Anda di halaman 1dari 18

1

KESAN PENGARUH LAMAN SAWANG SOSIAL TERHADAP AKHLAK PELAJAR


SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji akhlak pelajar sekolah menengah dalam daerah
Kota Bharu, kesan daripada pengaruh laman sawang sosial yang semakin terkenal di
negara kita. Empat (4) buah sekolah menengah yang melibatkan sekolah di bandar
dan luar bandar akan dipilih untuk menjayakan kajian ini. Tumpuan utama kajian ini
adalah untuk mengenalpasti kesan pengaruh laman sawang sosial terhadap akhlak
pelajar dari segi jasmaniah dan rohaniah. Kajian ini juga untuk mengenalpasti tahap
keterpengaruhan pelajar dari segi tujuan, peruntukan masa dan perbezaan aspek-
aspek ini dari segi jantina. Di samping itu, kajian ini turut membuat perbandingan dari
segi perubahan akhlak dan tahap keterpengaruhan antara pelajar sekolah menengah di
bandar dan luar bandar serta pelajar sekolah menengah biasa dan sekolah menengah
agama. Kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti pelajar sekolah
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2

1.0 Latar Belakang


Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat dunia semakin meningkat
dengan pesat dan mula mengubah budaya dan hidup mereka. Kegilaan
terhadap laman sawang sosial semakin bercambah sehingga mula
mendominasi carta dari segi jumlah pengguna yang melayari alam siber dan
dunia komunikasi maya.

Secara amnya, laman sawang sosial merujuk kepada perkhidmatan


yang membenarkan individu membentuk komuniti sosial secara dalam talian
untuk pelbagai tujuan dan aktiviti. Ia termasuklah aplikasi perbualan dalam
talian, perkhidmatan email, paparan video, pembinaan blog dan perkongsian
fail. Sehingga kini, terdapat sejumlah 170 rangkaian sosial interaktif yang
terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter,
Friendster, MySpace dan Tagged (http://www.kosmo.com.my/kosmo/
content.asp?y=2009&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.h
tm), dimana ia telah menjadi satu medium komunikasi yang telah membentuk
beberapa kumpulan komuniti maya berskala besar yang mengumpulkan
manusia dari seluruh dunia.

Kini, dengan kemunculan laman sawang sosial, ia juga telah mula


menular sehingga ia bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi
sebahagian besar pengguna internet di seluruh dunia terutamanya golongan
pelajar di Malaysia. Walaupun diakui terdapatnya kebaikan penggunaan laman
sawang ini, namun terdapat juga keburukannya. Oleh itu, kajian ini mahu
mengenal pasti kesan pengaruh laman sawang sosial terhadap akhlak pelajar
dari segi jasmaniah dan rohaniah. Kajian ini juga untuk mengenalpasti tahap
keterpengaruhan pelajar dari segi tujuan, peruntukan masa dan perbezaan
aspek-aspek ini dari segi jantina. Malah, kajian ini turut mengambil kira aspek
perbandingan antara pelajar sekolah menengah di bandar dan luar bandar serta
pelajar sekolah menengah biasa dan sekolah menengah agama. Hasil kajian
ini mungkin akan membantu kajian selanjutnya untuk mencari penyelesaian
yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Ia adalah penting kerana melibatkan
pelajar sekolah yang bakal menjadi tonggak kepada pembangunan dan
pemerintahan Negara kelak.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


3

2.0 Pengenalan Permasalahan Kajian


Sekolah adalah institusi sosial penting dalam membentuk sesebuah masyarakat
yang bertamadun. Melalui sistem pendidikan yang teratur, sistematik dan
berterusan, sekolah berupaya membentuk peribadi dan akhlak yang sempurna
dalam kalangan pelajar tanpa mengira jantina, kaum dan agama. Namun,
dalam dunia globalisasi pada hari ini, terdapatnya cabaran yang harus
ditempuhi sistem pendidikan negara kita untuk melahirkan pelajar mengikut
matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Salah satu cabaran adalah tarikan pengaruh luar yang lebih menarik
minat pelajar berbanding pembelajaran di sekolah. Antaranya, penularan
fenomena laman sawang sosial yang seakan menjadi budaya kehidupan
sebahagian pelajar. Penggunaan laman sawang sosial sememangnya banyak
memberi kebaikan dan faedah kepada masyarakat terutamanya remaja
sekiranya ia digunakan dengan betul dan secara berkadaran seperti menambah
rakan kenalan dan menjadi medan untuk berkongsi ilmu serta pendapat.

Namun, bagi sesetengah pelajar, melayari laman sawang sosial ini


seakan menjadi perkara wajib dalam kehidupan seharian sehingga ada yang
mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan akhirnya memberi
kesan buruk terhadap akhlak mereka. Permasalahan yang ingin dikaji adalah
kesan pengaruh laman sawang sosial terhadap akhlak pelajar dari segi
jasmaniah dan rohaniah serta tahap keterpengaruhan pelajar dari segi tujuan,
peruntukan masa dan perbezaan aspek-aspek ini dari segi jantina. Kedua-dua
permasalahan ini turut dikaji untuk mendapatkan perbandingan antara pelajar di
bandar dan luar bandar serta pelajar sekolah menengah biasa dan sekolah
menengah agama.

3.0 Permasalahan Kajian


Permasalahan ini memberi penekanan kepada akhlak dan tanggungjawab
pelajar kerana ia berkaitan dengan bidang pendidikan yang menjadi asas
kepada pembangunan negara.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


4

4.0 Skop Kajian dan Batasan Kajian


Skop kajian adalah akhlak pelajar dari segi jasmaniah dan rohaniah serta tujuan
dan peruntukan masa melayari laman sawang sosial dimana ia menjadi
pengukur sejauhmana tahap keterpengaruhan pelajar. Skop pertama adalah
akhlak pelajar kesan daripada pengaruh laman sawang sosial. Pelajar ini
daripada empat (4) buah sekolah menengah iaitu dua (2) buah sekolah di
bandar dan dua (2) buah sekolah di luar bandar termasuk sekolah menengah
biasa dan sekolah menengah agama dalam daerah Kota Bharu. Skop kedua
adalah tujuan pelajar terbabit melayari laman sawang sosial kerana ia akan
menjawab persoalan punca pengaruh tersebut. Skop ketiga adalah peruntukan
masa dimana jumlah masa yang digunakan untuk melayari laman sawang
sosial dapat dijadikan pengukur tahap ketagihan mereka. Bidang kajian adalah
bidang agama dan masyarakat.

5.0 Matlamat dan Objektif Kajian


Berdasarkan kepada permasalahan kajian, matlamat utama kajian ini ialah
mengenalpasti kesan pengaruh laman sawang sosial terhadap akhlak pelajar
dari segi jasmaniah dan rohaniah.

Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif khusus telah dirangka iaitu:
i) Mengenalpasti kesan pengaruh laman sawang sosial terhadap akhlak
pelajar dari segi jasmaniah dan rohaniah.
ii) Mengenalpasti tahap keterpengaruhan pelajar dari segi tujuan,
peruntukan masa dan perbezaan aspek-aspek ini dari segi jantina.
iii) Membuat perbandingan berdasarkan akhlak pelajar serta tujuan dan
peruntukan masa melayari laman sawang sosial antara pelajar sekolah
menengah di bandar dan luar bandar serta pelajar sekolah menengah
biasa dan sekolah menengah agama.
iv) Mengenalpasti pandangan pelajar sekolah menengah dalam daerah
Kota Bharu bahawa laman sawang sosial menjadikan pelajar lalai dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


5

6.0 Kerangka Teori


Terdapat tiga teori yang dikemukan iaitu Teori Pertukaran Sumber, Teori
Kegunaan dan Kepuasan dan Teori Konflik.

6.1 Teori Pertukaran Sumber


Pengkaji menggunakan Teori Pertukaran Sumber kerana ia mengaitkan
pengaruh dengan perubahan tingkah laku. Dalam konteks kajian ini tingkah
laku merujuk kepada akhlak. Berdasarkan definisi daripada Kamus Dewan,
akhlak bermaksud budi pekerti, kelakuan, watak dan tingkah laku manusia
sama ada baik atau jahat.

French dan Raven (1959) meletakkan konseptualisasi pengaruh sebagai


proses psikologi timbal balas yang terlibat agen mempengaruhi secara
paksaan untuk berubah dan sasaran pula menunjukkan paksaan bagi
menghalang perubahan. Jadi, tingkah laku sasaran terhadap percubaan
mempengaruhi itu berbeza apabila tiada percubaan mempengaruhi (Dr Mohd
Fadzilah Kamsah, 2005: hal 75). Dalam konteks kajian ini, agen adalah
laman sawang sosial manakala sasaran adalah pelajar. Jelas bahawa,
penularan laman sawang sosial adalah disebabkan tiadanya percubaan yang
mempengaruhi secara paksaan, oleh itu pelajar juga menerimanya tanpa ada
paksaan.

Interaksi sosial yang berlaku dalam masyarakat melibatkan aktiviti-


aktiviti pematuhan dan penentangan tanpa mengambil kira latar belakang
anggota masyarakatnya dari segi umur, jantina, status sosial dan taraf
perkahwinan. Dalam kajian ini, aktiviti pematuhan adalah menerima pengaruh
tanpa paksaan, manakala aktiviti penentangan adalah paksaan bagi
menghalang pengaruh. Teori yang mendasari konsep pematuhan dan
penentangan adalah Teori Pertukaran Sumber. Blau (1967), Homans (1961)
serta Thibaut dan Kelly (1959) adalah pengkaji-pengkaji dalam bidang ini.

Menurut Foa (1972), sumber boleh diklasifikasikan kepada beberapa


bahagian iaitu cinta, status, maklumat, perkhidmatan, barangan material dan
wang. Sumber-sumber adalah berbeza mengikut kepentingannya dan situasi.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


6

Melalui interaksi sosial, pertukaran sumber berlaku. Mereka mendapat


sumber-sumber yang diingini serta memberi sumber lain yang mereka miliki
(2005: hal 82). Dalam kajian ini, pelajar melayari laman sawang sosial untuk
mendapatkan sumber yang diingini iaitu perkhidmatan (aplikasi permainan,
medium perhubungan dengan rakan dan mencari teman baru). Manakala
bagi laman sawang sosial, ia memberikan sumber (perkhidmatan) kepada
pengguna untuk mendapatkan sumber lain iaitu status dan wang. Contohnya,
laman sawang sosial Facebook telah menawarkan pelbagai perkhidmatan
kepada pengguna dan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatannya
bagi mendapatkan keuntungan dan status sebagai laman sawang sosial yang
terkenal di dunia.

Menurut teori ini juga, tingkah laku dapat diubah melalui pemberian
ganjaran dan hukuman di mana ia boleh diinterpretasi sebagai memberi dan
mengambil sumber (2005: hal 82). Jelas bahawa dengan perkhidmatan yang
ditawarkan laman sawang sosial, sekiranya ia menepati sumber yang diingini
pelajar, ia akan mengubah tingkah laku pelajar. Ada setengah individu
bertindak menolak pengaruh apabila sumber-sumber yang ditawarkan tidak
bersesuaian dan menarik minat. Namun, keinginan untuk pematuhan
(menerima pengaruh) pasti ada kerana individu mencari sumber-sumber
untuk ditambah terutamanya sumber yang kurang dimilikinya. Contohnya,
walaupun pelajar itu sudah mempunyai ramai rakan kenalan, pasti ada
keinginan untuk menambahkan lagi kenalannya di merata negeri.

6.2 Teori Kegunaan dan Kepuasan


Teori Kegunaan dan Pemuasan (Uses and Gratifications Theory) diadaptasi
dari Teori Fungsionalis yang diperkenalkan oleh para sosiologis termasuk Jay
Blumler dan Elihu Katz. Jika ditelusuri sejarah ini, ia mula diperkenalkan pada
awal tahun 1940-an hasil daripada kajian oleh Herzog (1944), Suchman
(1942), dan Berelson (1949). Menurut Katz, Blumler dan Gurevitch (1974)
kebanyakan kajian mengenai komunikasi tertumpu kepada sejauh mana
sesuatu maklumat yang disebarkan melalui media dapat mempengaruhi sikap
atau tingkah laku orang ramai (http://intanlal.blogspot.com/2007/12/ teori-
kegunaan-dan-pemuasan.html).

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


7

Menurut Teori Kegunaan dan Kepuasan, bagi sesetengah individu,


laman sawang sosial digunakan untuk kegunaan dan kepuasan masing-
masing. Dalam teori tersebut, ia menerangkan bagaimana ciri-ciri individu
yang berlainan watak menggunakan saluran media seperti laman sosial untuk
memuaskan kehendak dan juga untuk menyelesaikan masalah. Individu-
individu tertentu seperti pengguna laman sosial sendiri mempunyai tujuan dan
alasan yang berlainan untuk menyokong perlakuannya. Ia juga bergantung
kepada kriteria-kriteria yang diinginkan individu untuk mencapai kepuasan.
Contohnya, setiap individu pelajar mempunyai tujuannya yang tertentu
semasa mengakses laman sawang tersebut untuk mencapai kepuasan diri.
Facebook pula menjadi pilihan mereka kerana ia memenuhi kemudahan yang
diingini oleh pelajar.

Daripada perspektif teori ini juga, kepuasan individu terutamanya pelajar


dalam menggunakan laman sawang sosial mempunyai baik dan buruknya
bergantung kepada cara ia digunakan selain dapat membantu menyokong
perlakuan (tingkah laku) dalam melakukan sesuatu pekara ke arah kebaikan
atau keburukan. Contohnya, sekiranya pelajar itu mendapat kepuasan diri
mengakses laman tersebut untuk menambah rakan kenalan baru, maka
setiap apa yang dilakukan adalah untuk mencapai kepuasannya.

6.3 Teori Konflik


Konflik atau conflictus berasal dari bahasa Latin yang bererti pertentangan.
Pada keseluruhannya, teori konflik membincangkan mengenai peranan
struktur sosial. Konsep-konsep yang berkaitan yang selalu dibincangkan oleh
teori ini ialah seperti pembahagian kelas sosial dalam masyarakat, konflik,
perubahan sosial, alienasi kuasa dan ideologi (Amir Hassan Dawi, 2006: hal
33).

Teori Konflik bermula daripada pandangan asal Karl Marx dan diikuti
oleh Weber. Secara analitikal, teori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
aliran Marx dan aliran Weber. Pengkaji memilih Teori Konflik aliran Marx
kerana bersesuaian dengan objektif kajian. Dua perkara utama yang
diutarakan iaitu, pertama, teori ini melihat akses atau peluang yang tidak

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


8

sama terhadap sumber-sumber yang terhad yang ada dalam struktur sosial.
Kedua, ia melihat bagaimana ketegangan yang berpunca daripada
ketidaksamaan memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan (2006: hal
33).

Pengkaji melihat perkara kedua menjadi fokus utama untuk dikaitkan


dengan kajian kerana ia menghubungkaitkan antara konflik dan perubahan.
Ketegangan dan konflik yang berlaku akan menyumbang kepada perubahan
sosial. Dalam perbincangan Teori Pertukaran Sumber, dinyatakan berlakunya
perubahan tingkah laku iaitu kesan daripada pengaruh. Maka, teori ini akan
menghubungkaitkan perubahan tingkah laku tersebut dengan konflik. Dalam
kajian ini, perubahan tingkah laku pelajar yang berpunca daripada
keterpengaruhan terhadap laman sawang sosial telah menyebabkan berlaku
perubahan sosial dalam masyarakat. Perubahan sosial yang dimaksudkan
adalah konflik yang timbul daripada perubahan tingkah laku (akhlak) pelajar.
Contoh perubahan tingkah laku adalah pergaulan bebas, seks luar nikah,
ponteng, menipu dan mencuri. Dengan ini, teori ini jelas membuktikan
terdapatnya kesan negatif pada akhlak pelajar kerana terpengaruh dengan
fenomena laman sawang sosial.

7.0 Faedah dan Kepentingan Kajian


Kajian ini penting kerana ia dapat mengenalpasti kesan pengaruh laman
sawang sosial terhadap akhlak pelajar. Oleh itu, kajian ini dapat menyedarkan
pelajar akan risiko yang terpaksa mereka hadapi sekiranya mereka tidak
mengubah tabiat ini. Malah, pihak sekolah dan ibu bapa perlu turut memainkan
peranan penting dalam mengawal selia kegiatan pelajar semasa melayari
internet supaya pelajar tidak terus leka dan terhindar dari mengakses laman
sawang yang tidak bermoral. Kajian ini turut mengenalpasti tahap
keterpengaruhan pelajar melayari laman sawang sosial dari segi tujuan dan
peruntukan masa. Dengan ini, ia dapat menyedarkan pelajar tentang
pembaziran masa semasa melayari laman sawang sosial sekiranya tujuannya
tidak berfaedah.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


9

Dalam pada itu, kajian ini dapat dijadikan panduan atau landasan untuk
mencari cara penyelesaian yang berkesan bagi menarik minat pelajar
menggunakan laman sawang sosial secara positif dan berilmiah. Selain itu,
kajian ini juga dapat membantu pihak sekolah mengadakan program-program
atau aktiviti-aktiviti yang menarik melalui laman sawang sosial tetapi dalam
masa yang sama ia perlu melibatkan interaksi sosial yang sebenar dalam
kalangan pelajar. Dalam dunia globalisasi kini, kita tidak boleh menyekat
pelajar daripada menggunakan internet. Tetapi kita perlu mengambil langkah
tegas dengan mengawal dan memantau kegiatan pelajar supaya mereka tidak
terpengaruh dengan anasir-anasir negatif sehingga merosakkan akhlak.

8.0 Jangkaan Responden/Hipotesis Kajian


Hipotesis adalah suatu perumusan sementara mengenai suatu perkara yang
dibuat untuk menjelaskan perkara itu dan juga dapat menuntun atau
mengarahkan penyelidikan selanjutnya. Hipotesis dirumuskan berdasarkan
teori, data, dugaan, pengalaman peribadi atau orang lain, kesan umum serta
kesimpulan yang bersifat sementara. Dalam kajian ini, beberapa hipotesis
dirumuskan bagi menyokong analisis yang akan dijalankan. Berikut adalah
antara hipotesis yang dirumus:

Hipotesis 1
Ho: Tidak terdapat perbezaan yang ketara mengenai kesan
pengaruh laman sawang sosial terhadap akidah pelajar
sekolah menengah di bandar dan luar bandar.
Ha: Terdapat perbezaan yang ketara mengenai kesan
pengaruh laman sawang sosial terhadap akidah pelajar
sekolah menengah di bandar dan luar bandar.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


10

Hipotesis 2
Ho: Tidak terdapat perbezaan yang ketara mengenai kesan
pengaruh laman sawang sosial terhadap akidah pelajar
sekolah menengah biasa dan sekolah menengah agama.
Ha: Terdapat perbezaan yang ketara mengenai kesan
pengaruh laman sawang sosial terhadap akidah pelajar
sekolah menengah biasa dan sekolah menengah agama.

Hipotesis 3
Ho: Tidak terdapat perbezaan yang ketara antara pelajar
lelaki dan perempuan mengenai tahap keterpengaruhan
terhadap laman sawang sosial.
Ha: Terdapat perbezaan yang ketara antara pelajar lelaki dan
perempuan mengenai tahap keterpengaruhan terhadap
laman sawang sosial.

9.0 Kajian Lepas/ Literature Review


9.1 Buku
Buku bertajuk Membentuk Identiti Remaja yang ditulis oleh Azizi Yahaya dan
Jaafar Sidek Latif dan diterbitkan pada tahun 2005. Menurut buku ini, zaman
remaja adalah masa peralihan sementara daripada zaman kanak-kanak
kepada zaman dewasa. Oleh itu buku ini membincangkan berkenaan
pembentukan diri remaja faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan
tersebut. Remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan
persekitarannya. Sekiranya persekitaran sekelilingnya berunsur positif maka
perbuatan dan kelakuan remaja juga bersifat positi, dan sebaliknya. Menurut
buku ini, antara unsur utama yang mudah mempengaruhi remaja adalah
hiburan. Jadi, berdasarkan kajian ini, laman sawang sosial berada dalam
konteks hiburan. Segala apa kemudahan dan aplikasi yang terdapat dalam
laman tersebut akan mempengaruhi remaja itu.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


11

9.2 Surat khabar


Penularan penggunaan laman sawang sosial amat mempengaruhi kehidupan
masyarakat pada masa kini terutamanya di Malaysia. Dalam Utusan Online
yang bertarikh 14 Januari 2010 bertajuk Fenomena Laman Web Rangkaian
Sosial, telah mengesahkan bahawa Malaysia berada di kedudukan ketiga dari
segi mengakses laman sawang sosial selepas Singapura dan Korea Selatan.
Antara laman terkenal dan paling kerap dikunjungi oleh pelayar internet di
Malaysia adalah Facebook dengan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Ia diikuti
laman Friendster yang mencatatkan 4.2 juta pengguna. Seterusnya Myspace
mempunyai 2.1 juta dan akhir sekali Twitter mencatatkan lebih kurang
750,000 pengunjung. Jadi bersesuaian dengan kajian, iaitu untuk
mengenalpasti tahap keterpengaruhan pelajar terhadap laman sawang ini.
Berdasarkan angka-angka tadi, jelas bahawa penularan fenomena itu bersifat
global.

Dalam Kosmo Online yang bertajuk kesan aplikasi sosial maya telah
menyatakan terdapatnya kesan negatif penggunaan laman sawang secara
keterlaluan. Kesan negatif yang dinyatakan adalah dari segi keselamatan,
masalah disiplin pelajar dan masalah kesihatan. Dari segi keselamatan,
pengguna remaja mungkin terdedah kepada bahaya kerana terdapatnya
individu atau golongan yang melakukan jenayah siber. Masalah disiplin juga
wujud apabila pelajar menghabiskan sebahagian besar waktu mereka dengan
melayari laman tersebut. Dari segi kesihatan ia membawa kepada masalah
kesihatan mata dan postur badan yang disebabkan kedudukan yang tidak
ergonomik. Penulisan ini membantu menyokong kajian bahawa terdapatnya
kesan terhapa mereka yang terlalu terpengaruh dengan laman sawang sosial.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


12

10.0 Metodologi Kajian


Bagi memastikan data kajian diperolehi secara teratur dan semaksimum yang
mungkin, perancangan sebelum melakukan kajian seperti pemilihan sampel,
insrumen kajian dan prosedur pengumpulan serta penganalisisan data perlu
diteliti. Data dibahagikan kepada dua jenis iaitu data primer dan data sekunder.

Data primer adalah data yang diperoleh secara langsung atau terus
daripada orang perseorangan atau organisasi serta melakukan penelitian atau
pemerhatian terhadap perkara yang berkaitan dengan kajian. Kajian ini
menggunakan instrumen borang kaji selidik dan temubual untuk pengumpulan
data primer. Borang kaji selidik akan diberikan kepada 200 orang pelajar
daripada empat (4) buah sekolah menengah dalam daerah Kota Bahru iaitu 50
orang pelajar bagi setiap sekolah. Soalan soal selidik merangkumi 3 bahagian
iaitu bahagian A (butir-butir peribadi), bahagian B (persoalan tajuk kajian) dan
bahagian C (pandangan dan cadangan). Fokus utama borang kaji selidik
adalah untuk mengenalpasti kesan pengaruh laman sawang sosial terhadap
akhlak pelajar dari segi jasmaniah dan rohaniah serta tahap keterpengaruhan
pelajar dari segi tujuan, peruntukan masa dan perbezaan aspek-aspek ini dari
segi jantina. Melalui borang kaji selidik juga, pengkaji boleh mendapatkan
perbandingan antara pelajar di bandar dan luar bandar serta pelajar sekolah
menengah biasa dan sekolah menengah agama. Temubual langsung bertujuan
untuk mendapatkan maklumat berkaitan salah laku dan akhlak pelajar sekolah
menengah dalam daerah Kota Bharu bagi mencapai objektif kajian. Temubual
juga melibatkan para guru seperti Guru Disiplin dan Guru Kaunseling di sekolah
terbabit serta masyarakat sekeliling seperti pengusaha kafe siber.

Data sekunder adalah data yang dikumpulkan secara tidak langsung dari
sumber-sumber lain seperti dari buku, jurnal, kertas kerja, tesis, surat khabar,
majalah, laporan dan maklumat daripada internet. Buku, kertas kerja dan tesis
yang berkaitan dengan punca tarikan pelajar melayari internet dan kesannnya
akan dijadikan rujukan kepada kajian ini. Maklumat daripada internet, surat
khabar dan majalah terutamanya statistik salah laku pelajar seperti kecurangan
akademik, ponteng kuliah dan melayari laman sawang lucah akan diambil untuk
membuat perbandingan dengan data primer.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


13

11.0 Sampel, Data dan Ringkasan Data Kajian


Pengumpulan data menggunakan sampel kajian yang dipilih daripada empat (4)
buah sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu iaitu 200 orang pelajar
dimana 50 orang pelajar bagi setiap sekolah. Bagi memenuhi objektif kajian
yang ingin melihat perbezaan tahap keterpengaruhan antara pelajar lelaki dan
perempuan, maka jumlah sampel kajian akan diseimbangkan antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan.

12.0 Analisis Kajian


Analisis kajian dilakukan dengan mencari perkaitan antara data primer dan data
sekunder untuk saling menyokong data seterusnya membuat rumusan
berdasarkan perkaitan tersebut. Data kajian akan dianalisis menggunakan
sumber rujukan dari data sekunder iaitu buku-buku, jurnal, kertas kerja, tesis,
surat khabar, majalah, laporan dan maklumat daripada internet. Buku-buku,
kertas kerja dan tesis-tesis yang berkaitan dengan punca tarikan pelajar
melayari internet akan dijadikan rujukan kepada kajian ini kemudian dikaitkan
dengan data punca pelajar terpengaruh dengan laman sawang sosial yang
diperolehi daripada temubual langsung. Maklumat-maklumat daripada internet,
surat khabar dan majalah terutamanya statistik salah laku pelajar seperti
pergaulan bebas, ponteng sekolah dan melayari laman sawang lucah akan
diambil untuk membuat perbandingan dan menyokong data primer yang
diperolehi.

13.0 Batasan Kajian


Kajian ini melibatkan pelajar sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu di
Kelantan. Kajian ini mencakupi 200 orang pelajar daripada empat (4) buah
sekolah menengah iaitu 50 orang pelajar bagi setiap sekolah.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


14

14.0 Jangkaan Masalah dalam Kajian


Penghasilan kajian yang baik bermula dari pengumpulan data yang total bagi
mencapai objektif kajian. Namun, ia dibatasi oleh beberapa masalah yang
sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada analisis kajian. Masalah yang
melibatkan kerjasama dan kejujuran responden untuk memberikan data yang
tepat kerana ada sesetengah responden yang tidak memberikan maklumat
yang betul dan hanya bersikap melepaskan batuk ditangga sahaja. Terdapat
juga sesetengah responden tidak mahu melibatkan diri dalam temubual dengan
memberi pelbagai alasan.

Masalah kekangan masa dalam menyiapkan kajian ini terpaksa dihadapi


kerana ia memerlukan pembahagian masa yang padat dengan tugasan yang
lain, sedangkan pengumpulan data memerlukan masa yang panjang untuk
mendapatkan analisis kajian yang tepat. Malah, kebanyakan responden juga
hanya mampu meluangkan sedikit masa sahaja untuk ditemubual kerana
mereka juga terikat dengan aktiviti. Kesannya, data-data yang dikumpul adalah
sedikit dan berkemungkinan tidak memenuhi kehendak kajian.

Masalah kesukaran mendapatkan bahan rujukan juga boleh


menjejaskan proses pengumpulan data. Disebabkan fenomena laman sawang
sosial adalah perkara baru dalam masyarakat Malaysia, maka tiada lagi kajian
khusus yang telah dijalankan sebelum ini untuk dijadikan rujukan kepada kajian
ini. Oleh itu, kebanyakan bahan rujukan berasaskan pendapat dan pemerhatian
yang telah dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan, penyelidik dan pakar
kaunseling yang diambil daripada laman sawang persendirian dan agensi-
agensi kerajaan. Ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap ketepatan dan
kesahihan berkenaan maklumat yang diberikan.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


15

15.0 Jangkaan Dapatan Kajian


Dapatan kajian menjangkakan terdapatnya perbezaan yang ketara mengenai
kesan pengaruh laman sawang sosial terhadap akhlak pelajar sekolah
menengah di bandar dan luar bandar. Ini kerana pelajar sekolah menengah di
bandar lebih terdedah kepada suasana persekitaran yang boleh menarik
perhatian mereka seperti kafe siber, pusat membeli belah, kopitiam dan pusat
permainan. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, pelajar sekolah di Kota Bharu
lebih tertumpu di kafe siber, KB Mall dan Taman Indera Putera. Bagi pelajar
luar bandar pula, pengkaji menjangkakan kesan pengaruh laman sawang sosial
kurang diterima disebabkan faktor kurang pendedahan mengenai laman
sawang sosial dan kemudahan internet.

Dapatan kajian juga menjangkakan tidak terdapat perbezaan yang


ketara mengenai kesan pengaruh laman sawang sosial terhadap akhlak pelajar
sekolah menengah biasa dan sekolah menengah agama. Ini kerana walaupun
kedua jenis sekolah ini berbeza dari segi kurikulum, namun pelajar sekolah tidak
disekat daripada menerima dan menggunakan kemudahan internet. Malah,
kerajaan memberikan peruntukan yang seimbang antara sekolah menengah
biasa dan sekolah menengah agama dalam menyalurkan kemudahan ICT di
sekolah. Oleh sebab itu, dengan pendedahan teknologi maklumat ini, pengkaji
menjangkakan ia tidak membezakan kesan pengaruh laman sawang sosial
terhadap pelajar sekolah menengah biasa dan sekolah menengah agama.

Dapatan kajian ini turut menjangkakan laman sawang sosial ini


memberikan kesan yang negatif terhadap akhlak pelajar sekolah menengah
dalam daerah Kota Bharu. Jangkaan ini kerana kita sedia maklum bahawa
aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan dalam laman sawang sosial
seperti permainan, mencari kenalan dan ruang sembang boleh melalaikan
pengguna. Malah, ia boleh menyebabkan pengguna menjadi terlalu ghairah
menggunakan aplikasi aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan
tersebut sekiranya diakses secara berterusan. Sekiranya pelajar tidak dipantau
sehingga terlalu ghairah dengan laman sawang sosial, mereka mungkin terlibat
dalam kesalahan seperti ponteng sekolah, pergaulan bebas dan melayari laman
sawang lucah.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


16

16.0 Jadual Perancangan Kajian

PERKARA/ ITEM/ SEMESTER 1 SEMESTER 2


BIL
TINDAKAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
1 Taklimat
2 Mencadangkan
tajuk kajian
3 Tunjuk draf kertas
cadangan kepada
pensyarah penyelia
4 Membetulkan kertas
cadangan
5 Menghantar kertas
cadangan kepada
pensyarah penyelia
6 Pertemuan
mingguan dengan
pensyarah penyelia
7 Membuat borang
kaji selidik
8 Tunjuk borang kaji
selidik kepada
pensyarah dan
membuat
penambahbaikan
9 Edar/kumpul borang
kaji selidik
10 Analisis data borang
kaji selidik dan
temuramah

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


17

11 Buat laporan kajian


12 Tunjuk draf laporan
kajian kepada
pensyarah dan
membuat
penambahbaikan
13 Hantar laporan
kajian

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


18

17.0 Kesimpulan
Secara kesimpulan, kajian ini dapat mengenalpasti pengaruh laman sawang
sosial terhadap akhlak pelajar dari segi jasmaniah dan rohaniah. Daripada sini
timbulnya masalah disiplin pelajar sehingga merosakkan akhlak peajar. Kajian
ini akan membuktikan bahawa terdapatnya kesan negatif tehadap akhlak pelajar
terutama kepada pelajar sekolah di bandar sama ada sekolah menengah biasa
atau sekolah menengah agama berbanding dengan pelajar sekolah di luar
bandar. Kajian ini juga akan memberi jawapan kepada faktor-faktor mengapa
berlakunya perbezaan ini.

Dari segi pembangunan modal insan pula, bagi melahirkan generasi


yang produktif dan berdaya saing, interaksi antara pelajar dan masyarakat
sekeliling adalah penting. Kesan daripada pengaruh laman sawang sosial akan
melahirkan generasi yang pasif. Ini akan memberi impak yang negatif kepada
masa depan Negara kita yang memerlukan barisan pimpinan yang mampu
memberi sumbangan. Ini akan membuktikan sejauhmana hebatnya individu itu
berinteraksi secara maya dalam laman sawang sosial, tidak semestinya individu
itu hebat berinteraksi secara realiti.

Dewasa kini, kemunculan banyak laman sawang sosial telah menjadi


pengantara hubungan seluruh dunia. Antara laman sawang yang popular dan
menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur masyarakat terutama
para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster dan Myspace. Kita harus
mengakui bahawa dengan adanya laman sawang sosial seperti ini, para remaja
boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan
sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi.
Malah, sebarang maklumat dan informasi dapat disebarkan dengan cepat
dalam hanya beberapa saat sahaja. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan
kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehingga ada di antara mereka
yang menyalahgunakan perkhidmatan ini dan akhirnya memberi kesan negatif
dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang kepada diri, keluarga,
masyarakat dan Negara.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Anda mungkin juga menyukai