Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KAMPUS INDUK BANDAR ENSTEK,

NILAI, NEGERI SEMBILAN

SRBE5 KUMPULAN 4
HJ MAHZAN BIN HASAN
SITI AISHAH BINTI HJ ABD KADIR
FUN SWEE KEAN
ROSNA BINTI ARSHAD
TUAN MOHD RIDZUAN BIN TUAN SOH

TAJUK BUKU:
SOCIAL MEDIA FOR SCHOOL LEARDERS
NAMA PENGARANG / EDITOR:
DR. BRIAN J. DIXTON
PENERBIT:
JOSSEY-BASS
TAHUN TERBITAN:
2012
BILANGAN MUKA SURAT / BAB:
264 MUKA SURAT / 17 BAB
1. RINGKASAN EKSEKUTIF – SINOPSIS ATAU ABSTRAK BERKENAAN
KANDUNGAN BUKU.

“Social Media For School Learders” atau Media Sosial untuk Pemimpin Sekolah
merupakan karya penulisan oleh Dr. Brian J. Dixon. Beliau merupakan pakar di dalam
bidang penggunaan media sosial. Karya ini, dapat memberi panduan kepada pemimpin
sekolah untuk menggunakan/mengimplementasikan alat-alat atas talian mengikut
arahan/cara yang betul dalam mewujudkan komunikasi dan pembelajaran secara
kolaboratif dalam kalangan warga sekolah dengan komuniti luar secara berterusan dan
berkesan.
Karya penulisan ini juga, mengandungi pelbagai teknik penggunaan alat-alat atas
talian dengan cara yang betul untuk diamalkan oleh pemimpin sekolah di serata dunia.
Dixon juga memberikan panduan kepada pemimpin-pemimpin sekolah untuk
mengadaptasikan penggunaan media sosial di dalam pengurusan sekolah. Isi
kandungan buku ini juga sesuai digunakan oleh pelbagai tahap pengajian samada di
peringkat sekolah mahupun institut pengajian tinggi.

Dr Brian J. Dickson juga menerangkan tentang teknik penggunaan media sosial bagi
memulakan langkah dalam aspek pengurusan sekolah dengan cara yang mudah dan
efektif untuk mewujudkan komunikasi di antara sekolah dengan golongan sasaran serta
dapat menyampaikan visi dan misi sekolah secara jelas dan meluas, menyediakan
sumber dan strategi untuk melibatkan guru dan murid di dalam aktiviti/program yang
ingin dilaksanakan di sekolah serta memberi inspirasi untuk melibatkan seluruh ahli
organisasi dan komuniti secara kolaboratif di dalam memberikan pendapat/idea.

Melalui isi kandungan buku ini juga terkandung tentang panduan yang lengkap
mengenai cara penggunaan 14 alat atas talian untuk mewujudkan komunikasi serta
dapat mengubah bentuk komunikasi tradisional kepada komunikasi secara interaktif.

Terdapat 17 bab yang menjelaskan tentang alat-alat komunikasi atas talian iaitu
berita atas talian, facebook, twitter, laman web sekolah, Ning, You Tube, kaji selidik
atas talian, emel, portal kelas, portfolio pelajar, blog pemimpin sekolah, peranti mudah
alih, Linkedln dan Google. Buku ini juga menjelaskan bagaimana untuk
mengimplementasikan pengurusan kehadiran atas talian, amalan dalam media sosial
serta keselamatan dalam mengakses maklumat melalui internet.
2. APLIKASI KANDUNGAN BUKU KEPADA PESERTA SEBAGAI PEMIMPIN SEKOLAH

2.1. Kesesuaian dalam konteks pemimpin sekolah atau pendidikan

E-newsletter adalah sebuah penerbitan yang sering menjadi pilihan syarikat-


syarikat perniagaan, organisasi amal, mahupun persatuan-persatuan dan kelab
untuk mereka mengekalkan hubungan dengan pelanggan mahupun pihak-pihak
tertentu. Sehubungan itu, E-newsletter juga memastikan mereka akan mengekalkan
interaksi antara mereka..E-newsletterjuga dapat dijadikan sebagai sebuah médium
untuk menguar-uarkan berita mahupun mempromosikan sesuatu produk ataupun
perkhidmatan kepada lain-lain pihak.

Selain itu, E-newsletter dapat dijadikan sebagai satu cara bagi pihak
pengurusan sekolah berhubung dengan ibu bapa, pihak pembekal, alumni serta
organisasi-organisasi lain melalui email. Oleh hal yang demikian, informasi-informasi
berkaitan sekolah dapat disampaikan secara efektif kepada pihak-pihak tersebut
dan mereka dapat mengikuti setiap perkembangan yang dilakukan oleh pihak
sekolah.

E-newsletter dapat diaplikasikan oleh pemimpin sekolah mahupun pendidik


bagi memastikan pelbagai maklumat berkaitan sekolah dapat disampaikan secara
terus. Antaranya, pemimpin sekolah dapat mengaplikasikan E-newsletter di sekolah
adalah dengan cara menjadikan ia sebagai medium untuk menyampaikan informasi-
informasi kepada pelajar. Sebagai contoh, pihak sekolah dapat berkongsi tips-tips
mahupun maklumat tentang sebarang majlis yang bakal diadakan bersempena
minggu peperiksaan. Hal ini, akan menjadikan ibu bapa akan lebih peka dengan
setiap program berkaitan dengan nak-anak mereka. Hal ini sekali gus menjadikan ibu
bapa sebagai seorang yang ambil peduli tentang hal-hal persekolahan anak-anak
mereka. Selain itu, E- newsletter juga dapat dijadikan sebagai ruangan
pemberitahuan tentang aktiviti mahupun program yang dianjurkan oleh pengurusan
organisasi. Sebagai contoh, pihak sekolah dapat menguar-uarkan sebarang
pertandingan ataupun majlis yang diadakan di sekolah. Hal ini secara tidak
langsung dapat menarik perhatian pihak luar seperti pihak penaja untuk mengadakan
kolaborasi dengan pihak sekolah bagi menjayakan program tersebut terutamanya
program yang mendatangkan impak tinggi. Kolaborasi ini dapat diwujudkan dengan
cara pihak pengurusan organisasi menyediakan ruangan bagi pihak luar untuk
mengiklankan maklumat-maklumat yang berkaitan sebagai contoh hari jualan buku di
sekolah kepada pihak ibu bapa.
Sehubungan dengan itu, E-newsletter juga dapat dijadikan sebagai
sebuah mekanisme untuk menyampai maklumat berkaitan majlis-majlis
persekolahan seperti hari terbuka sekolah dan hari kokurikulum kepada ibu
bapa dengan lebih efektif dan pantas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dapat
menguruskan jadual kerja serta waktu mereka dengan lebih berkesan untuk
memastikan mereka dapat mengikuti sebarang majlis yang diadakan di sekolah

anak mereka.

Tambahan pula, ruangan untuk para guru, ibu bapa dan komuniti luar untuk
mengemukakan cadangan dapat disediakan menggunakan aplikasi E-newsletter ini.
Hal ini bagi memudahkan ibu bapa, komuniti luar dan pihak sekolah untuk bertukar
pendapat dan menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan prestasi pelajar. Hal ini
dengan harapan pemimpin yang berupaya mewujudkan serta membina hubungan
yang baik antara pihak sekolah dan komuniti luar dapat dilahirkan. Oleh hal yang
demikian, ini akan memberikan impak positif kepada sekolah tersebut pada masa
akan datang dan secara tidak langsung akan meningkatkan tahap profesionalisme
pengurusan organisasi dan guru.

Menurut Penn State (2007), Facebook merupakan platform yang


membenarkan sebarang subset data akaun untuk diakses. Facebook mempunyai
kelebihannya yang tersendiri di mana, Facebook mampu menjadi sebagai papan
buletin, menghantar pemesejan segera mahupun E-mel berkebolehan untuk
menyiarkan video dan gambar serta menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam
lingkungan sistem (Caroline & Terri, 2009).

Facebook dapat diaplikasikan di peringkat sekolah dengan cara menjadikan


aplikasi ini sebagai sebuah medium pemberitahuan dan perkongsian maklumat
kepada ibu bapa, pelajar serta pihak komuniti luar. Hal ini kerana hampir 6.8 juta
rakyat Malaysia merupakan pengguna aplikasi Facebook (Abdullah dan Mawaddah,
2008). Hal ini memberikan kemudahan untuk maklumat-maklumat yang diiklankan di
laman Facebooksekolah dapat diakses oleh pihak tersebut dengan lebih pantas.

Sehubungan dengan itu, Facebook juga dapat dijadikan sebagai sebuah


mekanisme untuk mewujudkan ruangan forum kepada para pelajar berkaitan dengan
proses pembelajaran. Hal ini dapat memudahkan para pelajar dab guru untuk
mengadakan perbincangan bersama serta memberi peluang kepada para guru untuk
menyediakan pembelajaran atas talian yang diadakan di luar bilik darjah. Hal ini
secara tidak langsung memberi manfaat pedagogi kepada guru dan pelajar
(Mohamed, 2011).
Selain itu, mewujudkan “Facebook group” sebagai medium untuk guru dan
murid berkomunikasi adalah satu cara yang memudahkan guru untuk
berkongsi sumber-sumber berkaitan dengan pembelajaran seperti berkongsi pautan
internet tentang laman web yang menyediakan nota tambahan, latihan serta tips-tips
menjawab soalan peperiksaan. Hal ini akan lebih membantu para pelajar untuk
menguasai serta memahami pembelajaran dengan lebih berkesan. Menurut Baker
(1999), Facebook dapat menghubungkan sesama pelajar untuk membina satu
komuniti pembelajaran. Oleh itu, jelaslah penggunaan aplikasi ini mampu
memberikan kesan yang positif kepada pelajar jika ia dilaksanakan secara hemat.

Seterusnya, Facebook juga dapat dijadikan sebagai medium untuk


merapatkan hubungan antara pihak pengurusan organisasi dan pihak alumni. Hal
ini akan memudahkan pihak sekolah untuk mengekalkan hubungan baik dengan
alumni sekolah dan Ia akan memudahkan pihak pengurusan untuk mendapatkan
pandangan mahupun cadangan daripada alumni-alumni berkaitan pelajar dan
sekolah.

Twitter merupakan sebuah penulisan mikro yang paling terkenal dan


membolehkan pengguna menerbitkan cacatan ringkas atau gambar secara dalam
talian dengan memperuntukkan sebanyak 140-200 aksara. Catatan tersebut dapat
disunting dan diakses dalam talian dan ini dapat mewujudkan interaksi maya sesama
pengguna walaupun menggunakan alat yang berbeza-beza (Carmen & Gabriela,
2008). Penggunaan Twitter dapat diintegrasikan di peringkat sekolah dengan cara
mewujudkan ruangan untuk pihak pengurusan organisasi menyampaikan sebarang
maklumat berkaitan persekolahan kepada orang ramai. Selain itu, Twitter dapat
dijadikan sebagai medium perhubungan antara pihak pengurusan organisasi dengan
ibu bapa, guru, pelajar serta komuniti luar.

Seterusnya, para pelajar dapat menggunakan Twitter untuk mereka


mendapatkan maklumat berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, guru dapat
menggunakan Twitter untuk meminta para pelajar membaca satu artikel dan
kemudian menerbitkan ringkasan isi-isi penting artikel tersebut. Hal ini akan
memudahkan para pelajar lain dari pelbagai negeri untuk mengakses maklumat
tersebut untuk dimanfaatkan bersama memandangkan dunia masa kini adalah dunia
tanpa sempadan danTwitter merupakan sebuah aplikasi dalam bentuk multimedia.
Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), format dalam bentuk multimedia
merupakan satu format yang berkesan dalam menyampaikan ilmu dan ini dapat
menarik minat para pelajar untuk belajar.
Di samping itu, ruangan perkongsian dapat diwujudkan melalui penggunaan
Twitter. Hal ini akan menjadi satu medium untuk guru dan pelajar berinteraksi
sebagai contoh berbincang tentang tugasan atau kerja rumah. Menurut Mohamed
(2011), perbincangan mikro dapat diwujudkan melalui aplikasi ini dengan cara
melibatkan semua pelajar yang mempunyai akaun twitter dalam perbincangan
tersebut. Oleh itu, pautan tentang elemen berkaitan pembelajaran dapat dikongsi
dan di bincangkan bersama.

Tambahan pula, Twitter dapat dijadikan sebagai ruangan untuk memudahkan


pihak pengurusan mendapatkan maklum balas serta cadangan daripada komuniti
luar dengan lebih pantas. Oleh hal yang demikian, penggunaan Twitter ini mampu
meningkatkan kualiti pengurusan organisasi untuk memajukan sekolah dan ia juga
mampu menilai dedikasi profesi seorang guru dalam menyampaikan ilmu.
Pembangunan kapasiti dengan cara mengintegrasikan teknologi maklumat dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah dapat dilaksanakan
dengan menggunakan media sosial. Tidak ketinggalan juga, kualiti kerja guru serta
pengurusan organisasi dapat dinilai dengan teliti.

Menyedari hakikat bahawa media sosial berupaya meningkatkan


perhubungan yang erat antara pihak pengurusan organisasi dan komuniti sebagai
sebuah medium perantaraan. Dunia tanpa sempadan juga membantu dalam
menyebarkan maklumat yang tepat dengan lebih pantas. Seterusnya,
pengintegrasian media sosial dalam dunia pendidikan dapat memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan.Oleh itu, pemimpin haruslah
memastikan pengaplikasian media sosial sebagai e-pembelajaran berjalan dengan
lancar seperti yang dijangkakan untuk memastikan visi pengurusan organisasi
tercapai.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Zaidatun, Jacquelin dan Jamalludin


(2011), penggunaan alat rangkaian sosial dapat membantu para pelajar dalam
menguasai pembelajaran mereka. Oleh hal yang demikian, pemantauan terhadap
aktiviti media sosial amatlah diutamakan bagi mengelakkan para pelajar terjebak
dengan aktiviti salah laku. Di samping itu, pemasangan aplikasi yang bertujuan
untuk menyekat laman web yang tidak berfaedah haruslah dilaksanakan dengan
lebih giat lagi.Implikasinya, penggunaan media sosial dengan cara yang betul
dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
Oleh itu, pemimpin haruslah merumuskan langkah yang sewajarnya bagi
memastikan perancangan mereka tercapai dan media sosial ini dapat dimanfaatkan
dengan sebaiknya.

Buku “Media Sosial untuk Pemimpin Sekolah” ini juga amat sesuai untuk
dijadikan rujukan bukan sahaja oleh pemimpin sekolah atau pendidikan malahan
kepada pemimpin organisasi lain. Terdapat beberapa perkara yang sesuai untuk
diamalkan dalam konteks pemimpin sekolah atau pendidikan. ‘You Tube’ merupakan
salah satu saluran media sosial yang terkenal di seluruh dunia di mana perkongsian
video boleh dilakukan melaluinya. Pihak sekolah juga boleh menjadikan ‘You Tube’
sebagai platform media sosial di dalam pengurusan organisasi.

Melalui penulisan buku oleh Dr. Brian J. Dixson ini, dapat memberi panduan
kepada pemimpin sekolah khususnya bagaimana ‘You Tube’ itu berfungsi. Maklumat
melalui penulisan buku ini dapat membantu pemimpin sekolah untuk menjadikan
‘You Tube’ sebagai platform untuk meningkatkan pencapaian organisasi sekolah
terutama di dalam proses pembelajaran murid kerana banyak kebaikan yang boleh di
dapati melalui “You Tube’. Di antara kebaikan penggunaan ‘You Tube’ di dalam
pengurusan sesebuah sekolah ialah ia dapat membantu seluruh ahli organisasi
untuk mendapatkan segala bentuk maklumat, berkongsi video dan gambar secara
meluas dan tanpa sempadan. ‘You Tube’ juga membolehkan seluruh ahli organisasi
sekolah untuk berkongsi video yang mengandungi maklumat yang berguna untuk
peningkatan pencapaian organisasi secara mudah dan efektif.

Sebagai pemimpin sekolah, saluran media sosial seperti ‘You Tube’ ini boleh
dijadikan sebagai saluran komunikasi utama dengan pengguna- pengguna media
sosial yang lain di dalam menyalurkan maklumat tentang misi, visi, matlamat dan
aktiviti-aktiviti sekolah. Penggunaan ‘You Tube’ juga memudahkan sesuatu
maklumat itu untuk dikemaskini serta membolehkan semua pengguna
memberikan komen/maklum balas. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan
keberkesanan corak komunikasi dalam kalangan ahli organisasi sekolah
seterusnya dapat mewujudkan kolaboratif serta perkongsian idea secara
meluas.

Saluran media sosial ‘You Tube’ ini juga dapat membantu pemimpin-
pemimpin sekolah untuk meningkatkan prestasi dan kualiti pengajaran guru
kerana ia dapat menyediakan corak pengajaran yang menarik dan berkesan.
Penggunaan ‘You Tube’ juga dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti
aktiviti pembelajaran serta memudahkan pengawalan kelas kerana murid terlibat
secara aktif serta bertindak sebagai pencari maklumat manakala guru bertindak
sebagai pembimbing. Kaedah pengajaran tutorial video juga dapat digunakan melalui
aplikasi ‘YouTube’. Kaedah ini dapat menyediakan pembelajaran yang bukan
hanya boleh dilakukan di sekolah malahan ianya berterusan di rumah. Murid-murid
boleh mengakses video di mana-mana sahaja.

Saluran media sosial ‘You Tube’ juga dapat membantu pemimpin sekolah
untuk meningkatkan pencapaian murid kerana aplikasi yang tersedia dapat
menjadikan murid sebagai individu yang berdikari dalam mencari maklumat serta
dapat melahirkan murid yang kreatif. Murid-murid boleh membuat projek video
mengikut kreativiti mereka sendiri. Penggunaan saluran media seperti ‘You Tube’
ini juga dapat menggantikan kaedah pengajaran tradisional seterusnya dapat
meningkatkan kemahiran ICT seluruh ahli organisasi sekolah.

Media sosial seperti ‘You Tube’ merujuk kepada sejenis saluran komunikasi
atas talian yang membolehkan pemimpin sekolah berinteraksi dengan seluruh ahli
organisasinya dan ibu bapa serta komuniti-komuniti luar secara mudah dan bebas,
berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan
multimedia yang terdiri daripada teks, gambar, video dan audio. Di dalam konteks
pemimpin sekolah atau pendidikan era globalisasi menuntut seluruh warga
organisasi sekolah menjadi celik teknologi seiring dengan perkembangan zaman.

Media sosial ‘You Tube’ juga merupakan medium untuk membantu pemimpin
sekolah dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian di dalam pengurusan
organisasi dan PdPc guru dan murid melalui pemilihan alat-alat media secara
berhemah. Melalui media sosial, terdapat pelbagai jenis kaedah pengajaran yang
boleh digunakan dalam mewujudkan PdPc yang menarik dan berkesan seterusnya
dapat menyediakan ruang pembelajaran yang luas dan tidak terbatas hanya di
sekolah. Para pelajar dapat mengakses maklumat di mana-mana sahaja seterusnya
dapat melahirkan pelajar yang kreatif dalam mencari maklumat dan mampu untuk
belajar secara sendiri.

Di dalam dunia pendidikan, media sosial khususnya ‘You Tube’ merupakan


salah satu medium yang digunakan dalam komunikasi pembelajaran atau
komunikasi pendidikan bagi membantu pemimpin sekolah, para pendidik dan pelajar
untuk mendapat dan menambah pelbagai pengetahuan atau informasi dengan cara
yang mudah diakses dan interaktif. Media sosial juga membolehkan pemimpin
sekolah dan warga pendidik berkomunikasi secara pantas tanpa sempadan dengan
pemegang taruh untuk memastikan keputusan serta tindakan dapat dilaksanakan
dengan segera.
Kaedah pembelajaran berpusatkan murid juga dapat diwujudkan melalui
penggunaan media sosial. Antaranya ialah pembelajaran “Flipped Classroom”.
Sebagai contoh, penggunaan “You Tube” di dalam proses pembelajaran, pelajar
berperanan untuk mencari maklumat secara kendiri dengan mengakses video
berkaitan dengan tajuk yang diberi oleh guru seterusnya menyampaikan hasil
dapatan atau maklumat yang diperolehi kepada guru dan rakan-rakan. Penggunaan
“You Tube” di dalam PdPc juga dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti
pengajaran guru. Pelajar dan guru boleh menghantar video, memberi pandangan,
berdiskusi, memberi reaksi secara cepat dengan hanya menekan butang suka
ataupun tidak serta dapat berkongsi video yang menarik bersama rakan, guru, ibu
bapa dan pengguna-pengguna yang lain. Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan
media sosial yang menarik, dapat meningkatkan gaya pembelajaran pelajar
bersesuaian dengan era pendidikan yang mementingkan penggunaan teknologi
(ICT)

‘You Tube’ menjadi alat untuk mewujudkan medan diskusi dalam kalangan
warga sekolah, ibu bapa, pelajar dan komuniti luar serta dapat membantu pemimpin
sekolah untuk meningkatkan penglibatan seluruh ahli organisasi, ibu bapa dan
komuniti-komuniti luar untuk memberikan idea/pandangan secara kolaboratif.
Penggunaan media sosial dalam organisasi sekolah juga dapat menghubungkan
pihak sekolah dengan kumpulan sasaran yang luas daripada pelbagai latar belakang
sama ada dari dalam atau luar negara yang mana dapat meningkatkan prestasi
sistem pengurusan sekolah serta pencapaian pelajar.

Pemimpin sekolah juga dapat menjadikan media sosial ‘You Tube’ sebagai
pusat dokumentasi aktiviti/program, pencapaian pelajar dan data sekolah seterusnya
memudahkan ibu bapa untuk mengetahui segala aktiviti/program, isu-isu dan
pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Perkara ini memberi peluang kepada ibu
bapa untuk berbincang dan memberi pandangan secara mudah, cepat dan
berkesan. Perkara ini akan mewujudkan hubungan tanpa sempadan di antara
organisasi sekolah dan ibu bapa. Melalui perkongsian idea dan pandangan ini, ibu
bapa dapat merasakan mereka merupakan sebahagian daripada ahli organisasi
sekolah seterusnya dapat bersama-sama meningkatkan pencapaian pembelajaran
anak-anak di sekolah.

Kepelbagaian bahan-bahan ilmiah dalam media sosial ‘You Tube’ juga dapat
membantu pemimpin sekolah dan para guru untuk memanfaatkannya bagi tujuan
pembelajaran. Ruang diskusi dalam media sosial juga boleh digunakan sebagai
kaedah PdPc guru bersama pelajar agar dapat melahirkan pelajar yang berfikiran
kreatif dan kritis dan berani untuk melontarkan pendapat.

Seorang pemimpin sekolah mesti mempunyai ciri-ciri inovatif. Satu usaha untuk
mempamerkan ciri –ciri tersebut adalah dengan membuka blog profesional. Blog
profesional ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan untuk memenuhi
pelbagai tugas dan tanggungjawab pemimpin sekolah.

Sekolah adalah satu institusi penting yang dipimpini oleh seorang ketua yang
dinamik. Oleh yang demikian, setiap ahli komuniti sekolah akan menaruh harapan
terhadapnya supaya ia dapat menunjukkan halatuju sekolah kearah kemajuan. Ahli-
ahli komuniti sekolah ingin tahu visi dan misi sekolah dibawah pucuk kepimpinannya.
Jika dahulunya, sekolah telah menggunakan helaian berita mingguan untuk
menyebar maklumat kepada ahli-ahli komuniti sekolah, pemimpin sekarang perlu
menggunakan teknologi terkini untuk menyampaikan maklumat dengan lebih
berkesan dan ‘autentik’.

Blog profesional pemimpin boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan


ahli-ahli komunitinya. Untuk berhubung dengan ahli komuniti sekolahnya dan juga
komuniti setempat, berbagai alat blog boleh digunakan untuk melicinkan proses
penyampaian dan penyebaran maklumat. Komunikasi adalah dua hala, iaitu bukan
sahaja pemimpin sekolah akan mengeluarkan maklumat, bahkan penerima
maklumat pun boleh memberi respons serta merta dalam blog pemimpin.

Blog ini adalah jurnal atau rekod idea-idea dalam talian. Dalam bentuk video,
audio, teks ataupun multimedia, maklumat boleh dihantar oleh pemimpin sekolah
setiap hari ataupun setiap minggu. Oleh kerana blog ini dalam talian, bukan sahaja
komuniti sekolah dapat melihatnya malah sesiapapun di seluruh dunia dapat melihat,
membaca dan mencetak maklumat yang dihantarnya. Ini bermaksud pemimpin
sekolah sudah menjadi penyumbang maklumat kepada komuniti sedunia! Jika
maklumat yang disampaikan boleh memanfaatkan komuniti pendidikan sedunia,
betapa besarnya sumbangan telah diberi oleh pemimpin dalam alam pendidikan.

Blog menggunakan fungsi-fungsi yang terkini untuk memberi pemimpin data,


respons dan tindak balas terhadap maklumat yang dihantarnya. Data yang boleh
diberi dalam blog termasuk statistic jumlah pembaca yang boleh dikesan. Ia juga
merekod jumlah respons terhadap maklumat yang dihantar. Ini bermaksud pemimpin
dapat tahu mana maklumat yang dihantarnya paling popular. Kerana blog ini
kepunyaan sendiri, pemimpin boleh mereka corak sesuka hatinya untuk mencorak
muka depan blog. Satu lagi keistimewaan blog tersebut ialah pemimpin boleh
mengemaskini isi kandungannya melalui alat mobile( talifon bimbit).

Terdapat beberapa sebab mengapa seorang pemimpin sekolah yang


innovative perlu memulakan blog sendiri. Pemimpin perlu mengemaskinikan blognya
dengan maklumat setiap hari ataupun seminggu sekali. Ini adalah sebab pelajar guru
dan komuniti setempat ingin tahu perkembangan sekolah. Jika hantaran ideanya
lebih konsisten dan berguna kepada pembaca maka pemimpin akan juga menerima
sambutan ulasan(review) yang banyak.. Pendek kata, jika pemimpin dapat menarik
perhatian para pembaca kepada blognya, ia sudah berjaya memulakan perhubungan
sosial dengan pembaca-pembaca blognya.

Sebagai seorang pemimpin sekolah, satu daripada objektif utama


mengadakan blog adalah untuk mempromosikan sekolah serta berkongsi idea
tentang kerja profesionalime diri. Pemimpin mesti mempunyai visi yang jelas untuk
sekolah. Visi ini akan disampaikan kepada pelajar-pelajar sekolah sendiri, rakan
guru, para ibubapa serta komuniti setempat melalui blognya. Dengan mengetahui visi
pemimpin, para komuniti sekolah termasuk komuniti tempatan akan tahu halatuju
sekolah dan terus memberi sokongan penuh dan kerjasama untuk mencapai visi
sekolah.

Selain itu, pemimpin mengisi dalam blognya rancangan, laporan dan


pendapat tentang aktiviti sekolah, komuniti dan negara supaya dapat menjelaskan
perspektifnya terhadap isu-isu sekolah. Secara tidak langsung, pemimpin
membentuk satu imej sekolah kepada komuniti tempatan. Pemimpin sendiri menjadi
‘brand’ sekolahnya di mana beliau akan menjadi pelita untuk membawa sekolah ke
arah yang disasarkannya. Oleh yang demikian, pemimpin adalah ketua wakil sekolah
untuk memimpin sekolah ke arah visinya.

Dengan membuka blog professional sendiri, pemimpin juga dapat


mempengaruhi komuniti pendidikan amnya. Pemimpin mempunyai pengalaman yang
luas dalam hal pendidikan. Dalam bertahun-tahun menimba kemahiran dan
pengalaman pendidikan, beliau sudah boleh memberi pendapat serta berkongsi idea
tentang cara-cara pengajaran dan pembelajaran(PdP) yang baik, efektif dan berjaya.
Sekolahnya dijadikan ‘makmal hidup’ untuk mengkaji,mencuba dan menguji cara-
cara PdP yang berjaya. Laporan dan rumusan usaha dan kejayaan sekolah yang
diblogkan akan memberi impak yang besar kepada komuniti sekolah, komuniti
tempatan serta komuniti pendidikan negara amnya. Pemimpin juga boleh berkongsi
pengalaman dengan komuniti pendidikan melalui Twitter, Facebook dan juga
sesawang sekolah untuk mempertingkatkan lagi sIstem pendidikan negara amnya.

Di samping memberi sumbangan kepada komuniti sekolah, komuniti


tempatan dan komuniti pendidikan negara amnya, pemimpin juga boleh
mempertingkatkan profesionalisme sendiri dengan merujuk kepada blognya.
Respons dan maklumbalas daripada para pembaca blog boleh dijadikan tunjuk ajar
dan juga teladan untuk pemimpin terus meningkatkan kemahiran profesionalisme
sendiri. Blognya akan mempunyai pendapat, cadangan konstruktif dan juga kritikan
positif untuk difikirkan samada semuanya munasabah, menguntungkan ataupun
perlu diubahsuai. Ini akan menjadikan pemimpin seorang yang reflektif yang boleh
membuat analisis terhadap hasil kerja yang diblognya. Hasil blog adalah rekod
terhadap usaha pemimpin sepanjang kerjaya profesionalismenya.

Sebagai seorang pendidik dan pemimpin sekolah yang sudah lama


berkecimpung dalam alam pendidikan, banyak topik berkenaan pendidikan boleh
ditulis. Pelajar, guru, ibubapa dan komuniti tempatan ingin tahu pandangan pemimpin
tentang beberapa topik. Perkara-perkara yang sentiasa disentuh adalah berkenaan
pengurusan bilik darjah, rancangan pelajaran harian yang terbaik, mesyuarat
ibubapa yang berjaya, cara-cara PdP yang berkesan dan juga isu-isu yang
melibatkan pelajar seperti penggunaan Facebook oleh pelajar. Jika blog pemimpin
kerap diisi dengan topik-topik sebegini, pasti blog nya akan menjadi tempat atas
talian yang mesti dilawati bukan sahaja oleh komuniti pendidik, malahan semua
pihak yang terlibat (menjadi ‘stakeholder’) dalam alam pendidikan.

Topik-topik yang menjadi penarikan para pembaca adalah soalan-soalan


yang sentiasa ditanya(FAQ), berita tempatan, berita negara, kata-kata hikmat
penulis, cendekiawan atau pun ahli politik, berita ‘trend’terkini dan idea-idea di sudut
sesawang. Pendek kata, blog pemimpin yang efektif akan mengandungi isi yang
menarik. Isi kandungan sentiasa dipos dalam blog pada masa yang tepat dan
pengeposan maklumat tidak terputus. Ini akan menjamin para pembaca sentiasa
melawati blognya.

Satu cabaran yang paling besar bagi pemimpin sekolah adalah untuk mengemaskini
blognya. Dengan beban kerja harian dan tanggungjawab sampingan, pemimpin akan
menghadapi kekangan masa memikirkan tentang blognya,bah lagi mengisikannya
dengan topik-topik yang menarik. Akan tetapi, masalah ini perlu diatasi kerana jika
pemimpin dapat meluangkan masa untuk reflek dan menulis secara nalar di dalam
blognya, bukan sahaja beliau dapat mempertingkatkan lagi kemahiran
profesionalismenya, ia dapat membuka peluang untuk maju dalam kerjayanya. Oleh
yang demikian, pemimpin perlu mengatur jadual rutin untuk menulis di blognya.

Maklumat mesti dipos dalam blog mengikut hari yang ditetapkan supaya
pembaca tahu bila pemimpin akan mengeluarkan isi baru. Tulisannya perlu mengikut
‘suara hatinya’ supaya dapat membentuk identiti sendiri. Untuk meyakinkan diri,
pemimpin boleh mendapat maklumbalas dari rakan-rakan untuk membaiki lagi
blognya. Pemimpin juga perlu berfokus untuk menulis topik-topik yang menarik
mengikut kesesuaian masa sendiri.

Satu faedah yang boleh diperolehi daripada menulis blog dengan konsisten
ialah pemimpin akan dapat membina satu platform. Semakin besar platform dibina,
semakin besar pemimpin boleh mengembangkan pengaruhan dan memberi impak
dalam bidang pendidikan. Untuk mencapai tahap ini, pemimpin patut mengikuti
beberapa strategi. Pertamanya, gunakan perkhidmatan ‘multiposting’. Tulisan
pemimpin akan muncul di beberapa sesawang atas talian. Kedua, daftar sebagai ahli
LinkedIn untuk membina jaringan profesionalismenya. Pemimpin juga boleh pos di
Youtube supaya blognya dapat dilihat oleh lebih ramai pembaca. Akhirnya, ukur
impak blog dengan menggunakan perkhidmatan online Klout. Keputusan yang positif
akan memberi rangsangan yang kuat kepada pemimpin untuk terus mengemaskini
blognya.

Terdapat beberapa amalan baik di mana blog pemimpin dapat bantu


memajukan kerjaya profesionalisme serta reputasinya. Pemimpin boleh membuat
blognya supaya nampak lebih profesional. Beliau perlu sentiasa mengemaskinikan
blognya. Pemimpin akan juga memastikan isi kandungan dan pendapatnya sesuai
dan tidak kontroversial. Isi kandungan blognya juga mesti senang ditemui dan
bernilai untuk pembaca. Lebih-lebih lagi, blognya boleh dikongsi bersama dengan
sesiapa pembaca pun.

Blog pemimpin sekolah boleh menjadi satu alat untuk membina kesedaran
terhadap topik-topik yang dibincangkan. Perhubungan atas talian dapat
diperkembangkan bukan sahaja kepada komuniti sekolah tetapi kepada jaringan
yang lebih luas. Oleh kerana perhubungan adalah dua hala, pemimpin blog serta
pembaca dapat berkongsi maklumat, pendapat dan maklum balas melalui hantaran
pos kolaboratif. Akhirnya, blog boleh memberi landasan kepada pemimpin untuk
mengemukakan suara hati tentang isu-isu kemanusiaan.

Seorang pemimpin sekolah mesti mengikut trend atau perkembangan terkini


dalam dunia pendidikan. Beliau tidak boleh lari dari pengaruhan teknologi moden
dalam usaha untuk menyebar maklumat. Alat-alat penyebaran maklumat muncul
dalam pelbagai bentuk dan saluran. Satu daripadanya adalah blog. Jelas dilihat
bahawa blog pemimpin sekolah dapat membantunya membentuk satu imej yang
boleh menjadi ‘brand’ sekolah. Dengan adanya brand tersebut, pemimpin sekolah
dapat memimpin komuniti sekolah serta komuniti tempatan untuk menuju ke satu
arah pemikiran dan pembangunan yang positif.

Unsur yang paling penting dalam perkembangan baru ini adalah


pembentukan suasana perhubungan sosial yang sihat dan inklusif. Blog pemimpin
sekolah dapat mencetuskan perbahasan atas talian tentang isu-isu berkaitan dengan
sekolah, komuniti dan para pendidik. Sebagai alat media, ibubapa dan komuniti
dapat berhubung rapat dengan sekolah , menerima pengumuman dan maklumat
tentang sekolah dan sekaligus berasa puas hati kerana dapat melibatkan diri secara
langsung atau tidak langsung dengan hala tuju sekolah. Para pendidik pula dapat
berkongsi idea-idea, maklumat tentang amalan- amalan baik PdP, pengurusan kelas
dan pengurusan sekolah. Kesimpulannya, blog pemimpin sekolah akan membawa
kemajuan bukan sahaja kepada pemimpin sendiri tetapi juga kepada pelajar, guru
,ibubapa, komuniti, para pendidik dan sesiapa yang tertarik dengan isi kandungan
blognya.

Penggunaan media sosial seperti You Tube, Facebook, Blog, Twitter, Peranti
Mudah Alih dan lain-lain telah menjadi satu platform yang penting dalam bidang
telekomunikasi dan pendidikan untuk mengikuti perkembangan dan kemajuan
semasa kepada individu dan warga pendidik khususnya. Sebagai pemimpin sekolah
mereka harus menerima perubahan untuk meningkatkan kemajuan di sekolah
masing-masing. Merujuk kepada SKKM dalam bidang pengurusan dan kepimpinan
organisasi. Antaranya, pemimpin sekolah perlu mempunyai pengetahuan yang
kreatif, inovatif dan bermotivasi dalam menerajui organisasi di sekolah mereka.
Berdasarkan bahan bacaan daripada buku ‘Sosial Media for School Leaders’
karangan Dr. Brian J. Dixon, pemimpin sekolah yang inovasi akan menggunakan
satu alat media sosial, iaitu peranti mudah alih yang menggunakan aplikasi atas
talian. Peranti mudah alih atau iPhone merupakan medium yang sangat penting dan
menjadi keperluan utama kepada setiap individu. Justeru, pemimpin sekolah perlu
memanfaatkan medium tersebut untuk menyampaikan komunikasi yang berkesan
kepada komuniti sekolah mereka, ibu bapa atau penjaga dan pihak luar secara
berterusan mengikut keperluan. Oleh itu, hubungan antara pemimpin sekolah
dengan warga sekolah, ibu bapa atau penjaga dan pihak luar dapat dikekalkan
dengan baik demi membawa hala tuju organisasi ke arah kecemerlangan dalam urus
tadbir sekolah, prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.

Menurut Ahmad Zaki bin Amiruddin, Kamarulzaman bin Abdul Ghani dan
Ahmad Thalal bin Hassan dari Universiti Malaya, Oktober 2005 dalam ‘Conference
Paper’ telah menyatakan bahawa penggunaan aplikasi seperti ini menjadikan PdP
bahasa lebih interaktif dan sangat berbeza dengan teknik PdP secara tradisional.
Melalui topik e-Learning Application, diharapkan dapat merancakkan lagi
perkembangan teknik PdP terkini yang digabungkan dengan kemajuan teknologi
sebagai mengikut saranan Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu Projek Agenda
Kritikal (CAPs- Critical Agenda Projects). Aplikasi ini selaras dengan SKKM dalam
bidang pengurusan Kurikulum, iaitu pemimpin sekolah perlu mempunyai
pengetahuan penggunaan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi
menyokong PdP. Seterusnya, pemimpin sekolah perlu memiliki nilai profesional.
antaranya ialah komited terhadap usaha memajukan pretasi akademik murid, setiap
murid mesti terlibat dalam aktiviti PdP dan menghargai masa pembelajaran mereka.
Sikap keperibadian tinggi dalam menunaikan amanah dan tanggungjawb sebagai
pemimpin sekolah akan menjurus warga pendidik untuk bekerjasama ke arah
memartabatkan pendidikan seiring dengan penggunaan alat media sosial yang
terkini untuk disesuaikan dengan pendidikan Abad ke-21 (PAK21).

Seterusnya, untuk memaksimumkan manfaat penggunaan peranti mudah


alih, pemimpin sekolah dapat menyampaikan mandat, mesej, data dan hal-hal yang
berkaitan sekolah, sama ada dalam bentuk teks atau pesanan ringkas kepada
komuniti sekolah mereka, ibu bapa atau penjaga dan pihak luar dengan mudah dan
cepat sebagai makluman dan tindakan kepada penerima sama ada secara individu
atau kumpulan. Selain itu, penghantaran dan penerimaan emel atau telegram juga
boleh dilakukan melalui peranti mudah alih dalam masa yang singkat. Para ibu bapa
atau penjaga, pihak luar umumnya dan warga sekolah khasnya akan menerima
makluman dan membuat tindakan mengikut perkara dan tarikh yang telah ditetapkan
tanpa menunggu masa yang lama untuk berjumpa dengan pemimpin sekolah untuk
sesuatu tindakan yang rutin. Contohnya, menyediakan panggilan mesyuarat,
melengkapkan data sekolah, kemaskini maklumat, pengisian markah dalam sistem
SAPS dan lain-lain.
Selain itu, peranti mudah alih juga sebagai ‘Reminder’ melalui ‘Kalendar’
kepada pemimpin sekolah untuk melaksanakan tugas mereka mengikut keutamaan
seperti memantau persekitaran, pencerapan PdP, mesyuarat, temujanji, kursus dan
sebagainya. Manakala, peranti mudah alih sebagai ‘Reminder’ melalui ‘Time Based’
boleh membantu pemimpin sekolah melaksanakan tugas mereka dengan menepati
masa seperti waktu hadir ke sekolah lebih awal sebelum waktu PdP bermula,
sentiasa masuk ke kelas untuk mengajar, mencerap PdP guru dan hadir dalam
mesyuarat sekolah supaya tingkah laku ini akan diperhatikan oleh seluruh warga
sekolah. Kemudian, nilai-nilai murni pemimpin yang berkarisma ini akan menjadi
contoh dan ikutan kepada semua guru dan staf di sekolah mereka.

Kolaborasi juga boleh diwujudkan oleh pemimpin sekolah melalui peranti


mudah alih seperti ‘group whatsapp, group telegram dan group facebook’.
Contohnya, pemimpin sekolah menggalakkkan group dalam peranti mudah alih untuk
PIBG, SARANA, Kelab Staf, Kelas-kelas,, Guru-guru UPSR, Panitia dan sebagainya.
Penggunaan peranti mudah alih membolehkan komunikasi dan interaksi dilakukan
secara kumpulan untuk mengenalpasti isu-isu yang berkaitan di sekolah mengikut
peranan kumpulan masing-masing. Seterusnya, membincangkan alternatif
penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Pihak pemimpin sekolah perlu
mengambil peluang menjadi ahli dalam semua group yang berkaitan sekolah
bersama-sama dalam sesi perbincangan group. Di samping itu, pemimpin sekolah
mudah untuk memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga tentang isu-isu di
sekolah yang boleh dibantu oleh ibu bapa atau penjaga untuk meningkatkan
penguasaan murid dalam pelajaran, kehadiran dalam aktiviti kokurikulum, kelas
tambahan dan tugasan kepada murid-murid seperti nota, latihan dan sebagainya
yang perlu disiapkan mengikut masa. Selain itu, pemimpin sekolah juga dapat
memahami situasi dan masalah ibu bapa serta bersama-sama berkongsi idea dalam
menangani isu dan kemajuan murid. Perkara ini sesuai mengikut SKKM, bidang
pengurusan hal ehwal murid dalam melakukan amalan terbaik bagi melaksanakan
strategi untuk meningkatkan prestasi hal ehwal murid.

Melalui peranti mudah alih juga dapat membantu pemimpin sekolah


menyebarkan maklumat tentang aktiviti, program, dan pertandingan yang dijalankan
di sekolah atau di luar sekolah kepada masyarakat dari masa ke semasa seperti
mewar-warkan dalam facebook, dengan tujuan mendapat sokongan daripada ibu
bapa atau penjaga dan komuniti khususnya untuk menyaksikan anak-anak yang
dapat meraih kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Kejayaan murid-murid sama
ada dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah perlu diumumkan kepada
masyarakat supaya dapat mengharumkan nama murid-murid, nama pemimpin, nama
sekolah, nama guru-guru dan nama ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tidak dinafikan
juga mesej tentang kejadian yang melibatkan tragedis seperti kematian, kemalangan,
kebakaran, kecederaan, kecemasan, kecurian dan sakit perlu dimaklumkan supaya
seluruh warga sekolah serta masyarakat tahu, bersimpati dan di samping itu boleh
menghulurkan bantuan kepada sekolah untuk tindakan segera dan meringankan
beban kepada mereka yang terlibat.

2.2. Kaitkan kesesuaian bidang kompetensi seperti yang dicadangkan

Melalui Visi KPM iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara


Sejahtera dan Misi KPM Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara, buku ilmiah ini
bertepatan dan sesuai dijadikan bahan rujukan kepada seorang Pengetua Guru
Besar (PGB) di sebuah sekolah.

Pemimpin sekolah merupakan penggerak utama bagi memastikan media


sosial digunakan oleh semua guru di dalam meningkatkan prestasi PdPc kerana
melalui media sosial, pembelajaran berpusatkan murid dapat diwujudkan. Murid
bertindak aktif dalam mencari maklumat manakala guru bertindak sebagai
pendorong dan pembimbing.

Penggunaan media sosial iaitu ‘You Tube’ di sekolah dapat meningkatkan


prestasi dan kompetensi warga sekolah dan pelajar. Kepelbagaian alatan yang
disediakan melalui media sosial dapat membantu guru untuk mempelbagaikan
kaedah, pendekatan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat menarik
minat pelajar. Penggunaan media sosial juga mempermudahkan tugas serta
meningkatkan prestasi PdPc guru.

Kompentensi pelajar juga dapat ditingkatkan melalui media sosial, di mana


pelajar mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan atau
sesiapa sahaja dengan mudah. Perbincangan secara maya membantu pelajar
bertukar-tukar pendapat dengan selesa tanpa kekangan masa dan ruang dan
maklumat dapat diperolehi dengan mudah. Terdapat beberapa kelebihan
penggunaan media sosial dalam pembelajaran. Antaranya, ialah menjadikan
pembelajaran bukan hanya bergantung di dalam kelas sahaja malahan pelajar boleh
berhubung serta membincangkan masalah dan kekeliruan yang mereka hadapi
secara atas talian dengan guru dan rakan-rakan di luar waktu kelas melalui forum,
perbincangan, emel, facebook, You Tube dan sebagainya. Pelajar juga boleh
berhubung atau berkomunikasi dengan rakan-rakan dari sekolah lain serta berkongsi
pendapat dan idea mereka.

Penggunaan media sosial juga dapat membantu pemimpin sekolah untuk


meningkatkan tahap pencapaian pengurusan sekolah di mana dengan
mengintegrasikan media sosial secara komprehensif serta membudayakannya dapat
memudahkan hasrat untuk merealisasikan visi sekolah.

2.3. Refleksi kendiri berasaskan bahan bacaan sebagai pemimpin sekolah

Era globalisasi menuntut masyarakat menjadi celik teknologi supaya seiring


dengan perkembangan zaman siber yang berkembang pesat. Teknologi/media sosial
memberi impak yang besar kepada masyarakat terutamanya guru dan pelajar.

Bidang pendidikan sememangnya memerlukan kemudahan teknologi/media


sosial seperti yang dinikmati sekarang kerana proses pembelajaran dan pengajaran
masa kini tidak hanya terhad di sekolah. Konsep maklumat di hujung jari
membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan di mana-mana
sahaja tanpa mengira waktu.

Walaubagaimanapun, medium jaringan jalur lebar tanpa sempadan ini boleh


mendatangkan kesan negatif sekiranya tidak digunakan atau dikawal selia dengan
cara yang betul dan baik. Penyediaan buku Media Sosial untuk Pemimpin Sekolah
karya Dr Brian J. Dixon ini telah dapat memberi panduan kepada pemimpin-
pemimpin sekolah untuk mengimplementasikan media sosial di sekolah dengan
kaedah yang betul seterusnya dapat mengelakkan berlakunya penyalahgunaan dan
salah etika dalam kalangan guru dan pelajar apabila menggunakan media sosial
sebagai medium penyampaian maklumat.

Dengan kemampuan para pemimpin sekolah untuk membimbing seluruh ahli


organisasinya tentang tatacara penggunaan media sosial yang betul dan berhemah
dapat menaikkan imej dan kredibiliti seterusnya hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melahirkan warga sekolah yang cerdik IT tercapai.
RUMUSAN

Kesimpulannya, media sosial memberikan kemudahan kepada para pelajar pada


masa kini oleh sebab maklumat hanya berada di hujung jari. Selain itu, penggunaan media
sosial ini mampu membantu para pelajar mendapatkan bahan pembelajaran yang
diperlukan. Tambahan pula, para guru dapat meningkatkan kemahiran pedagogi mereka
dengan cara menggunakan media sosial sebagai medium menyampaikan ilmu. Hal ini akan
menjadikan para guru lebih kreatif untuk mengajar dan menarik minat para pelajar untuk
belajar. Sehubungan itu, pembelajaran secara kolaboratif mampu meningkatkan
pembelajaran serta pencapaian para pelajar. Tidak ketinggalan juga, motivasi para pelajar
dapat disuntik untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang diberikan. Media sosial ini secara
tidak langsung mampu mendidik para pelajar untuk memberi dan menerima bantuan dan
pendapat daripada rakan-rakan. Mereka juga dapat belajar untuk berkongsi pendapat dan
menyelesaikan masalah bersama. Selain itu, ibu bapa dapat memantau dan mengikuti
kegiatan anak-anak mereka di sekolah dengan mendapatkan maklumat mahupun informasi-
informasi yang dikongsikan oleh pihak pengurusan organisasi. Pihak komuniti luar juga
dapat berkongsi idea mahupun cadangan bersama bagi memastikan sekolah melahirkan
para pelajar yang cemerlang dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik. Pihak
pengurusan pula dapat mengikatkan khidmat mereka untuk melahirkan para pelajar yang
cemerlang. Pihak pengurusan juga mampu membina jaringan komunikasi yang berkesan
antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan komuniti luar. Mereka dapat menilai
keberkesanan perkhidmatan yang mereka berikan melalui kepuasan ibu bapa dengan
khidmat mereka serta dengan lahirnya para pelajar yang cemerlang dari setiap aspek. Oleh
hal yang demikian, penggunaan media sosial haruslah dimanfaatkan oleh pihak pendidik
dan pelajar dengan cara yang betul dan sebaiknya sebagai platform e-pembelajaran. Ini
kerana, penggunaan media sosial akan memberikan impak kepada sistem pendidikan pada
masa sekarang.

Anda mungkin juga menyukai