Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM

KAJIAN HUBUNGAN PENCAPAIAN AKADEMIK TERHADAP


MAHASISWA ATLET DI UniSZA

NAMA & KOD KURSUS :

METODOLOGI PENYELIDIKAN DALAM PENGAJIAN ISLAM (DWI23103)

NAMA & NO. MATRIK :

INTAN NURBATRISYIA BINTI MAZLAN (050122)

NAMA PENSYARAH :

PROF. MADYA DR. ROSLAN BIN UMAR

PROGRAM :

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH)

SEMESTER III 2018/2019


SENARAI KANDUNGAN

BAB1: PENDAHULUAN

HALAMAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Pernyataan Masalah 1

1.3 Tujuan kajian 2

1.4 Objektif kajian 2

1.5 Soalan Kajian 2

1.6 Hipotesis Kajian 3

1.7 Sorotan Literatur 3

1.8 Metodologi Kajian 6

1.9 Tatacara Pemerolehan Data 8

1.10 Tatacara penganalisisan Data 9

1.11 Kepentingan Kajian 9

1.12 Definisi Operasional 10

Rujukan 12
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Di Malaysia, kecemerlangan akademik akan menjadi kayu ukur serta asas


kepada kejayaan seseorang individu. Bagi memperoleh status yang lebih tinggi dan
berprestij, segolongan besar masyarakat Malaysia lebih mementingkan pencapaian
akademik yang cemerlang berbanding bidang atau lapangan yang lain.
Sesungguhnya hanya status ilmu sahaja yang dilihat dan memang benarlah
kedudukan ilmu itu sangat tinggi. Pendidikan dari segi falsafahnya bertujuan untuk
membangunkan pembangunan modal insan serta memperkembangkan segala
potensi yang dapat dicungkil dalam diri setiap pelajar. Kantha Kumar (1985)
mengatakan kebimbangan terhadap kemerosotan pencapaian akademik akan masih
tetap wujud walaupun sudah terbukti wujudnya nilai-nilai positif dalam aktiviti sukan
dan rekreasi. Masyarakat juga masih berpendapat penglibatan pelajar dalam sukan
hanya akan menjejaskan prestasi akademik serta memberi kesan negative terhadap
pembelajaran dalam kuliah. Terdapat juga individu yang membuat kesimpulan
bahawa tiada masa yang mencukupi bagi mengulangkaji pelajaran terhadap pelajar
yang terlibat aktif dalam sukan. (Mohd Samri bin Mohd Noor)

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Sesetengah ibubapa terutamanya masyarakat luar bandar, masih tetap


dengan kepercayaan mereka bahawa penglibatan dalam lapangan sukan hanya
akan mendatangkan gangguan serta menjadi punca kepada kemerosotan
pencapaian akademik anak-anak mereka. Mereka tidak mahu anak mereka akan
leka dibuai minat terhadap pendidikan luar bilik darjah sehingga akan mengabaikan
pelajarannya satu hari nanti. Mereka juga masih belum percaya dan dapat menerima
bahawa dengan penglibatan kegiatan kokurikulum khususnya sukan ini sebenarnya
amat membantu pelajar dalam mengembangkan potensi diri serta banyak memberi
impak positif walaupun ke bidang kerjaya di masa hadapan. Sehubungan itu, kajian
ini dijalankan bagi membuka mata dan minda bahawa adakah benar penglibatan
sukan menjejaskan prestasi akademik.

Pencapaian akademik pula sentiasa dikaitkan dengan penglibatan sukan


yang diceburi. Masa yang telah banyak habis dengan latihan sukan hanya menjadi

1
rujukan dan tuduhan terhadap kegagalan dan menurunnya prestasi akademik.
Pandangan ini masih tidak lekang dari pemikiran masyarakat negara ini umumnya
walaupun telah banyak kajian yang berjaya membuktikan dan menyangkal
pandangan yang salah ini.

Kajian Mohd Yusoff (1983) mendapati bahawa prestasi akademik tidak akan
terjejas melainkan seseorang pelajar yang bergiat aktif dalam sukan itu bijak untuk
menguruskan masa dalam pembelajarannya di kuliah serta kegiatan sukan di
padang. Jika seseorang individu minat akan sukan yang diceburinya, pasti dia akan
bersungguh-sungguh dalam aktiviti sukannya tanpa meninggalkan keutamaan untuk
belajar. Kesedaran kendiri perlulah ada agar diri terus melonjak kearah
kecemerlangan holistik.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan bagi menjawab segala persoalan mengenai hubungan
perkaitan prestasi akademik pelajar yang terlibat aktif dalam sukan. Pengkaji juga
telah mendapati telah banyak kajian-kajian lepas dilakukan mengenai permasalahan
ini dan mendapati bahawa penglibatan dalam lapangan sukan ini juga terdapat
kesan positif juga negatif. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi panduan
dan gambaran sebenar mengenai kesan penglibatan mahasiswa dalam bidang
sukan ketika masih menuntut di universiti.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1 Mengkaji perkaitan akademik antara mahasiswa atlet dan mahasiswa


bukan atlet.

1.4.2 Mengenalpasti samada tahap prestasi akademik dipengaruhi oleh


penglibatan aktif dalam bidang sukan.

1.4.3 Menganalisis tahap pencapaian akademik mahasiswa atlet dan bukan


atlet.

1.5 SOALAN KAJIAN

1.5.1 Apakah hubungan pencapaian akademik antara mahasiswa atlet dan


bukan atlet?

2
1.5.2 Adakah penglibatan mahasiswa secara aktif dalam bidang sukan
mempengaruhi tahap pencapaian akademik mahasiswa dalam peperiksaan?

1.5.3 Apakah faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik mahasiswa


atlet serta adakah hubungan signifikan antara tahap pencapaian akademik
dengan pelajar yang aktif bersukan ini?

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis nol : tiada hubungan signifikan antara prestasi akademik dengan


penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan

Hipotesis alternatif : terdapat hubungan signifikan antara prestasi akademik


dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan

1.7 SOROTAN LITERATUR

Dalam setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan, mahasiswa yang bergiat
secara aktif dalam lapangan sukan sentiasa dikaitkan prestasi akademik mereka.
Sebagai contoh, mahasiswa yang aktif sehingga berjaya mewakili universiti dalam
kejohanan sukan seperti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia
(MASUM) sering dikatakan punca menjadikan prestasi akademik mereka merosot.
(Mohd Samri bin Mohd Noor)

Kecemerlangan seseorang acap kali dinilai hanya berdasarkan kepada tahap


pencapaian akademik dan hanya menumpukan kepada kegiatan bersifat ilmiah
sahaja manakala segala aktiviti bersifat fizikal atau melibatkan sukan pula dianggap
mengganggu focus dan tumpuan pembelajaran. Namun, penyelidikan saintifik
menunjukkan sebaliknya. Pencapaian akademik pelajar yang terlibat dalam kegiatan
fizikal, sukan, kecergasan dan rekreasi mununjukkan hubungan yang positif.
(Donnelly et al., 2016; Donnelly & Lambourne, 2011; Khan et al., 2012; Muñoz,
Sanchez-Bueno & Vos-Saz, 2017).

Aspek kokurikulum atau pendidikan di luar kuliah penting bagi membina


kemahiran insaniah, kemahiran generik serta pembangunan diri secara menyeluruh.
Beberapa penyelidik telah berjaya membuktikan bahawa terdapatnya hubungan
yang positif antara pencapaian akademik yang baik dengan aktiviti kokurikulum.
(Hanks & Eckland, 1976)

3
Azizah Abdul Razak (2002) mengatakan, dalam melahirkan pelajar yang
mempunyai keseimbangan mencakupi aspek perkembangan rohani, jasmani dan
sosial, aktiviti penting yang berkesan ialah melalui kegiatan aktiviti kokurikulum.
Aktiviti kokurikulum ini merupakan pendidikan di luar bilik darjah yang secara tidak
langsung mampu memupuk sifat berani, berdikari, bertanggungjawab, rajin,
berdisiplin, serta banyak lagi nilai murni hingga menghasilkan warganegara yang
bertanggungjawab dan prihatin.

Menurut Wardatul Aishah Musa & Nooraini Othman, (2014) pembangunan


modal insan sempurna merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi serta intelek boleh
dicapai dengan keterlibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Jika didedahkan
dengan pembangunan modal insan yang sempurna akan mampu membina sahsiah
yang tinggi kalangan pelajar khususnya remaja. Selain itu, setelah mengikut
keperluan negara pada masa kini, sistem pendidikan negara juga turut berubah.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggalakkan penglibatan pelajar dalam
kegiatan aktiviti kokurikulum sejajar dengan falsafah pendidikan negara bagi
melahirkan pemuda harapan bangsa yang seimbang dari segenap aspek rohani,
jasmani, emosi dan intelek.

Dalam kajian Mahamad Yusof Bin Abdul Rani et.al (2016), kaedah
penganalisisan data ialah dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi. Data yang diperoleh dari soal selidik telah dikumpul lalu dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Bagi
menjelaskan pembolehubah demografi responden, statistik deskriptif digunakan.
Antara faktor demografi responden seperti jantina, umur, kategori pelajar atlet dan
bukan atlet, jurusan yang diambil, fakulti, serta purata nilai gred kumulatif (PNGK)
akan dianalisis menggunakan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus.
Seterusnya statistik inferensi digunakan bagi mengukur perbandingan pencapaian
akademik antara atlet dan bukan atlet berdasarkan jantina melalui ujian-t.

Wan Rezawana Wan Daud et.al (2018), menggunakan pendekatan


penyelidikan kuantitatif yang merupakan kajian deskriptif dalam metodologi
penyelidikannya dengan tujuan ingin mebuat perihalan terhadap serakan tahap
kecerdasan berbagai pelajar. Reka bentuk kaedah tinjauan dipilih kerana instrumen

4
kajian beliau menggunakan borang soal selidik sebagai alat ukur mwngumpulkan
data.

Hipotesis yang dicadangkan Azizah Abdul Razak (2002), hipotesis nol iaitu
hubungan antara pelajar yang terlibat aktif dalam bidang kokurikulum (sukan)
dengan prestasi akademik tidak mempunyai hubungan yang signifikan manakala
bagi hipotesis alternatif, prestasi akademik pelajar yang bergiat aktif dalam bidang
sukan mempunyai hubungan yang signifikan .

5
1.8 METODOLOGI KAJIAN

Mula

Pemilihan responden Pelajar


(populasi) UniSZA
Lokasi : UniSZA

Pemilihan sampel
Pensampelan 100 orang
rawak mudah (50 orang atlet & 50 bukan
atlet)

kuantitatif
Pengumpulan data

Pilot test
Soal selidik

Analisis data
(tahap pencapaian akademik
pelajar bergiat aktif dalam
sukan)

Akhir

Rajah 1: Carta Alir Metodologi Kajian

6
i. Reka Bentuk Kajian
 Kajian tinjauan
Pengkaji menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif dalam menjalankan
kajian ini. Bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan yang merupakan
kajian deskriptif bagi mengumpul maklumat dan memperihalkan taburan
kecerdasan pelajar. Instrumen soal selidik digunakan sebagai pengumpulan
data bertujuan meninjau hubungan tahap pencapaian akademik pelajar atlet
dan bukan atlet.

ii. Lokasi & Populasi

Kajian dihadkan hanya di sekitar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan
populasi dalam kajian ini hanya melibatkan mahasiswa dan mahasiswi
UniSZA. Oleh itu, segala penganalisisan data, perbincangan dan rumusan
hanya berdasarkan kepada dapatan kajian yang dilaksanakan di UniSZA
sahaja.

iii. Pensampelan
a. Saiz sampel

Bagi tujuan kajian ini, responden kajian melibatkan seramai 100


mahasiswa UniSZA yang terdiri daripada 50 orang atlet dan 50 orang
bukan atlet. Sampel ini dipilih bagi mengkaji dan membandingkan tahap
pencapaian akademik pelajar yang diukur berdasarkan peperiksaan
Semester 1 sesi 2019/2020. Responden terdiri daripada pelajar lelaki
dan perempuan, serta berlainan bangsa. Semua responden juga
dihadkan hanya kepada mahasiswa tahun dua dan keatas.

b. Teknik pensampelan

Kajian ini menggunakan prosedur pensampelan secara rawak mudah


dimana mahasiswa dipilih dari enam buah fakulti yang berbeza dari
sebelas buah fakulti yang terdapat di UniSZA. Antara fakulti yang terlibat

7
ialah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Fakulti Pengurusan &
Perniagaan, Fakulti Undang-undang & Hubungan Antarabangsa, Fakulti
Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, Fakulti Informatik & Komputeran
serta Fakulti Sains Kesihatan. Ini adalah bagi memastikan responden
kajian mempunyai peluang untuk dipilih dari setiap sampel dalam populasi
kerana hanya melibatkan pelajar tahun dua dan keatas sahaja.

1.9 TATACARA PEMEROLEHAN DATA.

i. Data primer : Soal selidik

Satu set borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
mengandungi 3 bahagian yang perlu dilengkapkan iaitu Bahagian A, B dan C
iaitu bagi atlet manakala hanya 2 bahagian bagi bukan atlet iaitu Bahagian A
dan B. Bahagian A mengumpul maklumat mengenai latar belakang
responden yang merangkumi jantina, umur, bangsa, jurusan, fakulti dan tahun
pengajian. Bahagian B pula mengandungi soalan-soalan mengenai
penglibatan responden dalam sukan, jumlah masa latihan, faktor penglibatan
dan pencapaian dalam sukan manakala bahagian terakhir iaitu Bahagian C
pula mengenai pencapaian akademik pelajar, jumlah masa belajar serta
kemahiran dalam mengurus masa, kerja berkumpulan dan kemahiran
berkomunikasi.

ii. Data sekunder : kajian kepustakaan

Pengkaji telah meneliti dan menghimpunkan segala informasi yang diperoleh


daripada jurnal ilmiah, artikel, buku ilmiah dan hasil penyelidikan orang lain
sebagai rujukan bagi membantu kajian yang akan dijalankan. Pengkaji juga
dapat membezakan kajian-kajian lepas lalu beroleh metodologi yang terbaik bagi
menjalankan kajian.

8
1.10 TATACARA PENGANALISISAN DATA

Bagi menjelaskan pembolehubah demografi responden, statistik deskriptif


digunakan. Antara faktor demografi responden seperti jantina, umur, kategori pelajar
atlet dan bukan atlet, jurusan yang diambil, fakulti, serta purata nilai gred kumulatif
(PNGK) akan dianalisis menggunakan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus.
Data yang telah dikumpul melalui instrumen borang soal selidik akan di analisis dan
diproses dengan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Seterusnya
statistik inferensi digunakan bagi mengukur perbandingan pencapaian akademik
antara atlet dan bukan atlet berdasarkan jantina melalui ujian-t.

1.11 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil daripada kajian ini, beberapa kepentingan dapat dilahirkan kepada banyak
pihak termasuklah ibubapa, pelajar, pihak institusi serta masyarakat umum. Antara
kepentingan kajian ini adalah :

1.11.1 Kajian ini mampu menjadi rujukan buat ibubapa kerana dapat memberi
gambaran sebenar kepada mereka bahawa penglibatan anak dalam bidang sukan
akan membawa kepada kemerosotan pencapaian akademik atau tidak. Sekiranya
tidak menjatuhkan prestasi akademik, maka menjadi peranan ibubapa dalam
menggalakkan anak mereka agar terus bergiat aktif dalam sukan disamping
mengekalkan kecemerlangan dalam pelajaran.

1.11.2 Kajian ini juga menjadi satu pedoman serta bimbingan kepada
mahasiswa-mahasiswi samada patut terus terlibat secara aktif dalam bidang sukan
atau tidak ketika masih dalam perjuangan menuntut ilmu. Jika tidak menjejaskan
pencapaian akademik, maka jelaslah bahawa pelajar ini sememangnya bijak dalam
menguruskan masa oleh itu usaha ini perlulah diteruskan agar dapat terus bergiat
aktif dalam sukan yang diminati di universiti.

1.11.3 Kajian ini akan dapat menzahirkan hubungan pencapaian akademik


antara mahasiswa atlet dan bukan atlet. Dapatan kajian ini yang diperoleh melalui
penganalisisan data akan menunjukkan perbezaan status prestasi akademik
mahasiswa atlet dan bukan atlet. Ini akan mampu menjadi panduan serta menarik

9
minat pelajar yang berkeinginan untuk bergiat aktif dalam sukan yang diminati ketika
masih belajar di institusi pengajian tinggi.

1.11.4 Kajian ini mampu mengenalpasti unsur-unsur yang mempengaruhi


prestasi akademik atlet sukan. Jika bersukan menyebabkan kemerosotan
pencapaian akademik pelajar, pasti terdapat sebab-sebab yang menyebabkan
pelajar lebih cenderung untuk mengabaikan pelajaran di perkuliahan.

1.11.5 Kajian ini juga dapat dijadikan panduan serta rujukan bagi pihak
institusi agar menggalakkan budaya bersukan dengan menyediakan segala fasiliti
yang selesa dan lengkap serta menganjurkan program yang membantu
meningkatkan kemahiran insaniah serta kemahiran generik pelajar.

1.12 DEFINISI OPERASIONAL.

Pencapaian akademik :

Menurut Zubaidah Che Sulaiman (2012), pencapaian akademik bermaksud


pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang diperoleh oleh
seseorang individu. Tahap atau peringkat pula diukur melalui umur, peringkat
pengajian serta kemampuan individu dalam pembelajaran dan pendidikan tersebut.

Selain itu, pencapaian akademik ialah keputusan peperiksaan melalui purata nilai
gred kumulatif (PNGK) serta gred purata mata nilai (GPA). (Mohd Samri bin Mohd
Noor)

Mahasiswa atlet:

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, mahasiswa ialah pelajar atau penuntut di
universiti. Atlet pula ialah orang yang bergiat dalam bidang sukan iaitu ahli sukan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, mahasiswa atlet ialah penuntut universiti
yang bergiat secara aktif dalam bidang sukan sehingga banyak mewakili universiti
dalam kejohanan-kejohanan sukan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

10
Mahasiswa bukan atlet :

Mahasiswa yang tidak melibatkan diri dalam bidang sukan atau tidak mewakili
universiti dalam apa jua kejohanan sukan. Mahasiswa yang bergiat aktif dalam
menuntut ilmu tanpa melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

11
RUJUKAN

Azizah binti Abdul Razak. (2002). Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dan
hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar: satu tinjauan ke atas
pelajar diploma dan sarjana muda KUiTTHO (Doctoral dissertation, Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn).

Fernando Muñoz-Bullón, et.al (2017). The influence of sports participation on


academic performance among students in higher education. Sport
Management Review, 20(4), 365–378.

Hanks, M,. & Eckland, B. ( 1976). Athletics and social participation in the educational
attainment in the educational attainment process. Sociology of education, 49,
271-294

Husin Hj. Deraman, et.al (2017). Pelaksanan Pengurusan Pasukan Bola Sepak
Untuk Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Malaysia. JuKu: Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(2), 55-65.

Joseph E. Donnelly, et.al (2016). Physical Activity, Fitness, Cognitive Function, and
Academic Achievement in Children: A Systematic Review. Medicine &
Science in Sports & Exercise, 48(6): 1197–1222.

Joseph E. Donnelly & Kate Lambourne. (2011). Classroom-based physical activity,


cognition, and academic achievement. Preventive Medicine, 52 (SUPPL)

Kantha Kumar Ramasamy. (1985). Kaedah permainan dalam proses pengajaran


pembelajaran pendidikan jasmani. Jurnal Institut Pendidikan Darul Aman, 19,
8 – 13.

Mahamad Yusof Bin Abdul Rani, et.al (2016). Tinjauan Kesan Penglibatan Atlet
Karnival Kokurikulum Matrikulasi Malaysia (KAKOM) Terhadap Pencapaian

12
Akademik Di Kolej Matrikulasi Labuan. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan
Jasmani, 5(2), 44-52.

Mamat, Masiah and Dahlan, Mohd Yunos (2003) Penglibatan Pelajar Secara Aktif
Dalam Bidang Sukan Di Peringkat Universiti Serta Kesannya Terhadap
Pencapaian Akademik. Satu Tinjauan Di UTM. Bachelor's thesis, Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohammad Younis Khan, et.al (2012). Association between participation in sports


and academic achievement of college students. International Journal of
Academic Research in Business and Social Sciences, 2(8), 419–431.

Mohd Samri bin Mohd Noor, & Dr. Mohad Anizu bin Haji Mohd Nor. (2006)
Penglibatan Mahasiswa Secara Aktif dalam Bidang Sukan di Peringkat
Universiti dan Kesannya Terhadap Pencapaian Akademik dalam: National
Student Development Conference (NASDEC) 8-9 Ogos 2006, Kuala Lumpur,
Malaysia

Mohd Zulfadli Rozali & Saifullizam Puteh (2014) Keterlibatan Pelajar Secara Aktif
Dalam Kokurikulum (Sukan) Terhadap Peningkatan Kemahiran Generik
dalam Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan
dan Latihan Teknikal dan Vokasional kali ke-4, 25-26 Ogos 2014, Mersing,
Johor.

Syed Lamsah bin Syed Chear, et.al (2018). Kepentingan Aktiviti Fizikal Dalam
Membina Personaliti Dan Meningkatkan Prestasi Akademik. Jurnal Sains
Sukan dan Pendidikan Jasmani, 7(1), 21-33.

Wan Rezawana Wan Daud, et.al (2018). Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan
Sikap terhadap Sukan Pelajar Pintar Cerdas Akademik. Jurnal Pendidikan
Malaysia 43(3).

Wardatul Aishah Musa & Nooraini Othman (2014). Kesedaran Kendiri Terhadap
Aktiviti Kokurikulum dan Keberkesanannya Kepada Remaja dalam Prosiding

13
Social Sciences Research ICSSR, 9-10 Jun 2014, Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia

14

Anda mungkin juga menyukai