Anda di halaman 1dari 7

INSITITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP




NAMA PELAJAR : SITI HAJAR BT MD SELIMAN@MOHD SU
PROGRAM : PISMP SEM 8
NAMA SEKOLAH : SK SERI TUNJONG
NAMA AKTIVITI : PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN
KECERGASAN
TEMPOH PELAKSANAAN : 22 JULAI 2014 ( 8.00 PAGI 11.00 PAGI)
OBJEKTIF:
1. Mengetahui cara mengurus sesuatu pertandingan dengan baik.
2. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kreativiti murid tahun 4 mewarna
3. Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan.
4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara murid dengan
murid serta murid dengan guru.
5. Memastikan kecemerlangan akademik murid tidak terabai.




STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.
2. Beliau mencadangkan saya membuat pertandingan mewarna sempena bulan
kecergasan untuk murid tahun 4 kerana dapat melihat tahap kreativiti mereka.
3. Tempoh seminggu diberikan untuk saya mempersiapkan segala persiapan
bahan, hadiah dan tempat pertandingan.
4. Saya menyediakan segala bahan dan persiapan tempat dengan rapi bagi
memastikan pertandingan mewarna sempena bulan kecergasan berjalan dengan
lancar.

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru
kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak
pengalaman seperti menguruskan sesuatu pertandingan ko-akademik. Saya juga
telah belajar cara untuk mengadili sesuatu pertandingan.

2. Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang murid-murid
tahun 4. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Masa untuk mengadakan pertandingan singkat kerana saya mengikut waktu yang
diberikan oelh pihak sekolah. Segalanya perlu dilakukan tepat pada masa bagi
mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran seterusnya tergangu atau
terlewat.
2. Pada Praktikum 3, saya telah mengajar tahun 4 Anggerik. Ini telah menyebabkan
saya susah untuk mengenalpasti tahap murid tahun 4 Melor dan 4 Kenanga dan
terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mengadili pertandingan
tersebut.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami berharap agar mendapat masa yang lebih untuk mengadakan
pertandingan ini. Hal ini kerana penganjuran pada murid tahun 4 mendapat sambutan
yang sangat menggalakkan dan kami beranggapan bahawa jika dibuka pada murid
tahap lain suasana pasti akan menjadi lebih meriah.

KESIMPULAN
Melalui aktiviti pertandingan mewarna sempena bulan kecergasan, saya
mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini,
saya mengambil bahagian dalam menyediakan kumpulan murid-murid. Ini merupakan
pengalaman baru untuk saya. Saya juga mempelajari cara markah dalam sesuatu
pertandingan.
Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti pertandingan ini,
hanya tahun 4 sahaja yang terlibat dalam pertandingan tersebut dan saya berharap
agar boleh diberikan peluang pada masa akan datang untuk membuat pertandingan
pada peringkat sekolah pula. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman
dan pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,


.
(SITI HAJAR BT MD SELIMAN) (EN. AHMAD RIDZUAN B MAHIDIN)
Mentor,
Program Internship SKST 2014.



Aktiviti sedang berlangsung. Murid-Murid Sedang Mewarna





Kertas mewarna
sebelum

Hasil kerja murid
selepas




Majlis penyampaian hadiah

Anda mungkin juga menyukai