Anda di halaman 1dari 14

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seiring dengan peredaran masa, manusia mula mengorak langkah dengan

mencetuskan pembaharuan demi pembaharuan dalam medium komunikasi dan

interaksi sosial sesama manusia. Pada abad ke 20 ini pula, berlaku ledakan maklumat

yang berlaku secara global sehingga membawa kepada tercetusnya revolusi dunia

ketiga iaitu revolusi era digital atau teknologi maklumat. Kini, penggunaan internet

dalam kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan mula

mengubah budaya dan hidup mereka.

Kegilaan terhadap Facebook semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta

dari segi jumlah pengguna yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.

Mengikut data yang diberikan oleh Alexa.com (syarikat pemerhati laman sesawang

yang berpengkalan di Amerika Syarikat), Facebook merupakan laman sesawang

popular yang paling ramai dilawati oleh pengguna internet di Malaysia

(http://www.alexa.com/topsites/countries/MY. 20/9/2010). Facebook adalah laman


sesawang sosial di mana pengguna boleh bergabung dalam komuniti seperti bandar,

kerja, sekolah dan daerah untuk melakukan perhubungan dan berinteraksi dengan

orang lain. Pengguna juga boleh menambah rakan-rakan mereka, menghantar mesej

dan mengemas kini profil peribadi agar orang lain dapat melihat tentang dirinya.

Oleh itu, kajian ini mahu mengenal pasti kesan Facebook terhadap akhlak pelajar dari

segi akhlak fardiyah iaitu akhlak terhadap diri sendiri, akhlak usariyah iaitu akhlak

terhadap keluarga dan akhlak ijtimayah iaitu akhlak tehadap masyarakat (guru dan

rakan). Kajian ini juga untuk mengenal pasti tahap keterpengaruhan pelajar dari segi

tujuan dan peruntukan masa yang digunakan untuk melayari Facebook. Malah, kajian

ini turut mengambil kira aspek perbandingan antara pelajar sekolah menengah di

bandar dan luar bandar serta pelajar sekolah menengah agama. Hasil kajian ini

mungkin akan membantu kajian selanjutnya untuk mencari penyelesaian yang terbaik

bagi mengatasi masalah yang timbul kesan daripada pengaruh Facebook. Ia adalah

penting kerana melibatkan pelajar sekolah yang bakal menjadi tonggak kepada

pembangunan dan pemerintahan negara kelak.

1.2 Permasalahan Kajian

Dalam Islam, akhlak yang mulia akan dapat menghilangkan kejahatan seseorang.

Dengan mengumpulkan akhlak yang mulia, ilmu kemanusiaan seseorang itu dengan

sendirinya turut berkumpul. Oleh itu, akhlak sangat penting dalam membentuk tingkah

laku manusia. Namun dengan peredaran masa yang dipayungi globalisasi, ia sedikit

sebanyak memberi kesukaran dalam pembentukan akhlak baik.

2
Kini, dilihat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutamanya

kemunculan laman sesawang sosial disalah guna oleh masyarakat sehingga memberi

kesan yang negatif. Sekiranya kita perhatikan di akhbar-akhbar dan majalah-majalah

pada hari ini, banyak memaparkan kisah-kisah masyarakat yang berkaitan runtuhnya

akhlak remaja khususnya dalam kalangan pelajar Melayu beragama Islam.

Perkembangan tersebut menimbulkan perasaan bimbang dan risau dalam kalangan ibu

bapa dan masyarakat kerana sedar akan kesukaran dalam membendung fenomena

laman sesawang sosial.

Akibatnya, pendedahan kepada hiburan yang berterusan ini akan menyebabkan pelajar

banyak membuang masa tanpa memikirkan hala tuju dan masa depan. Akhirnya,

wujud kegilaan yang melampau dan keterlaluan terhadap laman sesawang sosial

sehingga memberi kesan terhadap akhlak. Di samping itu, melalui ciri internet yang

bersifat global dan tiada had serta tanpa tapisan dan pemantauan yang telus, telah

memudahkan lagi proses asimilasi budaya negatif dalam kehidupan pelajar seterusnya

merosakkan akhlak pelajar.

Situasi permasalahan yang berlaku ini telah mendorong pengkaji untuk membuat kajian

mengenai Pengaruh dan Kesan Facebook Terhadap Akhlak Pelajar Sekolah

Menengah Dalam Daerah Kota Bharu di Kelantan. Ini kerana pelajar merupakan aset

berharga dan generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang. Oleh

itu, masalah-masalah yang timbul dalam kalangan mereka harus diberi perhatian

sewajarnya.

3
1.3 Skop Kajian dan Batasan Kajian

Skop kajian adalah akhlak pelajar dari segi akhlak fardiyah, akhlak usariyah dan akhlak

ijtimayah serta tujuan dan peruntukan masa melayari Facebook di mana ia menjadi

pengukur sejauh mana tahap keterpengaruhan pelajar. Skop pertama adalah tujuan

pelajar terbabit melayari Facebook kerana ia akan menjawab persoalan punca

pengaruh tersebut. Skop kedua adalah peruntukan masa iaitu jumlah masa yang

digunakan pelajar untuk melayari Facebook dapat dijadikan pengukur tahap

keterpengaruhan mereka. Skop ketiga adalah akhlak pelajar kesan daripada pengaruh

Facebook. Pelajar ini daripada tiga (3) buah sekolah menengah dalam daerah Kota

Bharu iaitu sekolah menengah di bandar dan luar bandar serta pelajar sekolah

menengah agama. Bidang kajian adalah bidang agama dan masyarakat.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti pengaruh dan kesan Facebook

terhadap akhlak pelajar. Oleh itu, kajian ini dapat menyedarkan pelajar akan risiko

yang terpaksa mereka hadapi sekiranya mereka tidak mengubah tabiat ini. Malah,

pihak sekolah dan ibu bapa perlu turut memainkan peranan penting dalam mengawal

selia kegiatan pelajar semasa melayari internet supaya pelajar tidak terus leka dan

terhindar daripada mengakses laman sesawang yang tidak bermoral. Kajian ini turut

mengenal pasti tahap keterpengaruhan pelajar melayari Facebook dari segi tujuan dan

peruntukan masa. Dengan ini, ia dapat menyedarkan pelajar tentang pembaziran

masa semasa melayari laman sesawang sosial sekiranya tujuannya tidak berfaedah.

4
Dalam pada itu, kajian ini dapat dijadikan panduan atau landasan untuk mencari cara

penyelesaian yang berkesan bagi menarik minat pelajar menggunakan Facebook

secara positif dan berilmiah. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu pihak sekolah

mengadakan program-program atau aktiviti-aktiviti yang menarik melalui Facebook

tetapi dalam masa yang sama ia perlu melibatkan interaksi sosial yang sebenar dalam

kalangan pelajar. Dalam dunia globalisasi kini, kita tidak boleh menyekat pelajar

daripada menggunakan internet. Tetapi kita perlu mengambil langkah mengawal dan

memantau kegiatan pelajar supaya mereka tidak terpengaruh dengan anasir-anasir

negatif sehingga merosakkan akhlak.

1.5 Matlamat dan Objektif Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan kajian, matlamat utama kajian ini ialah mengenal

pasti pengaruh dan kesan Facebook terhadap akhlak pelajar dari segi akhlak fardiyah,

akhlak usariyah dan akhlak ijtimayah.

Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif khusus telah dirangka iaitu:

a. Mengenal pasti tahap keterpengaruhan pelajar dari segi tujuan dan peruntukan

masa.

b. Mengenal pasti pengaruh dan kesan Facebook terhadap akhlak pelajar dari segi

akhlak fardiyah, akhlak usariyah dan akhlak ijtimayah.

c. Membanding berdasarkan akhlak pelajar melayari Facebook antara pelajar sekolah

menengah di bandar, luar bandar dan pelajar sekolah menengah agama.

5
1.6 Hipotesis Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji cuba mengemukan hipotesis untuk mengenal pasti pengaruh

dan kesan Facebook terhadap pelajar sekolah menengah di Kota Bharu.

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang ketara mengenai pengaruh dan kesan

Facebook antara akhlak pelajar sekolah menengah di bandar, luar

bandar dan pelajar sekolah menengah agama.

Ha: Terdapat perbezaan yang ketara mengenai pengaruh dan kesan

Facebook antara akhlak pelajar sekolah menengah di bandar, luar

bandar dan pelajar sekolah menengah agama.

1.7 Kerangka Konseptual

Bagi memastikan kajian ini mencapai matlamat dan objektif, Rajah 1.1 dibentuk bagi

menerangkan bagaimana kajian ini diorganisasikan. Pada peringkat awal, pengkaji

telah membuat pemerhatian terhadap aktiviti pengguna Facebook secara rawak bagi

mengenal pasti aplikasi-aplikasi Facebook yang selalu digunakan. Pemerhatian ini

bertujuan untuk memudahkan pengkaji mereka dan membentuk soalan untuk borang

soal selidik agar selari dengan matlamat dan objektif kajian. Pengkaji membahagikan

kepada dua aspek iaitu dari segi masa dan tujuan. Dari segi masa, pengkaji melihat

peruntukan masa yang digunakan oleh pengguna untuk melayari Facebook. Manakala

aspek tujuan pula, pengkaji melihat aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam Facebook

yang telah menarik minat pengguna.

6
Melalui kedua-dua aspek ini, pengkaji dapat mengenal pasti tahap keterpengaruhan

pelajar sebagai pengguna Facebook. Masa yang diperuntukkan untuk melayari

Facebook dapat mengukur tahap keterpengaruhan tersebut. Sekiranya pelajar

menghabiskan banyak jam dalam sehari dan juga mempunyai kekerapan hari yang

tinggi dalam seminggu untuk melayari Facebook, maka pelajar mempunyai tahap

keterpengaruhan yang tinggi terhadap Facebook. Manakala, tujuan pelajar melayari

Facebook dapat mengenal pasti faktor yang menarik minat pelajar untuk melayari

Facebook. Secara tidak langsung, tujuan ini juga dapat dikaitkan dengan kesan

Facebook terhadap akhlak pelajar.

Seterusnya pengkaji cuba untuk melihat perbezaan pengaruh Facebook terhadap

pelajar sekolah menengah di bandar, luar bandar dan pelajar sekolah menengah

agama. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti sama ada persekitaran dan lokasi

pelajar dapat menunjukkan perbezaan tersebut atau tidak. Contoh, sekiranya pelajar

berada dalam persekitaran di bandar yang sedikit maju dan moden berbanding di luar

bandar, sudah semestinya pengaruh Facebook terhadap mereka agak tinggi. Ini sudah

semestinya ia akan memberi kesan yang berbeza juga.

Bagi melihat kesan Facebook terhadap akhlak pelajar dengan lebih jelas, pengkaji telah

membahagikan kepada tiga jenis akhlak iaitu akhlak fardiyah, akhlak usariyah dan

akhlak ijtimayah. Akhlak fardiyah adalah akhlak pelajar terhadap diri sendiri. Akhlak

usariyah adalah akhlak pelajar terhadap ibu bapa dan saudara mara. Akhlak ijtimayah

pula adalah akhlak pelajar terhadap guru dan rakan. Jika dinilai secara keseluruhan,

Facebook memberi kesan positif sekiranya digunakan secara positif dan begitu

sebaliknya. Oleh itu, penemuan daripada analisis ini akan dibandingkan dengan

hipotesis yang telah dirangka pada awal kajian.

7
Facebook

Tujuan
Masa

Pengaruh Facebook

Pelajar sekolah Pelajar sekolah Pelajar sekolah


menengah di menengah di luar menengah agama
bandar bandar

Kesan Facebook

Akhlak Akhlak Akhlak


fardiyah usariyah ijtimayah

Hipotesis kajian

Pengaruh Facebook memberi kesan


terhadap akhlak pelajar sekolah menengah
di bandar, luar bandar dan pelajar sekolah
menengah agama.

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Pengaruh dan Kesan Facebook Terhadap Akhlak Pelajar
Sekolah Menengah dalam Daerah Kota Bharu di Kelantan

8
1.8 Organisasi Penulisan Laporan

Bab pertama dimulai dengan pengenalan tentang kajian yang ingin dibuat. Bab ini

mempunyai sub-sub tajuk yang meliputi permasalahan kajian, skop dan batasan kajian,

kepentingan kajian, matlamat dan objektif kajian, hipotesis kajian, kerangka konseptual,

organisasi penulisan laporan serta definisi konsep. Isi kandungan bab ini menjelaskan

pengaruh dan kesan Facebook terhadap akhlak pelajar. Kesemuanya lebih kepada

penerangan tentang kenapa kajian ini perlu untuk dilakukan.

Bab kedua pula mengandungi kajian literatur atau sorotan karya yang berkaitan dengan

tajuk yang ingin dikaji. Kajian literatur ini telah dibuat oleh penulis-penulis terdahulu

dan hasil tulisan mereka mempunyai kaitan dengan tajuk yang ingin dikaji. Ianya

diperolehi melalui pembacaan daripada buku-buku rujukan, jurnal, laporan

pennyelidikan, monograf, majalah, surat khabar, risalah dan maklumat daripada

internet. Melalui kajian literatur, pengkaji akan mengetahui sedikit sebanyak

pengetahuan tentang bidang yang ingin dikaji. Selain itu, pengkaji juga akan

memperolehi banyak input, hasil daripada pembacaan, penelitian dan sebagainya.

Pengkaji juga turut mengemukan beberapa teori bagi mengukuhkan lagi perbincangan

kajian ini. Kajian literatur amat penting kepada pengkaji kerana hasil tulisan sebegini

akan mendatangkan banyak idea kepada pengkaji untuk menyiapkan laporan kajian.

Bab tiga pula mengandungi metodologi kajian yang meliputi sub-sub tajuk seperti lokasi

kawasan kajian, keperluan data, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data,

sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur

penganalisisan data.

9
Bab empat mengandungi analisis data dan penemuan iaitu melalui kaedah soal selidik

yang dilakukan. Dalam bab ini, pengkaji memilih untuk menggunakan Microsoft Office

Excel 2003 bagi membantu dalam penganalisisan data. Hasil penemuan akan

dihuraikan dengan dibantu oleh jadual dan rajah. Dalam bab ini, implikasi dan aplikasi

daripada penemuan atau keputusan kajian dibincangkan bagi memperjelaskan objektif

kajian yang telah dibuat adalah mematuhi kehendak kajian keseluruhannya.

Manakala bab lima iaitu bab terakhir pula mengandungi ringkasan dan kesimpulan

yang memuatkan kajian cadangan oleh pihak-pihak berkenaan. Kesimpulan kajian

akhirnya dibuat secara menyeluruh.

1.9 Definisi Konsep

Definisi-definisi istilah yang akan diterangkan dalam bahagian ini merupakan istilah-

istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja. Ianya bertujuan bagi

mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.

1.9.1 Laman sesawang sosial

Laman sesawang sosial merujuk kepada perkhidmatan yang membenarkan individu

membentuk komuniti sosial secara dalam talian untuk pelbagai tujuan dan aktiviti

(Utusan Malaysia: 14 Januari 2010). Laman sesawang yang popular pada masa kini

ialah Facebook, Twitter, Myspace dan Friendster.

10
1.9.2 Pelajar

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 21), pelajar sebagai murid atau

penuntut. Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah,

maktab atau universiti. Pelajar juga bermaksud sesiapa yang berada di bangku

sekolah dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di

sekolah rendah atau sekolah menengah.

1.9.3 Facebook

Facebook ialah sebuah laman sesawang rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki

secara persendirian oleh Facebook Inc. Facebook telah diasaskan oleh Mark

Zuckerberg yang merupakan seorang mahasiswa lulusan Universiti Harvard pada 4

Febuari 2004. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta

mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain

itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja,

sekolah atau kolej (Domunikus Juju dan MataMaya Studio, 2008: 1).

Rajah 1.2: Logo Facebook

(Sumber: http://photobucket.com/images/facebook%20logo/)

11
1.9.4 Pengaruh

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1172), pengaruh bermaksud

kuasa yang terbit daripada orang (benda) atas orang (benda) lain. Pengaruh juga

bermaksud kekuatan batin (ghaib) yang meninggalkan kesan kepada orang lain.

1.9.5 Kesan

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 771), kesan bermaksud sesuatu

iaitu dari segi kebaikan atau keburukan yang timbul daripada sesuatu kejadian seperti

keadaan, perbuatan, tindakan dan lain-lain. Kesan juga bermaksud kesudahan iaitu

hasil atau akibat daripada sesuatu efek.

1.9.6 Akhlak

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 25), akhlak dalam Bahasa Arab

(jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan dan tabiat. Iman al-Ghazali mendefinisikan

akhlak sebagai sumber daya yang terpendam dalam jiwa yang menyebabkan lahirnya

perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan fikiran dan renungan (Abdul Rashid

Ahmad, 2008: 194). Dalam kajian ini, akhlak dilihat dari sudut sikap dan perilaku

seseorang pelajar.

12
1.9.7 Akhlak fardiyah

Akhlak fardiyah adalah bersifat perseorangan iaitu akhlak terhadap diri sendri. Akhlak

terhadap diri bermaksud perilaku yang baik kepada diri sendiri seperti sabar, syukur,

amanah, sopan, rendah hati dan bertanggungjawab.

1.9.8 Akhlak usariyah

Akhlak usariyah adalah bersifat kekeluargaan iaitu akhlak terhadap ibu bapa dan

saudara mara seperti menghormati antara satu sama lain, menjaga nama baik

keluarga, kasih sayang dan tolong menolong.

1.9.9 Akhlak ijtimayah

Akhlak ijtimayah adalah bersifat kemasyarakatan iaitu akhlak terhadap masyarakat

seperti hormat menghormati dan bermuafakat. Dalam kajian ini, akhlak ijtimayah dilihat

dari sudut kepada guru dan rakan.

13
1.10 Kesimpulan

Secara kesimpulan, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pengaruh dan kesan

Facebook terhadap akhlak pelajar dari segi akhlak fardiyah, akhlak usariyah dan akhlak

ijtimayah. Dalam bab satu ini, pengkaji telah menyatakan beberapa maklumat asas

mengenai kajian yang telah dijalankan. Hal ini bagi memudahkan pengkaji untuk

mengumpul segala maklumat yang diperolehi daripada responden secara lebih

sistematik dan konsisten serta memudahkan maklumat tersebut dipersembahkan.

Oleh itu, bab satu ini merangkumi segala maklumat mengenai latar belakang kajian

berkenaan dengan subjek kajian pengkaji. Bab ini juga menyatakan berkenaan dengan

permasalahan yang wujud dan ia merupakan pemangkin kepada hasrat pengkaji untuk

menjalankan kajian berkenaan dengan permasalahan yang wujud. Selain itu, elemen

kepentingan kajian turut disertakan dalam bab ini bagi menyatakan kerelevenan kajian

ini. Elemen skop dan batasan kajian pula menerangkan tentang lingkungan kawasan

atau tempat kajian yang dijalankan. Pengkaji juga turut menyatakan definisi konsep

bagi memudahkan pembaca dapat memahami istilah-istilah penting yang terdapat

dalam laporan penyelidikan.

Matlamat dan objektif kajian yang terangkum dalam bab ini merupakan elemen penting

dalam sesebuah kajian. Hal ini kerana objektif kajian merupakan satu hala tuju yang

menjadi panduan kepada pengkaji bagi mencapai matlamat kajian. Satu kerangka

konseptual telah disertakan bagi menerangkan keseluruhan kajian dengan lebih mudah

iaitu dalam sebuah carta yang lengkap. Akhirnya, pengkaji telah menyertakan satu

organisasi laporan yang lengkap bagi merumuskan semua elemen yang terdapat dalam

bab ini.

14

Anda mungkin juga menyukai