Anda di halaman 1dari 5

NAMA : SHAIKH PENGETUA SMDB KUMPULAN : SMBE

MODUL 3 : MENERAJUI PERUBAHAN


TUGASAN INDIVIDU

Sekolah sebagai sebuah organisasi sosial merupakan pusat pendidikan bagi


melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang. Pengetua pula merupakan
individu yang memainkan peranan penting di dalam pencapaian kecemerlangan
atau kejayaan sesebuah sekolah. Seorang pengetua yang memegang teraju di
peringkat sekolah memerlukan amalan kepemimpinan tertentu dan pengetahuan
yang tinggi berkaitan dengan pendidikan. Rajah 1 menunjukkan isu yang dihadapi
oleh sekolah dan objektif yang ingin dicapai.

Rajah 1

Masalah yang dihadapi oleh sekolah ialah ada seramai 10 orang guru lama
atau yang berumur 47 tahun ke atas yang tidak menunjukkan kualiti PdPc mencapai
standard 4 SKPMg2. Guru tersebut jarang atau tidak tahu menggunakan program
Google Classroom (GM) untuk meningkatkan kualiti PdPc mereka.
Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh
Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat,
mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama
Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru
dan pelajar.
Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan
pengedaran tugasan, Dokumen Google, Helaian dan Slaid untuk penulisan, Gmail
untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk penjadualan. Pelajar boleh dijemput
untuk menyertai kelas melalui kod persendirian, atau secara automatik diimport dari
domain sekolah. Setiap kelas membuat folder berasingan dalam Drive pengguna
masing-masing, di mana pelajar boleh menghantar kerja untuk dinilai oleh guru. Apl
mudah alih, tersedia untuk peranti iOS dan Android, biarkan pengguna mengambil
gambar dan melampirkan pada tugasan, berkongsi fail dari aplikasi lain, dan
mengakses maklumat di luar talian. Guru boleh memantau kemajuan untuk setiap
pelajar, dan selepas dinilai, guru boleh kembali kerja, bersama-sama dengan
komen.

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan perangkaan mengenai 10 orang guru lama yang


hendak dilakukan perubahan. Kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan
masalah ini adalah dengan menggunakan Kaedah Kotter iaitu mewujudkan
kesegeraan dan berfikiran strategik. Langkah pertama ialah mengenalpasti punca
isu atau masalah ini berlaku dengan menggunakan ‘Tulang Ikan Ishikawa’.

Rajah 3

Dalam Rajah 3 kaedah sumbangsaran digunakan untuk menganalisis dan


mengenalpasti masalah. Guru lama tidak menggunakan kaedah ICT dan jarang
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM). Guru lama juga gagal melaksanakan
PdPc yang menarik serta mengajar tidak selaras dengan RPH. Kaedah yang
digunakan juga adalah cara tradisional yang tidak menarik dan tidak berkesan.
Ditambah pula kurang sokongan guru baru atau guru gen Y serta kurangnya
diadakan program peningkatan kualiti di sekolah.
Langkah seterusnya ialah membina pasukan yang kuat untuk menyelesaikan
masalah ini. Pengetua akan membentuk satu jawatankuasa bagi menangani
masalah ini. GPK1 akan menjadi penyelaras dalam program ini. Membina visi iaitu
‘Meningkatkan Kualiti Guru’. Melaksanakan Pelan PinTaS, menubuhkan
jawatankuasa kerja dan mengupayakan MLT untuk mengadakan PLC. Antara PLC
yabg dijalankan ialah Kritikan Video dan Lesson Study.
PGB memantau, menilai pelaksanaan, memantau keberkesanan dan
pencerapan SLT.

Rajah 4

Hasilnya ialah kerjasama sekolah dengan pensyarah IPG Melaka.


Menghantar guru lama ini berkursus di IPG. Selain itu membudayakan perkongsian
ilmu antara guru baru dan guru lama disamping bantuan guru cemerlang yang ada di
sekolah.
Mesyuarat Post Mortem diadakan untuk mengenalpasti punca isu atau masalah ini
serta kesan atau implikasinya terhadap sekolah dan murid.

Rajah 4
Rajah 5 adalah PinTaS yang dibina untuk menyampaikan dan menyebarkan
visi perubahan. Di sini dapat dinyatakan bagaimana untuk melaksanakan perubahan
serta cabaran dan halangan mengikut Keluk Perubahan Kubler Ross.

Rajah 5

Rajah 5 menunjukkan empat strategi pemilihan kaedah penyelesaian


masalah yang dihadapi iaitu Ladap, Bengkel, Lawatan Penandarasan dan PLC.
Strategi 4 menjadi pilihan pertama setelah Matriks Keutamaan digunakan dengan
Visi “PLC – 75% guru lama mencapai Standard 4 SKPMg2”.

Rajah 6

Rajah 6 menunjukkan perubahan yang berlaku setelah PLC dijalankan. Di sini


strategi mengupauakan warga organisasi dan membentuk kejayaan jangka pendek
telah berlaku. Dalam masa tiga bulan banyak perubahan telah berlaku. Guru A
menunjukkan peningkatan yang begitu baik dalam penggunaan GM iaitu daripada
10 kali ke 50 kali. Begitu juga guru-guru yang lain telah menunjukkan peningkatan
yang mendadak. Terbukti kaedah menghantar guru lama berkursus di IPG,
sokongan daripada guru baru, bantuan guru cemerlang serta berkongsi kejayaan
guru lama tersebut dengan PPD dan JPN telah meningkatkan kualiti PdPc guru-guru
lama ini. Rekod penggunaan ABM juga meningkat dengan begitu baik. Penskoran
SKPMg2 juga bagi markah cemerlang telah meningkat daripada seorang ke tiga
orang. Manakala markah rendah telah berkurang daripada empat orang kepada dua
orang.

Rajah 7

Untuk penjajaran, guru lama yang belum mencapai tahap Standard 4


SKPMg2 akan diteruskan dengan kaedah Teacher Sharing Lesson. Khidmat guru
cemerlang sekolah akan digunakan bagi tujuan ini. Guru-guru baru juga membantu
serta penghargaan daripa PGB berbentuk hadiah bagi menarik minat guru lama ini.
Sebagai penutup, kaedah ini juga digunakan kepada semua guru di sekolah
bagi tujuan menerajui perubahan mencapai tahap penskoran Standard 4 SAKPMG2
untuk membangun kapasiti di sekolah.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai