Anda di halaman 1dari 5

MESYUARAT EXCO 1 (SESI 2018-2020)

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ),


S.K. SUAI SATU, SUBIS.
YBA 4414
______________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT EXCO PIBG BIL 1


SESI 2018-2020

TARIKH / HARI : 03 MEI 2018 ( KHAMIS )


MASA : 02.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PERDANA, SK SUAI SATU.

Kehadiran : ( Rujuk Lampiran ) - 16 / 23 orang


Tidak Hadir : 1. Puan Sima Anak Jam (Bersebab)
2. Puan Sauto Ak Beti (Bersebab)
3. TR Brain (Bersebab)
4. Encik Jilan Anak Ugan (Bersebab)
5. En. Ismawi Bin Ahmad Imbing (Bersebab)
6. Cik Stansia Medgelina Ak Jostan (Bersebab)
7. En. Dulah Anak Sauh (Bersebab)

AGENDA :

1. Kata alu-aluan Penasihat.


2. Ucapan YDP.
3. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Exco yang lepas.
4. Perkara-perkara Berbangkit
5. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Bendahari yang terkini.
6. Perancangan Tahunan PIBG (2018 - 2020).
7. Hal-hal Lain.

Page | 1
MESYUARAT EXCO 1 (SESI 2018-2020)

AGENDA PERKARA TINDAKAN


1.0 Kata alu-aluan Penasihat
1.1 En. Taib mengucapkan kata alu-aluan selamat datang dan terima kasih kepada
semua exco yang sudi hadir dan mengharapkan para exco yang terdiri daripada
orang muda agar dapat sama-sama bekerjasama menyumbang kepada
pembangunan sekolah.
1.2 Perancangan tahunan pada kali ini akan menjurus kepada pembangunan murid
dan sekolah iaitu salah satunya Program XPDC Suai E-Sarana yang mana pihak
sekolah telah datang melawat ke salah satu rumah panjang iaitu RH Jalin. EXCO PIBG
1.3 En Taib menyatakan bahawa keputusan UPSR meningkat lebih 30% adalah
salah satu hasil sumbangan PIBG kerana Program Motivasi yang dijalankan di
luar sekolah dan juga kesanggupan untuk menyumbang bagi murid yang
cemerlang UPSR
1.4 Peranan PIBG sangat penting untuk pembangunan dan kecemerlangan murid,
oleh yang demikian setiap exco yang di lantik adalah wakil daripada kawasan
masing-masing agar mudah mendapatkan kerjasama daripada ibu bapa.
2.0 Ucapan YDP
2.1 En. Juan mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua ahli exco
dan memohon agar semua ahli exco untuk bekerjasama dan memberi idea bagi
penambahbaikan perancangan berkaitan sekolah dan mutu pendidikan anak-anak.
2.2 Semua ahli Exco bertanggungjawab untuk menegur dan menasihati ibu bapa di
kawasan masing-masing jika mereka tidak mengambil berat tentang pendidikan EXCO PIBG
anak-anak mereka.
3.0 Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Exco yang Lepas
3.1 Setiausaha iaitu Cik Masna Binti Mappeati membacakan Minit Mesyuarat Exco
Kali Keempat 2018. Setiausaha
3.2 Minit mesyuarat ini dicadang untuk disahkan oleh En. Timothy Ak Ngindang Kehormat
dan disokong oleh Cik Nur Afifah Binti Ahmad.
4.0 Perkara-perkara Berbangkit
4.1 Guru Besar membangkitkan perkara 4.4 iaitu YB Majang telah
menyumbangkan RM7000 kepada pihak sekolah dan beliau sebenarnya telah
menyumbang sebanyak empat kali kepada pihak sekolah. Setuausaha
4.2 Guru Besar membangkitkan perkara 8.1.1 iaitu berkaitan dengan memasang Kehormat

Page | 2
MESYUARAT EXCO 1 (SESI 2018-2020)

pagar di belakang flat sekolah yang mana pagar tersebut telah dipasang namun
hanya proses menyimen sahaja yang belum dilaksanakan.
4.3 Guru Besar memohon agar YDP iaitu Encik Juan agar dapat memantau proses
pembangunan rumah guru agar dapat disiapkan pada tahun ini.
4.4 Guru Besar membangkitkan perkara 9.1 berkaitan dengan Sukan Dwitahunan
yang ditunda kepada satu tarikh selepas UPSR.
4.5 Bagi Program Hari Sukan Negara, Guru Besar mengharapkan penyertaan dan
kehadiran ibu bapa di dalam program tersebut.
4.6 Bagi Program Jogathon yang akan dirancang untuk dilaksanakan pada tahun
hadapan, Guru Besar meminta agar Exco PIBG turut terlibat bersama.
4.7 Encik Michael membangkitkan perkara 8.3 iaitu insentif bagi murid yang
mewakili sekolah ke peringkat tertinggi telah diberikan kepada adik Michelle
Lahung.
4.8 Encik Michael menyatakan bahawa murid Tahun 6 yang terlibat aktif di dalam EXCO PIBG
pertandingan-pertandingan sukan akan diserapkan ke sekolah berasrama penuh
dan hal ini sekaligus menjelaskan punca ramai guru yang tidak berada di sekolah
kerana menjadi guru pengiring menghantar murid ke tempat pertandingan.
4.9 Encik Michael menjelaskan bahawa Sukan Sekolah akan dijalankan pada 13
hingga 14 Oktober 2018 manakala Hari Sukan Negara akan dijalankan pada 22
Oktober 2018 yang mana bagi program ini, Exco PIBG akan turut terlibat sama.
4.10 Encik Michael memaklumkan bahawa jika program Jogathon ingin
dilaksanakan, lessen kebenaran hendaklah diperolehi daripada pejabat Residen
di Bintulu.
5.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Bendahari yang terkini.
6.1 Cik Nur Afifah Ahmad membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang terkini.
( sila rujuk lampiran ). Bendahari
6.2 Guru Besar menyatakan bahawa setiap penyelaras yang ingin membuat Kehormat
pengeluaran duit PIBG hendaklah menyertakan kertas kerja program dan juga
surat kebenaran yang disahkan oleh Guru Besar. EXCO PIBG
6.3 Encik Kamaludin membuat pembetulan mengenai perkataan perbelanjaan di
dalam penyata kewangan kepada perkataan insentif.
6.4 Setiap saguhati untuk duit minyak perlulah mempunyai surat ataupun resit
sebagai bukti.
6.5 Encik Kamaludin mencadangkan untuk mewujudkan resit yang ringkas yang
Page | 3
MESYUARAT EXCO 1 (SESI 2018-2020)

mudah direkod dan di audit bagi sesiapa yang ingin membuat tuntutan saguhati
minyak.
6.6 Guru Besar meminta Bendahari untuk memastikan penyata kewangan
ditandatangani terlebih dahulu oleh Guru Besar sebelum dibentangkan.
6.5 Penyata Kewangan PIBG dicadang untuk disahkan oleh Encik Stanley Ak deri
dan disokong oleh Encik Franky Anak Ngadi.
6.0 Perancangan Tahunan PIBG (2018-2020)
6.1 Mengadakan mesyuarat Exco empat kali setahun iaitu pada;
6.1.1 Mesyuarat Bil. 1: 3 Mei 2018 EXCO PIBG
6.1.2 Mesyuarat Bil. 2: September 2018
6.1.3 Mesyuarat Bil. 3: Mac 2019 SETIAUSAHA
6.1.4 Mesyuarat Bil. 4: Februari 2020 PIBG
6.2 Mengadakan Mesyuarat Tahunan pada bulan Mac 2019
6.3 Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada bulan Februari 2020.
6.4 Mengadakan gotong royong iaitu pada bulan Mei dan September 2018.
6.5 Mengadakan Program Jogathon pada bulan September 2019.
6.6 Mengadakan Program E-Sarana yang akan diadakan sepanjang tahun dan
melibatkan semua guru.
6.7 Mengadakan Program Sukan Dwi Tahunan Sekolah pada 13 hingga 14 Oktober
2018.
7.0 Hal-hal Lain
7.1 Guru Besar menyatakan Sambutan Hari Guru akan diadakan pada 16 Mei dan
menjemput barisan Exco untuk hadir sama.
7.2 Program Kem Motivasi UPSR akan diadakan di Taman Negara Niah pada 6-8
Julai dan diharapkan Exco PIBG dapat hadir semasa program tersebut.
7.3 Guru Besar memberi cadangan untuk membuat baju Exco sekiranya
mempunyai sumber kewangan PIBG yang cukup. EXCO PIBG
7.4 Encik Michael memaklumkan bahawa Sambutan Gawai Raya akan diadakan
pada 13 Julai yang mana perayaan Hari Gawai akan menjadi tuan rumah.
7.5 Encik Stanley memaklumkan mengenai Program Landskap Asrama di bawah
bahagian keceriaan asrama dan memaklumkan pada 21 Mei adalah tarikh untuk
menggembur tanah.
7.6 Encik Franky bertanyakan mengenai tempat pembuangan sampah yang tidak
strategik dan mencacatkan pemandangan sekolah. Soalan Encik Franky ini telah
Page | 4
MESYUARAT EXCO 1 (SESI 2018-2020)

dijawab oleh Encik Juan dan beliau menyatakan bahawa tempat pembuangan
sampah yang ada sekarang adalah berdasarkan kawasan yang lapang dan mudah
untuk para pekerja pembersihan membuang sampah.
7.7 Encik Michael bertanyakan tentang program 3R dan bila pondok 3R akan
dikosongkan.
7.8 Encik Juan bertanyakan tentang bilangan peti kecemasan yang ada di sekolah dan
barang-barang yang terdapat di dalam peti kecemasan. Encik Azim menjawab
sebanyak 2 buah. Encik Juan mengusulkan untuk menambah bilangan peti Encik Juan &
kecemasan sebanyak 5 buah dan hal ini akan diusulkan kepada pihak WILMAR. Encik Timothy
7.9 Encik Timothy menyatakan bahawa pihak WILMAR akan mengadakan hari
sukan. Oleh itu, pihak WILMAR ingin meminjam kanopi sekolah dan bunting
dengan bayaran.
7.10 Cik Nur Afifah sebagai Penyelaras Kelab Kebajikan Guru memohon
sumbangan daripada pihak WILMAR untuk menghantar juruteknik memeriksa
pendawaian elektrik di bahagian ruang makan guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 04.45 petang.


Cadangan untuk menangguhkan mesyuarat : Encik Kamaludin Bin Zainal
Disokong oleh : Encik Abdul Azim Bin Hussain

“ Bergandingan Menuju Keunggulan “

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

______________________
______________________
( TAIB AK AKYO )
( MASNA BINTI MAPPEATI ) Penasihat PIBG,
Setiausaha Kehormat PIBG, SK Suai Satu.
SK Suai Satu.

Page | 5

Anda mungkin juga menyukai