Anda di halaman 1dari 6

ISU BERKAITAN SAHSIAH PELAJAR YANG DIKENAL PASTI.

Kami telah menemubual responden yang merupakan seorang pelajar. Responden


merupakan seorang pelajar yang pintar dan merupakan pelajar harapan sekolah. Semasa
menemubual pelajar, kami telah menerima pelbagai respon mengenai isu sahsiah yang berlaku
disekolah pada masa kini.

1. Kurang Perhatian Terhadap Pelajaran


Seperti yang diketahui pada zaman kini, kebanjiran pelbagai jenis program IT dan
lambakan jenis laman sosial telah menarik minat remaja terutamanya dalam kalangan pelajar.
Menurut respon daripada responden, pelajar pada masa kini kurang memberi perhatian terhadap
pelajaran atau kata mudahnya tidak mengambil kisah hal hal pelajaran. Responden menyatakan
bahawa pelajar- pelajar pada zaman kini lebih meminati pelbagai hiburan berbentuk IT seperti
laman sosial facebook, twitter dan sebagainya. Kebanyakan pelajar katanya lagi tidak
mengetahui kepentingan pelajaran untuk masa hadapan. Mereka lebih memberi tumpuan kepada
perkara yang tidak berfaedah antaranya tumpuan terhadap laman sosial ini.

2. Tidak Menghormati Guru


Responden telah melihat pada masa kini sikap kurang ajar pelajar terhadap guru semakin
menjadi menjadi. Pelajar tidak lagi berasa takut atau gerun terhadap gerun terhadap guru
seperti pelajar pelajar pada zaman dahulu. Sebagai contoh, arahan yang diberi oleh guru tidak
diendahkan oleh pelajar, sebaliknya pelajar melawan apabila guru memberi arahan kepada
mereka. Selain itu, pelajar juga tidak membuat atau menyiapkan kerja yang diberi oleh guru. Hal
ini jelas berlaku kepada pelajar pelajar pada zaman sekarang.

3. Pelajar Dahulu Mendengar Arahan Guru


Responden menyatakan bahawa pelajar zaman dahulu mendengar arahan guru. Hal ini
demikian kerana, mereka berasa takut dan hormat ke atas guru guru dahulu.hal in kerana
mereka menganggap guru adalah ibu bapa mereka di sekolah. Hal ini berbeza pada zaman
sekarang kerana ibubapa sering mempertahankan anak anak mereka walaupun mereka sedar
bahawa anak mereka telah melakukan kesalahan disiplin di sekolah.oleh itu, perbezaan ini amat
ketara dengan sikap ibubapa zaman dahulu terhadap anak anak mereka di sekolah.

4. Isu COUPLE
Isu `coupel adalah antara isu yang amat mempengaruhi pelajar pada era ini. Menurut
pandangan responden, jika isu couple dalam kalangan pelajar sekarang tidak dibendung dan
dicegah dengan lebih awal,masalah pembuangan bayi akan meningkat. Peningkatan masalah ini,
akan memberi kesan negatif terhadap negara khususnya membantutkan kemajuan negara. Seperti
yang diketahui negara kita sekarang sememangnya sebuah negara sedang meningkat maju dari
segala aspek sehingga diisytiharkan sebagai negara baru maju. Oleh itu, kemajuan negara ini
haruslah diteruskan dengan membendung masalah pembuangan bayi pada zaman sekarang.

5. Gangsterisme
Kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang oleh responden jika masalah
kurang ajar dalam kalangan pelajar jika tidak dibendung pada masa kini ialah isu gangsterisme.
Kesannya ialah negara kita tidak lagi menjadi aman menurut responden lagi. Selain itu,
responden turut menyatakan sekiranya masalah ini tidak dibendung, negara akan tidak akan
mempunyai pelapis yang mampu mentadbir dan menggantikan negara pada zaman sekarang.

NILAI NILAI BITARA UPSI DAN KAITANNYA DENGAN SAHSIAH PELAJAR


Seperti yang diketahui oleh pelajar pelajar di UPSI, Upsi mempunyai enam nilai bitara
iaitu integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan
anggota serta kriatif dan inovatif. Bitara bermaksud unik, unggul, tiada tolok bandingnya dan
lain daripada yang lain. Berdasarkan respon yang diberikan oleh responden yang ditemubual
terdapat tiga jenis nilai bitara yang boleh dikaitkan iaitu :

1. Integriti
Integriti bermaksud suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip
moral tinggi atau tahap profesional. Sebagai contoh seorang pelajar perlu menjaga nama baik
keluarga dan sekolah apabila berada di luar sekolah. Tingkah laku serta personaliti sebagai
seorang pelajar perlulah dijaga supaya tidak mencemarkan imej seorang pelajar. Terdapat 4
petunjuk bitara UPSI iaitu adil, amanah, telus dan akantabiliti. Berdasarkan kenyataan yang
dinyatakan oleh responden, kami mendapati pelajar tidak mempunyai bitara integriti amanah.
Seperti yang kita ketahui, pelajar pada zaman ini tidak mengendahkan pelajaran. Mereka
mengkhianati amanah yang diberikan oleh kedua ibu bapa mereka untuk belajar. Mereka gagal
memanfaatkan peluang yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa mereka. Kebanyakan pelajar
pada zaman kini lebih menumpukan diri ke dalam dunia hiburan.

2.

Profesional
Sebagai seorang pelajar, pelajar haruslah bersikap profesional. Profesional bermaksud

berkemampuan dan berkemahiran di dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan


kecekapan. Setiap pelajar haruslah mempunyai sikap profesional seperti jika kita kurang berilmu
dengan memperbanyakkan ulang kaji serta rajin bertanya kepada yang pakar. Setelah meneliti
kata kata responden, didapati kebanyakan pelajar sekarang tidak mempunyai sikap profesional
khususnya dari sudut cinta ilmu menurut bitara profesional. Pelajar pada zaman sekarang seperti
kurang minat untuk menambah ilmu pengetahuan sedia ada dalam subjek atau kemahiran yang
diajar. Sikap mereka seperti ini akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri. Ilmu yang
dipelajari selama ini tidak dipraktiakn di dalam kehidupan seharian mereka.

3. Semangat Berpasukan
Responden telah menyatakan bahawa sikap kurang ajar pelajar pada zaman ini
sememangnya berleluasa. Hal ini mengaitkan sahsiah pelajar kepada bitara semangat berpasukan
dari segi hormat menghormati. Semangat berpasukan bermaksud sekelompok modal insan yang
bekerja tolong menolong di bawah satu kepimpinan untuk mencapai suatu matlamat dalam
jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. Siakp ini penting walaupun hanya
sebagai seorang pelajar. Jadi, sebagai seorang pelajar, pelajar haruslah hormat menghormati
antara satu sama lain dan tidak hanya menghormati guru sahaja. Namun kekurangan sikap
hormat menghormati dalam kalanga pelajar pada zaman sekrang mampu memberi kesan negatif
terhadap pembentukan sesebuah negara.

PENDEKATAN PEMBELAJARAN (TEORI TINGKAH LAKU) DAN KAITANNYA


DENGAN SAHSIAH PELAJAR
Teori yang tergolong dalam pendekatan pembelajaran ini beranggapan bahawa tingkah
laku manusia lebih penting untuk dikaji berbanding kajian terhadap kajian terhadap minda
manusia menurut Monero, 2010. Selain itu, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa
perubahan tingkah laku boleh diperhatikan, direkod, dan diukur secara saintifik adalah lebih
tepat berbanding dengan perubahan mindayang tidak dapat dilihat secara objektif.
Pembentukan sahsiah atau personaliti berdasarkan teori tingkah laku dapat difahami melalui
prinsip prinsip dalam pelaziman klasik dan pelaziman operan seperti generalisasi,
penghapusan, galakan dan sebagainya.

a. Generalisasi
Generalisasi bermaksud tingkah laku yang mendapat peneguhan atau hukuman
ditunjukkan dalam situasi lain yang lebih kurang sama. Kaitan disini dengan isu sahsiah pelajar
yang dinyatakan oleh responden ialah sekiranya jika terdapat pelajar baru yang mendaftar
sekolah pada hari pertama, kemungkinan mereka akan dibuli atau bersikap kurang ajar oleh
pelajar senior sewaktu kali menegur kali pertama di sekolah. Hal ini menyebabakan pelajar itu
akan beranggapan pelajar pelajar senior mereka semuanya sama.Oleh itu, ia akan
mempengaruhi personaliti pelajar ini yang akhirnya terjebakdengan sikap pelajar senior mereka.

b. Galakan
Galakan merupakan ransangan yang diberi sebelum atau semasa tingkah laku
ditunjukkan. Menurut responden, kemungkinan pada masa akan datang kemungkinan gejala
gangsterisme akan berleluasa. Hal ini mungkin disebabkan daripada teori tingkah laku galakan.
Sebagai contoh, isu gangsterisme mungkin akan menjadi isu sahsiah yang besar di kalangan
pelajar. Hal ini berpunca daripada galakan yang ditunjukkan oleh rakan sebaya khususnya.
Mereka mungkin akan menerima galakan dari segi arahan, tunjuk ajar atau fizikal. Oleh itu,
personaliti mereka akan berubah mengikut keadaan yang ditunjukkan oleh rakan sebaya mereka.

PELAN TINDAKAN

Anda mungkin juga menyukai