Anda di halaman 1dari 3

POST MORTEM KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

KALI KE - 10
SJKT LADANG PELEPAH 2019

1. Perutusan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
mengucapkan syabas kerana telah menjayakan sukan tahunan sekolah kali - 10
SJKT Ladang Pelepah dengan jayanya. Kerjasama semua guru sangat
menakjubkan.

2. Agenda Post Mortem

2.1 Kekuatan Program

a) Penglibatan semua murid sangat aktif dan berkesan.


b) Aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar.
c) Semua guru memberi kerjasama dengan baik.
d) Kerjasama daripada LPS dan PIBG sekolah amat dihargai dan menakjubkan.
e) Kehadiran ibu bapa memuaskan.
f) Persiapan tempat yang menarik dan khemah yang mencukupi.
g) Pemilihan tempat yang sesuai (padang kampung Temening Lama) kerana
berdekatan dengan sekolah.
h) Latihan yang diberikan kepada para peserta sukan tahunan sekolah yang
mencukupi.
i) Makanan yang mencukupi untuk semua warga pelepah.
j) Aktiviti sukaneka Tahap 1 dan Tahap 2 yang menarik dan mencabar.
k) Semua ibu bapa dan guru bekerjasama antara satu sama lain bagi
menjayakan sukan tahunan sekolah.
l) Bekas murid sekolah sudi hadir dan membantu guru-guru.
2.2 Kelemahan Program

a) Alatan daripada MDKT sampai lambat menyebabkan persiapan kanopi VIP


seperti penyusunan kerusi dan meja mengambil masa.
b) Pembahagian tugas (Ajk Pelaksana) tidak teratur.
c) Tiada raptai yang lengkap. (Raptai penuh).
d) Tiada pelan B bagi acara sukaneka.
e) Tiada meja urusetia dan pembantu bagi menguruskan segala hal yang
berkaitan tentang sukan.
f) Guru-guru sukaneka tidak memberikan kerjasama antara satu sama lain bagi
menguruskan acara sukaneka.
g) Majlis pembukaan sukan sekolah dimulakan lambat kerana menunggu
kehadiran VIP sukan sekolah.
h) Majlis tidak teratur kerana tiada ajk ‘floor manager’.
i) Pendaftaran ibu bapa dan kehadiran tetamu tidak dilaksanakan dengan
teratur.
j) Tiada kipas di dalam khemah menyebabkan para tetamu berasa panas.
k) Tiada atur cara yang lengkap di dalam buku program.
l) Bahagian penghargaan di dalam buku program tidak lengkap dan kurang
memuaskan.
m) Setiausaha Sukan harus membuat 3 kali mesyuarat sebelum sukan sekolah
bagi tujuan mengenali proses pelaksanaan kerja oleh ajk pelaksana.
n) Pengacara majlis yang kurang aktif dan kurang memuaskan.
o) Tidak menyediakan cenderahati kepada bekas murid.
p) Tempahan baju kurang memuaskan sehingga seorang guru tidak dapat
memakai baju sukan kerana tempah lambat.
2.3 Cadangan Penambahbaikan

a) Penyelaras program harus membuat perancangan yang bernas supaya tidak


berlaku sebarang kekeliruan.
b) Setiusaha sukan harus membahagikan tugas mengikut kebolehan guru-guru
supaya dapat melaksanakan tugas secara adil dan saksama.
c) Tempahan baju dan alatan daripada MDKT perlu menghantar surat lebih
awal supaya dapat mengelakkan sebarang kesulitan.
d) Perlu mengadakan raptai penuh sekurang-kurangnya dua kali supaya dapat
mengetahui kelemahan dalam kelancaran sesuatu majlis atau program
sekolah.
e) Semua ajk harus berbincang dengan guru besar dahulu sebelum membuat
sebarang tindakan atau keputusan supaya dapat mengelakkan sebarang
masalah.

3. Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru
bagi melaksanakan post mortem ini. Diharapkan segala kelemahan yang telah
dnyatakan akan diperbaiki pada masa akan datang.

Disediakan oleh:

_______________________

(Jagadesh a/l Ravisanteran)


Setiausaha Sukan

Anda mungkin juga menyukai