Anda di halaman 1dari 1

www.uitm.edu.

my

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

YBhg.Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan

JEMPUTAN SEBAGAI JURI PERTANDINGAN BAGI PROGRAM BREAKTHROUGH


INVENTION INNOVATION AND DESIGN EXHIBITION (BiiDE) 2019 DI UiTM CAWANGAN
PAHANG KAMPUS RAUB

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Suka cita dimaklumkan bahawa, pihak Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM
Kampus Raub akan mengadakan program Breakthrough Invention Innovation and Design
Exhibition (BiiDE) 2019 seperti ketetapan berikut

Tarikh : 23 Oktober 2019 (Rabu)


Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Dewan Titiwangsa,
UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub

3. Bersama-sama email jemputan ini disertakan Tentatif Program dan Borang Pengesahan
Tawaran Juri BiiDE 2019. Manakala Surat Jemputan akan diberikan semasa pendaftaran juri
pada hari program berlangsung.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika YBhg. Prof Dr./ Prof Madya Dr./
Dr./ Tuan/ Puan dapat mengesahkan kehadiran dengan mengembalikan Borang Pengesahan
Tawaran Juri BiiDE 2019 seperti yang dilampirkan kepada urusetia Pengurusan Penjurian
menerusi email (Dr. Mohd Amar Bin Aziz : amaraziz@uitm.edu.my) atau (Cik Addlin Jasmine
Sabrina Bt Sabbri : addlin@uitm.edu.my) selewat-lewatnya pada atau 15 Oktober 2019
(Selasa).

Segala kerjasama dan komitmen YBhg. Prof Dr./ Prof Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan dalam
menerima jemputan ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Dr. Mohd Amar Bin Aziz


AJK Pengurusan Juri BiiDE2019

Anda mungkin juga menyukai