Anda di halaman 1dari 1

TINDAKAN SUSULAN PROGRAM BULAN KEBANGSAAN

Panitia sejarah ingin melaksanakan beberapa penambahbaikan daln melaksanakan tindakan


susulan bagi pelaksanaan Sambutan Bulan Kebangsaaan yang dijalankan pselama sebulan
iaitu dari 16 Ogos hingga 16 September 2019. Tindakan susulan ini merangkumi semua
aspek seperti persiapan sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan program.

SEBELUM

Bagi persiapan sebelum program, diharap Panitia sejarah dapat membincangkan atucara
program seawall dua bulan bagi mengelakkan suasana yang sibuk sebelum pelaksanaan
program. Panitia sejarah boleh me ngadakan mesyuarat khusus untuk sambutan Bulan
kemerdekaan. Apabila mesyuarat sebegini dijalankan, segala urusan sambutan dapat
diagihkan dengan baik, kesemua AJK perlu membincangkan atucara program, barang yang
diperluk,. tempat pelaksanaan dan sebagainya.

Ketua Panitia Sejarah perlu memastikan kerja-kerja yang diagihkan dapat dilaksanakan oleh
AJK yang dipilih dengan teratur dan sempurna dan segala persiapan dilaksanakan sebelum
pelaksaan program.

SEMASA

Semasa pelaksanaan program, semua AJK memastikan tugas yang diagihkan dilaksanakan
seperti yang dirancangkan. Ketua Panitia perlu memainkan pernan penting dalam
melaksanakan program. Perlu memantau perjalanan tugas AJK dari masa ke semasa

SELEPAS

Selepas pelaksanaan program, ketua panitia perlu mengadakan sesi post-mortem dengan
semua AJK untuk membincangkan tentang program yang dijalankan. Semua AJK perlu
menyuarakan pendapat masing-masing bagi penambahbaikan program pada masa akan
datang. Kesemua ahli boleh menyeneraikan cara-cara untuk melaksanakan program dengan
baik dan teratur pada masa akan datang. Perlu menyeneraikan segala kelemahan yang
berlaku pada sambutan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai