Anda di halaman 1dari 9

KPD3026

KAJIAN TINDAKAN

1
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
PENGGUNAAN GAMBAR DALAM P&P UNTUK MEMBANTU PELAJAR
MENGINGAT FAKTA

1.0 Nama dan Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz,
Jalan Padang Tembak,
36000 Teluk Intan, Perak

2.0 Penyelidik
Muhammad Hussaini bin Husain

3.0 Tajuk Kajian
Penggunaan Gambar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Untuk Membantu
Pelajar Mengingat Fakta Bagi Subjek Pengajian Am.


4.0 Pengenalan
Sebagai seorang bakal guru yang masih lagi dalam proses belajar, sudah pasti banyak
lagi kelemahan dan kelompongan dalam kemahiran-kemahiran mengajar. Oleh itu, adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya sesi pengajaran
dan pembelajaran dapat berlangsung dengan sempurna. Hal ini penting untuk memastikan
para pelajar benar-benar faham segala yang diajar. Kita tidak mahu menjadi guru yang hanya
makan gaji buta dan mementingkan diri kerana tidak mahu memperbaiki kelemahan diri
dan menyebabkan para pelajar menerima kesannya.

KPD3026
KAJIAN TINDAKAN

2
Saya Muhammad Hussaini bin Husain, pelajar Semesta 6 Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Malaysia dengan Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Memandangkan
program saya adalah program pendidikan, maka saya berpeluang untuk mengikuti kursus
Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran II yang merupakan satu kursus yang sangat penting
bagi seorang pendidik. Melalui kursus ini, saya dapat mempelajari kemahiran-kemahiran
mengajar dan mengetahui kekuatan dan kelemahan saya. Melalui kursus ini juga, saya
ditugaskan untuk menyediakan sebuah kertas cadangan kajian tindakan. Tajuk yang saya
pilih adalah penggunaan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan
pelajar mengingat fakta.
Subjek Pengajian Malaysia atau lebih dikenali sebagai Pengajian AM adalah satu
matapelajaran yang seakan-akan subjek sejarah kerana mempunyai banyak fakta yang perlu
diingat. Terdapat banyak tarikh, tempat, tokoh, dasar, dan peristiwa penting yang perlu
diingati oleh pelajar dalam pembelajaran subjek ini. Hal ini menimbulkan kesukaran kepada
pelajar kerana buku-buku Pengajian Am yang sedia ada mempunyai terlalu banyak perkataan
dan hanya sedikit sahaja gambar. Hal ini menyebabkan pelajar tidak berminat untuk
membaca buku tersebut dan berasa cepat bosan apabila membaca. Apabila pelajar tidak
membaca buku, sudah pasti mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam
matapelajaran tersebut. Sebagai seorang pelajar, saya turut merasai perkara yang sama
apabila berhadapan dengan buku yang penuh dengan teks.
Oleh itu, saya mencadangkan untuk menggunakan gambar-gambar yang banyak untuk
menarik minat dan memudahkan pemahaman pelajar. Sebagai seorang pendidik yang sudah
berjaya melihat kelemahan sesuatu perkara, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
memperbetulkannya. Walaupun usaha kita tidak berjaya, namun setidak-tidaknya ada usaha
yang dikerahkan untuk melakukan perubahan. Penggunaan gambar-gambar ini boleh
disertakan dalam ABM atau BBM guru itu sendiri. Selain itu, guru juga boleh memberi
cadangan kepada syarikat-syarikat pencetakan yang mengeluarkan buku tingkatan 6 seperti
Sasbadi dan Longman agar menambah bilangan gambar-gambar bewarna yang releven untuk
menarik minat pelajar dan memudahkan pemahaman mereka.



KPD3026
KAJIAN TINDAKAN

3
5.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Daripada sesi pengajaran yang lepas, saya telah mengajar subjek Pengajian Am
Penggal 1 dan tajuk yang saya pilih ialah Pembentukan Negara Malaysia dan subtajuk yang
saya ajar pula ialah Kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan menggunakan bahan bantu
mengajar (BBM) yang saya sediakan sendiri iaitu slaid Prezi, saya telah menyelitkan gambar-
gambar serta video berbentuk montaj untuk tatapan pelajar. Tayangan montaj yang berkisar
dengan kemerdekaan negara sangat membantu pelajar untuk memahami tajuk yang akan
diajar. Setelah selesai tayangan montaj, saya memberi penerangan yang lebih lanjut dan turut
membuka persoalan kepada pelajar. Selain itu, penggunaan slaid Prezi bagi menggantikan
penggunaan Power Point dirasakan sangat membantu. Hal ini kerana slaid prezi ini adalah
lebih moden, ceria, dan mampu menarik perhatian pelajar ke arah layar putih. Saya juga
memastikan bahawa slaid Prezi saya ringkas dan hanya mengandungi isi-isi penting. Isi-isi
itu kemudiannya saya akan kembangkan melalui penerangan dan contoh-contoh.
Memandangkan jumlah pelajar yang sedikit, saya mampu menjalankan perbincangan dengan
pelajar-pelajar. Pada akhir slaid Prezi, saya selitkan soalan-soalan kuiz yang berbentuk
objektif kepada pelajar. Melalui soalan itu, hanya seorang pelajar sahaja yang tidak dapat
menjawab dengan betul. Saya turut membincangkan jawapan kuiz tersebut supaya pelajar
mendapat jawapan yang betul dan memberi pengukuhan kepada mereka.

Melalui sesi pengajaran makro ini, terdapat beberapa pekara yang masih saya tidak
berpuas hati. Saya tidak mengaitkan topik pembelajanran saya iaitu berkaitan kemerdekaan
Tanah Melayu dengan isu-isu semasa. Saya boleh membandingkan keamanan yang kata
nikmat kini dengan keadaan huru-hara daripada rusuhan dan konflik yang berlaku. Saya juga
boleh menyelitkan peristiwa serangan di Lahat Datu yang telah mengorbankan beberapa
orang anggota polis negara kita. Pada pendapat saya, konteks pengajaran yang saya ajar ini
adalah mudah dan tidak mencabar bagi seorang pelajar tingkatan 6. Saya seharusnya lebih
kreatif dalam mencetuskan idea-idea dan membuatkan pelajar berfikir di luar kotak dan
seterusnya menjadikan pelajar lebih prihatin hal-hal yang berkaitan dengan kemerdekaan
negara. Keadaan saya juga yang sedikit gelabah pada ketika itu menyebabkan banyak idea-
idea penting yang lupa untuk saya sampaikan. Saya sedar banyak lagi yang perlu diperbaiki
dalam teknik penerangan yang saya gunakan. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurangnya
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN

4
persediaan yang saya lakukan. Saya juga turut bertanya kepada rakan-rakan saya secara tidak
formal berkaitan dengan kelemahan sesi pengajaran saya dan jawapan yang saya terima
adalah seperti jangkaan saya. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, adalah menjadi
tanggungjawab saya untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri. Saya perlu
mencari penyelesaian terhadap masalah saya agar saya boleh menggunakan pendekatan
pembelajaran yang lebih berkesan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan baik. Bagi permasalahan lain, saya mendapati pelajar kurang berminat untuk
membaca buku Pengajian Am ini. Apabila diajukan soalan kepada pelajar tersebut, mereka
mengatakan bahawa mereka cepat bosan dan mengantuk apabila membaca. Selain itu, terlalu
banyak perkara yang perlu dihafal yang kadang kala mengelirukan mereka.


6.0 Isu Keperihatinan

Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, saya telah
menggunakan teknik pengajaran berasaskan teknik penerangan. Teknik penerangan
merupakan satu kaedah tradisional yang telah lama digunapakai. Ia digunakan secara meluas
oleh para guru dan pensyarah dan disampaikan secara lisan. Struktur kaedah penerangan
merupakan pengucapan yang mengandungi semua bahagian ciri yang diikuti dengan hujah
dan pandangan serta penyoalan retorikal. Ia boleh dibina dalam bentuk menyatakan, kuliah,
narration, mendedahkan, menjelaskan, atau ucapan mudah (simple speech).
Menyatakan merupakan satu bentuk narration yang mudah dan lazimnya dilakukan
oleh guru-guru peringkat tadika atau sekolah rendah (tahap 1). Menyatakan hampir
menyerupai bercerita yang bertujuan untuk menarik minat murid terhadap pelajaran.
Menyatakan dicirikan dengan mudah, jelas, dan menggunakan frasa-frasa yang dapat
menggambarkan pemikiran secara linear. Menjelaskan pula mewakili penemuan kebenaran
(truth) dengan berdasarkan kepada hujah deduktif (deductive arguments). Kaedah
menjelaskan ini akan membentuk operasi logik seperti induksi, deduksi, perbandingan,
analisis, sintesis, dan analogi. Dengan menggunakan slaid Prezi, saya dapat menyampaikan
penerangan yang lebih teratur dan berkesan kerana dipandu oleh point-point mudah yang
terdapat di slaid.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN

5
7.0 Fokus Kajian
Bahagian ini mengisahkan tentang permasalahan yang pernah dialami oleh pengkaji
dan mampu memberi kesan kepada murid. Dalam kajian ini, saya memfokuskan kepada
keseluruhan pelajar kerana saya dapati permasalahan ini berlaku bukan sahaja di seluruh
negara, malah di serata dunia (worldwide). Walaupun terdapat pelbagai masalah yang
dikenalpasti, masalah-masalah tersebut lebih menjurus kepada kekurangan kemahiran saya
sendiri. Oleh itu, saya lebih menfokuskan permasalahan kepada masalah atau kesukaran
pelajar untuk mengingat fakta-fakta penting dalam subjek Pengajian Am. Melalui kajian dan
pemerhatian saya, terdapat beberapa masalah yang dapat dikesan :
1. Pelajar tidak minat membaca buku
2. Pelajar cepat bosan dan mengantuk apabila membaca buku yang penuh dengan teks
3. Pelajar keliru dengan nama-nama tokoh
4. Pelajar sukar mengingati peristiwa-peristiwa penting

Apabila banyak gambar-gambar yang berkaitan dengan fakta yang ingin diajar, saya
yakin dan percaya pelajar akan lebih gemar membaca buku. Usaha perlu dilakukan agar
pelajar minat untuk membaca dan menjadikannya sebagai budaya. Kebanyakan pelajar yang
lemah dalam pelajaran adalah disebabkan mereka tidak gemar membaca buku. Oleh itu,
sesuatu harus dilakukan agar pelajar dapat membaca buku dengan seronok dan mudah faham
isi-isi yang dibacanya.


7.0 Kajian Sorotan
Penggunaan gambar-gambar dan ilustrasi dalam pembelajaran bukanlah sesuatu yang
baru. Di dalam buku First Contact: Learning in Introductory Sociology karya Nancy A.
Greenwood dan Jay R. Howrd ada menceritakan perihal penggunaan gambar-ganbar yang
bersesuaian untuk memperkuatkan sesi pembelajaran. Alat bantuan visual atau gambar-
gambar ini amat sesuai dijadikan sebagai butiran dan komponen visual di dalam
pembentangan. Pembentangan menggunakan Power Point adalah sangat popular dalam
masyarakat hari ini dan sering digunakan di bilik darjah bersama-sama alatan moden lain.
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN

6
Penggunaan Power Point memudahkan guru-guru untuk menyediakan satu bahan bantu
mengajar (BBM) yang menarik. Guru-guru boleh memasukkan gambar-gambar yang releven
dengan mudah iaitu dengan hanya mencari gambar tersebut di google dan menggunakan
arahan copy dan paste untuk meletakkan gambar tersebut pada slaid Power Point. Menurut
Nancy A. Greenwood dan Jay R. Howrd (2011) juga, terdapat kecenderungan bahawa
penggunaan teknologi-teknologi ini dapat membantu pembelajaran pelajar. Penggunaan
Power Point yang mempunyai corak serta visual yang menarik adalah lebih baik berbanding
penggunaan overhead projector dan papan hitam.
Madison (2004) turut bersetuju bahawa penggunaan gambar sebagai alat illustrasi
mampu mempertingkatkan pembelajaran. Professor Madison telah menggunakan gambar-
gambar (terdapat gambar yang ditangkapnya sendiri) untuk menarik perhatian pelajarnya,
memudahkan perbincangan, dan membantu pelajarnya untuk memerhatikan gambar tersebut
berbanding daripada hanya melihatnya.
Menurut Rose Sivia (2006) di dalam bukunya How Can You Help Your Children to
Learn, penggunaan gambar dapat merangsang ingatan, membentuk gambaran mental, dan
dapat mengingat gambar yang telah dipelajari dengan mudah.


8.0 Objektif Kajian
Objektif kajian yang saya lakukan ini adalah untuk meningkatkan pemahaman serta
keseronokan murid ketika membaca buku dengan gambar-gambar atau ilustrasi yang banyak.
Selain itu, gambar-gambar turut boleh diselitkan di slaid-slaid power point yang disediakan
oleh guru. Hal ini membolehkan murid untuk memahami dengan lebih jelas berkenaan
sesuatu isu atau fakta. Gambar-gambar ini juga memboleh pelajar untuk mendapat gambaran
yang lebih jelas berkenaan suasana sesuatu peristiwa. Sebagai contoh, gambar demonstrasi
orang-orang Melayu ketika menentang Malayan Union boleh membawa pelajar seolah-olah
berada di tempat kejadian. Berdasarkan kajian ini, saya telah menggariskan beberapa objektif
yang ingin dicapai :


KPD3026
KAJIAN TINDAKAN

7
i. Objektif Umum
Membantu pelajar untuk memahami sesuatu pelajaran dengan lebih berkesan dan
meyeronokan
ii. Objektif Khusus
Membantu pelajar untuk lebih memahami sesuatu yang dipelajari
Menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan seronok
Merangsang minat pelajar untuk membaca buku
Membantu pelajar untuk mengingati apa yang mereka pelajari

9.0 Metodologi Kajian

Reka Bentuk Kajian


Mengenalpasti
Aspek Amalan
Perancangan
Tindakan /
Implementasi
Pengumpulan
Data
Refleksi
KPD3026
KAJIAN TINDAKAN

8
i. Mengenalpasti Aspek Amalan
Pelajar sukar untuk mengingati fakta-fakta pelajaran. Mereka juga bosan dan cepat
mengantuk apabila membaca buku yang penuh dengan teks.

ii. Perancangan
-Mengenalpasti masalah Murid
-Menggunakan banyak gambar-gambar serta illustrasi sebagai BBM, menggunakan
gambar-gambar yang sesuai di dalam slaid Power Point.

iii. Tindakan / Implementasi
-Murid membaca buku-buku yang mempunyai banyak gambar dan illustrasi
-Murid belajar menggunakan Power Point yang mempunyai banyak gambar-gambar
-Murid cuba meningati peristiwa-peristiwa penting berdasarkan gambar

iv. Pengumpulan Data
-Ujian pra & Ujian pasca

v. Refleksi
-Peningkatan yang positif





KPD3026
KAJIAN TINDAKAN

9
10.0 Jadual Perlaksanaan

Bil Tindakan Tarikh Cadangan
1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar 6 Ogos 2014
2. Pengumpulan data awal yang diambil daripada permerhatian,
temu bual dan ujian bulanan yang sudah dilakukan.
8 Ogos 2014
3. Menulis kertas cadangan kajian 10 Ogos 2014
4. Merancang tindakan selepas mendapat dapatan awal-kumpulan 10 Ogos 2014
5. Melaksanakan tindakan (Aktiviti 1) 13 Ogos 2014
6. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 15 Ogos 2014
7. Melaksanakan tindakan (aktiviti 2) 20 Ogos 2014
8. Melaksanakan ujian pos dan melakukan analisis ujian pos 22 Ogos 2014
9. Membuat refleksi dan penilaian 1 Minggu
10. Membukukan laporan penuh kajian tindakan dan menyerahkan
kepada pihak sekolah untuk menjadi rujukan
Pembentangan akan dilakukan jika perlu
29 Ogos 2014

Anda mungkin juga menyukai