Anda di halaman 1dari 10

19 November

2014

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014


Masa

CUE

1950

Ketibaan VIP

ANN 1
Hadirin sekalian, dipohon kerjasama hadirin utk
mengambil tempat duduk masing2, majlis akan
dimulakan sebentar sahaja lagi.
Sebelum majlis dimulakan ada beberapa perkara
yang perlu diberi perhatian:
1. Semasa pengumuman perarakan masuk
Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM
Hanif dibuat, dipohon kerjasama hadirin utk
berdiri dan seterusnya menyanyikan 3
rangkaian lagu Negaraku, N. Selangor dan
Sekolah.
2. Diminta hadirin mematikan telefon bimbit
atau menukar telefon bimbit anda ke mod
senyap untuk kelancaran majlis.
3. Diminta kerjasama para ibu bapa untuk
menghadkan pergerakan keluar masuk
dewan untuk mengelakkan sebarang
gangguan sepanjang majlis pada hari ini
berlangsung.
MENGUMUMKAN KETIBAAN
Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif
Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana
Menteri Merangkap Ketua UMNO Bahagian
Kelana Jaya diiringi oleh Yang Berusaha Tuan
Hj. Idrais Bin Abdul Hamid masuk ke dalam
dewan.
Hadirin dipohon berdiri.

Masa

CUE

2015

Lagu Negara ku
dimainkan
Para tetamu

ANN 2
Lagu Negara ku dimainkan.....
Hadirin dipersilakan duduk.

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014

19 November
2014

jemputan dan
hadirin dijemput
duduk
Masa

CUE

0940

Setelah semua
hadirin berada di
tempat duduk

ANN 3
Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,
salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1
Malaysia.
Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif
Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya.
Yang Berusaha Tuan Haji Idrais Bin Abdul
Hamid
Guru Besar SK Dato Onn Jaafar
Barisan Guru-Guru Penolong Kanan, Barisan Ahli
Jawatankuasa PIBG,Dato-Dato Datin-Datin, Para
guru, murid-murid, tuan-tuan puan-puan hadirin
dan hadirat yang dihormati sekalian.

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014

Masa
0945

CUE
Setelah semua
hadirin berada di
tempat duduk

19 November
2014

ANN 4
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.
Majlis terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran
Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif
serta para penerima anugerah kecemerlangan SK
Dato Onn Jaafar 2013. Majlis juga mengucapkan
selamat datang kepada semua para tetamu
jemputan tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
yang dimuliakan.

Masa

CUE
Bacaan doa

ANN 5
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.
Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan
Al-Fadhil Ustaz Mohd. Shahrulnizam Bin Zainal
Abidin untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.

Masa

Selepas bacaan
doa

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi

CUE
Ucapan AluAluan Pengerusi
Majlis

ANN 6
Hadirin Hadirat Sekalian,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya
dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis
Anugerah Kecemerlangan SK Dato Onn Jaafar
Tahun 2014.
Untuk makluman hadirin sekalian, Acara ini tiap-tiap tahun

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014

19 November
2014

diadakan untuk meraikan murid-murid yang telah berjaya


mendapat mendapat keputusan yang cemerlang
sepanjang tahun.
Masa

CUE
Ucapan Guru
Besar

ANN 7
Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan
sukacitanya mempersila Yang Berusaha Tuan
Haji Idrais Bin Abdul Hamid
Guru Besar SK Dato Onn Jaafar untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.

Selesai Ucapan
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan
sebentar tadi.
Masa

CUE
Ucapan
Perasmian VIP

ANN 8
Hadirin yang dihormati,
Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan
bangsa,
Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh jiwa,
Di sini ada pendidik yang tidak kenal erti putus
asa,
Di sini ada Guru Besar yang berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.
Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini, Majlis
menjemput dan mempersila Yg Berbahagia
Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif
Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana
Menteri Merangkap Ketua UMNO Bahagian
Kelana Jaya.
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
Merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK
Dato Onn Jaafar 2013. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

19 November
2014

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014

Masa

CUE
ANN 9
Setelah selesai Demikianlah tadi ucapan perasmian daripada Yg
ucapan VIP
Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif
Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana
Menteri Merangkap Ketua UMNO Bahagian
Kelana Jaya.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih

Persembahan
Violin Esamble

Hadirin yang dihormati sekalian,


Dari Kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti;
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Terimalah persembahan pembuka tirai oleh
pasukan violin sekolah dengan Persembahan
_______________________________________.

Masa

CUE

ANN 10
Hadirin sekalian,
Berikan tepukan untuk persembahan sebentar
tadi . Untuk makluman hadirin persembahan itu
tadi adalah di bawah bimbingan____________.

Masa

CUE
Konvo
Prasekolah

ANN 11
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan Konvokesyen
Penyampaian Anugerah Khas Pra Sekolah.

dan

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014

19 November
2014

Dengan ini, majlis sekali lagi mempersilakan Yg


Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif
Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana
Menteri Merangkap Ketua UMNO Bahagian
Kelana Jaya.
untuk menyempurnakan majlis.

Masa

Masa

Cenderahati

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan
Haji
Idrais
Bin
Abdul
Hamid
untuk
menyampaikan cenderamata kepada tetamu
jemputan. Sudi apalah kiranya tuan menerima
cenderahati yang tidak seberapa daripada pihak
kami. Budimu tuan diiringi ucapan terima kasih.

Selesai
Cenderahati

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berusaha Tuan Haji Idrais Bin Abdul
Hamid atas kesudian
beliau menyampaikan
cenderamata itu tadi.

CUE
ANN 12
Tarian Chinese
Fan Dance
Hadirin sekalian,
Sebagai halwa mata dan telinga marilah samasama kita saksikan Persembahan Tarian Chinese
Fan Dance. Dipersilakan.
CUE

ANN 13
Berikan
tepukan
yang
gemuruh.
Majlis
Selesai Tarian merakamkan ribuan terima kasih. Untuk makluman
Chinese
Fan semua, Persembahan tarian itu tadi adalah di
Dance
bawah bimbingan _______________________.

Kecemerlangan
Seterusnya, majlis menjemput Yang Dihormati
Akademik Tahun Dr. Abdul Razak Bin Zainuddin YDP PIBG SK
1-3
Dato Onn Jaafar untuk menyampaikan anugerah
kepada para penerima Anugerah Kecemerlangan

19 November
2014

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014

Akademik Tahun 1 hingga Tahun 3.

Selesai
Kecemerlangan

Majlis
merakamkan
ucapan
setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Dihormati Dr. Abdul Razak Bin Zainuddin atas
kesudian beliau menyampaikan anugerah kepada
para penerima anugerah.

Akademik Tahun Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara


4-6
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik
kepada
murid
Tahun
4-Tahun
6.
Bagi
menyempurnakan majlis, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Dihormati En. Lotefi
Bin Abd. Latif NYDP PIBG SK Dato Onn Jaafar
untuk menyampaikan anugerah kepada para
penerima anugerah.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Dihormati En. Lotefi Bin Abd. Latif NYDP
PIBG SK Dato Onn Jaafar atas kesudian beliau
menyampaikan anugerah kepada para penerima
anugerah.

Masa

CUE
Nasyid

ANN 14
Hadirin sekalian,
Kita berhenti rehat seketika dan marilah samasama kita saksikan persembahan Tarian
Kontemporari oleh anak-anak cilik Pra Sekolah.
Terimalah... Nirmala.
Itulah tadi persembahan tarian yang telah ditarikan
oleh anak-anak pra sekolah kita Berikan tepukan
yang gemuruh.Untuk makluman semua,
Persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan
___________________.
Anugerah Lonjakan Akademik Tahun1 Tahun 6

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014

19 November
2014

Yang Berusaha Pn. Maizatul Azura Mohd. Noor


Penolong Kanan Pentabiran dan Kurikulum
Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran
Tahun 1 hingga Tahun 6
Yang Berusaha Tuan Haji Rashid Bin Md.
Saman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tarian India

Hadirin sekalian, kita berhenti rehat seketika.


Sebagai halwa mata dan telinga marilah samasama kita saksikan satu tarian india Kannode
Kanbathe Ellam. Berikan tepukan yang gemuruh.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


persembahan itu tadi. Untuk makluman semua
persembahan tadi di bawah bimbingan
___________________.

Kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu


Penyampaian Anugerah Khas. Bagi
menyempurnakan majlis, pihak majlis menjemput
dan mempersila Yang Berbahagia Datin Salmah
Binti Buang, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum naik ke atas pentas.
** Anugerah Tunas Harapan
*** Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
- Sukan/ Permainan
- Badan Beruniform
- Kelab Persatuan
-Ucap terima kasih
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia Tuan Haji Idaris Bin Abd Hamid
naik ke atas pentas untuk menyampaikan
anugerah. Majlis mempersilakan.

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014

19 November
2014

** Anugerah NILAM
*** Tokoh Murid 2014
***** Anugerah Khas Putera 2014
**** Anugerah Guru Besar
-Ucap terima kasih

Hadirin sekalian,
Marilah sama-sama halakan pandangan ke atas
pentas untuk saksikan persembahan terakhir kita
Guruku Sayang.
Untuk makluman semua persembahan ini
menggabungkan kesemua murid Tahun1 hingga
Tahun 6 dan di bawah bimbingan
_____________________

Masa

CUE
Penutup

ANN 15
Kini, tibalah kita ke penghujung acara.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu


nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit
kesempatan waktu untuk menyampaikan jutaan
terima kasih kepada para tetamu jemputan dan
semua pihak yang telah hadir dalam menjayakan
acara
Majlis
Penyampaian
Anugerah
Kecemerlangan ini.
Di atas dahan pohon tempua
Melihat rusa tepi perigi

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014

19 November
2014

Salam perpisahan untuk semua


Di lain masa bersua lagi
Wabilahi.......Assalamualaikum warahmatullah
w.b.t. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai