaan Baitulmal juga melibatkan bidang ketenteraan misalnya
pada zaman pemerintahan Khalifah al-Walid, beliau telah mendirikan beberapa pusat
angkatan laut di Syria, Mesir dan Afrika yang memerlukan perbelanjaan yang besar yang
sebahagian perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal. Selain itu, perbelanjaan besar
dan sumber kewangan bagi menyediakan peralatan ketenteraan datang dari Baitulmal
(Mahamad & Mohd Farihal Osman, 2009). Maka jelaslah disini, Baitulmal memainkan
peranan penting baik dari aspek ekonomi mahupun aspek ketenteraan.
Perbezaan perkembangan dari sudut ekonomi juga dapat dilihat melalui
pelaksanaan pemerolehan sumber ekonomi negara bagi Zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan
Daulah Umaiyyah. Sumber ekonomi utama yang masih dijalankan bagi kedua-dua daulah
ini adalah pembayaran cukai jizyah. Cukai jizyah merupakan cukai perlindungan yang
dikenakan kepada golongan bukan Islam yang tinggal dan menetap di negara Islam.
Sebagai balasan kepada pembayaran cukai jizyah, negara Islam akan memberi jaminan
perlindungan, keselamatan dan kebebasan berekonomi, beragama dan sebagainya
kepada golongan kafir zimmi ini (Naraian & Harsh, 1986). . Pada zaman Khulafa Ar-
Rasyidin, sistem cukai jizyah dikembangkan akibat perluasan kerajaan Islam ke wilayah
seperti Afrika, Syria dan Mesir di mana wilayah tersebut majoritinya masyarakat bukan
Islam. Maka pembayaran cukai jizyah mengikut kadar yang ditetapkan oleh pemerintah
Islam melalui penjanjian damai perlulah dibayar. Pembayaran cukai jizyah tidaklah
membebankan golongan kafir zimmi kerana pembayaran cukai jizyah juga mempunyai
syarat-syarat kriteria individu yang perlu membayar cukai jizyah ini iaitu lelaki sahaja
kerana kewajipan perang hanya untuk golongan lelaki maka golongan perempuan tidak
perlu membayar jizyah, perlulah baligh di mana kanak-kanak dikecualikan daripada
membayar cukai jizyah, golongan yang membayar cukai jizyah ini perlulah
berkemampuan kerana pembayaran cukai jizyah ini adalah mengikut kemampuan
individu serta perlulah merdeka dan sihat (Naraian & Harsh, 1986). Syarat-syarat ini amat
dititikberatkan oleh setiap Khulafa Ar-Rasyidin dalam mengutip cukai jizyah ini.
Pembayaran cukai jizyah ini hanya dilaksanakan sekali setahun iaitu di awal tahun
sebagai tanda jaminan keselamatan terhadap golongan kafir zimmi sepanjang tahun.
Pada zaman Khalifah Abu Bakar, pembayaran cukai jizyah ini direndahkan sehingga 2
dinar di Mesir manakala di Syria sebanyak 1,2 atau 3 dinar mengikut kemampuan masing-
masing. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, cukai jizyah dilebihkan kepada orang kaya
dimana orang kaya perlu membayar 48 dirham setahun manakala orang sederhana perlu
membayar 24 dirham setahun (Nazori Majid, 2003). Bagi Daulah Bani Umaiyyah pula,
terdapat banyak perubahan ke atas perlaksanaan pembayaran cukai Jizyah ini. Pada
asalnya, cukai jizyah dikenakan hanya ke atas orang bukan Islam atau kafir zimmi sama
seperti perlaksanaanya ketika zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Akan tetapi, daulah ini
mengubah dasar ini pada zamana Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Beliau mengenakan
cukai jizyah ini bukan sahaja kepada orang bukan Islam malah juga dikenakan kepada
orang Islam yang bukan dari keturunan Arab (Nazori Majid, 2003) . Perubahan dasar ini
dibuat atas nasihat Hajjaj bin Yusof yang merupakan gabenor wilayan Umaiyah pada
masa itu. Dasar baru yang mendiskriminasi orang Islam yang bukan berketurunan Arab
ini dilakukan bagi mengatasi masalah kewangan dan menghalang orang bukan Islam
memeluk agama Islam bagi mengelakkan bayaran cukai jizyah yang lebih tinggi
bayarannya berbanding zakat. Dasar baru dalam pelaksanaan cukai jizyah
membangkitkan penentangan daripada umat-umat Islam yang bukan berketurunan Arab.
Tindakan ini dianggap bersifat perkauman dan diskriminasi terhadap kaum bukan
berketuranan Arab. Kesannya, orang Islam bukan berketurunan Arab ini mula menyokong
puak memberontak terutamanya puak Khawarij dan Syiah yang menentang Bani
Umayyah (Nazori Majid, 2003). Lebih mengejutkan lagi, golongan rahib atau paderi juga
dikenakan cukai jizyah semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik kerana sebelum ini
pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, golongan rahib atau pendeta ini dikecualikan daripada
membayar cukai jizyah atas dasar kebebasan beragama (Naraian & Harsh, 1986). Dalam
pada itu, bentuk bayaran Jizyah juga telah diubah oleh Khalifah Abdul Malik. Jika sebelum
ini pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, pembayaran cukai ini boleh dibayar dalam bentuk
hasil tanaman tetapi pada zaman Khalifah Abdul Malik, pembayaran secara barangan
dihentikan dan cukai ini perlulah dibayar dalam bentuk wang tunai. Kadar bayaran cukai
pada zaman Khalifah Abdul Malik ini juga dinaikkan sebanyak empat kali ganda daripada
zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Legasi Khalifah Abdul Malik ini disambung oleh anaknya iaitu
Khalifah al Walid bin Abdul Malik akan tetapi dasar ini dihentikan oleh Khalifah Umar Abd
Aziz yang menghapuskan cukai jizyah yang dilihat membebankan rakyat selain untuk
menghapuskan diskriminasi terhadap golongan Islam yang bukan berketurunan Arab
serta memujuk orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Usaha Khalifah Umar
Abd Aziz ini dihentikan apabila Khalifah Yazid II menaiki takhta dan mengembalikan
semua dasar diskriminasi ini malah kadar bayaran dinaikkan sebanyak 50 peratus
(Naraian & Harsh, 1986). Secara simpulnya, pembayaran cukai jizyah yang bergantung
kepada pemimpin negara Islam itu sebenanrya tidak menjadi masalah akan tetapi ia jatuh
kepada mebebankan apabila pemerintah yang tidak adil dan mengikut hawa nafsu dan
meletakkan harga pembayaran cukai jizyah terlalu tinggi tanpa memikirkan golongan yang
kurang berkemampuan.

Aspek persamaan seterusnya ialah kedua-dua daulah ini mempunyai sistem mata
wang. Akan tetapi sistem mata wang bagi kedua-dua daulah ini berbeza dari segi
pengeluaran mata wang mereka. Pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, kandungan mata
wang hanya mempunyai kalimah dan lafaz bahasa Arab dan tarikh mata wang tersebut
dicatat mengikut tarikh Parsi atau takwin hijri (RUJUKAN !!!). Antara mata wang yang
wujud ketika zaman Khalifah Umar al-Khattab ialah dinar emas, dirham perak, dirham
baili, dirhamrumi dan dirham tabari. Dirham selain dirham emas dan perakdigunakan
secara meluas untuk pembelian barangan kecil dan murah. Pada awal pemerintahan
Daulah Umaiyah, khalifah Muawiyah hanya menggunakan dinar yang sedia ada dari
zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan keadaan ini berterusn sehingga khalifah kelima iaitu
Khalifah Abd Malik bin Marwan. Khalifah Abd malik mengambil berat soal pengeluaran
kewangan kerana ingin membebaskan negara Islam daripada menggunakan mata wang
asing (Parsi dan Rom), menyatukan seluruh umat Islam menggunakan satu mata wang
sahaja kerana berlaku kesukaran apabila terdapat perbezaan nilai dan berat antara mata
wang ini serta pada pandangan Khalifah Abd Malik, mata wang mempunyai pernyataan
kedaulatan tentang negara Islam itu sendiri. Dinar Islam pertama dikeluarkan pada tahun
76H (Ab. Aziz Yusof & Ahmad Bashir Aziz, 2008). Kesan daripada usaha Abd Malik ini,
mata wang ini akhirnya diterima di seluruh wilayah Islam dan dunia Eropah pada ketika
itu.

2.3 KETENTERAAN

Ketenteraan dan pertahanan merupakan salah satu elemen penting dalam


mengukuhkan pentadbiran negara. Kekuatan barisan ketenteraan dan pertahanan yang
mantap bergantung pada pengurusan yang cekap. Persamaan yang dapat dilihat dalam
aspek ketenteraan bagi kedua-dua daulah ini ialah sistem ketenteraan yang dilaksanakan
adalah sistematik dan terancang dengan baik. Kedua-dua daulah ini mempunyai sistem
ketenteraan yang sistematik iaitu membayar gaji kepada tentera mereka. Bagi Zaman
Khulafa Ar-Rasyidin, Khalifah Umar al-Khattab membayar gaji kepada tentera mengikut
kelompok atau kumpulan misalnya tentera dari kalangan lelaki Muhajirin dan Ansar akan
menerima 3000 hingga 5000 dirham setahun, golongan Ahl al-Ayyam akan menerima
sebanyak 3000 dirham setahun, golongan Ahl al-Yarmuk dan al-Qadsiyah menerima
2000 dirham setahun serta Kaum Rawadif menerima gaji antara 1500 hingga 2000 dirham
setahun (Tim Dar, 2010). Bagi Daulah Umaiyyah pula, gaji tentera dibayar melalui sumber
daripada baitulmal.

Selain daripada pembayaran gaji, kedua-dua daulah ini juga mempunyai pasukan
tentera darat dan laut. Akan tetapi yang menjadi perbezaannya adalah pada zaman
Khulafa Ar-Rasyidin, tentera laut tidak begitu banyak digunakan. Hal ini demikian kerana,
pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, beliau sendiri menghalang operasi laut kepada
umat Islam kerana beliau bimbangkan keselamatan tentera ini kerana masyarakat Arab
ketika itu memang tidak mahir dengan ilmu perkapalan dan lautan. Perkara ini juga
rentetan daripada peristiwa Khalifah Umar al-Khattab pernah menghantar Al Gamah bin
Mujazziz Al Mudliji, raja Abyssinia (Ethiopia) melalui jalan laut tetapi tentera Islam
mengalami kekalahan yang teruk lalu memutuskan untuk tidak menghantar tentera
melalui jalan laut (Abdussyafi Abd Lathif, 2014). Akan tetapi, apabila berlaku banyak
perluasan wilayah dan kuasa di kawasan Laut Mediterranean seperti Syam dan Mesir,
maka umat Islam menyedari kepentingan menubuhkan angkatan laut bagi menghadapi
serangan musuh. Perkara ini menjadi satu tanggungjawab kepada Khalifah Uthman bin
Affan untuk menubuhkan angkatan tentera laut yang pertama bagi menjamin keselamatan
dan melakukan perluasan kuasa. Angkatan tentera laut zaman Khalifah Uthman bin Affan
ini ditubuhkan oleh Muawiyah bin Abi Sufyan yang merupakan gabenor di Syam.
Penubuhan ini bertujuan untuk melawan serangan Rom yang banyak menyerang
sempadan Syam menggunakan jalan laut (Sahrul Azmi Sidek, 2015). Akan tetapi, setelah
Khalifah Ali bin Abi Talib dilantik, banyak perluasan kuasa dihentikan seketika dan ini
melumpuhkan sedikit sebanyak Angkatan tentera laut yang ditubuhkan oleh Muawiyah
ini. Akan tetapi, angkatan tentera laut ini mula dinaikkan kembali dan diberi fokus ketika
pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang merupakan khalifah pertama Bani
Umaiyah. Beliau memperkukuhkan lagi armada laut ini dengan membina kapal-kapal
seperti kapal-kapal persisiran dan kapal-kapal perang di laut dalam. Kapal-kapal ini juga
mampu untuk menampak 140 hingga 180 orang tentera dalam satu masa. Pendayungnya
juga terdiri daripada kalangan tentera itu sendiri. Kapal yang dibina ketika Bani Umaiyyah
ini dikatakan tidak jauh beza dengan kapal milik Byzantine dari segi teknologi
pembuatannya akan tetapi masih mampu menguasai sehingga ke barat dan berjaya
membuka Sepanyol (Sahrul Azmi Sidek, 2015). Dalam pada itu, Khalifah Muawiyah juga
membina pangkalan khusus untuk tentera laut yang berpangkalan di Tunisia, Syria yang
bertujuan untuk memajukan pelabuhan disini dan Iskandariah yang dijadikan sebagai
pangkalan perang.

Bagi tentera darat pula, banyak persamaan yang dapat dikupas misalnya pada
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin tentera darat terdiri daripada tentera sayap kiri, tentera
berkuda, tentera memanah, tentera pejalan kaki dan banyak lagi begitu juga dengan
Daulah Bani Umaiyyah (Al-Ghazali, 2015). Ketika Daulah Bani Umaiyyah, struktur tentera
darat dikemaskini dengan meniru corak gerakan tentera Parsi. Khalifah Muawiyah
membahagikan angkatan tentera darat kepada lima pasukan. Pasukan yang menjadi
teras diletakkan ditengah-tengah dan dikenali sebagai Kolabul Jaish, sayap kanan digelar
al-Maimunah,sayap kiri digelar al-Maisarah, pasukan hadapan dikenali sebagai al-
Mukaddimah dan pasukan belakang dikenali sebagai Saiffatul Jaish (Al-Ghazali, 2015).

Seterusnya, aspek yang berbeza dalam sistem ketenteraan ini adalah cara
pemilihan tentera. Zaman Umar Al-Khattab, pemilihan tentera adalah secara sukarela.
Pemilihan tentera secara sukarela ini sebenarnya lebih baik kerana apabila individu itu
secara rela berkhidmat dan berjuang untuk negara, nescaya tiada unsur pembelotan.
Justeru, pemilihan secara sukarela yang dilakukan oleh Khalifah Umar ini memberikan
impak yang positif di mana pasukan tenteranya sentiasa mempunyai semangat juang dan
jihad yang tinggi dalam mempertahankan negara dan membuat perluasan kuasa untuk
menyebarkan dakwah Islamiah. Bagi Daulah Bani Umaiyyah pula, pada peringkat awal,
cara pemilihan tenteranya adalah sama seperti Zaman Khulafa Ar-Rasyidin iaitu secara
sukarela sebelum berkembang menjadi satu kerahan. Semasa pemerintahan Khalifah
Abdul Malik bin Marwan, beliau mewajibkan rakyat Arab yang memenuhi syarat agar
menjadi tentera. Akan tetapi, walaupun secara kerahan, tiada unsur pembelotan yang
berlaku kerana tujuan kewujudan angkatan tentera itu sendiri adalah berlandaskan jalan
Allah SWT iaitu untuk menyebarkan dakwah Islam serta mempertahankan negara Islam
daripada pengaruh kuasa-kuasa asing. Ketika Zaman Daulah Umaiyyah di Andalusia,
dibawah Khalifah Abdul Rahman ad-Dakhil, beliau menubuhkan tentera yang
kebanyakkannya dianggotai oleh hamba dari utara Pyrence sebagai langkah untuk
mempertahankan Andalusia. Kesemua cara pemilihan ini tidak menimbulkan apa-apa isu
pembelotan kerana semangat jihad dalam diri tentera Islam untuk mempertahankan kota-
kota dan negara Islam terus membara supaya negara Islam tidak jatuh ditindas oleh
negara-negara Kristian.

Perbezaan lain yang dapat dilihat adalah dari segi pemilihan panglima perang.
Bagi Khulafa Ar-Rasyidin, mereka tidak mengutamakan mana-mana bangsa untuk
dijadikan panglima perang (Tim Dar, 2010). Perkara ini menunjukkan sewaktu
pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, tiada isu tentang mementingkan bangsa dan puak
sendiri. Akan tetapi bagi Daulah Bani Umaiyah, mereka mengamalkan dasar
mementingkan bangsa Arab yang meletakkan golongan Arab pada darjat tertinggi
manakala golongan bukan Arab dipandang rendah. Bani Umaiyyah mengutamakan
bangsa Arab dalam melantik panglima perang (Tim Dar, 2010). Apa yang dapat dilihat
melalui sikap Bani Umaiyyah yang mementingkan bangsa Arab seolah-olah mereka
mewujudkan kembali sikap berpuak-puak yang pernah dihapuskan oleh Rasulullah SAW.

Secara simpulnya, melalui aspek ketenteraan ini, dapat dilihat banyak aspek
persamaan dan perbezaan yang wujud. Aspek persamaan dapat dilihat melalui sistem
ketenteraan yang sistematik oleh kedua-dua daulah ini yang membayar gaji kepada
tentera dan mempunyai tentera darat yang fungsinya masih sama Dalam pada itu, dalam
aspek persamaan sistem ketenteraan ini, masih terdapat perbezaan yang dapat dikupas
misalnya kedua-dua zaman ini mempunyai tentera darat dan laut akan tetapi yang
berbezanya fungsi tentera laut pada kedua-dua zaman itu dan keberkesanan angkatan
tentera laut pada kedua-dua zaman. Aspek yang jelas berbeza pula adalah dari segi cara
pemilihan tentera dan cara pemilihan panglima perang. Daripada segala penerangan di
atas, maka dapat dilihat sesuatu pelaksanaan sistem ketenteraan pada zaman Khulafa
Ar-Rasyidin itu masih banyak mempunyai kaitan dengan zaman Rasulullah SAW akan
tetapi bagi Daulah Umaiyyah pula pelbagai pembaharuan dan pengemaskinian berlaku
dengan bertujuan untuk mengukuhkan lagi sistem pertahanan negara Islam.

2.4 PERLUASAN KUASA DAN FUTUHAT ISLAMIYYAH

Aspek seterusnya ialah perluasan kuasa dan wilayah. Persamaan yang dapat
dilihat dalam perluasan kuasa ialah kedua-dua daulah ini memfokuskan kepada misi
memperluaskan kuasa agar dapat mengembangkan dakwah Islamiah dengan lebih
meluas serta menjaga keamanan dan keselamatan orang-orang Islam yang berada di
dalam negara Islam mahupun di kawasan sempadan supaya tidak ditindas. Perluasan
kuasa dan penaklukan wilayah pada Zaman Daulah Khulafa Ar-Rasyidin bermula
daripada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang berjaya menakluki bandar pertama iaitu
Kazimah yang menjadi kubu pertahanan kuat Parsi seterusnya bandar Al-Ubullah, Diyar
Mudar, Walajah, Ullalys, Amghishaya, al-Maqar dan yang paling penting ialah kota Hirah
kerana kota Hirah merupakan pangkalan utama tentera Parsi di Iraq. Kejatuhan kota itu
menjadi titik tolak kepada kemaraan tentera Islam ke wilayah yang lebih jauh disebabkan
oleh kedudukan strategik kota itu yang cukup mudah untuk memantau pergerakan musuh
(Ermy & Zamri, 2017). Seterusnya, Khalifah Abu Bakar juga berjaya menguasai Busra,
Kufah, Ajnadayn dan Dimashq. Pemerintahan Khalifah Abu Bakar telah berjaya
meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan dan perkembangan negara Islam
sehingga mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kuasa besar Rom
dan Parsi. Seterusnya, legasi kepimpinan ini diteruskan oleh Khalifah Umar al-Khattab
untuk mengukuhkan lagi penguasaan Islam ke atas wilayah dan kota di Iraq (Parsi) dan
Sham (Rom) serta menguasai Mesir yang berada di bawah cengakaman Rom. Kemuncak
penguasaan Islam di Mesir adalah apabila jatuhnya bandar Iskandariyyah yang
merupakan ibu kota kepada Mesir. Pembukaan Kota Mesir adalah sebagai benteng yang
boleh menyekat secara langsung ancaman Rom terhadap wilayah Sham pada 637
Masihi. Era Khalifah Uthman bin Affan pula berjaya membawa tentera Islam menakluki
sejumlah wilayah yang baru iaitu Anatolia dan Asia Kecil, Palestin, Jordan, termasuk
Pulau Cyprus di bahagian Barat, dan memanjang ke Afrika Utara seperti Mesir, Libya, al-
Jaza’ir, Tunisia dan Maghribi (Ali & Muhammad, 1932). Sementara di bahagian Timur pula
ialah Iran, Iraq, Armenia, Azerbayjan, Afghanistan, Samarkand, Tajikistan, Turkmenistan,
Khurasan, Uzbekistan dan Tabaristan. Keseluruhan Semenanjung Tanah Arab serta
Yaman juga tunduk dibawah kekuasaan Islam Maghribi (Ali & Muhammad, 1932). Justeru,
semua wilayah ini berada di bawah satu panji dan negara Islam lebih luas daripada Rom
dan Parsi di zaman kemuncak kedua kuasa hebat ini.

Perluasan kuasa dan wilayah bagi era Daulah Umaiyyah juga tidak kurang
hebatnya. Perbezaan yang dapat dilihat daripada perluasan kuasa Zaman Khulafa Ar-
Rasyidin ialah zaman ini memfokuskan kepada perluasan kuasa ke atas wilayah di sekitar
Arab manakala Daulah Bani Umaiyah memfokuskan perluasan kuasa mereka ke wilayah
bukan Arab. Wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Daulah Bani Umaiyah dapat dibahagikan
kepada empat iaitu wilayah Asia kecil, Afrika Utara, Timur dan China. Di wilayah Asia
kecil, daulah ini berjaya menguasai daerah-daerah di sekitar Byzantine serta pulau-pulau
di Laut Tengah seperti Rhodhes, Kreta, Cyprus, Sicilia dan Award yang tidak jauh
daripada ibu kota Rom (Byzantine). Walaupun perluasan kuaasa ke atas beberapa
wilayah lain tidak berjaya namun pengepungan kota Konstantinopal cukup untuk
menunjukkan kehebatan ketenteraan dan kuasa Islam pada masa itu. Seterusnya, daulah
ini juga meneruskan perluasan kuasa ke atas wilayah Afrika Utara sehingga Kota
Kairawan dijadikan pusat kegiatan dakwah. Penguasaan ke atas wilayah ini semakin kuat
apabila bangsa Barbary yang terkenal dengan sikap setia dan berani telah memeluk
Islam. Salah satu panglima bangsa Barbary iaitu Thariq bin Ziyad ke Andalusia dan
berjaya menguasai Andalusia pada tahun 710 Masihi. Selain itu, Thariq juga berjaya
menawan Sidonia, Carmona, Granada, Toledo dan banyak lagi wilayah kecuali Jaliqiyah.
Seterusnya, wilayah timur, daulah ini berjaya menakluki negeri-negeri yang terletak di
Sungai Jihun dan daerah-daerah sind. Dengan ini terbukalah peluang untuk mendirikan
kerajaan Islam Akra yang termasyhur dengan Taj Mahal. Akhir sekali, perluasan kuasa
juga tersebar ke sempadan China. Penguasa di sempadan China diwajibkan untuk
membayar jizyah kerana daulah ini telah menguasai wilayah yang berada di antara Soviet
dan Afghanistan. Satu-satunya sebab mengapa perluasan kuasa dilakukan bagi kedua-
dua daulah ini adalah supaya agama Islam yang merupakan agama benar ini boleh terus
diamalkan oleh setiap golongan masyarakat.

Selaras dengan perluasan kuasa ini futuhat islamiyyah juga diterapkan oleh
kedua-dua daulah ini. Al-fath al-islami (islamiyyah) membawa maksud sampai dan
tersebarnya dakwah agama Islam ke dalam negara yang dibuka selepas peperangan
(Ermy & Zamri, 2017). Justeru, dapat difahami bahawa perluasan kuasa dan wilayah
bukan bermaksud merampas tanah dan menjajah penduduk, tetapi sebaliknya bertujuan
untuk keperluan berjihad di jalan Allah dan pada masa yang sama menyebarkan dakwah
ke seluruh penjuru dunia. Secara kasarnya, aspek futuhat islamiyyah ini merupakan aspek
persamaan yang dapat dilihat dalam kedua-dua zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui fokus
dan target khalifah-khalifah daripada dua daulah ini iaitu Daulah Khulafa Ar-Rasyidin dan
Daulah Umaiyyah dalam menjalankan misi memperluaskan kuasa agar dapat
mengembangkan dakwah Islamiah dengan lebih meluas. Perbezaan daripada futuhat
islamiyyah ini dapat dilihat melalui cara mereka berdakwah secara Islamiyyah kepada
negara atau wilayah yang ditakluknya. Antara cara berdakwah setelah peperangan atau
penaklukan wilayah baru pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin dapat dilihat ketika Khalifah
Abu Bakar As-Siddiq memerangi golongan murtad (Wahyu Ilaihi, 2018). Tindakan beliau
dalam memerangi golongan ini merupakan satu tindakan yang berpandangan jauh.
Sekiranya golongan ini tidak dibendung dan dihapuskan, mereka akan mempengaruhi
perkembangan masyarakat Islam dan syiar Islam. Pada zaman Umar al-Khattab, Umar
menggunakan kaedah kesepakatan dan teladan dalam menyampaikan dakwah Islam
iaitu dengan bersepakat bersama Beatrik Ciprunius bahawa negara Islam berjanji
memberi perlindungan dan kebebasan keagamaan kepada penduduk asal Palestin.
Secara contoh teladan pula, Umar menolak dengan baik ajakan masyarakat Palestin yang
mengajaknya solat di Gereja Qiamat kerana bimbang perbuatannya akan diikuti dan
dijadikan sunnah pada masa akan datang. Di sini, beliau menunjukkan bagaimana
toleransinya agama Islam terhadap agama lain (Wahyu Ilaihi, 2018). Begitu juga pada
zaman Khalifah Uthman bin Affan, beliau telah mengirim para sahabat ke pelbagai
pelusuk wilayah untuk mengajarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul kepada negeri-negeri
yang mereka kuasai. Bagi Zaman Daulah Bani Umayyah pula, futuhat islamiyyah dapat
dilihat ketika zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menghantar surat kepada raja di
wilayah Khurasan. Ditambahkan dengan akhlak khalifah Umar bin Abdul Aziz yang baik
ini menyebabkan masyarakat bukan Islam terpukau sehingga rela meninggalkan agama
mereka dan kaum mereka untuk bergabung dengan kaum muslimin (Hatmansyah, 2018).
Selain daripada itu, pada zaman Daulah Bani Umaiyyah ini, banyak patung berhala
dihancurkan dan dibakar (Zulkiple Abd Ghani & Mohd Syukri Yeoh Abdullah, 2005). Selain
itu, masjid dan sekolah juga diwujudkan di setiap negeri. Bahasa Arab juga dijadikan
sebagai lingua franca di majoriti negara di bawah taklukan Bani Umaiyah. Buktinya,ketika
pemerintahan Khalifah Abdul Rahman di Andalusia, orang-orang Mozarab iaitu Kristian
yang diarabkan “Musta’ribun” mempelajari bahasa Arab di samping bahasa Latin dan
Rumawi. Kitab Bible juga diterjemahkan kepada bahasa Arab supaya dapat dibaca oleh
orang-orang ktistian yang lebih gemar dan gasih menggunakan bahasa Arab sebagai
bahasa pertuturan berbanding bahasa mereka sendiri. Penyebaran Bible di wilayah
Andalusia ketika itu tidak mengalami tentangan kerana ini membuktikan hubungan baik
yang telah wujud antara komuniti Islam dan Krisitian pada zaman Bani Umaiyah di
Andalusia (Hatmansyah, 2018).

Secara simpulnya, perluasan kuasa yang berlandaskan kalimah al-futuhat


islamiyyah ini bukanlah bermaksud untuk penguasaan semata-mata untuk memerangi
musuh tetapi merupakan satu penaklukan yang bertujuan untuk meninggikan kalimah
Allah di atas bumi dengan menyebar hak kebenaran Islam agar bebas daripada kesesatan
dan segala pengaruhnya supaya kehidupan yang lebih aman dan harmoni dapat
diwujudkan.

2.5 PENGUMPULAN DAN PEMELIHARAAN AL-QURAN

Persamaan juga dapat dilihat melalui kesungguhan kedua-dua daulah dalam


mengumpul dan memelihara Al-Quran. Usaha pengumpulan al-Quran bermula pada
zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Peperangan Yamamah telah menyebabkan ramai
para sahabat yang merupakan hafiz al-Quran gugur syahid (Bakri Amin, 1979). Hal ini
mencetuskan kebimbangan terhadap Saidina Umar kerana bimbang kemungkinan al-
Quran akan hilang dan kandungannya diselewengkan (Syeikh Ali al- Sabuni, 2012). Maka,
beliau mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar untuk mengumpul Al-quran. Cadangan
ini diterima dan akhirnya beliau berjaya mengumpul dan menyusun al-Quran sehingga
menjadi lembaran dan digunakan sehingga zaman Saidina Uthman al-Affan. Pada zaman
Saidina Uthman, negara Islam semakin meluas dan banyak wilayah yang ditakluki
menyebabkan berlaku ketidakseragaman bacaan antara penduduk sesuatu kota. Maka,
Saindina Uthman telah mengadakan satu naskah al-Quran yang baru di mana ia
menggunakan lahjah Bahasa Quraish manakala al-Quran yang lain yang berbeza telah
dibakar (Mohamad Redha, Muhammad Fairuz dan Nurul Khadijah, 2019). Secara
simpulnya, peringkat awal pengumpulan al-Quran pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin ini
adalah berfokus kepada pengumpulan al-Quran dan pembukuan al-Quran yang bertujuan
untuk menjamin kesucian Al-Quran sebagai panduan hidup manusia.

Perbezaannya dari segi aspek pengumpulan dan pemeliharaan al-Quran ini dapat
dilihat jika Khulafa Ar-Rasyidin berfokuskan kepada pengumpulan dan pembukuan al-
Quran, daulah Umaiyah lebih berfokuskan kepada memelihara cara membaca ayat-ayat
al-Quran melalui perletakan titik-titik (Abd Rahman & Mustafa Abdullah, 2002). Proses
pemeliharaan al-Quran Daulah Umaiyyah ini terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap
pertama iaitu perletakan titik-titik merah (Nuqt al-‘Irab) yang berfungsi sebagai baris ketika
membaca al-Quran manakala tahap kedua perletakan titik-titik hitam (Nuqt al-‘Ijam) yang
meletakkan titik di huruf bagi membezakan huruf-huruf mu’jam (huruf bertitik) dan huruf
muhmal (huruf tidak bertitik) (Mohamad Redha, Muhammad Fairuz dan Nurul Khadijah,
2019). Pada zaman pemerintahan khalifah Muawiyah, semakin ramai orang bukan
berbangsa Arab memeluk Islam dan ini menimbulkan masalah kepada mereka kerana al-
Quran ketika itu tidak mempunyai baris. Maka, Ziyad bin Abi Sufyan memikirkan cara
untuk menyelesaikan masalah yang melanda ini dengan meletakkan tanda baca dalam
al-Quran. Antara bentuk-bentuk baris tersebut adalah fathah (baris atas), kasrah (baris
bawah), dammah (baris hadapan), tanwin (baris dua), sukun (tanda mati) dan syaddah
(tanda sabdu) (Abd Rahman Abd Ghani & Mustafa Abdullah, 2002). Kesan daripada
usaha pengumpulan dan pemeliharaan Al-Quran ini, pembaca al-Quran daripada
pelbagai negara dan bahasa dapat membaca dengan baik tanpa keliru dan tersilap
sehingga ke hari ini.
3.0 PENUTUP

Perkembangan dan pencapai yang dimulakan dari Zaman Khulafa Ar-Rasyidin ini
rentetan daripada zaman Rasulullah SAW telah banyak membawa kemajuan yang pesar kepada
pembentukkan pembinaan umat Islam masa kini. Begitu juga dengan Daulah Umayyah yang
merupakan dinasti pertama setela Khulafa Ar-Rasyidin dalam memperluaskan kuasa dan wilayah
Islam hingga ke pelusuk dunia. Perkembangan oleh kedua-dua daulah ini demikian dapat
membentuk sejarah Islam yang kini berdiri teguh dan dapat menangani ancaman kuasa luar dan
aman. Maka, melalui kajian ini dapat dilihat aspek banding beza antara dua daulah ini dari segi
sistem politik pemilihan pemimpin, ekonomi, ketenteraan, perluasan kuasa serta pengumpulan
dan pemeliharaan al-Quran. Justeru, pembacaan terhadap kajian kes ini perlu bagi memberi
pengetahuan yang mendalam tentang aspek yang menjadi titik tolak perkembangan kemajuan
Islam sehingga ke hari ini.
RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof & Ahmad Bashir Aziz. (2008). Pengurusan Perniagaan Islam: Konsep Isu &
Pelaksanaan. Kedah: Universiti Utara Malaysia
Abdussyafi Muhammad Abd Lathif. (2014). Bangkit dan runtuhnya khilafah Bani Umayyah
Terjemahan. Indonesia : Pustaka Al Khautar.
Abd Rahman Abd Ghani & Mustafa Abdullah. (2002). Pembaharuan dalam Mashad Rasm
UthmaniL Suatu Sorotan Sejarah. Jurnal Usuluddin, 16, 105-118
Al-Ghazali. (2015). Muawiyah: Sebuah Biografi Awal. Selangor: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd
Ali & Muhammad. (1932). The Early Caliphate. Terj. Imam Musa. Jakarta: Dar al-Kutub al-
Islamiyyah
Dr. Bakri Syaykh Amin. (1979). Al-Ta'bir fi al-Quran. Dar al-Syuruq. Diakses pada 1 Mac 2020
daripada
http://www.moha.gov.my/images/maklumat_bahagian/PQ/Panduan_Rasm_Bab2.pdf.
Ermy Azziaty Rozali & Zamri Ab Rahman. (2017). Kecemerlangan Futuhat Islamiyyah Era
Khulafa’ Al-Rashidin. Jurnal al-Tamaddun, 12(2), 25-40.
Hatmansyah. (2018). Sejarah Dakwah Pada Masa Bani Umaiyyah. Jurnal Alhadharah, 17 (33),
96-111.
Hawting, G.R. (2002). The First Dynasty of Islam: The Umayyad Caliphate AD 661-750.
Routledge.
Mahamad & Mohd Farihal Osman. (2009). Penubuhan Pusat Perbendaharaan Islam: Satu
Keperluan Dalam Pembangunan Ekonomi Negara. Kertas Kerja di Konvensyen Baitulmal
Kebangsaan 2009, Kuala Lumpur.
Mohamad Redha, Muhammad Fairuz & Nurul Khadijah. (2019.) Sejarah Al-Quran: Tahap-tahap
Perkembangan Tanda-Tanda Titik dan Baris di Dalam Mashaf. Prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Koleh Universiti Islam Antarabangsa
Selangor, 159-170
Narain, Harsh. (1986). The Role of Jizyah in the spread of Early Islam, Essays in Indian History
and Culture New Delhi Indian History and Culture Society
Nazori Majid. (2003). Pemikiran Ekonomi Islam Abu Yusuf Relefansinya dengan Ekonomi
Kekinian Yogyakarta Pusat Studi Ekonomi Islam (PSEI)
Sahrul Azmi Sidek. (2015). Mu’awiyah bin Abu Sufyan: Kebenaran disebalik Fitnah. Selangor
Darul Ehsan: Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd.
Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni. (2012). Al-Tibyan fi 'Ulum al-Quran. Maktabah al- ‘Asriyyah
Tim Dar al-‘ilm. (2010). Atlas Sejarah Islam: Sejak Masa Permulaan Hingga Kejayaan Islam.
Jakarta: Kaysa Media
Wahyu Ilaihi & Harjani Hefni. (2007). Pengantar Sejarah Dakwah. Jakarta: Kencana Prenada
Media Group
Yazid Maarof & Kamil Majid. (2019). Politik Perspektif Islam: (Siyasah Syar’iyyah). Kuala Lumpur:
Insittut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Zulkiple Abd Ghani & Mohd Syukri Yeoh Abdullah. (2005). Dakwah dan Etika Politik di Malaysia.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai