Anda di halaman 1dari 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/320074565

PERSEKITARAN KELUARGA DAN KESANNYA TERHADAP PENDIDIKAN ANAK-


ANAK JALANAN DI JALAN CHOW KIT, KUALA LUMPUR

Working Paper · June 2016


DOI: 10.13140/RG.2.2.15130.75202

CITATIONS READS

2 13,125

2 authors, including:

Anuar Ahmad
Universiti Kebangsaan Malaysia
31 PUBLICATIONS   38 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

ETHNIC STUDIES View project

Multi Diversity View project

All content following this page was uploaded by Anuar Ahmad on 28 September 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PERSEKITARAN KELUARGA DAN KESANNYA TERHADAP
PENDIDIKAN ANAK-ANAK JALANAN
DI JALAN CHOW KIT,
KUALA LUMPUR

Anuar Ahmad
Norhaidawati Mohd Noor

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan persekitaran


keluarga dan kesannya terhadap matlamat pendidikan anak-anak
jalanan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Pengumpulan data
menggunakan kaedah temubual melibatkan maklumat demografi,
pengaruh pendidikan (matlamat, peluang dan kekangan pendidikan)
yang dihadapi oleh anak-anak jalanan di Jalan Chow Kit. Kajian ini
melibatkan 3 orang kanak-kanak jalanan yang berada di sekitar Jalan
Chow Kit, Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
persekitaran keluarga seperti penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
dan kegiatan sosial anak-anak di luar rumah menjadi faktor utama
anak-anak ini menjadi anak-anak terbiar di jalanan.Matlamat anak-
anak jalanan terhadap pendidikan, halangan dan kekangan yang
terpaksa dilalui oleh anak-anak ini dibincangkan dalam kajian ini.

Kata Kunci: anak-anak jalanan, penglibatan ibu bapa, pendidikan,


matlamat, pendidikan, persekitaran keluarga

1.0 Pengenalan

Masa hadapan negara Malaysia adalah berada dalam genggaman anak-anak pada hari ini.
Merekalah yang akan membangunkan bangsa ini kelak dengan pengetahuan dan kemampuannya
bersaing di dunia global. Membawa bangsa Malaysia dalam percaturan politik, ekonomi dan
kebudayaan bersama bangsa-bangsa lain di panggung dunia. Tanggungjawab generasi penerus
bangsa ini tidak boleh dipandang remeh, malah perlu dibekalkan dengan pembelajaran yang
mantap dan tidak mudah goyah dengan tradisi politik dan halangan lain. Dalam usaha kerajaan
melaksanakan tanggungjawab ini, keluarga di lihat memainkan peranan besar dalam melahirkan

1
masyarakat yang harmonis, berilmu seterusnya melahirkan warga yang cemerlang dalam
mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan pembangunan modal insan (Zulkifli
et.al, 2011). Menurut Rohner, Ronald & Veneziano, (2001) ibubapa merupakan individu yang
paling hampir dengan anak-anak dan mereka yang mencorakkan perkembangan peribadi anak-
anak dari peringkat kelahiran sehingga ke peringkat dewasa.

Walaupun sekolah merupakan institusi formal yang memberikan anak-anak pendidikan,


namun peranan ibubapa tidak boleh dipandang remeh. Menurut Rohaty (2003), peranan
keterlibatan ibubapa dalam membentuk anak-anak yang berpendidikan adalah amat penting bagi
melahirkan generasi yang mempunyai matlamat dan merebut peluang pendidikan yang diberikan
untuk membina masa depan yang cemerlang. Masalah dan kekangan utama anak-anak jalanan ini
untuk mendapatkan pendidikan sempurna bukan disebabkan mereka tidak mempunyai wang
yang cukup tetapi disebabkan oleh kurangnya penglibatan dan perhatian ibubapa mereka dalam
aktiviti pembelajaran serta aktiviti sosial mereka di rumah (Zukina, 2003).

Sebahagian besar masa anak-anak adalah bersama dengan ibubapa. Oleh itu, faktor
persekitaran keluarga seperti ibubapa tidak melibatkan diri dengan aktiviti anak-anak mereka
boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak jalanan yang berada di Jalan Chow Kit ini. Anak
boleh diibaratkan seperti sehelai kain putih bermula dari peringkat bayi lagi. Maka, ibu bapa
merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam mencorakkan kain putih tersebut
disebabkan ibu bapa adalah teras bagi sesebuah keluarga dan mereka juga merupakan agen
sosialisasi dalam kehidupan anak-anak mereka (Atan Long, 1978).

2.0 Latar Belakang Kajian

Anak jalanan sudah biasa kelihatan di bandar-bandar besar khususnya di Bandaraya


Kuala Lumpur. Kepekaan masyarakat terhadap anak-anak terbiar yang berada di jalanan ini tidak
begitu mendalam. Padahal anak-anak terbiar di jalanan ini mempunyai hak-hak yang istimewa
yang termaktub dalam hak asasi kanak-kanak iaitu semua kanak-kanak tidak mengira keupayaan
dan ketidakupayaan mereka, jantina mereka, sosial, ekonomi, kebudayaan, latar belakang etnik

2
dan agama mereka, HIV dan taraf kesihatan mereka, mereka mempunyai hak yang sama rata
untuk kualiti pendidikan, penjagaan dan juga perlindungan.
Walau bagaimanapun generasi muda ini perlu dibentuk dengan baik agar potensi yang
ada ini dapat direalisasikan atau diterjemahkan dalam bentuk tenaga kerja serta kepimpinan yang
diperlukan. Sekiranya perkara ini tidak dijaga dan diolah dengan baik, perkara yang sebaliknya
akan berlaku. Mereka mungkin menjadi anak-anak yang terbiar berada di jalanan dan menjadi
faktor peruntuh ketamadunan negara dan membebankan masyarakat.

Nanda (1996) mendefinisikan anak jalanan secara umum sebagai : a. berada di tempat
umum (jalanan, pasar, pasaraya, tempat-tempat hiburan) selama 24 jam. b. berpendidikan rendah
(kebanyakan keciciran daripada sekolah) c. berasal dari keluarga-keluarga yang tidak mampu d.
melakukan aktiviti untuk menjana ekonomi (melakukan pekerjaan pada sektor informal). Anak
jalanan, umumnya berasal dari keluarga yang pekerjaannya berat dan ekonominya lemah. Anak
jalanan ini berkembang dengan latar kehidupan jalanan dan akrab dengan kemiskinan,
penganiayaan, dan hilangnya kasih sayang, sehingga membebankan jiwa dan membuatkan
mereka berperilaku negatif. Kebanyakkan mereka tinggal di bandar setempat, dan berhampiran
dengan Jalan Chow Kit. Dalam kalangan anak jalanan ini ada yang tinggal di bandar yang
berbeza dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan atau bercerai. Terdapat juga anak jalanan yang
masih tinggal bersama keluarga dan yang tinggal terpisah tetapi masih sering pulang ke rumah
keluarga. Terdapat juga anak-anak yang terbiar ini masih berada di bangku sekolah dan sering
merayau tanpa hala tujuan bersama rakan-rakan sebaya disebabkan kurangnya penjagaan oleh
ibu bapa terhadap pendidikan dan aktiviti luaran mereka.

3.0 Pernyataan Masalah

Pendidikan melibatkan idea-idea dan aktiviti-aktiviti yang praktikal. Manusia dari


pelbagai lapisan masyarakat mementingkan pendidikan sebagai cara mempertingkatkan mutu
seseorang. Pendidikan juga tidak dapat dipisahkan dari kehidupan pelajar. Bagaimanapun
pencapaian akademik pelajar adalah berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Latar
belakang anak-anak ini adalah faktor yang disebut sebagai pengaruh utama mereka tidak
mencapai matlamat dalam pendidikan. Kajian-kajian menunjukkan bahawa matlamat dalam

3
pendidikan bukan sahaja dipengaruhi oleh budaya dan masyarakat yang melengkungi keluarga
tetapi juga faktor pendapatan keluarga serta penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak
di rumah.

Secara umumnya, terdapat berbagai pelbagai bentuk halangan yang membantutkan


matlamat mereka terhadap pendidikan. Program-program pendidikan merupakan elemen yang
paling penting dilihat boleh mengubah status sosial anak-anak jalanan ini ke tahap yang lebih
baik (Abd. Halim et. al. 2005). Namun begitu, anak-anak jalanan yang ditemui enggan
bersekolah dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah.

Abd. Halim et al, (2005) menyatakan dalam kajiannya kemiskinan keluarga dan
kekurangan pendidikan dalam kalangan ibu bapa mungkin menyumbang kepada kepercayaan
anak-anak jalanan ini bahawa kekangan ekonomi akan menyekat mereka mencapai cita-cita. Ini
menyebabkan ibubapa mereka berasa anak-anak mereka tiada harapan yang tinggi dan ini terus
mempengaruhi penglibatan mereka dalam proses pembelajaran anak-anak di rumah. Misalnya
kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, data dari National Assessment for Educational
Progress (NAEP) menunjukkan pelajar-pelajar daripada golongan sosio ekonomi rendah
menghadapi masalah pencapaian dalam mata pelajaran utama seperti Matematik dan Sains.
Menurut Bracey (2003), pelajar miskin kerugian kerana sebab-sebab gaya hidup mereka.
Pertamanya, ibu bapa mereka kurang bercakap dengan anak-anak mereka berbanding pelajar dari
golongan lebih berada.

4.0 Objektif Kajian

Objektif kajian secara khususnya adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti hubungan persekitaran keluarga dengan pendidikan formal anak-anak


jalanan
2. Mengenalpasti matlamat pendidikan dalam kalangan anak-anak jalanan di Jalan Chow
Kit, Kuala Lumpur
3. Mengenalpasti peluang pendidikan dalam kalangan anak-anak jalanan
4. Mengenalpasti kekangan/ halangan pendidikan yang dihadapi oleh anak-anak jalanan.

4
5.0 Persoalan Kajian
1. Adakah pengaruh persekitaran keluarga mempengaruhi pendidikan formal dalam
kalangan anak-anak jalanan?
2. Adakah anak-anak jalanan masih mempunyai matlamat dalam pendidikan?
3. Adakah masih ada peluang pendidikan untuk anak-anak jalanan di Jalan Chow Kit, Kuala
Lumpur?
4. Apakah kekangan/ halangan yang dihadapi oleh anak-anak jalanan untuk menikmati
pendidikan sempurna?

6.0 Tinjauan Literatur

Sikap ibubapa terhadap pendidikan anak-anak penting dalam menentukan kejayaan


mereka dalam akademik. Ibubapa yang bersikap positif akan dapat turut serta dalam aktiviti
pembelajaran anak-anak dan menyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk anak-anak
dirumah. Rohaty (2003) menyatakan ibubapa dari keluarga miskin di Malaysia kurang
memperhatikan anak-anak di rumah. Keadaan di rumah kurang merangsangkan pembelajaran
dipersekitaran mereka (Arnold, Zeljo & Doctoroff, 2008). Ibubapa yang sentiasa memberi
dorongan dan aspirasi kepada anak-anak boleh memberi kesan yang baik terhadap
perkembangan mereka dari segi mental dan fizikal (Zukina, 2003). Walaubagaimanapun, tidak
semua ibubapa mampu memberikan rangsangan dan penglibatan yang positif kepada anak-anak
kerana terdapat kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Sejauh mana pengaruh penglibatan ibubapa dalam pendidikan formal dan aktiviti luaran
anak memberi kesan kepada anak-anak bergantung kepada keupayaan mereka untuk menghadapi
dan menangani kekangan yang dihadapi. Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh Mayhew
dan Lempers (1998) mendapati dalam keluarga yang mengalami kekangan dari segi kewangan,
ibubapa mereka kurang memberikan sokongan kepada anak. Kajian Mayhew dan Lempers
(1998) selaras dengan penyataan Noraini (1994) yang menyatakan anak-anak dari keluarga yang
mempunyai status sosioekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam pembelajaran dan
memperoleh gred pencapaian yang tinggi berbanding anak-anak dari keluarga yang mempunyai

5
status ekonomi yang rendah. Ini adalah kerana dalam keadaan status sosioekonomi yang tinggi
ibubapa mampu memberikan sokongan dan menyediakan kemudahan serta persekitaran yang
selesa untuk belajar. Di dapati kekurangan sokongan dan kurangnya penglibatan ibubapa dalam
pendidikan anak-anak mempunyai hubungan dengan tahap penghargaan kendiri yang rendah di
kalangan anak. Berbeza dengan kajian oleh Fagen dan Cowen (1996) yang mendapati keluarga
yang mengalami empat atau lebih kekangan hidup pula menunjukkan ibubapa lebih bersikap
mesra dan mengambil berat manakala anak pula mempunyai imej diri dan kecekapan sosial yang
tinggi.

Menurut Ernst (1990) pula ibubapa daripada status sosioekonomi yang rendah
mempunyai jangkaan yang rendah terhadap anak dan memberikan hukuman kepada tingkahlaku
anak yang mendatangkan kesan untuk jangka masa yang pendek. Kebiasaannya hukuman yang
diberikan oleh ibubapa dari status sosioekonomi yang rendah tidak konsisten dan secara spontan.
Kenyataan oleh Ernst (1990) ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Hashima dan Amato,
(1994) yang mendapati ibubapa dari keluarga miskin mempamerkan sikap kurang mendidik,
kurang memberi perhatian terhadap perlakuan anak-anak dan tidak konsisten dalam
mendisiplinkan anak. Mereka juga mengamalkan tingkahlaku menghukum dan tidak
memberikan sokongan kepada anak-anak.

Kajian oleh Zarinah Arshat & Rozumah Baharudin (2011), pula mendapati tingkahlaku
dan penglibatan ibubapa yang miskin dalam pendidikan anak-anak dipengaruhi juga oleh tahap
pendidikan ibu bapa. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi kebiasaannya melihat hubungan anak
sebagai dua hala, bersifat resiprokal (Dekovic & Gerris, 1992), banyak melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran anak dan mengamalkan komunikasi yang positif dan terbuka. Komunikasi
yang terbuka membolehkan ibu bapa menunjukkan kasih sayang melalui sentuhan, kemesraan
dan sokongan. Adalah menjadi fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi. Tanpa kasih
sayang, seseorang itu mungkin menghadapi berbagai-bagai masalah emosi (Kamarudin, 1996).
Justeru itu, ibu bapa perlu mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang aktif
dan juga mengsahihkan keperluan dan permasalahan anak-anak mereka terutamanya dalam
masalah pendidikan dan sosial anak-anak mereka (Rak & Patterson, 1996).

6
Oleh itu, dalam menentukan matlamat dan hala tuju anak-anak dalam pendidikan,
ibubapa harus memainkan peranan penting terutama dalam membina minda dan akhlak yang
baik supaya timbul suasana yang seronok dan selesa bagi anak-anak untuk menimba ilmu
pengetahuan. Sehubungan itu, bagi memastikan anak-anak jalanan ini tidak terus terumbang-
ambing di jalanan, ibubapa seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak-anak di
rumah selaras dengan pernyataan Mohd Fadzli (2007) keluarga ialah asas segala pendidikan
yang kukuh kepada generasi muda.

Pengaruh Persekitaran Keluarga terhadap pendidikan anak-anak: Perspektif Teori Dan


Bukti Empirikal

Mengikut Alias Baba (1989) tiga faktor yang mempengaruhi pembelajaran individu iaitu
faktor latar belakang (persekitaran) keluarga, kebolehan dan sifat peribadi pelajar. Persekitaran
adalah faktor luaran yang banyak mempengaruhi proses pembelajaran, manakala kebolehan pula
lebih kepada kelebihan yang ada pada individu. Sifat peribadi yang menjurus ke arah
kecemerlangan juga mempengaruhi pencapaian individu.

Calhoun, (1990) menganggap keluarga sebagai satu institusi sosial yang mengandungi
undang-undang dan peraturan yang ditunjukkan ke atas manusia. Manakala Hurlock (1973) pula
mengambarkan keluarga sebagai asas permulaan dalam pembentukan masyarakat. Keluarga
sering dikaitkan dengan ibu dan bapa yang bertindak sebagai pengawal kepada anak-anak. Ikatan
pertalian darah antara ibu bapa dan anak-anak merupakan ikatan yang sangat rapat di mana anak-
anak mendapatkan kasih sayang, perlindungan dan pembelaan. Anak-anak pula terikat dengan
norma-norma yang telah ditetapkan oleh ibu bapa sehingga secara langsung peraturan-peraturan
ini akan dapat mempengaruhi tingkah laku anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.

Atan Long (1978) menyatakan bahawa antara faktor persekitaran yang mempengaruhi
kanak-kanak ialah hubungan dalam keluarga, iaitu hubungan kanak-kanak dengan orang dewasa
mempengaruhi penguasaan bahasanya. Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang dan
tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa akan merencatkan perkembangan
bahasanya dan seterusnya akan mengakibatkan rendah pencapaian akademik mereka sekaligus
menjadikan anak-anak ini anak yang terbiar.

7
Mengikut Baldwin & Baronski (1990) persekitaran keluarga merujuk kepada corak
interaksi keseluruhan antara ahli-ahli dalam sesebuah keluarga, contohnya cara-cara yang
digunakan oleh ibu bapa dalam membantu perkembangan pendidikan anak-anak. Corak interaksi
ini merangkumi cara berkomunikasi dan layanan yang diberikan kepada anak-anak sepanjang
masa sama ada di rumah atau di luar rumah.

Mengikut Teori Psikososial Erikson manusia berkembang mengikut pelan yang telah
ditentukan atau dikenali dengan prinsip epigenetik. Beliau menekankan soal perkembangan ego
dan bukannya id sebagai punca utama yang menggerakkan tingkah laku. Mengikut Erikson pada
masa kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun mereka memerlukan penghargaan daripada orang
lain. Jika mereka sering dibandingkan dengan orang lain dan dianggap tidak berkebolehan ia
akan memperkembangkan sifat rendah diri. Pada masa ini juga kanak-kanak mula berinteraksi
dengan rakan sebaya dan dengan cara ini ia mula mengenali dirinya sendiri. Justeru faktor
persekitaran memainkan peranan yang sangat mustahak dalam membentuk sifat dan tingkah laku
kanak-kanak.

Bryant (1974) juga menekankan kepada pengaruh faktor latar belakang ke atas proses
pembelajaran dan pendidikan pelajar. Beliau mengemukakan satu Model Proses Pendidikan yang
menunjukkan apakah faktor-faktor utama yang mempengaruhi proses pendidikan pelajar seperti
mana yang ditekankan oleh Fatanah (1997) di mana pencapaian akademik mempunyai hubungan
dengan orientasi intelektual, penekanan moral agama, organisasi keluarga dan kawalan keluarga.

Menurut Hannigge (1998) persekitaran keluarga yang baik mestilah tiada risiko, ibu bapa
menggalakkan pelajar-pelajar mengulangkaji, menguji dan menyelesaikan masalah tanpa merasa
takut jika mereka gagal. Cara anak-anak bermain dan bergaul dengan rakan sebaya juga boleh
membentuk persekitaran yang tiada risiko. Peluang untuk bermain secara bebas atau had risiko
dengan bahan-bahan sains boleh menjadikan pelajar-pelajar mempunyai keinginan dan bersedia
untuk merima bermacam-macam keadaan. Keith (1991) mendapati penglibatan ibu bapa seperti
menggalakkan anak-anak membuat kerja sekolah atau melibatkan diri dengan aktiviti
pembelajaran di rumah, mempunyai kesan positif terhadap pencapaian akademik kanak-kanak.

8
7.0 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh persekitaran keluarga terhadap pendidikan


formal anak-anak jalanan yang berada di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Pembolehubah
persekitaran keluarga yang dikaji ialah penglibatan oleh ibubapa di rumah terhadap pendidikan
formal anak-anak jalanan. Penglibatan ibubapa yang dikaji pula merangkumi tiga konstruk iaitu
komunikasi ibu bapa dengan anak-anak di rumah, penjagaan ibu bapa di rumah dan pemantauan
aktiviti sosial anak di luar rumah. Pendidikan formal yang dikaji ialah tentang matlamat, peluang
dan kekangan pendidikan yang dihadapi oleh anak-anak jalanan.

8.0 Kepentingan kajian

Ibu bapa merupakan faktor yang penting dalam kehidupan dan perkembangan anak-anak.
Kajian telah menunjukkan bahawa pengaruh sikap dan tingkah laku ibu bapa sangat luas
(NICHD, 2004). Mereka memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan masalah
tingkah laku dan juga kegagalan dalam persekolahan (Yoshikawa,1995). Kurangnya kawalan
keibubapaan adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah anak-anak
jalanan dengan kegagalan di sekolah hingga membawa kepada keciciran. Ini akan diikuti pula
dengan tingkah laku jenayah dan keganasan.

Hasil kajian ini akan dapat membantu ibu bapa menangani masalah pemantauan dan
kawalan terhadap anak-anak di rumah dan di luar rumah. Di samping itu, ibubapa juga mendapat
satu penjelasan bagaimana pentingnya konsep pendidikan dalam memastikan pencapaian
akademik anak-anak yang baik dan seterusnya, dapat mengurangkan kekangan yang dihadapi
oleh anak-anak jalanan dalam pendidikan.

9.0 Metodologi Kajian

Rekabentuk kajian
Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan kaedah temubual. Data yang diperolehi ialah untuk
mengenalpasti pengaruh persekitaran keluarga dan kesannya terhadap pendidikan formal anak-
anak jalanan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Kajian ini juga merupakan satu kajian kualitatif.

9
Sampel
Kajian tinjauan ini telah melibatkan seramai 3 orang anak-anak jalanan yang berada di Jalan
Chow Kit, Kuala Lumpur untuk mengkaji pengaruh persekitaran keluarga mereka dari aspek
pemantauan dan penglibatan ibubapa di rumah terhadap matlamat, peluang pendidikan
akademik, gaya hidup, dan cabaran yang dihadapi.

Instrumen
Bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian ini, responden telah ditemubual secara
bersemuka oleh penyelidik di kawasan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Penerangan berkaitan
dengan objektif kajian ini diberi dan kebenaran diminta sebelum temubual dilakukan. Responden
diberi cenderahati sebaik sahaja temubual selesai.

10.0 Dapatan dan Perbincangan

Kajian ini telah melibatkan seramai 3 orang anak-anak jalanan yang tinggal di Jalan
Chow Kit, Kuala Lumpur untuk melihat pengaruh persekitaran keluarga seperti penglibatan ibu
bapa mereka dalam pendidikan mereka di rumah mahu pun di luar rumah, matlamat dan peluang
pendidikan serta cabaran yang dihadapi. Berikut adalah perbincangan hasil daripada analisa data
yang telah dilakukan.

Latar Belakang Keluarga

Data dari kajian ini menunjukkan ketiga-tiga responden ini memang berada
dalamkategori keluarga miskin dan bermasalah. Seorang daripada anak jalanan yang terlibat
dalam kajian ini tiada mempunyai bapa kerana kematian bapanya akibat kemalangan jalan raya.
Dua orang lagi mempunyai bapa yang tidak bekerja dan bapa yang bekerja dalam pekerjaan yang
berpendapatan rendah iaitu sebagai jaga. Ibu kepada dua anak jalanan ini pula adalah
surirumahtangga dan seorang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan sosial untuk menyara
kehidupan keluarga. Keadaaan kesempitan kewangan keluarga serta latar belakang ibu bapa yang
tidak berpendidikan yang dialami oleh anak-anak jalanan ini boleh menimbulkan gangguan

10
kepada proses perkembangan pendidikan mereka seperti yang dinyatakan oleh Holloway, (2003)
dan Wong (1990).

Menurut kajian-kajian di barat, anak-anak miskin boleh ketinggalan kerana masalah-


masalah kewangan serta gaya hidup keluarga serta persekitaran tempat tinggal. Dapatan ini
bukanlah sesuatu yang memeranjatkan samada di luar negara ataupun di Malaysia kerana untuk
menjadi seorang pelajar yang berjaya memerlukan motivasi yang tinggi, perhatian yang serius
semasa pembelajaran, dan latihan yang kerap. Umumnya, keadaan-keadaan yang positif ini lebih
senang didapati jika terdapat pengaruh persekitaran keluarga yang baik dan penglibatan ibu bapa
terhadap pendidikan anak-anak mereka di rumah atau kawalan sosial mereka di luar rumah.

Konsep Pendidikan Dan Perubahan Sosial

Pendidikan dan kehidupan sudah sebati dalam kalangan masyarakat hari ini, maka
keduanya memiliki hubungan ketergantungan yang sangat erat. Pendidikan penting kepada
masyarakat dan masyarakat pula menjadi semakin berkembang dan maju melalui pendidikan.
Pendidikan juga adalah sebuah proses pematangan dan pendewasaan masyarakat Malaysia.

Pendidikan melibatkan idea-idea dan aktiviti-aktiviti yang praktikal. Manusia dari


pelbagai lapisan masyarakat mementingkan pendidikan sebagai cara mempertingkatkan mutu
seseorang dalam kehidupannya. Menurut Dewey (1955), pendidikan adalah proses untuk
mempertingkatkan keadaan manusia. Sekolah adalah dilihat sebagai persekitaran khusus untuk
berkebetulan sama dengan persekitaran manusia.

Kehidupan masyarakat tidak pernah berhenti dan selalu berkembang. Setiap unsur dalam
masyarakat ikut menyesuaikan sehingga menimbulkan perubahan sosial. Burachman Hakim,
(2006) menyatakan perubahan sosial merupakan kegiatan atau proses yang membuat sesuatu
atau seseorang berbeza dengan keadaan sebelumnya dan merupakan proses yang menyebabkan
perubahan pola perilaku individu atau institusi. Manusia sentiasa akan mengalami perubahan
seiring perkembangan peradaban. Perubahan dialami oleh tiap-tiap manusia dalam
kehidupannya. Perubahan sosial telah berlangsung sejak masa lalu, tetapi perubahan pada masa

11
kini berlaku secara cepat. Ini adalah melalui kemajuan teknologi yang memberi pengaruh
perubahan sosial dan telah bertambah ke dalam berbagai-bagai cabang dan bidang kehidupan.

Matlamat Dan Peluang pendidikan

Dalam kajian ini, matlamat anak-anak jalanan terhadap pendidikan di laporkan melalui
respon mereka terhadap soalan cita-cita mereka. Ketiga-tiga responden ini melaporkan mereka
mempunyai cita-cita untuk menjadi polis, tentera dan guru. Namun demikian cita-cita tersebut
tidak menjadikan mereka beraspirasi untuk berjaya dalam hidup kerana sudah lama tidak
bersekolah dan sudah tidak mempunyai minat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah.
Namun begitu, seorang daripada anak jalanan ini yang agak positif melaporkan masih ingin ke
sekolah dan lulus dalam kebanyakan matapelajaran. Bagaimanapun anak ini tidak tahu
bagaimana cara untuk kembali bersekolah setelah dibuang sekolah akibat selalu ponteng. Ibu
bapa mereka juga tidak mengambil sikap ambil peduli tentang anak-anak ini. Mereka terlalu
sibuk untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan seharian mereka di kota besar Kuala
Lumpur.

Kajian ini menyokong apa yang diutarakan oleh Ramos et al. (1995) yang menyatakan
bahawa anak-anak jalanan ini amat memerlukan sokongan dari ibubapa. Perkembangan anak-
anak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat
remaja ialah keluarga mereka (Badrulzaman, 2006). Antara bentuk sokongan yang diperlukan
ialah ibubapa menyediakan peruntukan kewangan untuk biaya pembelajaran, ibubapa memberi
dorongan secara positif dan tidak marah-marah, serta ibubapa memahami jiwa remaja mereka.
Menurut Hall, (1972) masa remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan
konflik. Malah apabila ditanya apakah yang paling mereka perlukan untuk berjaya, jawapannya
ialah sokongan dan perhatian ibubapa, dan ini melebihi keperluan kepada sokongan guru,
bantuan kewangan dan buku-buku tambahan.

Anak-anak jalanan ini juga melaporkan mereka lebih banyak masa dihabiskan di luar
rumah dan melepak bersama rakan-rakan lain berbanding berada di rumah. Dua responden
melaporkan mereka tidak boleh berada di rumah disebabkan ibu mereka sering berleter dan
memarahi mereka. Ini menyebabkan mereka keluar untuk mencari kepuasan dan bersuka ria

12
dengan kawan-kawan yang lain. Ibu mereka tidak pernah mempedulikan dengan siapa mereka
berkawan dan pulang semula ke rumah. Mereka juga melaporkan tiada keseronokkan apabila
berada di rumah. Keadaan rumah yang dhaif dan miskin membuatkan mereka tidak mahu tinggal
lama di rumah sendiri. Seorang daripada anak jalanan yang di kaji ini juga menyatakan dia
jarang balik ke rumah di sebabkan ibu yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan sosial di
Jalan Chow Kit. Ibunya hanya memberikannya duit untuk membeli makanan. Responden ini
langsung tidak mempunyai sokongan dan penglibatan ibunya dalam menentukan hala hidup pada
masa hadapan. Kebanyakkan masanya dihabiskan di lorong Chow Kit dan melepak bersama
rakan-rakan lain. Apabila soalan diajukan tentang peluang pendidikan terhadap mereka. Mereka
melaporkan bahawa sudah tidak ada peluang lagi untuk mereka kembali ke sekolah dan
meneruskan pembelajaran. Mereka menyatakan ibu bapa mereka juga tidak pernah mengambil
peduli tentang masa hadapan dan pendidikan mereka.

Anak-anak jalanan dalam kajian ini juga menyatakan mereka banyak memberikan masa
kepada kegiatan-kegiatan yang memerlukan kemahiran seperti bermain gitar. Keadaan yang
tidak kondusif untuk berada di rumah menjadikannya faktor penolak untuk mereka sering keluar
rumah untuk melepak bersama rakan sebaya. Seorang daripada mereka melaporkan kebanyakkan
kawan-kawan mereka terdiri daripada mereka yang tidak bersekolah. Rakan-rakan begini
merupakan pengaruh yang tidak sihat kepada anak-anak jalanan ini.

Pengaruh Persekitaran Keluarga Dan Pendidikan

Keluarga perlulah menjadi suatu institusi yang kukuh seperti sebuah industri yang
mengeluarkan produk yang bermutu tinggi kepada pengguna. Begitulah juga dengan ahli-ahli
keluarga, mereka adalah merupakan produk yang sentiasa bergantung kepada ibu bapa sebagai
pengurus untuk membentuk anak-anaknya supaya menjadi rakyat yang berguna kepada bangsa.
Persekitaran keluarga dan penglibatan ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam
mempengaruhi pendidikan anak-anak jalanan yang terbiar di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Pengaruh mereka lebih penting daripada ahli keluarga yang lain kerana hubungan mereka sudah
terjalin begitu lama dan berterusan.

13
Kajian Rozumah Baharudin (2001) yang dijalankan ke atas pelajar sekolah menengah
dan rendah di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang
dan Terengganu mendapati pengaruh persekitaran keluarga banyak menjejaskan pendidikan
mereka. Menurut beliau, struktur dan nilai keluarga yang diamalkan dan kecekapan keluarga
membabitkan pencapaian ekonomi dan bagaimana mereka berusaha meningkatkan kemajuan diri
memberi kesan besar kepada anak-anak.

Kasih sayang dan sokongan daripada keluarga adalah penting untuk anak-anak jalanan
meneruskan pembelajaran di sekolah. Menurut Atan Long (1993), keperluan mendapat kasih
sayang mempunyai hubungan yang rapat dengan keperluan berdampingan dan penerimaan oleh
kumpulan. Seseorang sangat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa dan juga orang yang
penting dalam kehidupannya. Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa
disebabkan oleh penceraian, keadaan rumah tangga yang tidak aman dan sebagainya akan
menghadapi masalah dan ini akan menjadi penghalang kepada pembelajaran mereka.

Ibu bapa juga mempengaruhi terhadap minat anak-anak ini dalam pembelajaran mereka.
Ibu bapa yang kurang pendedahan terhadap sistem pembelajaran yang terkini akan menyebabkan
mereka menyerahkan bulat-bulat kepada anak mereka untuk membuat keputusan tentang masa
hadapan mereka sendiri. Dorongan, sikap, minat serta bimbingan, sikap ibu bapa serta galakan
yang diberi terhadap pembelajaran anak mereka akan meningkatkan lagi prestasi akademik,
minat dan pencapaian dalam pendidikan. Menurut Crow (1980), pengaruh persekitaran keluarga
dan penglibatan ibu bapa terhadap pembelajaran dan pendidikan anak mereka boleh memberi
dorongan kepada anak-anak jalanan ini supaya lebih berminat walaupun minat kerja yang ada
pada seseorang itu pada mulanya tidak mencerminkan keinginan mereka.

Halangan Dan Kekangan Yang Dihadapi

Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah anak-anak jalanan dalam kajian ini telah
menyebut faktor kawan-kawan yang negatif, masalah kewangan, kurang sokongan dan ibubapa
tidak menghargai diri mereka sebagai halangan yang sedang mereka hadapi. Selain dari itu,
mereka juga melaporkan situasi rumah yang tidak kondusif, adik beradik yang ramai, ibu sering
marah-marah dan ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak. Anak-anak jalanan

14
ini melaporkan bahawa mereka terpengaruh dengan kawan-kawan yang negatif untuk melakukan
kegiatan merokok, ponteng sekolah, keluar rumah sehingga larut malam, ataupun kawan-kawan
yang datang ke rumah untuk berbual kosong dan merempit. Masalah kewangan dianggap sebagai
halangan yang besar untuk meneruskan pendidikan mereka kerana anak-anak jalanan ini perlu
menyediakan wang untuk membeli pakaian sekolah, membayar yuran, dan bagi yang
mempunyai adik beradik ramai, terpaksa pula menanggung adik-adik.

Walaupun pelajar mendapat bantuan buku teks, tetapi mereka menyatakan bahawa
mereka amat memerlukan buku rujukan dan latihan untuk membantu mereka mengukuhkan
pembelajaran jika mereka terus bersekolah. Ini akan menyebabkan ibu bapa mereka perlu
mengeluarkan pendapatan yang lebih kepada mereka. Pada waktu ini mereka hanya bergantung
kepada sumber kewangan daripada bapa yang bekerja sebagai jaga dan ibu yang bekerja sebagai
pegawai perkhidmatan sosial.

Seorang daripada anak-anak ini melaporkan bahawa tidak pernah mendapat sokongan
dari ibubapa mereka. Bagaimanapun dua orang lagi melaporkan mempunyai terlalu banyak
masalah keluarga termasuklah pergaduhan dan kematian bapa sehingga menyebabkan mereka
tidak boleh menumpukan perhatian pada pelajaran. Apa yang menarik ialah anak-anak ini yang
menyebut bahawa mereka memerlukan sokongan dari seseorang selain dari ibubapa contohnya
adik beradik, guru, dan rakan-rakan untuk terus berjaya. Keadaan ini menunjukkan bahawa
golongan anak-anak jalanan ini bukan sahaja kurang dari segi kewangan, tetapi juga amat
memerlukan sokongan emosional.

Selain daripada halangan-halangan luaran, anak-anak jalanan ini juga mengakui bahawa
mereka mempunyai halangan dalaman iaitu sikap malas, kurang keyakinan diri serta malu. Sikap
begini amat berkait rapat dengan keadaan kekurangan dalam diri seseorang.

11.0 Cadangan dan Kesimpulan

Oleh itu, ibu bapa perlulah menyedari bahawa keluarga mempunyai pengaruh yang amat
penting terhadap ciri-ciri rohani, intelek, emosi dan jasmani setiap anak-anak. Setiap ibu bapa

15
hendaklah mengenal pasti ciri atau potensi anak-anak mereka secara terperinci, cuba untuk
memotivasikan mereka bagi mengembangkan ciri atau potensi diri mereka yang positif secara
maksimum. Secara tidak langsung, tindakan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak-anak
bagi mengurangkan dan menghapuskan perlakuan negatif warisan keluarga secara beransur-
ansur dan dapat meneruskan persekolahan seperti kanak-kanak yang lain.

Permasalahan anak-anak jalanan ini telah menjadi satu masalah yang besar dan menarik
perhatian semua pihak. Tugas membimbing anak-anak jalanan ini untuk menjadi seorang yang
berdisiplin dan berpendidikan tidak boleh diserahkan kepada satu pihak sahaja. Ibu bapa, guru,
pihak sekolah, badan-badan kebajikan, pemimpin dalam sesebuah masyarakat, masyarakat
sendiri perlu berganding bahu memberi kerjasama yang padu untuk mengatasi masalah ini.
Badan-badan kebajikan kerajaan dan swasta serta masyarakat perlu sentiasa memantau
kewujudan anak-anak jalanan di bandar-bandar besar agar tidak mencetuskan masalah sosial
yang lebih besar.

Pihak kerajaan juga boleh membantu anak-anak jalanan ini untuk menyertai Program
Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Dalam program ini anak-anak jalanan ini
dapat menyertai pelbagai kegiatan sukan mengikut kemampuan dan kemahiran serta minat
mereka. Anak-anak ini juga boleh berinteraksi dengan remaja yang sebaya yang berfikiran
positif dan dapat meluangkan masa dengan berfaedah.

Untuk berjaya dalam kehidupan, anak-anak jalanan miskin ini perlu mengatasi perasaan-
perasaan negatif yang akan terus menerus menghalang mereka dari bertindak dengan positif
dalam proses kehidupan secara amnya dan proses pembelajaran secara khususnya. Melihat
kepada perlakuan dan laporan mereka, anak-anak jalanan ini sebenarnya berpotensi untuk
mencapai kejayaan. Halangan-halangan luaran dan dalaman yang terpaksa dihadapi yang
dinyatakan menyebabkan mereka tidak berpeluang bersaing dengan rakan-rakan seangkatan
yang lebih bernasib baik. Halangan luaran dan halangan dalaman menyebabkan pelajar ini terus
bergelumang dalam masalah yang dihadapi.

16
Kajian ini menyediakan lebih banyak maklumat yang membolehkan pembuat polisi
negara bertindak secara proaktif ke atas isu anak-anak jalanan yang berada di Kuala Lumpur.
Kajian akan datang perlu menyelidik dengan lebih mendalam tentang keperluan, dan caragaya
hidup golongan anak-anak jalanan di seluruh negara. Penyelidikan akan datang boleh mengkaji
gaya hidup, aspirasi, halangan di kalangan keluarga miskin di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur
dan di pelbagai lokasi seperti pulau, pinggir bandar, bandar dan pendalaman. Walaupun anak-
anak jalanan ini mempunyai banyak masalah kewangan, tetapi mereka tetap mempamerkan sikap
kerjasama yang sihat, serta nilai yang positif. Apa yang ketara menjadi penghalang kepada
pendidikan formal dalam kalangan anak-anak jalanan ini adalah caragaya hidup dan kurangnya
penglibatan dan kawalan ibu bapa terhadap mereka. Dengan bimbingan yang sesuai kepada
mereka dan keluarga, anak-anak jalanan ini tidak perlu mewarisi kesempitan kehidupan seperti
yang dilalui oleh keluarga mereka. Adalah diharapkan usaha-usaha sebegini akan membolehkan
anak-anak jalanan ini kembali ke sekolah dan menjadi warganegara yang berkesan.

Bibliografi

Abd. Halim, T, Zuria. M, & Safani, B. 2005. Permasalahan Pelajar-pelajar Fakir Miskin di
Daerah Sabak Bernam. Jurnal Pendidikan 30 (2005). 21 – 33. Fakulti Pendidikan:
Universiti Kebangsaan Malaysia

Alias Baba. (1989). Beberapa Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Dalam Mata Pelajaran
Kimia. Jurnal Pendidikan, 13 & 14, 19-27.

Arnold, D.H, Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. 2008. Parent Involvement in Preschool: Predictors and
the relation of involvement to prelitery development. School Psychology Review. 37 (1),
74-90

Atan Long. 1978. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long. 1993. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.

Badrulzaman, B. 2006. Persekitaran keluarga dan kesannya terhadap tingkah laku devian
remaja di Daerah Pontian, Johor. Tesis Sarjana: Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

Baldwin & Baronski, 1990. Children of depressed parents: An integrative review. Psychological
Bulletin, Vol 108(1), Jul 1990, 50-76

Bracey, G. W. 2003. What they did last summer. NEA Today 22(2):19-20.

17
Bryant. E. C. 1974. Association Between Educational Outcomes And Background Variable
Denver : National Assessment Of Educational Progress, 1974, p.5.

Burachman Hakim, H. A. 2006. Sosiologi Informasi: Suatu Kajian Tentang Dinamika Informasi
dan Dampaknya Bagi Masyarakat. http://www.heri_abi.staff.ugm.ac.id.

Calhoun, J.F. & Cocella, J.R. 1990. Psychology of Adjusment and Human Relationship. New
York: McGraw-Hill Publishing Co.

Crow, T. J. 1980. "Positive and negative schizophrenic symptoms and the role of dopamine".
British Journal of Psychiatry.137: 383–386.

Dekovic, M., & Gerris, J. R. M. 1992. Parental reasoning complexity, social class, and child
rearing behaviors. Journal of Marriage and the Family, 54: 678-685.

Dewey. J, 1955. Perihal Kemerdekaan dan Kebudayaan. Alih Bahasa E.M. Aritonang, (Jakarta:
Saksana, 1955), hlm. 5.

Ernst, L. 1990. Value differences in families of differing socioeconomic status: Implications for
family education. Family Perspectives, 24(4): 401-410.

Fagen, D. B., & Cowen, E. L .1996. Relationships between parent-child relational variables in
highly stressed urban families. Child Study Journal. 26(2): 87-108.

Fatanah, M. 1997. Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor personaliti dan
persekitaran keluarga di kalangan pelajar MRSM. Tesis Phd. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor.

Hall, 1972. Understanding Adolescence. New York: Mc Graw-Hill Book Co.

Hannigge, 1998. Child & Parent Relationships. Journal of Family Theory & Review.

Hashima, P. Y., & Amato, P. R. 1994. Poverty, social support and parental behavior. Child
Development, 65: 394-403.

Holloway, J. H. 2003. Addressing the needs of homeless Students. Educational Leadership


60(4):89-91.

Hurlock, E.B. 1973. Adolescent Development (4th ed). Tokyo: McGraw-Hill Kogakusha Ltd.

Kamarudin, H.1996. Sekolah dan perkembangan kanak-kanak sekolah. Kuala Lumpur: Lohprint
Sdn. Bhd.

Keith, S. & Girling R.H, 1991. Education, Manapement and Participation : New Directions in
Educational Administration. Boston : Ally and Bacon.

18
Mayhew, K. P., & Lempers, J. D. 1998. The relation among financial strain, parenting, parent
self-esteem, and adolescent self-esteem. Journal of Marriage and the Family,18(2): 145-
172.

Mohd Fadzli A. B. 2007. Hubungan Antara Pendidikan Agama, Keseimbangan Kognitif dan
Tingkahlaku Positif Di Kalangan Pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Di Johor Bahru.
Tesis UTM: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Nanda, 1996. Urban Street Children Empowerment and Support : Final Program Report.
USAID: Indonesia.

National Institute of Child Health and Human Development, 2004. Adult and Family Literacy:
Current and Future Research Directions—A Workshop Summary. U.S. Department of
Health and Human Services.

Noraini, A.A. 1994. Pengaruh cara gaya keibubapaan dan sikap ibu bapa ke atas pencapaian
akademik pelajar sekolah menengah. Tesis Tidak Terbit. Jabatan Pembangunan
Keluarga: Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Pertanian Malaysia.

Rak, C. F. & Patterson, L. E.1996. Promoting resilience in at-risk families. Journal of


Counseling & Development, 74 (4): 368-373.

Ramos, L., Sanchez, A. R. 1995.Mexican–American High School Students: educational


aspirations. Journal of Multicultural Counseling & Development 23(4): 212-222.

Rohaty M. M. 2003. Pendidikan Prasekolah: (Cabaran Kualiti). Syarahan Perdana. Bangi:


Penerbitan Malindo Sdn Bhd.

Rohner, Ronald, P. & Veneziano, R.A, 2001. The Importance Of Father Love: History and
Contemporary Evidence. American Psychological Association.

Rozumah, B. 2001. Keluarga Pengaruhi Prestasi Akademik Pelajar. Berita Harian, m.s 16.

Wong. M. G. 1990. The education of white. Chinese, Filipino, and Japanese students: A look at
high school and beyond. Sociological Perspectives 33(3):355-374.

Yoshikawa, H. 1995. Long term effects of early childhood programs on social outcomes and
delinquency. The Future of Children: Long Term Outcomes of Early Childhood
Programs, 6, 51-75.

Zarinah, A. & Rozumah, B. 2011. Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan kualiti tingkahlaku
keibubapaan dalamkeluarga berisiko. Jurnal Kemanusiaan bil.17, Jun 201.Universiti
Putra Malaysia.

19
Zukina. Y. 2003. Hubungan Antara Latar Belakang Keluarga Dengan Pencapaian Akademik
Pelajar Melayu Dalam PMR.Tesis Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan ) Universiti
Utara Malaysia.

Zulkifli A.H, Jamilah. O, Aminah. A. & Ismi A.I, 2011. Hubungan Antara Penglibatan Ibubapa
Dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin Di Negeri Selangor. Journal of Islamic And
Arabic Education 3(2), 31-40. Universiti Putra Malaysia.

20

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai