Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Mengajar sekumpulan murid pendidikan khas merupakan pengalaman yang berharga dan
menyeronokkan. Pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Majoriti daripada
kanak-kanak istimewa yang diajar tentang kemahiran untuk hidup seharian adalah terdiri
daripada mereka yang kurang upaya dari segi perkembangan. Mereka ini yang terdiri
daripada murid-murid dari pelbagai masalah seperti Autisme dan Asperger’s yang mana
ketidakupayaan mereka ini mempengaruhi kehidupan seharian mereka.

Kemahiran untuk kehidupan seharian merupakan kemahiran yang biasanya boleh


membantu mereka untuk menguruskan kehidupan mereka seharian seperti kemahiran cara-
cara berbelanja dengan berjimat cermat, kebersihan diri, kemahiran untuk berpakaian kemas
dan bersesuaian dengan majlis,membeli barang keperluan harian pengurusan ruang,
kebersihan diri, dan adab bertatasusila. Kemahiran-kemahiran ini amat penting kepada murid-
murid istimewa ini kerana dengan berbekalkan kemahirana ini, mereka mampu hidup
berdikari bukan sahaja di sekolah malahan mampu berdikari apabila mereka berada di dunia
yang sebenar.

Terdapat banyak dan pelbagai cara atau pendekatan yang menarik dan menyeronokan
untuk mengajar murid-murid istimewa dan ini lebih memberikan impak yang besar andai kita
dapat melibatkan ibu bapa murid-murid. Untuk menganalpasti dan mengetahui apakah
perasaan ibubapa murid-murid ini apabila berhadapan dengan sistem sekolah, dan juga
mampu memberikan pengetahuan yang berharga tentang bagaimana atau apakah langkah
yang efektif untuk mendekati ibubapa yang berkemungkinan kecewa dan berasa tidak efektif
ketika membantu anak-anak mereka untuk mendapatkan latihan dan bimbingan yang mereka
perlukan.

Kebanyakan murid-murid istimewa belajar dengan baik apabila mereka tidak berada
di dalam kelas, yang mana mereka terpaksa duduk di tempat duduk mereka, terpaksa berada
di tempat masing-masing sepanjang masa atau di satu-satu tempat sepanjang pembelajaran ,
mempelajari kemahiran untuk kehidupan seharian sepatutnya dipelajari dengan menggunakan
pendekatan praktikal dan bukannya hanya menggunakan pendekatan teori semata-mata.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda juga turut mengajar murid-murid istimewa ini


kemahiran-kemahiran tentang kehidupan seharian, pastikan dan cuba untuk melibatkan
murid-murid terlibat secara langsung dalam sesi pembelajaran dan pastikan mereka belajar
kemahiran-kemahiran tersebut ketika mereka melakukannya. Terdapat banyak cara untu
mengajar murid-murid istimewa tentang kemahiran-kemahiran yang perlu.

KONSEP

Murid-murid pendidikan khas seharusnya mempelajari kemahiran kehidupan seharian


yang kritikal seawall yang boleh. Ini memberi peluang kepada mereka lebih banyak masa
untuk mempelajari dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran ini. Tambahan lagi mereka
adalah individu yang lebih memerlukan kemahiran ini berbanding dengan orang lain.
Semakin banyak kemahiran yang anda Berjaya ajarkan kepada mereka, semakin tinggi dan
besar jasa yang anda berikan kepada mereka untuk membantu mereka mengimbangi
kekurangan yang mereka miliki sedari kecil lagi.

Anda boleh mengajar mereka mengikut tahap kesukaran bergantung kepada tahap
penerimaan mereka. Malah penggunaan system “reward” atau ganjaran juga amat berkesan
bagi murid-murid pendidikan khas ini.

Pastikan anda mengenalpasti apakah kemhiran-kemahiran yang paling penting untuk


dipelajari oleh murid-murid dan kemudiannya pastikan pengajaran kemahiran ini dijadikan
rutin agar murid-murid ini terbiasa dan menjadikan kemahiran ini sebagai rutin harian mereka
sehinggalah mereka dewasa kelak.

Pastikan murid-murid ini diberi peluang untuk melakukan kemahiran ini sendir bagi
membiasakan diri mereka untuk berdikari. Tetapi jangan lupa untuk memantau dan
memberikan bantuan setiap masa kerana mereka amat mememerlukan bantuan.

Jangan sekali-kali menjerit atau menjerkah kepada mereka sekiranya mereka lambat
untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar. Sudah menjadi tanggungjawab anda
sebagai guru dan manusia normal untuk membantu mereka. Pastikan mereka melakukannya
berulangkali kerana tahap penerimaan mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal yang
lian.
KEMAHIRAN PENGURUSAN DUIT

Kemahiran mengurus duit buleh diajar dalam masa seharian, dan setiap hari di dalam
kelas pendidikan istimewa. Kenapa tidak mengimplementasikan sIstem ini semasa berada
didalam kelas. Murid-murid akan menerima sejumlah wang sebagai balasan atau ganjaran
apabila mereka berjaya melakukan perkara-perkara tertentu. Sebagai contoh, sekiranya
murid-murid Berjaya menyelesaikan kerja ataupun tugasan yang diberikan didalam kelas
tepat pada masanya, mereka akan diberikan sejumlah wang kerana kejayaan mereka
melaksanakan apa yang telah diarahkan. Wang yang diberikan boleh di tukar dalam bentuk
cek dan murid-murid diberikan tanggungjawab untuk merekod jumlah wang di dalam buku
cek. Sudah tentu murid-murid pendidikan khas ini harus diajar oleh guru-guru bagaimana
untuk merekodkan jumlah yang tept di dalam buku cek. Secara jujur, kemahiran ini biasanya
dipelajari oleh murid apabila anda sebagai guru menunjuk ajar murid-murid ini secara
individu dan kemudiannya di pantau setiap hari.

Murid-murid sepatutnya di berikan kebenaran untuk mengunakan atau


membelanjakan duit mereka mengikut kemahuan mereka. Adakah murid anda pernah
menginginkan masa luang ketika di dalam kelas? Sekiranya ada, anda boleh menggunakan
masa tersebut untuk menulis jumlah wang yang tertentu di dalam buku ceknya. Jelas,
kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian sesuai dijalankan tidak mengira
masa sepanjang waktu persekolahan.

Sistem perbankan ini sangat sesuai sekiranya dimulakan sedari awal lagi iaitu awal
tahun dan diikuti sepanjang tahun. Kemahiran untuk mengawal dan menguruskan duit adalah
salah satu kemahiran asas dalam kehidupan yang sangat penting untuk dipelajari oleh murid-
murid istimewa ini. Dengan mengajar mereka kemahiran ini, kita telah menjalankan tugas
anda dengan baik kerana kemahiran ini sangat berguna kepada anda.

MENGGALAKKAN MURID BERPAKAIAN BATIK

Berpakaian batik pada hari tertentu adalah salah satu saranan kerajaan untuk
memartabatkan baju batik iaitu hasil tangan Negara yang patut dibanggakan agar tak luput
dek zaman. Guru-guru boleh bekerjasama dengan ibubapa murid bagi mewajibkan murid
untuk memakai baju batik pada hari tertentu dan menyediakan baju batik seragam yang
dipakai oleh semua murid-murid. Selain itu, bagi menanamkan rasa menghargai hasil
kraftangan Negara yang indah ini, guru-guru juga boleh memberi peluang kepada murid-
murid untuk melihat sendiri pelbagai corak ataupun rekaan batik.

Selain menyemai perasaan menyukai dan menghargai hasil tangan rakyat Negara kita,
mereka juga secara tidak langsung dapat dan berpeluang menikmati pelbagai corak dn
rekaan batik yang menarik.

KEMAHIRAN PENGURUSAN RUANG

Kemahiran pengurusan ruang merupakan kemahiran yang banyak diaplikasikan dalam


kehidupan seharian dan merupakan kemahiran yang sangat penting untuk dipelajari oleh
murid-murid.

Dengan memastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan bilik darjah serta ruang-
ruang di sekeliling mereka, secara tidak langsung kemahiran ini dapat disemai.

Namun begitu, penerangan dan penjelasan yang terperinci disertakan dengan alat
bantu mengajar yang menarik seperti tayangan video dan gambar-gambar yang bersesuaian,
murid-murid akan lebih mudah untuk memahaminya.

Pastikan terdapat jadual bertugas untuk menyapu dan mengemas ruangan bilik darjah.
Murid-murid harus menjalankan tugas mengikut jadual yang disediakan dengan bantuan
guru. Ini bagi menerapkan rasa tanggungjawab dikalanga mereka.

KEMAHIRAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Kemahiran ini diajar dan diaplikasikan oleh murid-murid samada di rumah ataupun di
sekolah. Kemahiran yang melibatkan aktiviti seperti mandi, memberus gigi, menyikat rambut
dan lain-lain amat di titik beratkan tidak kira oleh ibubapa maupun guru-guru. Ini adalah
bertujuan untuk memastikan murid-murid mampu berdikari dan menguruskan diri apabila
dewasa kelak. Kemahiran ini diajar secara teori di kelas dan juga diaplikasikan oleh murid-
murid di bawah pemerhatian dan bantuan guru-guru ketika di sekolah.

Kemahiran menjaga kebersihan diri merupakan kemahiran yang penting namun tidak
bermaksud ianya merupakan kemahiran yang amat selesa untuk diajar. Walaubagaimanapun
ia merupakan kemahiran yang yang harus diketahui oleh setiap murid pendidikan khas.
Malah kemahiran ini amat penting dan harus di masukkan ke dalam kemahiran kehidupan
kurikulum. Memiliki kebersihan diri dan kekemasan diri merupakan alat yang membantu
murid-murid pendidikan khas ini untuk mendapatkan kerja pada masa akan datang. Malah
kemahiran ini juga penting untuk memastikan mereka akan kekal dengan jawatan yang
diberikan serta bagi memastikan mereka dapat mengekalkan hubungan social dengan orang
sekeliling. Kita harus berhadapan dengan reality bahawa di dalam dunia sebenar, tiada siapa
yang akan menawarkan kerja kepada orang yang tidak menjaga kebersihan diri dengan
sewajarnya. Selain itu kebersihan diri amat penting untuk memastikan kesihatan diri secara
keseluruhannya. Sementelahan itu, sememangnya kemahiran menjaga kebersihan diri amat
penting untuk dipelajari dan seterusnya diaplikasikan oleh murid-murid pendidikan khas.

Kemahiran ini bukanlah kemahiran yang boleh diajar dengan mudah, hanya dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan diri seperti mandi, gosok gigi,
menyikat rambut dan lain-lain. Sebaliknya kemahiran ini perlu dijadikan rutin seharian
bermula daripada awal tahun persekolahan dan berterusan sehingga hujung tahun. Pada
peringkat awal ataupun pada awal tahun, guru-guru boleh bermula dengan unit mudah seperti
kebersihan diri paling asas secara individu. Tanyakan kepada murid-murid kenapa menjaga
kebersihan diri amat penting and tanyakan kepada mereka tentang apa yang mereka fikir
tentang kebersihan.terangkan dan jelaskan kepada mereka tentang bilakah masa yang sesuai
untuk mandi. Samada pada waktu pagi atau malam dan tanyakan kenapa menjaga kebersihan
diri adalah amat penting dan merupakan perkara yang baik.

Sebaik sahaja anda berjaya memulakan perbincangan dan perkongsian buah fikiran,
maka tibalah masa untuk anda ebagai guru untuk mengajar atau menunjukkan cara-cara untuk
menjaga kebersihan tubuh badan. Sekiranya anda memanggil doctor di kawasan anda atau
hospital yang berhampiran dan menerangkan yang anda merupakan guru pendidikan khas
yang sedang mengajar murid-murid tentang kebersihan diri, mereka pastinya gembira untuk
memberikan bantuan. Tidak kiralah dari segi peralatan atau bahan-bahan yang boleh
digunakan untuk tujuan kebersihan diri maupun dari segi masa untuk datang sendiri ke
sekolah iaitu kelas anda untuk memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid pendidikan khas.
Murid-murid biasanya akan mendapat bungkusn kecil untuk tujuan pengenalan barang-
barang seperti deodorant ubat gigi dan berus gigi, sabun serta syampu. Apabila anda
menerima produk-produk ini, dibekalkan murid-murid dengan kain mandi dan tunjukkan
kepada murid-murid tentang cara yang betul untuk mencuci. Tunjukkan kepada pelajar
bagaimana cara untuk meletakkan sabun pada kain. Pastikan mereka diberi peluang untuk
melakukannya sendiri setelah melihat cara yang anda tunjukkan.

Kemudiannya, jemput doktor gigi untuk datang ke kelas anda bagi memberikan
penerangan dan tunjukajar tentang cara memberus gigi yang betul. Kemudiannya pastikan
mereka mencuba sendiri untuk memberus gigi mereka mengikut cara-cara yang diajar.
Jangan lupa untuk mengingatkan mereka tentang berapa kerap mereka harus memberus gigi
dan juga kekerapan yang sesuai untuk mengunjungi doctor gigi. Kemahiran kehidupan
seharian ini bukanlah kemahiran yang hanya perlu diajar sekali sahaja tetapi ia merupakan
kemahiran yang perlu disentuh setiap minggu ataupu setidak-tidaknya sekali sebulan. Ini
adalah kerana kebanyakan murid-murid pendidikan khas menghadapi kesukaran untuk
mengaplikasikan kemahiran ini.

KEMAHIRAN ADAB BERTATASUSILA

Kita sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan sopan santun dan berbudi Bahasa,
seharusnya menjadikan amalan ini terus menjadi sabahagian daripada amalan hidup kita.
Adab bertatasusila seperti berbudi Bahasa, menghormati orang lain terutamanya orang tua,
tolong menolong dan lain-lain harus diterapkan kepada murid-murid sedari awal lagi.
Walaupun penerapan amalan ini adalah dan seharusnya bermula dari rumah lagi pada usia
muda, namun sudah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk memastikan murid-murid
pendidikan khas ini mampu mengamalkan budaya terpuji ini.

Seperti kemahiran lain, kemahiran ini bukanlah kemahiran yang mudah untuk
dijadikan pengangan individu, tetapi sekiranya di ajar dan diasuh setiap hari, kemahiran ini
akan menjadi sebahagian daripad diri murid-murid.

Guru-guru harus menerangkan kepentingan untuk menjaga adab tatasusila dan


kemudiannya menerangkan kepada murid-murid bagaimana dan apakan perlakuan-perlakuan
yang harus diamalkan dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan perlakuan-perlakuan
yang tidak patut di amalkan dalam kehidupan.

Bagi memastikan mereka mengamalkan amalan adab tatasusila ini, guru-guru boleh
menggunakan system bintang. System ini dijalankan sepanjang tahun dan setiap pelajar akan
diberikan bintang setiap kali mereka melakukan perkara-perkara yang terpuji dan baik.
Sebaliknya sekiranya mereka melakukan perkara yang menyalahi adab tatasusila, maka
bintang mereka akan ditarik balik. System bintang ini sebenarnya sama dengan sistem merit
dimerit. Bagi menarik minat murid untuk mendapatkan sebanyak mungkin bintang iaitu
dengan melakukan perkara-perkara terpuji dan baik, mereka yang mendapat jumlah bintang
yang tertinggi pada akhir atau penghujung tahun persekolahan akan mendapat hadiah.

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah secara tidak langsung mampu
membantu dalam menerapkan adab tatasusila.

RUMUSAN

Kemahiran kehidupan seharian merupakan kemahiran yang sangat penting untuk


dipelajari oleh murid-murid pendidikan khas. Malah terdapat banyak kemahiran penting yang
harus dipelajari oleh mereka. Semasa mengajar kemahiran kehidupan seharian kepada murid-
murid terutamanya murid-murid pendidikan khas, pembelajaran terbaik mereka adalah
dengan melakukan sendiri aktivit tersebut. Bila-bila masa anda mengajar kemahiran
kehidupan seharian ini dan menjadiknnya aktiviti “ hands-on” menjadikan ianya sebagai satu
pengalaman pembelajaran yang menarik.
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai