Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN RPS KEMAR

33300 GERIK

KERTAS KERJA

FORUM PEMBENTUKAN AKHLAK INSANI

( NABI MUHAMMAD S.A.W CONTOH AKHLAK TERPUJI)

30 OKTOBER 2020

SURAU SK RPS KEMAR

Disediakan Oleh :

PANATIA PENDIDIKAN ISLAM, SK RPS KEMAR


1.0 PENGENALAN

Pembangunan rohani dan jasmani yang seimbang bakal melahirkan murid


yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai sahsiah yang mulia.
Pengisian rohani yang utuh juga akan melahirkan murid yang
bersemangat waja, mempunyai jati diri serta sentiasa mentaati perintah
ALLAH dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang muslim
mukmin. Menyedari hakikat ini, panatia Pendidikan Islam Sk RPS Kemar
mengambil inisiatif untuk mengadakan Forum Pembentukan Akhlak Insani
ini. Semoga dengan komitmen yang diberikan oleh pihak sekolah,
program ini akan dapat dijadikan wasilah bagi mengisi ruang kosong di
hati murid-murid SK RPS Kemar.

2.0 RASIONAL

Forum Pembentukan Akhlak Insani ini memberi kesedaran kepada murid


untuk sentiasa berhias dengan akhlak yang baik dan seterusnya mampu
menjadi contoh peribadi yang dihormati, disegani dan disayangi oleh
komuniti setempat di samping dapat menghasilkan sahsiah diri yang
terpuji dalam semua aspek termasuklah rohani, emosi, jasmani dan
intelek.
3.0 MATLAMAT

Program Forum pembentukan Akhlak Insani ini memberi penekanan


kepada pengamalan serta penghayatan akhlak idola terunggul iaitu Nabi
Muhammad S.A.W dalam diri murid bagi meningkatkan jati diri murid yang
pada akhirnya akan menjadi tunjang kepada pembentukan insan yang
seimbang dan harmonis sesuai dengan matlamat yang digariskan dalam
Falsafah Pendidikan kebangsaan dan Negara serta hasrat kerajaan untuk
menghasilkan kemenjadian murid dalam semua aspek terutamanya
peribadi murid.

4.0 OBJEKTIF

1. Membimbing dan menyedarkan murid tentang tanggugjawab mereka


sebagai hamba ALLAH, murid dan anak agar mereka mampu menjadi
insan dan generasi yang bukan hanya cemerlang dari segi akademik
bahkan melahirkan murid yang seimbang kecemerlangannya dari sudut
rohani, jasmani, kreativiti, emosi dan intelek.
2. Membentuk murid-murid agar mempunyai sahsiah dan disiplin yang
cemerlang, azam, iltizam semangat dan kekuatan mental agar mereka
mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
3. Membina keterampilan diri dan kewibawaan murid sebagai pemimpin
yang akan mewarisi kepimpinan Negara di masa akan datang.
5.0 TARIKH DAN PELAKSANAAN

30 Oktober 2020 – Jumaat


8.00 pagi – 9.30 pagi

6.0 TEMPAT

Surau Sk Rps Kemar

7.0 SASARAN

Murid Islam tahun 1 - 6 seramai 150 orang

8.0 SUMBER KEWANGAN

Kementerian Pendidikan Malaysia ( Peruntukan kegiatan Agama Islam)

9.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA KOS


1 Makan minum peserta
1. Minum pagi RM 5 X 150 RM 750
2. Makan tengahari RM 7 X 150 RM 1050
3. Air Mineral cup (kotak) RM 20 X 5 RM 100
2 Alat tulis
1. Fail Kertas RM 2 X 150 RM 300
2. Kertas A4 (Kotak) RM 120 X 1 RM 120
3. Pen RM 2 X 150 RM 300
4. Marker Pen RM 20 X 5 RM 100
5. Kertas Mahjung RM 10 X 10 RM 100
JUMLAH RM 2820

10.0 JAWATANKUASA
JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Sazana binti Aman


( Guru Besar Sk Rps Kemar)

Timbalan Pengerusi 1 : En. Muhd Zaidi bin Abdullah


(PK Pentadbiran Sk Rps Kemar)

Timbalan Pengerusi 2 : Pn. Nur Akmar binti Muhd Zaidi


( PK Hal Ehwal Murid Sk Rps Kemar)

Timbalan Pengerusi 3 : En. Khairul bin Abdul Wahid


( PK Kokurikulum Sk Rps Kemar)

Penyelaras : En. Mohamad Amirul Fikri bin Mhd Supian


( KP Pendidikan Islam )
Pen. Penyelaras : Pn. Kamariah binti Sulaiman
Setiausaha : En. Abdul Munir bin Jamil
Bendahari : En. Ahmad Shaarani bin Ahmad
AJK : En. Tarmizi bin Hasbullah

Ahli Panel Forum

1. MODURATOR - En. Abdul Munir bin Jamil


2. PANEL 1 - En. Mohamad Amirul Fikri bin Mhd Supian
3. PANEL 2 - Pn. Kamariah binti Sulaiman
4. PANEL 3 - En. Ahmad Shaarani bin Ahmad

1.0 AKTIVITI
1) Tayangan Video
2) Forum
3) Kuiz Terbuka

12.0 PENUTUP

Panatia Pendidikan Islam berharap agar program Forum Pembentukan


Insan ini dapat dijalankan dengan sebaiknya serta mencapai matlamat
dan objektif yang digariskan. Sehubungan itu, kerjasama daripada semua
pihak amat diharapkan.

Disediakan Oleh :
(EN. ABDUL MUNIR BIN JAMIL)
Setiausaha,
Panatia Pendidikan Islam,
Sk Rps Kemar.

Disemak oleh:

(EN. MOHAMAD AMIRUL FIKRI BIN MHD SUPIAN)


Ketua Panatia,
Panatia Pendidikan Islam,
Sk Rps Kemar.

Disahkan oleh:

___________________________

Anda mungkin juga menyukai