Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG Ke-37

SJK (T) LADANG PRYE


2021
TARIKH : 23-10-2021 (SABTU)
TEMPAT : TEMPAT MASING-MASING (DALAM TALIAN)
MASA : 6.00 PETANG
KEHADIRAN : 61 orang

1.UCAPAN KATA -KATA ALUAN YDP PIBG

1.1 Pn. Gogila selaku pengacara majlis  mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan guru ke
Mesyuarat PIBG Ke-37 2020/2021. Beliau turut menyarankan para hadirin untuk mengisi
kehadiran di dalam Goggle form yang disediakan di dalam message box yang disediakan.

1.2 Para hadirin mendaftar dan dan diberi laluan untuk melihat FLIPBOOK yang disediakan
oleh pihak sekolah untuk tatapan umum mengenai kewangan dan pencapaian sekolah
secara terperinci.

1.3. Tayangan lagu ‘NegaraKu’ dan ‘Pulau Pinang’ ke udara.

1.3. Bacaan Doa dalam Bahasa Tamil.

1.4. Ucapan YDP PIBG En. Marimuthu turut mengalukan kehadiran para ibu bapa dan guru-
guru ke Mesyuarat PIBG Ke-37 secara rasminya dan mengucapkan terima kasih sebagai
tanda penghargaannya.

2. UCAPAN PENASIHAT PIBG DAN UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT

2.1 Pn. Puspavathy a/p Nagalingam selaku penasihat PIBG dan juga GB memberi kata
sepatah penghargaan beliau kepada para hadiran PIBG yang hadir di hujung minggu.

2.2. Beliau menjelaskan situasi pandemik Covid-19 yang menyukar proses perjalanan
mesyuarat untuk dijalankan secara fizikal seperti dulu.

2.3. Beliau turut melahirkan rasa terima kasih beliau kepada para ibu bapa yang masih lagi
meneruskan dan menyiapkan pdpr murid-murid sepanjang pandemik. Para ibu bapa
juga diseru untuk memantau perkembangan murid-murid dan menyiapkan latihan-
latihan pdpr yang belum siap sebaik mungkin.

2.4. Beliau juga menyatakan lebih daripada 40%- 50% murid-murid yang gagal hadir dan
menyiapkan pdpr sepanjang tempoh pandemik ini dan angka-angka ini
membimbingkan beliau

2.5. Informasi sekolah bakal akan dibuka dulu untuk tadika mulai 1 November 2021 dikongsi
bersama-sama para ibu bapa dan guru-guru juga. Segala peraturan pematuhan SOP dan
Keselamatan sekolah juga telah lengkap sepenuhnya dan para ibu bapa tidak perlu risau
kerana semua anggota sekolah telah divaksin penuh.

2.6. Guru Besar dan YDP PIBG bercadang untuk sumbangan PIBG sebanyak RM 50 bagi
setiap keluarga. Dua pertiga ahli PIBG bersetuju untuk cadangan ini.

3. TAYANGAN AKTIVITI , KEJAYAAN DAN PENYELENGARAAN SEKOLAH SEPANJANG


TAHUN 2020/2021

3. 1. Aktiviti Sekolah
Bil Aktiviti 2021
1 Majlis perpisahan kerani, Pn. , PK HEM PN. Jothi Mariamma dan En. Loganathan
2. Sambutan Hari Chittarai Thirunal
3. Science Fair April 2021
4. Bulan Membaca April 2021
5. Bulan Bahasa Tamil Mei -Jun 2021
6. Bicara Membaca Ibu Bapa dan Murid Julai 2021 secara GM
7. Sambutan Bulan Kemerdekaaan Ogos-September 2021 secara GM
3. 2 . Kejayaan Sekolah
Bil Pencapaian 2020/2021 Peringkat
1 Tarian Budaya (Johan) Kebangsaan
2 Mengarang Esei Bahasa Tamil(Johan) Negeri
3. Deklamasi Sajak Bahasa Tamil ( Ketiga) Negeri
4 Pameran ‘Science Fair’ (Naib Johan) Negeri
5. Pertandingan Melukis (ketujuh) Kebangsaan
6. Senamrobik 1 Murid1Sukan Kebangsaan
7. Pertandingan Sains Kancil Penghargaan
8. Syarahan ‘ Maanavar Muzhakkam’ Penghargaan
9. Pertandingan Kriket (L&P) bawah 12 Negeri

3.3. Penyelengaraan Sekolah


Bil Penyelenggaraan Sekolah
1. Mengecat dinding sekolah dengan cat baru.
2. Menaikkantaraf bangunan sekolah .
3. Penamahbaikan bilik guru dan penambahan ‘pantry’
4. Pengubahsuaian bilik mesyuarat untuk menampung sekurang-kurang 20 orang.
5. Pembinaan ‘sudut dapur ‘ untuk tadika dan kelengkapan peti sejuk dan pengisar
makanan.
6. Pusat Sumber dilengkapi rak almari dan meja tepi serta pemasangan dawai wayar
baru.
7. Singki-singki baru di tandas murid-murid
8. Tempat letak kereta yang ditar tinggi untuk mengelakkan banjir
9 Setiap kelas dilengkapi 6 biji kipas dan lampu berbanding sebelum iaitu 3.
10. Peti aduan baru.
1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang Lalu. En.Ganesan(PKKK)
1. Para ibu bapa diminta meneliti minit yang terdapat dalam flip dan
persembahan slaid.
2. Kandungan diteliti secara sepintas lalu untuk pengesahan.
1.2.1. Pencadang : Pn.Hemalatha
1.2.2. Penyokong : Pn.Kavitha

2. Pengesahan Penyata Kewangan 2020/2021 oleh En.Maruthamuthu


1. Para ibu bapa diminta meneliti minit yang terdapat dalam flip dan persembahan
slaid.
- Pencadang : En.Balamurugan
- Penyokong` : Pn.Hemalatha

5. SOAL JAWAB
5.1. Para ibu bapa dan guru-guru mengadakan soal -jawab dengan pihak pentadbiran
sekolah untuk bertanyakan sebarang kemuskyilan yang dihadapi.

5.2. Penjelasan mengenai pemberian tablet dan bantuan yang boleh diberikan para ibu bapa
dan murid-murid untuk pdpr. Bantuan untuk kumpulan pendapatan B40 akan lebih
disasarkan.

5.3. Pautan pdpr perlu diberi sebelum sehari sebelum atau awal pagi diwar-warkan kepada
guru-guru.

6. Ucapan Penangguhan
6.1 Setiausaha mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir
dan menjemput untuk minuman ringan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.40 malam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… ……………………………..
(En.M.Ganesan) (EN.MARIMUTHU)
Setiausaha PIBG YDP PIBG

Anda mungkin juga menyukai