Anda di halaman 1dari 1

TEKS MC MAJLIS IFTAR PERDANA 2013 Yang Berbahagia En. Shukor Bin Ahmad, En.

Ahmad Fadhil Bin Majid , dan En. Ahmad Khusairi, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak, Yang Berusaha Puan Hjh. Arpah Bt Ismail, Pengetua Smk Gerik, Tuan Hj. Rashidi Bin Yamin, Yang Dipertua PIBG Smk Gerik, barisan penolong kanan, guru kaunselor cemerlang, barisan guru kanan, guru-guru, staf, ajk PIBG dan pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Alhamdulillah dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat kita berkumpul pada petang ini untuk menjayakan Majlis Iftar Perdana 2013. Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, Majlis Iftar Perdana 2013 merupakan program anjuran bersama unit asrama, kelab guru & staf dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Smk Gerik. Program iftar ini diadakan bertujuan untuk meraikan bulan Ramadhan disamping megeratkan ukhwah dan silaturahim antara kita tanpa mengira agama dan bangsa. Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, dijemput Ustaz Muhammad Fadzli Bin Abdullah untuk mengetuai bacaan doa, dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi. Majlis seterusnya menjemput Puan Hjh. Arpah Bt Ismail, Pengetua Smk Gerik untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ............................wakil Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi. Majlis menjemput Tuan Hj. Nik Azman Bin Salleh, Penolong Kanan Smk Gerik, untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada wakil Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak. Di jemput Ustaz Muhammad Fadzli Bin Abdullah untuk mengetuai bacaan doa berbuka puasa. Hadirin dan hadirat dijemput untuk menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai