Anda di halaman 1dari 6

1

NAMA : NOOR HAMIZAH BINTI HAMZAH (MP 131420)


TUGASAN 1 : MENULIS ULASAN ARTIKEL (ARTICLE REVIEW)
____________________________________________________________________

Nama Penulis : Dr. Md Abu Raihan dan Md. RashedulHuq Shamim


Tajuk Penyelidikan : Web-based Collaborative-network & Facebook in TVET to
Enhance Teching-Learning: An Edusocial Perspective
Nama Jurnal : International Journal Of Engineering Sciences & Research
Technology (m/s 3353 – 3361)
ISSN : 2277 – 9655
Impact Factor : 1.852
Tahun Penerbitan : November, 2013

1.0 PENGENALAN

Satu perubahan besar sedang berlaku dalam Pendidikan Teknik dan


Vokasional dan latihan (PTV) , di mana terdapat kelas yang telah dinaik tarafkan
kepada pembelajaran alaf 21 melalui pendekatan teknologi. Namun ada yang pihak
yang risau tentang penggabungan terlalu banyak media sosial dengan teknologi
dalam PTV yang mana ia akan menjurus kepada penggunaan masa yang terlalu lama
dengan komputer. Ini akan mengakibatkan kekurangan kemahiran sosial secara
bersemuka yang mana ianya penting ketika berada di alam pekerjaan nanti. Namun,
penulis berpendapat, sekolah harus mencari jalan untuk meningkatkan pengajaran
dan pembelajaran TVET dengan menggunakan teknologi ini. Menurut beliau lagi,
rangkaian kolaboratif laman web dan Facebook boleh digunakan untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih efektif. Objektif
utama artikel ini ialah untuk memberi pendedahan bagaimana guru-guru boleh
berkolaborasi dengan pelajar melalui ‘Facebook groups’. Selain itu, mencari jalan
yang terbaik untuk berhubung dan berkolaborasi dengan guru-guru secara global.
Objektif lain adalah untuk mengenalpasti bagaimana pelajar memikir secara kritikal
dan berkolaborasi dan menerangkan tentang penggunaan, kebaikan dan amalan Wiki
dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional.
2

2.0 KANDUNGAN

Perkara utama yang ingin ditekankan oleh penulis ialah tentang Rangkaian
Kolaboratif Laman web dan Facebook dapat meningkatkan Pembelajaran dan
pengajaran dalam PTV. Menurut penulis, Rangkaian Kolaboratif Laman Web adalah
platform terbaik untuk mendapatkan sebarang maklumat. Ramai yang beranggapan
Facebook hanyalah rangkaian untuk bersosial dan rangkain untuk hiburan. Namun,
menurut penulis sekiranya kita pergi dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat
kegunaanya untuk meningkatkan pengetahuan, interaksi dan kemahiran sosial.
Penulis melihat penggunaan Facebook daripada sudut yang positif, di mana
sekiranya pelajar telah melabur sejumlah masa dan tenaga dalam rangkaian sosial,
menjalinkan hubungan dan komuniti dengan berkongsi minat dan kepentingan dan
dalam proses memupuk abad ke-21, ini adalah peluang yang unik untuk menubuhkan
komuniti pendidikan dari segi pengetahuan.
Facebook adalah revolusi dalam rangkaian sosial dunia. Menurut penulis,
pendidik melihat Facebook berpotensi utuk mempromosikan pembelajaran aktif dan
pembelajaran kolaborasi dalam TVET. Kajian daripada National School Boards
Association 2007 menunjukkan hubungan kolerasi yang positif antara penggunaan
Facebook dan gred, di mana muncul sekumpulan pelajar yang mempunyai kemahiran
tradisional dan abad ke-21 yang luar biasa termasuk kemahiran komukasi, kreatif,
kolaborasi dan kemahiran kepimpinan dan berkeupayaan teknologi. Kemahiran
sosial dan kolaborasi lebih banyak ditunjukkan melalui penggunaan Facebook
berbanding WebCT iaitu sebanyak 400% lebih tinggi. Kajian ShantoshBhaskar
(2013) ,membuktikan pelajar mempelajari lebih kerana menggunakan ‘group page’
dan merasakan ianya sangat membantu terutama dalam mencapai impian kumpulan
mereka dan impian mereka.
Bagaimana guru-guru berkolaborasi menggunakan Facebook?
i. Maklumat segera / pantas : Mengutarakan segala pertanyaan di dalam
di dalam Facebook
ii. Meningkatkan penyertaan : Motto di sebalik penghasilan atau
Facebook adalah untuk menghasilkan platform kepada rakan-rakan
sekelas, ahli keluarga dan kawan-kawan untuk mengenali antara satu
sama lain dengan lebih mendalam dan saling berhubung. Maka, guru-guru
3

juga boleh menggunakan Facebook untuk berkolaborasi dengan pelajar-


pelajar dan ibu bapa pelajar dengan mudah.
iii. Acara / Peristiwa : Tedapat ciri-ciri yang ada pada Facebook yang dapat
memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar ‘up-to-date’ dengan mencipta
peristiwa pada Facebook dan ia berfungsi seperti peringatan (reminder).
iv. Meneroka soalan :Guru-guru bolejh mengadakan soalan atas talian
(online quizzes)
v. Meminta maklum balas : Boleh meminta maklumbals daripada pelajar
sekiranya ingin memperkenalkan / memberi tugasan atau aktiviti baru.
vi. Menggalakkan penglibatan secara atas talian : Galakkan pelajar yang
pemalu atau pendiam di dalam kelas untuk aktif dalam perbincangan atas
talian Facebook.
vii. Membuat undian : Untuk sebarang perkara yang memerlukan
penglibatan pelajar
viii. Memuatnaik jadual dan sebagainya
ix. Menyediakan sumber multimedia : Berguna untuk perbincangan dalam
kumpulan, bagi mendapatkansumber-sumber yang terbaik
x. Penerbitan : Menerbitkan dan memuatnaik segala pencapaian pelajar
xi. Mengatur perbincangan : Memuatnaik apa sahaja topik yang ingin
dibincangkan dan menggalakkan pelajar-pelajar berbincang di dalam
kumpulan di dalam Facebook
xii. Latihan peperiksaan : Memuatnaik latihan-latihan / aktiviti supaya
pelajar-pelajar dapat mencuba dan lebih bersedia dalam peperiksaan akan
datang.

3.0 KESIMPULAN
Menurut penulis, komunikasi bermakna berubah selaras dengan perubahan
teknologi. Manusia hari ini menghabiskan sebahagian daripada masa senggang
mereka dengan berinteraksi dan bersosial sesama mereka di rangkaian-rangkaian
sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster dan banyak lagi. Pengguna-pengguna
rangkaian sosial ini semakin bertambah dari hari ke sehari. Pendidik atau guru-guru
tidak mampu untuk menghalang pelajar daripada mengikuti perubahan arus teknologi
ini sebaliknya mengambil kesempatan yang ada dengan mengambil peluang
keseronokan pelajar-pelajar ini bersosial mnggunakan rangkaian sosial Facebook
4

dengan menjadikan medium ini sebagai salah satu model pembelajaran dan
pengajaran mereka. Dalam kelas tradisional, masa untuk guru bercakap mengambil
masa yang lebih lama berbanding pelajar. Kes ini tidak berlaku sekiranya
menggunakan Facebook,bermakna ianya tidak bertepatan dengan pembelajaran
berpusatkan pelajar (student-centred). Media Facebook bukan sahajamembuat
pembelajaran dan pengajaran itu menarik dan menyeronokkan tetapi banyak
membekalkan bahan-bahan pengajaran dari sumber elektronik yang mana lebih
interaktif, menarik dan mudah akses. Kesimpulan yang dibuat oleh penulis ialah
membina rangkaian sosial dengan Facebook dapat membina kerjasama dan
kolaborasi dalam kumpulan.

4.0 RUJUKAN

Boyd, S. (2003). Are you ready for socialsoftware? Retrieved October, 11, 2013,
from http://www.stoweboyd.com/message/2006/10/ar e_you_ready_f.html

Santosh Bhaskar K. (2013). How teachers collaborate with students using Facebook
groups; Retrieved in October 4, 2013 from Website:
http://www.twitter.com/SantoshBhaskarK

Grant, N. (2008) On the Usage of Social Networking Software Technologies in


Distance Learning Education. In K. McFerrin et al. (Eds.), Proceedings of
Society for Information Technology and Teacher Education International
Conference 2008 (3755-3759). Chesapeake, VA: AACE.

English, R. and Duncan-Howell, J. (2008) “Facebook© goes to college: Using


social
networking tools to support students undertaking teaching practicum”,
MERLOT Journal of Online Learning and Teaching, Vol. 4, No. 4, pp 596-
601.

.
5

MPK 3023
MODELS OF TEACHING IN TVE

JOURNAL RESEARCH ARTICLE


REVIEW

TUGASAN INDIVIDU 2

Disediakan oleh :
Noor Hamizah binti Hamzah (MP 131420)

Pensyarah :
6

Dr. Sarimah binti Ismail


Dr. Kamalularifin bin Subari

Anda mungkin juga menyukai