Anda di halaman 1dari 12

Teori Pembelajaran

dan Model ID
SITI HAJAR BINTI ABDUL HAMID (MPP201056)
SUHAILA BINTI BUKHARI (MPP201007)
MOHD FAIZAL BIN HUMAN (MPP2010401)
ZATUL IFFAH BINTI MAT (MPP201037)
Kandungan Pembelajaran

• Matlamat pembangunan M- pembelajaran ini ialah untuk :

• i. Membangunkan sebuah Aplikasi Pembelajaran yang dapat membantu


para pelajar mempertingkatkan daya kefahaman mereka dalam tajuk
Geometri 3 Dimensi Tahun 1. Bidang Pembelajaran ialah Sukatan dan
Geometri yang merupakan tajuk bagi bab 7 Matematik Tahun 1.

• ii. Pelajar boleh mencapai nota yang memenuhi pelbagai ciri-ciri


multimedia yang menarik dan menjawab soalan-soalan kuiz untuk
meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam tajuk ini.
Teori Konstruktivisme

• Teori pembelajaran konstruktivisme dipilih dalam membangunkan aplikasi


Geometri Matematik Tahun 1 ini kerana ianya dapat memberikan
pembelajaran yang lebih bermakna dimana penglibatan pelajar yang lebih
aktif dan dapat membantu pelajar melakukan pembelajaran kendiri.

• Teori ini diterapkan bagi menggalakkan pengguna untuk membina


pengetahuan berasaskan pengalaman serta dapat mewujudkan pembelajaran
berpusatkan pelajar dimana mereka mengaplikasikan pembelajaran mereka
sepenuhnya dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja
Teori Konstruktivisme

•Aktiviti pembelajaran dalam aplikasi Geometri Matematik Tahun 1 adalah


memerlukan pengguna perlu memahami konsep asas geometri tersebut
dan mengaplikasinya dalam soalan penyelesaian masalah.

•Aktiviti pembelajaran konstruktivisme berlaku dalam aplikasi ini dengan


melibatkan penglibatan aktif, aktiviti siasatan, penyelesaian masalah, dan
kerjasama antara pengguna
Model ADDIE

• Secara umum, terdapat 5 fasa


utama dalam model ADDIE
(Rossett, 1987 dalam Jamalludin
Harun, Baharuddin Aris,
Zaidatun Tasir 2001). Fasa yang
terdapat iaitu analisis, reka
bentuk, pembangunan,
perlaksanaan dan penilaian.
Carta di sebelah menunjukkan
aliran kerja di dalam Model Reka
bentuk Instruksi ADDIE :
Model ADDIE

• Berdasarkan kepada huraian bagi lima fasa yang terdapat dalam


model ADDIE ini, kami memilih untuk menggunakan model ADDIE
untuk digunakan sebagai model rekabentuk instruksi dalam
membangunkan aplikasi pembelajaran bagi tajuk Geometri 3 Dimensi
Tahun 1.
• Pemilihan model ADDIE kerana model ini banyak digunakan sebagai
model reka bentuk instruksi untuk pembangun perisian pembelajaran
berasaskan web secara interaktif atau untuk pembelajaran peribadi.
Ini disebabkan oleh kejelasan bagi setiap lima fasa yang terdapat
dalam model ini sangat jelas dan mudah diikuti.
Model ADDIE

• Selain itu, Model ini merupakan satu model yang mudah dan ringkas untuk
diaplikasikan semasa membina produk pembelajaran tersebut. Proses yang terdapat
dalam model ADDIE ini adalah sistematik iaitu bermula daripada fasa analisis, fasa
reka bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan akhir sekali fasa penilaian.
Pembangun boleh kembali ke mana-mana fasa mengikut kesesuaian sekiranya ada
perubahan yang ingin dilakukan.

• Model ADDIE juga merupakan model reka bentuk instruksi yang paling awal dan ia
merupakan asas kepada model-model bentuk instruksi yang lain. Akhir sekali menurut
Shaharuddin dan Nornajidah (2010) model ini ialah model yang berorientasikan produk
dan sesuai digunakan kerana model ini menunjukkan secara langkah demi langkah
kepada pembangun dalam merancang dan membangunkan sesuatu.
Fasa Analisis

• Dalam fasa ini, pembangun membuat perancangan dan perbincangan


sebelum membangunkan aplikasi bag menetapkan hasil pembelajaran dan
skop kajian. Aplikasi Geometri 3 Dimensi Tahun 1 ini dibangunkan setelah
membuat analisis dan mengenal pasti murid Tahun 1 yang lemah dan
sukar memahami Bidang Pembelajaran Sukatan dan Geometri yang
merupakan tajuk bagi bab 7 Matematik Tahun 1. Masalah ini telah dikenal
pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan dan soal-selidik melalui
google form. Antara punca yang menyebabkan pelajar lemah dalam topik
geometri 3 Dimensi ini kerana murid sukar untuk menggambarkan bentuk
Geometri 3 Dimensi pada pandangan 2D. Kebanyakan pelajar mempunyai
keupayaan visual spatial yang lemah dan kurang pengetahuan asas
tentang pepejal. Selain itu, dalam fasa ini, pembangun akan menganalisis
keperluan dan perkakasan perisian yang diperlukan.
Fasa Rekabentuk

• Rekabentuk Instruksional yang dibangunkan ialah berdasarkan pendekatan


konstruktivisme 5E. Model ini dapat membantu menghasilkan satu platform pembelajaran
berkesan dalam menjana pemikiran aras tinggi pelajar.
• Konsep 5E dalam rekabentuk Instruksional ini ialah terdiri daripada kata kerja;
• Engage (melibatkan) elemen multimedia yang terdiri daripada teks, grafik, audio, video
dan animasi dapat menarik minat pelajar bagi mengekalkan tumpuan kepada bahan yang
terdapat dalam aplikasi Pembelajaran ini.
• Explore (meneroka) melalui nota yang disediakan.
• Explain (menerangkan) melalui hyperlink kepada tajuk pembelajaran dari video Youtube
• Elaborate (menghurai) jawapan dengan lengkap di dalam kuiz gamifikasi yang disediakan
di paparan aplikasi Pembelajaran ini.
• Evaluate (menilai) kefahaman pelajar iaitu pelajar akan diuji pada setiap kemahiran di
dalam aktiviti bagi tajuk Geometri 3 Dimensi ini.
Fasa Pembangunan

• Pembangunan bahan Aplikasi pembelajaran adalah dalam versi Bahasa


Melayu bagi memudahkan pelajar memahami isi kandungan pelajaran.
Projek ini akan menggunakan perisian MIT App Inventor berdasarkan
model ADDIE dan teori konstruktivisme di samping perisian yang lain
seperti adobe animate dan adobe photoshop. Kesepaduan antara elemen-
elemen multimedia yang canggih seperti teks, grafik, audio, video dan
animasi dapat memudahkan pelajar memahami konsep geometri yang
abstrak. Bahan pembelajaran yang dilengkapi dengan nota pelajaran,
kuiz, aktiviti, permainan, jurnal dan glosari mampu menjadikan ia pilihan
yang sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran.
Fasa Perlaksanaan

• Aplikasi Pembelajaran yang telah siap dibina akan digunakan atau


dipersembahkan dalam keadaan yang sebenar kepada beberapa
orang rakan untuk menguji keberkesanannya serta mengkaji
kelancaran Aplikasi Pembelajaran tersebut. Sebelum laman
Aplikasi Pembelajaran yang sebenar dikeluarkan secara rasmi,
aspek-aspek kelemahan yang telah dikenalpasti dan diperbaiki
melalui proses pemulihan.
Fasa Penilaian

• Fasa ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu penilaian secara formatif dan penilaian
secara sumatif. Penilaian formatif merujuk kepada penilaian bagi setiap fasa yang
terdapat dalam model ADDIE ini daripada fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa
pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian. Penilaian formatif
dilaksanakan sepanjang proses pembangunan perisian. Penilaian ini dilakukan agar
pembangun mengetahui keberkesanan bahan instruktional yang telah dibina.

• Penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dilakukan terhadap pengguna


sasaran. Fasa ini melibatkan pengujian secara spesifik tentang keberkesanan isi
kandungan, strategi dan elemen multimedia yang terdapat dalam produk yang
dibangunkan. Pengujian ini adalah melalui beberapa kaedah seperti temubual,
soal selidik, penyeliaan dan pengujian.

Anda mungkin juga menyukai