Anda di halaman 1dari 2

UMI ATIKAH BINTI RAZAK

930322065810

PENGARUH MEDIA SOSIAL/TELADAN


Kepesatan teknologi masa kini yang berkembang maju menjadi pencetus
kepada perkembangan media sosial baharu sekaligus telah mempengaruhi budaya
dan kehidupan manusia seharian. Penggunaan media sosial baharu pada masa kini
adalah seiring dengan era kemodenan yang dilihat lebih efisien dan pantas. Media
sosial merupakan satu rangkaian komunikasi diatas talian (online) yang dapat
menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa,
media adalah alat perantara, komunikasi atau perhubungan, manakala sosial adalah
perihal kemasyarakatan dan pergaulan.
Pada asasnya penggunaan media sosial baharu ini dapat digunakan untuk
tujuan kebaikan dan mampu memberi pengaruh yang positif jika tidak
disalahgunakan. Dalam bidang Pendidikan juga tidak ketinggalan menggunakan
media sosial baharu ini sebagai salah satu platform yang digunakan oleh agensi
tertinggi pendidikan dan guru-guru untuk menyampaikan maklumat dan ilmu
pengetahuan kepada para pelajar, ibu bapa dan masyarakat amnya. Tambahan,
aplikasi media sosial menjadi pilihan golongan pendidik lebih-lebih lagi sewaktu
berleluasanya wabak penyakit Covid19 yang mengakibatkan negara melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terdapat pelbagai jenis media sosial baharu yang terkenal seperti Facebook,
Youtube, Twitter, Instagram, Linkedln, TikTok dan lain-lain telah menjadi pilihan
pengguna bagi aktiviti sosial mereka. Perkembangan ini telah memberi banyak
kemudahan kepada semua pihak untuk berinteraksi dan sekaligus memudahkan
urusan harian. Perkembangan ini juga telah menjadi satu budaya yang diterima
pakai oleh semua tanpa mengira status, peringkat umur, jantina, taraf pendidikan
dan latar belakang. Di Malaysia, media sosial Facebook dan aplikasi TikTok telah
menjadi komuniti maya yang paling popular berbanding dengan media sosial lain.
Umumnya aplikasi yang popular menjadi pilihan guru adalah aplikasi TikTok
kerana ianya mempunyai ramai pengguna dan lebih mudah di akses oleh pelajar.
Aplikasi TikTok telah meraih hingga 4 juta pengguna di Malaysia termasuklah
golongan pendidik yang menggunakannya sebagai salah satu cara yang lebih
mudah untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada pelajar. Golongan pendidik
sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah menggunakan aplikasi TikTok
untuk berkongsi ilmu tambahan seperti panduan belajar atau nota tutorial secara
ringkas supaya ianya menjadi lebih menarik dan mengikut arus semasa.
Terdapat beberapa etika penggunaan media sosial oleh guru yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2007. Guru boleh
memanfaatkan penggunaan media sosial secara positif untuk tujuan meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran bagi menambah baik kualiti system Pendidikan,
membolehkan warga pendidik berkomunikasi secara pantas tanpa sempadan
dengan pemegang taruh untuk memastikan keputusan serta Tindakan dapat
dilaksanakan dengan segera dan menghubungkan guru dengan kumpulan sasaran
UMI ATIKAH BINTI RAZAK
930322065810

secara meluas daripada pelbagai latar belakang sama ada yang berada di dalam
atau di luar negara bagi meningkatkan system penyampaian pendidikan.
Sebagai contoh, seorang guru yang menggunakan dan memanfaatkan
dengan sebaiknya aplikasi TikTok ini seperti Sir Asai atau nama penuhnya Ahmad
Shahrul Azhan bin Ibrahim. Beliau menggunakan aplikasi TikTok ini sebagai ruang
pembelajaran bagi subjek Bahasa Inggeris yang diajarnya. Dengan mempunyai
sejumlah 1.1 milion pengikut telah membuktikan bahawa beliau memberi pengaruh
yang positif melalui media sosial ini sekaligus menjadi teladan yang baik buat guru-
guru yang lain untuk mencuba sesuatu yang baru. Ada juga segelintir guru yang
menggunakan media sosial selain TikTok seperti Facebook untuk menyebarkan
kesedaran tentang pentingnya pendidikan dan berkongsi maklumat tentang isu-isu
semasa pendidikan. Sebagai contoh Cikgu Mohd Fadli bin Mohamed Salleh yang
menggunakan media sosial Facebook sebagai platform baginya untuk menyuarakan
isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan. Meskipun beliau lantang bersuara demi
kemaslahatan dan masa depan anak bangsa, beliau tetap mempunyai sejumlah 697
ribu pengikut di Facebook yang rata-ratanya menyokong usaha beliau.
Namun dari satu sesi yang lain, golongan pendidik masih perlu mengawal
keterujaan mereka terhadap media sosial. Misalnya, ada segelintir guru yang
berkongsi secara langsung ketika sedang mengajar di dalam kelas sehingga boleh
mengganggu proses PdPC itu sendiri. Perkara sebegini tidak wajar terjadi kerana
ianya boleh mengundang pelbagai reaksi masyarakat terutama ibu bapa murid-
murid yang terlibat. Ada juga golongan pendidik yang bersikap tidak professional
dengan menggunakan aplikasi media sosial ini sebagai tempat meraih pendapatan
dengan membuat konten-konten yang tidak sepatutnya, menghamburkan kata-kata
yang kasar, meluahkan ketidak puasan hati dan sebagainya. Ini memberikan
pengaruh yang buruk kerana kerjaya seorang guru amat dihormati dalam
masyarakat.
Kesimpulannya, jika dicari yang betul maka kita pasti akan bertemu dengan
yang betul. Jika dicari yang salah, begitulah juga sebaliknya. Penggunaan media
sosial ini bergantung sepenuhnya kepada kita mahu membawa pengaruh yang baik
dan positif kepada pengikut atau menjadi pengaruh yang buruk kepada pengikut.
Sebagai seorang guru, jadilah suri teladan yang baik kepada anak murid khususnya
dan masyarakat amnya. Bak kata pepatah Melayu, “Tepuk dada tanyalah selera”.
Rujukan :
1. https://www.moe.gov.my/pekeliling/2797-surat-pekeliling-ikhtisas-
kementerian-pendidikan-malaysia-bilangan-3-tahun-2017-garis-panduan-nilai-
dan-etika-penggunaan-media-sosial-bagi-guru-dan-murid/file
2. https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2022/07/973183/
pendidik-jangan-berlebihan-guna-media-sosial
3. Penggunaan Media Sosial Baharu : Isu-Isu dan Panduan Perspektif Islam :
Jurnal Usuluddin 50 (1) 2022: 73-96

Anda mungkin juga menyukai