Anda di halaman 1dari 10

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dapatan-dapatan penting yang telah dianalisis dan

dibentangkan dalam Bab 4. Perbincangan dalam bab ini ditumpukan kepada usaha

menjawab tiga (3) objektif kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1 sebelum ini.

5.1 Perbincangan dan Rumusan

Kajian ini telah dijalankan ke atas 150 orang pelajar dari tiga (3) buah sekolah

menengah dalam daerah Kota Bharu iaitu sekolah bandar, sekolah luar bandar dan

sekolah agama. Secara umumnya, pelajar-pelajar ini terdiri dapada pelbagai latar

belakang seperti butiran diri dan tahap keterpengaruhan diri terhadap Facebook.

Perbincangan dan rumusan dibuat mengikut objektif kajian:


5.2.1 Objektif Kajian 1: Mengenal pasti tahap keterpengaruhan pelajar dari segi
tujuan dan peruntukan masa

Jika dilihat dari segi tujuan melayari Facebook, pelajar dari ketiga-tiga sekolah

mempunyai tahap keterpengaruhan yang tinggi terhadap Facebook. Mereka

menggunakan Facebook untuk merapatkan lagi hubungan persahabatan dan juga

menambah kenalan baru sama ada dari dalam mahupun luar negara. Ini juga kerana

laman sesawang sosial menjadi trend masa kini bagi remaja untuk berkomunikasi dan

berinteraksi antara sama lain. Kita sedia maklum bahawa pada peringkat remaja,

rakan memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Mereka cenderung

membina perhubungan baru seperti hubungan antara jantina berlainan dan rakan

sebaya bagi menggantikan keluarga dalam aktiviti sosial dan riadah (Azizi Yahya et al.,

2006: 98). Jika sebelum ini, pelajar bersosial melalui pergaulan secara langsung atau

bersemuka seperti bersukan, beriadah dan keluar bersama-sama. Namun, dengan

pengaruh Facebook ini, ia telah mengubah cara remaja bersosial iaitu secara maya. Ini

bertepatan dengan Teori Pertukaran Sumber yang mengaitkan pengaruh dengan

perubahan tingkah laku di mana apabila pelajar menerima pengaruh Facebook tanpa

ada paksaan (atas faktor trend masa kini), ia menjadi kebiasaan kepada mereka untuk

menerima budaya baru ini. Situasi ini juga bertepatan dengan Teori Penggunaan dan

Pemuasan Kehendak di mana pelajar menggunakan Facebook untuk mencapai

kepuasan diri atau tujuan iaitu merapatkan hubungan persahabatan dan menambah

rakan baru.

Jika dilihat dari segi masa, pelajar sekolah bandar mempunyai tahap keterpengaruhan

yang tinggi berbanding pelajar sekolah luar bandar dan pelajar sekolah agama. Majoriti

pelajar sekolah bandar memperuntukan masa 2 jam lebih semasa melayari Facebook

berbanding pelajar luar bandar dan pelajar sekolah agama yang memperuntukan masa

108
1 jam dan kurang untuk melayari Facebook. Memang tidak dinafikan majoriti pelajar

sekolah bandar mempunyai kemudahan internet di rumah masing-masing. Namun,

apabila melihat analisis kajian Bahagian 4.3.3, didapati lebih daripada separuh pelajar

sekolah luar bandar dan pelajar sekolah agama melayari Facebook di rumah masing-

masing juga. Oleh itu, pengkaji merumuskan pelajar luar bandar dan pelajar sekolah

agama mempunyai tahap keterpengaruhan yang rendah terhadap Facebook walaupun

mereka mempunyai kemudahan internet di rumah masing-masing. Situasi yang

berlaku kepada pelajar sekolah bandar bertepatan dengan Teori Pergantungan di mana

darjah kebergantungan pelajar terhadap Facebook dapat dilihat melalui angkubah

masa iaitu masa yang diperuntukkan semasa melayari Facebook. Memandangkan

majoriti pelajar sekolah bandar memperuntukkan masa yang lebih lama berbanding

pelajar sekolah lain, darjah kebergantungan juga tinggi, maka jelas bahawa mereka

mempunyai tahap keterpengaruhan yang tinggi terhadap Facebook.

5.2.2 Objektif Kajian 2: Mengenal pasti pengaruh dan kesan Facebook terhadap
akhlak pelajar dari segi akhlak fardiyah, akhlak usariyah dan akhlak
ijtimayah

Jika dilihat dari segi akhlak fardiyah, pelajar cenderung melakukan perkara-perkara

negatif seperti melengahkan solat, meninggalkan solat, berkata bohong, biadap dan

lucah, melayari laman sesawang lucah, bermain permainan judi, lucah dan ganas,

melakukan pergaulan bebas, memberi maklumat palsu, ponteng sekolah,

mengurangkan waktu belajar dan lalai menyiapkan kerja sekolah. Dari segi akhlak

usariyah pula, mereka cenderung melakukan perkara-perkara negatif seperti suka

melayari Facebook daripada meluangkan masa bersama keluarga dan menolong ibu

bapa serta bersikap biadap terhadap ibu bapa. Manakala dari segi akhlak ijtimayah

109
pula, mereka berkecenderungan untuk melakukan perkara negatif seperti menceritakan

keburukan rakan, guru dan sekolah, bersangka buruk dan bersikap pilih kasih kepada

rakan. Berdasarkan perkara-perkara negatif ini dapat disimpulkan bahawa pengaruh

Facebook boleh memberi kesan buruk terhadap akhlak fardiyah, akhlak usariyak dan

akhlak ijtimayah pelajar. Ini bertepatan dengan Teori Konflik di mana apabila Facebook

memberi pengaruh, pelajar akan mengalami perubahan tingkah laku atas faktor Teori

Pertukaran Sumber, Teori Penggunaan dan Pemuasan Kehendak serta Teori

Pergantungan (tujuan dan masa) sehingga berlaku konflik dalam masyarakat.

Namun begitu, tidak dinafikan juga Facebook memberi kesan positif sekiranya pelajar

menggunakannya secara positif. Terdapat juga pelajar yang menggunakan Facebook

untuk menambah ilmu pengetahuan dan ilmu agama, merapatkan hubungan

persaudaraan dan persahabatan, berkongsi ilmu pengetahuan dan ilmu agama serta

membantu rakan yang berada dalam kesusahan. Jika dilihat ia bergantung kepada

pelajar itu sendiri sama ada menggunakan Facebook untuk tujuan kebaikan atau

keburukan. Sekiranya mereka menggunakan Facebook untuk tujuan kebaikan mereka

akan menerima kesan yang baik, dan begitu sebaliknya. Ini bertepatan dengan Teori

Penggunaan dan Pemuasan Kehendak di mana pelajar akan menerima kesan

berdasarkan kehendaknya semasa melayari Facebook.

110
5.2.3 Objektif Kajian 3: Membanding berdasarkan akhlak pelajar melayari
Facebook antara pelajar sekolah menengah di bandar, luar bandar dan
pelajar sekolah menengah agama

Didapati pelajar sekolah menengah di bandar dan luar bandar mempunyai nilai akhlak

baik yang rendah berbanding pelajar sekolah menengah agama. Ini disebabkan

perbezaan dari segi faktor masa dan tujuan semasa melayari Facebook yang telah

dibincangkan sebelum ini dalam Bahagian 5.2.1. Terdapat beberapa faktor lain yang

boleh dikaitkan mengapa terdapatnya perbezaan ini. Menurut pandangan Islam,

terdapat empat (4) faktor yang menyebabkan delinkuen (2006: 112). Delinkuen

bermaksud tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat di mana pelakunya

lebih menumpukan pelajar sekolah dan belia (2006: 111). Faktor-faktor itu adalah:

a. Faktor keluarga: Semua perkembangan pelajar di bawah kawalan ibu bapa kerana

mereka berada dalam lingkungan keluarga pada kebanyakan masa. Sekiranya ibu

bapa menunjukkan akhlak tidak baik, maka pelajar akan terikut-ikut. Isu pembawa

keluarga yang boleh dikaitkan dalam kajian ini adalah ibu bapa lebih mementingkan

kerjaya daripada menjaga kebajikan keluarga yang menyebabkan pelajar tiada

pemantauan semasa melayari Facebook, rumah tangga yang tidak kukuh atau

bercerai berai menyebabkan pelajar menggunakan Facebook secara negatif untuk

melepaskan tekanan perasaan; dan ajaran Islam tidak kukuh dalam rumah tangga

menyebabkan pelajar mudah lalai dalam melakukan perkara-perkara wajib dalam

Islam.

b. Peribadi yang kotor: Ia merujuk kepada seseorang yang rosak akhlaknya atau

mempunyai sifat-sifat keji seperti pemarah, tamak, dengki, pendendam, sombong,

tidak amanah dan seumpamanya. Keadaan ini berlaku kerana individu itu dikuasai

111
oleh naluri agresif dan tidak rasional, hasil daripada pengalaman yang diterima

sejak kecil. Peribadi yang kotor mungkin sudah bermula sejak kecil dan kemudian

diperkukuh pula apabila individu itu melalui zaman remaja. Dengan kata lain,

peribadi fitrah pelajar sudah terencat dan menjurus kepada peribadi yang kotor.

Oleh itu, setiap pelajar mempunyai tujuan dan kehendak melayari Facebook yang

berlainan berdasarkan nilai akhlak peribadi masing-masing.

c. Faktor sekolah: Antara faktor sekolah yang dapat mempengaruhi pelajar adalah,

disiplin sekolah yang longgar, guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi

pelajar, perselisihan faham antara pelajar di sekolah dan ketidakpuasan hati pelajar

dengan peraturan sekolah.

d. Faktor persekitaran: Individu membuat perubahan dalam persekitaran dan

persekitaran pula menghasikan perubahan pada diri individu dan tingkah lakunya.

Dalam konteks kajian ini, persekitaran di bandar dan luar bandar bandar adalah

berbeza. Pelajar di bandar lebih terdedah kepada persekitaran negatif seperti

pusat-pusat permainan video, pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan pusat-

pusat membeli belah.

Secara keseluruhannya, Facebook memberi pengaruh yang besar kepada pelajar

kerana ia menepati kehendak dan keperluan mereka untuk bersosial dengan cara

mudah. Namun, kesan daripada pengaruh Facebook adalah bergantung kepada

pelajar itu sendiri sama ada mereka menggunakan Facebook untuk tujuan kebaikan

atau keburukan. Tahap disiplin diri juga penting supaya ia tidak memberi kesan buruk

terhadap akhlak pelajar secara keseluruhannya. Terdapatnya perbezaan akhlak

pelajar melayari Facebook antara pelajar sekolah menengah di bandar, luar bandar dan

112
pelajar sekolah menengah agama. Ini membuktikan hipotesis kajian iaitu terdapat

perbezaan yang ketara mengenai pengaruh dan kesan Facebook antara akhlak pelajar

sekolah menengah di bandar, luar bandar dan pelajar sekolah menengah agama.

5.3 Cadangan

Berdasarkan huraian mengenai perbincangan dan rumusan yang telah dibuat, pengkaji

ingin mengemukakan beberapa cadangan sebagai tindakan yang perlu diambil oleh

pihak-pihak berkenaan iaitu:

a. Meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan Facebook di

sekolah. Guru boleh mencipta halaman (page) dalam Facebook untuk sesuatu

tugasan dan menjemput pelajarnya merujuk kepada halaman tersebut untuk

membuat latihan atau rujukan. Guru juga boleh membuka ruang perbincangan

dalam halaman tersebut. Malah, ia disokong oleh Sturgeon C. M. Dan Walker C.

(2009) yang menyatakan 50 peratus ahli akademik berpendapat Facebook

berpotensi sebagai alat akademik (Mohd Effendi Mohd Matore, 2010).

b. Mempergiatkan pusat kegiatan remaja untuk memaksimumkan penglibatan remaja

dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan teliti dan teratur serta menarik

minat remaja bagi mengelakkan tumpuan berlebihan kepada Facebook.

c. Ibu bapa berperanan dengan menjadikan diri mereka model baik kepada anak-

anak, memberi didikan agama dan akhlak, mewujudkan interaksi yang baik dan

mesra terhadap anak-anak dengan penuh kasih sayang serta sentiasa memantau

113
perbuatan anak-anak dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka tidak

melakukan perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan kehendak agama

semasa melayari Facebook.

d. Pelajar juga perlu berperanan menanamkan keimanan yang teguh dalam dirinya ke

arah pembinaan peribadi mulia, menambahkan ilmu dari semasa ke semasa,

menghindarkan perkara-perkara negatif dalam kehidupan dan menanamkan sifat-

sifat mahmudah dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah dalam diri supaya mereka

mempunyai benteng keimanan yang kuat semasa melayari Facebook.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Skop kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah terbatas disebabkan oleh faktor masa

dan kos yang agak terhad. Daripada hasil kajian dan kesimpulan yang diperolehi,

beberapa cadangan dinyatakan untuk meningkatkan lagi keputusan kajian. Oleh yang

demikian, pengkaji mengemukan beberapa cadangan untuk kajian yang akan datang:

a. Kajian ini hanya melibatkan pelajar sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu di

Kelantan. Oleh yang demikian, kajian ini juga boleh dijalankan kepada pelajar lain

di daerah dan negeri lain yang semestinya pengguna Facebook.

b. Oleh kerana kajian ini hanya dijalankan di tiga buah sekolah sahaja, maka kajian

lanjutan boleh dijalankan di beberapa buah sekolah lain yang berlainan.

114
c. Skop kajian ini hanya mengenal pasti pengaruh dan kesan Facebook terhadap

akhlak pelajar sekolah menengah sahaja. Kajian lanjutan boleh ditambahkan

skopnya kepada akidah dan disiplin pelajar serta persepsi ibu bapa, guru dan

masyarakat sekeliling.

d. Kajian lanjutan boleh mendapatkan maklumat terperinci dengan menggabungkan

kaedah pengumpulan data melalui temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Tidak

hanya analisis data daripada soal selidik sahaja.

e. Bilangan sampel perlu diperbanyakkan supaya mendapat keputusan yang lebih

tepat bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih mantap dan lebih kukuh.

115
5.5 Kesimpulan

Bab ini telah mengupas dengan lebih mendalam tentang kajian yang telah dijalankan

ini. Melalui perbincangan yang dinyatakan, secara umumnya pengaruh dan kesan

Facebook terhadap akhlak pelajar sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu masih

berada dalam peringkat terkawal. Ia dapat dikenal pasti melalui akhlak majoriti pelajar

dari segi akhlak fardiyah, akhlak usariyah dan akhlak ijtimayah yang masih berada

dalam lingkungan akhlak baik.

Sememangnya sukar bagi kita untuk menyekat perkembangan ICT kerana dunia kini

dipayungi globalisasi. Kemasukan budaya dan pengaruh dari luar sama ada negatif

atau positif secara mudahnya meresapi dalam masyarakat. Oleh itu, dalam

menghadapi cabaran ini, cara mengatasinya tidak hanya tertumpu kepada langkah

pencegahan, tetapi juga langkah penambahbaikan kepada sistem tersebut,

sepertimana tidak menggunakan Facebook bagi tujuan hiburan semata-mata tetapi

diserap dengan aspek-aspek akademik.

Akhlak remaja perlu sentiasa diperkayakan bagi menghadapi cabaran dalam era

globalisasi. Malah, Falsafah Pendidikan Negara turut memberi penekanan kepada

jasmani, emosi, rohani dan intektual. Sekiranya mereka tewas, mereka akan

kehilangan jati diri dan tidak berdaya menangkis cabaran yang melanda. Justeru itu,

mereka tidak dapat menyumbang di dalam pembentukan masyarakat yang cemerlang

dan pembangunan negara.

116

Anda mungkin juga menyukai