Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

AN AWESOME MOMENTS

PERSATUAN PENGGUNA IMPLAN KOKLEA MALAYSIA


DAN
PERSATUAN HEAR ME
TARIKH:

HARI :

TEMPAT:
PERSATUAN PENGGUNA IMPLAN KOKLEA MALAYSIA DAN PERSATUAN HEAR ME

KERTAS KERJA AN AWESOME MOMENTS

1.0 PENDAHULUAN

An awesome moments adalah salah satu program sosial Persatuan Pengguna Implan Koklea
Malaysia dan Persatuan Hear Me untuk memberi kesedaran dan kisah inspirasi kepada masyarakat
umum berkenaan alat bantuan pendengaran berteknologi tinggi yang digunakan oleh para
pengguna implan koklea di Malaysia.
Program ini adalah salah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada rakyat Malaysia
untuk mengenali dan memahami lebih mendalam berkenaan cara komunikasi dan pertuturan para
pengguna implan koklea dalam kehidupan seharian mereka.Program ini juga diharap dapat
membantu meningkatkan kualiti kehidupan dan mewujudkan hubungan persahabatan bersama para
pengguna dewasa, ibu bapa kanak-kanak pengguna implan koklea serta kanak-kanak yang
menggunakan implan koklea di Malaysia.
Di samping itu juga adalah diharap program sosial ini dapat memberi kesedaran dan
sumbangan ke arah peningkatan perkhidmatan perubatan dan pendidikan untuk golongan kurang
upaya pendengaran di negara kita.
2.0 MATLAMAT
2.1 Mewujudkan kesedaran kewujudan insan istimewa pendengaran yang meggunakan alat
pendengaran teknologi tinggi yang mampu mendengar dan bertutur sama seperti insan normal lain.

2 2 Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali pengguna implan koklea
yang berlainan latar belakang dengan lebih dekat.

2.3Menanam semangat kerjasama, semangat berpasukan dan saling mempercayai antara satu sama
lain antara pengguna implan koklea dewasa dan kanak-kanak serta ibu bapa mereka.

2.4Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial dalam kalangan masyarakat serta


pengguna implan koklea

2.5Memberi pendedahan kepada masyarakat bagaimana komunikasi dan pertuturan para pengguna
implan koklea di Malaysia.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Dapat memahami bagaimana OKU pekak yang boleh mendengar dan bercakap mampu berjaya
ke menara gading.

3.2 Dapat mengetahui berkenaan fungsi implan koklea serta bagaimana ia bertindak dalam
membantu OKU Pekak mendengar .
3.3.Persatuan melalui ahlinya akan menceritakan tentang pengalaman memakai alat teknologi
implan koklea, masalah yang dihadapi serta kepentingan implan koklea dalam kehidupan.

3.4.Memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar universiti untuk mendapat maklumat
bagaimana intervensi orang pekak jalani untuk belajar mendengar dan bercakap serta sejauh mana
ianya berfungsi.

3.5.Audiologis boleh menerangkan jenis-jenis alat implan koklea, teknologi yang ada serta fungsi
dalam membantu orang pekak,

3.6Mendapat pendedahan dan pengalaman berkenaan implan koklea di Malaysia bersama


pengguna implan koklea, audiologis, pakar terapi pertuturan dan juga ibu bapa kanak-kanak
pengguna implan koklea di Malaysia.

4.0 ANJURAN

Persatuan Pengguna Implan Koklea Malaysia dan Persatuan HEAR ME .

5.0 TARIKH

6.0 TEMPAT

7.0 SASARAN
Program ini mensasarkan :

Para pengguna implan koklea dewasa, kanak-kanak dan ibu bapa kanak-kanak pengguna implan
koklea bersama para pelajar universiti , pakar perubatan audiologis, terapi pertuturan dan juga guru-
guru pendidikan khas serta orang awam.

8.0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM AN AWESOME MOMENTS

MASA TENTATIF PROGRAM


8.00-9.00 pagi Pendaftaran Para Peserta
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PERSATUAN HEAR ME
MALAYSIA
Dr FEROZ HASSAN
UCAPAN ALU -ALUAN PENGERUSI PROTEAM PERSATUAN
PENGGUNA IMPLAN KOKLEA MALAYSIA
En AHMAD TARMIZI BIN MOHD NOR

9.00 PAGI PERKONGSIAN CERITA PENGALAMAN PENDENGARAN


KANAK – KANAK PENGGUNA IMPLAN KOKLEA DI
SEKOLAH
(ADIK RAIHANA DAN ADIK DANISH )

10.00 PAGI Kisah INSPIRASI KANAK- KANAK PERTAMA PENGGUNA


IMPLAN KOKLEA MALAYSIA
(LEE CHYE HWEE)

10.30 -11.00 PAGI KUDAPAN( MINUM PAGI ) Persembahan nyanyian / piano oleh
Persatuan Pengguna Implan Koklea Malaysia / Persatuan HEAR
ME.
11.00 – 12.30 TGH Perkembangan Dunia Orang Pekak Malaysia
FORUM : PERKEMBANGAN TEKNOLOGI IMPLAN KOKLEA
DAN ALAT BANTU DENGAR DI MALAYSIA

Ahli Panel:
Ang Boon Su ( Rakyat Malaysia Pertama Menggunakan Implan
Koklea)

Uzair Rom ( Bekerja di Syarikat Cochlear dan merupakan


pengguna implan koklea yang belajar di luar negara )

Dr Feroz Hassan ( Pengerusi Persatuan HEAR ME )

Pn Shaliza Hanapi ( Ibu kepada Anak Menggunakan Implan


Koklea)

Pakar Terapi Pertuturan

Pakar Audiologi

12.30 -1.00 TGH MAKAN TENGAHARI dan BERSURAI

1.00 -2.00 PTG MAJLIS PENUTUPAN MAJLIS AN AWESOME MOMENTS


OLEH PENGARAH BPKHAS PN SALMAH BIN JOPRI.

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Sumber Kewangan adalah daripada dana dan sumbangan kepada Persatuan Pengguna
Implan Koklea Malaysia dan Persatuan Hear ME .

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN


BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH SUMBER
KEWANGAN
1. PAKEJ 100 ORANG X RM 15 RM1500
MAKANAN DAN
MINUMAN
(KUDAPAN
PAGI)
2. PAKEJ 100 ORANG X RM15 RM1500
MAKANAN DAN
MINUMAN
(TENGAHARI)
3. HADIAH DAN 100 ORANG X RM 10 RM 1000
SIJIL
PENGHARGAAN
4. SEWA TEMPAT RM 1500 RM 1500

5. SUMBANGAN Audiologist- RM200 RM 550


BUAT PARA Speech Therapist- RM 200
PENCERAMAH Penceramah Ibu Pengguna
CI – RM150

JUMLAH RM 6000
KESELURUHAN
10.0 CARTA ORGANISASI “ AN AWESOME MOMENTS”

PENGARAH PROJEK : PUAN RUZIYANTI BT MOHD MOKHTAR


PENOLONG PENGARAH PROJEK : PUAN NUR’HAMIZAH BINTI ABDUL RAHMAN
PENGERUSI: DR FEROZ HASSAN
PENOLONG PENGERUSI: EN AHMAD TARMIZI BIN MOHD NOR
SETIAUSAHA : CIK NUR NADIATUL NATASHA BT. AZRUL
BENDAHARI : PUAN NUR AIFAA BINTI AZMAN /
AJK : CIK LEE CHYE HWEE
: ENCIK MOHD UZAIR BIN MOHD ROM
: PARA GURU PELATIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan

11.0 PENUTUP

Kesimpulannya,adalah diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai
objektif yang digariskan dalam memberi kesedaran kepada semua pihak berkenaan kumpulan
minoriti kami yang turut memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara di samping dapat
mengeratkan hubungan silahturrahim sesam ahli . Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang
diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang
teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan
Allah SWT.

DISEDIAKAN OLEH :

(NUR’ HAMIZAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Anda mungkin juga menyukai