Anda di halaman 1dari 4

Langkah-Langkah Memberus Gigi

Permulaan
1.Sediakan berus gigi, sebiji mangkuk dan segelas air yang diletakkan di atas meja yang mudah
dicapai.
2. Kenalkan bentuk gigi dan beri peluang untuk murid rasa dengan menggunakan model gigi.
3. Beritahu, Tunjuk dan Buat (B,T,B)
bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan untuk menjalankan pembersihan
mulut dan gigi.
‘Beritahu’ apa yang akan dilakukan. ‘Tunjukkan’ caranya iaitu dengan seringkali memegang
tangan dan berus gigi bersama- sama mereka akan membantu mereka melakukannya dengan
lebih mudah. ‘Buat’ dengan lakukan langkah-langkah tersebut sekali lagi seperti ditunjukkan
sebelumnya.
4. Lakukan secara rutin, sehingga murid mahir dan dapat membiasakan diri dengan penjagaan
gigi dan melakukan bersama-sama supaya murid tahu cara dan teknik yang betul menggosok gigi
di samping guru memberi penerangan kepentingan memberus gigi.
1.Beruslah setiap hari
1. Posisikan diri di mana murid selesa memberus gigi.

2.Gunakan ubat gigi berfluorida saiz sebesar kacang pea sekiranya dia boleh berkumur. Seandainya
tidak berupaya untuk berkumur, gunakan ubat gigi tidak berfluorida ataupun hanya dengan air sahaja.

3.Beruslah setiap gigi hadapan, belakang dan permukaan atas gigi dengan berusan yang pendek ke
depan dan ke belakang. Letakkan berus gigi di atas gusi dan beruslah dengan lembut.

4.Beruslah juga lidah selepas memberus gigi.

5.Bantu mereka berkumur dengan air. Sekiranya tidak mampu berkumur, sapulah seluruh mulut dengan
menggunakan jari yang dibalut dengan kain kasa lembap.

2.Ubat gigi

Dalam keadaan tertentu, apabila ubat gigi tidak sesuai digunakan, memadailah dengan membersihkan

keseluruhan bahagian mulut dengan sekeping kain kasa atau berus gigi yang dilembapkan dengan agen

anti-kuman seperti larutan 0.2% cholorhexidine gluconate. Berus gigi yang dicelup ke dalam ubat kumur

berfluorida (0.05%; sodium fluorida jika digunakan setiap hari) boleh juga dilakukan dengan berkesan.
3. Berus gigi yang telah diubahsuai.

Menggunakan pelekat velcro

Menggunakan berus gigi berkuasa bateri atau


elektrik cuma memerlukan masa membiasakan
diri.

Masukkan pemegang berus gigi ke dalam


pemegang basikal (atau membalut pemegang
dengan span)
4.Memflos setiap hari
Flos membersih di celahan antara gigi di mana berus gigi tidak sampai. Kebanyakan orang kurang upaya

memerlukan penjaga untuk membantu mereka menggunakan flos. Memflos memerlukan latihan untuk

membiasakan diri dan penggunaan pemegang flos memudahkan ianya dilakukan.

5.Posisi

Berdiri di belakang dan dengan menggunakan lengan untuk


memegan kepalanya dengan lembut dan disandarkan ke
badan.

Rujukan:
http://www.myhealth.gov.my/penjagaan-oral-mulut-
untuk-orang-orang-berkeperluan-khas/

Anda mungkin juga menyukai