Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA PIBG 2018

SEK.KEB RAMUAN CHINA KECHIL KALI KE PERTAMA

Tarikh : 19 JULAI 2018

Masa : 2.30 PETANG

Tempat : Bilik Sains

Kehadiran : 11/27

Agenda 1. Ucapan YDP PIBG (En.Norhamzan Bin Nordin)

1.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran ajk semua.


1.2 mengucapkann syukur ke hadrat ilahi kerana dapat berkumpul pada petang ini
walaupun banyak kekangan masa terutama PRU ke-14 dan sebagainya.
1.3 YDP memaklumkan bahawa beliau dijemput ke Japerun Air Limau untuk berjumpa
dengan setiausaha penyelaras ADUN Air Limau bagi membincangkan PARENTON
tetapi ditangguh kerana perlu hadir mesyuarat PIBG petang ini.

Agenda 2. Ucapan Guru Besar ( En.Mohd Isa Bin Barum)

2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir.


2.2 Sepatutnya PARENTON sudah dilancarkan pada Ramadhan lalu atau bulan Mei/
Jun lalu tetapi disebabkan beberapa proses seperti cop di IPK Bukit Beruang
walaupun kad telah pun siap..
2.3 Dari segi ketepatan masa ,selepas ini tugas pelaksanaan PARENTON perlu dilak-
sanakan oleh ajk PIBG selaku wakil ibu bapa.Memandang pada mesyuarat pada
petang ini ramai ajk bukan guru yang tidak hadir.Kita bimbang maklumat tidak
sampai sepertimana yang diharapkan.
2.4 Dari segi aktiviti sekolah, Peperiksaan Percubaan UPSR akan dilaksanakan pada
minggu ini manakala pada hari Sabtu ini pula 5 orang murid terpilih untuk ujian
percubaan khas bagi tujuan meningkatkan keputusan UPSR.
2.5 Harapan kementerian Pendidikan adalah untuk menjadikan proses pembelajaran
di sekolah menyeronokkan, guru menyayangi murid dan penerapan nilai-nilai
murni yang lain.
2.6 Selain daripada itu, peranan PIBG juga sangat penting.PIBG kena gerakkan
transformasi ini.Program PIBG masuk sekolah dan memberi sumbangan kepada
sekolah dan murid perlu digalakkan (PIBK)
2.7 YDP kena sebar luaskan peranan PIBG dan ibu bapa juga perlu sedia berubah
Untuk terima perubahan ini.

2.8 Sekarang ini sesiapa sahaja boleh datang masuk ke sekolah dengan tujuan yang
tidak ada halangan dan penuh birokrasi.Ini semua bertujuan meningkatkan lagi
kemajuan sekolah dan sebagainya.
2.9 Berhubung program Parenton, ianya bertujuan menambah dana sekolah.
sekarang ini tabung PIBG sangat kurang dan memerlukan dana untuk aktiviti-
aktiviti sekolah.KPM juga melihat kemenjadian murid banyak memerlukan duit.
Parenton adalah salah satu usaha mencari dan ia perlu digerakkan. Hasil
perbincangan semua guru dan AJK PIBG perlu mencari sekurang-kurangnya
RM 200 manakala ibu bapa pula sekurang-kurangnya RM 100
2.10 Tiga keluarga telah dikenal pasti tidak boleh menerima kad parenton atas faktor
keselamatan.
2.11 Permit PARENTON mempunyai permit iaitu satu hingga tiga bulan.Setiap bulan
perlu dilaporkan kepada balai polis.
2.12 Mereka yang layak mengutip PARENTON adalah mereka yang berumur lebih
15 tahun. Adalah menjadi satu kesalahan jika ada anak yang bawah 15 tahun
membawa kad dari rumah ke rumah melainkan bersama ibu bapa.
2.12 PARENTON memerlukan pembentukan satu jawatankuasa yang bermula dari
01 Ogos 2018 sehingga 01 November 2018. Pada 31 Julai pula bersamaan Selasa
diadakan pelancaran PARENTON iaitu jam 2.30 petang. Wakil Penyelaras DUN/
YB kawasan /YB Parlimen akan hadir.
2.13 Semasa Pelancaran nanti semua ibu bapa perlu dijemput. Ibu bapa perlu tanda-
tangan sebagai dokumen rasmi PIBG dan cari jalan bagaimana hendak ajak ibu
ibu bapa datang mengambil kad parenton.
2.14 Ibu bapa yang telah mengambil kad PARENTON diberi masa sebulan untuk
membuat kutipan
2.15 Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Irham dan
Encik Bakar kerana menyumbang dalam pembinaan pondok dihadapan sekolah
untuk murid-murid menunggu ketibaan ibu bapa dan berteduh.
2.16 Sebagai galakan, PIBG akan memberi hadiah kepada ibu bapa yang membuat
kutipan terbanyak PARENTON.
2.17 Harapan Guru Besar kali ini adalah agar barisan ajk PIBG sesi ini dapat merancang
satu aktiviti yang boleh menyumbang kepada dana sekolah. Setakat ini 600 keping
kad PARENTON telah dicetak.
2.18 Pihak sekolah berharap pada 31 Julai nanti ramai ibu bapa yang hadir untuk menja-
yakan program PARENTON.
2.19 Ketetapan sumbangan sebanyak RM 100.00 adalah wajib bagi guru dan ibu bapa.
2.20 Sebanyak RM 22,000 ditelah diperuntukkan oleh PPD untuk penggantian atap lama
di bangunan PRA dan Pendidikan Khas.
2.21 Sumbangan berupa tiles oleh bekas GPK 1,Puan Latifah dan diselenggarakan oleh
Encik Irham.Pihak sekolah mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih.
2.22 Sekolah ini mempunyai satu LCD sahaja.Sejak tahun 2005 hingga sekarang.
2.23 Terdapat beberapa program yang pihak sekolah perlu sumbangan daripada PIBG iaitu
i. Program HIP untuk menambahkan sumber maklumat persekitaran dan prasarana
Bahasa Inggeris yang didkelolakan oleh Puan Kartina dan guru-guru yang lain.
ii. Program Bacaan Yassin untuk murid UPSR (mohon RM 50.00 )
2.24 Untuk maklumat,sumbangan Dr.Ihsan sebanyak RM 2,000 telah pun digunakan
Untuk :

i. RM 400.00 – Jamuan Hari raya


ii. RM 2000.00 – Tiang Gol Bola Baling.

2.25 Pembentangan Jawatankuasa Program Parenton


2.26 Makluman kepada semua ajk PIBG Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk
untuk murid UPSR akan diadakan pada 20 Sepetember iaitu bersamaan hari Khamis
selepas solat Maghrib di Surau SKRCK.

Agenda 3 : Ucapan GPK 1 ( Encik Sabtu Bin Sulaiman)

3.1 Pada 24,25 26 dan 27 September akan bermulanya UPSR untuk murid tahun 6.Oleh
Itu pihak sekolah mohon sumbangan sebanyak RM 2.00 sehari untuk makan pelajar
selama 4 hari tersebut. Ini bermakna secara totalnya sebanyak RM 168.00. Jumlah
sebenar adalah sebanyak Rm 4.00 seorang tetapi PIBG tampung sebanyak RM 2.00
seorang .

Agenda 4 : Hal-hal lain


4.1 YDP berharap Program Parenton mencapai objektifnya dan mencapai sasaran
kutipan yang dikehendaki.Mohon ajk lain panjang-panjangkan Program Parenton ini
dan kad yang hilang perlu dilaporkan di balai polis berdekatan.
4.2 Berharap jawatankuasa menyediakan surat jemputan dan aturcara majlis semasa
Semasa majlis pelancaran nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.20 petang

Disediakan oleh :

……………………………………………………………….
(ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD)
s/u PIBG

Anda mungkin juga menyukai