Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN


AMBILAN JUN 2020 / SEMESTER 1

TUGASAN 1 – SIRAH NABAWIYYAH DAN TARIKH ISLAMI

NAMA PELAJAR : AMIRUL AZRY BIN AHMAD MARZUKI


ANGKA GILIRAN : 2023092310155
NO KAD PENGENALAN : 050315-02-0651
KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 3
KOD DAN NAMA KURSUS : PIMK 1124
NAMA PENSYARAH : ZAINUDDIN BIN LATEH
TARIKH HANTAR : 4 MAC 2024
NO. TEL : 0198467013

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


1.0 PENGENALAN
Kerajaan Islam zaman Umaiyyah merupakan kerajaan islam pertama selepas
kejatuhan kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin iaitu pada tahun 661M bersamaan 40H.
Kerajaan Umaiyyah diasaskan oleh seorang bekas gabenor Syam berketurunan Bani
Umaiyyah yang bernama Muawiyyah Bin Abu Sufian. Kerajaan ini telah melebar sayap
dalam empayar Islam selama 89 tahun yakni dari tahun 661M hingga 750M bersamaan
41H hingga 132H.
Sepanjang pemerintahan kerajaan bani Umayyah, kemajuan tamadun dalam aspek
skruktur binaan, sistem ketenteraan dan politik dapat dilihat berkembang dengan pesat.
Namun, tidak dilupakan perkembangan ilmu juga menunjukkan kemajuan daripada
zaman sebelumnya di mana pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ Ar-Rasyidin, ia lebih
memfokuskan usaha dalam memahami Al-Quran dan Hadis. Namun begitu,
perkembangan ilmu pada kerajaan ini lebih luas lagi. Hal ini terjadi atas pelbagai
penyebab yang berkaitan dengan perluasan ilmu.
Oleh itu, dalam penulisan ini, kita akan membincangkan pendidikan dan
perkembangan ilmu pada zaman Umaiyyah.

2.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU PADA ZAMAN KERAJAAN ISLAM


ZAMAN UMAIYYAH

2.1 PERLUASAN KUASA KERAJAAN BANI UMAIYYAH

Perluasan kuasa membuatkan kerajaan bani umaiyyah semakin berkembang. Hal ini
bertujuan untuk meluaskan lagi syiar Islam dalam masa yang sama mengembangkan
pendidikan islam ke serata dunia. (Jiji Azizan,2017)

Contohnya, pemerintahan Muawiyyah Bin Abu Sufian pada tahun 661M hingga
681M berjaya menakluki banyak negara seperti Rom, Bukharan, Samarkhand, Kabur, Sind,
Afghanistan, Khyber, Tiensan (Siankiang, China) dan Afrika Utara seperti Tripoli.

Dengan itu, masyarakat Islam di dunia pada ketika itu sangat berkembang tidak
hanya daripada bangsa Arab, malah berkembang meliputi bangsa India, China dan Eropah.
Hal ini menyebabkan ilmu terutamanya berkaitan pendidikan islam berkembang seiring
dengan keperluan ilmu agama dalam masyarakat.

2.2 PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN

Dalam sejarah kerajaan bani Umaiyyah, berlaku 3 gerakan utama menyebabkan


perkembangan ilmu berlaku.
Antaranya, gerakan agama. Pada pemerintahan khalifah kelapan iaitu Umar Abdul
Aziz, ilmu pendidikan Islam mencapai zaman kegemilangannya. Hal ini kerana
kebijaksanaan Umar Abdul Aziz dalam mengembangkan agama Islam. Beliau selalu
menyebarkan ilmu ke seluruh tapak kekuasaannya. Beliau juga berjaya menyusun semula
institut pendidikan melalui pengajian Kitab Al-Sabil untuk memberi bantuan kepada orang
yang tidak berkemampuan dalam pengajian.(Jiji Azizan,2017) Ini melahirkan ramai
masyarakat termasuk golongan miskin dalam menyeru jihad islam ini. Menurut Dr. Ahmad
Shalaby, tenaga yang mendorong para penuntut ilmu untuk berperang di medan ilmu ini
adalah al-Quran, hadis Rasulullah saw dan mahfudzot (kata-kata mutiara) yang
memerintahkan umat Islam untuk merebut peluang mengambil ilmu. Selain itu, khalifah
Umar juga berjaya menghidupkan aroma ilmu pengetahuan di masjid-masjid di Kawasan
Syam dengan mengamalkan konsep ‘Halaqah’ iaitu sistem pembelajaran tradisional dengan
menadah kitab secara berhadapan dengan tenaga pengajar yang merupakan syeikh yang
bekerja Ikhlas kerana Allah. Atas sebab kebijakan khalifah Umar, beliau berjaya melahirkan
ramai ilmuwan islam seperti Ibnu al-Nafis, seorang doktor dan pakar bedah.

Seterusnya, gerakan falsafah. Falsafah di dalam kamus dewan edisi keempat


bermaksud pengetahuan tentang pemikiran secara mendalam tentang sesuatu. Kemunculan
ilmu falsafah atau ilmu akal dalam era kerajaan Umaiyyah banyak digunakan untuk
berhujah. Hal ini diwujudkan untuk melawan fahaman Yahudi dan Nasrani yang telah
mempengaruhi pemikiran masyarakat pada zaman Umaiyyah.

Akhir sekali, terdapat gerakan sejarah. Perkembangan ilmu ini seiring dengan
perkembangan ilmu keagamaan seperti ilmu hadis, feqah dan lain-lain. Perkembangan ini
juga penting bagi melahirkan generasi khalifah-khalifah yang memahami ilmu ketenteraan,
sistem pemerintahan dan pentadbiran bagi mentadbir sesebuah kerajaan.

2.3 BANYAK INSTITUSI DAN BANDAR DIJADIKAN SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN


ILMU

Pada zaman Umaiyyah terdapat tiga institut pendidikan yang utama iaitu di istana
khalifah, masjid dan sekolah yang dikenali sebagai al-kuttab. Sebagai contohnya, masjid-
masjid di Mekah, Madinah dan Damsyik merupakan pusat perkembangan dan penyebaran
ilmu agama. Masjid di Kufrah dan Basrah pula dijadikan pusat pengajian bahasa dan nahu.
Istana khalifah juga menjadi pusat pendidikan bagi bangsa bukan Arab yang memeluk Islam
bagi mempelajari Islam. Ketika inilah lahirnya beberapa imam terkemuka seperti Imam
Hanifa di Iraq dan Imam Abdul Malik di Hijaz. Selain itu, istana khalifah turut menjadi
perpustakaan bagi putera-putera khalifah dan anak pembesar bagi mempelajari ilmu. Guru-
guru yang khas juga dijemput bagi mengajar mereka termasuk guru bukan Islam. Antara
mata pelajaran yang diajar ialah sejarah,sastera ilmu pidato dan akhlak. Seterusnya, Kuttab
atau tempat pendidikan Al-Quran juga disediakan kepada dua golongan iaitu golongan
awam yang dikenakan yuran dan Kuttab al-Sabil tang disediakan kepada golongan miskin
secara percuma.

Tambahan pula, bandar-bandar utama juga diwujudkan sebagai pusat


perkembangan pendidikan, intelektual dan tamadun Islam. Sebagai buktinya, dapat dilihat
Khalifah al-Walid telah menjadikan bandar Kufah sebagai pusat perkembangan ilmu dan
Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga menjadikan Kufah, Damsyik dan Basrah sebagai pusat
perkembangan ilmu. Contoh yang lain, bandar Basrah turut menjadi bandar penting dalam
mempelajari Bahasa Arab dan melahirkan beberapa tokoh nahu Arab yang masyhur seperti
Aswad Dua’li dan Khalil Ibn Ahmad.

Kewujudan bandar dan institusi pendidikan ini jelaslah di anrtara penyebab


perkembangan ilmu pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.

3.0 CONTOH-CONTOH ILMU YANG BERKEMBANG PADA ZAMAN KERAJAAN


UMAIYYAH BERSERTA TOKOH-TOKOHNYA

3.1 PERKEMBANGAN ILMU NAQLI

Ilmu naqli bermaksud ilmu yang bersumberkan dari Allah SWT iaitu ilmu al-Quran
dan hadis. Antaranya seperti berikut:

3.11 ILMU TAFSIR

Ilmu tafsir iaitu ilmu berkaitan cara memahami isi kandungan Al-Quran. Antara ahli
tafsir pada daulah bani Umaiyyah ialah Abdullah bin Abbas, Mujahid bin Jabir dan Zaid bin
Aslam.

3.12 ILMU HADIS

Ilmu hadis yakni ilmu tentang ketentuan, perkataan dan perbuatan Nabi Muhammad
SAW. Sebagai buktinya, pada zaman pemerintahan Umar Abd Aziz, beliau menyuruh
mengumpulkan hadis yang ditegah nabi Muhammad SAW untuk ditulis dan dibukukan.
Menurut Mohd Muhiden b Abd Rahman, baginda SAW menegahnya kerana bimbang hadis
bercampur aduk dengan al-Quran Karim. Akan tetapi, kebimbangan Umar Abd Aziz akibat
ramai para Huffaz Hadis meninggalkan dunia membuatkan beliau memerintahkan para
ulama hadis untuk mencari hadis nabi pada tahun 99H. Maka bermulalah pengumpulan dan
pembukuan hadis secara drastik dari para perawinya. Maka daripada itu, khalifa Umar
mengeluarkan arahan kepada beberapa tokoh hadis untuk membukukan hadis. Antaranya,
kepada Abu Bakar Muhammad bin Muslim bin Ubaidillah bin Syihab Al-Zuhri sehinggakan
selesailah usaha al-Zuhri dalam penulisan dan pembukuan beliau. Ini diakui sendiri oleh
beliau bahawa; “Tidak ada seorangpun yang membukukan ilmu sebelumku”. Al-Zuhri juga
pernah berkata, “Kami diperintahkan Umar bin Abdul Aziz untuk menghimpunkan hadis.
Kami pun menuliskannya pada naskhah demi naskah, lalu dikirim ke seluruh wilayah
kekuasaan Islam masing-masing satu naskah.” Selain itu, khalifah Umar juga berusaha
untuk memantapkan disiplin ilmu hadis dalam masyarakat. Beliau menghantar Yazid bin
Malik ke beberapa daerah bagi menyampaikan disiplin ilmu hadis agar tidak ada golongan
masyarakat yang memesongkan ilmu hadis.

3.13 ILMU FEQAH

Ilmu feqah juga hidup pada masa Daulah Umaiyyah. Sumbangan Imam Abu Hanifah
dalam ilmu feqah seperti dalam karya-karyanya seperti al-Faraid, Asy-Syurut dan Al-Fiqh al-
Akbar sangatlah berguna sehingga beliau berjaya menghasilkan Mazhab Hanfi yang
digunakan sehingga ke hari ini. Seterusnya, Imam Malik juga memberi banyak sumbangan
dalam ilmu feqah ini. Beliau juga mempunya pengikut sehingga hari ini melalui mazhabnya
iaitu mazhab Maliki. Antara karya-karya agung beliau ialah kitab Al-Muwatta’ dan Al-
Mudawwamah.

3.14 ILMU TASAWUF

Menurut Syeikh Ahmad Zarruq, ilmu tasawuf ialah ketulusan untuk menghadapkan
diri kepada Allah SWT yang dapat dicapai pelbagai kaedah.(Mohamad Razif,2020) Ahli
tasawuf disebut juga sebagai sufi. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, terdapat dua
sufi yang terkenal iaitu Hasal al-Basri dan Rabi’ah al-Adawiyah. Hasan al-Basri memiliki
kecerdasan yang sangat tajam dan guru-guru beliau adalah dikalangan sahabat-sahabat
Nabi Muhammad. Pada pandangan tasawuf, Hasan al-Basri seorang yang zuhud terhadap
dunia. Menurut Hasan al-Basri, kita tidak boleh hanya takut kepada Allah SWT, melainkan
ketakutan itu diiringi dengan pengharapan. Beliau mengajarkan kita supaya sentiasa takut
jika tidak menjalankan perintah Allah. Seterusnya, Rabi’ah al-Adawiyah. Rabi’ah al-
Adawiyah merupakan sufi perempuan yang tersohor dengan ajaran mahabbah Ilahi
(mencintai Allah). Rabi’ah mencintai Allah kerana ia menyadari besarnya nikmat dan
kekuasaan-Nya. Beliau mencintai Allah ikhlas dari lubuk hatinya kerana hendak
mengagungkan dan memuliakan-Nya.

3.2 PERKEMBANGAN ILMU AQLI


Ilmu aqli ialah ilmu bersumberkan olahan akal manusia (USIM, 2017).

3.21 ILMU FALSAFAH

Ilmu falsafah ialah pengetahuan yang bersifat aqliyyah dan ilmu dengan maksud
yang umum (Hazwan Jimale,2014)

Ilmu falsafah islam pertama kali muncul semasa zaman Daulah Umaiyyah yang
dimulai dengan penterjemahan falsafah Yunani ke dalam Bahasa Arab. Salah satu ilmuwan
muslim dalam ilmu falsafah ialah Al-Farabi.

3.22 ILMU FIZIK DAN ASTRONOMI

Ilmu fizik iaitu kajian tentang bagaimana fenomena alam semula jadi berlaku.
Salah satu ahli fizik daripada bani Umaiyyah ialah Ibnu Bajjah yang berjaya menemukan
teori tindak balas iaitu beliau mengatakan setiap perbuatan pasti ada reaksi.

Ilmu astronomi pula bermaksud kajian tentang objek di luar angkasa. Ilmu sangat
penting dalam masyarakat islam kerana ilmu berhubungan dengan perlaksanaan ibadah
sperti solat, arah kiblat serta penentuan awal dan akhir Ramadan.

3.33 ILMU SEJARAH

Pada masa Kerajaan Umaiyyah, terlahir banyak sejarawan muslim menulis kitab
Sejarah. Antara tokoh tersebut ialah Ali Ibnu Hazm yang menulis 400 judul buku, Abu Bakar
Muhammad bin Umar, dengan karyanya yang berjudul Tarikh Ifititah al-Andalus, Hayyan bin
Khallaf dengan karyanya yang berjudul al-Muqtabis fi Tarikh Rija al Andalus dan Al-Matin
dan yang terakhir Abu Marwan Abdul Malik bin Habib dengan karyanya at Tarikh.

4.0 PENUTUP

Setelah mengetahui kemajuan ilmu pengetahuan pada zaman kerajaan Umaiyyah


yang menguasai Islam di dunia selama lebih kurang 89 tahun pada ketika itu, dapatlah kita
memetik beberapa pengajaran. Antaranya, kita perlulah mencontohi mereka dalam
semangat menuntut ilmu terutamanya pada fasa akhir zaman sekarang kerana Rasulullah
SAW bersabda:

‫اْلُع َلَم اِء‬ ‫ِإَّن َهَّللا َال َي ْق ِبُض اْل ِع ْلَم اْن ِتَز اًعا َي ْن َت ِز ُعُه ِم ْن اْلِعَباِد َو َلِك ْن َي ْق ِبُض اْلِع ْلَم ِبَقْب ِض‬
‫َأ‬
‫َفَض ُّلوا‬ ‫َح َّت ى ِإَذ ا َلْم ُيْب ِق َع اِلًما اَّت َخ َذ الَّن اُس ُرُءْو ًسا ُجَّهاًال َف ُسِئُلوا َف ْف َت ْو ا ِبَغ ْي ِر ِع ْل ٍم‬
‫َو َأَض ُّلوا‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara
mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu
pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu
orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila
mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan
ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.”

Selain itu, pemimpin juga hendaklah mencontohi kepimpinan para pendahulu yang
boleh membawa kemajuan peradaban. Akhir sekali kita semua hendaklah menghargai
warisan sejarah dan mengambilnya sebagai ikhtibar dalam meneruskan kehidupan kita di
dunia yang fana’ ini agar sejarah yang buruk tidak terulang kembali. Sekian,
Assalamualaikum.

RUJUKAN

Mahyuddin Hashim (2018), Konsep Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli dan Perbandingannya
dengan Islamisasi, Nilai, Universiti Sains Islam Malaysia.

Jiji Azizan (2017), Khalifah Umar Abdul Aziz: Penerus Legasi Pengumpulan Hadis Rasul

Diperolehi daripada: https://thepatriots.asia/khalifah-umar-abdul-aziz-penerus-legasi-


pengumpulan-hadis-rasul/

Jiji Azizan (2017), Muawiyah – Pemimpin Agung Orang Islam

Diperolehi daripada: https://thepatriots.asia/muawiyah-pemimpin-agung-orang-islam/

Muhammad Saiful (2016), Kegemilangan Tamadun Islam pada Zaman Bani Umayyah

Diperolehi daripada: https://gemilangtamadunislam.blogspot.com/p/salasilah-bani-


umaiyah.html

Rosmha Widiyani (2021), Sejarah Bani Umayyah: Periode Pemerintahan, Kemajuan, dan
Keruntuhannya

Diperolehi daripada: https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-5848255/sejarah-bani-


umayyah-periode-pemerintahan-kemajuan-dan-keruntuhannya

Umar Mukhtar (2015), Bayan Linnas Siri ke-12: Kematian Ulama


Diperolehi daripada: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2587-bayan-
linnas-siri-ke-12-kematian-ulama

Hannani Juhari (2023), Imam Abu Hanifah: Biografi dan Sejarah Hidupnya

Diperolehi daripada: https://taqwa.my/imam-abu-hanifah/

TheInspirasi (2020), Sumbangan Penting Umar Abdul Aziz Dalam Bidang Ilmu Hadi

Diperolehi daripada: https://theinspirasi.my/sumbangan-umar-abdul-aziz-dalam-ilmu-


hadis/

Anda mungkin juga menyukai