Anda di halaman 1dari 6

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Al-Qur’an sememangnya diturunkan sedikit demi sedikit dan beransur-ansur secara hafazan
dari Malaikat Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad SAW yang kemudiannya diturunkan
kepada sahabat-sahabat baginda SAW. Disini, Nabi bertindak sebagai mentor (guru) untuk
memastikan hafazan yang disampaikan boleh diingat dan dihafaz oleh sahabatnya
(muridnya). Seterusnya dari para sahabat diajarkan pula kepada ahli keluarga yang lain dan
masyarakat sekitarnya.

Firman Allah SWT dalam ayat 29 Surah al-Sad:

         

Terjemahannya:
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya
mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang
mempunyai fikiran”.

Bersandarkan ayat atas, ayat ini menyeru kepada penghayatan dan penghafazan al-Quran.
Bagi memelihara kesucian al-Qur’an al-Kareem, pelbagai usaha dilakukan termasuklah
melalui penghafazan al-Qur’an secara kalimah demi kalimah dan huruf demi huruf. Ia
merupakan salah satu usaha untuk menjamin terlaksananya sebahagian sunnah Rasulullah
SAW dan tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa melalui proses penghafazan al-Qur’an.

Kajian literatur ini amat penting kepada pengkaji kerana ia dapat membantu memberikan
idea-idea baru sebelum perbincangan yang lebih mendalam diteruskan. Namun begitu, tiada
kajian lepas yang khas dan spesifik didapati berkaitan rapat dengan pendekatan
pementoran guru muda dalam meningkatkan penguasaan hafazan di kalangan murid.

Kajian lepas menunjukkan kepelbagaian teknik dan kaedah hafazan telah digunakan dalam
mencapai matlamat menghafaz al-Qur’an secara konsisten dan usaha mengekalkan
hafazan di dada para huffaz. Antara kaedah dan teknik hafazan al-Qur’an yang dikenalpasti
ialah talaqqi, Musyafahah, Takrar, Tadarus, Semaan, Tasmik, Tashil, Tarkiz, Tafaqqud dan
Muraja’ah, kefahaman dan penulisan (Mustafa, Nor Musliza & Basri, Mokmin, 2014).
Walaubagaimanapun, terdapat program ‘Guru Muda’ yang dilaksanakan di Sekolah
Kebangsaan Sungai Tukang Sidin, Langkap, Perak dan juga SMK. Pedas, Negeri Sembilan.
Program yang dirangka dan dirancang khas ini adalah bertujuan untuk membantu murid
yang sederhana dan lemah bagi setiap mata pelajaran dalam sesebuah kelas.

Murid-murid yang kurang cemerlang atau lemah ini akan dibantu oleh rakan sebaya mereka
yang berprestasi baik dan cemerlang dalam gred pencapaian peperiksaan. Mereka inilah
yang bertindak untuk membantu guru yang dikenali sebagai ‘guru muda’ untuk membimbing
rakan-rakan mereka yang lemah.

Secara amnya, pendekatan pementoran guru muda juga memainkan peranan yang penting
dalam membantu bagi meningkatkan penguasaan setiap mata pelajaran terutamanya
hafazan ayat al-Qur’an.

Ringkasnya, dasar bagi orang yang ingin menghafaz al-Qur’an ialah Al-Qur’an
sememangnya diturunkan dalam bentuk hafazan. Ianya untuk memelihara dan melindungi
kalam Allah daripada kesilapan percetakan atau penyelewengan. (Mustaffa, M.H, & AL-
HADITH, J. A. Q. D., 2010).

2.2 TEORI-TEORI YANG DIGUNAKAN

Menurut Mohd Aderi (2003) dalam kajian Sharini (2017), bagi menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran tahfiz yang berkesan kepelbagaian bentuk pengajaran dan pembelajaran
perlu dilaksanakan. Penggunaan pendekatan, kaedah,teknik dan aktiviti perlu digabungkan
bagi meningkatkan kualiti hafazan al-Qur’an. Seterusnya akan memberikan impak yang baik
kepada pencapaian hafazan murid.

Teori-teori motivasi banyak membantu dalam mencari penyelesaian terhadap masalah


pencapaian murid dalam bidang pelajaran. Gaya keibubapaan mempunyai pengaruh yang
besar dalam pembentukan sikap murid yang seterusnya dapat menentukan peningkatan
atau penurunan pencapaian akademik murid tersebut (diakses dari laman web
http://eprints.utm.my/10385/3/TEORI_MOTIVASI. pdf, 2010).

Memetik dari sumber yang sama menurut Muhammad Kamil (2001), motivasi merupakan
elemen yang penting dalam menghasilkan pembelajaran yang sempurna. Tambahnya lagi,
motivasi merupakan suatu kaedah pengajaran yang boleh merangsang minat murid dalam
mata pelajaran yang diikuti. Weiner (1990), menyatakan motivasi adalah keadaan dalaman
seseorang yang membangkitkan, mengarah dan tingkahlaku secara berterusan.

2.2.1 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL (ALBERT BANDURA)

Menurut kajian Azizi & Mohd Sofie ( )dalam Teori-teori Tingkah Laku Berisiko, Teori
Pembelajaran Sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan
memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model
tingkah laku. Ini bererti persekitaran dan juga orang-orang yang signifikan akan
mempengaruhi tingkah laku.

Bandura (1977) dalam kajian Azizi & Mohd Sofie dalam Teori-teori Tingkah Laku Berisiko
juga mengatakan seseorang individu akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada
orang lain yang signifikan dengannyadan menyimpan maklumat yang diperhatikan secara
kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut.

Dalam teori permodelan Bandura (1977) yang dinyatakan oleh Firdaus Zailan dari kajian
Teori Pembelajaran Sosial (slideshare.app) terdapat empat proses pembelajaran
pemerhatian/permodelan, iaitu:
i. pemerhatian (attention). Tumpuan menjurus kepada satu model atau tingkahlaku
menerusi deria seseorang. Ciri model melibatkan faktor umur, jantina, hubungan
dengan murid, kegunaan maklumat dan kemahiran pemerhatian.

ii. mengingat (retention). Murid mempunyai keupayaan untuk mengingat. Dalam


konteks ini, bentuk seperti koding, grafik mental dan penyusunan kognitif diguna
pakai untuk merangsang minda murid.

iii. reproduksi (reproduction). Proses ini akan menghasilkan imej dan maklumat yang
diperhatikan. Kecekapan bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran
mengingat dengan tepat.
iv. peneguhan dan motivasi (reinforcement and motivation). Peneguhan terbahagi
kepada dua iaitu peneguhan negatif di mana teguran atau dendaan akan diberikan
dan peneguhan positif akan diberikan ganjaran.

Implikasi Teori Permodelan Bandura ini dalam kajian pengkaji, rakan sebaya atau guru
muda akan menjadi role model kepada responden yang dikaji.

2.2.2 TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Sumber http://www.greelane.com /ms/sains sosial/maslow-hierarchy-of-needs yang


disiarkan pada 25 Februari 2019, Piramid Hierarki keperluan Maslow adalah satu teori
Abraham Maslow telah megemukakan lima kategori asas keperluan iaitu:
i. keperluan fisiologi.
ii. keperluan keselamatan
iii. keperluan kasih sayang
iv. keperluan harga diri
v. keperluan kesempurnaan diri

Memetik dari sumber http://ejournals.ukm.my/jhadhari Jurnal Hadhari 9 (2) (2017) 275-285


dalam kajiannya yang bertajuk Teori Maslow Dan Kaitannya Dengan Kehidupan Muslim,
Maslow telah memperkenalkan teori humanistic dalam aspek pembangunan manusia. Teori
humanistic memfokuskan kesedaran kendiri dalam diri individu, keunikan diri dan
kepentingan manusia lain terhadap individu. Memetik dari sumber yang sama, teori yang
dikemukakan oleh Maslow adalah satu teori yang boleh dianggap memenuhi keperluan
fizikal dan emosi manusia.

Asmawati (2002) menjelaskan bahawa teori Maslow yang diterangkan dalam bentuk piramid
ini mengutarakan keperluan-keperluan motivasi yang berbeza yang terdapat dalam satu
hierarki; dan sebelum keperluan-keperluan yang lebih tinggi tinggi diperolehi, keperluan-
keperluan primer (asas) mestilah dipenuhi terlebih dahulu (diakses dari laman web
http://eprints.utm.my/10385/3/TEORI_MOTIVASI. pdf, 2010).
2.2.3 TEORI KOGNITIF

Sumber http://eprints.utm.my/10385/3/TEORI_MOTIVASI. pdf, (2010), teori kognitif bagi


motivasi menumpukan perhatian perhatian kepada peranan pemikiran, jangkaan dan
kefahaman manusiatentang kehidupan (Asmawati, 2002). Contoh, mengikut salah satu teori
kognitif iaitu teori nilai-jangkaan, dua jenis kognisi yang mendasari tingkah laku manusia.
Jangkaan yang pertama adalah tingkah laku tersebut akan membantu manusia mencapai
matlamat manakala yang kedua adalah nilai atau kefahaman tentang kepentingan matlamat
itu kepada manusia.

Teori kognitif telah membuat pemisahan yang ketara antara motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik. Menurut Feldman(1994) dalam Asmawati (2002) dari
http://eprints.utm.my/10385/3/TEORI_MOTIVASI. pdf, 2010, motivasi intrinsik menyebabkan
murid mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti untuk kepuasan yang akan diperoleh
daripada aktiviti tersebut. Manakala motivasi ekstrinsik akan mendorong murid menyertai
aktiviti untuk mendapatkan ganjaran.

2.2.4 TEORI MOTIVASI PENCAPAIAN McCLELLAND

Sumber http://eprints.utm.my/10385/3/TEORI_MOTIVASI. pdf, (2010), McClelland (1978)


dalam Abdul Rahman (1997) mengatakan bahawa motivasi individu akan meningkat jika,
pertama-dia dimotivasikan. Kedua, memahami unsur-unsur motivasi. Ketiga, melibatkan diri
secara aktif dalam usaha itu. Oleh yang demikian, dengan sendirinya menjelaskan proses
motivasi itu bertindak secara dua hala, dan kedua-dua pihak pula mestilah saling memberi
dan menerima.

Memetik dari sumber yang sama, ia menekankan juga tentang tingkah laku individu yang
bermotivasi pencapaian tinggi. Seseorang yang bermotivasi akan membuat pilihan positif
untuk melaksanakan sesuatu itu kerana beliau akan mengetahui tindakan ini bermakna
kepadanya dan boleh memuaskan keperluannya. Oleh itu, dalam teori motivasi pencapaian
ini menyebabkan harapan untuk kejayaan dan ketakutan untuk kegagalan tertanam dalam
jiwa individu tersebut.
2.3 KAJIAN LEPAS

2.3.1 KAJIAN-KAJIAN LEPAS DI DALAM NEGARA

2.3.2 KAJIAN-KAJIAN LEPAS DI LUAR NEGARA

2.4 RUMUSAN

Anda mungkin juga menyukai