Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT

BIRO EKONOMI
PPBM BAHAGIAN JELEBU
Bil 1/2019

Tarikh : 25 Febuari 2019


Hari : Isnin
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Dewan Banquet, Faez Tomyam, Spg Durian

Kehadiran :

1. Dato Amran B. Hj Sameon


2. En. Fakharudin Bin Zakaria
3. En. Aznan B. Muhamad
4. En. Mohd. Jamal B. Ibrahim
5. En. Mohd Yunus B. Champrong
6. En. Md Omar B. Hj. Idris
7. En. Mohd Aris B. Omar
8. En. Norsin B. Mat Noh
9. En. Adnan B. Isa
10. En. Mohd. Shafie B. Abdul Aziz
11. Pn. Rudizoraini Bt. Yub
12. En. Mohd Fhadzrullah B. Abdul Raffar
13. En. Ahmad B. Rakami

Turut Hadir :

1. En. Shafie B. Bakri

Tidak Hadir :

1. En. Rose Izanie B. Osman


2. En. Shahrul B. Che Wil
3. En. Muzammil

BIL PERKARA TINDAKAN


1 Ucapan pengerusi majlis

 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab


 Salam keagamaan dan ucapan terima kasih di atas jemputan
mesyuarat kali pertama Biro Ekonomi PPBM Bahagian
Jelebu.
 Ucapan tahniah juga turut dizahirkan kepada Barisan Ahli
Jawatankuasa yang dilantik, serta memuji ajk kali ini adalah
yang terbaik dari sebelumnya. Makluman

2 Pengenalan FELDA D’MART

 Berasaskan konsep koperasi sejak mula ditubuhkan.


 Setiap keluarga peneroka diberikan kredit tunai sebanyak
RM 350 hingga ke RM 500 sebulan oleh pihak D’MART.
 D’MART akan memperolehi duit tersebut dari pihak pejabat Makluman
Felda setempat setiap bulan.

3 Masalah yang dihadapi oleh D’MART

 Setiap bulan pada tarikh 01-19 hari bulan D’MART akan


memotong duit perolehan peneroka dari Pejabat Felda.
 Bermula bulan november hingga disember tahun 2018
pihak Pejabat Felda tidak dapat mengeluarkan “PaySlip” dan
ini menyebabkan peneroka marah dan terpaksa bayar tunai
kepada D’MART untuk mengambil barang.
 Pengurusan Felda lebih mengutamakan pinjaman bagi En. Md Omar B.
membesarkan rumah. Hj. Idris
 Di Felda Lui Selatan serami 500 orang peneroka tidak
menggunakan kredit tunai di D’MART

4
 Masalah bermula apabila wujudnya KPF
 Apabila diambil alih oleh FGV maka banyak berlaku
perubahan dalam D’MART.
 Modal dari KPF serta pengambilan stok barang jualan dari
pembekal-pembekal yang besar. Selepas diambil alih stok
barang jualan diambil pembekal-pembekal kecil dan ini
menyebabkan harga barangan yang dijual oleh D’MART
meningkat 50% dari sebelumnya dan jauh berbeza dari En. Mohd Aris B.
pasaraya di luar. Omar
 Seolah-olah pihak pengurusan D’MART menolak untuk
mendapat keuntungan.
 Manakala pendapatan peneroka semakin merosot selepas
wujudnya FTP.
 FTP mengenakan caj operasi kepada peneroka sebanyak
RM 1500 sebulan.
 Ini menyebabkan ramai peneroka mengambil keputusan
menguruskan sendiri kebun mereka. Seperti di Felda Pasoh
4 seramai 200 orang peneroka daripada 303 orang
peneroka mengusahakan sendiri kebun mereka.

5.  D’MART mengambil kesempatan dari peneroka oleh kerana


pendapatan mereka semakin berkurangan.
 Pengurusan tertinggi Felda melakukan salah urus tadbir dan En. Shafie B.
ini menyebabkan Felda mengalami kerugian yang amat Bakri
teruk sekali.

6.  Adakah D’MART membeli saham dalam FGV sebanyak 2


billion?
 Tanah Felda dipajak oleh FGV sebanyak 3000 ekar akan
tetapi setiap seorang peneroka mendapat hasil pajakan
tersebut hanya RM 15000 sahaja. Sumber mengatakan En. Mohd Yunus
sebenarnya RM 25000. Dimanakah perginya duit itu? B. Champrong
 Keuntungan KPF pernah peneroka mendapat dividennya
setinggi 16%. Tetapi setelah FGV ditubuhkan KPF mengalami
rugi yang besar. Wujudnya FGV maka hidup peneroka makin
tersepit dan susah.

7. Cadangan penyelesaian masalah

1) Memperbetulkan segala pentadbiran pihak pengurusan


Felda sama ada di pusat mahupun di setiap negeri.
2) Mencadangkan agar pihak pengurusan D’MART
mempelbagaikan barangan jualan sama seperti pasaraya di
luar seperti TESCO, GIANT dan lain-lain.
3) Mencadangkan D’MART mewujudkan sistem kredit kad bagi
memudahkan peneroka membeli barang di setiap D’MART
yang ada di Malaysia. Pengerusi dan
4) Mencadangkan agar D’MART menjual barang mengikut Setiausaha
harga pasaran.
5) Mencadangkan D’MART mewujudkan kad keahlian kepada
semua peneroka. Kelebihan ahli kada adalah dapat membeli
barang tanpa cukai.
6) Mencadangkan agar setiap pajakan oleh pihak FGV
dibatalkan dan Felda kembali sebelum ini.
7) Mencadangkan D’MART menjaga dan menjual barangannya
yang bermutu serta berkualiti.
8) Mencadangkan agar pengurusan Felda diuruskan oleh anak-
anak peneroka sendiri.

8. Penutup.
 Pengerusi berjanji agar segala masalah dan juga cadangan
ahli mesyuarat ini akan di bawa ke pengetahuan Ketua
Bahagian.
 Membuat satu kertas kerja bagi penyelesaian masalah Makluman
D’MART ini dan akan dibentangkan dalam mesyuarat AJK
Bahagian Jelebu kelak.
 Meminta supaya ahli semua bersabar dan banyakkan
berdoa kepada Allah agar masalah dan cangan mereka ini
akan berjaya diselesaikan.
 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 04.53 petang.

Disediakan Oleh :

............................................
(FAKHARUDIN BIN ZAKARIA)
Setiausaha Biro Ekonomi
PPBM Bahagian Jelebu

Disemak dan Diluluskan Oleh :

.............................................
(DATO AMRAN B. HJ SAMEON)
Pengerusi Biro Ekonomi
PPBM Bahagian Jelebu

Anda mungkin juga menyukai