Anda di halaman 1dari 32

0

KERTAS CADANGAN TINDAKAN




TAJUK KAJIAN:
Penggunaan E-TV Mempertingkatkan Pengajaran Guru
Dalam Pengajaran Sirah

NAMA PENYELIDIK:
Siti Nazila Binti Zainudin

NAMA SEKOLAH:
Sekolah Kebangsaan Jenjarom







1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Anak adalah amanah supaya kita menjaga dan mendidiknya
bersesuaian dengan syariat.Kesalahan mendidik anak boleh
menyebabkan ibu bapa masuk neraka.Oleh itu didiklah anakanak
dengan cara islam.
(Imam Muslim)
Tugas mendidik bukanlah satu tugasan yang mudah atau boleh
dilaksanakan seperti melepaskan batuk ditangga namun mendidik adalah
satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah
selaras dengan dengan tujuan penciptaan kita sebagai khalifah dan
hamba Allah yang sentiasa taat pada penciptanya.Begitulah juga halnya
dengan tanggungjawab seorang pendiidk yang ingin melahirkan anak-
anak murid yang mempunyai nilai-nilai insaniah dan akhlak yang
terpuji.Namun, sudah cukupkah didikan yang kita berikan kepada anak
murid kita selama ini?Adakah kita telah berjaya memilih idola terbaik
untuk mereka di era globalisasi ini?Siapakah idola terbaik yang harus kita
pilih untuk didikan kita?
Ya, keperibadian Rasulullah adalah contoh terbaik yang harus kita
contohi dan dijadikan acuan didalam aspek memupuk dan mendidik anak-
anak.Seharusnya kita letakkan pada kedudukan pertama dalam kerangka
pendidikan.Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud,


2

;- 4p~E 7 O) Oc4O
*.- NE4Ocq O4L=OEO
Sungguh pada diri Rosulullah itu terdapat teladan yang baik
(Al-Ahzab:21)
Justeru,sebagai seorang pendidik sewajarnya sentiasa memupuk
rasa cinta terhadap Nabi SAW dalam diri anak-anak.Menurut pandangan
dan pendapat daripada Mohd Rizal Azmin Rifin dalam bukunya
menjejaki jalan takwa mengatakan bahawa ada tiga perkara menjadi
kewajipan dalam hal ehwal pendidikan kepada anak-anak, iaitu ajari
mereka agar mencintai Allah dan Rosul-Nya, mencintai keluarga Nabi
S.A.W dan para sahabat Nabi S.A.W yang mulia dan ikhlas dalam
perjuangan bersama Rosulullah S.A.W.Inilah tiga aspek yang perlu
diutamakan dalam mengukuhkan ciri-ciri keperibadian anak-anak agar
mereka menjadi hamba Allah yang utuh iman dan akhlaknya yang mana
tiga aspek tersebut dapat kita perolehi dari Sirah Nabawiyah.
Selaras dengan tuntutan ini, sistem pendidikan rendah di Malaysia
mewajibkan semua murid islam untuk mempelajari Pendidikan Islam
sekolah rendah yang terdiri daripada empat kompenan utama iaitu asuhan
tilawah al-quran, asas ulum syariah, asas akhlak islamiyah, dan
pelajaran jawi.Antara kompenan dalam didalam bidang ulum syariah
pula adalah sirah nabawiyah yang mensasarkan agar murid dapat
memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rosulullah S.A.W.
sebagai asas perkembangan tamadun manusia.
Selari dengan objektif ini, jelaslah pembelajaran sirah amat penting
dalam proses perkembangan murid-murid secara holistik khususnya
dalam pembentukan akhlak yang terpuji kerana seperti yang kita sedia
maklum Rosulullah S.A.W itu sendiri diutuskan sebagai pendidik akhlak
manusia.Peri pentingnya akhlak ini dinyatakan didalam wasiat Rosulullah
3

sabdanya: Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang
yang paling baik akhlaknya (Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tarmizi dan
Ahmad) Justeru, pemupukan akhlak sejak dari kecil lagi amatlah penting
dengan cara memahami dan menghayati peristiwa yang berlaku kepada
Nabi Muhammad.Setiap peristiwa yang ditunjukkan didalam sirah
Rosulullah S.A.W mempunyai iktibar atau ibrah yang tersendiri yang mana
ibrah itu masih relevan kepada umat sepanjang zaman dan ini selaras
dengan Falsafah Penididikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani.
Walaubagaimanapun, pengamalan ilmu ini tidak akan dapat
diaplikasikan dengan baik jika Sirah yang dipelajari oleh mereka tidak
mampu memberi kesan atau membekas didalam hati mereka.Hati yang
tidak dapat disentuh ini tidak mampu untuk melahirkan kesedaran
semulajadi dalam diri murid yang seterusnya merangsang mereka untuk
menjadikan sebagai idola mereka dan sekali gus mencontohi akhlak
Rosulullah.
Oleh yang demikian, suatu pendekatan dan usaha yang berupaya
membantu guru dan murid di dalam menyampaikan dan memahami sirah
Rosulullah perlu dilaksanakan agar generasi akan datang betul-betul
dapat menghayati sirah Rosulullah dan Rosulullah sentiasa menjadi idola
didalam diri setiap umat islam.





4

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mata pelajaran Pendidikan Islam didalam aspek Sirah adalah salah
satu mata pelajaran yang terdapat didalam sukatan pelajaran.Proses
pembelajaran Sirah ini memerlukan daya ingatan yang kuat dan fokus
yang tinggi dan yang paling utama ialah penghayatan daripada murid-
murid terhadap isi-isi dan peristiwa yang terdapat didalam mata pelajaran
ini.Hal ini kerana, didalam mata pelajaran ini terdapat isi pelajaran yang
memerlukan murid untuk mengingati sirah Rosulullah .Oleh yang
demikian, bagi mencapai objektif untuk mata pelajaran ini kaedah
penceritaan yang menarik adalah sangat penting dan sangat memainkan
peranan yang besar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sirah.
Melalui pemerhatian yang saya jalankan semasa pengalaman
berasaskan sekolah dan juga praktikum yang lepas, guru-guru Pendidikan
Islam lazimnya akan memilih kaedah bercerita untuk menyampaikan sirah
nabi.Kaedah bercerita yang digunakan pula, hanya menggunakan atau
mengharapkan bahan bantu mengajar dari buku teks ataupun bercerita
kosong sahaja.
Selain daripada pemerhatian yang saya jalankan, saya juga telah
menemubual beberapa orang guru dan murid-murid mengenai kaedah
pembelajaran sirah yang sering digunakan oleh ustaz dan ustazah
didalam kelas.Hasilnya, majoriti guru dan murid memberi jawapan yang
sama iaitu kaedah bercerita dengan menggunakan buku teks sebagai
bahan bantu mengajar yang paling utama.
Oleh itu, semasa mengajar tajuk perjanjian hudaibiyah saya telah
menggunakan powerpoint untuk menunjukkan isi penting dan jalan
cerita.Di dalam powerpoint tersebut saya letakkan tulisan dan isi penting
peristiwa perjanjian hudaibiyah.Berdasarkan pemerhatian saya ketika
mengajar tajuk Perjanjian Hudaibiyah tahun 6 dahlia ini.Saya mendapati
5

murid-murid tidak dapat mengikuti kaedah bercerita yang saya gunakan
dengan baik.Ini terbukti setelah saya mengedarkan lembaran kerja
kepada murid-murid.Hasilnya, terdapat murid yang tidak boleh menjawab
soalan yang berkaitan isi-isi penting didalam Perjanjian Hudaibiyah itu.
Apabila ditanya Mengapakah kamu sukar untuk memahami cerita
yang disampaikan ustazah? terdapat murid yang menjawab susahlah
ustazah nak ingat cerita tu dan ada juga yang menjawab laju sangatlah
ustazah cerita.Hal ini berterusan apabila saya cuba memanggil dua orang
pelajar untuk menceritakan semula Peristiwa perjanjian hudaibiyah ini
dihadapan kelas.Mereka tidak yakin untuk bercerita kerana takut salah
dan cerita yang disampaikan pula tertinggal isi-isi penting seperti mereka
tidak dapat mengingat nama-nama sahabat, tarikh dan tempat.
Selain itu, murid-murid juga kelihatan kurang dapat menumpukan
sepenuh perhatian apabila masih ada lagi murid yang berborak sewaktu
saya bercerita dan akhirnya mereka tidak faham kisah yang telah saya
sampaikan.Mereka juga hilang tumpuan disebabkan tidak dapat
menggambarkan suasana sebenar semasa guru menyampaikan cerita
tanpa bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat mereka..
Sebagai seorang guru saya berasa sedih melihat situasi ini berlaku
didalam kelas saya.Selain daripada hasil pembelajaran yang tidak
tercapai saya juga gagal menerapkan teladan atau menunjukkan kepada
murid akhlak-akhlak yang seharusnya mereka contohi daripada
Rosulullah S.A.W.
Apabila melihat situasi ini, sebagai seorang guru yang ingin
mendidik murid-murid bukan sahaja untuk cemerlang didalam
peperiksaan malahan cemerlang untuk peperiksaan di akhirat khususnya
menyebabkan saya terpanggil untuk memperkenalkan kaedah bercerita
yang lebih menarik dan lebih bersesuaian dengan minat murid-murid
sekolah rendah sekarang.
6

Justeru, kaedah yang ingin saya ketengahkan bagi menyelesaikan
masalah dalam pengajaran Sirah ini adalah melalui pendekatan yang
berbentuk teknologi terkini.Ini bersesuaian dengan sikap kanak-kanak
dewasa ini yang lebih gemar terhadap bahan-bahan multimedia yang
berunsurkan kartun.Dari situlah saya ingin mengambil peluang ini untuk
menjadikan simbol dan multimedia itu sebagai suatu yang boleh
membawa faedah kepada kanak-kanak dewasa ini dengan
memperkenalkan penggunaan E-TV yang juga boleh memberi
keseronokan dan kepuasan terhadap kanak-kanak.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 ISU KAJIAN
Daripada refleksi diatas, didapati murid kurang dapat memahami dan
mengingati isi-isi penting didalam kisah Perjanjian Hudaibiyah.Ini
menyebabkan murid kurang dapat menghayati sirah rasulullah dengan
baik dan akhirnya proses penerapan nilai-nilai murni yang seharusnya
diteladani dari akhlak Rasulullah juga turut tidak dapat diaplikasikan oleh
murid.
Walaupun saya mengesan terdapat beberapa masalah lain, saya
hanya akan memfokuskan kajian ini kepada permasalahan kesukaran
murid untuk menceritakan dan mengingat isi-isi penting yang terdapat
didalam kisah Perjanjian Hudaibiyah.
Berikut adalah antara isu yang telah saya kenal pasti hasil daripada
pemerhatian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya
jalankan dan perbincangan saya bersama guru Pendidikan Islam yang
lain:
7

a) Murid kurang dapat mengenalpasti dengan baik fakta-fakta penting
yang terdapat didalam cerita yang disampaikan oleh guru.
Kekeliruan ini saya dapat kenal pasti ketika saya menjalankan
aktiviti soal jawab dan menjawab latihan lembaran kerja yang
disediakan.Murid-murid masih tidak dapat mengingati fakta atau isi
penting didalam peristiwa yang disampaikan oleh guru.
b) Murid kurang yakin untuk menceritakan semula kisah yang telah
diperdengarkan oleh guru.
Hal ini saya sedari ketika saya memanggil beberapa orang murid
untuk datang kehadapan kelas bagi menceritakan semula kisah yang
telah diceritakan oleh guru.Murid juga tidak dapat menjawab soalan
yang saya ajukan dengan betul berkaitan kisah tersebut.
c) Murid kurang minat dengan kaedah bercerita yang digunakan oleh
guru.
Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid kurang semangat
atau kurang berminat dengan kaedah bercerita yang digunakan oleh
guru.Ini menyebabkan mereka tidak berusaha bersungguh-sunguh
untuk menumpukan perhatian dengan baik dan mereka juga kelihatan
sukar untuk mengenal pasti fakta-fakta penting yang terdapat didalam
cerita yang disampaikan oleh guru. Ini terbukti dengan tingkah laku
mereka yang bermain-main sewaktu saya bercerita dan tidak dapat
menjawab soalan yang telah saya ajukan.Oleh yang demikian,
perubahan terhadap kaedah yang digunakan didalam kelas adalah
sangat penting.
Berdasarkan isu yang diketengahkan, saya telah memilih untuk
menggunakan E-TV bagi mengatasi masalah ini.Penggunaan E-TV ini
bertujuan untuk membantu murid mengingat isi-isi penting dan
memahami kisah Perjanjian Hudaibiyah dengan mudah.
8


kebolehtadbiran ;

Melalui kajian yang saya jalankan saya mendapati
penggunaan E-TV ini sesuai digunakan kerana kaedah ini mudah
untuk dilaksanakan didalam kelas dan boleh juga digunakan atau
diaplikasikan bagi tajuk-tajuk sirah yang turut mempunyai kronologi
cerita.DiDalam kisah tersebut pula terdapat beberapa fakta penting
yang memerlukan murid untuk mengingatnya..

Kepentingan :

Membantu murid mengingat fakta penting didalam sirah
Rosulullah dan membolehkan murid untuk mengingat kronologi
cerita dengan baik.

kebolehgunaan :

Penggunaan E-TV ini diperkenalkan agar dapat membantu
murid-murid yang menghadapi masalah untuk memahami dan
mengingat fakta penting dalam sirah Rosulullah.Selain itu, E-TV
juga membantu murid untuk bercerita semula atau berkongsi kisah
rosulullah bersama rakan-rakan yang lain.Penggunaan E-TV ini
juga dapat membantu guru menerapkan nilai-nilai murni dan
merangsang penghayatan dengan lebih berkesan. E-TV ini juga
boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk sirah yang mempunyai
kronologi cerita.




9

Kawalan:
Penggunaan E-TV ini mudah dilaksanakan didalam kelas
kerana penggunaan kaedah ini tidak memerlukan bahan yang rumit
dan arahan yang banyak. Malahan murid akan lebih terkawal
kerana mereka akan menonton E-TV ini dengan menggunakan
paparan skrin layar yang besar.Tayangan ini dapat dilihat oleh
murid dengan jelas.
kolaborasi :

Didalam kaedah yang digunakan kolaborasi ditekankan
sesama murid untuk sama-sama menonton E-TV ini dengan
memberi tumpuan yang sepenuhnya.Pengkaji juga berkolaborasi
dengan pelajar dengan menggunakan perkataan dan arahan yang
jelas Selain itu, pengkaji juga berkolaborasi bersama guru-guru
mata pelajaran islam yang lain bagi mengenalpasti permasalahan
dan latar belakang murid.


Kerelevenan:
Kajian yang dijalankan ini mampu memberi impak yang
besar terhadap hafalan murid-murid didalam mengingati dan
menghayati peristiwa Perjanjian Hudaibiyah ini.Selari dengan
orientasi pendidikan sekarang yang tidak berasaskan kepada
peperiksaan tetapi penilaian terus yang dilakukan dengan melihat
amali murid membuatkan kaedah ini sangat releven untuk
digunakan.



10

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF KAJIAN
a. Objektif Am
kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengajaran guru didalam
aspek sirah.
b. Objektif Khusus
1) Penggunaan E-TV membantu murid-murid mengingati isi-isi
penting yang terdapat didalam tajuk Perjanjian Hudaibiyah.
2) Mengubah amalan pengajaran guru dalam mengingati peristiwa
perjanjian hudaibiyah.
3.2 SOALAN KAJIAN
1) Bagaimanakah Penggunaan E-TV membantu murid mengingati isi-isi
penting yang terdapat didalam tajuk Perjanjian Hudaibiyah.
2) Bagaimanakah penggunaan E-TV ini mampu mengubah amalan
pengajaran guru dalam mengingati peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya bagi kajian yang dijalankan ini ialah 35 orang
terdiri daripada 15 orang lelaki dan 20 oarang perempuan.Fokus kajian saya
adalah pada 4 orang murid 6 dahlia di Sekolah Kebangsaan Jenjarom.Pemilihan
responden adalah berdasarkan kepada kebolehan mereka yang mewakili aras
rendah.
Bilangan responden 4 orang
11











Jadual 1: kumpulan sasaran
Berdasarkan jadual diatas menunjukkan saya telah menjalankan kajian di
sekolah kebangsaan Jenjarom di Banting.Pemilihan mereka adalah berdasarkan
kepada masalah dalam mengingati fakta-fakta penting yang terdapat didalam Peristiwa
perjanjian hudaibiyah dan memberi tumpuan sewaktu pembelajaran sedang
dijalankan.Pemilihan mereka ini turut diselaraskan dan dipersetujui bersama guru mata
pelajaran agama islam selaku guru yang mengajar tahun 6 dahlia ini. Saya berazam
untuk membantu kesemua responden dengan memilih mereka untuk menilai sejauh
mana keberkesanan E-TV ini membantu murid untuk mengingati kisah dan fakta-fakta
penting didalam peristiwa perjanjian hudaibiyah.





Jantina responden Lelaki : 2
Perempuan : 2
Nama kelas 6 dahlia
Prestasi responden Sederhana : 2
Lemah : 2
Umur responden 12 Tahun
Sekolah Sek. Keb. Jenjarom
12

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Perancangan Tindakan
Saya telah mengaplikasikan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) dalam
kajian tindakan saya ini.Model ini mempunyai 4 tahap kajian.

Rajah 1: Model Mc






Rajah 1: model kajian tindakan kemmis dan mc tagggart (1998)

5.1.1 Refleksi
Saya mendapati murid-murid menghadapai kesukaran dalam
memahami dan mengingati kisah dan fakta-fakta penting yang terdapat
didalam tajuk perjanjian hudaibiyah berdasarkan pemerhatian yang telah
dijalankan.Murid sukar untuk menceritakan semula kisah tersebut dan
mengingat fakta penting iaitu isi perjanjian setelah hanya mendengar
cerita yang disampaikan oleh guru.Selepas itu, saya telah membuat
tinjaun awal bagi mengumpul data berdasarkan pemerhatian, temubual
dan analisis dokumen dan jurnal refleksi.


1. Refleksi
4. Memerhati
3. Bertindak
2. Merancang
13

5.1.2 Merancang
Bagi mengatasi masalah yang timbul, saya telah merancang satu
tindakan yang sesuai.Perancangan ini bertujuan untuk menarik minat
murid seterusnya memudahkan murid untuk mengingati fakta-fakta
penting yang terdapat didalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.Saya telah
merancang untuk menggunakan E-TV bagi membantu murid mengingati
fakta-fakta penting dengan cara menayangkan kepada mereka kisah yang
terdapat didalam perjanjian hudaibiyah berbantukan animasi-animasi dan
grafik-grafik yang menarik.Pemilihan untuk menggunakan E-TV ini adalah
sangat bersesuaian dengan minat murid di zaman IT ini yang lebih suka
atau lebih tertarik dengan media-media yang bersifat eletronik dan
mempunyai unsur-unsur gambar didalamnya.
5.1.3 Bertindak
Penggunaan E-TV ini telah diperkenalkan kepada responden
seramai 4 orang dari kelas 6 Dahlia semasa proses tindakan berlaku.Ia
dilaksanakan bagi tajuk Perjanjian Hudaibiyah.Pelaksanaan kajian ini
telah diadakan di bilik J-Qaf Sekolah Kebangsaan Jenjarom selama
sebulan.Antara langkahnya ialah:

Kaedah / teknik Penggunaan E-TV membantu guru
mempertingkatkan kaedah pengajaran
sirah didalam mengajar tajuk Perjanjian
Hudaibiyah
Cara pelaksanaan Langkah 1:
Murid mendengar arahan daripada
guru.
Murid ditayangkan E-TV yang
bertajuk Perjanjian Hudaibiyah
melalui papan layar.
14

Murid diingatkan untuk cuba
mengingati kisah yang telah
ditontoni.
Semasa murid menonton, murid
akan diberikan beberapa keping
gambar yang terdapat didalam
video tersebut.
Murid dikehendaki menulis isi
penting diatas gambar berikut
mengikut cerita yang ditonton.
Langkah 2:
Setelah menonton kisah tersebut
murid akan dipanggil untuk
menceritakan semula Kisah
Perjanjian Hudaibiyah tersebut
berpandukan video yang
ditayangkan.
Langkah 3:
Pengkaji akan melakukan ujian
lisan dan bertulis terhadap
responden secara individu.
Pengkaji akan menanyakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan
fakta-fakta penting yang terdapat
didalam tayangan E-TV tersebut.
Pengakaji akan memberikan
lembaran kerja bagi menguji
keberkesanan E-TV dalam
memastikan murid-murid dapat
mengingat fakta-fakta penting
didalam kisah tersebut.
15

Proses ini berulang sehinggalah
responden dapat menguasai tajuk
ini.

Bahan bantu mengjaar E-TV (video), lembaran kerja.

Jadual 2: Langkah-langkah penggunaan E-TV didalam P&P
5.1.4 Memerhati
Semasa proses pelaksanaan tindakan berlaku, saya membuat
pengawasan tehadap kajian yang dilakukan melalui
pemerhatian.Pemerhatian yang dilakukan akan direkodkan supaya saya
dapat mengenal pasti minat dan respon murid terhadap kaedah yang saya
jalankan.

5.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Saya menggunakan tiga cara untuk mengumpul data bagi kajian
ini.Antaranya ialah:
5.2.1 Temubual
Bersama Responden:
i) Mengetahui maklumat tentang kaedah pengajaran yang
disukai oleh responden bagi tajuk Perjanjian Hudaibiyah ini
ii) Mengetahui perasaan responden sewaktu menggunakan
E-TV melalui tingkah laku yang ditunjukkan sewaktu proses
pengajaran dan pembelalajaran.
iii) Mengetahui sejauh mana E-TV yang saya jalankan
mampu mengubah amalan pengajaran saya untuk
membantu murid dalam memahami kisah dan mengingati
16

fakta-fakta penting yang terdapat didalam kisah Perjanjian
Hudaibiyah.
(Rujuk Lampiran A: Borang Temubual)


5.2.2 Pemerhatian
Pemerhatian akan difokuskan kepada dua aspek iaitu
pemerhatian tingkah laku dan pemerhatian lisan.Aspek tersebut
ialah:
i) Memerhatikan tingkah laku responden semasa aktiviti nyanyian
dari segi tumpuan, penglibatan dan minat yang diekspresikan
melalui emosi dan wajah mereka.
ii) Menguji kefahaman dan ingatan responden terhadap fakta-fakta
penting yang terdapat didalam kisah Perjanjian Hudaibiyah secara
lisan berdasarkan soalan yang diajukan.
(Rujuk Lampiran B: Borang Pemerhatian)

5.2.3 Analisis Dokumen
Didalam kajian ini, saya akan merujuk dokumen yang dapat
membantu saya mengumpul data responden.Saya akan
menganalisis hasil lembaran kerja yang diberikan kepada
responden sebagai penilaian terhadap ingatan responden
mengenai fakta-fakta penting didalam Perjanjian
Hudaibiyah.Dokumen ini akan diberikan kepada murid sebanyak
dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakan.
(Rujuk Lampiran C: Lembaran Kerja)
17


5.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA
Dalam bab ini saya akan membincangkan cara menganalisis data
melalui tiga instrumen yang telah saya gunakan

5.3.1 Cara Menganalisis Data Temubual
Melalui kaedah temubual, saya akan mengetahui respons
responden terhadap kaedah yang saya gunakan.Saya juga dapat
mengetahui atau menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan
E-TV yang saya laksanakan terhadap responden dapat
meningkatkan keberkesanan kaedah pengajaran saya dalam
membantu responden untuk memahami kisah dan mengingat fakta-
fakta penting yang terdapat didalam Perjanjian Hudaibiyah.Melalui
instrumen temubual berstruktur ini saya akan menganalisis data
tersebut secara deskriptif.Setiap maklumat yang saya perolehi
daripada temubual akan saya catatkan dalam borang temubual
.Seterusnya saya akan membuat analisis terhadap jawapan-
jawapan yang diberikan oleh responden dan juga guru mengenai
tahap tumpuan responden atau minat mereka terhadap kaedah
yang saya gunakan dan perasaan mereka terhadap kaedah
ini.Jawapan positif yang diberikan oleh responden akan
menunjukkan keberkesanan kaedah yang telah saya jalankan
terhadap murid.

5.3.2 Cara Menganalisis Data Pemerhatian
Dalam kajian ini saya akan mengumpul data menggunakan
pemerhatian berstruktur yang menggunakan senarai semak.Saya
akan menganalisis data tersebut dalam bentuk diskriptif iaitu
18

dengan mengira skor yang diperolehi daripada keseluruhan item
daripada senarai semak tersebut (lampiran b) Saya akan
membandingkan dapatan data sebelum dan selepas kajian
dilakukan.Jika terdapat kelemahan dalam kajian ini saya akan
membuat penambahbaikan terhadap kaedah ini.

5.3.3 Cara Menganalisis Dokumen
Dokumen yang dimaksudkan disini ialah dokumen yang
akan menjadi bukti keberkesanan murid untuk menghafal mengikut
urutan yang betul.Antara dokumen yang akan saya gunakan ialah
lembaran kerja, buku latihan atau ujian-ujian lepas yang telah
dijalankan.lembaran kerja ini akan dibeikan kepada murid
sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian
dijalankan.Setelah responden menjawab latihan yang diberi saya
akan membuat perbandingan antara hasil markah sebelum dan
selepas kajian dilakukan kepada murid.Jika murid memperolehi
markah yang lebih tinggi selepas kajian dilaksanakan Ini bermakna
kaedah yang saya jalankan membantu murid untuk menghafal
dengan baik.
5.4 Perancangan Cara Pelaksanaan Data
5.4.1 jadual Pelaksanaan Kajian
Bil . Aktiviti Tarikh Catatan
1. Mengenal pasti
masalah
22 januari-1 februari
2013
Proses pengajaran dan
pembelajaran ulum syariah
(sirah) dan pemerhatian.
2. Pengumpulan data
awal
4 februari 22 februari
2013
Menilai murid secara
individu tentang fakta-fakta
penting yang terdapat
19

didalam Perjanjian
Hudaibiyah
3. Menulis proposal
kajian
25 februari 1 mac
2013


4. Merancang tindakan 4 mac 12 mac 2013 Mengkaji kaedah
pengajaran yang boleh
mempertingkatkan amalan
pengajaran guru yang
dapat membantu murid
memahami dan mengingati
peristiwa Perjanjian
Hudaibiyah.
5. Melaksanakan
tindakan
1 april 13 april 2013 1.Mengenal pasti masalah
didalam pengaran dan
pembelajaran
2. Membuat temubual
bersama murid berkaitan
kaedah pengajaran yang
digunakan oleh guru.
3. Membuat temubual
bersama guru Pendidikan
Islam berkaitan pemilihan
murid yang akan terlibat
didalam kajian yang akan
dilaksanakan.
4.Pemilihan responden
berdasarkan instrumen
yang telah dipilih.
6. Membincangkan
masalah yang timbul
dalam tindakan
Sem 8 internship
20

7. Refleksi kajian Sem 8 internship
8. Menulis laporan kajian Sem 8 internship
9. Pembentangan
dapatan kajian
Sem 8 internship

J adual 3: Pelaksanaan Kajian

5.4.2 Kos Kajian

Bil. Bahan Bilangan unit Harga seunit
(rm)
Jumlah harga
(rm)
1. Kertas a4 1 paket RM 8.00 RM 8.00
2. Pen 1 batang RM 2.50 RM 2.50
3. Marker 1 batang RM 3.00 RM 3.00
Jumlah keseluruhan RM 13.50

J adual 4: Kos Kajian

6.0 TINJUAN LITERATUR

Menurut Hj. Mohd. Ali, didalam kajian Nur Farhanah Binti Mohd Amin
(2011), Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa
warga guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam
perubahan itu ialah kreativiti seterusnya seorang guru yang hebat juga bukanlah
diukur berdasarkan kemahiran mengajarnya semata-mata tetapi kreativiti dan
kesungguhan yang ditonjolkannya didalam setiap pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan.kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan
sahaja dapat menambat perhatian murid malahan dapat membantu mereka
mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam sesuatu mata pelajaran.Hal ini
selaras dengan kenyataan dari Yong & Biramiah didalam kajian Nur Farhanah
21

Binti Mohd Amin (2011) mengatakan seorang guru yang kreatif akan bertindak
sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar
Jika suatu masa dahulu kita mengenali sistem pendidikan itu adalah
sistem yang lebih bersifat formal, serius serta tertumpu kepada penguasaan ilmu
semata-mata.Namun kini, perubahan yang ketara telah berlaku dalam era
pendidikan di mana pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan menuntut guru-guru disekolah untuk
menjadi seorang guru yang lebih kreatif dan inovatif.
Oleh yang demikian saya terpanggil untuk menghasilkan satu kreativiti
dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyelitkan penggunaan E-TV
yang menggabungkan beberapa perkara yang mampu menarik perhatian murid
seperti persembahan multimedia,gabungan warna dan gambar yang menarik
dan latar belakang muzik yang sesuai didalam isi pelajaran Peristiwa Di Gua
Hira.Ini adalah perubahan amalan guru biasa yang sering kali menggunakan
kaedah bercerita tanpa bantuan bahan rangsangan ataupun hanya
menggunakan buku teks sahaja.Selain mampu menarik minat murid penggunaan
E-TV ini juga membantu murid mengingatkan isi-isi penting dan kronologi
Peristiwa perjanjian hudaibiyah
Kaedah pengajaran mata pelajaran pendidikan islam ini sering kali
dikaitkan dengan pembelajaran yang hanya tertumpu kepada kitab kuning atau
kaedah yang lebih berpusatkan kepada guru kerana sudah menjadi kebiasaan
ustaz dan ustazah menggunakan kaedah syarahan semasa mengajar, mahupun
menyampaikan ceramahnya.Dewasa ini, suasana sudah berubah selaras
dengan perubahan ataupun kemajuan yang telah kita kecapi ini dibuktikan
dengan kajian yang telah dilakukan oleh Harianti Binti Rokman (2006) yang
mengatakan kesediaan guru Pendidikan Islam dari aspek sikap terhadap
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap
yng tinggi manakala dari aspek pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap
yang sederhana.Ini bermakna tahap kesedaran dan semangat guru-guru
Pendidikan islam menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan komputer
22

adalah tinggi tetapi kekurangan pengetahuan dalam penggunaan gajet-gajet ini
menyebabkan kegunaan bahan berasaskan komputer masih belum digunakan
secara meluas.



Justeru sebagai seorang guru yang bakal mendidik generasi 2020 saya
berazam untuk memahirkan diri dengan bahan bantu mengajar yang berasaskan
kepada elektronik.Ini seiring dengan tahap dan kecerdasan generasi Y sekarang
yang lebih tertarik kepada alat-alat yang berbentuk elektronik.Ini ternyata
didalam kajian Nor Heli Asmah Binti Ismail (2007) menunjukkan pembelajaran
berbantukan komputer dapat membantu pelajar dalam mencapai prestasi yang
lebih baik.Selain itu, minat dan sikap intrinsik pelajar terhadap mata pelajaran
akan jelas kelihatan melalui aktiviti yang menggunakan komputer.
Ini dikuatkan lagi dengan kajian Nor asma binti Mohamed (2006)
berpendapat penggunaan komputer didalam kelas mampu meningkatkan
kefahaman pelajar dalam sesuatu topik yang mereka pelajari selain dari
memberi suasana baru kepada pelajar.Kajian yang ditunjukkan jelas
menunjukkan keberkesanan penggunaan komputer sebagai bahan bantu
mengajar yang mampu menarik minat murid-murid kini.
Keberkesanan penggunakan bahan bantu mengajar berasaskan komputer
ini juga disokong kuat oleh Nor Hafizah Binti Mohamed@Mohdnasir (2008)
didalam kajiannya yang menunjukkan menunjukkan kaedah pengajaran yang
digunakan sedikit sebanyak membantu responden meningkatkan prestasi dan
seterusnya menambah minat responden terhadap subjek yang diajar.kaedah ini
juga mampu membantu responden menguasai tajuk dengan baik dan seterusnya
dapat menggunakan kemahiran yang ada bagi menguasai tajuk.
Penggunaan bahan berasaskan komputer yang mampu menggabungkan
pelbagai unsur seperti audio visual, grafik, gambar, bunyi dan warna yang
23

menarik mampu membuatkan murid-murid belajar secara aktif dan lebih
berkesan.Ini dikukuhkan lagi, dengan fakta sains yang berkaitan dengan otak
manusia yang terbahagi kepada 2 iaitu otak kiri dan otak kanan.Otak kiri dan
kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza.
Bahagian kiri menguasai bahan seperti bahasa, logik, matematik ,sains
dan lain-lain aktiviti akademik.Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik,
imaginasi, mengenal warna dan sebagainya.Jika seseorang itu berusaha
menggunakan sedikit masa untuk mengembangkan aktiviti otak kanan dan otak
kirinya akan berfungsi lebih aktif.Banyak kajian telah menunjukkan bahawa
kebolehan belajar akan meningkat jika kedua otak kanan dan otak kiri berfungsi
sama dalam keadaan yang yang harmoni.Bertitik tolak kepada fakta tersebut
dapatlah disimpulkan bahawa penggabungjalinan otak kiri (bahasa) dan otak
kanan (imaginasi muzik dan warna) mampu menghasilkan suatu pembelajaran
yang penuh bermakna dan berkesan dan ini boleh dihasilkan melalui
penggunaan bahan yang berasaskan komputer.
Menurut kajian diatas, hasil gabungan yang pelbagai mampu
meningkatkan kecerdasan murid-murid dalam berfikir dan belajar.Oleh itu unsur
muzik juga memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bahan bantu
mengajar ini.Berdasarkan kajian luar negara, menurut Campbell didalam kajian
Nur Rihazrin Bt. Rahman (2012), membuktikan bahawa kaedah muzik dan
nyanyian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu
meningkatkan pencapaian akademik murid.Dalam kajian ini Bruce Campbell
menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat fakta.
Berdasarkan fakta dan maklumat yang telah diperoleh, ternyata
penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan
tindak balas yang positif.Justeru, saya mengambil inisiatif ini untuk mengahsilkan
dan menggabungkan satu bahan yang mempunyai unsur muzik didalamnya.
Kenyataan ini disokong oleh chocksy dalam kajian Nor Syahida Binti Ibrahim
(2012) menyatakan elemen muzik dan nyanyian dalam bilik darjah dapat
mencipta suasana pembelajaran yang lebih menarik, meningkatkan keupayaan
24

mengingat, meningkatkan tumpuan kanak-kanak, melepaskan tekanan dan
menambahkan keseronokan kanak-kanak semasa belajar.
Berdasarkan tinjaun literatur yang dikemukakan, terbukti bahawa
penggunaan E-TV yang menggabungkan pelbagai unsur seperti unsur gambar,
muzik,dan warna yang menarik sangat berkesan untuk dipraktikkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

7.0 PENUTUP
Justeru saya amat berharap, agar cadangan tindakan yang telah saya
utarakan ini mampu membantu guru dan murid yang menghadapi masalah
dalam mengingati sirah Rasulullah.Hal ini kerana penghayatan sirah Rasulullah
yang berkesan didalam diri murid mampu melahirkan atau membentuk jiwa
insaniah yang sempurna .Sebagai seorang guru yang menginginkan kejayaan
muridnya untuk dunia dan akhirat, saya perlulah berusaha dengan lebih gigih
lagi untuk menjadi seorang pendidik yang lebih kreatif dan inovatif bagi
memastikan sesi pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan.Saya amat
menaruh harapan yang tinggi agar pendekatan yang saya cadangkan ini diterima
dan diaplikasikan dalam sesi pengajaran mata pelajaran pendidikan islam
khususnya bidang ulum syariah aspek sirah.








25

Lampiran
Item temubual secara berstruktur
Temubual bersama responden

1. Pengkaji : Bagaimanakah perasaan anda apabila menonton E-TV?
Responden :
2. Pengkaji : Adakah kamu berasa bosan atau mengantuk ketika
menonton E-TV ?
Responden : ..
3. Pengkaji : Adakah kamu berasa lebih semangat untuk mengetahui
sirah Rosulullah jika terdapat kisah lain yang ditayangkan
seperti ini?
Responden : ..
4. Pengkaji : Adakah kamu boleh mengingat fakta-fakta penting yang
terdapat didalam Perjanjian Hudaibiyah ini?
Responden : ..
5. Pengkaji : Adakah E-TV ini membantu kamu untuk memahami siroh
Rosulullah dengan mudah?
Responden : ..
6. Pengkaji : Adakah E-TV ini mampu membantu kamu untuk
menceritakan semula Perjanjian Hudaibiyah?
Responden : ..



26

Lampiran B
FOKUS PEMERHATIAN (BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN)
Nama pengkaji :
Tarikh :
Masa :
Tajuk :

ASPEK
PEMERHATIAN

ITEM PEMERHATIAN

R1


R2

R3

R4

Jum



Tingkah laku

Memberi perhatian semasa
proses pengajran dan
pembelajaran dilaksanakan


Melibatkan diri dengan aktif
semasa menonton E-TV.


Menunjukkan minat
menonton E-TV dengan
memberi tumpuan terhadap
video yang ditunjukkan.


lisan

Dapat menceritakan semula
kisah Perjanjian Hudaibiyah.


Dapat menjawab soalan
secara lisan berkaitan isi
Perjanjian Hudaibiyah.


27

Rujukan

Amy syarimie binti saripudin (2012) Pendekatan Bimbingan Rukun Solat Murid Tahun
Empat Menggunakan Kaedah Mnemonik Berbantukan Multimedia, diperoleh 1
April 2013 dari laman web www.ipbl.edu.my/.../20.%20AMY%20SHA

Kemmis & Mc Taggart (1988), Dalam Bahagian Rancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Manual Kajian Tindakan Kuala Lumpur, Penerbit BPPDP, KPM
Nor asma binti Mohamed (2006), Keberkesanan Penggunana Perisian Multimedia
Dalam Topic Asid Dan Bes Bagi Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat
Disekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda Pulau Pinang UPSI.

Nor hafizah binti Mohamed@ mohd,nasir (2008), Keberkesanan Penggunaan Perisisan
Powerpoint Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk Directed Numbers Bagi
Pelajaran Tingkatan 2, Open University Malaysian

Noraini Ahmad (2003) menguatkan ingatan, muat turun pada 23 mac 2013 dari laman
web http:// books.google.com.my
Nur Rihazrin Bt. Rahman (2012), meningkatkan ingatan murid terhadap syarat wajib
dan syarat sah puasa melalui kaedah nyanyian, Diterbitkan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan, IPG Kampus Pendiidkan Islam
Nur Farhanah Bt. Mohd. Amin (2011) Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam
Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk Kitaran Air, diperoleh 18 Mac
2013 dari laman web http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/sampel4.pdf
Norshahida Binti Ibrahim (2012) Guru Menyanyi Murid Beratur, Diterbitkan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan, IPG Kampus Pendiidkan Islam
28

Nordiana binti ghazali (2006), Pembinaan Dan Keberkesanan Perisian Pembelajaran
Berbantukan Computer Bertajuk Traffic Sign University Teknologi Malaysia.
Zainal Kassan & Suhaila Binti Abdullah (2010), Pendidikan Disleksia, Selangor
Penerbitan Multimedia.
Harianti binti rokman (2006) Kesediaan Guru Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan
Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Disekolah Menengah
Kebangsaan Zon Skudai Johor Bahru, University Teknologi Malaysia














29












Elissavet, G. Dan economides , A.A.(2003). An Evaluation Instrument for Hypermedia
Courseware.Educational Technology & Society 6 (2) 31-44.
Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn.Bhd.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, (2003). Pendapat Pelajar Terhadap Reka
BentukPerisian Multimedia yang Berasaskan Kepada Pendekatan
PembelajaranKonstruktivis. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Menurut Elissavet dan Economidas (2003) perisian multimedia (koswer) adalah istilah
yang terkini bagi pembelajaran berasaskan komputer, dimana ia merujuk kepada penggunaan
komputer dalam penyampaian pengajaran dalam mod interaktif. Manakala Ismail Zain (2002)
dalam penerangannya mengenai multimedia menyatakan bahawa multimedia berasal daripada
dua perkataan iaitu multi dan media yang bermaksud pelbagai media. Menurut beliau lagi, istilah
multimedia boleh diklasifikasikan kepada generasi 1 dan generasi 2. Istilah multimedia bagi
generasi 1 merujuk kepada bahan cetakan, tayangan, pergerakan atau teknologi elektronik dalam
bentuk analog yang memerlukan perkakasan tertentu secara berasingan untuk berfungsi.
Manakala istilah multimedia bagi generasi 2 pula membawa maksud kepelbagaian media
seperti teks, audio, video, dan animasi berbentuk digital. Menurut Jamalluddin Harun dan
Zaidatun Tasir (2000) pula, multimedia merupakan suatu peralatan komunikasi interaktif
berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik,
audio, video, dan animasi.
30


Oleh yang demikian, semua golongan pendidik seharusnya sentiasa peka dan cuba
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta mencungkil kecanggihan yang ada pada
multimedia bagi mengaplikasikan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kursus-kursus berkaitan multimedia juga perlu diperluaskan dari masa ke semasa. Sekiranya
semua perkara ini dapat dilaksanakan, penyelidik yakin tahap pendidikan negara akan
berkembang seiring dengan teknologi kini.









LAMPIRAN
31

Anda mungkin juga menyukai