Anda di halaman 1dari 7

AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

AKTIVITI 7

TAJUK Dadah dan Alkohol:Perosak Generasi

HP PKJR 2.3.2

LATIHAN A

ASAL ARAHAN

Dengar rakaman ceramah dan jawab soalan dibawah secara lisan.

BAHAN

1
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

PERUBAHAN ARAHAN

Baca petikan dibawah dan isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

BAHAN

2
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2
Lukiskan :
1. Gambar penceramah sedang memberi ceramah di atas pentas kepada pelajar sekolah menengah.
2. Gambar ada lcd projector yang menunjukkan gambar kemalangan jalanraya (gambar kereta dengan
motorsikal) .Orang yang menunggang motorsikal adalah lelaki muda dengan kepala berdarah sedang
memegang arak di tangannya.
3. Pelajar sekolah adalah lelaki dan perempuan sedang khusyuk mendengar ceramah yang diberikan.
4. Petikan ceramah di bahagian tengah muka surat.
5. Pelajar dikehendaki mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
6. Gambar Adakah Anda Tahu?- buang tak perlu
PETIKAN BARU:
Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis,
Yang berbahgia Tuan Ahmad, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru
Yang Berusaha Puan Hajah Zu Pengetua Sekolah Menengah Bukit Indah.
Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak sekolah kerana menjemput saya ke majlis ini untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk Dadah dan Alkohol.

Hadirin yg dihormati sekalian.


Masalah kemalangan jalan raya telah menjadi masalah utama dalam media cetak atau media elektronik. Keadaan ini
membosankan fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun. Jalan raya yang

3
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2
sepatutnya menjadi laluan untuk kemudahan awam telah bertukar fungsi menjadi tempat utama kematian di negara ini.
Hal ini semakin bimbang dalam mencapai kemajuan negara.

Hadiri yang dihormati sekalian.


Kesalahan memandu dalam pengaruh alkohol atau dadah telah dikenalpasti penyebab berlakunya kemalangan jalan
raya. Pihak kerajaan telah mengubal satu undang-undang berkaitan dengannya. Akta bagi kesalahan memandu bawah
pengaruh alkohol atau dadah adalah tertakluk bawah Seksyen 44 dan 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menurut
Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, berkenaan undang-undang memandu semasa berada bawah pengaruh
minuman yang memabukkan atau pengambilan dadah.

Untuk maklumat hadirin sekalian.


Ujian nafas bermaksud suatu ujian permulaan bagi mendapatkan bacaan kandungan alkohol dalam nafas, darah atau air
kencing seseorang samada sama atau melebihi had yang ditetapkan. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan
mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka memandu kenderaan dalam keadaan khayal atau mabuk akibat
pengambilan alkohol dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya pemandu akan hilang tumpuan serta memandu dalam
keadaan berbahaya dan beremosi yang akan menyebabkan kemalangan jalan raya. Keadaan ini melibatkan kecederaan
pengguna jalan raya yang lain.

Hadirin sekalian.
Pemandu kenderaan mestilah sentiasa berwaspada kerana setiap kesilapan yang dilakukan pasti ada akibatnya. Hal ini
dikatakan demikan kerana menurut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, seseorang yang telah disabitkan

4
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2
kesalahan memandu kenderaan motor bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, lalu menyebabkan
kematian atau kecederaan kepada orang lain, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang dari tiga tahun dan tidak lebih
dari sepuluh tahun. Pemandu berkenaan juga boleh dikenakan denda tidak kurang dari lapan ribu ringgit dan tidak lebih
daripada dua puluh ribu ringgit. Pengguna jalan raya haruslah lebih berhati-hati ketika hendak memulakan perjalanan
dan memandu kenderaan dengan cermat kerana pandu cermat jiwa selamat. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat dan
pihak berkuasa haruslah bekerjasama untuk memastikan kadar peningkatan kemalangan maut dapat dikurangkan dengan
berkesan. Dengan ini diharapkan agar masyarakat di Malaysia dapat hidup sejahtera tanpa masalah keselamatan jalan
raya.
Hadiri yang dihormati.
Setakat ini sahaja ceramah saya kali ini dan saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan tutur bicara semasa
saya menyampaikan ceramah tadi. Sekian, terima kasih.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Masalah utama dalam media cetak dan media sosial ialah _________________________.

2.Kesalahan memandu dalam pengaruh __________atau ___________ telah dikenalpasti penyebab


berlakunya jalanraya.

3.Ujian nafas bermaksud ______________________________melebihi had yang ditetapkan.

4.Hukuman _________ tidak kurang dari tiga tahun dan tidak lebih dari _________ tahun bagi seseorang yang
telah disabitkan kesalahan memandu kenderaan motor bawah __________________________________.

5
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

5.Setiap lapisan__________ dan pihak _____________ haruslah ___________ untuk memastikan kadar
peningkatan ____________________ dengan berkesan.

ISYARAT KOD TANGAN

Gambar isyarat Gambar isyarat

nafas pengaruh

Gambar isyarat

gubal

6
AKTIVITI MURID PKJR TINGKATAN 2

Anda mungkin juga menyukai