Anda di halaman 1dari 16

Jurnal Penyelidikan Muaddib

Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail


Jilid VIII. 2013

MEMAHAMI ISU DAN CABARAN MENGURUSKAN


GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH

Muhamad Sauki Razali


Mahadzir Abdul Rahman
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia

Abd Halim Ismail


IPG Kuala Terengganu

ABSTRAK

Tujuan kajian kualitatif ini dijalankan adalah bertujuan untuk memahami isu-
isu, cabaran dan permasalahan yang dihadapi dalam menguruskan kegiatan
kokurikulum di sekolah. Kajian lapangan ini menggunakan persampelan
bertujuan kepada 194 peserta terdiri dari Guru Penolong Kanan Kokurikulum
sekolah rendah dan menengah, yang mengikuti Kursus Pengurusan
Kokurikulum Anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Hasil perbincangan dan pembentangan kumpulan semasa sesi latihan
Modul Isu & Cabaran Pengurusan Kokurikulum oleh para responden disusun
menggunakan kaedah tipologi secara manual. Isu-isu yang dibangkitkan oleh
kumpulan-kumpulan responden dikategorikan mengikut tema dengan
menggunakan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian mendapati 87% isu dan
masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan gerak kerja kokurikulum merupakan
kelemahan dalaman organisasi sekolah iaitu; 1. Guru (27%), 2. Pentadbiran
(22%), 3, Murid (15%), 4. Kemudahan dan peralatan (11%), 5. Ibu bapa (10%),
6. Masa (4%), 7. Peruntukan kewangan (4%), 8. Aktiviti (4%) dan 9. Persepsi
(3%). Isu guru dan pentadbiran merupakan cabaran utama yang mewakili 49%
keseluruhan cabaran yang dihadapi, difahami dan ditangani sebelum masalah
lain dapat diselesaikan dalam menguruskan kegiatan kokurikulum di sekolah.
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

PENGENALAN

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah hanya menumpukan kepada
bidang akademik, manakala untuk mengembangkan bakat dan potensi murid pula, kegiatan
kokurikulum memainkan peranan yang sangat penting. Badrunsham (2007) berpendapat
bahawa kecemerlangan pelajar dalam pendidikan sebenarnya tidak tertumpu hanya kepada
bidang akademik semata-mata, sebaliknya meliputi aspek-aspek kecemerlangan dari bidang
kokurikulum, sahsiah dan personaliti yang baik, sikap kepimpinan, perhubungan
interpersonal, dan kerohanian. Justeru, kecemerlangan akademik dan pembangunan insan
adalah sama penting untuk melahirkan pelajar yang berwibawa.

Yang Berhormat Puan Komala Dewi dalam wawancara Pendidik (2005) pula menyatakan,
ketiga-tiga jenis aktiviti kokurikulum tersebut perlu disertai oleh setiap murid bagi tujuan
pembentukan disiplin, sahsiah, dan kepimpinan bagi penyertaan dalam unit beruniform,
manakala penyertaan dalam kelab dan persatuan pula dapat membentuk serta membina daya
kepimpinan, pengurusan dan kaedah berorganisasi dan akhir sekali, penyertaan dalam sukan
dan permainan dapat membina kesihatan, kecergasan serta kesejahteraan diri pelajar. Oleh
itu, Mohd Amin pada tahun 2006 menegaskan konsep keseimbangan dalam melaksanakan
program kurikulum dan kokurikulum hanya dapat dijayakan dengan adanya komitmen
seluruh warga pendidik, para pelajar dan masyarakat sekitar. Namun demikian, menurut
beliau lagi, satu kenyataan yang tidak dapat disangkal ialah majoriti masyarakat termasuk
warga pendidik masih tetap menganggap aktiviti kokurikulum bukanlah sesuatu yang
bersifat akademik dan tidak sepenting aktiviti kurikulum. Komitmen semua pihak khususnya
warga pendidik ditagih agar tidak berlaku pengabaian atau kepincangan dalam melaksanakan
program kokurikulum.

Robiah (1998) mendedahkan berdasarkan tinjauan-tinjauan beliau ke atas bahan tulisan dan
kajian-kajian yang dibuat, menunjukkan guru-guru masih mengalami beberapa kekurangan
dalam aspek pengendalian kokurikulum walhal bidang ini merupakan komponen yang
penting dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dapatan negatif yang paling
kerap diperkatakan tentang guru-guru yang masih kurang cekap dalam mengendalikan
kegiatan kokurikulum, ramai guru (dalam sampel yang dikaji) ini tidak mempunyai
kemahiran dalam sesetengah aktiviti kokurikulum, dan ada juga guru yang tidak terlatih
dalam 4K iaitu kebolehan mengurus, kemahiran, kepegawaian dan kejurulatihan. Menurut
Muhamad Sauki et al. (2013) pula, terdapat pelbagai isu dan permasalahan yang sering
dihadapi dalam pengurusan kokurikulum di sekolah termasuklah tiada sokongan dari
pengurusan sekolah dan ibu bapa, kurangnya penglibatan guru dan murid, kekangan-
kekangan lain di antaranya: masa, kewangan, prasarana serta kemudahan. Isu-isu dan
permasalahan dalam pengurusan kokurikulum ini adalah selari dengan dapatan-dapatan
kajian terdahulu oleh Azizah (1990); Mohd Suzli (1997); Ab. Halim (1998); Mohd Amin
(2006) dan Anuar Din et al. (2008).

Oleh itu, adalah mustahak untuk memahami secara langsung berkenaan permasalahan-
permasalahan yang dihadapi oleh pentadbir kokurikulum dalam menguruskan kegiatan
tersebut di sekolah masing-masing. Para guru yang merupakan agen pelaksana di peringkat
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

operasi mengalami pelbagai cabaran dalam usaha mereka melaksanakan Kurikulum


Kebangsaan 1997.
TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memahami isu, cabaran dan permasalahan yang
dihadapi pihak sekolah dalam melaksanakan gerak kerja kokurikulum. Persoalan utama
kajian yang telah digunakan untuk memperoleh data dari sampel yang terlibat dalam kajian
ini ialah:

1. Apakah isu, cabaran dan permasalahan yang dihadapi dalam melaksanakan kegiatan
kokurikulum di sekolah?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian secara kualitatif ini menggunakan rekabentuk kajian lapangan di mana para pengkaji
terlibat sepenuhnya sebagai pensyarah dan fasilitator Kursus Pengurusan Kokurikulum
Anjuran Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum, Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Persampelan bertujuan melibatkan para responden terdiri
dalam kalangan Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah seramai 194 orang yang
mengikuti kursus tersebut seperti tertera dalam Jadual 1: Taburan Responden Kajian.

Jadual 1: Taburan Responden Kajian


JUMLAH
BIL TARIKH KOD KURSUS TEMPAT
RESPONDEN
1 04-08 Mac 2013 IABI132B08 PPD Rompin 31
2 21-25 Mei 2012 IABI122B18 PPD Seremban 34
3 23-27 April 2012 IABI122B08 PPD Jerantut 34
IAB Genting
4 09-13 April 2012 IABI122B05 31
Highlands
IAB Genting
5 02-06 April 2012 IABI122B04 39
Highlands
BTPN Kota
6 15- 17 Mac 2011 IABS11001 25
Samarahan
JUMLAH 194

Dalam sesi latihan kursus yang dijalankan selama 30 jam kepada para responden, peserta
diberi slot khusus selama 2 jam bagi membincangkan persoalan kajian berdasarkan situasi
sekolah masing-masing. Pembentangan dijalankan mengikut kumpulan ini dijalankan
semasa sesi perbengkelan Modul Isu dan Cabaran Pengurusan Kokurikulum pada hari
pertama kursus berlangsung (Muhamad Sauki & Wan Shamsuddin 2010). Seterusnya,
pengkaji mencatat kesemua isu yang dibentangkan oleh 25 kumpulan bagi keseluruhan 5
kali kursus dijalankan. Kesemua permasalahan yang dibentangkan dicatat oleh para pengkaji
menggunakan kaedah tipologi secara manual. Seterusnya, kekerapan digunakan bagi
mencatat isu dan permasalahan sama yang turut dibentangkan oleh kumpulan-kumpulan lain
sepanjang kursus berlangsung bagi kesemua tujuh (6) kali kursus diadakan. Akhir sekali,
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

kekerapan dan peratus (%)digunakan untuk membuat rumusan berhubung tema berkenaan
isu-isu yang diperoleh sebagai dapatan kajian.

DAPATAN KAJIAN

Melalui pembentangan dalam sesi latihan kursus yang dijalankan, didapati pelbagai isu dan
cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam menguruskan gerak kerja kokurikulum.
Berdasarkan Rajah 1, isu berkaitan guru (27%), melibatkan pentadbiran (22%), merupakan
masalah murid (15%), kemudahan dan peralatan (11%), masalah ibu bapa (10%), kekangan
masa (4%), kurang peruntukan kewangan (4%), berkaitan aktiviti (5%) dan isu persepsi
kokurikulum (10%). Didapati, isu-isu pelaksanaaan akibat dari kelemahan-kelemahan
dalaman sekolah merupakan 87% dari keseluruhan isu-isu yang dibentangkan. Isu ibu bapa
pula merupakan ancaman luaran sekolah yang dihadapi dalam melaksanakan kegiatan
kokurikulum kepada para murid. Akhir sekali, isu persepsi pula merupakan gabungan dan
perkaitan 4 isu lain iaitu pengurusan sekolah, para guru, murid dan ibu bapa.

AKTIVITI PERSEPSI
PERUNTUKAN 4% 3%
MASA 4%
4% GURU
IBU BAPA 27%
10%

KEMUDAHAN
11%
PENTADBIRAN
MURID 22%
15%

Rajah 1: Isu-isu Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

Seterusnya, bagi memahami dengan lebih mendalam perbincangan dapatan kajian secara
terperinci, Jadual 2: Kekerapan Pembentangan Isu-isu Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah
adalah dirujuk.

1. Isu Guru
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

Dapatan kajian menunjukkan permasalahan guru merupakan isu yang paling tinggi
kekerapan iaitu sebanyak 50 kali dibincangkan oleh kumpulan-kumpulan responden.
Masalah kurangnya pengetahuan dan kemahiran guru dalam ‘kurikulum’ sub unit
kokurikulum dikatakan sebagai sebab utama guru-guru kurang melaksanakan kegiatan
tersebut. Pengetahuan mereka dalam bidang kejurulatihan adalah terbatas walaupun mereka
sebenarnya telah dilatih dalam bidang berkenaan semasa mengikuti kursus-kursus perguruan
samada di universiti dan Institut Pendidikan Guru. Cabaran ini merupakan kekerapan
tertinggi dibincangkan oleh kumpulan-kumpulan peserta iaitu sebanyak 18 kali. Hal ini amat
berhubung rapat dengan sikap guru itu sendiri di mana mereka dikatakan sukar untuk
memberi komitmen dan kerjasama kepada pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan
gerak kerja kokurikulum.

Guru juga dikatakan sebagai tidak kreatif serta tidak berminat untuk melaksanakan aktiviti
kokurikulum kepada para murid. Perkara ini dibincang dan dibentangkan sebanyak 13 kali
dalam sesi latihan kursus ini. Selain itu, guru-guru kurang menekankan bidang kokurikulum
ini kerana merasakan bahawa kegiatan tersebut hanya menambahkan beban kerja sedia ada.
Terdapat juga guru dikatakan mempunyai kurang integriti dan keikhlasan serta hanya
melaksanakan program kokurikulum secara ala kadar dan bersikap lepas tangan. Keadaan ini
mengakibatkan guru-guru tidak menghadiri program kokurikulum semasa sesi latihan gerak
kerja tersebut dijalankan kepada para murid. Sesetengah guru tidak mahu melibatkan diri
dalam kegiatan kokurikulum kerana perlu membelanjakan duit sendiri untuk membeli
uniform dan aktiviti kepada para murid. Guru-guru tersebut juga merasa keberatan untuk
menjadi guru pengiring kerana terpaksa menampung perbelanjaan program kokurikulum
menggunakan sumber kewangan sendiri. Tambahan pula, guru-guru ini tidak didedahkan
dengan panduan serta pekeliling-pekeliling supaya dapat dijadikan rujukan tentang
bagaimana gerak kerja kokurikulum dilaksanakan.

Bilangan guru-guru lelaki yang sedikit turut menyumbang kepada masalah pelaksanaan
kegiatan kokurikulum di sekolah. Selain itu, para guru yang terlibat dalam program
kokurikulum di luar kawasan sekolah kerap tidak mendapat tuntutan perjalanan menghadiri
program tersebut. Bagi guru baru pula, mereka dikatakan turut mempunyai kurang
pengetahuan dan kemahiran menjalankan kegiatan kokurikulum meskipun baru sahaja
menamatkan latihan keguruan. Guru-guru baru juga bersikap ambil mudah pelaksanaan
gerak kerja tersebut semasa sesi latihan kokurikulum dilaksanakan. Perkara-perkara yang
dibincangkan ini memberi kesan terhadap kehadiran guru semasa sesi latihan kokurikulum
sekolah dijalankan

2. Isu Pentadbiran

Isu pentadbiran turut menjadi cabaran penting yang dihadapi oleh sekolah dalam
melaksanakan gerak kerja kokurikulum. Kajian mendapati isu ini mempunyai kekerapan
perbincangan sebanyak 40 kali dalam pembentangan kumpulan oleh para responden.
Pentadbiran mengambilkira peranan pengetua dan guru penolong kanan kokurikulum
sebagai individu yang paling penting dalam menerajui bidang kokurikulum di sekolah.
Pengetua dan guru besar dikatakan kurang memahami bidang ilmu dan kemahiran dalam
gerak kerja kokurikulum. Oleh itu, pemberatan pelksanaan program pendidikan hanya
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

ditumpukan kepada hanya bidang akademik mempunyai 7 kali kekerapan dibentangkan


peserta kursus. Pelan Strategik Melindungi Masa Instruksional (KPM 2013) seringkali
dirujuk para pengetua dan guru besar untuk menegaskan kepentingan penglibatan guru
dalam kegiatan kokurikulum berbanding bidang akademik. Justeru, para guru mula
berpandangan adalah lebih baik bagi mereka untuk menumpukan kepada program-program
akademik.
Masalah berkaitan program kokurikulum yang dilaksanakan pula dikatakan tidak mengikut
takwim yang telah dirancang pada awal tahun. Terlalu banyak perubahan dalam takwim
sekolah mengganggu kelancaran aktiviti kokurikulum selain bertembung dengan program
bidang akademik dan hal ehwal murid. Pembahagian guru penasihat dalam sub unit
kokurikulum sekolah juga tidak adil di mana terdapat guru yang sama sahaja saban tahun
melaksanakan gerak kerja tersebut. Guru-guru yang memilih untuk tidak melibatkan diri
walaupun turut bertanggungjawab sebagai guru penasihat mahupun jurulatih sub unit, kekal
bersikap demikian tanpa adanya tindakan dari pentadbiran sekolah. Tindakan susulan juga
tidak dikenakan kepada guru-guru yang tidak memberi kerjasama dalam pelaksanaan
program kokurikulum oleh pentadbiran sekolah. Seterusnya, pentadbir sekolah juga
dikatakan tidak melakukan pemantauan dan penyeliaan kepada para guru dalam pelaksanaan
kegiatan tersebut di sekolah, dan perkara ini diutarakan sebanyak 5 kali oleh kumpulan
kajian. Selepas program dijalankan pula, pentadbiran sekolah tidak melaksanakan post
mortem bagi mengenalpasti masalah serupa yang berulang setiap tahun. Akhir sekali,
pengurusan sekolah juga kurang memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para guru
yang menjayakan program-program kokurikulum.

Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum yang dilantik pula tidak mempunyai pendedahan
ilmu dan kemahiran dalam pengurusan kegiatan kokurikulum. Terdapat dalam kalangan
mereka dilantik hanya berdasarkan kepada kekanan perkhidmatan walaupun kurang
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum sebelumnya. Akibat kurangnya pengalaman
dalam bidang kokurikulum, pelaksanaan program pendidikan kokurikulum adalah ‘rutin’
dengan merujuk amalan dan budaya sedia ada serta kurang penambahbaikkan. Perancangan
strategic kokurikulum sekolah tidak dihayati sepenuhnya untuk dilaksanakan. Dokumentasi
program juga tidak lengkap menyebabkan para guru sukar untuk membuat rujukan sebagai
panduan untuk program yang sama dilaksanakan pada masa akan datang. GPK Kokurikulum
juga sukar untuk menumpukan aspek pengurusan gerak kerja tersebut kerana mereka
mempunyai beban tugas yang berat selain mempunyai masa PdP yang sama banyak seperti
guru-guru akademik lain. Seterusnya, terdapat guru akademik yang menjalankan tugas
sebagai GPK Kokurikulum kerana perjawatan tersebut tidak diisi turut menambahkan beban
kerja guru tersebut.

3. Isu Murid

Dapatan kajian menunjukkan isu murid merupakan masalah ketiga penting yang mempunyai
kekerapan dibincangkan sebanyak 28 kali oleh kumpulan responden. Masalah berkaitan
murid paling banyak dibentangkan adalah berkaitan masalah sikap dengan 7 kali kekerapan.
Murid dikatakan tidak berminat dan pasif untuk menyertai program-program kokurikulum
anjuran pihak sekolah. Sikap murid tersebut merupakan penyumbang besar kepada masalah
ketidakhadiran mereka dalam gerak kerja kokurikulum. Guru-guru juga gagal melaksanakan
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik minat para murid dalam pelaksanaan aktiviti
tersebut. Akibatnya, murid semakin kurang cenderung untuk menyertai gerak kerja
kokurikulum yang dijalankan. Selain itu, cabaran ketidakhadiran murid ke sekolah turut
dipengaruhi oleh tiadanya tindakan dikenakan kepada mereka meskipun ponteng kegiatan
kokurikulum.

Murid-murid juga lebih mengutamakan bidang akademik berbanding kegiatan kokurikulum.


Mereka melihat pentadbiran sekolah dan para guru lebih mementingkan kepada keputusan
peperiksaan berbanding pencapaian bidang kokurikulum. Murid turut merasakan beban
sekolah bertambah khususnya kerja-kerja rumah yang diberikan oleh para guru mereka. Oleh
itu, adalah lebih baik bagi mereka menyiapkan kerja rumah yang diberi, berbanding
menghadiri aktiviti kokurikulum kerana biasanya tindakan dikenakan oleh guru jika tidak
menyelesaikan kerja rumah tersebut berbanding kegiatan kokurikulum. Terdapat dalam
kalangan murid yang bukan sahaja tidak menumpukan kepada kegiatan kokurikulum
malahan turut sama mengambil mudah pembelajaran mereka dalam bidang akademik.
Pengaruh rakan turut menjadi punca murid-murid bersikap sedemikian. Murid-murid lebih
suka berkumpul dan ‘lepak’ bersama kawan-kawan di luar sekolah pada sebelah petang
walaupun terdapat program kokurikulum yang wajib disertai mereka di sekolah.

Murid-murid juga mempunyai masalah pengangkutan untuk hadir sesi latihan aktiviti
kokurikulum pada sebelah petang. Bagi murid-murid sekolah kategori pedalaman seperti di
Sabah, mereka terpaksa balik terus ke rumah selepas waktu persekolahan tamat kerana tiada
pengangkutan pada waktu petang. Jarak yang jauh dari rumah ke sekolah menyukarkan
penglibatan mereka dalam gerak kerja kokurikulum sekiranya diadakan pada waktu petang.
Faktor sosio-ekonomi keluarga yang rendah juga menyumbang kepada permasalahan ini
kerana ibu bapa meraka juga tidak dapat menyediakan pengangkutan yang sesuai untuk
murid ke sekolah. Ibu bapa turut tidak mampu mengadakan pakaian seragam lengkap untuk
anak mereka menyertai gerak kerja kokurikulum. Bagi sekolah-sekolah kategori luar bandar
pula, keadaan yang hampir sama dialami akibat dari masalah pengangkutan tersebut.
Kekangan kemudahan pengangkutan ini, turut menyumbang kepada masalah ketidakhadiran
murid ke sekolah. Namun demikian, terdapat segelintir murid yang tetap berminat untuk
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum anjuran sekolah meskipun terdapat kekangan-
kekangan yang telah dinyatakan. Keadaan ini mugkin juga dipengaruhi rakan-rakan yang
berminat untuk terlibat dalam program kokurikulum dan sebilangan kecil guru yang berjaya
memberi dorongan kepada para murid tersebut.

4. Isu Kemudahan dan Peruntukan Kewangan

Peralatan, kelengkapan, kemudahan dan ruang latihan turut menjadi masalah dalam
pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan isu
kemudahan sekolah mempunyai kekerapan sebanyak 20 kali dibincang dan dibentangkan
oleh kumpulan-kumpulan kajian. Masalah ini amat berkaitrapat sekali dengan kekurangan
sumber peruntukan dan kewangan sekolah, yang mempunyai 8 kekerapan pembentangan,
bagi menjayakan program-program kokurikulum terutamanya dalam usaha pihak sekolah
menyediakan peralatan kokurikulum. Peralatan-peralatan kokurikulum adalah seperti
khemah, alat memasak (camping gass), mess tin, tali temali dan aras tinggi memerlukan kos
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

yang tinggi untuk dibeli oleh pihak sekolah. Terdapat juga kumpulan pembentangan yang
melaporkan konflik penggunaan peralatan antara Panitia Pendidikan Jasmani dan Unit
Kokurikulum di sekolah masing-masing.

Seterusnya, terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan dewan dan padang untuk
melaksanakan kegitan kokurikulum dan sukan. Kemudahan seperti tapak perkhemahan pula
memerlukan kos sewaan yang tinggi sekiranya pihak sekolah mengadakan perkhemahan
kokurikulum di tempat berkenaan. Sebilangan sekolah mempunyai kawasan yang terhad dan
menyukarkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid secara beramai-ramai.
Ruang sekolah menjadi semakin bertambah sempit dan kekurangan ruang contohnya;
padang bolasepak, kerana tempat tersebut telah digunakan untuk mendirikan bangunan-
bangunan baru seperti bangunan makmal, bengkel, kelas dan lain-lain lagi. Bagi kemudahan
pengangkutan pula, hanya sebilangan kecil sekolah yang terpilih sahaja yang mempunyai
bas sekolah. Bagi kebanyakan sekolah lain, pengangkutan membawa murid ke tempat
berlangsungnya program adalah berbentuk sewaan kenderaan; bas, van dan teksi. Guru-guru
merasa keberatan untuk membawa murid menggunakan kenderaan sendiri kerana terdedah
kepada risiko-risiko kemalangan dan sebagainya.

Peruntukan kewangan sekolah adalah kecil dan terhad untuk menampung kos-kos sewaan
tempat dan pengangkutan bagi kegiatan kokurikulum oleh pihak sekolah. Peruntukan-
peruntukan kokurikulum seperti Bantuan Kokurikulum (BKK), Bantuan Kokurikulum
Asrama (BKKA) dan Bantuan Sukan (BSS) sekolah tidak mencukupi digunakan bagi
pembelian dan penyelenggaran alatan-alatan yang telah dibincangkan. Peruntukan tersebut
secara praktisnya hanya meliputi perbelanjaan-perbelanjaan bagi perjalanan program seperti
makan dan minum serta bahan cetak habis guna dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti
berkenaan.

5. Isu Ibu bapa

Isu ibu bapa merupakan ancaman luaran yang mewakili 10% cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh pihak sekolah dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum. Masalah ini telah disentuh
oleh 18 kumpulan responden yang membuat pembentangan dalam sesi latihan yang
dijalankan. Cabaran terbesar pihak sekolah adalah ibu bapa tidak memberi galakan kepada
anak-anak mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam program kokurikulum sekolah,
berbanding menghadiri kelas-kelas tambahan dan tuisyen. Ibu-bapa lebih mementingkan
pencapaian akademik anak-anak mereka berbanding pencapaian kokurikulum. Para ibu bapa
turut keberatan untuk memberi kebenaran kepada anak-anak mereka menyertai kegiatan
kokurikulum sekolah di peringkat yang lebih tinggi selepas tamat sukant tahunan sekolah.
Terdapat dalam kalangan ibu bapa yang memerlukan bantuan anak selepas sesi persekolahan
dalam pekerjaan seharian mereka. Anak-anak mereka diperlukan untuk membantu mencari
sumber pendapatan seperti berniaga, berkebun, bertukang dan sebagainya selepas sesi
persekolahan pagi. Oleh itu, anak-anak yang membantu ibu bapa dalam pekerjaan tidak
dapat mengikuti gerak kerja kokurikulum sekolah meskipun mempunyai minat untuk
menyertainya.
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

Para ibu bapa juga tidak memberi komitmen dan kerjasama terhadap kegiatan kokurikulum
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kerjasama tersebut termasuklah tidak memberi
persetujuan dalam borang kebenaran ibu bapa bagi anaknya menyertai program, tidak mahu
mengambil dan menjemput murid selepas pulang dari lawatan luar sekolah, tidak
membenarkan anak menghadiri gerak kerja kokurikulum pada hari Sabtu dan lain-lain lagi.
Sebilangan ibu bapa juga tidak hadir perjumpaan-perjumpaan yang diadakan oleh pihak
sekolah termasuk mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Oleh itu, penerangan
pihak sekolah tentang kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid tidak dapat
disampaikan dengan berkesan. Apatah lagi, sumbangan yang diberikan oleh para ibu bapa
terhadap pelaksanaan gerak kerja kokurikulum kepada pihak sekolah.

Keadaan ini berterusan apabila terdapatnya segelintir ibu bapa yang memohon dari pihak
sekolah supaya mengecualikan gerak kerja kokurikulum kepada ana-anak mereka tanpa
adanya masalah berkaitan kesihatan. Akhir sekali, persepsi negatif ibu bapa terhadap
kepentingan gerak kerja kokurikulum sekolah kekal berterusan dan menjadi halangan kepada
pihak sekolah dan penglibatan aktif anak masing-masing dalam kegiatan tersebut.

6. Isu Masa

Isu masa merupakan salah satu cabaran utama yang dihadapi pihak sekolah dalam
melaksanakan gerak kerja kokurikulum kepada para murid. Dapatan kajian menunjukkan
sebanyak 8 kali isu masa dibincang dan dibentangkan oleh kumpulan responden. Sekolah
dikatakan mempunyai kekangan masa dalam usaha untuk melaksanakan gerak kerja
kokurikulum. Keadaan ini timbul kerana kegiatan tersebut tidak dijalankan pada sesi sebelah
pagi, sama seperti dalam jadual waktu kelas-kelas akademik matapelajaran yang lain. Pada
sesi sebelah petang pula, masa adalah terhad terpaksa dikongsi bersama program lain seperti
Program 1 Murid 1 Sukan, kelas-kelas tambahan, mesyuarat guru, mesyuarat di pejabat
pelajaran daerah (PPD) dan sebagainya. Oleh itu, pihak sekolah tidak mampu untuk
memenuhi masa sesi latihan kokurikulum selama; 60 minit (bagi tahap 1), 120 minit (bagi
tahap 2) dan 180 minit bagi sekolah menengah. Tempoh masa sesi latihan yang dinyatakan
perlu dilaksanakan bagi mengira jumlah kehadiran murid bagi setiap kali gerak kerja
kokurikulum dijalankan seperti mana yang telah ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi sekolah-sekolah yang mengadakan waktu latihan kokurikulum pada sesi pagi pula, sesi
latihan tersebut akan digunakan sebagai kelas tambahan matapelajaran khususnya bagi murid
Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 seawal bulan Jun sebagai persediaan menghadapi
peperiksaan. Penggunaan hari Sabtu juga tidak sesuai sebagai hari bagi sesi latihan
kokurikulum sekolah diadakan. Kekangan-kekangan lain seperti larangan pentadbiran
sekolah, komitmen dan kehadiran guru, program-program PPD dan pengangkutan murid
turut membantutkan latihan gerak kerja kokurikulum dijalankan pada hari tersebut. Selain
itu, bagi sekolah-sekolah yang masih mempunyai 2 sesi persekolahan, kekangan masa ini
menjadi semakin ketara apabila kekurangan ruang dan kawasan di sekolah untuk
menjalankan aktiviti kokurikulum. Keadaan bertambah rumit apabila kelengkapan dan
kemudahan adalah sangat terhad bagi pelaksanaan kegiatan kokurikulum secara serentak
atau beramai-ramai pada satu-satu masa tertentu seperti yang disarankan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

Isu masa yang dibincangkan turut memberi kesan kepada pengurusan sekolah, para guru,
murid dan ibu bapa dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum. Akhirnya, keempat-empat
pihak tersebut hanya menumpukan kepada program-program bersifat akademik tanpa perlu
memikirkan kepada penyelesaian isu yang dihadapi. Keadaan ini berterusan sehinggakan
wujudnya persepsi dan anggapan gerak kerja kokurikulum tidaklah sepenting mana.
Sebarang usaha untuk memperbaiki situasi tersebut mengakibatkan para guru dan murid
merasakan tambahan beban kerja sedia ada.

7. Isu Aktiviti

Isu aktiviti semasa program kokurikulum turut menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh
pihak sekolah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kekerapan sebanyak 7 kali isu ini
dibentangkan oleh kumpulan-kumpulan responden kajian. Aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan tidak dapat menarik minat para murid untuk menyertai dan bergiat aktif dalam
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan aktiviti semasa program
berlangsung tidak mempunyai unsur kreativiti dan tidak mampu untuk merangsang
keinginan murid untuk turut serta. Keadaan ini diakibatkan perancangan yang tersusun dan
teratur oleh pihak sekolah. Dalam bidang kokurikulum, pihak sekolah tidak mempunyai
sukatan, modul latihan dan ‘kurikulum’ kokurikulum untuk melatih para muridnya dalam
kegiatan tersebut. Isu pentadbiran sekolah turut menyumbang kepada masalah ini di mana
tiadanya inisiatif pihak pengurusan sekolah untuk membangunkan modul-modul latihan
yang bersesuaian dengan persekitaran sekolah masing-masing.

Kesannya, pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hanya bergantung kepada


pengetahuan, kemahiran dan kebolehan seseorang individu guru semata-mata. Lama-
kelamaan timbul konflik antara guru-guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum.
Keadaan ini wujud apabila gerak kerja kokurikulum hanya tertumpu kepada sebilangan
individu-individu guru tertentu yang mempunyai kebolehan sahaja, sementara guru-guru lain
pula semakin memencil diri menjauhi kegiatan tersebut. Guru-guru yang berkebolehan
merasakan ketidakadilan di mana masa dan bidang kerja lebih banyak berbanding guru-guru
lain. Tambahan pula, kurangnya penghargaan dan pengiktirafan diberi kepada para guru
yang menjayakan program-program kokurikulum oleh pentadbir sekolah, seperti yang telah
dibincangkan, turut menambahkan masalah yang ada.

Selain itu, aktiviti yang dijalankan guru berkenaan tidak pula didokumentasikan dengan
lengkap. Akibatnya, aktiviti-aktiviti program kokurikulum tersebut hanya berlangsung
sehinggalah guru tersebut bertukar ke sekolah lain. Oleh itu, tanpa modul latihan yang
diselaraskan oleh pihak sekolah dan rujukan-rujukan lepas yang didokumentasikan, guru-
guru tidak dapat membuat rujukan dan panduan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menarik untuk murid-murid sertai. Akhirnya, keseronokan dinikmati bersama rakan-rakan
berbanding penyertaan mereka dalam kegiatan kokurikulum selepas tamat sesi persekolahan,
turut menyebabkan para murid tidak menghadiri kegiatan kokurikulum yang dianjurkan
pihak sekolah. Tanpa adanya intervensi positif pihak pentadbiran, keadaan ini akan
berterusan dan memberi kesan yang besar terhadap pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di
sekolah.
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

8. Isu Persepsi

Kajian mendapati isu persepsi turut memainkan peranan penting yang menjadi halangan
kepada pengurusan kegiatan kokurikulum di sekolah. Isu persepsi ini merupakan gabungan
antara isu pentadbir, guru, murid dan ibu bapa dibincangkan sebanyak 6 kali dalam sesi
pembentangan kumpulan. Menurut responden, pentadbir dikatakan mempunyai persepsi
negatif dan tidak mementingkan gerak kerja kokurikulum berbanding bidang akademik.
Persepsi guru tersebut lahir melalui tindakan-tindakan pentadbiran sekolah seperti: 1. tidak
membuat pemantauan dan penyeliaan, 2. tidak membuat post mortem selepas tamat program
dan, 3. tidak mengambil tindakan terhadap guru dan murid yang tidak hadir semasa sesi
latihan kokurikulum sekolah dijalankan. Kemudian, persepsi tersebut mula mempengaruhi
para guru mempunyai pandangan yang negatif terhadap pelaksanaan gerak kerja
kokurikulum. Kesannya, para guru mula mengabaikan dan mengambil mudah pelaksanaan
bidang kokurikulum ini dan hanya menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP)
matapelajaran masing-masing. Pada pandangan mereka, hanya bidang akademik merupakan
aspek utama yang akan dinilai dalam laporan penilaian prestasi tahunan (LNPT) pada setiap
hujung tahun.

Tingkahlaku guru tersebut turut dipengaruhi oleh kurangnya pengetahuan dan kemahiran diri
masing-masing dalam bidang kokurikulum. Guru-guru yang dibincangkan mempunyai
persepsi bahawa penglibatan gerak kerja kokurikulum tidak penting, membuang masa dan
merupakan beban kerja dalam tugas mereka. Dengan tiadanya pendedahan dan penekanan
pihak pengurusan sekolah dlam gerak kerja kokurikulum, persepsi para tersebut semakin
sukar untuk diperbaiki dan diubah. Guru-guru juga beranggapan bidang kokurikulum
hanyalah aktiviti sampingan dan memadai guru lain yang berkebolehan melibatkan diri.
Guru-guru ini tidak merasakan kerjasama mereka diperlukan oleh rakan-rakan dalam
melaksanakan gerak kerja kokurikulum. Mereka juga tidak mempunyai rujukan, panduan
dan inisiatif untuk menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang
kokurikulum.

Bagi murid pula, tingkahlaku pentadbir dan para guru tersebut lama-kelamaan membentuk
persepsi negatif mereka dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah. Murid merasakan hanya
pencapaian bidang akademik sahaja yang diberi pengiktirafan dan keutamaan oleh pihak
sekolah. Kurang galakan guru dan ibu bapa semakin menguatkan pandangan negatif mereka
untuk menyertai gerak kerja kokurikulum di sekolah. Bagi murid sekolah menengah, dari
segi amalan, guru akan membantu mereka untuk markah 10% yang dikehendaki bagi tujuan
kemasukan ke IPTA, sekiranya mereka cemerlang dalam peperiksaan SPM walaupun kurang
aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Akhir sekali, pengaruh rakan turut
mengekalkan persepsi murid bahawa kegiatan kokurikulum tidaklah menyeronokkan dan
penting untuk disertai

PERBINCANGAN KAJIAN

Kegiatan kokurikulum suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan


sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (KPM
1989). Dalam usaha melaksanakan gerak kerja tersebut, yang merupakan pelengkap kepada
Kurikulum Kebangsaan 1997, pihak sekolah menghadapi pelbagai isu, halangan dan cabaran
yang dihadapi termasuklah masalah guru, pentadbiran, murid, kemudahan dan peralatan, ibu
bapa, masa, peruntukan kewangan, aktiviti dan persepsi negatif kokurikulum.

Dapatan kajian ini menunjukkan 87% isu, cabaran dan permasalahan yang dihadapi pihak
sekolah dalam menguruskan kegiatan kokurikulum merupakan kelemahan-kelemahan
dalaman organisasi masing-masing. Isu pentadbiran dan isu guru di sekolah pula mewakili
49% dari keseluruhan masalah yang perlu ditangani dalam melaksanakan gerak kerja
tersebut kepada para murid. Menurut Aslian (2012), berdasarkan kajian tentang masalah
ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum, faktor guru merupakan antara penyebab
dan punca masalah tersebut sukar untuk ditangani oleh pihak sekolah. Oleh itu, para guru di
sekolah perlu didedahkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan gerak kerja
kokurikulum. Sementara itu, pendedahan Jamalullail dan Azhar (2008) yang mendapati
bahawa faktor-faktor seperti pendedahan kursus berkaitan bidang kokurikulum kepada para
guru, mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap keberkesanan pelaksanaan pengurusan
kegiatan tersebut di peringkat sekolah.

Sehubungan dengan itu, para pentadbir sekolah perlu memberi keutamaan kepada
peningkatan ilmu dan kemahiran kokurikulum guru-guru melalui program-program
pembangunan profesionalisme berasaskan sekolah masing-masing. Menurut Glickman
(1990), bagi melihat keberkesanan program latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dalam
bidang kokurikulum tersebut, para pentadbir sekolah boleh melihat samada terdapat
perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, sikap & tingkah laku pelajar hasil dari LADAP
yang dijalankan kepada para guru. Dalam melaksanakan LADAP kokurikulum di sekolah
kepada para guru, Muhamad Sauki et al. (2013) di dalam kajiannya mendapati bahawa
pendekatan latihan berasaskan peningkatan pengetahuan dan kemahiran serta aspek
kerjasama kumpulan (team work) dapat meningkatkan motivasi penglibatan para guru dalam
gerak kerja tersebut.

Dengan memberi tumpuan utama kepada kedua isu dan cabaran pengurusan kokurikulum di
sekolah iaitu; isu pentadbiran dan isu guru, masalah-masalah lain seperti; murid, masa,
aktiviti dan persepsi yang terdiri dari 26% dari keseluruhan permasalahan kokurikulum,
secara beransur-ansur akan dapat ditangani. Oleh yang demikian, sebanyak 75% cabaran
keseluruhan yang dihadapi dalam pengurusan kokurikulum di sekolah, dalam kajian ini,
akan dapat diatasi. Akhir sekali, dalam usaha untuk menangani isu-isu lain seperti
kemudahan, ibu bapa dan peruntukan, yang mewakili 25% permasalahan pengurusan
kokurikulum di sekolah, memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah pihak sekolah;
iaitu pentadbir dan guru, PIBG, PPD dan sebagainya.

RUMUSAN DAN CADANGAN


Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

Pihak sekolah seharusnya berusaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam


pengurusan kegiatan kokurikulum di sekolah. Pentadbir perlu mengadakan LADAP kepada
para guru dalam bidang kokurikulum selain bidang akademik. Para guru merupakan pegawai
di peringkat operasi dan agen pelaksana yang menjalankan latihan, pengajaran dan
pembelajaran sama ada mata pelajaran mahupun kegiatan kokurikulum. Semua guru perlu
dilibatkan dalam gerak kerja kokurikulum bagi mengimbangi beban kerja mereka seperti
yang dicadangkan di dalam Pelan Strategik Melindungi Masa Instruksional (KPM 2013).
Guru Penolong Kanan Kokurikulum pula perlu memainkan peranan dalam memimpin para
guru untuk membangunkan modul latihan kokurikulum bersesuaian dengan situasi sekolah
masing-masing. Dengan adanya modul latihan yang selaras dan menarik untuk dilaksanakan
oleh guru-guru kepada para murid, isu-isu berkaitan murid akan dapat ditangani. Penglibatan
guru dalam gerakerja kokurikulum perlu turut dinilai di dalam LNPT kerana bidang ini juga
merupakan tugas guru seperti dinyatakan dalam Kurikulum Kebangsaan 1997.
BIBLIOGRAFI

Aslian bin Pios. 2012. Masalah ketidakhadiran murid Orang Asli dalam kegiatan
kokurikulum di sebuah sekolah Orang Asli di Petaling Jaya: Faktor dan cadangan
penyelesaian. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 24 (2): 79-90.

Badrunsham Dahalan. 2007. Guru tonggak kecemerlangan pelajar. Pendidik Disember: 30-
32.

Carl D. Glickman. 1990. Supervision Of Instruction: A developmental approach. 2 nd Ed.


University of Georgia.

Institut Aminuddin Baki. 2013. Kursus Pengurusan Kokurikulum Kod IABI132B08. Isu &
Cabaran Pengurusan Kokurikulum: Perbincangan & pembentangan kumpulan. PPD
Rompin: 04-08 Mac. Jabatan Pengurusan Kurikulum & Kokurikulum.

Institut Aminuddin Baki. 2012. Kursus Pengurusan Kokurikulum Kod IABI122B18. Isu &
Cabaran Pengurusan Kokurikulum: Perbincangan & pembentangan kumpulan. PPD
Seremban: 21-25 Mei. Jabatan Pengurusan Kurikulum & Kokurikulum.

Institut Aminuddin Baki. 2012. Kursus Pengurusan Kokurikulum Kod IABI122B05. Isu &
Cabaran Pengurusan Kokurikulum: Perbincangan & pembentangan kumpulan. IAB
Genting Highlands: 09-13 April. Jabatan Pengurusan Kurikulum & Kokurikulum.

Institut Aminuddin Baki. 2011. Kursus Pengurusan Kokurikulum Kod IABI112B05. Isu &
Cabaran Pengurusan Kokurikulum: Perbincangan & pembentangan kumpulan. IAB
Genting Highlands: 25-29 April. Jabatan Pengurusan Kurikulum & Kokurikulum.

Institut Aminuddin Baki. 2011. Kursus Pengurusan Kokurikulum Kod IABS11001. Isu &
Cabaran Pengurusan Kokurikulum: Perbincangan & pembentangan kumpulan. BTPN
Kota Samarahan: 15- 17 Mac. Jabatan Pengurusan Kurikulum & Kokurikulum.
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

Jamalullail Abdul Wahab & Azhar A. Kadir. 2008. Kajian faktor-faktor keberkesanan
pelaksanaan pengurusan kokurikulum daripada persepsi Guru Penolong Kanan
Kokurikulum sekolah menengah Daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal Pengurusan
dan Kepimpinan Pendidikan. 18 (1): 21-36.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Pelan Tindakan Melindungi Masa Instruksional.


Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid
Belajar.http://www.moe.gov.my/jpwpkl/download/SJK/2013/05%20Lampiran%20A
%20-%20Pelan%20Tindakan%20MMI.pdf [15 Februari 2013]

Mohd Amin Dawam. 2006. Hala tuju pelaksanaan konsep keseimbangan program kurikulum
dan kokurikulum. Pendidik Oktober: 53-55.

Muhamad Sauki Razali, Wan Shamsuddin Wan Mohd Salleh, Purusothman Vellaithan, Hjh
Hajar Muhamad & Mazuin Adnan. 2013. Pendekatan latihan dalam perkhidmatan
(LADAP) bagi meningkatkan penglibatan guru dalam kegiatan kokurikulum di
sekolah. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 25 (1): 1 Jun 2013.

Muhamad Sauki Razali & Wan Shamsuddin Wan Mohd Salleh. 2010. Modul Isu & Cabaran
Pengurusan Kokurikulum. Kursus Pengurusan Kokurikulum. Jabatan Pengurusan
Kurikulum dan Kokurikulum, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1989. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji


Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. Kerajaan Malaysia.

Komala Devi. 2005. Wawancara Eksklusif: kokurikulum bantu bentuk sahsiah pelajar. Temu
bual. Pendidik Bil 18 : 6-10.

Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd.
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

LAMPIRAN A

Jadual 2: Kekerapan Pembentangan Isu-isu Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

BIL TEMA ISU, CABARAN & MASALAH PENGURUSAN KOKURIKULUM BENTANG KEKERAPAN

GURU SENIOR
1. kurang pengetahuan & kemahiran (kejurulatihan) 18
2. kurang komitmen & kerjasama/ minat, x kreatif 13
3. beban kerja 4
4. kurang integrity 2
5. kehadiran guru 2
6. guru terpaksa keluar duit untuk aktiviti & uniform 2
1 GURU 50
7. tidak mahu menjadi guru pengiring kerana guna duit sendiri 2
8. tiada panduan, pekeliling dibekalkan kpd guru 1
9. guru lelaki kurang 1
10. tiada T&T @ elaun 1

GURU BARU
11. guru baru kurang pengetahuan 2
12. sikap guru baru 2

PENGETUA/ GURU BESAR


1. pemahaman/ pemberatan terhadap kurikulum 7
2. tiada pemantauan dan penyeliaan 5
3. pentinGkan akademik-kokurikulum kurang penting 4
4. kurang memberi penghargaan & pengiktirafan 2
5. MMI 2
6. tiada post mortem selepas program 2
7. tiada tindakan susulan kepada guru & murid tidak hadir 1
8. tidak mengikut takwim yang dirancang 1
9. pembahagian guru tidak adil 2
2 PENTADBIRAN 40
10. tidak memberi kerjasama 1

GPK KOKURIKULUM
11. tiada pendedahan & kemahiran tentang pengurusan 3
12. banyak masa p&P 2
13.lantikan gkk guru senior kurang pengalaman(pengetahuan & kemahiran) 2
14. dokumentasi tidak lengkap 2
15. beban tugas pk kokurikulum 1
16. perjawatan tidak diisi 1
17. tiada perancangan strategik 1
18. arahan tidak jelas 1
3 MURID 28
1. kurang minat/pasif-sikap 7
Jurnal Penyelidikan Muaddib
Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail
Jilid VIII. 2013

2. kehadiran murid 5
3. murid tiada pengangkutan 5
4. tuition-utamakan akademik 3
5. pembahagian murid tidak adil (ikut rakan) 2
6. pengaruh rakan/ ikut kawan untuk melepak 2
7. penipuan kehadiran 1
8. beban kerja murid 1
9. tiada pakaian seragam- tidak mampu 1
10. murid sangat berminat 1

1. kurang fasiliti (peralatan & kelengkapan) 8


2. tiada kemudahan 6
4 KEMUDAHAN 20
3. tiada pdg/ gelanggang, padang semakin kecil 3
4. kemudahan pengangkutan sekolah- keselamatan 2
5. tiada dewan 1

1. tiada galakan 7
5 IBU BAPA 2. tidak beri kerjasama/ komitmen-surat kebenaran 6 18
3. pentingkan akademik/tuition 4
4. mohon anak dikecualikan kokurikulum 1

bersambung…

…sambungan

1. kekangan masa 5
2. tidak sesuai 1
6 MASA 8
3. sekolah 2 sesi 1
4. terhad 1

7 PERUNTUKAN 1. tidak mencukupi 7 8


2. sedikit 1

1. tidak menarik-kreatif 4
2. tidak terancang 1
8 AKTIVITI 7
3. tiada sukatan kurikulum latihan & panduan pengurusan kokurikulum-tiada
1
modul latihan
4. pembahagian murid tidak seimbang 1

1. kokurikulum tidak penting 4


9 PERSEPSI 6
2. pentingkan akademik 1
3. kurang kesedaran 1
185 185

Anda mungkin juga menyukai