Anda di halaman 1dari 4

FakultiPendidikan Faculty of Education

Rujukan: UKM FND/252/2/1


Tarikh: 01 Februari 2019

Dr. Harwati Hashim


Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
harwatihashim@yahoo.com

Tuan/Puan;

PROJEK 45 BUAH BUKU UNTUK 45 TAHUN FAKULTI PENDIDIKAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Fakulti Pendidikan merancang untuk menerbitkan Tesis PhD tuan/puan menjadi sebuah buku ilmiah hasil
penyelidikan PhD tuan/puan masing-masing. Sehubungan dengan itu, satu bengkel (Bengkel 1)
dicadangkan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 28 Februari 2019 (Rabu)


Tempat: Gerbang Minda
Masa: 8.30 pagi sehingga 4.30 petang

3. Justeru, tuan/puan dijemput ke Bengkel 1 ini. Tuan/puan dicadangkan menyediakan draf awal tentang buku
tuan/puan ini dalam borang yang dilampirkan. Sila bincang dengan penyelia/penulis bersama.

4. Oleh kerana Bengkel ini dibuat semasa hari bekerja, maka semua urusan perjalanan/
perbatuan/penginapan dan lain-lain adalah tanggungjawab tuan/puan sendiri. Pihak Urus Setia/Fakulti tidak
menanggung semua kos tersebut, kecuali urusan makan/minum semasa Bengkel dijalankan.

5. Akhir kata, projek ini tidak akan berjaya tanpa sokongan tuan/puan. Justeru, Urus Setia amat memerlukan
kerjasama tuan/puan dalam hal ini.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

PROF. DR. ZAMRI MAHAMOD


Penasihat
Projek 45 Buah Buku untuk 45 Tahun Fakulti Pendidikan

s.k.
 Dekan
 Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi)
 Penyelia (PM. Dr. Melor Md. Yunus)
 Fail Projek

FAKULTI PENDIDIKAN
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Telefon: +603-8921 6250Faksimili: +603-8925 4372 E-mel: mje@ukm.edu.my Laman Web: http://www.ukm.my/jurfpend
Lampiran 1
CADANGAN BENGKEL TESIS PHD KE BUKU ILMIAH KALI KE-4, 2019

Perancangan Cadangan Tarikh Cadangan Pengisian Tindakan


Bengkel 2019 Bengkel Bengkel
Bengkel 1  28 Februari 2019 (Khamis) 8.30 – 9.00 pagi: Pendaftaran Untuk Bengkel 1 ini,
 9.00 pagi – 5.00 petang penulis dicadangkan sudah
 Gerbang Minda 9.00 pagi: Ucapan Penasihat ada:
1. Tajuk buku termasuk
9.30 – 10.30 pagi: Perkongsian nama penulis
Pengalaman Menukar Tesis Ke Buku 2. Senarai bab dalam
Penceramah: Dr. Shahlan Surat buku
Soal jawab 3. Jika sudah ada
manuskrip lagi baik
9.30 – 12.30 pagi: Ceramah 1: Teknik
Menukarkan Tesis ke Buku Ilmiah Catatan: Pada Bengkel 2,
Penceramah: Datin Dr. Hjh. Saadah Hj. semua penulis diminta
Jaafar (Editor Penerbit UKM) membentangkan
Soal jawab manuskrip buku masing-
masing
2.30 – 4.30 pagi: Ceramah 2: Teknik
Menukarkan Tesis ke Buku Ilmiah
Penceramah: Prof. Dr. Zamri Mahamod
(Ahli Sidang Penerbit Universiti-SPU)

Soal jawab

Bengkel 2  2 Mei 2019 (Khamis) 8.30 pagi: Pendaftaran Untuk Bengkel 2, penulis
 9.00 pagi – 5.00 petang diminta membentangkan
 Gerbang Minda 9.00 pagi: Ucapan Penasihat (Pelaporan manuskrip buku masing-
tentang progres Bengkel 1) masing seperti
1. Tajuk
9.30 – 12.30 pagi: Pembentangan setiap 2. Kandungan bab dalam
manuskrip buku oleh penulis buku
Komen Penilai oleh Editor dan Ahli SPU 3. Contoh bab dan lain-
Penerbit UKM lain

2.30 – 4.30 petang: Sambungan


pembentangan
Komen Penilai oleh Editor dan Ahli SPU
Penerbit UKM

Bengkel 3  4 Julai 2019 (Khamis) 8.30 pagi: Pendaftaran Untuk Bengkel 3, lebih
 9.00 pagi – 1.00 petang kepada:
 Gerbang Minda 9.00 pagi: Ucapan Penasihat (Pelaporan 1. Aktiviti pemurnian
tentang progres Bengkel 2) manuskrip buku
2. Penghantaran
9.30 – 12.30 pagi: Penyemakan manuskrip manuskrip yang
dan Penghantaran manuskrip sudah siap untuk
dinilai oleh Penerbit
12.30 pagi: Ucapan rumusan keseluruhan UKM
Bengkel 1 hingga 3 3. Dan lain-lain
 Jumlah buku berkaitan bengkel ini

FAKULTI PENDIDIKAN
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Telefon: +603-89216458Faksimili: +603-8925 4372 E-mel: d-zam@ukm.edu.my Laman Web: http://www.ukm.my
FakultiPendidikan Faculty of Education
 Jumlah manuskrip yang sudah
siap
 Tindakan selanjutnya oleh Urus
setia
 Dan lain-lain perkara berbangkit/
soal jawab

1.00 petang: Makan tengah hari dan


bersurai

Catatan:

1. Tarikh bengkel adalah tentatif sahaja. Sebarang perubahan tarikh bengkel akan
dimaklumkan kepada penulis dengan segera.
2. Semua surat-menyurat dengan pelajar akan diuruskan oleh Urus Setia.
3. Mohon semua pelajar sentiasa menghubungi penyelia/penulis bersama untuk mengetahui
perkembangan penulisan buku masing-masing.
4. Sama-sama kita menjayakan Projek Buku Fakulti Pendidikan ini.

FAKULTI PENDIDIKAN
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Telefon: +603-8921 6250Faksimili: +603-8925 4372 E-mel: mje@ukm.edu.my Laman Web: http://www.ukm.my/jurfpend
BORANG PENYERTAAN
Bengkel Tesis ke Buku Ilmiah Fakulti Pendidikan UKM 2019

Saya ………………………………………………………………………….. berminat/tidak berminat* untuk menyertai


Bengkel Tesis ke Buku Ilmiah Fakulti Pendidikan ini. Jika berminat, isikan maklumat berikut:

Judul buku : ……….………………………………………………………………………………………………..


…………………………………………………………………………………………………………

Nama penulis: ……………………………………………………………………………………………………….


…………………………………………………………………………………………………………..

Setuju HADIR [ ] TIDAK HADIR [ ]


(Pilih yang berkenaan sahaja)

Cadangan Judul Bab dalam Buku:

Bab 1 Pengenalan
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Rujukan
+ jika tidak cukup ruangan bab, mohon tambah sendiri
Catatan:

1. Dicadangkan setiap bab tidak terikat seperti dalam tesis.


2. Jika tidak berminat, sila maklumkan kepada saya melalui e-mel.

Borang yang sudah lengkap, sila e-mel kepada saya di abdulhadihassan04@yahoo.com untuk tujuan rekod
Projek Buku ini.

Sekian dan terima kasih.


Abdul Hadi Abu Hassan (Urus setia)

S.K – Prof. Dr. Zamri Mahamod (Penasihat)

FAKULTI PENDIDIKAN
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Telefon: +603-89216458Faksimili: +603-8925 4372 E-mel: d-zam@ukm.edu.my Laman Web: http://www.ukm.my

Anda mungkin juga menyukai